Sunday 25 December 2011

Jual Mahal Lagi 6


Dah hampir sebulan Atikah bekerja di mutiara holding dan selama itu jugalah dia mengadap muka Irfan dan kadang kadang mereka ada juga bermasam muka apabila tidak bersependapat, selalunya Irfan lah yang banyak beralah.
" Murni minta Nuratikah dan Khairul Irfan datang ke bilik saya." Murni mematikan interkom dan terus menemui Irfan dan Atikah dan menyampaikan pesana Datuk Hanafiah.
" Ya ayah ada apa nak jumpa kami." Atikah memulakan pertanyaan manakala Irfan hanya mengangguk kerana dia hampir hendak bertanyakan soalan yang sama.
" Lagi 3 minggu kita dah nak puasa jadi Ayah nak kamu berdua pergi ke butterworth dan settlekan masalah pemasaran barangan kita di sana." Datuk Hanafiah berkata sambil memandang ke arah Atikah dan Irfan.
" Haa.. kenapa lak Ika yang kena pergi." Atikah sedikit terperanjat dengan Arahan Dato Hanifah dan dia rasa macam tidak puas hati.
" Dah kamu dan Irfan yang menguruskan hal niekan.. jadi ayah nak kamu berdua ke sana dan tak ada tapi atau tidak." Aduh.. ayah dah bagi arahan lagi nie yang aku paling tak suka , rungut Atikah di dalam hati, lain pula dengan Irfan dia setuju saja dengan arahan Datuk Hanifah dan lagi tersenyum ada, Atikah hanya menjeling saja bila melihat Irfan senyum kepada dia.
" So bila kami kena pergi nie uncle." Irfan bertanya untuk kepastian.
" Khamis nie. Hotel nanti uncle suruh Murni booking." Jawab Dato Hanifah lagi.
" Kalau tak ada apa apa Ika keluar dulu lah ayah."  Atikah malas nak berlamaan di bilik ayahnya, hatinya dah mula panas.
" Haa..ok, tapi Irfan tunggu sekejap uncle ada perkara nak bincang nie." Atikah terus keluar dari bilik tapi dia cara berjalannya sedikit berentak macam nak tunjuk protes kepada Datuk hanafiah. Datuk Hanafiah hanya memandang dan tersenyum dengan gelagat puteri tunggalnya itu..
" Uncle harap kamu bersabarlah dengan kerenah Atikah tu, dia sebenarnya anak yang baik dan kamu cubalah cari peluang berbaik-baik dengannya di sana nanti." Sebenarnya datuk Hanifah ada agenda lain, dia saja memberi peluang untuk mereka menyelesaikan masalah di sana.
" Insyallah uncle. Kalau tak ada apa apa saya minta diri dulu." Irfan meminta izin keluar.
" Ok silakan."
di rumah sekali lagi Atikah mendapat berita yang mengejutkan dia, tapi ini berita gembira. Apabila ibunya memberitahu yang Shamsul suruh Datin Nurshamsiah untuk meminang Wafa kalau boleh dia nak bertunang sebelum puasa.
" Tapi ibu lusa Ika dah nak kena pergi butterworth."
" Bertuah punya anak, mestilah ibu tunggu Atikah balik dulu dan insyallah minggu depan baru kita pergi merisik."
" Kalau macam tu ok lah. Habis berapa lama tempoh abang nak bertunang nie." Atikah bertanya.
“katanya 2 minggu lepas raya dia nak kahwin." Terang Datin Nurshamsiah lagi.
" Aik tak menyempat nak langsung.. kenapa tak terus kawin je minggu depan." Atikah ketawa terasa geli hatinya mendengar cadangan Abangnya itu.
" Tak palah kira sebulan setengah betunang. Jadi lepas nie kita kena bersiaplah untuk kenduri Shamsul." Datin Nurshamsiah pun sebenarnya seronok dengan keputusan yang di buat oleh Shamsul dan dia telah pun memberitahu Datuk Hanafiah mengenai hajat Shamsul melalui telefon tadi.
" Begitulah nampaknya ibu, pukul berapa abang balik hari ini ibu." Atikah melihat ke arah jam dan tak sabar nak menunggu kepulangan abangnya.
" Kejap lagi sampailah dia." Datin Nurshamsiah masih sibuk mengait. Itulah salah satu kesukaan Datin Nurshamsiah bila dia ada masa terluang.
Tak lama selepas itu Shamsul sampai.. Dan Atikah cepat-cepat menyuruk, dia nak terperanjatkan Shamsul.
" Hah!!" Atikah menyergah Shamsul.
" Woi! " Shamsul terperanjat dan hampir tercampak beg di tangannya.
" Atikah!! " Shamsul menjerit apabila Atikah melarikan dirinya dari shamsul.
" Hei! apa nie.. ya allah budak-budak nie.. sorang dah nak jadi laki orang dan sorang lagi dah boleh jadi bini orang tapi perangai macam Saiful dan Safwan." Datin Nurshamsiah membebel kan anak bujang dan anak daranya.
"Atikah lah ibu di sergahnya Abang nasib baik tak gugur jantung nie. Nanti dia mesti kena dengan abang." Shamsul bukan marah tapi dia geram sebab terperanjat dan dia tak dapat nak menangkap Atikah, Kalau tak mesti dah di kepitnya Atikah.
"Saiful dan Safwan mana ibu." Baru Shamsul perasan kelibat adik kembarnya tak kelihatan.
" Dalam bilik dia oranglah tu, baru sampai tadi ada aktiviti kat sekolah." Shamsul terus naik ke atas dan terus membuka pintu bilik adiknya.
" Wei.. buat apa nie." apabila di lihat si kembar terlentang di atas katil masing masing. Saiful dengan majalah manakala Safwan dengan psp nya.
" Ehh.. abang baru balik ke?" tanya safwan.
" Ye.." Dan Shamsul terus merebahkan dirinya di sebelah Safwan." mereka adik beradik memang macam tu, kadang tu dia orang lepak dalam bilik Shamsul dan Atikah pun akan join sama kadang tu, tapi bilik Atikah dia orang jarang lepak kerana pening tengok colour bilik tu, biasalah perempuan mesti tak boleh lari dengan colour pink dia.
" Abang malam nie kita gie Mcd nak." Saiful mengajak Shamsul.
" Hmm.. lepas maghrib kang kita pergi." Shamsul dan Atikah suka melayan kerenah si kembar nie kalau mereka ada masa terluang, kembar walaupun di manjakan oleh abang dan kakaknya tapi mereka tidak nakal seperti separuh rakan sebayanya..kerana dalam masa yang sama Shamsul dan Atikah bertegas juga dengan mereka.
" Tak ajak kak Ika ke?" Shamsul bertanya.
" Belum lagi Wan nak tanya abang dulu dah tu baru bagi tau kakak." Safwan nak kan kepastian dari Shamsul dulu baru dia mengajak kakaknya sekali.
" pergi bagitau kakak." Shamsul mengarahkan salah seorang untuk memberitahu Atikah. Tapi belum sempat Safwan bangun dari katilnya Atikah sudah tersembul di depan pintu, Dia masuk kebilik dan terus duduk sebelah saiful.
"Apa cerita?" Atikah bertanya Shamsul.
" Dia orang ajak gi Mcd." Shamsul menjawab.
"Ohh..ok no problem, tapi Apa cerita abang, Ika dengar ada good news." Atikah memandang ke arah Shamsul dan menunggu riaksi Shamsul.
" Good news? " serentak kembar bertanya.
"Ohh.. yang itu..ibu dah cerita ke?" Shamsul bertanya lagi
" Apa nie cakaplah Abang." Saiful sudah tak sabar nak tahu apakah good news tu..
" Kita bakal dapat kakak iparlah." Atikah memberitahu kembar.
"Wow.. so Abang jadi lah nak kawin ngan kak Wafa tu." Safwan pula bertanya dan Shamsul cuma tersenyum dan menganggukkan kepalanya.
" Kak Ika lepas nie akak kena panggil Kak Wafa lah tak boleh panggil macam biasa lagi." Saiful berkata sambil tertawa.
" Nampaknya macam tulah dan akak kena mula panggil dari sekaranglah." Atikah ketawa dan membaling bantal Saiful ke arah Shamsul.
" Woi! nie hutang tadi tak bayar lagi dah dia buat hutang lagi." Shamsul terus bangun dan menangkap Atikah yang sudah hendak melarikan diri tapi tak sempat apabila Shamsul dan menyambar tangannya dan mengepit kepala Atikah di celah lengan Shamsul, Safwan dan Saiful hanya ketawa melihat kerenah kakak dan abangnya. Tak ubah macam budak-budak rebina.
" Sorry lah Abang..!!, sakitlah." Atikah cuba merayu untuk melepaskan kepalanya.
" Sapa suruh kacau abang. So are you surrender." Shamsul tak melepaskan Atikah selagi dia tak mengaku mengalah.
" Yes..yes.. Ika surrender, Ika promise." Atikah telah mengangkat tangannya tanda mengalah.
" Ok kalau macam tu pergi buatkan abang nestlo." Arah Shamsul.
" Kak kami pun nak nestlo." Saiful berkata sambil dan memaksudkan Safwan sekali.
" Wah banyak punya orderkan. Ok lepaskan Ika." Atikah mencebikkan bibirnya dan terus turun kebawah untuk membuat air abang dan adik kembarnya.

" Irfan nanti dah sampai call uncle tau and please look after my princess."Pesan Datuk Hanafiah sambil menepuk nepuk bahu Ifran. Mereka keluar awal pagi kerana kalau boleh nak sampai awal dan mereka ada banyak masa untuk merehatkan badan.
" Insyallah, uncle." Irfan cuba menyakinkan Datuk Hanifah, mereka menanti Atikah keluar dan Irfan akan memandu keretanya. Dia tak nak naik kapal terbang kerana dia nak menikmati keindahan sepanjang jalan katanya. Mulanya mereka bertekak juga pasal Atikah nak naik kapal terbang tetapi apabila ayah nya juga menyokong cadangan Irfan dan akhirnya dia terpaksa akur dengan segalanya.
" Kamu dah Confirmkan dengan Mr Yap yang kamu akan berjumpa dengannya esok."
" Sudah uncle dan dia menanti kedatangan kami." Jawab Irfan.
