Saturday 28 January 2012

Jual Mahal Lagi 9


3 bulan kemudian.
"Wafa.. ibu tengok Wafa mcam tak sihat je.. " Sambil menuangkan air milo ke dalam cawannya.
" Ehh..Wafa ok ibu..cuma sehari dua nie Wafa rasa macam penat sikit." Wafa duduk di sebelah mertuanya,
" Dah bagi tau Shamsul pasal nie." Datin Nurshamsiah memandang ke arah menantunya.
" Belum lagi Bu, Wafa ingat bila abang balik karang baru Wafa bagi tahu dia." Wafa cuba menghabiskan sisa kuih donat yang di buat oleh mak som untuk minum petang.
" Mana lah tau mungkin kamu nie dah berisi ke..sapa tau." Datin Nurshamsiah tersenyum ke arah menantu nya dan dia memang mengharapkan kehadiran cucu sulung di rumahnya ini.
" Hmmm.. Tak tau lah Ibu..tapi kalau dah ada pun alhamdullilah juga. Nanti Wafa beritahu abang."Wafa tersenyum, mereka suami isteri memang mengharapkan kehadiran cahaya mata kerana itu juga pengerat kasih sayang dalam hubungan mereka.
Shamsul telah memeriksa Wafa dan untuk memastikan sangkaan nya betul atau tidak shamsul telah keluar semula ke farmasi berhampiran untuk membeli 'home pregnant test' dan hasilnya Wafa positive mengandung, dan mengikut pada perkiraan kandungannya sudah berusia 5 minggu. Suatu berita yang sangat seronok kepada kedua-dua keluarga.
" Wahh.. Ika nak jadi aunty lah tak lama lagi ye.." Ika terus memeluk Wafa.
" Yelah Wafa dah nak dapat baby tapi bila lah pula nak merasa nasi minyak dari Ika pula." Wafa mengusik Atikah dan seluruh keluarga tertawa.
" Tah nya Ika nie..bila tah nak ada pak we..Ibu jodohkan je dia nie dengan anak kawan ibu, Kawan Ibu kan banyak anak lelaki. Orang bujang sebelah pun ada. " Atikah terus membaling kusyen kemuka Shamsul.
" Betul lah kak Ika..apa kurangnya abang Irfan tu..complete package apa." Saiful pula mencelah.
" Macam barang pula yek.. complete package, ada-ada je adik nie." Atikah ketawa.
" Ehh.. kenapa kak Ika tak membantah pula bila kita orang suggest kan abang Irfan..Akak dah suka dengan dia ke? " Safwan cuba mengusik Atikah.
" Banyak lah suka." Atikah menjeling dan terus berjalan naik ke atas dan meninggalkan keluarganya yang masih mentertawakan dia. Bagi dia kalau di layan nanti lagi terus dia di usik oleh shamsul dan adik kembarnya. Esok Shamsul akan membawa Wafa ke hospital untuk pengesahan dan boleh terus buat check up susulan.
Datuk Hanifah dan Datin Nurshamsiah sudah bersedia hendak bertolak ke airport, begitu juga  dengan Datuk Khairul dan Datin kalsom mereka bersama2 akan mengerjakan umrah mereka pergi selama 2 minggu, Datuk Hanifah membawa kedua orang tua dan mertuanya, begitu juga dengan Datuk Khairil membawa kedua-dua mertua dan ibu bapanya.
Segala urusan pejabat telah di serahkan kepada Irfan dan di bantu Atikah. Dan tanggungjawab di rumah di serahkan kepada Shamsul untuk menjaga adik adiknya sepeninggalan kedua orang tua mereka nanti.
Keakraban Atikah dan Irfan kini menjadi bualan staff di office. Kini mereka banyak menghabiskan masa bersama. Tapi mereka masih menjaga batas-batas pergaulan bila mereka keluar . Dua hari lagi ibu bapa mereka akan pulang dari mengerjakan umrah.
###################
Selang beberapa hari selepas kepulangan Datuk Hanifah dan Datin Nurshamsiah.
" Atikah.. Ayah ada benda nak bincang nie." Sambil menarik kerusi untuk bersarapan
" Ehh kat office kita boleh bincangkan Ayah. " Atikah mencedok nasi goreng untuk Datuk Hanifah manakala Datin Nurshamsiah menuang coffee ke dalam cawan suaminya.
" Ini bukan masalah office, Tapi berkaitan dengan kamu Ika.” Kata Datuk Hanifah sambil menyuakan nasi goreng ke dalam mulutnya.
" Haa.. dengan Ika, apa salah yang Ika dah buat." Atikah sedikit terperanjat apabila ada masalah berkaitan dengannya kerana dia selalu memastikan kerja2 di office terurus dengan baik.
"Nie semua bukan ada kena mengena dengan office lah sayang." Datin Nurshamsiah pula mencelah.
" Habis tu? " Atikah kehairanan apa pula masalahnya pula kalau bukan masalah office.
" Kawan ayah ada anak teruna dan dia berkenan dengan kamu dan dia berhajat nak memanjangkan silaturahim, jadi dia ingat nak buat kamu nie menantu nya, macam mana kamu setuju ke? "Datuk Hanifah memandang Atikah.
