Sunday 2 February 2014

Adakah ini takdirku 37


Pada majlis Annual dinner di Skyliner hotel yang bakal berlangsung pada minggu hadapan Khairil Qushairy dan Datuk Sahak merancang akan membuat majlis sambutan hari lahir untuk Izara. Izara genap setahun sehari sebelum majlis itu berlangsung dan Datuk sahak juga turut menjemput keluarga besarnya untuk hadir sama pada kali ini.

"Sayang ok ke?" Khairil Qushairy bertanya kepada Syuhada yang kelihatan sedikit pucat dan seperti kurang berdaya.

"Entahlah bang... Badan Hada rasa macam tak sedap dua tiga hari ni." Syuhada berkata dengan suara yang sedikit lemah.

"Jom kita pergi klinik... Sayang nak demam kut." Khairil Qushairy kerisauan melihat keadaan Syuhada.

"Uwekkk... Uwekkk..." Syuhada rasa hendak muntah dan cepat-cepat dia masuk ke bilik air dan cuba untuk muntah ke dalam sinki, Khairil Qushairy mengikut sama dan cuba mengosok belakang Syuhada.

"Ishhh... Risau pula Abang tengok sayang macam ni... Dah sayang tukar baju, kita pergi klinik sekarang." Khairil Qushairy membuka pili air dan Syuhada berkumur-kumur membersihkan mulutnya.

"Abang ni... Janganlah panik sangat, Hada bukannya teruk sangat pun." Syuhada menenangkan Khairil Qushairy.

"Tak teruk sayang kata, dah muntah-muntah macam ni, badan pun lemah muka pucat... Macam ni yang sayang kata tak teruk sangat." Khairil Qushairy membebelkan Syuhada.

“Abang…”Syuhada memanggil Khairil Qushairy lembut.

“Ok… Ok… Abang sorry… Abang risaukan sayang saja.” Khairil Qushairy memohon maaf di atas keterlanjuran dia berkata.

“Bagi Hada siap dulu… Kalau Hada rasa badan ni betul-betul tak berdaya karang, baru Hada pergi klinik.” Syuhada masih juga mahu menidakkan keadaannya.

“Siaplah… Kita sarapan… Lepas tu tahulah Abang apa nak buat.” Balas Khairil Qushairy, dia tahu sangat perangai isterinya ini, selalu rasa dia boleh sahaja.

“Abang bawa Izara turun dululah… Lepas Hada siap Hada turun.” Katanya.

“Nope! Abang tunggu sayang… Dah siap cepat, Abang nak gosokkan gigi dan cuci muka Izara dulu.” Tutur Khairil Qushairy.

“Iyalah.” Syuhada terus membuka almari dan memilih baju serta tudung yang hendak di pakainya.

##############

“Kenapa kamu nampak pucat ni Hada?” Datin Roziah terus menegur Syuhada apabila dia menghampiri meja untuk bersarapan.

“Entahlah Mummy badan rasa kurang sihat sikit dua tiga hari ni… Mungkin sebab banyak benda nak kena settlekan sebelum majlis tukan.” Syuhada menjawab pertanyaan Datin Roziah.

“Ishhh… Kamu serahkan semua kepada Hada ke Que?” Datin Roziah terus menghalakan soalan kepada Khairil Qushairy pula.

“Tak lah semua… Tetapi ke hulu ke hilir jugalah Que heret Hada ni… seminggu jer tinggal untuk majlis tu Mummy… Tu yang sibuk sikit.” Khairil Qushairy menerangkan kepada Datin Roziah.

“Hada! Papa rasa kamu berehat saja hari ini… Muka kamu tu pucat sangat, karang tumbang pula kamu.” Datuk Sahak pula menasihati Syuhada.

“InsyAllah Pa… Hada ok… Kejap lagi Hada makan panadol ok lah tu.” Jawab Syuhada.

“Que bawa Hada pergi klinik dulu.” Datin Roziah mengeluarkan arahan.

“Ya Mummy.” Khairil Qushairy membalas pendek.

“Makan tu Hada, jangan biarkan perut kamu tu kosong.” Datin Roziah menghulurkan mangkuk nasi goreng kepada Syuhada tetapi cepat-cepat di sambut oleh Khairil Qushairy.

“Cukup sesenduk Abang, Hada tak lalu nak makan banyak.” Syuhada menahan tangan Khairil Qushairy dari menyenduk untuk kedua kali kedalam pinggannya.

“Sikit sangat ni Sayang… Mana nak ada tenaga macam ni.” Khairil Qushairy berkata perlahan, risau dia melihat keadaan Syuhada kali ini.

“Tak apa Hada makan sikit sahaja kalau Hada lapar nanti ada makan apa yang ada di pantry nanti.” Katanya untuk menyedapkan hati Khairil Qushairy.

Dalam masa mereka bersarapan tiba-tiba Syuhada terasa seperti hendak muntah lagi dan cepat-cepat dia bangun dan meninggalkan meja untuk berlari ke sinki, Khairil Qushairy turut bangun sama setelah melihat Syuhada kelam kabut begitu. Dia membantu mengosokkan belakang badan Syuhada.

“Aihhh Bang lain macam saja Hada tu… Ada isi ke?” Datin Roziah terus berkata kepada Datuk Sahak apabila melihat keadaan Syuhada.

“Entah… Mungkin kut… Tapi biar Que bawa dia pergi klinik dulu…Karang main agak-agak sekali tak ada.” Datuk Sahak berkata sambil dia meneruskan bersarapan.

“Mummy rasa kamu ni ada isi ni Hada.” Datin Roziah terus berkata setelah Syuhada duduk semula.

“Ada isi? Isi apa pula tu mummy.” Syuhada bertanya kerana dia tidak mengerti dengan apa yang cuba di katakan oleh Datin Roziah.

“Maksud mummy mungkin kamu ni mengandung… Tapi apa-apa pun pergi klinik dulu dan pastikan.” Terang Datin Roziah. Syuhada terus memandang Khairil Qushairy apabila Datin Roziah berkata begitu dan Khairil Qushairy hanya tersenyum dan dia mengharapkan apa yang di katakan oleh Datin Roziah harapnya betul lah.

“Tak kut mummy.” Syuhada cuba menafikan tetapi dia tidak kisah jika di kurniakan zuriat di dalam masa terdekat ini kerana itu adalah rezeki dari Allah.

“Tak apa… Que bawa Hada pergi klinik dulu, kamu mengandung atau tidak itu Mummy tak kisah tetapi tengok keadaan kamu yang pucat dan kurang bermaya nie, kamu tetap kena pergi jumpa doktor.” Nasihat Datin Roziah.

“Biar Que call Norehan.” Khairil Qushairy terus menelefon Norehan untuk memaklumkan yang dia akan bertemunya di klinik.

################

“What a surprise Que… You dah kawin baru tak nak beritahu I kan… Sampai hati.” Norehan berkata kerana dia terkejut juga apabila Khairil Qushairy memperkenalkan Syuhada sebagai isterinya yang baru di nikahi sebulan setengah yang lalu.

“Sorry lah Han… I pun memang tak plan semua ini… mula kami nak bertunang sahaja dahulu tetapi nenek I suruh kami nikah terus kerana Hada memang duduk dan bekerja dengan I, lagi satu dia ni pun bukan orang lain, cousin I juga.” Terang Khairil Qushairy sambil menggengam tangan Syuhada.

“Habis you all tak ada buat majlis resepsi ke?” Norehan bertanya lagi. Mereka berbual sebentar kerana menunggu keputusan kencing untuk Syuhada.

“InsyAllah kami akan buat beginning February.” Jawab Khairil Qushairy.

“Haaa… Nanti jangan lupa jemput I pula ya.” Norehan mengusik mereka. Syuhada hanya tersenyum dengan usikan Norehan.

“InsyAllah kami tak lupakan you… Kalau you nak tahu my close friend sendiri tak tahu lagi ni… I saja nak buat big surprise dekat mereka semua.” Terang Khairil Qushairy lagi.

“Ya Allah you teruknya… Apa lah perasaan mereka nanti tu kan.” Norehan terkejut juga dan kemudian dia ketawa.