Atikah keluar di ikuti ibunya, dan dia memaut tangan ibunya seperti dia tak pernah berjauhan dengan keluarganya. Dia bersalam dengan Ibu dan ayahnya.
" Ayah ibu Ika pergi dulu ye.. Take care your self ok." Atikah berkata sayu. Macam nak pergi berbulan bertahun.
" Yes.. Don’t worry about us. Just worry about yourself ok." Ibunya pula berkata. Dato Hanifah hanya tersenyum.
" Ok lah uncle aunty kami gerak dulu ye. Assalamualaikum" Irfan bersalam dengan Dato Hanifah dan Datin Nurshamsiah.
" Walaikumusalam." Serentak Dato Hanifah dan Datin Nurshamsiah menjawab.
" Drive carefully Irfan." Dato Hanifah berpesan lagi.
" Insyallah uncle." Atikah dah bermuram di dalam kereta, dia memikirkan nasibnya bila berduaan dengan Irfan selama 3 hari.
Mereka cuma melihat kereta Irfan pergi hingga hilang dari pandangan. Dan kemudian mereka berpandangan dan tersenyum. Bang saya nak jumpa kalsom kejap nak tengok Aiman dah lama tak tinjau dia. Nafisa duduk dengan Datin kalsom manakala Najiha duduk di singapura kerana suaminya bekerja dan berasal dari sana. Dia ada business keluarganya di sana. Manakala suami Nafisa pula adalah doktor pergigian dan dia ada klinik sendiri.
Atikah tidak banyak berbual cuma Irfan yang banyak bercerita manakala Atikah cuma kata 'ya' atau 'tidak' je dia memang tak ada mood nak layan berbual dengan Irfan.,dan dia juga dah dua kali terlelap.
" Irfan tolong berhenti next R&R, saya nak pergi toilet." Atikah mengarahkan Irfan.
" Ika boleh tahan ke? lagi 20 minit next R&R tu." Irfan sedikit risau.
" Boleh bukan emergency pun, Saya nak beli coffee sekali." Atikah menjawab perlahan.
" Ok." selepas tu mereka senyap semula. Selepas sampai di R&R Atikah terus ke toilet dan Irfan hanya menunggu di luar kereta. Setelah Atikah keluar dari tandas Irfan terus berjalan ke arahnya dan mengajak Atikah minum dulu dan itu memang niat Atikah pun. Irfan minum coffee dengan meehoon goreng manakala Atikah minum coffee dengan laksa. Setelah selesai makan mereka memulakan perjalanan semula kerana dah tak berapa jauh lagi hanya dalam 2 jam. Atikah ada juga minta izin Irfan untuk memandu pula tapi Irfan tidak membenarkan, dan katanya dia dah biasa memandu jauh. Atikah cuma rasa kesian dan takut dia penat atau mengantuk kerana Atikah sendiri terlelap dua kali.
" Atikah bangun, kita dah sampai nie." Irfan mengejutkan Atikah.
" Aaa.. mmm.."Atikah tersentak dan semasa dia membuka mata tak di sangka irfan tengah memandang ke arahnya sambil tersenyum dan dia tiada pilihan terpaksa juga senyum kerana dia terasa malu kerana sampai kereta dah berhenti pun dia boleh tak sedar.
" Dah jom kita check in dulu." Ajak Irfan.
" Ok." Hanya itu saja yang boleh di jawab oleh atikah. Irfan melangkah ke bonet kereta dan mengeluarkan beg mereka.
 Atikah mengambil begnya dan terus mengikut langkah Irfan. Selepas check in mereka pun masuk ke bilik masing-masing dan terus berehat. Irfan membersihkan diri dan solat zuhur dulu dan kemudian dia baring untuk merehatkan badannya. Atikah tak solat kerana dia cuti. Mungkin Irfan terlalu penat dia tidur hingga hampir terlajak waktu asarnya lagi 45 minit nak masuk maghrib dan kelam kabut dia bangun untuk mengambil wuduk dan bersolat. Dalam masa dia nak menunggu waktu Maghrib dia menelefon Atikah dan mengajak Atikah dinner di restoran hotel, Atikah hanya mengikut saja cadangan Irfan kerana dia pun terasa penat untuk makan di luar hotel.
Irfan menekan loceng bilik Atikah, bilik mereka pun bersebelahan je. " Atikah dah siap ke?  jom kita turun makan." Laung Irfan dari luar bilik.
" Dah..haa jomlah." Mereka pun beriringan turun dan terus ke restoran. Mereka memesan menu yang sama jus tembikai dan nasi goreng kampung. Atikah malas nak order makanan lain kerana cepat habis makan cepatlah dia naik dan tak payah nak mengadap muka Irfan lelama. Dan ini adalah kali pertama yang mereka duduk semeja berdua, dalam masa yang sama Atikah berasa gugup juga apabila Irfan kerap menenung dia dan dia hanya mengalihkan pandangan seperti tiada apa yang berlaku.
" Kenapa awak asyik pandang saya je? " Akhirnya Atikah bersuara.
" Ehh.. bila pula saya pandang awak. Saya pandang pelayan kat belakang awak tu." Irfan mengusiknya.
" Ye lah tu.. agaknya mata awak tu juling pandang pelayan di belakang tapi biji mata ke arah saya." Atikah berkata sambil menjeling Irfan dan memandang ke dalam pinggannya semula.
" Hahahahahaha.." Irfan ketawa agak kuat sedikit. Mujur cuma ada empat lima orang pelanggan saja.
" Awak nie perlahan lah sedikit ketawa tu." Atikah menegur Irfan.
" Yelah mana saya tak geli hati bila awak kata saya macam tu." Atikah pun turut tersenyum bila kenangkan apa yang dia katakan kepada Irfan tadi.
" Memang saya pandang awak pun, awak semakin cantik sekarang nie dan sebelum nie saya tak ada peluang untuk menilik muka awak dari dekat." Irfan meluahkan kata apa yang tersurat. Dalam masa yang sama Irfan pun macam tak sangka yang dia boleh dek je cakap dekat Atikah macam tu..
" Iyalah tu." Atikah berkata sambil menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya.
" Atikah saya ikhlas katakan nie dan saya teringin sangat hendak berkawan lebih rapat dengan awak tapi saya tak tahu di mana silapnya yang awak selalu bersikap dingin dengan saya." Atikah hanya menguis makanannya selepas mendengar apa yang di katakan Irfan. Sebenarnya selama dia bekerja dengan irfan sedikit sebanyak dia dah ada rasa suka dengan Irfan tapi cuma egonya saja yang tak mahu mengakuinya.
" Kita kan memang berkawan? " Atikah cuba memastikan perkara yang tak pasti.
" Memang kita berkawan tapi tak mesra, awak lebih pada kawan yang seperti terpaksa dan awak memaksa untuk berkawan dengan saya, lebih kurang macam tak ikhlas." Luahan Irfan lagi.
'Gulp' Atikah menelan liurnya dan tak sangka dengan pengakuan ikhlas irfan itu dan ada benar apa yang di katakan oleh Irfan.
" I'm sorry with my bad atitude."Atikah berkata perlahan, Irfan perasan yang Atikah sekarang nie mudah mengucapkan kata maaf, dan dia pun bercakap dengan Irfan dah tak macam dulu lagi, lebih banyak berlembut tapi masih ada tegasnya.
" ok, so after this can we be more than normal friend." Irfan mencuba nasibnya sekali lagi dan dia berharap yang Atikah akan menerimanya pada kali ini.
" Hmmm...let me thinking about it." Sambil memandang ke dalam pinggan dan dia terasa sayu pula bila mendengar luahan Irfan tadi dan terasa macam kejam pula dirinya.
“Hmmm…Again.. Same liked before.. still no answer. Can you please accept me for this time." Irfan merayu seperti orang yang benar benar terdesak. Atikah tersenyum dengan cara Irfan.
" Irfan, saya tak boleh nak bagi kata putus sekarang dan tolonglah bagi saya masa." Atikah berkata lembut.
" But how long dear? " Alamak dah ber dear dengan aku pulak Atikah berkata di dalam hati.
" Ok Insyallah tomorrow I'll tell you." Atikah cuba untuk menukar topik, tapi dia seperti hilang idea.
" Hmmm.. ok saya akan tunggu." Irfan sedikit mengeluh dan dia tahu Atikah jenis bukan senang lembut dengan hal jodoh nie. Bukan dia tak tahu dengan cerita Tengku Mazlan yang cuba mengurat Atikah dan bermacam cara tapi Atikah tetap tidak melayan, dan Tengku Mazlan juga ada cuba nak buat kotor kepada Atikah tapi tidak sempat apabila dia dan Shamsul telah memberi amaran kepadanya, itu pun Irfan dapat tahu niat Tengku Mazalan tu dari kawan Irfan sendiri.
“Oklah Irfan saya naik dulu..Rasa mengantuk pula so esok pukul berapa kita nak jumpa Mr Yap." Atikah cuba menukar topik hangat mereka tadi.
“Ohh.. Pukul 11.30 kita jumpa dia... Dah jom lah saya pun nak naik nie." Irfan pun turut bangun dan sama sama berjalan ke arah lift.
setelah sampai di bilik Irfan sempat berpesan kepada Atikah jangan buka pintu kalau tak pasti siapa yang mengetuk pintu. Irfan risau juga kerana dia berseorangan dan hotel nie bukannya 100% selamat, manusia nie bermacam ragam. Atikah berasa sayu apabila Irfan terlalu mengambil berat hal dia sampaikan nak masuk ke bilik dia masih pesan macam-macam kepada Atikah.
Di dalam bilik Atikah masih memikirkan permintaan dan rayuan Irfan tadi, dan dia sendiri tau yang Irfan benar-benar ikhlas dan Atikah rasa yang mungkin dia akan memberi peluang kepada Irfan dan dia akan berterus terang esok.
Setelah urusan mereka selesai dengan Mr Yap Irfan mengajak Atikah berjalan jalan sekitar Butterworth dan mereka menghabiskan masa bersama, Atikah rasa seronok pula bila bersama Irfan kerana Irfan nie seorang yang prihatin rupanya, mana dia nak tahu kerana sebelum nie tak pernahnya baik manjang ada je telagah mereka tapi semuanya berpunca dari ke egoan Atikah juga dan Irfan pula suka mengusiknya.