" Ehh kejap kejap, nak buat saya jadi menantu, sapa pula kawan Ayah nie, Saya kenal ke?" Soal Atikah.
" pasal kamu kenal ke tidak itu nanti ayah bagi tau siapa orang nya, tapi ayah nak tau, kamu nie dah ada yang special ke belum? " Sambil menjeling dan berbalas senyum dengan Datin Nurshamsiah manakala Atikah sudah terhenti menyuapkan nasi ke dalam mulutnya, hanya di kuis sahaja nasi goreng di dalam pinggan nya.
" Aaa..emm.. nanti lah Ika bagi tau Ayah dan Ibu macam mana, biar Ika pergi office dulu lah." Atikah Sudah hendak berdiri.
" Ehh..habiskan lah nasi tu dulu tak baik tau membuang rezeki.." Dato Hanifah sudah menegur apabila Atikah mula untuk menolak pinggannya.. dia membetulkan duduk dan hendak tak hendak dia terpaksa juga menghabiskan sisa nasi gorengnya itu. Usai makan kemudian dia terus bersalam dengan ke dua orang tuanya.
######################
Di rumah Irfan
" Jadi ke kawan Abang nak satukan Atikah dengan anaknya tu." Datin Kalsom membuat muka selamba bertanya dengan Datuk Khairul.
" Ehh..jadi kut, Mereka beria sangat nak jadikan Atikah tu menantunya." Datuk Khairul membalas sambil menjeling kearah Irfan yang buat buat tak dengar perbualan kedua orang tua di depannya.
" Tulah saya berhajat juga nak jadikan Atikah tu menantu kita, Tapi anak teruna kita nie sombong sangat."
" OUhukk.." Irfan tersedak.
"Ehh..kamu nie Irfan cuba minum betul-betul, macam budak kecik, kalau kawin dah boleh jadi ayah dah, cuba tengok Shamsul tu lagi 4 bulan dapat baby dah, kamu nie nak jadi bujang terlajak ke?" Datin Kalsom sahaja mengusik Irfan.
" Ehh mama nie belum jodoh Irfan nak datang, Nanti ada jodoh Irfan kawin lah." dia cuba memaniskan muka di depan ke dua orang tua nya tapi di hati dup dap kerana kekasih hati bakal di sambar orang.
"Tulah ada bunga di sebelah jual mahal, Kalau tak mama main teriak2 je dengan besan sebelah rumah." Datin Kalsom membuat muka sedih
" Ala mama nie kalau tak jadi menantu pun mama masih boleh berteriak2 dengan aunty kan." Irfan tersenyum.
" Kamu nak pergi sendiri atau dengan papa ke office nie?" Tanya Datuk Khairul sambil berdiri.
" Saya pergi sendirilah pa. pasal lepas kerja saya dah janji dengan Shamsul nak pergi gym." Mereka beriringan jalan ke pintu, Datin Kalsom menjinjing briefcase suami dan anak terunanya.
" Bawa kereta elok-elok Irfan, jangan berangan tau." Datin kalsom berpesan dan Irfan juga terfikir macam mana pula mama boleh fikir yang aku akan berangan pula. memang aku memikirkan pasal Atikah sekarang nie.
Sebenarnya Datuk Khairul dan isteri telah berbincang dengan keluarga Datuk Hanifah yang mereka ingin menjodohkan mereka berdua. Tapi di sebabkan sikap Atikah dan Irfan yang masih mahu merahsiakan perhubungan mereka jadi mereka juga merancang untuk mengenakan kedua-duanya.Dan mereka merancang akan menyatukan anak-anak mereka dalam 3 bulan lagi.
Atikah dan Irfan tidak banyak bersuara di dalam office dan muka mereka sama-sama murung, mereka hanya membalas message dan waktu makan tengah hari baru mereka ada peluang berbincang dengan masalah yang bakal mereka tempuhi.
#####################
 Malam Di rumah Datok Hanifah
" Atikah, ini cincin merisik dari pihak lelaki semalam yang mereka bawa, Ayah harap kamu setuju dan kami juga telah sepakat yang kamu akan di satukan dalam 3 bulan lagi." Sambil menhulurkan cincin kepada Atikah.
Atikah sedikit terperanjat.. dia cuba membantah tapi dengan cara yang lembut supaya kedua orang tuaya tidak berkecil hati.
" Tapi Ika tak bersedia lagi Ayah Ibu, bagi lah Ika masa untuk memikirkan." Atikah Hanya memandang cincin yang masih di tangan Datuk Hanifah.
" Ayah minta maaf Ika, keputusan muktamad dan kamu harus terima keputusan yang kami buat ini." Atikah terdiam dan dia menahan tangisnya, dia meminta diri untuk masuk ke bilik dia perlahan2 naik ke atas dan terus masuk ke dalam bilik, di dalam bilik dia menelefon Irfan dan menangis dan tak sangka yang kedua orang tua nya telah membuat keputusan lebih awal. Kononnya Irfan dan Atikah akan memberitahu hal perhubungan mereka pada hari sabtu nanti maknanya 2 hari lagi. Tapi mereka terlambat dan mereka hanya akur dengan kehendak kedua orang tua Atikah.
