Monday 30 September 2013

Adakah ini takdirku 20

Zalina keresahan menunggu panggilan dari botak.. Dari semalam dia tidak senang duduk, Selagi dia tidak mendapat khabar berita dari botak dia rasa ibarat makan tak kenyang tidur tak lena, hendak melepak di kelab pun dia tidak senang, telefon tidak lekang dari sisinya. Dalam masa dia sedang duduk termenung di beranda tiba-tiba telefonnya berdering.

"Hello!" Terdengar suara botak di sebelah sana.

"Haa.. Botak!! apa ke lama sangat aku nak kena tunggu panggilan kau nie.. " Zalina bertanya kasar, hati sudah sakit dan keresahan dan apabila terdengar sahaja suara Botak terus di hamburnya lelaki itu.

"Ehh.. sabarlah.. Kan aku dah kata bila kerja aku dah selesai aku call kau kan.. Yang kau nak jerkah aku macam nie kenapa?." Botak juga turut meninggikan suaranya. Botak bukan orang suruhan Zalina seperti Daus dan joe yang sentiasa akur atas arahan yang di berikan oleh Zalina.. Botak adalah orang kanan bos kepada Zalina dan Zalina pula boleh dikatakan kesayangan bos kerana sentiasa membawa keuntungan kepada bosnya.

"Yelah.. Yelah.. So apa cerita nie." Zalina bertanya lagi tapi dengan nada suara sedikit rendah.

"Settle.. Tunggu je lah mesti keluar berita dalam dua tiga hari nie.. Dah aku nak rehat dulu.. Esok pagi aku gerak balik." Botak telah melaksanakan kerjanya dengan jaya dan membuatkan Zalina tersenyum senang, Zalina rasa dia sudah selamat kini.

"Ooohhh god.. Thanks Botak.. I love you so much.. Nanti kau balik sini aku bagi baik punya service untuk kau." Zalina terlalu gembira mendapat perkhabaran dari Botak dalam keseronokannya dia sehingga terlupa dan berjanji untuk melayan Botak.

"Hahahaha.. Ok.. Aku tunggu service kau tu.. Esok aku call kau bila aku sampai KL... Ok bye." Botak tergelak-gelak bila mendengar tawaran Zalina... Tidak pernah Zalina offer diri dia kepadanya sebelum ini.. Dan ini adalah peluang untuk dia meratah tubuh Zalina yang memang dia pernah idamkan dari dulu.

"Ok.. bye." Zalina menyanyi riang sambil membuka baju untuk membersihkan dirinya dan kini dia bersemangat untuk melepak di kelab dan berhibur sepuas-puasnya.

############

"Wah.. Happy nampak?.." Tiba-tiba ada suara yang menegur Zalina dari belakang. Cepat-cepat Zalina berpaling kerana suara itu terlalu dekat dengan telinganya.

"Ohhh.. You Zack.. Biasa saja.. I hari-hari happy kan." Zalina berlagak biasa di hadapan Zack aka Bos kepadanya. Zack duduk di sebelah Zalina sambil menjeling dan tertawa sinis, dia tahu sangat apa yang membuatkan Zalina gembira sangat pada hari ini.

"I dengar Botak dah lenyapkan budak berdua tu." Zack berbisik di telinga Zalina kerana suasana di dalam kelab terlalu bising dengan bunyi bunyian.

"Hmmmm.. Yup.. Siapa suruh buat kerja tak hati-hati...So itu makannya" Zalina berkata dan tersenyum sambil meneguk Vodka. Zack juga turut tersenyum... Mereka nie memang jenis hati kering... Nyawa orang lain di tangan mereka macam mainan dan ikut suka mereka sahaja hendak di pukul, di bunuh, boleh di katakan mereka ini adalah kumpulan gangster melayu di Kuala Lumpur ini.

"Aik!! bos.. Takkan minum coke saja.. Orderlah yang lain." Zalina menegur Zack setelah melihat Zack minta coke daripada bar man.

"I malas nak mabuk.. Hari nie I nak kena balik Rumah my parent... Nanti Papa kalau tahu I mabuk.. Teruk I nanti kena dengan dia, mulalah mengungut nak tarik itu nak tarik ini.. kalau Mummy I tu masih lagi boleh I kautim dengan dia... I balik nie pun sebab mummy dah bising-bising, dekat sebulan I tak balik ke rumahkan." Zack adalah anak tunggal lelaki bongsu Datuk Kamarul dan Datin Sofia, Zack mempunyai dua orang kakak. Kedua-dua mereka telah pun berkahwin, Zack tidak tinggal di rumah orang tuanya, dia duduk di kondo yang telah di beli oleh Datuk Kamarul untuknya lima tahun yang lalu.

Zalina seronok berhibur bersama-sama rakannya.. Nak-nak lagi di malam minggu lagilah ramai pengunjung yang datang ke kelab, Hari ini Zalina tidak mahu melayan sesiapa dan membuat apa-apa urusan menjual beli, yang dia mahu sekarang adalah enjoy sampai puas.

##############

Pagi ini Khalidah akan terbang ke Dubai, dia di hantar oleh Syuhada dan Khalijah, Penerbangannya pada pukul 10.30 pagi dan di jangka akan tiba dalam pukul 1.30 waktu dubai, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Dubai memakan masa selama tujuh jam.

“Ija! Kita singgah Bangi kejaplah.. Aku nak tinjau mak dengan abah lah. Kau bagi tau Mak Long lah.. Nanti risau pula dia kita lambat balik.” Syuhada memang rindukan Tuan Roslan dan Puan Rokiah yang sebenarnya, anak bongsulah katakan dulu semasa duduk di UK pun dia pasti akan telefon kedua orang tuanya setiap hari. Jumaat lepas dia ada memberitahu emaknya Puan Rokiah yang dia tidak balik hujung minggu ini, tetapi di sebabkan dia sudah keluar jauh kerana menghantar Khalidah ke airport jadi dia lajakkan juga ke rumah kedua orang tuanya.

“Baik bos.. Roger in out..” hik hik hik Khalijah ketawa dan sempat dia mengusik Syuhada. Khalijah terus menelefon Datin Roziah.

Hello! Assalamualaikum Mummy..”

“Walaikumusalam… Kak Idah dah selamat ke?”

“Alhamdulillah… tadi check in semuanya ok.. barang-barang pun tak ada masalah.. dalam setengah jam lagi terbang lah dia tu.”

“Alhamdulillah.. nie kamu dah sampai mana nie?”

“Ija call nie nak bagi tau Mummy… Hada nak singgah rumah Mak Ngah kejap… Petang nanti kita orang balik lah.”

“Ye lah.. tapi jangan malam sangat balik tu.. awak berdua jer dalam kereta.. dah tu perempuan pula tu..”

“Iya Mummy… Tau tu… Nanti sebelum balik Ija call mummy.”

“Nanti sampaikan salam mummy dekat Mak Ngah dan Pak Ngah kamu.”

“Insyallah Mummy… Ok Mummy Assalamualaikum..”

“Walaikumusalam..”

Setelah Khalijah selesai menelefon Datin Roziah, Khalijah menelefon Puan Rokiah pula di atas permintaan Syuhada… Syuhada takut Tuan Roslan dan Puan Rokiah tiada di rumah pula apabila mereka sampai nanti. Syukur hari nie kedua Ibu Bapa Syuhada tiada apa-apa program.

“Ping.. Ping..” Syuhada menekan hon kereta beberapa kali kemudian kelihatan Tuan Roslan meninjau dari depan pintu dan cepat-cepat dia menekan remote untuk membuka gate.

“Assalamualaikum Pak Ngah..” Khalijah keluar dahulu dari kereta dan memberi salam dan dia terus mendapatkan Tuan Roslan untuk bersalam, kemudian kelihatan Puan Rokiah datang untuk menyambut Syuhada dan Khalijah.

“Walaikumusalam.” Tuan Roslan menjawab salam Khalijah dan menyambut huluran salam dari Khalijah. Kemudian Khalijah mendapatkan Puan Rokiah yang tersenyum di muka pintu.

“Assalamualaikum Abah!” Syuhada menyalami Tuan Roslan dan mencium kedua-dua pipi Abahnya. 

Kemudian dia pergi mendapatkan Puan Rokiah dan dia menyalami dan mencium Ibunda tercintanya.

“Ishh.. macam tak jumpa bertahun anak mak nie lah..” Puan Rokiah menegur Syuhada kerana Syuhada menciumnya berkali-kali untuk melepaskan rindu.

“Mak nie.. Hada rindu dengan mak tau.. Walaupun seminggu tak jumpa.. Mak tak rindu dengan Hada ke?” Syuhada buat-buat merajuk. Perangai Syuhada dengan Khalijah memang sama, Manja tidak sudah.

“Apa pula tak rindu… tapi mak tak risau sangat sebab Hada dekat rumah Mak long.. tapi kalau tempat lain mungkin mak risaulah.” Jawab Puan Rokiah sambil memeluk bahu Syuhada.