" Atikah macam mana dengan keputusan awak semalam? " Irfan bertanya apabila mereka minum petang di cafe berdekatan hotel penginapan mereka.
" Saya rasa..mmm.. saya terima permintaan awak tu, tapi bagi saya masa untuk menyesuaikan diri saya." Atikah berkata sambil memandang ke arah cawannya kerana dia malu untuk bertentang mata dengan Irfan.
" Ohh.. syukur and thanks Atikah."Meleret-leret senyuman Irfan. Atikah tak sangka yang Irfan begitu teruja dengan jawapannya dan pada pendapat Atikah yang Irfan memang mengharapkan perhubungan ini.
" Tapi boleh tak rahsiakan dulu perkara ini dari our parents.. Saya tak sanggup nak dengar gossip dia orang tu lah.. Sebelum nie pun dah macam macam dia orang kata kat saya." Atikah mengharap sangat kepada Irfan supaya merahsiakan perkara ini dulu.
" Boleh, no problem dan bila agaknya yang awak boleh panggil saya nie abang ye.. bukannya Irfan." Irfan tersenyum memandang ke arah Atikah.
Baru accept dah demand lelebih pulak." Atikah berkata sambil tersenyum kepada Irfan. Dan Irfan suka dengan senyuman itu. Dan dia tak sangka peluang mereka bersama ke butterworth tidak sia sia. Thanks to Datuk Hanafiah dan papanya.
" Dah jom saya nak solat asar nie." Tadi Irfan solat zuhur dekat masjid berhampiran. Mereka naik ke bilik manakala Irfan naik dengan hati yang berbunga. Tapi sempat juga dia berpesan dengan Atikah jangan lupa pasal dinner bersama Mr Yap malam nanti.
Mr Yap membawa Atikah dan Irfan ke seafood restaurant, Mr Yap juga telah mengambil mereka di hotel tadi. Mereka menjamu selera sambil berbual dan bertukar pendapat. Selepas itu Mr Yap menghantar mereka ke hotel semula.
“Send my regards to Datuk Hanifah and Datuk Khairil, and thank you to both of you for coming down here and together settled the matters and I Appreciated it ." Sempat juga Mr Yap mengusik.
“it’s ok Mr Yap ini business mana boleh main- main nanti kita sama-sam rugi." Irfan pula membalas dan mereka sama-sama ketawa.
" So thank again and have a save journey and good night guys." Mr Yap berkata sekali lagi sebelum berlalu pergi. Kemudian mereka melambai dan melihat kereta Mr Yap berlalu pergi.
" Ika nak minum dulu ke?" Irfan cuba bertanya mana tahu sebelum naik ke bilik atikah teringin minum secawan coffee.
" Tak palah.. saya pun dah kenyang nie, Saya nak kemas barang esok kita dah nak balik pagikan." Atikah memang sudah kepenatan.
" Ya dalam pukul sembilan, esok Ika bawa beg turun kita sarapan dulu dan lepas tu kita gerak balik.” Memang itu rancangan Irfan untuk sarapan dulu baru bergerak pulang ke Kuala Lumpur, Irfan lagi suka bergerak awal.
" Ok lah kalau macam tu." Dalam tak sedar rupanya mereka dah sampai di hadapan bilik dan selepas berbalas salam mereka masuk ke bilik. Atikah membersihkan mukanya kemudian dia mengemaskan barang barang yang tak seberapa pun, nak ikutkan bukan banyak sangat pun cuma dia tak suka siap last minit. Manakala Irfan membersihkan dirinya untuk solat isyak selepas itu dia pun nak mengemaskan barang dan terus merehatkan badan kerana dia nak drive jauh esok.

Thursday 22 December 2011

Jual Mahal Lagi 5


Jual Mahal Lagi 5

Apa kenalah si Wafa sejak kebelakangan nie.Dah 2 minggu tak boleh renggang dengan telefon dia, dah tu ada je message masuk ke phone dia. Dah ada boyfriend ke dia. Tapi kenapa aku tak tau pun, takkan dengan kawan sendiri dia nak sorokkan. Atikah mengomel sendiri di dalam hati…
" Woi! Wafa.. kau nie dah tak nampak ke yang kita orang bertiga nie wujud." Rozida menyergah.
" Nampaklah, kau ingat aku nie buta ke?" Wafa membalas kata sambil membalas sms yang masuk.
" Memang kau tengah buta pun.. bak sini phone kau tu, sapalah yang kau sibuk bersms sekarang nie." Rozida cuba menarik telefon ditangan Wafa, tapi Wafa sempat mengelak.
" Adalah..nanti bila ada masa yang sesuai aku bagi tau kau." Sambil tersenyum senyum dan dalam masa yg sama ketiga tiga kawannya kehairanan perangai pelik tiba tiba Wafa.
“Ohh..sekarang kau dah mula berahsia dengan kita orang ye.” Atikah bersuara sedikit sayu..dia terasa kerana Wafa sebelum nie tak pernah nak berahsia dengan mereka bertiga.
“Ehh..janganlah macam nie sayang.. nanti aku bagi tau kau orang semua…Cuma bagi aku sedikit je masa..please..please..” Wafa membuat muka simpati.
“Ok tapi kau kena janji kat bagi tau kami bertiga..kalau tak kau duduklah sorang..” Rozida saja mengungut.
Wafa menganguk dan menunjukkan isyarat peace kepada mereka bertiga.
" Esok saturday kau buat apa ha..jom gie tengok wayang." Atikah memulakan rancangan.
" Wah.. nak enjoy je..kita dah semester akhir tau.. lagi berapa bulan dah nak final exam. Lepak rumah je lah." Ketiga tiga mereka memandang ke arah Wafa macam tak percaya je bila dia menolak mentah mentah macam tu.
" Woi! minah sejak bila pula kau jadi alim duduk kat rumah.. selalu kau gak seronok nak buat study grouplah,asal weekend nak ajak pegi shoppinglah, tengok wayanglah." Adrina bersuara.
" Hehehehe..Tak da aku rasa macam malas nak keluar esok. Tapi kalau nak kau orang pergi bertiga je lah..ye." Wafa berkata sambil mengelip ngelipkan matanya..konon nak buat muka innocent lah
" Suka hati kaulah minah." Rozida membalas.
Di rumah Atikah hairan juga melihat perangai abangnya yang sentiasa busy dengan phone dan message masuk mengalahkan teenager bercinta. Dia terfikir balik perangai abang tak ubah macam Wafa. Ahh lantaklah..Dia plan esok nak ajak abangnya tengok wayang.
" Abang..!! abang.!!" Atikah mengetuk pintu abangnya, dan di jengahnya kepala ke dalam apabila tiada sahutan abangnya. Rupanya Shamsul tengah mandi. Baru je dia berpaling hendak ke luar bunyi isyarat message masuk dari phone Abangnya. Dan dia bertekat untuk menyiasat siapakah yang abangnya selalu berbalas message.
" Abang esok jadikan pukul 2 kita pergi KLCC tengok movie. Wafa tunggu abang datang ambil."message tertera di telefon.
What!! Abang dengan Wafa, ohh pandai dia orang surukkan hubungan ye. Sekali Atikah terdengar bunyi air paip di tutup, dia cepat-cepat berlari keluar dari bilik Shamsul. 5 minit selepas tu dia mengetuk semula pintu shamsul dan memulakan plan nya.
" Abang..!! Abang..!!" Atikah mengetuk pintu.
" Apa..!! masuklah." Shamsul tengah duduk atas katil sambil mengadap laptopnya dia telah siap berpakaian.
" Abang.." Atikah memanggil shamsul dengan suara ala ala manja. Sambil melabuhkan punggungnya di katil Shamsul.
" Apa.. nak apa? " shamsul memandang ke arah Atikah dan beralih ke laptopnya semula.
" Esok jom temankan Ika tengok wayang." dia saja untuk menduga abangnya.
" Abang busy esok ada keje sikit. Ika ajaklah Irfan syok sikit tengok wayang ngan boyfriend nie."
" Ehh.. orang ajak abanglah, yang abang suruh ajak Irfan buat apa?"Atikah meninggikan suara sedikit kerana nama Irfan pula di sabitkan.
" Nuratikah cuba terima Irfan tu, dia suka ngan Atikah tau." Shamsul mengubah topik pula.
" Dahlah orang nak ajak dia banyak lak cerita yang keluar. Kalau tak nak pergi sudah lah." Atikah sudah tegak berdiri henadak melangkah ke arah pintu.
" Janganlah merajuk dah besar panjang pun nak berentak merajuk. Abang memang ada hal, lain kali ye." Shamsul cuba memujuk Atikah.
" Yelah." Dan Atikah keluar dari bilik Shamsul dengan muka muncungnya tapi selepas pintu di tutup dia dapat idea baru. Dia call Rozida dan Adlina dan menceritakan segalanya selepas tu mereka pun plan untuk memerangkap Wafa dan Shamsul.
" Atikah apalah kau nie, dah macam orang nak mencuri kita mengendap macam nie." Adlina berkata mereka masih menunggu kehadiran 2 merpati sejoli tu.
" Relax lah Lina, kau nie gabra lebihlah, kang kita nampak dia orang keluar dari panggung barulah kita buat-buat terserempak dengan dia orang. Tapi sebelum tu aku nak snap gambar mereka sebagai evidence kalau dia orang tak nak mengaku yang dia orang dah jadi couple." Atikah berkata dengan penuh semangat.
" Bagus juga ida kau tu Ika, nasib Shamsul lah dapat adik macam nie." Rozida terkekek ketawa.
" wow.. tu dia dah keluar, adakah kau nampak apa yang aku nampak." Atikah bertanya dan dia terus snap gambar Shamsul dan Wafa dengan Iphone4 nya, mereka nampak sungguh mesra.
" Atikah apa kata kita follow je dia orang dulu dari jauh lepas tu baru kita sergah dia orang."Rozida memberi cadangan.
" Haa.. cantik gak macam tu, taulah kau orang berdua lepas nie, mesti kantoi punyalah dengan your super sister." mereka bertiga pun mengekek ketawa. Setelah agak lama mereka mengekor merpati dua sejoli itu mereka pun apa lagi. Taraaaa….
" Ha!!.. apa buat nie?" Atikah menyergah dari tepi, terperanjat Shamsul dan Wafa.