"Atikah!! Boleh wafa masuk." Wafa cuba untuk memujuk Atikah dan dia tahu bahawa adik iparnya itu tengah bersedih. Tapi atas permintaan mertua dan suaminya jadi dia terpaksa juga ikut plan mereka ini.
" Masuklah" Atikah membuka pintu, kerana dia telah mengunci pintu dari dalam tadi.
"Ika menangis?"Tanya Wafa sambil melangkah masuk.
Wafa bertanya setelah di lihat muka sahabat ataupun adik iparnya itu sembam dengan airmata.
"Hmmm..." Hanya itu saja yang terkeluar dari mulut atikah.Sebenarnya ada sesuatu yg ingin di korek oleh Wafa kepada Atikah.
" Kenapa nak nangis pula, Ika kan masih single, lagi pun keputusan yang di buat oleh ibu dan ayah tu terbaik untuk Ika juga tau." Wafa mengosok bahu Atikah.
" Ika tau.. tapi.." Sekali lagi airmatanya jatuh bercucuran.
"Tapi apa, Ika dah ada yang special ke? " Wafa membetulkan duduknya di atas katil Ika sambil mengusap perutnya yang sudah mencecah 5 bulan lebih.
Atikah menganggukkan kepalanya dan sambil menyapu airmata..
" Sapa? " Wafa membuat riak muka terperanjat.
" Irfan" Ika berkata sayu.
" What! kenapa tak bagi tau kami." Wafa saja membuat muka terperanjat sekali lagi dan dalam hati dia berkata nampaknya dia boleh jadi pelakon juga.
"Since when you been couple" Wafa tanya bertalu-talu.
" Since Ayah send us for business trip to Penang.” Atikah menjawab sayu sambil memeluk lutut di atas katil.
" Masyallah, kenapa tak bagi tahu kami, see..what should we do..? " Wafa cuba memberi idea.
“Nothing to do. It’s too late, my parents already accept the proposal." Sambil menyapu airmatanya yang tiada henti turun bagaikan hujan.
" So how about Irfan,betul ke yang dia memang sayang dan cintakan Ika." Atikah hanya menggangukkan kepalanya. Wafa berasa kasihan pula kepada Atikah.
“Let’s me discuss this matter with Ibu dan Ayah." Atikah cepat2 memegang tangan Wafa
“Nope.. keputusan telah di buat, Ika tak nak malukan parent Ika, setelah mereka setuju lepas tu mereka mungkiri."
"Habis tu Ika setuju dengan semua ini." Wafa bertanya sambil mengosok tangan Atikah.
" Wafa cinta pertama tak semestinya bersatukan..jadi biarlah cinta Ika kepada Irfan jadi kenangan kepada kami, Dan Irfan juga kata dia rela mengundurkan diri dan dia merancang untuk menyambung pelajaran ke UK." Atikah tersenguk senguk menahan tangisnya.
" Begitu mudah sekali Irfan menyerah." Wafa sedikit mengeluh.
" Ika yang meminta padanya dan dia juga sanggup beralah kerana hormat kepada Ibu dan Ayah yang di anggap seperti parentnya sendiri."
" Tak pa lah Ika, bawa bersabar dan rehatkan minda tu, kalau dah itu keputusan Ika apa yang dapat Wafa tolong lagi." Wafa melangkah hendak ke pintu.
" Wafa tolong Ika.. jangan bagi tau sesiapa pun pasal Ika dan Irfan. Janji" Atikah terlalu mengharap yang Wafa dapat merahsiakan hal mereka.
"Hmm…Insyallah” tapi dalam hati Wafa berkata… maafkan aku Ika mereka harus tahu.
Wafa turun ke bawah dan berbual bersama dengan mertua dan suaminya, Wafa menceritakan segalanya kepada mertuanya kerana mereka memang hendak mengorek rahsia hubungan Irfan dan Atikah..Jadi Datuk Hanifah dan Datin Nurshamsiah tersenyum lega kerana keputusan menjodohkan mereka berdua adalah tepat.
################
Malam di rumah Datuk Khairul.
Datin Kalsom dan Datuk Khairul telah masuk ke bilik Irfan selepas dia mendengar cerita pengakuan Atikah kepada Wafa dari Datin Nurshamsiah, dan Irfan tahu mesti ada sesuatu yang ingin di bincangkan ini.
"Ir..mama dah masuk merisik anak kawan mama untuk kamu." Datin Kalsom memulakan perbualan.
" Merisik.. Irfan tak sedia lagi lah mama, lagi pun irfan dah apply untuk sambung study ke Uk dalam 2 bulan lagi nie."
" Sambung belajar, bila kamu apply? " Datuk Khairul agak terkejut
" Tadi siang Pa, Dan feedback dalam 1 minggu."
" Kalau macam tu kita segerakan majlis dan bolehlah isteri kamu ikut ke UK." Datin Kalsom memberi cadangan.
