Wednesday, 11 July 2012

Adakah Ini takdirku 3


Sebulan selepas itu.

“Sial !! aku ingatkan dulu dah gugur bila dia jatuh, tapi selamat pula dia. Aku bunuh kau nanti..” Zalina mengamuk dan menghentak-hentak stereng keretanya. Dia sanggup melakukan apa sahaja cara untuk mendapatkan Khairil Qushairy semula, dia telah cuba berkali-kali menawan hati Khairil Qushairy tapi tak pernah berbalas dan dia tambah berdendam bila dapat tahu yang Khairil Qushairy berkahwin dengan pilihan keluarganya.

“Hello! Aku nak jumpa kau.” Zalina menelefon seseorang.

Di mana dan bila tu bos?.” Jawab lelaki di sana.

Jumpa aku kat tasik titiwangsa dan kalau boleh sekarang, aku ada di sini.” Arah Zalina lagi.

Baiklah 1 jam lagi saya sampai.” Balas lelaki itu lagi.

Ok..” Zalina terus mencampakkan telefon ke tempat duduk penumpang sebelahnya, hatinya meruap-ruap marah.

“Kau taulah nasib kau laki bini nanti, aku akan pastikan jodoh kau tak panjang." Begitulah bila hasutan syaitan telah menguasai manusia dan mereka sanggup bertindak tanpa berfikir panjang.

1 jam kemudian.

"Hello bos.. dekat mana bos tunggu nie.." Joe aka lelaki upahan Zarina tercari-cari kedudukan Zalina.

“Aku tunggu kat bangku yang tepi pokok, kat situ privasi sikit, cepat jangan terhegeh-hegeh.” Zalina memberi arahan melalui telefon kepada budak suruhannya.

Emm... Bos.” Zalina berpaling bila mendengar orang memanggilnya dan kedua-dua lelaki itu tersenggeh-senggeh memandang ke arah Zalina tapi dia tiada secarik senyuman pun di bibirnya.

“Haa.. Aku nak kau buat satu kerja tuk aku, tapi aku nak kau hapuskan habis hingga tak bernyawa.” Kedua-dua lelaki itu mendengar dengan teliti segala apa yang Zalina arahkan.

“Aku ingat lepas kau buat-buat tertolak dia tu, dia boleh keguguran tak pun mati terus, tapi panjang pula nyawa betina dengan kandungannya tu.” Zalina merengus geram sambil menjeling kearah kedua-dua lelaki itu lagi, geram juga hatinya kerana kerja yang pertama yang di arahkan dulu kepada mereka berdua tak berjaya.

“Maafkan kami bos, kami pun tak sangka yang dia ok selepas itu, mungkin sebab masa dia terjatuh pun tak betul-betul terduduk dan ada dua orang perempuan di belakang dia dan dia orang pun terjatuh sama kerana nak selamatkan perempuan mengandung tu.” Kata Joe sambil menundukkan kepalanya. Manakala Daus hanya mendiamkan diri, dia tidak berani hendak bersuara.

“Kau duit nak tapi buat kerja tah apa-apa.” Marah Zalina lagi tapi dia tidak terlalu meninggikan suaranya kerana sekarang dia berada di public area dan dia takut ada orang lain yang terdengar perbualan dia dan lelaki upahannya.

“Kali nie buat kerja betul-betul, aku bagi kau RM25000 dulu, bila kerja dah selesai baru aku akan bagi bakinya lagi RM25000. Esok datang jumpa aku dan kau kena selesaikan sesegera yang boleh.” Zalina terus berdiri dan membetulkan baju dan skirt dan dia memandang ke muka Joe dan Daus, dia mendengus dan terus melangkah meninggalkan kedua-dua lelaki itu.

############################


 “Mummy.. Empat hari lagi Izara tu nak kena bawa pergi check up, boleh tak mummy temankan Tini nanti, Que ada client dari singapura lah mummy, memang tak boleh nak elakkan lagi nie.” Khairil Qushairy memeluk bahu Datin Roziah, itu memang kebiasaan bagi mereka adik beradik kalau duduk sebelah Datin Roziah mesti di peluk-peluknya, hendak lagi part minta tolong.

“Ehh.. mummy dah agak dah kalau tiba-tiba peluk mummy nie mesti ada bendakan..apa pula tak boleh.. Dah nanti bagi tau leman ambil mummy dengan Tini selepas dia hantar papa kamu.” Sambil berkata sempat lagi Datin Roziah melepuk peha Khairil Qushairy.

“Sayang mummy.” Khairil Qushairy terus mencium pipi Datin Roziah, Begitulah perangai Khairil Qushairy dan adik-adiknya walaupun umur dah meningkat tapi kemanjaan mereka masih seperti mereka kanak-kanak dulu tak pernah berubah.