“Doktor ini result urine test tadi.” Pembantu Norehan masuk dan membawa bukti ujian yang telah di lakukan.
“Terima kasih.” Norehan mengambilnya.

Norehan memelihat hasil ujian dan kemudian dia memandang ke arah Syuhada dan khairil Qushairy.

“Hmmm… Berat untuk saya terangkan ini… Masalah nie… Tetapi saya terpaksa juga beritahu nampaknya.” Norehan sebenarnya sengaja untuk mengusik mereka berdua dan dia membuat muka sedikit serius.

“You ni berilah tahu cepat… Risau pula kami ni.” Khairil Qushairy sudah tidak sabar dan dia mengosok lembut tangan Syuhada kerana dia dapat rasakan Syuhada sedikit mengeletar mungkin dia berdebar untuk mengetahui keputusannya.

“ I harap you dapat bersedia ya Hada.” Norehan berkata kepada syuhada.

“ Ya… Saya bersedia.” Jawab Syuhada cuak.

“Hada! Tahniah kerana you pregnant sekarang ini… dan dari pada calculate yang I buat kandungan you baru dua minggu.” Norehan tersenyum setelah memberitahu Syuhada.

“SubhanAllah… Syukur Alhamdulillah.” Khairil Qushairy terus memaut bahu Syuhada kerana gembira. 

Syuhada turut mengucapkan syukur tetapi agak perlahan, dia tidak sangka dan perasaannya kini sedih campur gembira.


“Kandungan you masih baru jadi I harap you berhati-hati.” Pesan Norehan.

“InsyAllah doktor.” Jawab Syuhada.

“Kan saya kata jangan panggil doktor… Panggil saya kak Han saja.” Norehan menegur Syuhada.

“Maaf kak.” Syuhada tersenyum.

“Ni Que… You jangan bagi dia buat kerja banyak sangat, sebab I tengok dia ni kurang iron. Hada you kena banyakkan minum susu segar dan I akan bagi you iron tablet.” Pesan Norehan lagi.

“ InsyAllah I akan jaga dia.” Khairil Qushairy berjanji.

“ Tina!” Norehan memanggil pembanunya semula.

“Ya doktor.” Tina masuk ke dalam bilik.

“Ni awak sediakan ubat untuk Hada ni.” Norehan menyerahkan slip yang tertulis ubat yang harus di ambil untuk Syuhada.

“Hada! Ini serba sedikit keterangan mengenai early pregnancy, balik nanti you baca tau, lagi dua bulan jumpa I balik… Ni kad untuk appointment ni you simpan elok-elok tau.” Norehan menyerangkan kad untuk rawatan susulannya nanti.

“Terima kasih kak.” Syuhada mengambil kad yang di serahkan dan mengucapkan terima kasihnya.

“ Thanks Han… next check up nanti I bawa Hada.” Khairil Qushairy juga mengucapkan terima kasih dan dia terus memulas tombol pintu untuk keluar.

############

“Assalamualaikum.” Syuhada memberi salam setelah sampai di hadapan pintu rumah.

“Walaikumusalam… Oh Hada.” Rania membuka kunci grill.

“Mummy mana?” Khairil Qushairy pula bertanya kepada Rania.

“Ada di atas, Dia sedang menyiapkan Izara. Saya baru saja selesai memandikan Izara tadi.” Jawab Rania.

“Tak pa… Terima kasih ya Rania.” Syuhada tersenyum kepada Rania.

“Jom sayang… Sayang rehat saja dekat atas.” Khairil Qushairy memaut bahu Syuhada dan jalan beriringan menaiki tangga.

“Assalamualaikum.” Khairil Qushairy memberi salam kepada Datin Roziah yang kebetulan sedang duduk di ruang keluarga sambil memberi susu kepada Izara.

“Walaikumusalam… Dah balik dah.” Datin Roziah menegur, Izara terus bangun dari pangkuan neneknya dan cuba untuk turun dari pangkuan.

“Amboi lajunya dia… Tak sabar nampak mama dia kan.” Datin Roziah ketawa dan menegur Izara.

“Apa kata Norehan.” Datin Roziah terus bertanya lagi.

“Nak kata apa… Mummy nak jadi nenek lagi lah.” Jawab khairil Qushairy selamba.

“Alhamdulillah… Betul tak sangkaan mummy tadi… Nie dah beritahu mak kamu belum.” Datin Roziah bertanya kepada Syuhada.

“Sudah… On the way balik tadi Hada call mak, itu pun dia baru sahaja habis kelas.” Terang Syuhada.

“Berapa minggu dah?” Tanyanya lagi.

“Baru dua minggu mummy.” Jawab Syuhada lagi.

“Baru lagi tu… Nie kamu rehat dua tiga hari ni.” Datin Roziah berkata dia berasa risau terhadap Syuhada.

“Tak boleh cuti dulu mummy… kerja Hada banyak dekat office tu dah tu minggu depan dah majlis annual dinner tu.”

“Pasal tu sayang tak payah risau… Abang boleh uruskan dan Jasmin boleh tolong Abang.” Khairil Qushairy berkata, dia juga tidak mahu Syuhada terlalu membuat kerja dalam beberapa hari ini dan dia takut sesuatu akan berlaku kepada Syuhada nanti.

“Tak apa ke Abang.” Syuhada bertanya untuk mendapatkan kepastian Khairil Qushairy.

“Betul… Sayang tu yang lagi penting kalau nak ikutkan dengan kerja-kerja di pejabat tu.” Jawab Khairil Qushairy sambil memandang Syuhada.

“Dah Hada… kamu pergi rehat dulu… Izara ni kamu tak payah nak risaukan… Mummy boleh jaga dia dengan Rania… Kamu tu nak kena jaga kesihatan dan kamu pun nak kena dapatkan rehat yang cukup.” Datin Roziah risau jika sesuatu berlaku kepada Syuhada kerana usia kandungannya masih baru dan belum kuat lagi.

“Yelah Mummy… Sayang mama main dengan nenek ya… Mama nak rehat sekejap ya.” Syuhada berkata sambil membelai rambut Izara yang sedang leka menyusu semula.

“Dah pergi naik… Karang dia nampak kamu mesti dia ikut… Dia tengah leka nie lebih baik kamu naik sekarang.” Arah Datin Roziah.

“Yelah Mummy.” Syuhada berkata dan dia terus membawa diri untuk naik ke biliknya, khairil Qushairy mengekori dari belakang.

“Abang pergilah office… Tak payah risaukan Hada… Mummy ada kan.” Syuhada berkata kepada Khairil Qushairy.

“Ya… Sayang jangan risau… Abang masuk lepas lunch nanti… Abang dah text Papa… lagi pun hari nie Abang tak ada important meetingkan.” Jawab Khairil Qushairy sambil turut duduk di sebelah Syuhada.

“Abis Abang nak lunch dulu baru pergilah ni.” Syuhada bertanya kepadanya.

“Iya… Sayang rehatlah dulu… Bagi Abang tudung ni… Biar Abang sangkutkan.” Syuhada terus membuka tudungnya dan di berikan kepada Khairil Qushairy.

“Mak kata apa tadi Sayang, masa sayang bagi tahu pasal good news dekat dia.” Khairil Qushairy duduk semula di sebelah Syuhada.

“Dia mengucap syukurlah… dah tu dia kata dia akan turun esok lepas Abah habis solat jumaat.” Terang Syuhada. Khairil Qushairy tersenyum.

“Mestilah dia seronok kerana nak dapat cucu sulong lah katakan.” Khairil Qushairy berkata sambil mencium tangan Syuhada yang di genggamnya.

“Cucu sulung pada mereka tapi anak kedua pada kita.” Jawab Syuhada dan terus memeluk Khairil Qushairy.

“Ya sayang Abang tahu tu… Yang penting sekarang sayang jaga diri tu elok-elok, makan benda yang berkhasiat… Ianya untuk mama dengan baby juga tu.” Nasihat Khairil Qushairy.

“Iya papanya… Dah macam doktor dah.” Syuhada mencuit hidung Khairil Qushairy.

“Tapikan bang macam mana dengan majlis kita nanti… Kalau perut hada dah nampak… Seganlah nak bersanding.” Syuhada teringat pasal majlis persandingan mereka lagi sebulan dua minggu.