" Tapi ma..Irfan tak boleh nak terima macam tu je..sedangkan kami tak pernah berjumpa dan bercinta." Irfan cuba mengelak
" Tak pa lah..bercintalah lepas kawin lagi seronok..sebab halal untuk di pegang dan di peluk." Datin kalsom mengusik Irfan.
" Kamu pun bukannya ada special kan, papa nak kamu setuju dengan pilihan kami ini dan kamu hanya tunggu masa je..papa nak minggu depan pergi daftar kursus nikah." Arahan dari Datuk Khairul yang memang muktamad.
" Tapi Pa..Ma.." Irfan cuba minta simpati.
" Tiada tapi, kamu tak payah bertunang nikah je terus, majlis kita buat sebelum kamu ke Uk dan papa nak tau keputusan sama ada kamu dapat melanjutkan pelajaran atau tidak minggu depan." Datuk khairul terus melangkah keluar di ikuti Datin Kalsom.. mereka menahan senyum bila melihat muka Irfan kecewa.. Irfan pula hanya terduduk dengan keputusan papa nya. Dia memikirkan bagai mana dia nak mencintai bakal isterinya sedangkan seluruh cinta telah di serahkan kepada Ika.

Wednesday 11 January 2012

Jual Mahal Lagi 8


Lagi seminggu lagi raya bakal menjelma dan Datin Nurshamsiah juga kesibukan untuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan Shamsul dan Wafa nanti. Walaupun majlis berlangsung di hotel dan mereka menggunakan wedding planner tapi Datin Nurshamsiah tetap akan memasti semuanya berjalan lancar.
" Ibu, Ika nak gi butik Haifa nie.. nak cari baju dalam dua tiga pasang. Ibu nak ikut ke?" Atikah mempelawa ibunya..
" Tak lah, arifin dah ambilkan semalam."
" kalau macam tu Ika pergi dululah, mana Saiful dan Safwan nie kata nak ikut." Atikah memanjangkan lehernya mencari si kembar.
" Kak Ika! wan kat sinilah, dia leka cakap dengan ibu pun boleh tak nampak kita lalu depan dia, dah tua lah kak Ika nie." Safwan mengusik kakaknya.
" Betul lah ibu, lebih baik ibu carikan pasangan untuk kakak nie sebelum terlambat." Saiful pula menyampuk dan berderai ketawa mereka berdua.
" Amboi! sedapnya mengutuk.. ada yang jalan kaki nie karang." Atikah berkata sambil bercekak pinggang.
" Ala adik kamu tu memang kuat mengusik nak buat macam mana." Ibu memujuk Atikah.
" Hmm.. memang pun Ika kenal sangat dengan budak sengal berdua nie bu." kemudian Atikah tersenyum. selepas itu mereka bersalam dengan Datin Nurshamsiah dan hari ini Atikah membawa kembar berbuka puasa di luar bersama dengan Wafa, Rozida dan Adlina.
Selepas berbuka mereka sempat lagi shopping untuk raya. Atikah membeli beberapa helai baju untuk dia dan kembar serta untuk kedua orang tuanya.
##################
"Ibu jadi ke nak suruh pak Arifin ambil wan ngan atuk di kampung..Ika ingat biar ika je lah yang pergi."
" Jadi..dah pergi pun Arifin tu..wan nak berbuka di rumah dia dulu lepas solat terawih nanti baru mereka balik ke sini..lambat lah kot sampai tu." Datin Nurshamsiah berkata.
" Ehh tak sabar nak jumpa wan.. nak nak lagi bebel dia tu..seronok.."Atikah berkata sambil memeluk bahu Ibunya.
" Iya lah jangan sampai tak terlayan bebel wan kamu tu sudah." Datin Nurshamsiah berkata sambil tersenyum.
Disebab kan majlis perkahwinan berlangsung seminggu selepas raya, jadi mereka sekeluarga tidak dapat meraikan di kampung jadi Dato Hanifah membawa kedua ibu bapa beraya di Kuala Lumpur dan adik beradik mereka turut berkumpul di rumah Dato Hanifah pada raya pertama nanti..
" Ika petang nanti boleh temankan wafa tak, abang tak boleh janji nak sampai awal ke butik tu.lepas tu kita boleh buka puasa bersama." Shamsul bertanya kepada Atikah, kerana dia dan wafa nak mencuba baju beberapa helai baju lagi.
" Aaa..Ika tak sempat lah abang..Ika ada kerja penting yang nak kena settlekan. Abang suruh lah wafa pergi dulu." Atikah cuba membuat alasan kerana dia dah janji untuk berbuka puasa bersama Irfan pada hari ini.
"Hmm..tak pa lah..nanti abang bagi tau Wafa.."
Dari jauh Irfan sudah melambai dan menunjukkan arah kepada Atikah supaya memakir di sebelah keretanya. Dan kemudian mereka beriringan masuk ke dalam. Hari ini mereka berbuka puasa di hotel sri malaysia, kononnya tak nak ada sesiapa ternampak.
" Abang tu.. cuba lihat sapa" Wafa menunjukkan jari kearah seseorang dan Shamsul cepat berpaling untuk melihat.