“Abis.. Abah nie Hada tak rindu ke? Yelah mak dia saja yang dia rindu.. Sapalah abah nie.” Tuan Roslan pula sengaja buat merajuk.

“Hahaha.. Abah nie… Hada rindu juga lah…” Syuhada terus memeluk Tuan Roslan kemudian mereka sama-sama ketawa. Khalijah turut sama tergelak melihat gelagat mereka tiga beranak.

“Haa.. Mak Ngah! Mummy kirim salam dekat Mak Ngah dan Pak Ngah.” Khalijah hampir-hampir terlupa pesanan Datin Roziah tadi.

“Walaikumusalam…” Tuan Roslan dan Puan Roziah menjawab serentak. Mereka semua terus duduk di ruang keluarga dan berbual-bual, tengah hari tu Puan Rokiah telah memasak gulai lemak cili api telor itik dengan belimbing buluh, ayam goreng berempah, sambal belacan tomato dan pucuk ubi celur. Sungguh berselera Syuhada dan khalijah menikmati masakan Puan Rokiah, Gulai telor itik memang kesukaan Syuhada. Setelah kekenyangan dan mendapat rehat yang cukup, dan setelah selesai solat Asar, Syuhada dan Khalijah memulakan perjalanan untuk balik ke Kuala Lumpur...

########################

“Abang Que… Di sini ada dua anggota polis datang untuk bertemu dengan Abang.” Syuhada menekan interkom untuk memaklumkan kepada Khairil Qushairy mengenai kehadiran anggota polis di pejabat mereka.

“Bawakan mereka masuk ke dalam Hada.” Arah Khairil Qushairy.

“Silakan ikut saya Tuan.” Syuhada menunjukkan arah ke bilik Khairil Qushairy. Syuhada membuka pintu dan Khairil Qushairy mempelawa kedua Anggota polis itu masuk dan mengajak mereka duduk.

“Hada buatkan coffee ya..” Pinta Khairil Qushairy.

“Baiklah.” Balas Syuhada dan bergerak keluar.

“Apa khabar Tuan Tamar?... Encik Kumar?…” Khairil Qushairy berjabat tangan dengan mereka, Khairil Qushairy sudah mengenali kedua-dua pegawai polis ini kerana mereka yang menjalankan siasatan mengenai kes Kartini sekarang ini.

“Alhamdulillah..” Jawab Insp Tamar tersenyum membalas pertanyaan dari khairil Qushairy.

“Baik...”Balas Sarjan Kumar pula dan turut tersenyum kepada Khairil Qushairy.

“So any good news Tuan?” Khairil Qushairy bertanya kerana dia pasti yang mereka mesti membawa khabar untuknya.. kalau tidak mereka tidak akan datang ke pejabatnya.

“Memang ada, kedua-duanya ada good ada bad…” kata Tuan Tamar sambil menyandarkan badannya ke belakang.

“Wow! Surprise nie… Berdebar pula saya.” Khairil Qushairy tidak sabar untuk mendengar berita yang akan di sampaikan, dan sebelum sempat mereka meneruskan tiba-tiba pintu di tolak dari luar… Syuhada membawa coffee rupanya. Setelah menghidangkan minuman kepada kedua-dua tetamu Syuhada membawa diri keluar dan perbincangan di teruskan.

“Ok saya rasa biarlah saya mulakan dengan good news dulu… kita sudah dapat kedua-dua orang yang melanggar arwah isteri Encik Khairil tu dan bad news nya pula.. Kedua-duanya telah mati di tembak di Pulau Pinang…melihat dari keadaan mayat, mereka telah di bunuh dalam tempoh tiga hari… Mayat mereka telah di kenal pasti dan memang mereka yang kita kehendaki… Kita juga tidak tahu siapa yang telah menembak mereka ini dan kertas siasatan yang baru telah di buka.” Itulah berita yang di sampaikan oleh Insp Tamar dan telah membuatkan Khairil Qushairy terkejut dengan berita yang tidak di sangka ini.

“Astghafirullahalazim… Innalillah…” Khairil Qushairy meraub mukanya dan dia juga tidak sangka orang yang bertanggung jawab di atas kematian isterinya juga turut mati… tetapi di bunuh pula tu.

“Jadi di sini kami ingin bertanya dengan Encik Khairil sama ada Encik rasa yang Encik ada musuh ke tidak selama ini?” Sarjan Kumar pula bertanya sambil menulis di dalam buku catatannya.

“Setahu saya… Saya memang tidak ada musuh dan saya memang tidak ada bergaduh dengan sesiapa pun sebelum nie.” Khairil Qushairy menjadi binggung dengan berita ini dan memang di akuinya selama ini dia memang tidak pernah ada bermusuh atau mencari musuh.

“Ini sudah menjadi kes jenayah… kami akan menyiasat dengan lebih lanjut lagi… Apa-apa perkembangan kami akan beritahu Encik Khairil.” Insp Tamar meneruskan bertanya dengan beberapa lagi soalan kepada Khairil Qushairy untuk penambahan siasatan mereka.

Selepas kepulangan Tuan Tamar dan En Kumar khairil Qushairy terus memberitahu Datuk Sahak dan kemudian menelefon Datin Roziah mengenai berita yang di terimanya, kedua-dua orang tuanya terkejut juga apabila mendapat perkhabaran tentang itu.

Jam menunjukkan pukul 11.45am Khairil Qushairy seperti kehilangan semangat untuk meneruskan kerjanya pada hari ini. Lama juga di termenung dan sedih kehilangan isteri masih lagi di rasainya. Nasib baiklah dia tidak mengikutkan perasaan sedihnya dengan meratap pemergian isterinya, keluarga juga yang banyak memberi semangat kepadanya dan setiap kali di dalam solatnya tidak pernah tinggal berdoa untuk arwah isterinya itu dan khairil Qushairy menguatkan semangatnya kerana anaknya Izara juga.

“Hada… Ada apa-apa urusan untuk Abang hari ini tak?” Khairil Qushairy keluar daripada biliknya dan terus bertanya kepada Syuhada.

“Tak ada Abang Que.” Syuhada berkata selepas dia membelek planner di hadapannya.

“Ok… So Abang nak balik awal sikit hari nie… badan abang rasa tak sedap pula… nie kunci kereta… Hada bawa balik kereta abang.” Khairil Qushairy menyerahkan kunci keretanya kepada Syuhada. Terpinga-pinga juga Syuhada kerana tiba-tiba di beri kunci kereta dan terpaksa memandu kereta BMW X5 milik Khairil Qushairy.

“Ehh.. Habis Abang nak balik nie naik apa pula…” Soal Syuhada memandang kepada Khairil Qushairy dengan muka yang penuh yang kehairanan.

“Abang dah call Abang Leman… Pak Long pun Abang dah bagi tau… Pak Long tak ada kerja luar hari ini… Dia ada di dalam bilik tu…” Terang Khairil Qushairy, moodnya melayang sudah selepas berita yang di terima tadi.

“Tapi Abang Que… Hada takut lah nak drive kereta Abang… Kereta dah lah mahal.. kang kok apa-apa… Botak duit gaji Hada nak mengantinya.” Syuhada serba salah kerana dia selalu bawa kereta Myvi saja tiba-tiba nak kena bawa kereta Khairil Qushairy. Dia rasa kalau dia bawa pun dah macam kepala kura-kura sahaja kerana kereta besar dan drivernya kecik.

“Ala.. Abang tahu Hada boleh jaga kereta Abang tu…Just imagine that you drive your own car… Please Hada…” Khairil Qushairy merayu… kalau tak di sebabkan dia tidak berapa sihat dan Datuk Sahak tidak pergi main Golf petang nie… Dia pasti akan menyuruh Syuhada balik dengan Datuk Sahak.

“Okay… okay… InsyAllah… Doakan Hada bawa balik kereta Abang dengan selamat ye..Hihihihi.” Syuhada sempat lagi bergurau walau dalam keterpaksaan, hati dup dap dup dap risau, hendak mengelak tidak boleh, hendak di beri alasan tidak ada idea yang bernas pula.

“InsyAllah.. Mesti selamat punya… kereta tu Cuma besar sikit saja… bukan jenis Hummer punya yang lebar dan besar… ha ha ha.” Khairil Qushairy mengusik Syuhada, dia memang mengharap kepada Syuhada. Dalam masa mereka ketawa tiba-tiba telefon di meja Syuhada berbunyi.

“Hello.. Ya.. Ok.. Walaikumusalam.”Syuhada meletakkan telefon. Panggilan itu adalah dari reception.

“Abang Que.. Nie Abang leman sudah ada menunggu di lobi…” Jelas Syuhada.

“Ok… Abang balik dulu… Take care.. Apa-apa hal jumpa Pak long tau.” Pesan Khairil Qushairy lagi sebelum melangkah pergi, terasa longlai sahaja langkahnya.