" Ehh..ahh.. Atikah..hihihihi.. buat apa kat sini? " Wafa berkata dengan tergagap-gagap.
" Ohh kita orang tengah skodeng orang curi curi dating." Atikah buat gaya seperti mencari seseorang.
" Hahahahahahahaha..." Rozida dan Adlina ketawa.
" Dah lama buat keje nie." Atikah menyoal mereka lagi setelah kedua duanya tersipu sipu malu.
" Apa nie Ika soalan tak boleh bla betul lah. Macam soalan kena tangkap basah je." Shamsul bertanya Atikah seperti tidak selesa dengan soalan adiknya itu.
" Tak ini soalan untuk tangkap kering punya..hihihihihihi." Sekali lagi mereka bertiga ketawa.
" Aa...abang memang nak bagi tau Ika tapi ingat later on lah, jangan salahkan Wafa lak, abang yang tak bagi dia bagi tau Ika dan yang lain lain." shamsul cuba mempertahankan Wafa supaya mereka bertiga tidak salah anggap kepada Wafa.
" Ahh.. tak peduli sebab Abang dan Wafa telah belakangkan kita orang so kita tak nak kawan dengan Wafa lagi." Ternganga mulut Wafa bila mendengar Atikah berkata begitu manakala Shamsul menggaru kepala yang tak gatal, Dan dia mula berdiri.
" Relaxlah Ika janganlah buat Wafa macam tu, kau orang dah kawan dari sekolah lagi, takkan sebab abang dating dengan Wafa, Ika terus nak putuskan persahabatan kau orang, kalau macam tu biar abang saja yang undurkan diri dari pada kau orang terputus sahabat.” Shamsul cuba memujuk..tapi dalam hati tuhan je yang tahu.
" Hahahahahahaha..." Mereka bertiga ketawa dan terus buat high five. kerana rancangan mereka menjadi, Atikah sebenarnya suka Wafa berkawan dengan abangnya tapi mereka bertiga buat begitu untuk menyakat Shamsul dan Wafa.
 Shamsul hairan kenapa pulak dia orang ketawa ada ke aku salah cakap, rasanya aku cuma kata nak mengundurkan diri dari teruskan perhubungan dengan Wafa saja.
" Kenapa kau orang ketawa?" Shamsul bertanya lagi
" Tak sangka Abang sanggup korbankan cinta abang kerana takut kami putus kawan, Ika tabiklah ngan abang nie Tabik spring toinggg..." terus di peluknya Shamsul kerana suka dan dia sendiri lupa yang dia berada di shopping complex bukan di rumah.
" Ika kok ye pun janganlah peluk abang kat sini.Tadi buat kecoh macam orang rebut boyfriend dah tu peluk abang lak nanti orang kata Ika tak betul." Shamsul cuba meleraikan pelukkan Atikah.
" Maaflah nie abang kesayangan saya.. jangan salah anggap ye." Atikah memberitahu kepada orang yang lalu lalang yang melihat perlakuannya.
" Dah abang jom belanja kita orang makan, Ika tau abang tak makan lagikan."Gaya Atikah sambil mengusap usap perutnya konon dia terlalu laparlah.
"Aik macam mana Ika tau?"Shamsul sedikit teruja macam mana adik dia boleh tau yang dia belum makan lagi.
" Kita orang ikut dari abang masuk panggung lagi..hihihihi." Atikah menyeringai sambil menunjukkan giginya yang putih dan tersusun itu.
" Tak senonoh tul lah Ika nie." kemudian Wafa datang dan memeluk lengan Atikah.
" Wowowo..kau salah tanganlah Wafa, Abang aku punya tangan kat situ." Sambil menunjukkan abangnya di sebelah kanan.
" Atikah sorrylah, aku rahsiakan semua nie, abang yang minta aku buat begitu, aku pun serba salah sebenarnya kerana membelakangkan kau orang bertiga." Wafa memegang tangan kawan-kawannya lepas satu.. satu.
" Mula tu aku memang nak marah pun, tapi tengok kau orang punya mesra macam nie langsung aku cool sikit." Atikah berkata sambil mengangkat kening kepada Adlina dan Rozida.
" Wah Atikah tak lama lagi wafa jadi kakak ipar kau lah." Rozida pula berkata sambil tersenyum dan menaikkan keningnya pula.
" Macam tu lah nampak gayanya.. Wah dari sekarang kita kena panggil dia kak Wafalah...hahhaahhaha." Mereka semua ketawa dan terus ke KFC.
Selepas makan mereka berpisah, Atikah menghantar Rozida dan Adlina balik ke rumah manakala Shamsul menghantar Wafa. Atikah tidak sabar untuk terus memberitahu ibunya dia memang tak simpan pun apa apa rahsia dengan ibunya.
" Betul ke?" Datin Nurshamsinar seperti tidak percaya.
" Betul lah ibu, Takkan Ika nak tipu ibu pulak." Atikah meyakinkan ibunya.
" Kalau betul alhamdullilah." Sekali mereka terdengar bunyi enjin kereta dan di lihatnya Shamsul yang baru sampai dari menghantar Wafa.
" Ibu just pretend lah macam tak tau apa-apa ye.." Atikah berpesan kepada ibunya.
" Ok set." Dan mereka pun buat menyibukkan diri, ibu menonton tv manakala Atikah buat-buat baca majalah.Selepas Shamsul menyalam Ibu dan Ayahnya dia pun naik ke atas tapi sempat juga dia mencampakkan kusyen kecil ke arah Atikah.
" Woi!!.." Atikah menjerit geram dan Shamsul cepat-cepat lari naik ke tingkat atas. Selepas itu Atikah memandang Ibunya dan membuat isyarat mengunci mulut kononnya itu rahsia mereka berdua.
Dah 3 bulan setengah perhubungan Shamsul dan Wafa, kedua keluarga juga mengetahui dan merestuinya.
" Untung kau bro dah ada yang menerima kau, aku nie je lah yang masih single, ada yang perkenan dia lak tak sudi." Irfan berkata selepas mereka bermain tennis.
" Aku suruh tackle Atikah tu betul betul tapi kau tak berani." Shamsul memberi green light.
" Aku dah cuba dulu, jadi aku takut nak cuba lagi..kau bukan tak tau adik kau tu bro." Irfan berkata sambil menyimpan raket tennis.
" Ika nie pun satu keras sangat hati dia dengan kaukan. Tak pa aku akan plan something dengan parent aku dan parent kau, dia mesti tak boleh nak tolak punya. Aku dengar ayah pun nak suruh dia start kerja di office, dari dia duduk rumah menghabiskan boregh yo." Shamsul tersenyum dan mengangkat2 kening seperti ada agenda baik dalam otaknya.
"hihihi.." Irfan ketawa.
" Bila ayah kau nak suruh dia mulakan tu." Irfan bertanya lagi.
" Tak silap aku ayah kata next monday."
" Maknanya 4 hari lagi lah."
" Yup.. nanti dah dekat dengan kau tu pandai pandai lah kau jalankan jarum kau tu." Shamsul berkata sambil menepuk bahu Irfan.
" Thanks bro tapi jangan risaulah aku akan buat cara gentleman punya." mereka ketawa lagi dan sambil tu mereka berkemas untuk balik, hari nie Irfan tak memandu dia naik satu kereta dengan Shamsul.
Selesai mereka sekeluarga makan, Datuk Hanifah memanggil Atikah duduk di depannya kerana ada perkara yang dia nak bincangkan.
" Ayah nak Atikah masuk office hari isnin nie." Datuk Hanifah memandang ke arah Atikah.
" Ala ayah bagi lah Ika cuba di tempat lain dulu." Atikah mula merapatkan diri kepada ayahnya.
" No.. Ayah tak mahu dengar rayuan Atikah lagi.. yang ayah tau Ika ikut ayah ke pejabat hari isnin nanti." Dan Ika hanya mendiamkan diri, sebenarnya dia malas nak berselisih dengan Irfan. Dalam masa yang sama dia ingin berdikari sendiri kononnya.
Akhirnya Atikah akur dengan permintaan ayahnya. dia bangun pagi dan bersiap untuk mengikut ayahnya ke office, dan Datuk Hanifah menyuruh Atikah naik satu kereta dengannya. Dia nak Atikah masuk ke pejabat bersama dengannnya dan diatak nak Nuratikah terlambat sampai.
" Assalamualaikum Datuk." Pekerja-pekerja memberi salam setiap kali Datuk Hanafiah melalui meja mereka. Atikah hanya melemparkan senyuman kepada setiap pekerja dan mereka membalas senyuman Nuratikah.
" Walaikumusalam warrahmatulahiwabarakatu.” Datuk Hanafiah menjawab setiap salam yang di beri sambil mengangguk anggukkan kepalanya,dan apabila dia sampai di hadapan meja setiausahanya dia menyuruh atikah masuk kebiliknya dulu.
“Murni suruh mereka berkumpul di bilik mesyuarat, saya ada perkara nak bagi tahu." Arahan Datuk Hanafiah kepada setiausahanya.
" Baik Datuk." Balas murni sambil berdiri dan menghulurkan fail kepada datuk Hanafiah.
" Nie Datuk Khairill dan Khairul Irfan sudah sampai ke? " Datuk Hanifah bertanya lagi.
" Sudah Datuk, mereka pun baru beberapa minit sampai." Balas Murni.
" Bagi tahu mereka jumpa di bilik mesyuarat. Atikah jom masuk bilik dulu." Murni hanya melihat Atikah mengikut Datuk dan dia mengagak mesti ini Anak perempuan tunggal Datuk Hanifah, Cantik dan manis orangnya dan nampak seperti tidak berlagak.
" Assalamualaikum semua." Datuk Hanifah memulakan dengan salam kepada semua staffnya.
" Walaikumusalam." Mereka menjawab serentak.
" Ok.. hari ini saya perkenalkan anak perempuan saya Nuratikah, Rasanya semua mengenali diakan dan dia akan mula bekerja hari ini." Datuk hanifah memperkenalkan Atikah kepada pekerjanya.
" Boleh kami tahu cik Nuratikah akan di tempatkan bahagian mana Datuk." Salah seorang staff bertanya.