" Ehh.. sejak bila lak budak berdua nie baik macam belangkas nie..kalau tak macam anjing dgn kucing." Shamsul sedikit kehairanan melihat Atikah boleh berduaan dengan Irfan.
" Abang..apa kata kita lihat je mereka dari jauh dan jangan kacau mereka." Wafa memberi cadangan selepas menahan Shamsul dari bangun untuk mendapatkan mereka.
" Betul gak tu..jap abang nak ambil gambar dia org berdua sebagai bukti.." Wafa dan Shamsul ketawa dan mereka menahan dari tergelak besar takut nanti Atikah dan Irfan perasan.
Saiful dan Wafa hanya memerhatikan dari jauh gelagat dua merpati sejoli tu bergurau senda dan Saiful juga sempat menangkap gambar ketika Irfan menyuapkan sesuatu ke mulut Atikah. Dan dari apa yg Shamsul tengok dan dia juga percaya yang mereka berdua ini sudah jatuh cinta dan cuba melindungi dari pengetahuan semua keluarga dan sungguh licik mereka berdua kerana sampai ke hari ini bila di depan keluarga mereka seperti saling membenci..tetapi di belakang keluarga mereka rupanya saling menyayangi.
Shamsul sudah mula bercuti dan lagi 2 hari raya bakal menjelma..Atikah sudah ke pejabat begitu juga Dato Hanifah. Dan pada masa ini lah Saiful memberitahu ibu dan Datin Kalsom. Mulanya Saiful meminta Datin Nurshamsiah memanggil Datin Kalsom dan katanya ada perkara yang perlu mereka bincangkan. Selepas Shamsul menunjukkan gambar Atikah dan Irfan kedua wanita itu terus ketawa dan rancangan mereka nak berbesan mungkin akan terlaksana.. Tapi mereka dah merancang kononnya mereka tidak tahu tentang hubungan mereka berdua dan merahsiakan hal ini dari Atikah dan Irfan..mereka telah menyusun strategi.
Keseronokan keluarga berkumpul pada hari raya 4 hari lepas masih terasa..kini mereka tgh sibuk untuk persiapan terakhir perkahwinan Shamsul dan wafa. Atikah juga tidak ke office kerana Dato Hanifah meminta dia membantu Datin Nurshamsiah untuk persiapan terakhir sebelum berlangsung majlis perkahwinan nanti.
Dalam masa Datin Nurshamsiah dan Atikah melihat persiapan di dalam dewan Datin Nurshamsiah mencari jalan untuk menyakat anak daranya.
" Bila lah pula Ibu dapat lihat Atikah naik pelamin pula kan.."sambil menjeling Datin Nurshamsiah berkata..
" Ibu nie..Abang belum lagi sah menjadi suami sekarang nie Ika pula yang ibu rancangkan."
" Ika tak ada ke sapa2 yg Ika suka? "Tanya Datin Nurshamsiah lagi untuk menduga Atikah.
" Belum lagi lah Ibu, Ika nak tumpu pada kerjaya dulu lagi pun ika muda lagikan."
" Yelah masa muda nie lah elok kawin dan mengandung, kalau dah berumur nanti nak mengandung pun susah." Datin Nurshamsiah senyum sambil mata melihat kearah orang mengubah pelamin.
" Ishh..Ibu nie ke situ pula.. nanti lah Ika fikirkan. " Sambil memuncungkan bibirnya
" Nanti kalau ada orang masuk meminang Ibu akan setuju je..kalau nak tunggu Ika mungkin Ibu tak ada menantu lelaki nanti." Datin Nurshamsiah berkata tanpa memandang ke araha Atikah.
" Ehh..jangan lah Ibu,Ika tak bersedia lagi.." Atikah tak sangka yang Ibunya berkata begitu, dia masih tak mahu mengaku tentang hubungannya dengna Irfan.
" Hmm.. Just wait and see. "Kata Datin Nurshamsiah dan terus berjalan ke arah pelami
Ika rasa kedudukan dia mesti tak selamat apabila Ibu dah berkata begitu dan dia mesti berbincang dengan Irfan mengenai masalah ini.
########################
Hari yang di tunggu telah tiba dan dengan sekali lafaz Shamsul sah menjadi suami kepada Wafa, mereka bernikah di masjid Negara dan malam majlis berlangsung di hotel pula. Keluarga kedua belah pihak telah bersetuju untuk melangsungkan terus di satu tempat sahaja, kerana mereka pun tinggal tidak jauh.
Tetamu telah ramai di dalam dewan. keseluruhan keluarga Shamsul dan wafa telah hadir. Irfan dan  Atikah menjadi pengapit kepada kedua pengantin. Ramai juga yang memuji kecantikan pasangan pengantin dan ada juga usikan nakal terkena kepada Atikah dan Irfan. Banyak yang mengatakan pengapit pun macam pinang di belah dua. Mereka hanya tersenyum sahaja.
Shamsul dan Wafa telah terbang ke madrid. Mereka berbulan madu selama 2 minggu di sana. Manakala Atikah telah mula bertugas seperti biasa dan kerja di pejabat juga banyak yang hendak di uruskan.