“Ya..Ya.. Abang balik lah.” Syuhada menyuruh Khairil Qushairy pulang… Kalau tidak pasti ada macam-macam pesanannya lagi. Syuhada meneruskan kerja-kerja yang harus di selesaikan kalau boleh dia hendak siapkan sebelum waktu makan tengah hari, seperti biasa tengah hari dia akan makan dengan rakan-rakan di pejabatnya kadang-kadang sahaja yang dia makan tengah hari dengan Khairil Qushairy dan Datuk Sahak, itu pun jika ada kerja luar ataupun bila Datuk Sahak dan Khairil Qushairy mengajak dia makan bersama.

“Hari ini awal bos kecik balik.” Nina si mulut murai bertanya, Itu adalah gelaran yang di beri oleh pekerja-pekerja Kasturi Holding. Mula-mula Syuhada mendengarnya pun Syuhada tertawa ada bos kecik dan ada bos besar.

“Ya.. Dia kurang sihat sikit hari nie.” Terang Syuhada sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

“Ehh! Hada.. Tadi tu yang dua orang polis datang tu sebab hal bini dia ke?” Umi si gadis penyambut tetamu di Kasturi Holding pula bertanya, mestilah dia tahu siapa yang datang kerana semua akan tertumpu kepadanya dahulu sebelum di benarkan naik untuk temujanji.

“Yup… Tapi tu lah… Orang tu mati kena tembak pula katanya… Polis jumpa mayatnya di Pulau Pinang kena campak di tepi semak… So sekarang kes nie agak complicated sikit… Kau orang tunggu je lah mesti ada keluar news malam nie punya lah… Tapi satu saja aku minta tolong nie… Tolong jangan panjang-panjangkan cerita nie. Kalau kau orang dah tau.. Cukup tahu di sini saja… ok! Please yeah...” Syuhada tidak mahu perkara ini merebak tanpa mereka tahu dengan teliti perkara yang sebenar. Banyak sangat mulut berantai, itu yang cerita pendek tapi bila di tokok tambah menjadi berjela panjangnya.

“InsyAllah.. kau jangan risaulah.. kau percayalah kami takkan buka cerita nie.” Karmila mengangkat tangan seraya berjanji di ikuti oleh Nina dan Umi, cepat-cepat mereka mengangguk-anggukkan kepalanya. Syuhada tertawa melihat rakan-rakannya. Dalam seronok mereka makan dan tertawa telefon Syuhada berdering.

Hello.. Assalamualaikum…”Syuhada memberi salam terlebih dahulu.

Walaikumusalam… Hada! Abang Que nie.” Khairil Qushairy yang menelefon.

Haa.. Ya Abang Que… Hada tau pun.” Itu pasal awal-awal menjawab Syuhada sudah memberi slaam kerana nama Khairil Qushairy yang naik di skrin telefon tadi.

Nie Hada… kalau ada sesiapa call hendak jumpa Abang esok and any appointment untuk besok pun.. Hada tolong cancelkan dan tunda ke hari lain… Esok pun abang rasa abang tak masuk office lah… Badan abang tak sihat betul nie…” Khairil Qushairy mungkin terkejut dengan berita yang tidak di sangka-sangka dan itu yang menyebabkan fikirannya terganggu.

Baiklah Abang Que… nanti dekat office Hada check semula…” Kata Syuhada sambil matanya memandang ke arah rakan-rakan yang cuba mengusik dia, terbuntang-buntang matanya geram dengan kenakalan rakan-rakannya mengusik dia.

Ohh.. Hada tengah lunch break kan… Sorry abang menggangu… Please Hada jangan lupa pesan abang tau.” Pinta Khairil Qushairy lagi, terdengar sayu sahaja suaranya.

“Ya.. InsyAllah.. Abang jangan risau nanti Hada settlekan.. abang take care… Abang dah makan ubat ke belum nie. Syuhada bertanya... Dia jatuh kasihan juga bila mendengar suara Khairil Qushairy begitu.

“Dah.. Mummy paksa abang makan sikit dan dia bagi abang ubat.. Nie Abang nak baring kejap.. Ingat tau apa-apa hal call Pak Long… Haa lagi satu… Balik karang bawa kereta elok-elok…Ok Assalamualaikum.” Katanya lagi.

Yaa.. Yaa.. InsyAllah.. Walaikumusalam.” Syuhada menekan butang off sambil mengeleng-geleng kepalanya dan tersenyum.

 Umi, Nina dan Karmila memandang ke arahnya menunggu apa cerita yang buatkan dia tersenyum begitu, mereka bertiga hendak mengusik lebih tidak boleh kerana Bosnya yang di dalam talian jadi mereka hanya mengusik Syuhada sambil bercakap perlahan dan terkekek kekek.

“Wehh! Kau nie kenapa..? macam orang pening pula aku tengok… Dia dah call pun kau masih nak mengerut-ngerut muka tu” Nina menegur Syuhada tapi lebih kepada mengusik.

“Cehhh… Kau orang nie kalau tak gossip buat lawak bodoh tak sahkan.” Syuhada menjeling geram dan menyedut minumannya yang masih tinggal separuh

“Ala… janganlah mara sayang… Nanti balik jumpa abang dekat rumah ya.” Umi pula mengusik dan Syuhada terus membaling tisu di tangannya kepada Umi tapi sempat di elak oleh umi kemudian mereka ketawa kerana dapat mengusik Syuhada.

“Ha ha ha benggong lah pula kau nie Umi.. Tak ada lah.. Bos kecik kau orang nie lah.. Kepala dah ting tong pun masih nak cerita pasal kerja dia.. Dah tu siap pesan bawa balik kereta dia elok-elok.” Syuhada menceritakan apa yang menyebabkan dia tersengih macam kerang busuk.

“Laa… dia tak bawa balik kereta dia ke?” Karmila pula bertanya.

“Tak… Dia suruh Abang Leman yang ambil dia tadilah…” Terang Umi pula dengan masih bersisa tertawanya.

“Aik.. kau pun dah jadi PA Encik Khairil ke?” Nina bertanya kepada Umi kerana Umi pula yang menjawab bagi pihak Syuhada.

“Ayo yo.. kau nie Nina.. Sah-sah aku nie bahagian reception… So aku tahulah siapa yang keluar siapa yang datang.” Jelas Umi lagi.

“Haaa…Ha ah kan.. Betul juga.. Lupa pula aku.. Hi hi hi.” Nina tersengeh malu dia memang terlupa yang kawan dia seorang ni kerja di front desk.

“Kau nie kan Hada.. kalau orang yang tak kenal kau dengan En Khairil tu… Bila pula dengar kau berdua berabang-abang… Mesti dia orang ingat kau nie laki bini tau tak pun couple.” Karmila pula berkata.

“Woi!... Amboi mulut… Abang sepupu aku tu wei!!” Syuhada berkata sambil melepuk lengan Karmila.

“Aku tau lah… Aku cakap kalau orang tak kenal kau berdua nie sepupu.” Jawab Karmila sambil mengosok lengan nya yang sedikit perit di lepuk oleh Syuhada.

“Elehhhh.. Sepupu pun boleh kawin apa?” Nina si mulut tak ada insurans pula berkata.

“Ehhh.. betul lah Hada… Aku tengok kau dengan Encik Khairil tu memang nampak secocok.” Umi pula mengiyakan kata-kata Nina tadi.

“Apa secocok secocok.. kau nampak fork nie aku cocok kau pula.. nak!” Syuhada berkata sambil mengangkat garfu di pinggannya sambil menjeling.

“Aku anggap dia tu dah macam abang aku sendiri tau… Tidak lebih dari itu…” Syuhada menjelaskan, dia tidak sangka yang kawan-kawannya akan berkata begitu sekali, idea yang memang tak masuk dek akal baginya.

“Tapikan… kau tahu tak si Farida kerani bahagian akaun tu… Sebelum dia dapat tau kau nie sepupu rapat dengan Encik Khairil, dia dah hampir frust tertonggeng tau… Sebab dia tengok kau baru masuk kerja dah tu datang balik office sama-sama dengan Encik Khairil… Itu dia ingat kau nie girlfriend Encik Khairil… Tapi selepas dia tahu status kau… Menyeriangai lah dia balik… Dan memerasan kan mukanya macam layak sangat dia tu untuk Encik Khairil.” Sekali lagi Nina buka cerita dan ini sudah boleh di kira mengumpat lah juga, yang kelakar semasa dia bercerita siap dengan nada suara di perlahankan takut ada rakan-rakan pejabat yang lain terdengar perbualan mereka. Maklumlah ramai juga pekerja-pekerja Kasturi holding yang suka makan tengah hari di restoran ini.

“Ha ha ha…” Umi, Syuhada dan Karmila ketawa kerana rasa kelakar pula apa yang di ceritakan oleh Nina kerana salah sangka pekerja lain di atas keakraban Syuhada dan Khairil Qushairy.

Terlalu leka mereka berbual sehingga tidak sedar yang masa rehat mereka telah menghampiri waktu tamatnya. Cepat-cepat mereka semua keluar dari restoran dan menuju ke Kasturi Holding.

Sekembali Syuhada ke pejabat dia meneruskan kerja-kerja yang sedikit tertangguh dan membuat apa yang telah di pesan oleh khairil Qushairy sebentar tadi. Ada setengah jam lagi masa untuk tamat waktu kerja,dia terasa bosan dan apa lagi dia buka fb dan update status serta menyelinap melihat ke dalam chat box siapa yang ada online, kelihatan rakannya Balqis sedang online.