“Ishhh.. bilalah nak berubah manja kamu nie Que dah ada anak dah.. tak sudah-sudah manjanya.” Datin Roziah menolak manja bahu Khairil Qushairy, dia cuma tersenyum bila Datin Roziah berkata begitu. Kemudian Khairil Qushairy terus naik ke tingkat atas untuk memberitahu isterinya.

“Sayang.. nanti check up untuk Izara mummy ikut tau.” Khairl Qushairy berkata sambil tangan membelai-belai pipi Izara yang sedang lena tidur. Comel sungguh anak ini raut mukanya banyak mengikut bentuk rupa isterinya.

“Oklah.. Tini tak kisah... dah abang sibuk nak buat macam mana. Tapi Tini rasa macam tak sedap hatilah bang sehari dua nie.” Kartini cuba jua meluahkan perasaan dia yang berdebar-debar sehari dua nie, dia sendiri tidak tahu kenapa.

“Sayang penatlah tu. Nanti abang bawa sayang cuti di mana-mana pulau, so sayang boleh tenangkan hati tu.” Khairil Qushairy mengusap tangan isterinya dan dia tahu yang isterinya mungkin kepenatan dan malam tidur Kartini terganggu kerana Izara kerap bangun menyusu. Kartini memberi susu badan kepada Izara tapi kadang-kadang tidak cukup dan kena juga campur dengan susu formula, Kartini tidak mengeluarkan banyak susu, tapi walau macam mana pun dia tetap hendak memberikan susunya kepada Izara.

“Sayang baringlah dulu abang nak siapkan kerja kejap.” Khairil Qushairy tidak mahu melayan sangat kerisauan Kartini itu.

“Baiklah.. Abang jangan lama sangat buat kerja dekat meja tu, kesihatan nak kena jaga juga, nanti kalau saya dah tak ada kesian Izara kerana papa dia terlalu sibuk dengan kerja dan dia tak di pedulikan.” Kartini terus merebahkan badannya. Tetapi Khairil Qushairy terhenti untuk bangun dari katil dia berpaling memandang Kartini, Khairil Qushairy hairan kerana tiba-tiba saja Kartini berkata begitu.

“ Kenapa sayang cakap macam tu, buat abang risau tau.” Kartini selalu menegur Khairil Qushairy, tapi marah-marah sayang, kerana kadang-kadang  Khairil Qushairy boleh terlelap di meja kerja, satu perangai Khairil Qushairy suka bawa balik kerja ke rumah.

“Abang.. kan ke sunat mengingatkan mati nie, tapi tulah Tini sendiri tak tau berapa lama lagi yang Tini dapat luangkan masa dengan Abang dan Izara, mungkin esok lusa Tini pergi siapa taukan.” Kartini berkata dalam keadaan yang sedikit sayu tapi di memalingkan mukanya ke arah lain dan dia sendiri tidak tahu kenapa boleh keluar kata-kata begitu, hatinya tidak tentu arah sekejap sedih, sekejap risau.

“Dah-dah abang tak nak Sayang cakap merapik-rapik macam nie lagi, sayang penat nie, tidur dulu ya.” Khairil Qushairy terus memeluk dan kemudian mencium dahi isterinya. Tapi dalam hatinya terdetik juga kenapa Kartini tiba-tiba berkata begitu dan ini membuatkan dia rasa tak senang hati.

#####################

Tok..tok..tok.. bunyi pintu bilik di ketuk. Khairil Qushairy membuka pintu, Salimah merangkap pembantu rumah menatang dulang untuk sarapan Kartini. Salimah Meletakkan dulang di atas meja kecil di depan sofa di dalam bilik Khairil Qushairy. Kartini masih di dalam bilik air sedang membersihkan dirinya, patutlah dia rasa tidak sedap badan rupanya dia demam.

“Kak Imah biarkan je dekat situ, nanti Tini keluar saya suruh dia makan.” Khairil Qushairy berkata sambil membetulkan tali lehernya.

“Kalau macam tu akak turun dululah, akak nak siapkan sarapan untuk Datin dan Datuk, nanti Que dah sudah turunlah akak siapkan sekali sarapan, Khalidah pun dah ada dekat bawah tu.” Khairil Qushairy hanya menganggukan kepalanya, Salimah sudah hendak melangkah sekali  dia terdengar pintu bilik air terbuka.

“Haa.. Tini makan sarapan nie, Akak turun bawah dulu ya.” Salimah baru menghampiri pintu Kartini pula memanggil.

“Kak tengah hari karang tak payah bawa makanan naik atas ya, saya rasa nak makan dekat bawahlah,  letih makan kat atas sorang-sorang.” Kartini berkata sambil tersenyum. Salimah memandang muka Khairil Qushairy dan Dia hanya menganggukkan kepala mengiyakan permintaan isterinya.

“Yelah.. kalau macam tu akak bagi tau Datin yang Tini makan tengah hari dengan dia ya.”Salimah menarik pintu bilik untuk menutupnya.

“Terima kasih kak.” Kartini berpaling untuk melihat Izara di dalam katilnya, baru pagi ini Izara di letakkan di dalam katilnya semula.