Monday 9 January 2012

Jual Mahal Lagi 7


Semasa mereka singgah di perhentian Atikah meminta untuk menggantikan Irfan memandu tapi Irfan tetap tak bagi dan Atikah tetap memujuk.
" Tak palah Irfan biarlah saya pula yang drive, awak mesti penatkan." Rayu Atikah.
" Atikah kan ke saya dah kata saya ok, dan kalau saya betul-betul penat saya bagitahu awak ye, nampaknya awak sayang juga kat saya kan." Irfan sempat mengusik Atikah.
" Saya nie kesian je sebab awak drive sorang dah tu saya boleh terlelap, awak nie sempat lagi nak perasankan."Atikah menjeling geram.
" Saya lagi suka tengok awak tidur, so cute kalau awak yang drive saya tak dapatlah nak tengok muka awak tidur lagi." Sekali lagi Irfan berseloroh.
" Ya allah ke situ pulak dia nie, dah fokus ke depan, saya nak hidup lama lagi, kawin pun tidak nie." Atikah mengarahkan Irfan.
" kalau macam tu kawinlah dengan saya, balik nie kita bagi tau parent kita nak." Usik Irfan lagi.
" Ehh.. jangan nak mengada-ngada baru cakap sikit dia dah perasan." Atikah menyumpah sendiri kerana keterlanjuran mulutnya menyentuh bab kahwin.
" Hihihihi..saja je saya usik awak tu...awak tu kalau marah cute saya suka sangat tengok muncung dan jelingan awak tu tau tak?" Irfan tidak berselindung lagi.
" Iya lah tu.. masa nak semuanya cute nanti bila dah dapat mulalah kata tak sporting lah, pening kuat membebel lah, kuat merajuk lah." Atikah memerli Irfan.
" Insyallah dear semua tu tak akan berlaku." Irfan berkata sambil tersenyum
Akhirnya sampai juga mereka dengan selamat dan Datuk Hanifah sudah menunggu kerana dia awal-awal lagi sudah telefon Atikah dan ingin memastikan mereka sudah sampai di mana.
" Ibu, ayah" Atikah seronok bila melihat kedua orang tuanya menunggu kepulangannya.
" Assalamualaikum uncle." Irfan memberi salam selepas keluar dari kereta.
" Walaikumusalam. how the journey? " Dato Hanifah bertanya
" Alhamdullilah dan saya pulangkan semula your princess sama seperti saya ambil dulu." Irfan melawak dengan Dato Hanifah.
" Thanks Irfan, so macam mana dengan dia easy to handle." Dato Hanifah saja mengusik tapi Atikah berkata didalam hati apa ayah ingat dia barang apa untuk di handle.
" She ok uncle, very easy to handle, she’s super." Irfan memuji Atikah dan Datuk Hanifah tau yang Irfan berkata dengan jujur.
" Haa..nak mengampu lah tu.. anyway thanks for everythings." Atikah berkata sebelum nak melangkah masuk ke dalam rumah.
" You are welcome dear." Dan Atikah telah menjegilkan matanya apabila Irfan menyebut 'dear' di depan orang tuanya. Datuk Hanifah dan Datin Nurshasiah hanya tersenyum. Atikah terus mengambil begnya dari tangan Irfan dan berlalu masuk.
" OK uncle saya minta diri dulu ya." Sambil menyalam Datuk Hanafiah
" Iyalah, terima kasih sekali lagi Irfan."
" ok uncle, Assalamualaikum."
" Walaikumusalam."Balas datuk Hanafiah, Datin Nurshamsiah awal lagi dah masuk ke dalam.
Minggu nie mereka sibuk juga nak buat persiapan hantaran kerana nanti pihak Shamsul akan merisik dan terus bertunang. Atikah awal-awal lagi dah menyakat Wafa begitu juga Rozida dan Adlina. Adlina dan Rozida yang banyak membantu di pihak Wafa.
perhubungan Atikah dan Irfan pun berjalan lancar cuma mereka pandai merahsiakan dari pandangan semua. Dan mereka banyak mengunakan phone untuk berbicara.. Satu yang Irfan lagi tertarik dengan Atikah kerana perangainya tak seperti separuh gadis yang terliuk sana terluik sini dan dia juga profesional dalam segala hal, malah Atikah tau menjaga batas pergaulan bila bersama bukan muhrimnya.
Hari yang di janji pun tiba keluarga Atikah ramai yang datang termasuklah Atuk dan wan yang memang tak boleh di tinggalkan. Dato Hanifah dan Datin kalsom juga ada dan Atikah juga datang satu kereta dengan Irfan apa yang menjadi kehairanan pada keluarga mereka apabila Atikah tidak bersungut atau berentak apabila di suruh naik satu kereta dengan Irfan. Mereka membawa hantaran juga. Syukur alhamdullilah majlis berjalan lancar dan kini wafa telah menjadi tunangan Shamsul. Dan sebulan dari sekarang mereka akan mula membuat persiapan perkahwinan pula tapi Shamsul suruh ibunya mencari mana-mana wedding planner supaya boleh meringan kerja ibunya. Dan minggu depan juga umat islam akan mula berpuasa.