“As Salam Qis buat apa tu?”

“Walaikumusalam… Tengah menyiapkan report sambil mengadap fb.”

“Kau tak kerja ke hari nie?”

“Tak demam sikit”.

“Laaa… Nie dah ok ke? Boleh lagi kau hadap fb.”

“Alhamdulillah… Aku dah makan ubat… Semalam lagi aku dah demam. Kau dekat mana nie?”

“Pejabat… tengah bosan… kerja dah siap… abang Que dah balik dia tak sihat sikit.”

“Laaa… ya ke? Ehh Izara mesti dah bertambah comelkan… kau postlah gambar latest ehh..”

“InsyAllah… Aku pun sibuk… nak adap selalu fb nie pun kadang2 tak ada masa…”

“Bilalah kita boleh lepak sama2 kan… rindulah dengan engkau orang.”

“Tulah aku pun rindu dengan kau orang… apa kata nanti kita plan cuti sama2 nak.”

“Ok gak tu… tapi kena tunggu 2-3 bulan lagilah… nak kena apply cuti aku nie bukan senang…”

“No hal… kita just plan je… nanti bila dah betul2 nak pergi baru sama2 apply cuti…”

“Cantik…”

“Ok Qis… Aku nak off dah…nanti2 kita chat lagi”

“Ok…No hal..”

Assalamualaikum…Take care and get well soon Qis”

“Walaikumusalam… InsyAllah”
  

Dalam masa Syuhada mengemaskan barangan di atas mejanya tiba-tiba Datuk Sahak datang ke tempatnya.

“Nie Pak Long nak keluar dulu… Hada balik macam mana?” Datuk Sahak bertanya, dia keluar awal sedikit hari ini sebab dia sudah berjanji dengan beberapa rakan niaganya untuk bermain golf, biasalah orang business niekan salah satu cara mengeratkan pertalian dengan rakan-rakan seperjuangan mereka.

“Hada bawa kereta Abang Que balik… Dia ada tinggalkan kunci nie haa..” Syuhada berkata sambil menunjukkan kunci kereta Khairil Qushairy kepada Datuk Sahak, Datuk Sahak mengangguk-anggukkan kepalanya dan tersenyum.

“Ok kalau macam tu bawa kereta elok-elok tau… Dah Pak Long pergi dulu…Jumpa dekat rumah nanti.” Datuk Sahak berkata dan sempat juga dia berpesan kepada anak buahnya itu.

“Yalah… InsyAllah Pak Long.” Balas Syuhada. Datuk Sahak terus bergerak untuk ke lift manakala Syuhada menyelesaikan kerjanya dan dia pun plan nak terus balik sehabisnya waktu bekerja.

Wednesday 25 September 2013

Adakah ini takdirku 19

Hari ini Syuhada hanya menghabiskan masa di rumah sahaja, lima hari bekerja dan hari minggu dia plan hendak duduk di rumah sahaja, hendak balik ke Bangi pun dia rasa malas. Dia awal-awal lagi sudah memberitahu kedua ibu bapanya yang dia tidak balik hari minggu ini dan berkemungkinan dia akan balik pada minggu depan. Khalijah pun ada di rumah, biasalah dia pun kerja dari Isnin hingga jumaat juga nasib baik dia bertugas di bahagian farmasi, kalau di buatnya dia doktor atau nurse jangan berangan lah hendak bersenang lenang di hari minggu.

"Hada kau nak pergi mana tu?" Khalijah bertanya apabila terlihat Syuhada membuka pintu bilik.

"Nak turun kejap.. nak tengok baju dalam washing machine tu dah sudah ke belum... Kenapa lak?" Syuhada bertanya. Selepas sarapan tadi Syuhada telah membawa turun pakaian dia untuk di cuci, Khalijah turut menumpang beberapa helai pakaiannya untuk di cuci.

"Ehh.. karang kau kidnap Izara masuk bilik.. Aku malas nak keluar..Aku nak berkemas nie kejap." Khalijah sedang membersihkan biliknya, vacuum karpet dan mengelap di atas meja solek, serta meja untuk membuat kerja.

"Aku nak ampai baju dulu... kalau rajin aku kidnap dia..." Kata Syuhada, pintu bilik di biarkannya terbuka kerana Khalijah sudah mula membersihkan carpet di biliknya.

Khalijah turun memang tepat pada waktunya, pakaian di dalam mesin baru sahaja berhenti dan dia terus mengambil bakul baju untuk mengeluarkan pakaian dari dalam mesin. Kerja-kerja ini memang dia sudah biasa melakukan, semasa di UK dulu seronok sikit sebab baju hantar ke laundry sahaja, kering lepas tu terus lipat.

"Hada! kenapa hada pula yang buat.. biar Rania saja yang ampaikan pakaian tu." Salimah laju keluar ke ruang menempatkan mesin basuh dan menahan Syuhada dari membuat kerja-kerja yang sepatutnya di lakukan oleh pembantu di rumah agam ini.

"Ish... Tak apalah kak Imah.. Pakaian saya dan Ija saja... Akak jangan risaulah.. Tak ada mana di marah Mak Long pun.. Saya pun memang dah biasa buat kerja nie lah kak." Syuhada meyakinkan Salimah, Syuhada tahu yang Salimah serba salah apabila membiarkan anak buah majikannya membuat kerja dan pasti dia takut di katakan seperti dia mencuri tulang pula.

"Ala.. Hada tak apalah.. Tinggalkan saja.. Biar akak atau Rania saja yang buat." Salimah tidak senang hati selagi Syuhada tidak membiarkan sahaja dia atau Rania yang melakukan kerja-kerja itu seboleh-bolehnya dia menahan Syuhada tetapi Syuhada tetap mengeluarkan pakaian daripada dalam mesin basuh itu.

"Akak! jangan risau.. Akak buat aja kerja akak dekat dalam tu..Yang nie kerja saya.. pakaian saya.. Jadi biar saya uruskan." Syuhada mengangkat bakul yang penuh pakaian dia dan Khalijah. Salimah hanya memandang Syuhada pergi, dia memang tidak dapat menahan kehendak Syuhada.

"Apa yang bising-bising nie Salimah." Tiba-tiba Datin Roziah menegur Salimah, dia ada di luar sedang memeriksa bunga-bunganya dan terdengar suara seperti sedikit kecoh, itu dia masuk untuk meninjau ke dalam.

"Ohh Datin.. Tak ada Syuhada dia keluarkan pakaian dia yang di dalam mesin basuh dan katanya dia hendak sidai sendiri pakaian tu, saya dah larang dia.. Tapi dia tetap nak buat juga." Terang Salimah serba salah, risau pula dia di marah Datin Roziah tetapi Datin Roziah bukan jenis majikan yang sombong dan garang, selama dia bekerja di rumah ini pun belum pernah lagi dia di tenking atau di herdik oleh sesiapa, jikalau dia ada membuat kesilapan, Datin Roziah tetap akan menegur dengan cara yang elok tetapi tetap tegas.

"Ohhh.. Pasal itu ke?... jangan risau lah Salimah.. Dia orang nie dah besar panjang jadi kalau dia orang nak buat..biarkan sahaja, tu Khalijah tengah mengemas bilik dia tu.. Mereka nie satu hari akan ada keluarga sendiri dan mereka kena juga berdikari sendiri, Salimah dan Rania tolong saja mereka nie kalau mereka minta tolong... Tak payah nak risau.. Saya tak marah pun." Panjang lebar Datin Roziah berkata, lega hati Salimah apabila Datin Roziah berkata begitu.

"Kalau macam tu biar saya keluarkan bahan-bahan masak untuk makan tengah hari nie Datin." Salimah meminta izin dan membuka peti sejuk untuk melihat apa bahan yang perlu untuk di masak olehnya dia terfikir untuk memasak ikan patin masak tempoyak dengan taugeh kasar, sambal sotong dan ayam goreng kunyit.

"Ye lah.. Nanti masak lebih.. Budak-budak nie tak keluar hari ini." Balas Datin Roziah semasa bersarapan tadi dia telah bertanya kepada Syuhada Khalijah dan Khalidah adakah mereka akan keluar pada hari ini, 

Khalidah berkata yang dia akan keluar untuk mencari sedikit barangan manakala Syuhada dan Khalijah hendak melepak di rumah sahaja katanya.

Khusyuk sungguh Syuhada menyidai pakaian di ampaian di belakang banglo Datuk Sahak, Syuhada mengampai dengan teratur dan kemas sekali, sambil bernyanyi riang tetapi dia tidak sedar yang dari jauh ada seseorang sedang memerhati perlakuan Syuhada.. Hatinya tercuit dan tersenyum melihat gelagat Syuhada. Lama di perhatikan kerja-kerja Syuhada... setiap kali Syuhada mengambil baju di dalam bakul pasti di ciumnya dahulu kemudian baru di sidai… Apa sahaja yang Syuhada lakukan pasti penuh teliti dan cermat leka dia memerhatikan dari beranda biliknya sehinggalah Syuhada selesai menyidai kemudian dia masuk dan duduk mengadap kerjanya semula.