“Rasa Abang ok lagi tu… Dah tu baru masuk dua bulan dan perut sayang belum terbentuk lagi… Apa nak segan bukan kita terlanjur pun.” Khairil Qushairy berkata yang benar.

“Iya tak iya juga… Hada nak baring sekejap lah Abang… Rasa penat sikit ni.” Syuhada meminta izin untuk berehat, badannya terasa lemah sedikit.

“Sayang tidurlah… Abang nak tanya mummy apa makanan yang sesuai untuk sayang ni yang jenis low iron… Nanti apa-apa hal panggil Abang tau.” Khairil Qushairy berpesan dan dia harus melakukan sesuatu demi kesihatan isteri dan baby yang di kandung.

####################

Syuhada tidak bekerja hari ini, Khairil Qushairy menyuruh dia untuk berehat sahaja di rumah. Hari ini Izara agak baik, tidak banyak perangai dengan Syuhada dan dia tidak merenget pun apabila melihat Syuhada dan seperti dia tahu yang mamanya sedang mengandung dan bakal memberikan dia adik. Dia kerap kali bermain di hadapan Syuhada dan kerap datang mencium Syuhada sehingga Datin Roziah tertawa melihat keletahnya. Datin Roziah menjaga dan memberi perhatian yang lebih kepada Izara, dia tidak mahu Izara menganggu Syuhada sangat kerana dia nampak kurang sihat sedikit.

“Assalamualaikum…” Khairil Qushairy memberi salam dan menolak pintu biliknya.

“Walaikumusalam… Aahhh Abang.” Syuhada terus menyalami tangan khairil Qushairy. Izara laju merangkak untuk mendapatkan papanya.

“Ala sayang anak papa ni… Hari ni nakal kacau mama tak?” Khairil Qushairy menggangkat Izara dan bercakap dengannya.

“Mana ada nakal lah papa… Saya baik hari nie… kan sayang mama ni.” Syuhada berkata sambil memegang dan memicit perlahan tangan Izara, Izara tergelak-gelak dia dan mulutnya cuba seperti menjawab apabila di tanya.

“Macam mana sayang hari nie… Ok ke?” Khairil Qushairy bertanya kepada Syuhada pula.

“Alhamdulillah… mungkin sebab dapat rehat semalam dengan hari ini, badan Hada pun tak rasa penat sangat pun.” Syuhada membalas pertanyaan Khairil Qushairy itu.

“Alhamdulillah… Anak papa yang ni pun mesti baik macam kakak dia kan.” Khairil Qushairy berkata sambil memegang perut Syuhada.

“Abang ni… Baru dua minggu belum cukup sifat lagi… Nanti dah masuk empat bulan barulah boleh berbual selalu dengan dia.” Syuhada ketawa juga apabila khairil Qushairy cuba bercakap dengan kandungannya.

“Tak apa… Biar dia kenal suara papa dia awal sikit.” Katanya.

“Abang nak coffee… Hada buatkan.” Syuhada bertanya hampir terlupa dia hendak bertanya kerana leka berbual bersama.

“kejap lagilah… Abang nak mandi dan solat asar kejap… Sayang dah solat ke?” Khairil Qushairy bertanya.

“Sudah lah Abang… dah pukul lima setengah dah ni… Hada solat awal-awal lepas Azan tadi.” Jawabnya.

“Kalau macam tu biar Abang mandi dan solat dulu… Sayang nak turun sekarang ke?” Khairil Qushairy bertanya.

“Hada tunggu Abang sajalah... Abang pergilah… Biar Hada layan anak dara ni kejap.” Syuhada.

“Haaa… Iyalah… Bye-bye Izara.” Khairil Qushairy sempat mengusik Izara.

“Abang!... Saja jer dia ni kan.” Syuhada memarahi Khairil Qushairy kerana menyakat anaknya yang baru hendak bermain, Izara pula apabila Khairil Qushairy berkata begitu laju sahaja dia hendak merangkak mendapatkan khairil Qushairy.

“Hahahaha… Papa nak mandilah sayang… main dengan Mama ya.” Khairil Qushairy berkata kepada Izara.

Izara seperti mengerti dan berpaling semula memandang Syuhada apabila dia di panggil, dia merangkak semula mendapatkan Syuhada. Syuhada mendirikan Izara dan mengajar dia berjalan dan sesekali Syuhada melepaskan pegangannya, Izara masih di tahap berani-berani takut.

#############

“Ehhh… Ada mak ngah dengan pak ngah.” Khalijah berkata selepas memberi salam dan salamnya di jawab dari dalam rumah.

“Kenapa… kamu rindu mak ngah ke?” Puan Rokiah mengusik khalijah.

“Ehhh rindulah juga… lama tak jumpa mak ngah kan.” Jawab khalijah ikhlas.

“Kamu tu yang sombong tak datang meninjau mak ngah dengan pak ngah.” Seloroh puan Rokiah.

“Mana ada sombong mak ngah… Ni mak ngah dengan pak ngah tidur sinikan.” Khalijah bertanya.

“Iya… kenapa?” puan Rokiah bertanya semula.

“Biar ija naik bersihkan diri dulu lepas tu kita borak panjang.” Jawab khalijah.

“Iyalah bertuah oii.” Jawab Puan Rokiah lagi dan mereka ketawa.

Khalijah melangkah naik untuk membersihkan dirinya. Mereka yang di bawah seronok berbual.

“Dah siap ke kak Imah.” Khalijah datang ke dapur dan bertanya kepada Salimah.

“Hampir siap ni.” Jawab Salimah.

“Dah ke?” Syuhada pula datang dan terus bertanya kepada Khalijah.

“Dah hampir siap dah katanya… Aku nak susun pinggan.” Jawab Khalijah.

“Jomlah… Aku tolong kau siapkan meja sama.” Balas Syuhada.

“Ehhh… Kau tak sihat tu… Bawalah berehat dulu.” Khalijah melarang.

“Aku bukannya sakit teruk, Cuma badan ni kurang sedap saja… Tapi ni dah berehat dua hari ni rasa segar sikit… Tak ada apa-apalah… aku tak nak manjakan sangat diri ni.” Jawab Syuhada.

“Cik Hada sayang… Kau early pregnancy kena juga jaga keadaan badan kau tu… kau jangan angkat benda berat-berat dulu tau.” Khalijah berpesan kepada Syuhada.

“Iya adik ipar ku sayang.” Syuhada memeluk Khalijah.

“Adik ipar! Yelah nak buat macam mana… terimalah kenyataan… yang kau tu adalah kakak iparku sayang.” Khalijah pula memeluk Syuhada. Mereka memang terlalu rapat dan ibarat cubit peha kiri peha kanan turut terasa.

“Hey! Apa sayang-sayang… peluk-peluk nie haa…” Khairil Qushairy datang sambil memegang Izara berjalan.

“Alah orang peluk bini dia kejap saja pun tak boleh.” Khalijah berkata.

“Ija dah selalu sangat peluk Hada tu, jadi tak payah peluk-peluk dia sangat… sekarang ni turn Abang pula nak peluk Hada ketak-ketak.” Khairil Qushairy berkata sambil tersenyum dan memainkan keningnya.

“Ya Allah teruk betul lah laki kau ni Hada… Tak kuasa aku nak melayan dia… Mari sayang Acu kita kawan berduakan.” Khalijah bercangkung dan menhulurkan tangannya kepada Izara supaya Izara bertaktih mendapatkannya. Tetapi Izara terus duduk dan merangkak.

“Ishhh… Pemalasnya anak dara En Khairil ni… bila nak pandai berjalan kalau macam ni sayang.” Khalijah bercakap dengan Izara.

“Anak dara Encik Khairil dan makciknya Puan Khalijah kan.” Khairil Qushairy pula berkata.

“Euwww… Excuse me I’m still ‘Cik’… bukan puan… kena ada pembetulan di situ.” Khalijah mencebikkan bibirnya apabila berkata begitu.

“Mrs to be… Tak lama pun sebulan setengah saja lagi.” Balas khairil Qushairy.

“Apa sajalah Abang ni… kalau tak sakat ija mesti tak sahkan.” Tegur Syuhada.

