Tuesday, 24 July 2012

Adakah Ini Takdirku 7


Syuhada memasukkan laptop ke dalam beg, barang-barang pun mereka bawa tak banyak, hanya seorang satu luggage, Syuhada melihat sekeliling bilik untuk memastikan ianya kemas sebelum di tinggalkan, Syuhada  jenis tidak suka bilik yang bersepah dan nasib baiklah  Khalijah juga mempunyai sikap yang pembersih macam Syuhad juga. Kawan serumahnya semua ikut ke airport. Mereka naik train je dari waterloo station untuk ke Heatrow airport.

“Ok.. guys kami masuk dulu ye.. nanti apa-apa hal aku info kat kau orang.” Syuhada dan Khalijah meminta diri untuk masuk, semua urusan di kaunter telah selesai dan selepas berbual-bual dalam setengah jam, jadi Syuhada meminta diri untuk masuk ke dalam awal sedikit, biasalah Heatrow airport nie sentiasa busy dan banyak benda nak di check sebelum di lepaskan masuk ke bahagian departure. Nak kena lepaskan body x-ray dah tu scan barang-barang, itu yang buat beratur panjang, tapi yang bagusnya mereka memberi kemudahan kepada warga emas dan keluarga yang mempunyai anak-anak kecil, biasalah kanak-kanak nie bukannya nak duduk diam dan mudah resah .

“Tulah.. take care dear.. ingat kita orang kat sini tau?” Azizah berpesan, Syuhada dan Khalijah mula memeluk kawan-kawan mereka. Dan biasalah airmata nie meleleh juga, pada hal balik sekejap je.. Dah Syuhada nie ratu airmata sikit, asalkan kata berpisah.. airmata kalau tak meleleh mesti bergenang di kelopak mata nie, tu pasal kakak-kakaknya panggil Syuhada si cenggeng.

“Dah janganlah menangis lagi Hada.” Qistina memujuk dan memeluk Syuhada. Kemudian dia memeluk Khalijah, Khalijah turut mengalirkan airmata.  

“Sha! Zee! Balqis! Qistina!.. kami pergi dulu ye.. kau tolong tengokkan bilik kami ye.. aku takut ada penghuni lain yang buat konsert dalam bilik aku tu.” Khalijah sempat lagi berpesan dan melawak, dia nie sedih-sedih pun lawak dia mesti ada. Di UK nie masalah lain tak ada tikus memang banyak hendak lagi dah nak masuk summer time, walaupun rumah kita kemas cantik tapi dia mesti akan buat lawatan, yang geram tu comel pula tikus tu kecik je tak macam tikus rumah yang di Malaysia lagilah mengelikan.

“Ha ah lah.. aku risau kok dia bukan lawatan sambil belajar pulakan..” Syuhada menambah pula dan tersenggeh.

“Dah.. jangan risaulah tak ada dia masuk tu deh..nanti balik kang aku jerit kat lantai tu bagi tau kat cik ‘menti’ tu jangan datang bilik kau orang berdua, sebab tuan bilik balik kampong.” Shazana berkata tapi tangan sempat lagi melepuk lengan Syuhada,ada saja idea dia nak bagi orang tergelak. Syuhada dan yang lain tergelak-gelak. Akhirnya mereka terpaksa juga berpisah, mereka berlambaian dan siap di beri flying kiss lagi, sapa lagi punya kerja si Shazana dan Qistina lah, kesegalan sungguh.

             Selepas enam jam perjalanan dari UK ke Dubai dan selesai pemeriksaan passport Syuhada dan Khalijah terus mendapatkan kerusi yang tidak jauh dari gate untuk penerbangan ke Malaysia senang nanti tak payah lagi nak jalan jauh-jauh dan tercari-cari gate. Tapi sebelum itu Syuhada sempat membeli cookies dan dua botol mineral water untuk mereka, mereka transit di Dubai selama hampir tiga jam, sementara menunggu kemunculan khairul Azam dan keluarga, Syuhada dan Khalijah merehatkan badan dan minda sekejap, di Dubai nie yang menarik adalah melihat manusia bergelimpangan tidur di tepi-tepi laluan hendak lagi bangsa-bangsa asing nie bukan dia orang kisah sangat selamba jer dia orang bentangkan alas dan tidur ada tu tak payah beralas, dia alas dengan beg pun jadi untuk letak kepala dia orang.. memang sempoi sangatlah dia orang nie. 

 “Bah!!..” Terkejut Syuhada dan Khalijah apabila tiba-tiba ada orang datang peluk mereka. Buka aje mata sekali tengok..laa budak kembar nie.

“Hish.. bertuah punya double trouble.. Maksu ingatkan pakwe mana datang peluk tetiba.” Syuhada memeluk dan mencium pipinya, Syafie tersenyum. Syuhada bangun dan bersalam dengan k Rohana dan mereka berpelukkan. Khalijah memeluk Khairul Azam dan melepaskan kerinduan kepada abang keduanya, Khalijah menangis ketika memeluk Khairul Azam, mungkin dia sedih terkenangkan Kartini.