" Ibu petang jumaat nanti jadi tak nak balik rumah wan." Atikah bertanya kerana ini adalah minggu pertama puasa dan seluruh keluarga ayahnya akan berkumpul di rumah Maimon.
" Jadilah, ibu ingat nak ajak wafa sekali nanti kamu ikut Shamsul." Kata Datin Nurshamsiah.
" Tak palah ibu, Ika ingat biar Ika drive kereta sendiri nanti Saiful dan Safwan boleh ikut Ika, saja nak bagi privacy kepada bakal pengantin tu."
" Suka hati kamulah, Kamu tak ajak Irfan ke? " Datin Nurshamsiah cuba membuat serkap jarang.
" Tak, lagi pun katanya yang dia orang balik sri menanti petang jumaat juga." Selamba je Atikah memberitahu ibunya.
" Ehh macam mana Ika tau, tapi ibu tak tahu pun." Datin Nurshamsiah bertanya sambil tersenyum dan Atikah dah hampir terperangkap dengan kesilapannya sendiri.
" Ohh.. Ahh.. Ika dengar dia cakap dengan abang dalam Phone masa tu kat office." 'fiuhhh' Atikah melepaskan nafasnya kerana dapat gak dia cover pada hal irfan sendiri yang bercakap dengannya di dalam phone semalam.
" Tak palah nanti ibu tanya aunty Kalsom kamu, kalau macam tu hari sabtu nanti boleh ajak mereka berbuka di rumah wan."
" Suka hati ibulah. Ika naik solat dulu." bulan puasa Atikah dan Dato hanifah balik awal dan dia lebih suka berbuka puasa bersama keluarganya.
Selepas itu atikah terus sms Irfan tentang plan ibunya.
Seronok bila sesekali berkumpul ramai ramai, riuh teratak wannya dengan suara cucu dari yang remaja hingga kanak-kanak. Atikah mengajak shamsul,Saiful dan Safwan ke pasar ramadhan dan sepupunya juga ikut sama, jadi mereka pergi dua kereta. Dalam seronok melihat bermacam juadah mereka terserempak dengan Irfan, Nafisa dan Azman suami Nafisa.
“Hei!” Tegur Irfan
“ Ehh.. Kak Fisa pun ada, mana Aiman” Atikah bertanya
“Akak malas nak bawa, taulah tempat nie crowded semacamkan. Tinggal dengan nenek dia lah.”
“ Bro..esok jangan lupa datang tau, nanti ada orang tertunggu tunggu.” Atikah terus menyiku perut Shamsul kerana dia tahu sangat maksud orang yang menunggu tu memang di tujukan kepada Atikah. Dan Irfan hanya tersenyum begitu juga Nafisa dan Azman.
“ Ok lah bro, kami gerak dulu, dah tak ada benda lagi nak di beli..kalau ikutkan mata semua nak di beli.” Azman pula berkata.
“ Itulah abang man, nie pun Ika ajak keluar jangan di borong setiap yang ada di gerai nie sudah.” Mereka ketawa setelah rasa seronok dapat mengutuk Atikah.
“ Akak balik dulu ye Atikah. Esok kita jumpa ye nanti kirim salam uncle dan aunty.” Aku bersalam dengan kak Nafisa dan Irfan hanya tersenyum memandang ke arah ku, aku hanya membalas senyuman itupun setela aku perasan tiada yg memandang ke arahku. Dan mereka pun pergi mendapatkan kereta.
" Ehemm..sudah sudah lah tu senyum.” Shamsul bersuara dan aku buat tak tahu je.
“Bila lak masa Ika senyum.” Atikah Cuma menyembunyikan keterlanjuran perbuatannya tadi.
" Kak Ika, Abang Irfan tu hensome kan, dia dah ada special girlfriend ke? “ Suria bertanya.
" Amboi.. bukan main..Entah.. dengar-dengar dia dah ada makwe.”Atikah saja je berkata begitu.
"Alamak melepaslah nak tackle dia, tapi tengok dia macam suka lebih dengan akak.” Nora pula mencelah, habis aku hampir kena jerangkap samar.
" Ehh mana ada, kami kan dah lama kenal biasa je, awek dia tu mana dia nak letak.” Aku cuba menambahkan cerita yang sememangnya tak wujud.
Atikah dan sepupunya membantu para ibu di dapur yang bergotong royong untuk menyediakan juadah untuk berbuka puasa petang nie, Dan keluarga Datuk Khairul pun akan datang, jadi mereka melebihkan kuantiti masakan dari semalam. Hari ini mereka memasak ayam kampung masak lemak kuning cili api, sambal belacan, ikan keli sambal, sambal daun kayu yang di masak dengan tempoyak dan ulam ulaman serta kuih kasui sebagai desert dan juga buah tembikai. Meriah sungguh mereka dengan bermacam juadah.
Semua sudah duduk bersila dan menunggu masa untuk berbuka, tinggal lagi dua tiga minit masa untuk berbuka.. dah macam kenduri bila seluruh keluarga berkumpul.