" Bahagian pemasaran dan dia akan bekerjasama dengan Encik Khairul Irfan. So dia adalah penolong pengurus. " Atikah agak tersentak apabila dapat tahu yang dia kena bekerjasama dengan Irfan dan maknanya dia selalu akan bersama Irfan tapi dia cover gak takut pekerja-pekerja yang memandang ke arahnya perasan ketidak selesaannya.
Irfan menghulur tangan kepada Atikah dan dia terpaksa menyambutnya kerana dia tak nak memalukan Irfan di depan staffnya. Atikah teragak agak untuk menyambutnya. Dalam hati dia menyumpah seranah kerana Irfan sengaja hendak mengenakan dia.
" Tahniah dan selamat datang ke Mutiara Holding semoga kita dapat bekerjasama. " Datuk Hanifah dan Datuk Khairil hanya tersenyum di sebelah. Irfan sempat mengenyitkan matanya kepada Nuratikah.
" Harap harap macam tu lah." Di paksa juga untuk bermanis muka di depan semua.
" Irfan tunjukkan bilik Atikah ya.. Uncle got something to do with your papa." Datuk Hanifah dan Datuk Khairil berlalu pergi.
" Jom Ika.. saya tunjukkan bilik." Irfan mempelawa Atikah.
" Ok " Itu sahaja yang mampu di jawab oleh Atikah.
Bilik Atikah dan Irfan bersebelahan dan pemisahnya hanya dinding separuh cermin.
" So what do you thinks about your room, if you need anything just call me okay." Irfan tidak mahu lama di dalam bilik itu, kerana Atikah sentiasa dingin dengannya dan baru sahaja dia hendak melangkah keluar.
" Mmm.. Irfan thanks." Atikah senyum kepada Irfan dan dia pun tak tahu kenapa dia boleh termurah senyuman pula dengan Irfan hari ini.
" Sama sama, tapi kalau Ika senyum selalu macam nie kat saya lagi saya suka." Dia dah mula mengusik Atikah semula.
" Blueeeek." Atikah menjelirkan lidah dan Irfan apa lagi ketawa besarlah dia. Sampaikan Murni di luar pun terjegah-jegah kepalanya untuk melihat apa yang sungguh melucukan hati Irfan, mereka semua tahu Irfan jenis serius bila bekerja dan tak pernah ketawa begitu besar, setakat senyum sikit-sikit dan mencairkan hati staff yang dara adalah.
" Ok saya keluar dulu dan lunch nanti kita pergi dengan papa and uncle tau." Irfan mengingatkan Atikah dan sempat juga dia mengenyitkan matanya.
" Ok..Ok.." Atikah sudah mula rasa malas nak banyak cakap dengan Irfan.
Atikah duduk di kerusi dan melihat sekeliling biliknya dan tengah memikirkan mungkin akan mengubah sedikit susun atur bilik nie dan dia juga nak buat tempat solat di salah satu sudut di biliknya dan dalam masa yang sama Irfan mencuri pandang ke arah Atika, dia tersenyum melihat gelagat atikah seperti tengah merancang sesuatu, dan pantas dia tunduk memandang kerja di atas meja apabila tiba-tiba Atikah berpusing dan memandang ke arah biliknya. Kemudian diangkat mukanya semula dan memandang kearah Atikah dengan senyuman tapi Atikah membalas dengan menjelirkan lidahnya kepada Irfan seperti mengejek tapi Irfan hanya tersenyum dan mengeleng-gelengkan kepalanya kerana terasa gelihati pula dengan telatah Nuratikah tadi.
" Atikah bagi tau Irfan ayah dan uncle Khairil ada di lobi nie." Datuk Hanifah menelefon Atikah.
" Baik ayah." Dan Atikah bangun menuju ke bilik Irfan.
" Ya.. masuk." Irfan memberi arahan.
" Irfan." Atikah tidak masuk tapi hanya memanggil Irfan dari depan pintu sahaja.
" Haa.. ya." Irfan mendongak dan melihat Atikah yang tegak berdiri di depan pintu.
" Our dads is waiting downstair.. So are you ready now." Atikah memberitahu dan bertanya kepada Irfan.
" Yup dear..I'm ready." Irfan bangun dan bersiap untuk keluar.
" Apa dear..dear.. Perasan." Atikah menegur Irfan tapi dia buat muka seposen je dan berjalan keluar dari biliknya. Mereka berjalan beriringan dan terus mendapatkan Datuk Hanifah dan Datuk Khairil.
" Irfan bawa kereta kamu. After lunch uncle and your papa ada meeting outside, so Ika naik dengan Irfan. Datuk Hanifah memberi arahan yang memang Atikah tak boleh nak tolak lagi.
" Hmm.. Iyalah ayah." Dia mengeluh dan tak boleh nak ingkar arahan Datuk Hanafiah.
" Hai.. macam tak sudi naik kereta dengan saya." Irfan menegur atikah sambil memandu, dia hanya mengikut kereta Datuk Hanifah dari belakang dan mereka akan makan di restoran melati.
" Nak buat macam mana dah terpaksa, sudi atau tidak tetap gak kena naik." Atikah menjawab acuh tak acuh.
" Nuratikah.. kalau macam nie sikap awak macam mana kita nak settlekan hal berkaitan kerja, awak asyik dingin je dengan saya, Saya pun tak tahu apakah salah besar yang telah saya lakukan kepada awak." Irfan mengeluh dan masih fokus kepada pemanduannya.
Atikah tersentak dengan kata-kata Irfan dan bila di fikirkan semula memang dia pun tak tahu kenapa yang dia mesti nak marah dengan Irfan walaupun perkara tu kecil. Mudah sangat dia nak melenting dengan Irfan.
" Saya minta maaflah kalau awak terasa dengan perbuatan saya terhadap awak selama ini." Atikah cuba berlembut dan ada sedikit rasa bersalah.
" Memang terasa pun, sangat terasa." Dan atikah mengalihkan pandangannya keluar dan tersenyum sedikit.
" Tak palah bagilah saya masa untuk menyesuaikan dengan awak dan keadaan di pejabat." Atikah berkata tapi muka tetap memandang ke arah luar tingkap.
" Betul nie.. so awak sudilah terima saya."
" Laa..dia niekan. Perasan orang cakap pasal kerja" Atikah mengeleng gelengkan kepalanya.
" Ok..ok.. take your time.." Irfan tersenyum.


Hari ini Atikah balik ke rumah pun dengan Irfan, dia tak ada pilihan kerana pagi tadi dia datang dengan Datuk Hanifah.
" Ayah nie macam nak kenakan Ika jelah." Atikah merungut dengan ibunya.
" Kenakan apa pula nie? " Ibu bertanya sambil menuangkan air dan duduk di meja dengan Atikah.
" Yelah, pagi tadi ayah suruh Ika ikut ayah pergi office dah tu balik Ika kena tumpang Irfan, dahlah lunch tadi kena naik dengan Irfan balik pun sama, menyampah betul lah." sambil memuncungkan bibirnya.
" Apalah salahnya. Irfan tu ok apa.. Ibu pun perkenan dengan dia, cubalah Ika cakap elok-elok dengan dia, Ibu tengok dia tu elok segala-galanya,budi bahasa tinggi, hormat orang tua tak berfoya foya dah tu bukannya kaki perempuan pun, apa lagi silapnya." Sambil menuangkan air ke dalam cawan.
" Ibu tu kalau dah perkenan ada je, semuanya elok." Atikah mengerutkan mukanya.
" suka hati kamulah Ika, Malas ibu nak cakap dengan kamu nie. Dah minum air tu dah naik sejuk." Datin Nurshamsiah terus minum dan buat macam tak kisah dengan rungutan Atikah.
Tapi memang benar apa yang ibu aku katakan, memang tak di nafikan kebenarannya, Tapi entahlah.

Wednesday 21 December 2011

Jual Mahal Lagi 4

Atikah hari ini menghantar Atuk dan wan nya balik ke kuala pilah. Sebab Atikah cuti 1 minggu jadi dia offer dirinya untuk menghantar Atuk dan wan dan dia juga nak bercuti 2 atau 3 hari di sana. Wan dia bukan boleh duduk lama di rumah anak anak, sibuk risaukan ayam dan itiknya.
Di kampung
"Banyak lagi ke ayam wan bela."Atikah bertanya kepada Maimon.
" Ado yo.. apo kau nak makan ayam kampung ko ? wan suruh dak ucop semolih an." Wan Maimon bertanya dan memberi cadangan.
" Boleh gak wan, kita buat rendang nak ? " Atikah terus bersetuju.
"Buleh dah tu kau nak campur maman tak?" Tanya Maimon lagi.
" Wow! sodap tu wan, buek podeh podeh sikitkan..hihihihi" Atikah mencadangkan sambil tersenyum dan menunjukkan baris giginya yang putih. dah macam iklan colgate je. Atikah nie kalau dia senyum lebar lesung pipit sebelahnya akan terkeluar di tepi bibirnya nampak memang cantik.
" Kau porah santan tu biar wan idupkan api." Wan Maimon walaupun rumahnya mewah tapi dia tetap hendakkan dapur kayu. katanya Masak mengunakan dapur kayu lagi sedap, bangsal untuk dia memasak sentiasa kemas dan teratur tidak kotor dan berdebu. Kerana pembantu rumahnya akan mengemas dan membuang sisa abu tersebut apabila selesai memasak di situ. Tapi jarang juga Wan Maimon menggunakan dapur kayu tu..selalunya bila nak masak rendang atau dodol, kenduri saja dia gunakan.
" Iyo wan... Wan tak yah banyak na buek kojo biar Ika buek yo. Wan arah an jo." sambil tersenyum Atikah bercakap ngan wan Maimon
" Apo laie yang di buek kek kau orang berduo nie." Atuk pula datang menjengah.
" Ika tak bagi wan banyak na buek kojo, biar dio tolong sikit sikit tak po lah."Atikah menerangkan kepada atuk nya.
" Wan kau tu nak duduk diam. Tak payah do, dio bukan ghoti duduk diam tu paneh yo buntut ehh kalau duduk lamo, ado yo bondo nak di buek ehh." Atuk memerli Wan Maimon sambil menarik kerusi untuk duduk sama di meja.
" Dah tak payah lah awak membebel kek ese ni, Poie duduk ontok-ontok kek dalam tu, kang dah siap masak orang panggil lah awak." Wan mengarahkan atuk untuk masuk ke dalam.
