Hari ini Syuhada malas nak keluar, banyak
lagi benda nak di ulangkaji ni.. tinggal dua bulan je lagi nak final exam, Syuhada tidak mahu berlama-lama lagi di UK nie
cukuplah tiga tahun dia berpisah dengan keluarga di Malaysia, Syuhada rindukan mak
dan abah, dia teringat semasa nak berlepas ke UK tiga tahun yang lalu, Syuhada dan Puan Rokiah tak
dapat menahan airmata kerana terasa amat payah untuk berpisah kerana akan jauh.
“Hada!! Kau tak siap ke?” Khalijah bertanya
sambil mengeringkan rambutnya. Khalijah atau Ija panggilan dalam keluarga
adalah sepupu rapat Syuhada dan tak sangka mereka sama-sama dapat melanjutkan
pengajian ke UK tapi berlainan university. Syuhada belajar di London South
Bank University ambil course business manakala Khalijah belajar di Imperial College
dan dia ambil course Biomedical science, nanti kalau sakit senanglah nak
dapat ubat free..hehehehehe
“Malaslah Ija, aku nak ulangkaji sikit
nie.. aku tak nak sambung paper nanti.. aku nak balik woiii!!..” Syuhada berkata dan dia memang berzam untuk lulus dengan cemerlang.
“Ala kejap je kita gie Mark&Spencer
dan ZARA je.. ada sale lah.” Khalijah cuba memujuk Syuhada tapi lebih pada seperti menghasut untuk melayan sale.
“Apa lagi nak di beli.. lagi satu kat Oxford
tu mesti merembik dengan orang, entah dari mana datangnya orang ramai-ramai tu.” Syuhada hanya memandang Khalijah menyarungkan tudung express Pearl Haya pemberian Datin Roziah Aka Mak Long Syuhada. Setiap kali dia postkan tudung untuk Khalijah dia mesti akan mengirimkan untuk Syuhada sekali.
“Saja nak tengok apa yang boleh di sambar,
kalau macam tu Ija pergi dengan Sha dan Zee sajalah.” Khalijah keluar dari bilik dan Syuhada mengikut keluar sama, Tina dan Balqis leka dengan cerita korea yang di tonton secara online, ini sahajalah cara kalau nak layan movie atau drama dari negara malaysia atau seantaranya.
“Zee nanti tolong beli strawberry dekat Mark&Spencer ye, kau jangan beli yang dekat stall pulak.. buah dia kadang-kadang
tak cantik lah.” Pesan Balqis sambil menghulurkan duit £10.
“Cepat-cepat apa lagi nak pesan nie.. tak
nak minta tolong bawa balik boyfriend mat soleh tuk kau orang sekali ke?” ShaZana dah
mula nak melalut, dia suka buat lawak merapik.
“Tak payahlah ye.. Aku masih suka lelaki melayu lagi tau.” Azizah pula menyampuk.. kami sama-sama ketawa dan memang riuh rumah
3 bilik nie kalau kami semua berkumpul. Setelah Khalijah,Shazana dan Azizah
pergi aku pun join Qistina dan Balqis tengok drama korea dream high 2. Ini
masalah aku bila Nampak cerita korea mesti lari dari niat asal yang aku nak buat..
hihihi
##############
##############
“Semalam mummy kata kak Tini dah mula
sakit-sakit nak bersalin.” Khalijah memberitahu kepada Syuhada kerana masa Datin Roziah telefon Syuhada sudah lena di buai mimpi.. yelah di sini pukul 1 pagi dan Malaysia pukul 9
pagi. Kak Tini atau nama sebenarnya Kartini adalah
isteri Khairil Qushairy abang sulong kepada Khalijah. Mereka berkahwin pada
tahun lepas dan itupun arrange married, Syuhada tidak berapa rapat dengan Khairil Qushairy mungkin kerana jarak umur mereka 7 tahun berbeza dan Syuhada memang segan dengan Khairil Qushairy dan Khairil Azam abang kedua Khalijah, dalam ramai-ramai sepupu hanya dengan khairil Qushairy dan Khairul Azam yang Syuhada tidak rapat kerana mereka berdua banyak menghabiskan masa dengan menetap di asrama penuh dan jumpa bila hari raya dan masa tertentu sahaja.