“Suami kau tu memang sengal sikit… Ni anak nak masuk dua dah… Kesengalan dia tak juga berubah… Suami siapalah tu…hikhikhik.” Khalijah mengenakan Khairil Qushairy dan serentak terkena kepada Syuhada.

“Kurang asam… Suami saya lah cik ija oii…” Syuhada menjawab dan ketawa.

“Haaa… Nie ketawa tak sudah… Makanan dah siap ke belum.” Tiba-tiba Datin Roziah datang menjegah di ikuti oleh Puan Rokiah.

“Tunggu Rania bawakan nasi dan sayur jer… lepas tu baru ingat nak panggil semua.” Jawab Khalijah.

“Dah pergi panggil Papa dan Pak ngah.” Arah Datin Roziah kepada Khalijah.

“Baik Mummy.” Khalijah terus melangkah ke ruang tamu untuk memanggil Datuk Sahak dan Tuan Roslan.

“Assalamualaikum…” Ada suara memberi salam.

“Walaikumusalam.” Jawab Khalijah, Datuk Sahak dan Tuan Roslan serentak.

“Ehhh Kak Idah… Wah akak langkah kaki kanan tau… Kita orang baru hendak makan.” Khalijah menegur apabila melihat kelibat Khalidah yang masuk ke dalam rumah.

“Ehh Ada Pak Ngah… Bila sampai.” Khalidah menegur Tuan Roslan dan menghulurkan tangan untuk menyalam Tuan Roslan.

“Petang tadi dalam pukul enam Pak ngah sampai.” Jawab Tuan Roslan.

“Papa, Pak ngah jom makan… Kak Idah letak lah beg tu dulu jom makan sama… Semua sudah terhidang tu.” Khalijah menjemput semua untuk menjamu selera.

“Jomlah.” Jawab Khalidah, dia terus meletakkan barang-barangnya di kerusi.

“Mak uda dia dah balik.” Khairil Qushairy menegur Khalidah apabila ternampak khalidah datang ke arah meja dan mencium Izara yang sudah duduk di dalam kerusinya.

“Mak ngah.” Khalidah menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Puan Rokiah.

“Baru balik… Kenapa nampak kurus sikit nie Idah.” Puan Rokiah menegur Khalidah sambil memegang lengannya.

“Idah sibuk sekarang ni Mak Ngah jadi masa makan tu tak menentu.” Jawab Khalidah sambil menarik kerusi di sebelah Puan Rokiah.

“Sibuk manjang dia ni… Entah bila nak bawa calon suami pun tak tahulah.” Datin Roziah sudah bersuara.

“Mummy dah mula lah tu… Kalau Idah cakap pasal kerja mesti mummy tukar bab menantu.” Khalidah menegur Datin Roziah.

“Kamu tu bukannya muda lagi Idah.” Tutur Datin Roziah.

“Mummy kalau risaukan Idah… Mummy carikan sajalah yang sesuai untuk Idah… Tapi pastikan orang itu boleh terima kehidupan Idah.” Khalidah sudah malas untuk mendengar bebelan Datin Roziah dan akhirnya dia memberi green light kepada Datin Roziah.

“Kamu jangan main-main Idah… Nanti Mummy dah kenalkan kamu pula menolak.” Datin Roziah berkata tetapi dia ada sedikit teruja apabila Khalidah berkata begitu kepadanya.

“Mana ada Idah main-main… Letih dengar mummy membebel pasal menantu… So mummy carikan lah.” Jawab Khalijah selamba.

“Mummy! Dah dapat green light tu… Apa lagi mulakan lah operasi mencari menantu pilihan.” Khalijah pula mengusik.

“Papa ok saja.” Jawab Datuk Sahak pula.

“Mak ngah pun menunggu saja ni.” Puan Rokiah menyampuk sama.

“Dah makan dulu… Lepas ni kita berbual lagi.” Tuan Roslan pula menegur.

Mereka semua fokus pada makan selepas di tegur oleh Tuan Roslan.

####################

Semalam genap umur Izara satu tahun dan hari ini adalah majlis besar untuk kasturi Holding dan kali ini bukan majlis annual dinner untuk staff kasturi holding sahaja tetapi termasuk sambutan hari lahir untuk Izara. Datuk Sahak menjemput keluarganya ke majlis kali ini, Khairil Qushairy juga tidak lupa menjemput sahabat-sahabatnya Nizam, Fakhrul dan Fadli.

“Wah cantiknya kau anak beranak Hada.” Umi berbisik kepada Syuhada yang sedang mendukung Izara.

“Alhamdulillah… Terima kasih.” Syuhada tersenyum dan mengucapkan syukur di atas pujian dari rakan sekerjanya itu.

“Sedondon kau dengan Encik Khairil.” Karmila pula menegur sambil mencuit sedikit bahu Syuhada.

“Dah tentu itu suami dia… Apalah kau ni.” Jawab Umi perlahan.

“Ya aku tahu… Aku sengaja mengusik dialah.” Balas karmila.

“Mana nina ni… Tak sampai lagi.” Rungut Karmila.

“Kejap lagi sampailah dia tu.” Syuhada pula berkata.

“Hada! Bagi sini aku dukung Izara pula.” Khalijah datang mendapatkan Syuhada setelah datang dari tandas.

“Ambillah.” Syuhada menyerahkan Izara kepadanya.

“Ehh Cik Khalijah.” Tegur Karmila dengan Umi.

“Ehh… Tak payah nak ber cik-cik dengan saya… Panggil Ija dah cukup.” Tutur Khalijah dan kemudian dia tersenyum kepada mereka berdua.

“Mummy mana? Syuhada bertanya kepada Khalijah.” Dia melihat sekeliling mencari kelibat Datin Roziah.

“Sekajap lagi dia turun dengan nenek.” Balas Khalijah.

“Dekat dalam tu dah ramai ke?” Khalijah bertanya lagi.

“Ramai juga yang sudah sampai.” Umi menjawab pertanyaan Khalijah.

Setelah semua jemputan hadir termasuk rakan-rakan Khairil Qushairy. Pengacara majlis memulakan  upacara dengan menjemput Datuk Sahak untuk naik ke atas pentas untuk memberikan sedikit ucapan. Setelah dia berucap dan sebelum penutup Datuk Sahak mula untuk membuat kejutan.

“Ok… Sebelum saya turun dan memulakan acara yang seterusnya. Saya hendak menjemput anak-anak saya naik ke atas.” Datuk Sahak berkata dan tersenyum.

“Persilakan Khairil Qushairy, Khalijah, Syuhada dan Zakuan untuk naik ke atas.” Datuk Sahak memanggil mereka berempat.

Mereka berempat berjalan menaiki pentas. Khairil Qushairy dan Syuhada berdiri di sebelah kanan Datuk Sahak manakala Khalijah dan Zakuan berdiri di sebelah kirinya.

Sambil microphone masih di tangan Datuk Sahak berpaling ke kiri dan ke kanannya dahulu dan tersenyum kepada mereka.

“Saya berasa sungguh seronok pada hari ini bukan sahaja kerana saya dapat meraikan majlis tahunan Syarikat saya tetapi pada hari ini saya ingin memberitahu sesuatu dan menjemput semua yang hadir ini untuk ke majlis persandingan anak-anak saya ini pada lima hari bulan dua nanti, tak lama pun ada dalam enam minggu sahaja lagi. Lupa pula saya hendak memberitahu majlis itu nanti untuk anak bongsu saya Khalijah dan bakal pasangannya Zakuan serta anak sulung saya Khairil Qushairy dan menantu saya Syuhada. Untuk pengetahuan semua Khairil Qushairy dan Syuhada sudah pun bernikah hampir dua bulan yang lalu tetapi majlisnya kami tangguhkan dan akan di langsungkan sekali dengan anak bongsu saya.” Bersorak sebahagian mereka yang berada di dalam dewan kerana kejutan yang di berikan oleh Datuk Sahak.

Rakan-rakan Khairil Qushairy terkejut juga dengan apa yang di dengar oleh mereka dan saling berpandangan.