" kau tengok lah wan kau tu Ika, tak buleh atok nie bercakap sikit, koba ehh kito nie membebel an dio. Lobih baik den tengok wrestling." Razak terus berdiri dan melangkah masuk ke ruang keluarga.Atikah tergelak gelak melihat kerenah atuk dan wannya bila bertekak. itu namanya gaduh gaduh sayang. Atikah sudah membawa barang untuk memulakan masak dengan wannya di bangsal.
Atikah tidak kekok untuk membantu buat kerja ini dan dia rasa nyaman sambil memasak terasa angin meniup sepoi-sepoi, seperti semua tahu Dato Hanifah suka anak anaknya belajar cara kehidupan di kampung. Walaupun Maimon berasal dari keluarga senang tapi dia suka cara dan tetap mengamalkan cara kehidupan kampung. Dia akan bising kalau cucu perempuannya tidak turun ke dapur kalau setiap kali balik ke kampung.
Selepas tiga hari di kampung Atikah balik ke kuala lumpur. Dia rasa malas untuk meninggalkan Atuk dan Wan nya, tetapi dia masih banyak benda nak di buat.
“Assalamualaikum.” Atikah memulakan salam.
“Walaikumusalam warrahmatulahiwabarakatu.” Wafa membalas jawab.
" Wafa kau buat apa esok.. datang rumah aku ye." Atikah bertanya Wafa.
" Aku free memang tak ada buat apa apa." Jawab Wafa sambil baring di atas katil.
"Kalau macam tu esok datang sini ya. " Pelawa Atikah.
" Ok no problem." Wafa Setuju kerana dia pun kebosanan.
Selepas habis berbual dengan Wafa di telefon Atikah terus turun untuk mendapatkan Datin Nurshamsiah
" Ibu! oh ibu!.. " Atikah mencari Ibunya.
" Hai.. apa nie terjerit jerit nie." Datin Nurshamsiah keluar dari dapur.
" Hihihihihi.. Ibu esok Wafa datang sini tau.. Ika ajak dia datang rumah, Ika boring lah." dengan nada manja nya.
" Apa? Wafa datang.. kalau macam tu abang MC lah." Shamsul yang baru turun ke tingkat bawah menyampuk.
" Ehh.. Wafa nak datang tapi yang abang nak amik MC kenapa pulak." Atikah kehairanan dan dia tau yang Shamsul suka sangat nak menyibuk dan menyakat dia.
" Saja.. so bolehlah abang lepak sama-sama." Shamsul bercakap sambil mengangkat keningnya.
" Banyaklah abang punya lepak-lepak.. agaknya abang suka kat Wafa tak." Atikah saja menduga.
" Mana ada.. dia cute je." Shamsul membuat muka ala ala gedik.
" Ya allah.. menyampah lah pulak cara dia.. dah suka cakaplah suka nie tak nak mengaku" Ika mencebekkan bibirnya.
" Betul lah tu Shamsul kalau suka ibu boleh pergi meminang." Datin Nurshamsiah pula mencelah.
" Ehh.. ibu jangan buat keje, buatnya si Wafa tu dah ada steady boyfriend buat malu Abang je nanti. " Shamsul takut Ibunya ambil serius dengan kata-katanya tadi, tapi kalau betul pun best gak. Shamsul berkata dalam hati.
" Dia single lah abang.. Ika nie kan ke bests friend dia.." Atikah mencucuk jarum pula saja nak menduga Shamsul.
" Dah sudah abang main main je lah.. sapalah yang nak kan abang yang dah sememangnya macho nie." shamsul tergelak dan Atikah melepuk bahu abangnya.
" Perasan macho lah pulak..nak muntah Ika dengar." Atikah menjelirkan lidahnya seperti mahu muntah.
" Ala Ika jelouskan. Nie Irfan ajak main tennis petang nie. So nak join tak?" Shamsul mengubah topik, takut kalau cerita lebih dia juga yang terperangkap.
" Tak nak lah.. lagi hilang mood kalau dia ada sekali." Atikah terus terhenti tersenyum bila Shamsul mula membuka topik Irfan pula.
" Esok abang memang cutilah.”sambil berlari naik ke biliknya. “Ibu kawinkan je dia orang berdua nie. Nanti baik lah dia orang." Shamsul sudah menjarakkan dirinya dari Atikah dan mula hendak mengatakan sesuatu lagi.
" wah.. ini sudah lebih, main kotor nampak.. suka suki hati dia nak jodoh kan orang." Atikah cuba untuk mendapatkan Shamsul.
" Ehh ok apa Irfan tu.. Ibu..!! nanti Abang suruh Irfan masuk meminang." Laung Shamsul sambil berlari kerana dia tau Atikah pasti akan memukulnya apabila dia berkata begitu.
" Tak guna punya abang.. badigol ketambol. Nanti dia.. esok Wafa datang Ika kenakan dia balik." Ika membebel depan ibunya. Manakala Datin Nurshamsiah tak boleh nak kata apalagi kerana itu lah ragam anak anaknya walaupun dah besar panjang.Tapi dia tau anak-anaknya sekadar bergurau tak pernah ambil serius pun.
" Kalau macam tu esok ibu buat laksa nak?" Datin Nurshamsiah membuat cadangan.
" Ok gak itu, lama tak masak laksa kan ibu." Atikah setuju dan tersenyum sambil mengangkat ibu jarinya,dalam masa yang sama terus terlupa yang dia baru je panas hati dengan abangnya.
Atikah pergi juga ke rumah Datin Kalsom untuk berjumpa Nafisa. Dan semasa dia sampai di lihatnya Irfan leka melayan Aiman di buaian. Dan dia memberi salam juga kerana dah datang ke rumah orang, Salamnya di sambut oleh Irfan. Atikah sebenarnya teragak-agak sama ada nak terus ke dalam atau mendapatkan Aiman dulu..Atikah tidak terus masuk ke dalam dia pergi kebuaian untuk mendapatkan Aiman. Dia cuba mengambil Aiman dari pangkuan Irfan, tapi Irfan telah menahan tangannya. Dan cepat cepat Atikah melarikan tangannya.
" Apa nie pegang tangan orang." Atikah menegur perbuatan Irfan.
“Ye ke? ingat tangan aiman tadi."Irfan menyengeh. Saja je dia berkata begitu,dia memang nampak pun yang dia memegang tangan Atikah.
“Mengatal pulak dia. Bagi Aiman kat orang."Atikah menghulurkan tangan kepada Aiman.
“Aiman... Aunty Atikah nie kan sombong sangat dengan pak su." Irfan mengusik Atikah dengan cara bercakap dengan Aiman, manakala Aiman yang tak tahu apa apa hanya memandang muka Irfan.
" Aiman.. Mari sini kat aunty... Aiman jangan rapat sangat dengan pak su ni, nanti penyakit kucing miang terkena kat aiman." Dan dia cuba sekali lagi mengambil Aiman Tapi Irfan cepat-cepat memeluk Aiman.
“Say sorry first... if not..." Irfan membuat muka serius.
“Why..what.?." Atikah seganja bertanya sambil menjeling Irfan.
“You call me kucing miang tu."Irfan memuncungkan bibir seperti orang merajuk.. Sekali Nafisa keluar apabila terdengar seperti orang bercakap dan dia memang pasti yang Atikah datang. Dan Atikah berterima kasih di dalam hati apabila Nafisa datang ketika dia didalam kekalutan.
" Ehh.. kenapa tak masuk? " Nafisa bertanya kepada Atikah
" Memang nak masuk pun, tapi nak ambil Aiman nie." Sekali lagi Atikah menghulurkan tangan kepada Aiman.
" Tak lah long dia tipu, saya dah suruh dia masuk jumpa Along kat dalam tapi dia kata dia nak lepaskan rindu kat Irfan dulu." Nafisa tergelak bila Irfan berkata begitu manakala Atikah tergangga mulutnya kerana tak sangka yang Irfan buat cerita.
" Ehh dia tipulah kak Fisa.. dah lah kak jom kita masuk.. Si meow meow nie kata akak nak bagi barang." Atikah menjeling Irfan.
" Ha ah.. jom bawa Aiman tu sekali." Atikah terus menarik Aiman dari pangkuan Irfan dan Irfan sempat lagi mengenyitkan matanya kepada Atikah. Tapi Atikah membalas dengan menjelirkan lidahnya kepada Irfan. Irfan ketawa kerana dia rasa seronok dapat mengusik Atikah.
" Cantiknya beg nie kak fisa. Ika suka sangat." Nafisa baru balik dari Paris dan dia telah membeli handbag untuk Atikah. Salah satu kegemaran Atikah adalah mengumpul beg tak kira apa jenama. Dalam Atikah seronok berbual dengan Nafisa Datin Kalsom balik muncul di muka pintu bersama Dato Khairil.
" Ohh..Anak dara nie ada kat sini. Atikah jumpa Irfan ke? " Datin Kalsom pula mengusik Atikah.
" Haa.. Ehh tak lah aunty Ika datang pun sebab kak fisa nak jumpa, Nie dia bagi Ika Beg cantik tak ? " ika berasa malu dengan usikan Datin Kalsom tadi.
" Mestilah cantik, Kak Nafisa dengan Atikah tu sama selera, berapa banyaklah beg yang kau orang nak kumpul. Dah penuh almari tu aunty tengok. " Datin Kalsom berkata sambil tersenyum.
" Hihihi..kalau dah suka tu aunty mana boleh tahan tahan. " mereka bertiga ketawa
" Kak fisa.. Ika balik dululah, terima kasih banyak sebab sudi belikan present untuk Ika. Nanti kita jumpa lagi ye. " Atikah terus mencium Aiman dan Aiman juga mencium pipi Atikah apabila diminta oleh Atikah. Irfan hanya memandang perlakuan itu, dia tersenyum sendiri dan dia tau Atikah sukakan kanak-kanak.
" Kalau macam tu.. Irfan hantarkan Atikah nie balik. " Datin Kalsom mengarahkan Irfan.
" Ehh tak pa aunty bukan jauh pun..sebelah je tu haa... " Atikah sudah menghulurkan tangan kepada Nafisa dan Datin kalsom.
" Memang tak jauh tapi kalau nak berlaku apa-apa, depan rumah pun boleh berlaku.. dah biar Irfan hantar kamu tu.” Kata Datin Kalsom lagi dan Atikah tak boleh menolak lagi, dia pun tak nak lah Datin Kalsom berkecil hati pula.
