“Kemetlah cucu nenek nie kena peluk dengan mak su dan mak
chu dia.” Datin Roziah sengaja mengusik dan dari tadi dia tengok Syuhada dengan Khalijah
bergilir-gilir memegang Izara.
“Mana adalah nenek.. lagi best kena peluklah… kan sayang.” Syuhada mencium pipinya lagi, entah ke berapa kali dia menciumnya pun tidak tahu.
“Tapi elok pulak dia tak meragam nie.. dari semalam dia
merengek saja dah tu tidur pun kejap-kejap, dia terasa kehilangan mama dia
kut.” Datin Roziah berkata sambil mengusap pipi gebu cucunya itu, hampir bergenang
airmatanya sebab kasihankan cucu yang tidak puas mendapat pelukan manja dari
seorang ibu.
“Kesian dia kan mak long.” Syuhada turut berasa sayu. Khalijah pun
turut mencium pipi dia, lena sungguh tidurnya dan memang Syuhada perasan yang Izara tidak merenget-renget pun sudah hampir empat jam dia di sini tidak ada pula melihat
dia menangis-nangis atau merenget seperti yang di katakan Datin Roziah, mungkin dia
terasa keriuhan dan orang ramai di rumah.
“Dah pergi letakkan dia dalam katil dia tu, sakit-sakit pula
badan dia karang sebab di pegang dipeluk saja.” Puan Rokiah pula menegur Syuhada.
"Letak dalam bilik mak long ke?” Syuhada bertanya kerana dia tidak tahu dengan siapa
Izara tidur.
“Dalam bilik abang Que kau lah, diakan ada papa dia lagi.” Datin Roziah pula berkata, Syuhada bangun dan berjalan perlahan naik ke tingkat tiga, sungguh berhati-hati Syuhada memabawa Izara, Syuhada tidak mahu dia terjaga jadi syuhada menapak perlahan-lahan. Sampai di depan pintu Syuhada mengetuk dahulu pintu bilik Khairil Qushairy.
“Haa.. ohh dah tido dia yer.” Khairil Qushairy bertanya
perlahan, mungkin dia pun tidak mahu tidur Izara terganggu.
“Dahhh..” Syuhada menjawab dengan nada sedikit perlahan. Syuhada meletakkan dia di dalam katilnya perlahan-lahan dan elok saja terletak
kepalanya di atas tilam dia terjaga sedikit dan perlahan-lahan Syuhada menepuk
untuk menidurkan dia, tidak pasal-pasal Syuhada terpaksa berada di dalam bilik tu
selama lima belas minit setelah di pastikan dia sudah tidur nyenyak Syuhada meminta
diri untuk keluar kepada Khairil Qushairy, dia pun hanya duduk bersandar di katilnya sambil
membaca buku sementara menunggu Syuhada menidurkan Izara.
“Thanks Hada!” Khairil Qushairy mengucapkan terima
kasih kerana menidurkan puterinya itu.
“Sama-sama. Ok Hada pun nak tidur dah nie abang Que... Assalamualaikum.” Syuhada sebenarnya berasa segan apabila berada di dalam bilik itu, lainlah jikalau ada kartini.
“Haa.. yelah waalaikumusalam warrahmatullahiwabarakatu.”
Panjang jawabnya tapi itu adalah cara menjawab salam yang sebenar yang selalu
di lakukan oleh Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w.
Syuhada merapatkan daun pintu bilik dan melangkah masuk ke bilik Khalijah. Khalijah sudah siap berbungkus dan lampu tidur je terpasang. "sudah lelap ke minah nie?" Syuhada berkata sendiri.
Syuhada merapatkan daun pintu bilik dan melangkah masuk ke bilik Khalijah. Khalijah sudah siap berbungkus dan lampu tidur je terpasang. "sudah lelap ke minah nie?" Syuhada berkata sendiri.
“Lamanya kau.. gie mana?” Khalijah bertanya, kerana nak
ikutkan Syuhada yang naik ke atas dahulu tadi sebelum Khalijah.
“Izara tu.. bila aku letakkan je dia dalam katil terus dia
terjaga sikit.. so aku tidurkan dia sekejap, yang kelakarnya bila aku berhenti
tepuk, dia buka mata dia sikit lepas tu aku terpaksa dodoikan dia sampai dia
betul-betul lena, geli pula hati aku tengok macam tidur-tidur ayam pula dia,
macam tau aku nak tinggalkan dia tadi.. bertuah kenit tu.” Syuhada bercerita kepada
Khalijah dan dia pun turut tergelak. Bukan senang juga hendak menjaga bayi ni rupanya hendak lagi kalau bayi tu sentiasa meragam.
“Aku nak tidur dululah.. mengantuk nie..” Syuhada meminta diri dahulu, sudah tidak terdaya hendak berbual lagi dah.. mata sudah berat habis, terus Syuhada menanggalkan tudung dan meletakkan di meja kecil disebelahnya.
“yelah.. aku pun mengantuk nie.. Assalamualaikum.” Khalijah turut sama sudah kepenatan, dia terus memalingkan badannya membelakangi Syuhada.