"Haaa... Selesai sudah… Kak Imah tengok Hada ada cacat kat mana-mana tak" Syuhada bertanya selepas meletakkan bakul kosong di atas rak di luar sambil itu menunjukkan dirinya.

"He he he mengada-ngada Hada nie.." Salimah ketawa dengan lawak Syuhada.

"Hada naik dulu ya kak Imah." Pinta Syuhada sambil tersenyum.

"Iyalah.. akak dengan Rania nie pun baru nak sediakan barangan untuk memasak nie." Salimah sedang  membersihkan ekor taugeh kasar dan Rania sedang membersihkan ayam.

"Ok lah.. Hada nak kidnap Izara sekejap...hihihi" Syuhada terus melangkah naik ke atas sambil menyanyi kecil, setiba di tingkat tiga dia terus mengetuk pintu bilik Khairil Qushairy, Syuhada tidak pasti sama ada Izara sudah bangun ke belum kerana selepas dia di beri susu oleh Khairil Qushairy tadi dia tidur semula katanya.

"Tok.. Tok.." Syuhada mengetuk pintu.

"Masuk lah." Terdengar suara Khairil Qushairy mengarahkan untuk masuk ke dalam, sudah rasa macam di pejabat pula. Syuhada membuka perlahan pintu bilik dan dia meninjau ke dalam dan tersenyum kepada Khairil Qushairy.

"Haa.. kenapa Hada?" Khairil tertanya.. Dia hairan bila Syuhada yang meninjau ke dalam biliknya di sangkakan siapa tadi.

"Abang Que! Hada nak ambil Izara kejap boleh tak?" Syuhada meminta izin kepada Khairil Qushairy, Syuhada sudah ternampak yang Izara leka bermain di dalam katilnya.

"Ohh.. Ambil lah.. Tu tengah leka main tangan dia tu." Khairil memuncungkan mulutnya ke arah katil Izara. Syuhada apa lagi terus laju saja pergi ke katil Izara, Izara apalagi bila ada orang datang dekat dengannya mula dia suka dan terangkat-angkat kakinya apabila di agah.

"Nie dah mandi ke belum nie Abang Que?" Tanya Syuhada keraan Syuhada melihat Izara masih dengan pakaian tidurnya.

"Belum lagi... Nak tunggu nenek dia... Tadi masa mummy datang dia masih tidur lagi.. Dia baru terjaga sebenarnya tu." Terang Khairil Qushairy, dia membalas kata-kata Syuhada tetapi matanya masih tertumpu kepada laptop.

"Kalau macam tu biar Hada mandikan dia dulu lah..." Syuhada meminta izin kepada Khairil Qushairy.

"Betul ke?.. Tapi Hada kena mandikan dalam bilik air tu lah... Sebab barang-barang dia mummy dah letakkan di sini." Kata Khairil Qushairy sambil jari menunjukkan ke arah bilik airnya. Dalam masa Khairil Qushairy bercakap dengana Syuhada sekali Datin Roziah masuk, dia terlihat pintu bilik Khairil Qushairy  terbuka luas dan dia terdengar suara Khairil Qushairy sedang berbual dengan seseorang dan dia tidak pasti dengan siapa, dan kerana itu dia terus meninjau ke dalam.

"Haa.. panjang pun umur mummy.. Baru je Que cakap dengan Hada pasal Mummy dan Izara." Khairil Qushairy tersenyum apabila melihat Datin Roziah masuk ke biliknya.

“Ohhh… kamu mengumpat Mummy ya.” Datin Roziah berkata sambil kakinya melangkah ke katil Izara, dia sengaja mengusik mereka.

“Wehh… Mana ada kita orang mengumpat mak Long lah.” Syuhada cepat-cepat menafikan tanggapan Datin Roziah.

“Tak adalah… Syuhada tanya pasal Izara tu haa.” Khairil Qushairy pula menyampuk, Dia tergelak bila tengok muka kalut Syuhada apabila Datin Roziah mengatakan mereka sedang mengumpatnya.

"Kenapa dengan dara kecik nenek pula?" Tanya Datin Roziah sambil mengangah Izara.

"Hada nak ambil Izara masuk bilik..Itu mak chu dia suruh kidnap budak bulat nie, itu Hada tanya Abang Que… Izara dah mandi ke belum, kalau belum Hada ingat biar Hada mandikan saja dia." Kata Syuhada sambil mencium pipi Izara. Syuhada sudah mengangkat Izara dari pembaringanya.

"Ahhh.. Mak Long ingatkan apa hal lah tadi." Datin Roziah mengambil Izara dari pegangan Syuhada dan membawanya ke katil.

"Kalau Hada nak mandikan dia.. Siapkan air mandi dia... Tu besen, shampoo semua ada dalam bilik air Que tu.. Mak long memang letakkan satu tempat aje.. lecehlah nak turun naik..." Terang Datin Roziah sambil membuka pakaian di badan Izara. Khairil Qushairy hanya memandang perlakuan dua wanita di dalam biliknya... Dia tersenyum sendiri dan bersyukur, Walaupun Izara kehilangan ibu yang melahirkannya tetapi masih ramai yang sudi menjaganya.

"Izara mandi dengan Mak su Hada ye... Hari nie nenek dapat cuti.. ada dua baby sitter jaga Izara hari ini." Datin Roziah tertawa sambil bercakap dengan Izara, Sudah pasti hari ini Izara di jaga sepenuhnya oleh Khalijah dan Syuhada dan dia ada peluang untuk berehat atau membuat kerja-kerja lain.

"Que! nah bagi dia dekat Hada.. Mummy nak turun.. Tu papa dah panggil tu.. Apa lagi lah yang papa kamu nak kan nie.." Datin Roziah bangun dan keluar mendapatkan Datuk Sahak, semasa dia membalutkan badan Izara dengan tuala dia terdengar suara Datuk Sahak memanggilnya itu yang kelam kabut dia hendak keluar.

"Ala busuk anak Papa nie... Suruh Mak Su Hada mandi dan bagi anak papa nie wangi ya.." Khairil Qushairy bercakap dengan Izara. 

Syuhada menyambut Izara, tuala Izara di sangkutkan ke bahunya... Khairil Qushairy hanya memerhati dari pintu sahaja... Izara sudah ternganga-nganga suka bila dapat masuk ke dalam besin, Izara agak lasak apabila berada di dalam besin siap berkocak-kocap air di tepuk-tepuknya, maklumlah sudah lima bulan usia dia dan dia sudah boleh di duduk tegakkan di dalam besin tetapi masih perlu di ampu belakangnya. Syuhada sentiasa berbual dengan Izara sepanjang dia memandikan Izara. Khairil Qushairy yang duduk di meja kerjanya pun turut tersengih-sengih sendiri kerana terasa gelihatinya dengar Syuhada tidak henti-henti bercakap dengan Izara, mengalahkan Izara boleh berbual terus dengan dia.

"Yes.. Saya dah siap mandi dah." Syuhada keluar dari bilik air dan membawa Izara terus ke atas katil.

Cepat-cepat Syuhada mengambil Nappy untuk Izara, Syuhada takut Izara terkencing.

"Abang Que mana baju, bedak, krim Izara nie." Syuhada Bertanya kepada Khairil Qushairy yang sedang mengemaskan barang mandian Izara.

"Ohh.. kejap." Khairil Qushairy keluar dari bilik air dan menyerahkan barangan yang di minta oleh Syuhada.

"Ala la la.. Anak papa dah wangi." Khairil Qushairy terus duduk berlutut di tepi katil tidak jauh dari Izara, dia mencuit-cuit pipi Izara sambil matanya mencuri-curi pandang melihat kecekapan Syuhada menguruskan Izara.

"Tu Susu Izara Abang dah buatkan ..." Khairil Qushairy memulakan perbualan apabila Syuhada hanya mendiamkan diri sambil menyapu losyen ke badan Izara.

"Ohh.. dah siap ye.. Ok nanti Hada bagi dia..." Jawab Syuhada, Khairil Qushairy sesekali mencium Izara. Syuhada meneruskan kerja menyiapkan Izara sehingga selesai.

"Ok.. Saya sudah siap, sudah wangi!..." Syuhada mengangkat Izara dan mencium kedua belah pipinya. kemudian dia memusingkan badan Izara ke arah Khairil Qushairy.

"Comelnya anak papa nie... Pandai Mak su dia." Puji Khairil Qushairy sambil mencuit pipi Izara lagi.

"Ala abang Que.. Hada dah biasa jaga baby bila Hada free... So abang jangan risaulah pasal Izara kalau dia di tangan Hada tau." Syuhada cuba menyakinkan Khairil Qushairy, dari dahulu lagi Syuhada sudah biasa tolong menjaga adik sepupu dan anak buah kepada sepupunya itu pasal dia tidak kekok untuk menguruskan Izara.