“Ok… Satu lagi sebelum itu saya hendak menyambut ulang tahun cucu saya Izara yang pertama, semalam genap usianya satu tahun.” Datuk Sahak mengamit Khalidah untuk membawa Izara naik ke pentas, kemudian pelayan hotel menolak troley yang terletak kek dan di letakkan di hadapan pentas.

“Mari sini anak Papa.” Khairil Qushairy berkata kepada Izara dan terus membawanya berdiri di hadapan cake yangsudah tersedia. Pihak hotel telah membuat cake berbentuk princess khas untuk Izara.

“Di minta semua bersama-sama menyanyikan lagu ‘happy birthday’ ya.” Pengacara majlis meminta semua tetamu menyanyi sama. Gamat dewan apabila semuanya bersama-sama menyanyikan lagu ‘Happy birthday’ itu. Selesai menyanyi Datuk Zaki iaitu Bapa kepada Datuk Sahak membacakan doa dahulu dan selesai berdoa barulah Syuhada memegang tangan Izara dan memotong kek, Khairil Qushairy tidak mahu kek Izara di letakkan lilin, jadi tiada tiupan lilin selepas lagu di nyanyikan.

“Wah bro…Kau diam-diam tak nak bagi tahu kamikan.” Fadli menegur Khairil Qushairy apabila Khairil Qushairy menghampiri meja mereka. Syuhada bersalaman dengan isteri Zakrul dan Nizam.

“Maaflah… Aku pun tak merancang semua ini… Benda berlaku terlalu pantas, nanti ada masa aku cerita dengan kau oranglah.” Jawab Khairil Qushairy.

“Kau janji tau, jangan tak cerita… Patut susah sangat nak ajak kau main tennis, alasan terlalu sibuk dengan annual dinner preparation… Rupa-rupanya berkepit dengan isteri baru.” Hahahaha mereka berempat ketawa.

“Maknanya masa kau datang rumah aku tu kau orang memang dah bercinta lah ya.” Nizam bertanya dan nampak gayanya tak sempatlah Khairil Qushairy untuk menangguhkan ceritanya.

“Ehh… Tak… Belum lagi… Perkara nie berlaku terlalu pantas, mula aku ingat nak bertunang dulu dengan Hada, tapi nenek aku suruh nikah… Katanya tak elok aku dengan Hada duduk serumah dah tu macam menyiksa kami berdua… kata nenek aku.” Khairil Qushairy bercerita juga.

“So kau tak ada tersiksa lah lagi sekarang ni kan.” Zakrul mengusik.

“Kurang ajaq tu bro…Hahaha.” Khairil Qushairy ketawa dan sekali lagi rakan-rakannya ketawa.

Ramai yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagian Khairil Qushairy dan Syuhada. Karmila sempat berbisik dengan Syuhada, Umi dan Nina.

“Meranalah peminat bos kecik kita… puas melaram masing-masing nak mengorat, alih-alih sepupu dia ni juga yang kebas.” Ketawa juga mereka bertiga dengan seloroh Karmila.

“Mahu tak merana… Penat make up dress up bagai… Tetapi bos kecik tak nampak orang lain… Dia nampak budak kecik nie juga.” Umi pula mengusik.

“Ada-ada saja kau orang ni… Dah makan sajalah.”Syuhada mempelawa rakan-rakannya untuk meneruskan menjamu selera. Izara ada di pegang oleh Rania dan ada juga adik-adik sepupu Syuhada dan khairil Qushairy bersama dengannya.

Datin Roziah melayan tetamu-tetamu khas Datuk Sahak, kedua orang tua Zakuan juga turut hadir, datuk dan nenek-nenek mereka juga turut hadir. Tuan Rokiah dan Tuan Roslan agak terlewat sampai. Mereka sampai semasa Datuk Sahak baru hendak memulakan ucapan. Mereka duduk semeja dengan Datuk Sahak, Datin Roziah, kedua ibu bapa Zakuan, Rahimah, Kalsum dan Zaki. Khairil Qushairy dan Syuhada juga duduk semeja dengan mereka.


Majlis berjalan dengan lancar, mereka menjamu selera sambil mata melayan persembahan artis-artis jemputan serta celoteh pengacara yang mencuitkan hati. Majlis berjalan dengan lancar dan selesai hampir lewat malam. Syuhada menarik nafas lega kerana penat lelah dia dan Khairil Qushairy untuk majlis ini selesai dengan jayanya.

Sunday 26 January 2014

Adakah ini takdirku 36


Berita pertunangan Khalijah dan Zakuan akhirnya di ketahui juga oleh rakan sekerja mereka. Ada yang gembira dengan berita itu dan ada yang rasa cemburu dengan Khalijah kerana baru beberapa bulan dia berkhidmat di hospital itu tetapi telah berjaya menawan hati Zakuan.

“Ija! Karang kita lunch sama ya.” Zakuan datang merapati Khalijah yang sedang berjalan untuk masuk ke farmasi.

“Ehh… Lunch? Di sini ke?” Khalijh bertanya.

“Ya lah… Saya ajak lunch dekat sini lah.” Zakuan mengangukkan kepalanya.

“Tak nak lah… Kalau kat luar ok lah sikit… Nanti dekat sini banyak gossip.” Khalijah cepat-cepat menolak pelawaan Zakuan itu.

“Aik… Gossip apanya… Saya nak lunch dengan tunang sendiri pun takkan tak boleh… Sampai bila kita nak risau apa orang kata… mulut orang ni memang tak boleh nak di tutup dari mengata… Biarkan mereka, dah penat nanti diamlah mereka… Yang penting kita tahu apa yang kita buat.” Zakuan mula menegur Khalijah.

“Awak tak apalah… Sebab dia orang ada rasa hormat dengan awak… Saya nie yang jadi mangsa kena perli... Kadang-kadang rasa macam segan pula dengan mereka dah macam saya ni merampas awak dari mereka.” Khalijah berkata perlahan dan menundukkan kepalanya.

“Ija! Apa saya katakan tadi… Pedulikan mereka yang hendak mengata… Dan saya ada sebab mengapa saya sukakan awak dan sanggup mengambil awak untuk menjadi suri hidup saya… Semuanya kerana sesuatu yang istimewa yang ada pada awak dan tiada pada mereka… So lunch karang tunggu saya… kita lunch sama-sama.” Zakuan memujuk Khalijah dan dia tetap dengan keputusannya untuk makan tengah hari bersama di kantin nanti, merah juga muka Khalijah selepas mendengar pengakuan dari mulut Zakuan.

“Okay lah… Saya yang menurut perintah tuan Doktor.” Khalijah mengangkat tangan dan memberi tabik kepada Zakuan.

“Ha…Ha… Ha… ada-ada saja awak ni. Saya nak pergi wad kanak-kanak dah ni… kerja elok-elok dan jangan berangankan saya sangat… nanti tak pasal-pasal ada patient salah dapat ubat.” Zakuan mengusik Khalijah.

“Ishhh… Tak kuasa nak berangankan awak… kalau saya berangan date dengan Lee Min Ho lagi best.” Khalijah pula melawak.

“Sibuk dengan korean dia tu.” Zakuan terus mencebik kemudian dia tersenyum kerana dia suka mengusik Khalijah.

“Jealous lah tu.”Khalijah berkata.

“Ishhh… Tak kuasa saya nak jealous sebab nanti yang dapat awak tu saya juga…Ha…Ha... Ha…” Zakuan ketawa sedikit kuat kerana sekali lagi dia dapat mengenakan Khalijah.

“Shhh… Amboi gelak tak boleh cover… Dah saya nak masuk dalam, lama-lama di sini ada pula yang perli saya.” Khalijah terus mengenggam tombol pintu untuk di buka.

“Haa.. Iyalah… See you later.” Zakuan pun meneruskan perjalanannya untuk ke wad kanak-kanak.

####################

“Amboi! Makan berdua nampak.” Tiba-tiba Zainab menegur Zakuan dan Khalijah, Zainab adalah senior doktor di hospital.

“Ehh… Jemput makan doktor.” Khalijah tersenyum dan mempelawa doktor Zainab untuk makan bersama mereka berdua.

“Tak apalah… Saya tak nak ganggu kamu berdua, tapi darah tengah manis ni jangan dating selalu.” Doktor zainab mengusik mereka.