“Kenapalah Izara nie sayang.. malam tadi tak nak langsung tidur dalam katil dia.” Khairil Qushairy menarik tangan isterinya supaya duduk untuk sarapan.

“Entahlah bang, dah pandai nak mengada-ngada dia nie, bila Tini letak je dia dalam katil dia menjerit-jerit menangis. Nakal macam papa dia juga nie.” Khairil Qushairy tersenyum apabila Tini kata begitu, nakal ke papa Izara nie?.. hmmm mungkin mama dia saja yang tahu nakal papa nie macam manakan.

“Ehh.. tak pasal-pasal papa dia pula yang kena, manja mama dialah tu yang dia ikutkan.” Khairil Qushairy menghulurkan bihun goreng kepadanya, dia hanya memerhati kartini makan kerana dia akan turun bersarapan selepas Kartini selesai makan.

“ Sayang makanlah, abang tunggu.. abang sarapan dekat bawah je nanti, Hari nie abang balik lunch tau, esok Abang tak janji boleh balik makan tengah hari ke tidak, abang nak siapkan report untuk klien yang dari singapura tu.” Khairil Qushairy tidak sampai hati sebenarnya nak membiarkan Isteri tercinta pergi bawa anak check up sorang-sorang, kalau boleh bagi Khairil Qushairy setiap kali perkara berkaitan Izara dan Kartini dia mahu sentiasa ada bersama, tapi kita nie merancang tuhan yang menentukan, dan DIA lebih mengetahui apa yang terbaik.

“ Abang! kan Tini dah kata tak apa, Mummy pun dah kata yang dia akan temankan Tini so abang tak payahlah risau.” Kartini mengusap tangan Khairil Qushairy supaya tiada rasa bersalah kerana tidak dapat temankan dia, dia memahami yang suaminya sedang bekerja.

Setelah selesai Kartini makan Khairil Qushairy mengangkat dulang makanan untuk di bawa ke bawah, dia hendak bersarapan dahulu dan kemudian sebelum pergi kerja dia naik dan isteri dan juga permata hatinya yang comel.. Khairil Qushairy bersyukur sangat kerana mengikut apa yang Datin Roziah rancangkan untuknya, dan dia menerima Kartini seadanya kerana memang jodoh untuknya yang Allah tentukan dia tidak pernah menolak permintaan Datin Roziah dan dia juga tahu apa yang di lakukan oleh Datin Roziah adalah untuk kebaikan dirinya juga, Khairil Qushairy akan memenuhi permintaan Datin Roziah selagi perkara itu tidak melanggar hukum agama.

##########################

“Kenapa cucu mummy tu menangis saja malam tadi Que?” Datin Roziah bertanya setelah melihat Khairil Qushairy melangkah datang ke meja makan.

“Entah apa kena dia mummy, malam tadi boleh buat perangai pulak tak nak tidur dalam katil, dia nak Tini peluk saja dia, bila tini cuba angkat letak dalam katilnya tu dia menangis balik, dah pagi nie baru dia elok tidur dalam katil dia.” Khairil Qushairy berkata sambil mencapai pinggan yang berisi bihun yang di hulur oleh Datin Roziah.

“Amboi.. dah pandai nak nakal lah tu ye, Nenek lepuk nanti baru tau.” Datin Roziah berkata mengalahkan Izara ada di depan dia.

“Apalah awak nie Rozi, cucu tu kecik lagi memanglah macam-macam ragam.” Datuk Sahak pula berkata sambil kening berkerut.

“Ehh.. Papa dia nie, saya main-main lah, takkan lah saya nak lepuk cucu yang tak kenal erti kehidupan tu lagi.” Datin Roziah menjeling sedikit kepada suaminya, dia tau yang suaminya sekadar menyakat dia.

“Que, papa masuk lambat sikit hari nie, Papa nak jumpa doktor Norehan, kaki papa nie sakit sikitlah.” Datuk Sahak berkata sambil melipat surat khabar yang baru di bacanya separuh.

"Kalau awak tak da meeting hari nie boleh juga pergi sama-sama dengan saya bawa cucu tu." Datin Roziah berkata kerana doktor yang Datuk sahak ingin berjumpa adalah doktor yang sama akan merawat Izara nanti.

"Nak buat macam mana." Balas Datuk Sahak.

“Ok bos.. Bos lambat ke cepat ke nak buat macam manakan mummy... Tetap bos.” Que mengusik papanya. Hanya Khairil Qushairy yang bekerja dengan Datuk Sahak manakala anak keduanya Khairul Azam hendak bekerja sendiri dan mencari pengalaman di syarikat lain dan sekarang sudah 3 tahun dia bekerja di Dubai, memang orang kata rezeki keluarganya, selepas setahun dia mendapat cahaya mata kembar sepasang dia telah di tawarkan untuk menguruskan salah satu syarikat yang ada di Dubai.