“Waalaikumusalam.” Syuhada membalas salam dengan mata terlelap, mengantuk macam mana pun sebelum itu Syuhada tetap membaca dulu Al fatihah, tiga qul, ayatul kursi, selawat
nabi, Bismillah dua puluh satu kali dan beritighafar juga, memang amalannya sebelum terlena.
#######################
#######################
“Apalah
yang bising-bising kat luar
tu?” mata masih tertutup..Syuhada menekup telinganya dengan bantal.. “ehh ada suara baby menangis
pulalah, anak sapa nie.. ehh suara kucing neighbour aku ke?” tidurnya sedikit
terganggu bunyi bising di luar bilik atau di luar rumah Syuhada tidak pasti. Syuhada terdengar Khalijah membuka pintu dan bertanya. "Ehh tu suara mak long! Laa.. aku
ingatkan aku kat London." Syuhada berkata sendiri, terus dia membuka mata apabila terdengar suara Datin Roziah bercakap
dengan Khalijah di depan bilik, minah tu lagilah bertanya siap dengan
tergaru-garu kepalanya lagi, Syuhada pun turut bangun, dia capai tudungnya dahulu dan
berjalan ke pintu, hendak tahu juga apa ke halnya.
“Kenapa nie mak long?” Syuhada bertanya apabila melihat Datin Roziah cuba memujuk Izara yang sedang menangis.
“Macam nielah Hada! Dah dua malam dia berperangai macam
nie.” Dia masih mendodoikan Izara sambil berjalan perlahan-lahan dan membawanya masuk ke bilik Khairil Qushairy semula, Syuhada dan Khalijah mengekori Datin Roziah, kemudian
Khalijah menawarkan diri untuk membantu Datin Roziah, mungkin dia kasihan melihat Datin Roziah berpulas memujuk cucunya itu.
“Apa kena nie sayang.. sayang lapar ke?” Khalijah cuba
memujuk Izara kemudian kelihatan Khairil Qushairy menghampiri Khalijah dengan
menghulurkan botol susu, mungkin dia kelaparan tapi Izara menolak dan dia tetap
menangis. Tangisannya tidak terlalu kuat seperti kesakitan lebih kepada seperti merenget tetapi boleh nampak
sangat dia seperti merindui Kartini, kasihan sungguh Syuhada melihatnya. Syuhada pula
menawarkan diri untuk memujuk Izara setelah melihat Khalijah juga tidak berjaya memujuknya.
“Kenapa sayang mak su nie? Rindu mama dia ye?” Syuhada cium
pipinya, kasihan sungguh Syuhada padanya..Dia cuba mendodoi dan memujuknya,
kemudian Syuhada mengambil botol susu di tangan Khalijah dan cuba memberinya susu,
syukur Alhamdulillah dia menerima susu tu, agaknya sudah lapar sangat dan kepenatan menangis kut.
“Ehh.. dia nak minum! Dah lapar lah tu.” Khalijah pula
menegur.
“Yelah dah menangis dari tadi.” Khairil Qushairy pula
menambah, dia hanya memandang ke arah Izara.
Syuhada terus membawa dirinya duduk di tepi katil Khairil Qushairy sambil memangku Izara menyusu, Datin Roziah dan Khalijah juga turut duduk di katil manakala Khairil Qushairy duduk bersandar di sofa. Masing-masing mengantuk jadinya tetapi kerana Izara mereka sanggup menunggu bersama. Khalijah merebahkan badannya di atas katil Khairil Qushairy, ikut suka dia sahaja nak landing.
“Burkkk..” kuat bunyi sendawa Izara setelah Syuhada mengosokkan belakangnya. Syuhada ikut apa yang Datin Roziah ajarkan kepadanya sebentar tadi, katanya selepas bayi di susu kita kena letakkan dia di bahu dan gosok perlahan belakangnya sehingga ianya sendawa. Syuhada dan Datin Roziah bepandangan dan tersenyum. Izara sudah lena pun dan Khairil Qushairy bangun perlahan-lahan dan cuba mengambil Izara dari pegangan Syuhada, Izara mengeliat dan cepat-cepat di peluk oleh Khairil Qushairy, tetapi belum pun sempat di letakkan di dalam katilnya Izara menangis semula, mereka serentak memandang kearahnya.
Syuhada terus membawa dirinya duduk di tepi katil Khairil Qushairy sambil memangku Izara menyusu, Datin Roziah dan Khalijah juga turut duduk di katil manakala Khairil Qushairy duduk bersandar di sofa. Masing-masing mengantuk jadinya tetapi kerana Izara mereka sanggup menunggu bersama. Khalijah merebahkan badannya di atas katil Khairil Qushairy, ikut suka dia sahaja nak landing.
“Burkkk..” kuat bunyi sendawa Izara setelah Syuhada mengosokkan belakangnya. Syuhada ikut apa yang Datin Roziah ajarkan kepadanya sebentar tadi, katanya selepas bayi di susu kita kena letakkan dia di bahu dan gosok perlahan belakangnya sehingga ianya sendawa. Syuhada dan Datin Roziah bepandangan dan tersenyum. Izara sudah lena pun dan Khairil Qushairy bangun perlahan-lahan dan cuba mengambil Izara dari pegangan Syuhada, Izara mengeliat dan cepat-cepat di peluk oleh Khairil Qushairy, tetapi belum pun sempat di letakkan di dalam katilnya Izara menangis semula, mereka serentak memandang kearahnya.