“He he he… Baru hari ni saya dapat dating dengan dia dekat kantin ni doktor… Kalau tak tu payah juga nak ajak dia makan sama… Dia takut orang mengata.” Zakuan berkata kepada doktor Zainab.

“Khalijah! Kamu perdulikan orang yang mengatakan… Asalkan kamu tahu apa yang kamu buat dan tidak melanggar perintah agama… InsyAllah semuanya akan terpelihara.” Sempat doktor Zainab menasihati Khalijah.

“Terima kasih doktor… InsyAllah saya akan ingat pesanan itu.”jawab Khalijah.

“Marilah doktor join kami sama.” Sekali lagi doktor Zainab di pelawa tetapi kali ini Zakuan pula yang mengajaknya.

“Tak apa… Saya nak beli kuih saja... Sebab saya nak balik awal hari ini… Ada hal sikit.” Doktor Zainab menolak pelawa mereka.

“Ohhh… Ya ke?” Khalijah menjawab pendek.

“Saya minta diri dulu ya… Maaflah mengacau kamu berdua saja.” Doktor Zainab berkata lagi.
“Ehh.. Tak ada apa-apalah Doktor.” Kata Zakuan.

“Saya pergi dulu… Assalamualaikum.” Doktor Zainab memberi salam dan meninggalkan mereka.
“Walaikumusalam..” Zakuan dan khalijah menjawab serentak.

Mereka meneruskan perbualan.

“Abang Que call saya semalam… Katanya next week awak nak pergi kedah… Dia ada ajak saya pergi sama.”

“Habis awak nak ikut ke?” Khalijah terus memotong cakap zakuan.

“Lajunya memotong…” Zakuan menegur Khalijah.

“He…He…He…” Khalijah tersengeh dengan menampakkan gigi yang putih dan cantik tersusun.

“Saya dah check jadual… saya habis kerja Friday morning tu dan Saturday Sunday pun kebetulan saya cuti.” Terang Zakuan.

“Habis tu awak ikut ke?” Khalijah terus bertanya lagi kepada Zakuan.

“Kenapa? Awak tak bagi saya ikut ke?” Zakuan pula bertanya kepada Khalijah.

“Bukan macam tu… Takut nanti awak penat dah tu Monday awak kerjakan.” Khalijah berkata lagi.

“Saya dah apply cutilah… Sayang juga awak dekat saya ye… dulu pandang saya pun tak nak.” Zakuan mengusik Khalijah.

“Mengada-ngada… Sapa yang sayang dia tu... Tak malu.” Khalijah buat-buat seperti meluat dengan kata-kata Zakuan tetapi dia menahan malu apabila di usik oleh Zakuan begitu.

“Yelah… Sapalah saya ni… Rupa ada… Handsome pula tu.” Zakuan berkata sambil mecebikkan bibirnya.

“Ekk eleh.. itu bukan merendahkan diri… Itu membanggakan diri sendiri namanya… Gedik lah pula doktor Zakuan ni.” Khalijah tersengih sambil mengutuk Zakuan.

“Ha…Ha…Ha… Dah tunang saya tak mahu puji… saya pujilah diri sendiri.”Katanya.

“Senak perut dengar ayat perasan awak ni… Dah lah saya nak naik dulu… Awak dah habis ke?” Khalijah bertanya kerana dia sudah selesai makan dan ada lagi lima belas minit sebelum masa rehatnya berakhir.

“Jomlah saya pun dah habis.” Zakuan berkata sambil melihat ke dalam cawan untuk memastikan air minumannya habis.

Mereka berjalan beiringan untuk naik ke tingkat satu. Ada juga yang memandang mereka berdua dengan perasaan cemburu kerana selama ini Zakuan tidak pernah makan bersama nurse dan pekerja wanita lain melainkan dengan rakan lelaki ataupun senior doktor yang perempuan sahaja.

#################

“Ohhh! Diam-diam Abang Que cakap dengan Zakuan pasal kita pergi Kedah tu ya.” Khalijah terus menerjah Khairil Qushairy.

“Kan Abang dah cakap yang Abang akan ajak dia…Tapi dia belum beri kata putus lagi.” Jawab Khairil Qushairy.

“Dia dah siap booking cuti lagi sebab nak pergi sama.” Khalijah berkata.

“Dia dah beritahu Ija ke?” Khairil Qushairy bertanya.

“Haa ahh… Tadi masa kami lunch sama, dia beritahu Ija… Itu pun sebab Ija yang tanya dia, kalau tak mesti dia buat plan dengan Abang Que saja.” Khalijah berkata lagi.

“Elehhh… apa itu pun nak jeles ke?” Khairil Qushairy mengusik Khalijah.

“Ishhh… Tak kuasa saya.” Khalijah menjawab sambil terus memeluk tubuh dan mengangkat kakinya bersila di atas sofa.

“Sayang nanti kita naik kereta kita dan biarkan Ija naik kereta dengan Zakuan ya.” Khairil Qushairy berkata sambil merebahkan kepalanya ke bahu Syuhada.

“Buat apa nak konvoi… Kita naik satu kereta sajalah bang.” Syuhada tidak setuju dengan cadangan Khairil Qushairy.

“Tah nya… kedekut orang naik kereta dia lah tu.” Khalijah mencebik bibir.

“Alamak sayang ni… Abang ingatkan sayang back up Abang… Abang just nak usik Ija lah.” Khairil Qushairy terus tegakkan kepalanya dan memandang Syuhada dan mengerutkan dahinya.

“Laa… Kenapa tak beritahu awal-awal… Atleast bagilah signal.” Syuhada ketawa kerana plan khairil Qushairy hendak mengenakan Khalijah tidak menjadi.

“Kah… Kah… Kah… itulah niat tak baik nak mengenakan orang… kan dah kena diri sendiri, Amboi kau Hada sama jer sepakat dengan laki kau yang sengal ni kan.” Khalijah mentertawakan khairil Qushairy dan dia sempat juga mengutuk Syuhada.

“Ehh… Dah isteri Abang mestilah dia sepakat dengan Abang… Jeles lah tu.” Khairil Qushairy mengusik Khalijah lagi.

“Tak kuasa nak jeles dengan Abang Que… Perangai macam budak-budak… Wekkk…” Khalijah menjelirkan lidah kepada khairil Qushairy.

“Apa sajalah kamu berdua nie… macam bebudak.” Datin Roziah menegur mereka, Khairil Qushairy ketawa apabila Khalijah menjelirkan lidah kepadanya. Syuhada turun ketawa dan mengelengkan kepala kerana gelihati melihat kedua beradik ini.

“Abang Que lah mummy kalau tak usik Ija tak sah.” Khalijah mengadu kepada Datin Roziah.

“Macam mana perancangan kamu nak ke sana ni nanti.” Datin Roziah bertanya.

“Ija! Zakuan ada cakap ke bila dia start cuti.” Khairil Qushairy bertanya kepada Khalijah.

“Ada… Dia kata hari jumaat tu dia habis sebelah pagi dan kalau abang Que nak gerak sebelah malam pun boleh kut, sebab Ija kerja hari jumaat tu.

“Kalau macam tu hari sabtu pagi tulah kita gerak.” Syuhada berkata.

“Ok juga tu… Jumaat pun Abang kerja… Tapi Hada nak off ke hari jumaat tu.” Khairil Qushairy bertanya kepada Syuhada.

“Ehhh… Tak payahlah… Nanti tertangguh kerja pula.” Syuhada berkata.

“Amboi! Mentang-mentang dia bos… Siap offer cuti dekat bini dia lagi tu.” Khalijah mengusik.

“Haa… Tu untungnya kerja dengan suami.” Syuhada mengusik Khalijah semula.

“Menyampah dengan ayat kau…” Khalijah mengerling Syuhada kemudian dia tersengih.

“Jangan jeles haaa…” Khairil Qushairy pula berkata dan terus mengambil tangan Syuhada dan di genggamnya.

“Tapi kalau macam tu nanti Abang Que bagi tahu Zakuan lah pasal plan Abang Que ni.” Khalijah menyerahkan kepada Khairil Qushairy.

“Ehh… Ija sampaikan jer lah.” Khairil Qushairy memandang Khalijah.