"Iya.. Abang boleh nampak... Hada kalau jadi ibu pun mesti seorang ibu yang baik nantikan, untung siapa yang dapat Hada sebab pandai segal-galanya." Kata Khairil Qushairy.

"Apa lah Abang Que nie ke situ pula.. Hada muda lagi lah abang.. Hada nak cuti-cuti Malaysia dengan Ija dulu.. lepas tu baru lah kita orang plan nak fikir perkara yang seterusnya."Hada berkata siap dengan berkerut-kerut dahinya, Syuhada dan Khalijah memang merancang untuk melancong di dalam Malaysia apabila mereka sudah dapat menyimpan duit mereka.

"Hahahaha.. Ada-ada sajalah kau orang berdua nie..." Khairil Qushairy tergelak mendengar plan Syuhada dan Khalijah.

"Ok lah abang Que.. Hada bawa Izara masuk bilik dulu." Syuhada mengambil botol susu yang sudah terletak siap di atas meja.

"Iyalah.. Jangan dera intan payung abang tu sudah lah." Seloroh Khairil Qushairy.

"Hada dera sikit-sikit je abang..hihihihi." Syuhada keluar dari bilik sambil ketawa.

###############

 "Assalamualaikum.. knock..knock.." Syuhada membuka pintu dan masuk ke dalam bilik.

"Walaikumusalam.. Tomei Mak Chu dah datang.. Apa kau buat lama kat bawah.. kau tunggu baju kering sekali ke? Tanya Khalijah kepada Syuhada, dia sudah siap berkemas dah tu siap baring sambil membaca novel lagi tetapi Syuhada tidak juga masuk ke bilik.

"Tak lah.. Aku mandikan dan siapkan budak bulat nie." Syuhada berkata sambil menghulur Izara kepada Khalijah dan di hulurkan botol susu sekali supaya Khalijah pula yang menyusukan Izara.

"Oh dah mandi bulat nie ya." Khalijah terus bawa Izara ke katil dan berbaring sama di atas bantalnya.

"Kak Idah pergi Dubai berapa lama?" Syuhada bertanya kepada Khalijah, Esok tengah hari Khalidah akan terbang ke Dubai.

"Entah.. Rasanya tiga minggu kut... Seminggu tu dia kerja dan lagi dua minggu tu dia ambil cuti dan holiday terus." Terang Khalijah, Khalidah bekerja dengan Petronas dan dia ada urusan kerja di Dubai dan keterlanjuran itu dia terus ambil cuti tambahan untuk dia spend time dengan Abangnya Khairul Azam dan keluarga di Dubai.

"Seronok lah si kembar tu nanti." Kata Syuhada lagi sambil dia turut merebahkan diri di sebelah Izara.

"Mahu tak seronok... Mummy cakap dia siap suruh Kak Idah ajak kita berdua sekali." Khalijah tertawa dan Syuhada turut sama kerana lawak bila mengenangkan keletah si kembar Syafie dan Syana.

"Tu pagi kak idah dah keluar.. katanya nak beli barangan untuk Kak Ana... Adalah yang kak Ana pesan tu." Kata Khalijah lagi, adatlah orang Malaysia yang duduk di perantauan ni bila ada saudara mara atau kenalan rapat yang hendak datang berkunjung mesti kena bawa ole-ole dari Malaysia.

“Ija aku nak selelap kejap lah, jeles pula aku tengok Izara dah terlelap tu.” Syuhada sudah menanggalkan tudungnya dan mengiring mengadap ke arah Izara, sekarang ini Izara di apit oleh Syuhada dan Khalijah.

“Tidurlah.. Aku nie pun ada gak rasa-rasa macam nak ikut jejak kau je nie Hada.” Kesudahannya mereka berdekah ketawa tetapi nada yang perlahan kerana tidak mahu Izara terkejut dari tidurnya. Senyap sunyi akhirnya bilik Khalijah, Izara pun seronok tidur bila di apit oleh dua orang baby sitter tambahan dengan air-cond yang menyamankan dan memang sah-sah jauh melayang masing-masing bermimpi.

Datin Roziah menolak pintu bilik Khalijah apabila dia tidak terdengar suara atau bunyi apa-apa, dan apa yang di lihatnya seperti tidak percaya saja anak-anak daranya punya kerja, dia tersenyum melihat kedua-duanya tidur lena tetapi Izara elok saja bermain sendiri.

“Bertuah betul anak-anak dara Mummy nie… Ingatkan dia jaga Izara, nie tidak Izara yang jaga Mak Su dan Mak Chu dia.” Datin Roziah mengejutkan Khalijah dan Syuhada. Terkebil-kebil Syuhada dan Khalijah kerana tidak sangka yang mereka memang terlelap terus dan di lihat jam sudah menginjak ke pukul dua belas empat puluh lima.

“La.. Ija ingat lelap sikit-sikit saja, rupanya lelap terus.” Khalijah berkata sambil sempat mengeliat lagi.

“Bertuah.. Banyaklah lelap sikit.. Mummy dengar kamu berdua berkeruh sampai tak ingat.” Datin Roziah sengaja mereka cerita untuk mengusik Syuhada dan Khalijah.

“Ehh.. Betul ke Mak Long?” Syuhada memandang Datin Roziah dengan muka sedikit terkejut, Dia malu kalau betul dia boleh berkeruh macam tu sekali, jatuhlah saham anak daranya.

“Hihihihi.. kamu nie Hada.. Mak long cakap macam tu pun kamu dah megelabah.” Datin Roziah ketawakan Syuhada, Khalijah pun turut ketawa.

“Mak long nie.. mana tak terkejut Hada.. Malu tau kalau betul Hada berkeruh tidur, takut bakal mertua Hada kalau dengar Hada berkeruh macam tu, dari hantaran mahal nanti kena kurangkan.” Syuhada tergelak sambil membetulkan rambutnya.

"Bukan kurang hantaran... Silap-silap reject terus." Khalijah pula mengusik, Datin Roziah hanya tersenyum mendengarnya.

“Dah mari turun makan.. Ija bawa Izara tu.. letakkan dia dalam katil dekat bawah.” Datin Roziah mengarahkan Khalijah. Syuhada menyarungkan tudung dan dia turut turun ke ruang makan bersama-sama dengan Datin Roziah dan Khalijah. Datuk Sahak dan Khairil Qushairy sudah ada sedia menunggu di meja.

“Apa lambat sangat turunnya nie.. Papa dah lapar menunggu kamu tau.” Datuk Sahak menegur Khalijah dan Syuhada.

“Awak jangan tak tau bang… Saya ingatkan kok Izara tidur dia orang jagakan.. Tapi dia orang berdua tertidur dan Izara yang menjaganya.” Datuk Sahak tergelak dan tidak boleh hendak kata apa-apa, Khairil Qushairy pun turut sama tertawa mendengar cerita dari Datin Roziah.

“Dah cepat duduk makan nie.”masing-masing mula mengangkat tangan untuk berdoa, Khairil Qusyairy membaca doa dan yang lain mengaminkan. Begitu juga masa bersolat selalunya Khairil Qushairy yang menjadi imam jika mereka semua bersolat berjemaah.

“Khalidah tak balik lagi.. barang-barang dia nak pergi esok sudah di siapkan ke?” Datuk Sahak bertanya kepada Datin Roziah, Datuk Sahak pula yang kerisauan.

“Katanya on the way tadi, barang-barang untuk dia dah siap.. Dia nak cari barang untuk Rohana, Saya tak tahulah apa benda yang dia nak carikan” Tutur Datin Roziah, 

Berselera sungguh masing-masing melayan menu untuk tengah hari ini, sambil makan sambil berbual dan memang gamat juga apabila adanya Syuhada dan Khalijah kerana mereka berdua yang tukang kecoh lebih.

Seharian Syuhada di rumah dia dapat mencuci pakaian dan siap dapat melipatnya lagi dan sebelah malam selepas isyak dia melayan facebook dan chat dengan rakan-rakan serumahnya semasa di UK dulu. Bermacam-macam perkara yang di ceritakan dan yang paling menarik adalah Azizah yang bakal bertunang lagi tiga minggu, jodohnya ini adalah aturan keluarga dan dia mengikut sahaja pilihan keluarga dan bakal tunangannya ini pun adalah anak kepada kenalan kedua ibu bapanya, tetapi Syuhada dan khalijah tidak dapat pergi kerana jauh di kedah. Tetapi mereka berjanji semasa Azizah melangsungkan perkahwinan nanti mereka akan datang.









Thursday 19 September 2013

Adakah ini takdirku 18

"kau ni mak! suka menyusahkan aku je lah.. dah aku bagi duit bulan-bulan takkan tak cukup-cukup." Zalina menengking emaknya Zabedah.

"Lina.. mak bukannya nakkan duit kamu nak!.. mak nak kamu balik tengok mak nie.. mak dah tak larat, nak harapkan adik kamu Dini sorang pun tak boleh.. dia nak ulangkaji tu.." Zabedah berkata sayu..