“Mak long rasa dia nak kamu peluk tak Hada? Cuba kamu ambil
dia balik.” Datin Roziah memberi cadangan kerana tadi dia melihat Izara diam
bila di dalam pegangan Syuhada. Syuhada bangun dan mendapatkan Izara semula.
“Shhh.. Shh.. Mak su ada nie.” Syuhada cuba memujuk Izara dan
ternyata dia diam semula.
“Abang Que biar Hada bawa dia tidur dengan Hada je lah.” Syuhada meminta izin daripada Khairil Qushairy. Dia memandang Datin Roziah, manakala Datin Roziah
menganggukkan kepala mengiyakan supaya Khairil Qushairy mengizinkan sahaja.
“Ehh.. tak menyusahkan
Hada ke nie?” Khairil Qushairy serba salah untuk melepaskan anaknya kerana dia
tidak mahu kerana anaknya, nanti menyusahkan orang lain.
“Tak palah, anak buah Hada juga.. abang bagi barangan dia dekat Ija.. Hada bawa dia masuk dulu yer.” Syuhada berpaling untuk membawa Izara masuk ke bilik Khalijah.
“Terima kasih Hada.. abang tak tau nak cakap macam mana dah
nie, buat perangai pula Izara nie.” Khairil Qushairy masih dengan muka serba
salahnya.
“Dia rindukan mama dia bang.. abang jangan risaulah.. Hada
ok.. jangan lupa susu dan nappy dia.” Syuhada terus keluar untuk ke bilik, Syuhada letakkan Izara di antara dia dan Khalijah, Datin Roziah
mengikut sama masuk ke bilik, Syuhada terus berbaring di sebelahnya dan menepuk-nepuknya
perlahan, sekejap tu pintu bilik di tolak dan kelihatan khalijah membawa bakul
susu dan dibelakangnya Khairil Qushairy membawa bakul nappynya. Cepat-cepat Syuhada bangun
dan duduk terasa segan pula bila Khairil Qushairy melihat Syuhada berbaring macam itu.
“Oklah mummy tidur dulu, kamu jangan risaulah Que, Hada tu
dah biasa dengan bayi…” Datin Roziah menepuk bahu Khairil Qushairy, dia tahu
anaknya serba salah. "Eeehh.. Eeehh mak long aku nie suka-suka dia je kata aku
dah biasa dengan bayi, memang aku dah biasa dengan bayi..tapi itu anak sepupu
yang lain, aku hanya jaga-jaga sekejap tapi tak adalah bawa tidur bermalam
macam nie." Syuhada berkata di dalam hatinya.
“Yelah Abang Que.. nanti apa-apa kita orang panggil lah abang,
dah pergi tidur sudah pukul dua pagi nie.”Khalijah menolak perlahan badan Khairil
Qushairy kearah pintu, dia tidak mahu Khairil Qushairy serba salah dan dia juga tahu khairil Qushairy pasti kepenatan, malam tidak cukup tidur kerana anaknya meragam dan siang dia ke hospital dudul di sana seharian menunggu Kartini.
“Ok.. nanti apa-apa hal panggil abang Que cepat ya.” Katanya
lagi.
“Yess.. bosss..” Syuhada dan Khalijah berkata serentak. setelah Khairil Qushairy ke luar dari biliknya Khalijah
mentutup pintu dan terus memadamkan lampu.
Syuhada sudah tidak boleh tahan katuk di mata lagi lalu direbahkan dirinya di sebelah Izara, dia cium Izara dahulu dan dipeluknya Izara. Khalijah memandang dan
tersenyum.
“Dah macam anak kau pulak aku tengok.. ye ye kau cium
dia..hi..hi..hi..” Sempat lagi tu Khalijah mengusik Syuhada.
“Hei! Shut up you. Aku kesian dengan nasib si comel nie
tau.” Syuhada tergelak dan dalam masa yang sama Khalijah turut mengiyakan
kata-kata Syuhada.
“Tulahkan.. baru dua bulan dia dapat merasa pelukan mama
dia..tup tup terpisah macam nie.. dia lagilah cepat terasakan.” Khalijah
berkata sambil memandang kearah Izara yang nampak sudah nyenyak tidurnya.
“Kok iya pun bukalah tudung kau tu dulu mak su oii..” Syuhada hampir terlupa yang kepalanya masih melekat lagi dengan tudung. Syuhada tergelak apabila Khalijah menegur.. Syuhada nie kadang-kadang kalut juga.
salam aidiilfitri n salam perkenalan dr saya.singgah dr blog bro mazidul
ReplyDeletekenapa tk cont nk tau ape jd next pls cont [=
ReplyDeletesebenarnya lappy rosak dan semua cerita dalam nie saya tak save.. nasib baik lah bila dah repair semuanya masih ada..
ReplyDelete