“Dah!.. jangan nangis lagi.. kita tak tau macam mana keadaan kak Tini sepenuhnya sekarang nie.” Khairul Azam memujuk Khalijah, dia memang tahu sangat perangai adik bongsu dia yang manja nie.

“Macam mana Hada.. kamu sihat ke?” Khairul Azam menegur Syuhada pula.

“Alhamdullilah Abang Azam, saya sihat walafiat.”  Syuhada menjawab pertanyaan Khairul Azam. tapi segan-segan juga dia membalas pertanyaan Khairul Azam tadi.

“Apa pasal kau orang berdua nie nampak susut sikit.” Rohana menegur dan Syuhada memandang kearah Khalijah kemudian sama-sama tersenyum, yelah mereka sibuk berlajar dan terkejar ke sana ke sini, makan pun tak lalu nak makan banyak-banyak, makan pun sekadar buat mengalas perut je.

“Kak Ana kurus sikit je..kan nampak cantik adik-adik akak nie, Kalau gemuk kang susah nak bawa badan nie.” Khalijah menjawab dahulu pertanyaan Rohana tadi.

“Ha..ah lah kak, kita tak sampai tahap kering sesangat tak pa kak.” Syuhada pula berseloroh sudahnya tadi sedih-sedih terus jadi ketawa.

“Iyalah tu.. pandai jer nak menjawab dua-dua mak busuk nie kan..” Rohana memang suka panggil Syuhada dan Khalijah begitu.

“Mak chu! Yana nak duduk dengan mak Chu tau.” Syana sudah mula nak memilih dengan sapa dia hendak duduk, macamlah nak naik kereta boleh pilih nak naik kereta sapa, seboleh-boleh dia nak duduk dengan Khalijah.

“Afie nak duduk dengan mak su ye.” Syafie pula dah memegang dan menghayun-hayunkan tangan Syuhada, sudah macam style org bercinta pula tengok si kecik nie punya gaya, tersenyum sendiri Syuhada jadinya.

“Yana! Afie!.. tak boleh sebab dekat tiket dan ada seat number yang tak boleh di ubah lagi." Khairul Azam cuba menerangkan kepada anak kembar sepasangnya ini, apalagi masing-masing mula membuat muka toya.. merajuk lah konon.

“Ngah! Apa kata tempat abang dan kak Ana tu bagi dekat Hada dan Ija dan tempat kita orang biar Abang dan kak Ana duduk..kira kita swap seat lah.” Khalijah memberi idea. Syana dan Syafie terus bertepuk tangan, macamlah papa dia dah bagi kata putus.

“Betul gak tu bang Azam, Afie pun nak duduk ngan mak su kan.” Syuhada pula menyetujui pendapat Khalijah tadi.

“Suka hati kau oranglah, untung kitakan sayang sebab boleh duduk relax dan dating, anak-anak kita dah ada maid.” Khairul Azam tergelak dalam masa yang sama sempat juga dia mengenakan Syuhada dan Khalijah.

“Abang nie..sukakan buat macam nie” Rohana memukul lengan suaminya kerana gurauan yang melampau.

“Kureng asem punya abang.. ada ke kita di katanya maid dia.”Khalijah pun sama melepuk bahu Khairul Azam dan mereka sama-sama ketawa, si kembar nie lagilah suka melompat-lompat. Mereka berdua nie rapat dengan Syuhada dan Khalijah sebab dua tahun sudah lalu, Syuhada, Khalijah serta kawan serumah ada bercuti ke Dubai, tahun lepas pun Khairul Azam sekeluarga datang bercuti ke London, dan pada masa tu dia orang berdua ini tidak mahu berenggang dari Syuhada dan Khalijah.

 Dalam mereka berbual-bual tak sedar rupanya sudah tiba masanya untuk kami menaiki kapal terbang ke Malaysia dan yang bestnya Syuhada dan Khalijah dapat masuk dulu sebab ikut  Khairul Azam dan Rohana, yelah semua kerana adanya dua orang budak comel nie, bukan ke kanak-kanak dan warga emas nie di dahulukan bila nak menaiki pesawat juga.

 Perjalanan selama 6 jam Syuhada tidak begitu memenatkan kerana adanya si celoteh nie bercerita itu ini dan mengajak bermain games dengannya. Manakala Syana lelap di pangkuan Khalijah.. lupa Syuhada nak bagi tahu, semasa semua penumpang sudah duduk selesa dan pesawat belum bersedia untuk memulakan penerbangan, Khalijah ada meminta pertukaran tempat duduk dengan stewardess tadi, dan nasib menyebelahinya kebetulan pesawat pun tidak penuh dan tiga seat sebelah kiri Syuhada pun ada dua kekosongan  jadi Khalijah dapat duduk berdekatan dengan Syuhada. Kaki Syuhada  tidak sabar untuk menjejak bumi Malaysia, rindunya pada keluarga dan negaraku yang tercinta ibarat pepatah Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri macam manapun negeri sendiri juga pilihan Syuhada. Tidak sabarnya ada satu jam je lagi nie.. Syuhada hendak memeluk kedua orang tuanya erat-erat, melepaskan kerinduan yang sudah setahun tidak bertemu mereka.


No comments:

Post a Comment