 Zabedah seorang ibu tunggal yang di tinggalkan suami kerana perempuan GRO.. kehidupan mereka tiga beranak banyak bergantung pada Zalina sebelum ini, mereka tinggal menyewa di kampung baru Kuala Lumpur. Anak keduanya Dini kina sedang melanjutkan pelajaran di tahun akhir dalam bidang perguruan. Dini tidak seperti Zalina, Dini seorang anak yang taat dan bercita-cita tinggi untuk mengubah dan membawa emaknya keluar dari kehidupan di rumah setinggan ini, Dini juga tahu apakah pekerjaan sebenar kakaknya Zalina, tapi Zalina juga menipu Zabedah dengan mengatakan dia bekerja di sebuah syarikat besar dan dia juga memegang jawatan di dalam syarikat itu.

 Zalina kerjanya adalah menipu lelaki-lelaki kaya dan juga dia sanggup mengadaikan maruah dirinya kalau itu yang di mahukan oleh lelaki-lelaki tersebut dan dalam masa yang sama dia menjual barang terlarang yang kalau dia di tangkap boleh di hukum gantung sampai mati. Setiap bulan dia akan memberi Zabedah sebanyak dua ribu lima ratus untuk belanja Zabedah dan Dini. Dini tidak sanggup untuk membelanjakan duit yang di beri Zalina kepadanya. Tetapi dia tiada cara untuk mengelak kerana dia harus melindungi perkara ini dari Zabedah dan kerana inilah Dini ingin berjaya dan dia dapat menyara Zabedah dengan duit halal dari titik peluhnya yang halal juga.

"Ala mak nie.. Lina sibuk tau mak.. kalau nak balik selalu dan hadap muka mak saja.. Apa hasil yang Lina dapat." Kata Zalina dengan kasar dan menjeling kepada Zabedah.. Salah satu sikap Zalina juga, dia suka bercakap kasar dan tidak menghormati Zabedah.

"Astghafirullahalazim.. Zalina!!.. kenapa cakap macam tu nak.. berapa lama dah kamu tak balik tengok mak nie.. dah tiga bulan tau.. pada hal kamu kerja di dalam Kuala Lumpur juga." Zabedah berkata sambil memicit-micit kakinya. Dia sedikit uzur sejak kebelakangan ini, semuanya kerana penyakit semputnya dan juga faktor usianya, semasa anak-anaknya masih kecil dan bersekolah dia melakukan apa sahaja mencuci pakaian orang, mencuci pinggan mangkuk di kedai makan, mengemas rumah orang semuanya demi mendapatkan duit untuk menyara dirinya, Zalina dan Dini.

"Lina pergi buat kerja luar lah.. Dua bulan yang sudah Lina pergi Australia seminggu dan bulan lepas Lina pergi ke London.. Nak call mak masa kat sana susah.. Sekali call dah berapa? bukan sikit harga sekali panggilan, mahal tau mak." Zalina tergamak menipu Zabedah demi untuk melepaskan dirinya supaya Zabedah tidak banyak bersoalan.

"Kalau ya pun cuba lah kamu bagi tau mak nie sebelum kamu pergi.. Hati mak nie sentiasa risaukan keadaan kamu tu Lina, Entah kamu sakit ke, accident ke... Sekarang nie jenayah macam-macam… Risau mak nie tau." Sedih sungguh hati Zabedah dengan sikap kasar anak sulungnya ini, Zalina tidak pernah terfikir kerunsingan hati seorang ibu, perangainya berubah setelah Zabedah bercerai dengan bapanya Sabir, pada masa itu umur Zalina tiga belas tahun.

"Yelah.. Yelah.. Nanti-nanti kalau Lina out station Lina bagi tau mak… Susah betul lah mak nie… Hishhh…" Zalina mengeluh dan rimas dengan Zabedah, tiada langsung rasa hormat dia kepada ibu yang bersusah payah dan melahirkan dia.

"Oklah mak.. Lina nak balik dulu.. Lina ada banyak kerja nie.. kalau mak ada hal call jelah Lina." Zalina menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Zabedah.

"Aik.. tak sampai dua jam kamu duduk.. Dah nak balik.. Nie satu lagi.. kenapa pakaian kamu nie nampak sempit dan singkat nie." Zabedah cukup tidak berkenan cara pemakaian Zalina dan dia berasa malu dengan jiran-jiran yang melihat cara Zalina berpakaian, dia malu dan nanti orang ingat dia seperti tidak tahu mengajar anak.

"Alaaa.. mak nie banyak cakaplah.. Lina dari office tadi.. Mana ada sempit atau singkat.. ok je nie.." Zalina membelek pakaian di tubuhnya, pakaiannya sememang sendat dan skirt yang di pakai pun pendek.

"Ini yang kamu kata ok.. tutuplah aurat kamu tu Zalina.. Sebelum terlambat, kita nie tak tahu bila ajal tu datang." Zabedah sudah mula hendak membebelkan Zalina, Itu salah satu punca yang menyebabkan Zalina malas untuk balik ke rumah emaknya, kerana baginya Zabedah terlalu suka membebel… Apa dia buat, dia pakai semuanya tak betul, sentiasa ada sahaja salahnya dan itu semua yang dia bertambah-tambah rimas.

"Mak nie tak payah lah nak membebel pula.. Tau lah Lina.. Dah Lina nak pergi nie.." Zalina terus bersalam dengan Zabedah. Dia keluar dan terus menyarungkan kasutnya.

"Nie semua yang buat aku malas nak balik.. membebel je.. Semua tak kena.. Bingit telinga aku nielah.." Zalina membebel sambil keluar dari rumah. 

Zabedah hanya mengeleng dan menitis jua airmatanya kerana sedih dengan perlakuan Zalina, Dia rindukan Zalina dan kalau hendak harapkan Zalina untuk menelefon dia memang tak adalah, selalunya Zabedah yang menelefon dan itu pun susah hendak di jawab oleh Zalina, Zabedah berdoa yang suatu hari Allah makbulkan doanya untuk melihat Zalina kembali jalan Allah dan menjadi anak yang solehah.

#######################

Kini Syuhada sudah menjadi PA sepenuhnya kepada Khairil Qushairy, baru dua hari dia memulakan tugas penuhnya itu. Dia pergi ke pejabat pun bersama Khairil Qushairy, tetapi Khairil Qushairy ada juga berkata padanya yang bila ada masa-masa tertentu Syuhada kena juga memandu sendiri ke pejabat apabila Khairil Qushairy ada kerja luar. Datin Roziah juga yang menyuruh Khairil Qushairy membawa Syuhada pergi pejabat bersama dengannya kerana mereka duduk satu rumah dan buat apa hendak keluar guna kereta asing-asing, lainlah Datuk Sahak kerana dia memang memerlukan kereta sendiri untuk dia.

“Hada! Abang nak keluar dulu.. Abang nak pergi Balai polis.. Dia orang baru call abang nie.” Khairil Qushairy keluar kelam kabut dari bilik dan memberitahu kepada Syuhada.

“Ohh.. Nie pasal arwah Kak Tini ke?” Syuhada bertanya untuk kepastian.

“Iya.. katanya mereka sudah dapat gambar suspek dari CCTV… Nanti bagi tau Pak Long ya.. Abang pergi dulu.” Khairil Qushairy terus keluar, pasti dia tidak sabar untuk melihat wajah orang melanggar arwah Kartini dulu.

Assalamualaikum.. Pak Long.. Hada nie.” Syuhada menelefon Datuk Sahak.

Haa.. yaa Hada.. ada apa Hada.” Datuk Sahak bertanya.

Abang Que suruh Hada bagi tahu Pak Long yang dia dalam perjalanan ke Balai Polis.” Terang Syuhada.
Balai Polis.. Kenapa?” Soal Datuk Sahak.

“Katanya pihak polis sudah dapat kenal pasti wajah suspek yang melanggar lari arwah Kak Tini tu.. mereka dapat dari salah satu CCTV di premis di situ.” Syuhada menerangkan apa yang Khairil Qushairy telah sampaikan kepadanya.

“Ok… Nanti Que balik suruh dia datang jumpa pak Long ya.” Pesan Datuk Sahak kepada Syuhada.

Oklah.. kalau macam tu nanti Hada beritahu abang Que.” Janji Syuhada.

Syuhada keluar makan tengah hari bersama-sama dengan rakan-rakan pejabatnya, sepulang daripada makan tengah hari dia melihat Zalina sudah duduk di ruang menunggu. Syuhada terus berjalan ke meja dan menyimpan dompetnya di dalam laci. Dia tidak perdulikan Zalina yang sedang memandang ke arahnya. Zalina bangun dan terus berjalan mendekati meja Syuhada.

“Amboi!! Berlagaknya kau.. kau ingat kau kerja dengan sepupu kau dan kau boleh nak tunjuk lagak dengan aku ya.” Zalina berkata dengan gaya sakit hati kerana Syuhada tidak memperdulikan dia.

“Maafkan saya Cik Zalina.. Tak perasan pula saya yang Cik Zalina ada di sini.” Syuhada sengaja berkata begitu, tetapi tidak ikhlas pun, dia sengaja malas hendak melayan Zalina dan dia buat-buat tidak nampak kehadiran Zalina tadi.