“Iya ke? Wah
bestnya nak dapat anak buah lagi bertambah lah cicit nek Mah kan.” Syuhada turut teruja sama yelah generasi ketiga Rahimah dan Rahman dah ada yang berkahwin dan akan berkahwin, tapi sapa yang bakal berkahwin yek? hihihi dan generasi keempat pula baru ada empat orang dan yang bakal lahir adalah yang kelima, tapi Datuk Syuhada tidak sempat melihat cucu dan cicitnya kerana dia meninggal semasa Rosli iaitu adik kepada Datin roziah dan Puan Rokiah berumur 10 tahun, dia meninggal di dalam kemalangan jalan raya. Tetapi cucu-cucunya mengenali beliau melalui gambar yang tersimpan kemas oleh Rahimah.
“kalau plus anak
abang Que nie yang bakal lahir cicit nek Mah dah ada 5 orang tapi kalau daddy punya side kita org ada 7orang dah cicit nek Sum dan tuk Aki.. ha ha
ha ha” Khalijah bertepuk tangan kerana terasa seronok.. Syuhada pun turut tumpang gembira, yelah mana tak
seronok bila terima keluarga barukan.
Kasihan tengok nasib bayi yang di buang ke sungai, tong sampah dan zalim ada yang di bakar, manalah sikap prihatin dan kasihan mereka ini semua, tidak sakitkah mereka semasa melahirkan bayi-bayi ini.
Kasihan tengok nasib bayi yang di buang ke sungai, tong sampah dan zalim ada yang di bakar, manalah sikap prihatin dan kasihan mereka ini semua, tidak sakitkah mereka semasa melahirkan bayi-bayi ini.
“Ija hari
nak masak apa yek.” Syuhada bertanya kepada Khalijah, selalunya bila cuti hendak kena masak juga, walaupun mereka sibuk belajar tapi mereka lebih suka makan di rumah dan
masak sendiri, masing-masing ambil turn masak. Hari nie turn Syuhada memasak, tapi mereka semua sama-sama menolong.
“Hada..
masak nasi ayam nak?.. kau punya nasi ayam aku pun tak leh challenge lah..” Khalijah memberi idea, Syuhada memang tak ada masalah pun nak masak janji keperluannya cukup.
“Hmmm.. ok
lah bahan-bahan pun ada so on jer lah.” Syuhada tersenyum dan melangkah ke luar
dari bilik. Sarapan pagi mereka makan simple sahaja, ada yang makan cereal dan ada
yang makan toast.
“Woi mek
Tina sudah-sudah lah korea kau tu. Jom kita tolong Hada masak, hari nie dia
buat nasi ayam. yum..yum..” Khalijah berkata sambil membuat gaya mengosok perut seperti orang tersangat lah lapar.
“Wah! Ye
ke.. OK let’s go babey.” Qistina menutup cerita yang di tontonnya, karang dia
boleh sambung balik.
“Sha!
Balqis! Zee! woi project time.” Qistina menjerit memanggil kawan-kawan yang
lagi bertiga. Qistina nie memang sempoi sikit perangai dia kalau di rumah. Tapi
kalau di uni dia lah yang paling ayu dan sopan.
“Kau nie
Tina macam bini tarzan.” Shazana menegur perlakuan Qistina sambil mengelengkan
kepala. Mereka sama-sama ketawa apabila Qistina buat muka pelik. Dia saja suka
sangat nak melawak. Selama tigaa tahun mereka duduk serumah, mereka tidak pernah
bermasam muka kerana semua sepakat dan saling bertolak ansur dan bak kata orang sekepala.
“Ija! Phone
kau bunyi woi!” Azizah pula menjerit memanggil Khalijah.
“Kau tolong
jawabkan.. Aku basuh tangan dulu.” Khalijah kelam kabut mencuci tangannya.
Azizah menghulurkan telefon setelah dia tolong jawabkan panggilan tadi.
“Mummy kau
lah.” Azizah menyuakan telefon kepada Khalijah.
“Hello!
Assalamualaikum mummy..”
“Waalaikumusalam
sayang... Tengah buat apa tu?”
“Ija tengah
bersihkan ayam.. nie Hada nak buat nasi ayam hari nie.”
“Ohhh.. nie
mummy nak bagi tau.. kak Tini kamu dah bersalin.. dapat baby girl.”
“Haa..Iya..
mummy, Syukur alhamdullilah.. Ehh mummy! Kak Tini bersalin normal atau
operation.”
“Normal
sayang.. Haa nanti kamu call lah along kamu tu. Mummy kat rumah nie baru
sampai.”
“ok mummy,
Take care mummy and I love you.”
“Yeaa.. you
too dear.. take care dan kirim salam kat Hada dan kawan-kawan kamu ye.”
Khalijah berasa sungguh gembira dengan berita yang baru di terima olehnya, dengan gembira dan riang hati dia mengkhabarkan berita tentang kelahiran anak buah barunya itu.
No comments:
Post a Comment