" Awak..!! suka budak-budak ke? " Irfan memulakan perbualan.
" kenapa lak? " Atikah menjawab dengan gaya malas,dia cuba nak melajukan langkahnya sebab dia tak nak berlamaan dengan Irfan.
" Tak dalah, rasanya kalau ada anak sendiri mesti awak layan lebih dari Aiman kan." Irfan saja mengusik.
" Mestilah dah anak sendiri." Atikah menjawab dengan selamba.
" Untunglah siapa yang dapat awak nantikan." Kata Irfan lagi sambil tersenyum.
Atikah tidak menjawab tapi memandang dan terus menjeling. Irfan hanya menghantar Atikah hingga ke pintu pagar sahaja, itu pun atas permintaan Atikah kerana dia tak mahu Abang dan adik-adiknya nampak.
Baru Atikah memberi salam dan hendak masuk ke dalam Shamsul terus menerpa ke arahnya.
" Ika pinjam phone jap." Shamsul terus memegang tangan Atikah.
" Abang nak buat apa dengan phone ika? Ika bagi salam pun mesti abang tak jawabkan " Atikah menyoal Shamsul
" Abang nak transfer gambar abg yang ada dalam phone awak tu ke phone abang." Shamsul memberi alasan.
" Kalau macam tu biarlah Ika yang buatkan." Atikah mengeluarkan Telefon dari poketnya.
" Ehh..bagi sini lah phone tu kejap." Shamsul cuba mengambil Telefon dari tangan Atikah.
" Mana boleh.. telefon orang suka2 je dia nak main paksa." Cepat-cepat Atikah melarikan telefonnya.
" Nie mesti ada gambar boyfriend kan..kalau tak kenapa tak bagi kat abang."Shamsul menmanjangkan lehernya apabila Atikah cuba berpusing.
" Banyaklah..nah tak bagi menuduh orang pulak." Atikah menyerahkan telefon kepada Shamsul dengan dahi yang berkerut kerana geramdengan mulut Shamsul. Tadi dengan Irfan sekarang dengan Abangnya pula.
Sebenarnya Shamsul bukan nakkan gambar tu sangat. Dia ada niat di sebaliknya.
" Nah amik balik.. Thanks a lot dear and I luv you so much." Sambil mencubit pipi Atikah dan bangun meninggalkan Atikah.
" Woi ! Hampeh punya doctor.. sakit pipi Ika lah." dia menjerit sambil mengosokkan pipinya.
" Apa nie ika dah malam pun terjerit macam nie." Shamsul berpusing dan menekup mulut Atikah..kerana dia tak nak mak membebel kerana mengusik Atikah. Kemudian cepat-cepat Shamsul berlari masuk bilik dan memulakan agendanya. Atikah pula terus masuk ke biliknya.
" Hello..Assalamualaikum."Shamsul memulakan salam.
" Walaikumusalam.. sapa nie." Wafa pula menjawab.
" Cubalah teka? "Shamsul cuba menahan tawanya..
" Manalah saya tahu dah keluar pun 'unknown'..saya rasa awak salah call nie." Wafa Malas nak melayan kalau orang yang tak di kenali menelefon nya.
" Tak saya tak salah call pun sebab saya pasti sangat yang ini adalah nombor Wafa Ariella binti Datuk Roslan." Shamsul masih menahan tawa dan dalam masa yang sama dia gugup juga.
" Awak nie sapa sampaikan tahu nama penuh saya. " Wafa kehairanan. Dan dia ada berasa cuak sedikit, kerana tak semua orang ada nombor telefonnya, Cuma saudara rapat dan rakan karib yang bertiga tu je yang tahu nombor dia.
" Wafa! nie abang Shamsul lah." Sambil ketawa dia menjawab.
" Laa.. Abang Shamsul, buat takut Wafa je, yelah mana ada orang lelaki tau no Wafa nie.” Wafa berkata.
" Iyalah tu, atau nak cover line." Shamsul saja menduga Wafa sambil terkekek ketawa.
" Betul lah, kalau abang tak percaya tanyalah Atikah, sebab Wafa mana ada rahsia dengan dia." Wafa mempertahankan dirinya.
" Ya.. Abang percaya, tapi pasal abang call nie Wafa jangan cerita dengan dia, abang curi ambil dari phone dia nombor Wafa nie, Rahsia kita tau." Shamsul merayu.
"Lah.. kenapa pula macam tu." Sekali lagi Wafa kehairanan
" Kalau Wafa tak kisah, abang nak kenal Wafa dengan lebih dekat. Will you be my friend?" Shamsul dengan gaya seorang gentleman meminta kebenaran daripada Wafa.
" Ermmm..kita memang kawankan abang Shamsul .." Wafa berkata dengan jujur dan dia tak tau apa maksud Shamsul yang sebenar.
“Tapi Wafa.. abang nak kawan rapat sikit ngan Wafa dan nak kenal Wafa lebih dekat..boleh tak?” Shamsul menanti jawapan dari Wafa.
“Boleh..tapi kenapa nak rahsiakan dari Atikah pula.” Wafa bertanya lagi.
" Hmmm…Buat masa nie jadikan ianya rahsia antara kita dulu, dan bila dah ada masa yang sesuai kita baru ceritakan." Shamsul memberi kepastian.
" Ok" Wafa setuju dengan cadangan Shamsul.
" So good night and assalamualaikum." Shamsul berasa seronok dan berbunga bunga kerana Wafa setuju dengannya walaupun dapat bermula dengan kawan biasa tapi Shamsul tau yang dia pasti akan dapat menawan hati Wafa.
" Walaikumusalam." Wafa tak sangka yang Shamsul begitu gentleman dan sanggup ambil no dia dari Atikah dan sebenarnya Wafa pun suka Melihat Shamsul tapi dia masih malu nak mengaku terus..biarkan masa yang menentukan.

Monday 19 December 2011

Jual Mahal Lagi 1

JUAL MAHAL LAGI 1
Assalamualaikum... Ibu! oh ibu!... mana pulak ibu nie. " Atikah mencari ibunya di dapur.
" Aik.. tak ada. Mak som pun tak ada nie" Atikah berjalan naik ke tingkat atas rumah, Dia terus kebilik ibu dan di bukanya pintu, rupanya ibu tengah solat.
" La.. ibu solat aku nie terjerit jerit. "perlahan lahan Atikah menutup pintu bilik ibunya.
Selang 10 minit apabila Datin Nurshamsiah usai solat.
"Apa punya anak daralah nie terjerit jerit, dah macam bini tarzan. " Ibunya turun dan menegur perlakuan Atikah
" Ehh.. ika belum kawin dengan tarzan lagi lah ibu." Atikah mengusik ibunya. Ika adalah panggilan manja Nuratikah di dalam keluarganya.
" Nak sangat ke kawin dengan tarzan? "
" Mana tau ada jodoh, dapat ibu menantu tarzan." Atikah mengekek ketawa. Dan ibunya mengelengkan kepala, kerana dia mati akal kalau bercakap dengan Atikah nie, ada saja lawak yang nak di buatnya.
" Dah pergi mandi dah tu solat sekali, lepas tu turun makan. "Arah Datin Nurshamsiah.
" A.B.C lah ibu… Ika makan je lah terus, Mana 'jagon' berdua nie bu. " Atikah kadang2 suka memanggil adik kembarnya jagon kerana mereka berdua suka mengacau Atikah dan kadang kadang mereka suka bertekak, tapi mesra semula.
" Ada kelas tambahan untuk SPM. dia orang stay back."
Datin Nushamsiah lebih suka menguruskan anak anak di rumah, dia juga ada masuk persatuan tapi tak berapa aktif sangat. Dato Hanifah juga lebih suka anak anaknya berdikari sendiri. Baginya pangkat dan harta boleh di cari tapi kalau maruah dan keluarga tiada makna kalau tidak di hargai.
******************************
" Abang!! berapa bulan lagi abang nak abis practikal" Atikah tengah ber YM dengan Shamsul. Selalunya dua hari sekali dia akan chatting dengan abangnya.
" 2 bulan lagi abang habislah."
" Nanti abang belikan something special for me yeh. "Atikah sudah buat suara ala ala manja
" What a thing!" shamsul saja menyoal, dia memang ada plan nak beli present untuk adik adiknya tapi masih tak tahu apa yang harus di belikan.
" Ala anything good and last long." Kata Atikah lagi.
" Macam tu abang bawak balik prince william lah." Seloroh Shamsul.
" Boleh gak, ika ikat dan simpan dalam bilik." Shamsul ketawa apabila Atikah berkata begitu.
" Mana Saiful dan Safwan nie." Shamsul bertanya kerana perasan si kembar tak ada di sisi Atikah.
" Dia orang ikut ibu dan ayah pergi dinner party apa tah, Aaa... apa kata abang belikan Ika iphone4 atau Ipod touch..yeee... boleh kan.”Atikah cuba merayu.
“ Nanti abang usha dulu berapa harganya.. tapi abang tak janji tau.” Janji Shamsul.
“ Ala bolehlah.. Saiful dengan Safwan kata abang nak belikan dia orang ipod, so mana aci.”
“ Nak aci gi cari kat jalan masjid india tu.” Shamsul menyakat Atikah
“ Abang nie orang cakap betul betul lah, ya..ya..ya.. abang belikan ok.” Atikah merayu lagi.
“ Oklah... insyallah.” Shamsul kalah juga dengan permintaan adiknya memang begitu sikapnya memanjakan adik adik.
"Ok Ika abang nak keluar nie, nak cari something to eat, its lunch time dear."
" Take care tau. Assalamualaikum." Atikah memberi salam untuk mengakhiri perbualan mereka
" Walaikumusalam.. sampaikan salam abang to ibu, ayah, Saiful, Safwan dan mak Som sekali ye."
" Insyallah."Jawab Atikah sambil melayangkan flying kiss kepada abangnya sebelum dia sign out.
selepas berchating dengan abangnya dia terus ke dapur.
" Oh mak som." Atikah menyergah mak Som pembantu rumah.
" Iya.. mak som sapa mak som mana mak som." mak Som melatah. Dan itu adalah salah satu kesukaan Atikah mengusik mak Som, ibunya selalu menegur Atikah kerana dia suka sangat menyakat mak som.