“Ehhhh tak ada… tak ada… Abang Que yang ajak dia dah tu Abang Que gak yang plan itu ini… So Abang Que bagi tahu dia… Muktamad.” Khalijah berkata sambil mengeratkan peluk tubuhnya lagi.

“Aik… Pasal nak bagi tahu tu pun boleh jadi hal… apalah kamu berdua ni.” Tiba-tiba Datuk Sahak menyampuk setelah dia lama berdiam kerana bermain dengan Izara.

“Yelah Pa… Abang Que yang nak itu ini… So dia kenalah bagi tahu Zakuan.” Khalijah cuba untuk memenangkan dirinya.

“Iyalah… Abang call dia esok… puas hati…” Khairil Qushairy berkata sambil sengaja menbuntangkan matanya kepada Khalijah.

“Ishhh… Abang ni.” Syuhada melepuk perlahan lengan Khairil Qushairy kerana berperangai seperti budak-budak.

“Hahaha… Kalah…” Khalijah sengaja mengejek Khairil Qushairy.

“Pening Mummy tengok dua beradik ni lah…” Datin Roziah membebel.

“Mummy kak Idah balik bila?” Khalijah bertanya tentang Khalidah kepada Datin Roziah. Khalidah ada urusan di Sabah.

“Lusa dia balik kut.” Datin Roziah berkata.

“Ija nak call kak Idah suruh tolong belikan brooch pearl… Kau nak ke Hada.” Khalijah bertanya kepada Syuhada pula.

“Ehhh boleh gak… Kau suruh kak Idah beli lebih nanti aku bayarlah dekat dia balik.” Syuhada terus teruja apabila terkenangkan tentang mutiara.

Ok… Esok aku call dia, sekarang ni takut dia tengah berehat ke… Malas nak ganggu dia.” Khalijah berkata lagi.

Dalam mereka berbual semua terhenti sekejap kerana melihat keletah Izara, sekarang ini semakin lasak dia sudah pandai menapak tetapi masih bergantung, dia masih takut-takut untuk melepaskan tangannya sambil buat kerja sambil mulut membebel, bising saja mulutnya.

“Abang! Rasa awak kita ni boleh dapat menantu lelaki lagi tak… Idah tu sibuk dengan kerja dia saja tak pernah pun dengar dia cerita pasal teman lelaki.” Datin Roziah mula menunjukkan kegusarannya apabila terkenangkan anak daranya yang seorang itu.

“Awak ni… Ada jodoh dia nanti tu kawin lah dia… Kalau susah sangat awak carikan saja untuk dia.” Datuk Sahak menjawab selamba tanpa menunjukkan riak kerisauan.

“Awak tu tak adalah risau tentang anak tukan… Dia perempuan dan saya kalau boleh nak tengok anak-anak bahagia sebelum saya menutup mata.” Datin Roziah berkata sayu… Khairil Qushairy, Syuhada dan Khalijah hanya saling berpandangan apabila Datin Roziah berkata begitu.

“Mummy! Janganlah cakap macam tu, Pasti ada jodoh untuk kak idah tu… Tak pun mummy buat macam yang papa katakan tu… Tak gitu Pa?” Khalijah cuba memujuk Datin Roziah.

“Betul tu mummy… Mummy kan ramai kenalan dan pasti mereka ada anak-anak bujang so cuba try test lah.” Khairil Qushairy pula menyampuk.

“Cehhh… Cuba try test… Ingat nie uji kaji ke?” Syuhada menegur Khairil Qushairy.

“Hahaha…” Khairil Qushairy ketawa.

“Laki kau tu sengal sikit… Nak-nak dapat pula bini macam kau… Bertambah menjadi sengal dia sekarang ni.” Khalijah berkata dan terus dia ketawa.

“Kurang asam punya Ija dengan aku sekali kau kenakan.” Syuhada turut tergelak kerana dia turut di kenakan oleh Khalijah.

####################

Selamat sudah mereka sampai di kedah, mereka menetap di homestay yang telah di tempahkan oleh Azizah untuk mereka. Syuhada telah meminta Azizah mencari homestay yang tiga bilik untuk mereka menginap satu malam dua hari. Apabila Azizah bertanya kenapa sampai tiga bilik mengapa tidak tidur saja di rumahnya, tetapi Syuhada memberi alasan kerana ada saudara yang lain mahu datang sama tetapi mereka ada urusan lain, pandai Syuhada dan Khalijah mereka cerita kerana mereka ingin membuat surprise semasa bertemu dengan Azizah dan rakan-rakannya yang lain nanti.

“Arghhhhh… “ Khalijah mengeliat untuk merenggangkan badan yang terasa penat duduk lama di dalam kereta.

“Amboi! Agak-agaklah mengeliat tu anak dara oii… Kalau di tengok orang lain, buruk bebenor.” Syuhada menegur perlakuan Khalijah.

“Macamlah dia yang drive.” Khairil Qushairy pula menyampuk setelah keluar dari kereta, Zakuan hanya tersenyum memandang Khalijah.

“Abang Que! Duduk pun penatlah.” Khalijah membalas kata-kata khairil Qushairy dan terus menyangkutkan handbag di bahunya.

“Oii! Dah sampai dah.” Tiba-tiba seseorang menjerit setelah ternampak Syuhada dan Khalijah.

“Wei Tina… Balqis!! Syuhada dan Khalijah sama-sama terjerit dan berpelukan sesama mereka melepaskan kerinduan.

“Ya Allah rindunya aku dengan kau orang berdua.” Balqis berkata sambil memeluk bahu Syuhada dan khalijah serentak.

“Aku pun rindu dengan kau orang juga.”Khalijah pula berkata kepada Balqis dan Qistina.

“Ija!! Hada!!” Shazana pula berlari keluar dan menjerit keriangan bertemu Syuhada dan Khalijah, sekali lagi mereka berpelukkan. Khairil Qushairy dan Zakuan hanya mengelengkan kepala dan turut tersenyum melihat gelagat mereka.

“Wei Ija! Abang kau ikut sama… Tu yang handsome sorang lagi tu sapa.” Shazana bertanya.

“Haa ahh… Sabarlah dulu bertanya tak boleh satu-satu ke?.” Khalijah berkata.

Shazana, Balqis dan Qistina turut duduk di homestay yang menempatkan Syuhada dan Khalijah, Azizah telah memaklumkan kepada mereka bertiga bahawa Syuhada dan Khalijah ingin duduk di homestay dan kerana itu mereka bertiga juga meminta Azizah menempah untuk mereka.Khairil Qushairy telah pun berjumpa dengan tuan rumah untuk mengambil kunci rumah dan juga membuat pembayaran siap.

“Alaaa… Izara sayang pun ada.” Balqis berkata setelah melihat khairil Qushairy mengangkat Izara keluar.

“Ma.” Izara memanggil Syuhada. Izara sudah pandai bercakap sikit-sikit tetapi sepatah-sepatah sahaja.

“Dah pandai bercakap ke dia.”Qistina pula bertanya  setelah Syuhada mengambil Izara dari dukungan Khairil Qushairy.

“Boleh lah… Sepatah-sepatah.” Jawab Syuhada.

“Tapi dia panggil kau Ma?” Syazana pula bertanya.

Syuhada tersenyum dan memandang Khalijah.

“Dah memang Mama dia… So dia panggil Mama lah.” Khalijah pula tolong menjawabkan bagi pihak Syuhada.

“Kira kau ni memang sah menjadi mak angkat dialah ya.” Qistina pula bertanya.

“Bukan mak angkatlah… Mak betul Cuma bukan Mama nie saja yang lahirkan dia.” Khalijah berkata lagi, Syuhada hanya ketawa kerana dia ingin membiarkan kawan-kawannya itu berteka teki.

“Wei! Cakap lah betul… Tak faham akulah.” Qistina sudah kepeningan.

“Oklah… Aku bagi tahu perkara sebenar… Aku sudah bernikah dengan Abang Que.” Syuhada berterus terang, mereka bertiga terus terkejut dengan apa yang di beritahu oleh Syuhada.

“Apa?” Mereka bertiga bertanya serentak kemudian terus memandang Khairil Qushairy yang sedang mengangkat beg untuk di bawa masuk ke dalam rumah.