" Amin." Semuanya mengaminkan doa berbuka puasa yang di baca oleh Mokthar sepupu sulung Atikah yang berumur 39 tahun, Dia pensyarah di ukm bangi.
" Dah makan jangan nak sogan sogan." Maimon mempelawa Dato Khairul sekeluarga makan.
" Iya mak mon, bukan tak biaso pun." Balas Dato Khairul dan mereka semua menjamu dengan berselera sekali. Sesekali dapat makan berebut macam nie memang berselera. Atikah duduk bersama dengan Nafisa dan Najiha, sambil makan Atikah sama sama dengan Nafisa melayan kerenah Aiman yang hendak makan sendiri, habis berselerak nasi keluar dari pinggan.
" Kak Jiha tak payah basuh pinggan tu ,biar kita orang tuan rumah yang buat akak tu duduk jelah kat meja tu.. banyak sangat berdiri nanti bengkak pula kaki tu." Atikah menegur Najiha dari meneruskan mencuci pinggan yang mereka tengah kumpulkan. Dan Najiha sekarang nie tengah mengandung dan kandungannya mencecah lima bulan.
" Tak pa, akak buat sikit je tak banyak pun."Najiha membalas.
" La.. Ika kenapa suruh Jiha basuh pinggan nie." Datin Nurshamsiah pula menegur apabila dia sampai ke dapur.
" Dah ika tegur tadi ibu, kak Jiha nie nak buat gak." Atikah membela dirinya takut dia yang kena bebel lebih-lebih nanti.
" Dah Jiha basuh tangan tu, banyak anak dara kat rumah nie yang boleh buat kerja nie. Jom ke depan kita boleh buat solat berjemaah sekali nie." Semalam pun begitu juga selepas selesai makan mereka solat maghrib berjemaah dan begitu juga isyak dan terawih mereka buat di rumah. Datuk Hanif Abang kepada Datuk Hanifah yang menjadi imam. Datuk dan wan Atikah amat menitik berat soal agama kepada anak-anaknya dari kecil lagi dan cucu-cucunya juga mesti tidak ketinggalan dari didikan agama juga.
" Suria tolong akak bawa kuih kasui tu sekali ke depan ye." Atikah dan suria tak solat kerana mereka cuti jadi mereka dapat tanggungjawab membantu Rokiah pembantu Maimun untuk menyediakan juadah selepas solat terawih.
Setelah selesai mereka menjamu teh dan kuih kasui. Atikah tak ada peluang langsung untuk bertegur sapa dengan Irfan dan mereka hanya dapat curi pandang dan curi-curi senyum..takut kantoi gak nanti. Tapi pada pendapat Atikah lagi elok macam ni jadi tiada gossip hangat.
Telefon Atikah berbunyi tanda message masuk dan dia terus membuka dan dia pasti yang messange datangnya dari Irfan.
=Assalamualaikum.. Sedap lauk hari ini kenyang abang makan. Sombongnya Ika tak nak datang berbual dengan abangkan, main senyum je. Abang nak merajuklah macam nie.=Sekarang nie apabila mereka berdua, Atikah tidak lagi memanggil dengan panggilan Irfan lagi tapi dia akan memanggil Abang.
=Walaikumusalam warahhmatulahiwabarahkatu.. Terima kasih. Mana ada Ika sombong dengan abang tapi cuma tak ada peluang je, lagi satu kan elok macam tadi tak adalah gossip hangat dari pembuat gossipkan. Ala abang jangan lah merajuk.. Kalau abang merajuk Ika pun nak merajuklah.=Atikah membalas message semula.
=Tak lah abang main main je.. mana boleh merajuk dengan Ika ku sayang nanti rugi besar abang tau. kalau macam nie abang kena masuk meminang cepat cepat.=
=Kalau berani datanglah.. tapi biar dululah abang.. Ika belum berapa bersedia lagi nie.. abang sabar ye.. Ika pun sayang abang gak.=
=Ye lah kenalah abang tunggu puteri setuju.. Ok abang nak tido dah nie esok nak bangun sahur. Kalau ada Ika sebelah abang best gak dapat peluk...hihihihihi... Assalamualaikum.= Irfan masih lagi mengusik kekasih hatinya.
=Eee.. gatalnya ok selamat malam and sweet dream and walaikumusalam.= Atikah mengakhirkan messagenya.
" Woi! Kak Ika apa kena senyum sorang sorang nie, dari tadi sms.. mesti dengan pakwe kan." Nora menegur dan dari tadi dia curi pandang dengan kelakuan Atikah yang serba sedikit mencuit hati Nora, dia yang leka membaca majalah keluarga turut tersenyum bila tengok Atikah tersenyum.
" Mana ada, nie kawan akak si Rozida lah." Atikah saja menipu untuk menutup kebenaran kalau tak gamatlah banglo Puan maimon dengan berita dari mulut Nora nanti.
" Dah nora akak nak tido, tutup lampulah." Nora terus bangun dan menutup lampu, Suria dan Shira adiknya dah lama lelap mungkin mereka terlalu mengantuk.