"Mak som mari menari." sekali lagi Atikah mencuit pinggang mak Som
" Iya kita menari.. cak pong cak pong lempang lempung." Atikah terkekek kekek apabila melihat mak som memulakan langkah tarinya. kemudian di peluknya mak som.
" Atikah! kamu nie ada saja lah, kan dah melatah mak som." Atikah rapat juga dengan mak som kerana mak som menjaganya dari dia berumur 10 thn, mak som juga baru beberapa tahun kehilangan suami dan mempunyai seorang anak lelaki, tetapi anak nya meninggal semasa berumur 7 tahun di langgar kereta, dan kini mak Som sebatang kara. Walaupun dia seorang pembantu rumah tapi mereka adik beradik tetap hormat kepadanya, dan ibu serta ayah melarang mereka adik beradik daripada mengarah arah mak som untuk membuat sesuatu benda yang sepatutnya mereka perlu buat sendiri.
"Mak Som.. Atikah nak makan, Mak Som dah makan ke?" Atikah bertanya sambil tangan mengangkat tutup periuk untuk meninjau apa lauk hari ini.
" Belum lagi, kalau Atikah nak makan mak Som siapkan." Kata mak Som sambil mencuci tangan
"Jom mak Som kita makan." Atikah membantu mak Som, Atikah memang selalu membantu mak Som didapur, ibu memang mengalakkan Atikah ke dapur, itu untuk masa depannya juga, dan suatu hari dia pasti akan bekeluarga jua. Seperti nasihat ibunya setinggi mana pun perempuan belajar atau sebesar mana pangkat pun, perempuan mesti akan ke dapur juga, dari air tangan isteri juga adalah penambat hati dan selera suami serta anak anak.
******************************
" Atikah! ibu nak pergi dah nie, cepatlah." laung Datin Nurshamsiah dari pintu rumah.
" Ibu jalan dululah, bukannya jauh pun rumah aunty kal." Atikah masih lagi menyikat rambutnya.
" Kalau macam tu ibu jalan dulu, jangan lambat sangat. " Laung ibunya lagi.
" Ok. " Sahut Atikah.
Hari ini Datin kalsom membuat sambutan ulang tahun pertama untuk cucu sulungnya anak Nafisa. Datin kalsom dan ibu Nuratikah berkawan baik dan suami mereka juga rakan kongsi perniagaan Mutiara Holding. Dan Nuratikah juga rapat dengan kedua dua anak perempuan Dato Khairil dan Datin Kalsom tapi dia tak suka dengan Khairul Irfan anak lelaki Dato Khairil ada saja yang mereka tak puas hati. Yang sebenarnya Irfan suka mengusik Atikah dari dulu lagi.
" Assalamualaikum." Atikah memberi salam.
" Walaikumusalam." dan dia berpelukan dengan datin kalsom kemudian dia bersalam dan berpelukan pula dengan Nafisa dan Najiha.
" Orang yang kat sana tak nak peluk ke? Nafisa mengusik Atikah.
" Ehh.. tak boleh haram, kalau boleh pun tak ingin." Sambil mememekkan muka dia berkata, Nafisa dan Najiha tergelak sambil mengelengkan kepala, mereka tahu sangat sikap Irfan dan Atikah. sehinggakan ibunya dan Datin Kalsom pernah berkata sambil berseloroh nak kawinkan mereka berdua lepas tu nanti baiklah mereka. Tapi Atikah tak tahu pun mengenai hal itu. Kalau tidak mesti dia tak akan ke rumah itu lagi.
" Happy birthday dear." Atikah mencium pipi Aiman. Dan Aiman hanya membalas dengan senyuman.
Dari jauh Irfan memandang Nuratikah. Dia berjalan ke arah mereka dan dia mula ada niat nak mengusik Atikah.
" Tak nak wish kat aku juga ke?" Irfan sudah datang dekat dengan Atikah dan Aiman.
" Ehh sibuk je.. pergi main jauh jauh lah."Atikah menghalau Irfan.
" Ingat orang nie budak kecik ke, suka hati je nak halau suruh orang main jauh jauh nie "
" Yelah.. nak sibuk sibuk kat sini buat apa."
" Ehh rumah aku, aku punya sukalah mana nak pergi." sambil membelai kepala Aiman.
" Dah lah, kalau aku layan lagi sakit kepala nie." Atikah pun berlalu ke dapur dan Irfan hanya tersenyum kerana dia puas dapat mengusik Atikah. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia suka cari gaduh dengan Atikah.
******************************
" Wafa..aku nak gi library dulu lepas tu baru balik."
" ok gak tu.. lepas tu kau tolong antar aku ye.. kete aku hari nie demam lah."
" Tak da.. tak da jalan kaki." Nuratikah mengusik Wafa.
" Kau nak duit minyak ke? aku boleh bagilah."Wafa pula mengusik Atikah.
" Hihihihi.. aku main mainlah, takkan lah dengan kau pun aku nak berkira." di pautnya tangan Wafa dan mereka berjalan ke library. Rozida dan adlina telah menunggu mereka.
" Atikah lepas nie kita gi cafe nak." Rozida mengajak mereka ke cafe kerana lepas nie mereka tiada kelas lagi.
" Aku tak dapatlah hari ini , aku nak balik teruslah. Badan aku macam tak sedap je."Kata Atikah.
" Kau kenapa, tak sihat ke?"Soal Rozida.
" Entah agaknya nak demam kut. Hidung aku nie sakit je dari semalam.” Kata Atikah lagi.
" Ooo..kalau macam tu cepat makan ubat, dah melarat nanti lagi susah.” Nasihat Adlina pula.
semasa Wafa dan Atikah hendak ke tempat letak kerta mereka telah di sapa oleh Mazlan dan Amar.
" You nak balik ke, lepak lah dulu kita minum minum." Tegur Mazlan.
" Sorrylah aku ada hal, tak dapatlah nak layan kau orang berdua nie." Atikah berkata, dia memang menyampah dengan budak berdua nie, buaya darat dah banyak gadis mengejar mereka, tapi still nak mengacau Atikah dan Wafa. Mazlan suka pada Atikah manakala Amar sukakan Wafa.
" You nie kan suka sangat jual mahal dengan I. " Mazlan berkata dengan suara cuba memujuk Atikah.
" Maaf lah Encik berdua, tu awek kau dah datang, pergilah layan diaorang ye." Wafa berkata sambil menarik lengan Atikah. Manakala di depan sana Murni dan Shila datang dengan lenggang lenggok mereka sebijik macam kucing gatal nak mengesel.
" You nie penat I tunggu kat cafe, rupanya you jumpa minah kerek 2 orang tu." Murni berkata sambil menampar bahu Mazlan.
" Ehh mana ada sayang, dia orang yang tegur I and Amar, Jangan risaulah I tak layan budak macam tu." dan dia buat isyarat mata ke arah Amar dan Amar mengiyakan apa yang di katakan Mazlan si buaya darat tu.
Nama sebenar Mazlan adalah Tengku Mazlan bin Tengku Mansor, dia cukup terkenal di kolej mereka, dan dia juga buaya tembaga kerana semua gadis di usha nya, tapi dia hairan kenapa Nuratikah boleh tak jatuh hati kepadanya.Manakala murni adalah girlfriend dia, dia masih juga nak mencuba Nuratikah.
" Aku heranlah si Mazlan tu, dah ada Murni tapi still nak kacau kau. Apa masalah dia haa.." Wafa membebel.
" Biarlah dia nanti dah penat berhentilah dia." Jawab Atikah kerana malas nak fikirkan pasal Mazlan.
" Aku hantar kau terus ye wafa."
" Iyalah, tak kan aku nak pergi rumah kau pulak." Wafa dan Nuratikah nie berkawan dari sekolah lagi dan mereka juga masuk private kolej yang sama.
**********************************
" Hai.. baru balik ke? " Irfan menegur, banglo mereka pun tak jauh cuma sebelah menyebelah saja. Irfan ternampak Atikah dan terus menegurnya.
" Walaikumusalam.. tak.. nak keluar " sambil menjeling Atikah menjawab semula. Tapi masih sempat memerli dengan sengaja menjawab salam dahulu.
" Hihihi.. Assalamualaikum, Ohh.. macam tu pulak ye. Abang Shamsul bila balik?"Irfan sudah malu dengan kesilapannya kerana tidak memberi salam terlebih dahulu.
" Bulan depan dia balik lah.. kenapa tak chat je dengan dia sendiri." Jawab Atikah yang dah mula nak melangkah pergi dari garage.
"Aik.. tanya tu pun marah ke?" Irfan saja mengusik.
" Dah lah orang penat nie." dia terus melangkah masuk tanpa menghiraukan Irfan yang masih berdiri di situ.
" Hai.. Kak Ika kenapa lah muka macam orang tertelan cuka je nie, cubalah senyum sikit abang Irfan tu tanya je, bukan buat apa apa pun." Safwan menegur kakaknya, kerana dia ternampak Irfan bercakap dengan Atikah tadi.
"Dah kau diam lah, akak penat nie, kang akak kunyah kau pulak."Atikah terus melangkah masuk.
" Ehh.. Safwan cakap sikit pun kena marah gak.”dia terus keluar dan mendapatkan Saiful Dan Irfan yang tengah berbual. Mereka nak pergi main tennis
kalau ada Abang Shamsul lagi lah sakit hati Nuratikah kalau dia orang dah bersama dengan Irfan.
" Dah balik sayang ibu nie.. kenapa muka macam nie.. kalau ada orang nak datang meminang mesti tak jadi punya."
" Ika tak sedap perut lah bu...ehh. datang nak meminang mak som ke?" Ika tersenyum
" Kenapa pula mak som. Ika lah.. mak som nie dah tua mana ada orang nak lagi." mak som pula mencelah
" Ika tak berminatlah buat masa nie."Atikah menjawab sambil kaki mengarah ke tangga.
" Macam tu pula dia jawab. Anak bertuah." bebel Datin Nushamsiah.
" Ika naik dulu lah ibu,mak som Ika nak baring jap."Atikah meminta izin dari Datin nurshamsiah kerana dia rasa macam nak demam jadi dai nak makan ubat dulu dan baring sekejap.
" solat dulu dah asar nie." ibunya berpesan
" Ye..baik Ibu..."laung Atikah yang dah sampai ke tingkat atas.