“Aku nak jumpa Khairil.. Dia masuk pejabat ke tidak nie?” Zalina bertanya lagi.

“Ohh.. Dia masuk tapi dia pergi balai polis tadi.. tak tau lah pula pukul berapa dia masuk nanti.. Saya tak pasti.. Tapi kalau Cik Zalina hendak jumpa dia saya boleh book kan appointment.” Syuhada berkata dengan lembut. Yelah dia pun hendak kena jaga maruah dia di office nie, tidak elok pula kalau dia hendak tunjuk biadap dengan tetamu, walaupun dia tidak suka dengan Zalina.

“Balai polis.. Kenapa pula?” Zalina bertanya dengan gaya sedikit terperanjat.

Ehh ehh minah nie sepuk sekali karang baru tahu.. Yang kau banyak tanya kenapa? Syuhada berkata di dalam hatinya.

“Ohh.. berkaitan kes arwah Kak Tini… Polis dah dapat kenal pasti suspek yang melanggar Kak Tini…” Syuhada menerangkan kepada Zalina.

“Macam mana dia orang dapat traces haa..?” Tanya Zalina lagi.. Syuhada hairan yang dia gelabah kenapa? Dah tu dia yang pula yang pucat. "kelam kabut  betul lah minah nie." kata Syuhada di dalam hatinya.

“Katanya dari salah satu CCTV yang terdapat di premis yang berdekatan di tempat kejadian, itu jelah yang saya tau.. Tapi kalau Cik Zalina nak tahu lebih lanjut saya rasa lebih baik Cik Zalina tanya sendiri dengan En Khairil lah.” Kata Syuhada lagi, Syuhada sudah malas hendak menjawab segala soalan yang di tanya Zalina kepadanya, bukan penting pun untuk Zalina tahu.

“Emmm.. tak pa lah nanti saya call Khairil..” Zalina terus keluar dari situ. Syuhada memerhatikan sahaja langkah Zalina, datang tak di undang dan pergi pun tanpa di suruh, suka hati dia sahaja.

“Apa-apa saja lah minah gedik nie.. kau yang kelam kabut lebih apa pasal.. Aku bagi pelempang jepun baru tau..” Syuhada membebel sendiri kemudian tertawa dan tergeleng-geleng mengenangkan perangai Zalina.

################

Di dalam kereta Zalina kelam kabut menelefon Khairil Qushairy.. tapi dia kena berlagak biasa.. Dia sebenarnya takut rahsianya terbongkar, dan dia kena lakukan sesuatu sebelum terlambat.

“Hello! Khairil.. I Zalina nie..” Zalina memulakan percakapannya.

“Ohh!!.. Zalina.. You dekat mana nie?” Khairil Qushairy sekadar bertanya, dari suara tadi pun dia sudah tahu yang Zalina menelefon dia.

“I pergi office you tadi dan PA you kata you pergi police station… So any good news you can shared with me?” Zalina cuba memancing cerita dari Khairil Qushairy.

“Yup.. polis kata ada dua lelaki di dalam kereta tu dan dari rakaman video wajah mereka itu.. Mereka ini memang sedang di cari polis pun sebab ada kes lain.. dan polis kata berkemungkinan besar mereka sedang bersembunyi sekarang nie.” Terang Khairil Qushairy lagi, tanpa sedar khairil Qushairy telah bercerita kepada Zalina.

Ohh.. I see.. Ok lah Khairil I nak start drive nie.. Nanti apa-apa hal I call you lagi.” Zalina memberi alasan dan dia kerisauan, dia kena lakukan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya. Zalina terus mendail nombor seseorang.

“Hello botak! Aku nak kau buat kerja untuk aku.” Zalina terpaksa meminta bantuan dengan orang kanan bos dia.

“Kau nak suruh aku buat apa nie?” Tanya lelaki yang di panggil botak tadi.

“Aku nak kau lenyapkan terus Daus dan joe… polis dah dapat bukti siapa yang langgar perempuan tu. Aku nak kalau boleh esok mereka berdua dah habis.” Arah Zalina lagi. Botak adalah bouncer di sebuah kelab malam yang Zalina selalu kunjungi dan sedikit sebanyak Zalina termasuk juga dalam kumpulan gangster di kelab itu. Zalina juga adalah salah seorang pengedar dadah, tapi dia licik.. Belum sekali pun dia tertangkap kerana dia ada ramai infomer untuk melindungi diri dia.

“Ok.. Aku gerak malam nie.. Dah settle aku call kau.” kata Botak.

“Aku tau kerja selesai.. Aku tak nak polis dapat mereka dulu.. Ok aku off dulu.” Zalina menekan butang off dan dia terus memecut kereta ke tengah bandar.. dia kena cari sesuatu untuk release tension.. Apa lagi kelab lah tempat yang di tujunya dan dia akan meneguk air kencing syaitan sehingga mabuk.

################

Setibanya Khairil Qushairy ke pejabat dia terus pergi ke bilik Datuk Sahak, Dia ingin memaklumkan berita ini kepada Datuk Sahak.

Jasmin tell Datuk.. I want to see him” Khairil Qushairy bercakap dengan PA Datuk Sahak.

“Ok..” Jasmin terus menekan butang interkom untuk memaklumkan kepada Datuk Sahak, setelah di izinkan Khairil Qushairy terus menolak pintu bilik Datuk Sahak untuk masuk ke dalam.

“Haa.. Apa cerita..” Datuk Sahak terus berjalan untuk duduk di sofa. Khairil Qushairy mengikut sama.

“Pa.. Polis kata lelaki yang drive kereta tu.. Dan lagi satu Pa.. Polis kata dia orang tu memang sedang di kehendaki sebab ada beberapa kes yang telah mereka lakukan. Que harap sangat polis dapat berkas mereka nie..” Khairil Qushairy mengharap sangat orang yang melanggar arwah ini di berkas, dia juga hendak tahu adakah mereka melanggar dengan niat atau dengan tidak sengaja.

“Syukur.. Tapi tu lah kalau dapat di berkas dengan cepat lagi senang.. Papa pun tak tahu apa motif mereka nie.” Datuk Sahak agak terkejut kerana orang yang melanggar Kartini adalah orang yang di kehendaki oleh polis.

“Hopefully pa... Hopefully…” Khairil Qushairy berkata sambil meraut rambutnya ke belakang, banyak yang di fikir dan diandai olehnya dan sedikit sebanyak merunsingkan kepalanya juga.

“Ok Pa… Que keluar dulu.. Lagi satu jam Que ada meeting nie.” Khairil Qushairy meminta diri untuk keluar dari bilik Datuk Sahak.

“Hmm ok… Nanti Papa bagi tahu mummy pasal nie.” Pesan Datuk Sahak lagi.

Sesampai Khairil Qushairy di depan biliknya Syuhada menyampaikan pesanan yang Datuk Sahak beritahu kepadanya tadi.

“Abang Que!! Pak Long suruh abang call dia.” Kata Syuhada.

“Call!! Kenapa pula tu.” Khairil Qushairy terfikir mungkin Datuk Sahak ada sesuatu yang dia terlupa untuk beritahu tadi.

“Ohh pasal yang abang pergi balai polis tu.” Terang Syuhada lagi.

“Dah abang dah jumpa Pak Long.. Abang dari bilik dia lah nie.. Nie Hada siapkan file untuk abang meeting sekejap lagi.”

“Dah.. Hada dah sediakan.. ada atas meja abang dah..” Syuhada awal-awal lagi telah menyediakan dokumen yang di perlukan untuk Khairil Qushairy bentangkan di dalam mesyuaratnya nanti, dia sediakan terlebih awal kerana dia pasti yang mensyuarat itu tetap akan di teruskan kerana Khairil Qushairy tidak ada menyuruh dia membatalkannya.

“Ok nanti abang dah siap kerja Hada ikut abang meeting.” Pesan Khairil Qushairy sambil menolak pintu biliknya tetapi terhenti apabila Syuhada bertanya kepadanya.

“Haa.. Kena ikut ke?” Syuhada bertanya kerana dia tidak sangka yang dia akan terjebak sama dalam mesyuarat itu nanti.

“Mestilah… Hadakan Assistant Abang, So certain time Hada kena follow abang pergi meeting tau.” Jelas Khairil Qushairy kepada Syuhada dan Syuhada menganggukkan kepala tanda faham.

Okey.” Syuhada sempat membuat isyarat ‘good’ dengan ibu jarinya. Khairil Qushairy tertawa melihat gelagat Syuhada, saling tak tumpah seperti Khalijah adiknya.

Buat pertama kalinya Syuhada mengikuti mesyuarat bersama client... pengalaman yang menarik baginya tapi dalam masa yang sama Syuhada gemuruh juga kerana takut ada melakukan kesilapan dalam tempoh mesyuarat berjalan. Agak lewat juga mesyuarat selesai dan seperti biasa dia balik dengan Khairil Qushairy. Rakan-rakan sepejabat juga tahu yang Syuhada dengan Khairil Qushairy sepupu rapat dan mereka memang tidak boleh nak create gossip antara pekerja dan staff.