“Ya… Itulah jawapan aku… Aku adalah isteri kepada Khairil Qushairy merangkap kakak ipar kepada Khalijah.” Syuhada berkata lagi dan kemudian dia tersenyum.

“Sampai hati kau tak bagi tahu kami pun kau dah berkahwin… Buat majlis pun tak nak jemput kami… Yelah kami sedarlah kami ni siapa.” Tiba-tiba Balqis rasa seperti merajuk kerana terasa mereka seperti di pinggirkan.

“Janganlah cakap macam tu… Majlis belum buat lagilah, kami nikah dulu… buat yang wajib dahulu itu pun ini semua atas arahan nenek aku, kalau tak kami hanya hendak bertunang dulu.” Terang Syuhada sambil memujuk Balqis.

“Haa… Yang tu jangan pula kata suami kau Ija.” Syazana memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah Zakuan yang sedang duduk di tembok rumah dan berbual dengan Khairil Qushairy.

“Ehh… Gila kau… Aku belum kawin lagi… Tapi dia tu tunang aku.” Khalijah tersengeh-sengeh semasa berkata.

“Tunang? Melepas aku nak usha.” Syazana berkata.

“Amboi! Amboi! Jangan mau lebih haa..” Khalijah membulatkan matanya kepada Syazana.

“Aku ingat dulu nak usha Abang kau… Sekali Hada dah kebaslah.” Syazana berkata seperti kehampaan tetapi dia sekadar bergurau sahaja.

“Pembetulan… Abang aku yang kebas Hada… Dia yang merayu hendakkan Hada tau.” Khalijah berkata perlahan kepada mereka bertiga kerana takut Khairil Qushairy terdengar.

“Amboi! Sedap kutuk laki chek no.” Syuhada berkata di dalam loghat kedah.

“Chek tak kutuk na… chek habak ja.” Khalijah membalasnya kemudian terkekek-kekek mereka berlima.

“Mari dekat aunty Balqis sayang.” Balqis menghulur tangan untuk mengambil Izara tetapi Izara menolak huluran tangan Balqis.

“Amboi sombong dengan aunty ya.” Balqis mencuit pipi Izara.

“Dia baru jumpa kau tu Balqis… tungu enjin dia dah panas karang hendak lah dia tu.” Syuhada berkata sambil tersenyum menmandang Izara.

“Hada! Masuk dululah… Ajaklah kawan-kawan tu berbual di sini.” Tiba-tiba Khairil Qushairy memanggilnya, kerana keseronokan berjumpa sehingga lupa yang mereka berbual sambil berdiri.

“Alamak… Ada suara sudah memanggil tu… Macam ni… Kau orang rehat dulu karang bila nak pergi rumah Azizah aku panggil kau orang.” Shazana berkata. Mereka akan pergi untuk majlis berinai pada sebelah malam, Azizah juga sudah di maklumkan yang mereka telah pun selamat sampai di homestay yang di tempah.

“Ok… Aku pun penat juga… Nie nak mandikan budak kenit sekali, dia pun rimas badan berlengas.” Syuhada pula berkata.

Mereka berpisah sekejap, Syazana, Balqis dan Qistina berasa segan untuk masuk ke dalam rumah yang Syuhada dan Khalijah duduk kerana mereka segan dengan Khairil Qushairy dan Zakuan.

Setelah puas berehat dan selesai mereka semua solat maghrib, mereka bergerak sama ke rumah Azizah, rumah Azizah tidak terlalu jauh dari homestay yang mereka menginap, dalam lima belas minit sahaja perjalanan.

Sampai di rumah Azizah mereka di sambut oleh kedua ibu bapa Azizah, dan mereka berlima terus mendapatkan Azizah di dalam bilik, manakala Zakuan dan Khairil Qushairy hanya duduk di bawah khemah sambil Khairil Qushairy menjaga dan bermain bersama Izara, pada mulanya Syuhada hendak membawa Izara masuk sama tetapi Khairil Qushairy berkata biarkan sahaja Izara bersamanya.

Sedikit riuh bilik pengantin dengan gelak tawa mereka berenam, setelah sekian lama mereka tidak berjumpa Azizah dan bermacam-macam cerita yang sempat mereka bualkan sehingga berita pernikahan Syuhada dan pertunangan Khalijah, sekarang ini mereka hanya menunggu ketibaan pengantin lelaki untuk majlis berinai, Azizah telah selesai di siapkan.

Mereka berlima tidak melepaskan peluang untuk menginaikan kedua mempelai, Syuhada berkata juga di dalam hatinya yang dia tidak sabar untuk majlisnya pula. Semua orang idamkan majlis perkahwinan yang indah dan boleh menjadi kenangan mereka hingga ke akhir hayat.

“Sabar ya sayang nanti majlis kita pun akan tiba.” Khairil Qushairy berbisik kepada Syuhada. Syuhada tersenyum berpaling memandang Khairil Qushairy.

“Dah kawin dah kawan kitakan… Kita bertiga nie bilalah nak naik pelamin macam tukan.” Balqis berkata lebih menujukkan kepada dirinya, Qistina dan Shazana.

“Ishhh… Kau ni Balqis, janganlah cakap macam tu… Jodoh ni ketentuan Allah  kadang-kadang kita tidak payah untuk mencarinya dan ianya akan datang dengan sendiri.” Khalijah berkata.

“Macam kau dengan Hadakan.” Qistina pula berkata.

“Ha… Ha… Ha… Lebih kurang lah.” Khalijah ketawa.

“Jodoh datang dalam berbagai cara… Mana tahu kau datang majlis ni lepas tu di sini juga kau bertemu jodoh kau… Sapa tahukan.” Syuhada pula berkata.

“Dah jom kita usha sesapa yang ada memerhatikan kita… maknanya jodoh kita dah dekat lah tu.” Shazana pula melawak.

Kau nie sewel tak sudahlah Sha.” Balqis menegur Shazana dan mereka serentak ketawa. Kharil Qushairy dan Zakuan banyak berbual berdua kerana mereka pun berasa segan untuk berbual dengan kawan-kawan Syuhada dan Khalijah.

Izara pun tidak banyak kerenah, elok sahaja dia duduk di pangkuan Syuhada sambil bermain dengan mainannya. Balqis ada mengangkat dia dari Syuhada mengeliat dan hampir menangis dia kerana tidak mahu dengan orang yang tidak di kenalinya.

Sambil bermain sambil tu mulutnya bising, orang berbual dia pun turut berbual. Sampaikan Shazana, Balqis dan Qistina tertawakan Izara kerana bising mulutnya itu seperti dia berbual bersama.

“Ehh… Jemputlah makan… makanan ada tersedia di sana tu.” Ibu Azizah datang menegur mereka. Makanan di majlis Azizah di sediakan secara buffet.

“Iya makcik… Terima kasih… Kami ambil sekejap lagi.” Balqis membalas pelawaan Puan Sumayyah.

“Abang dengan Zakuan makan dululah… Biar Hada pegang Izara dulu.” Syuhada mengarahkan Khairil Qushairy.

“Nak Abang ambilkan nasi Izara dulu tak.” Khairil Qushairy bertanya.

“Haa boleh lah… Kalau ada lauk yang tak pedas atau sayur tu bolehlah abang letakkan sedikit.” Syuhada berpesan.

“Untungnya kau dapat Abang Que tu... handsome, baik pula tu.” Qistina memuji sambil tersenyum.

“Amboi gatalnya kau… laki orang yang kau puji tu.”Balqis menegur Qistina.

“Ehhh… Aku tahulah… Aku cakap pun depan Hada.” Qistina menjawab.

“Terima kasih kerana puji suami saya tu… Tapi jangan sampai dia dengar… nanti kembang setaman meleret senyum dia.” Syuhada berkata pula, ketawa juga mereka mendengar apa yang di katakan oleh Syuhada.

“Kau orang makan lah dulu...” Syuhada menyuruh mereka bertiga untuk makan dahulu.

“Tak apa kami tunggu kau dan Ija sama.” Shazana pula berkata.

“Tara!! Nie untuk anak Papa.” Khairil Qushairy membawa makanan dan di berikan kepada Syuhada.

“Ehhh… Mana makanan Abang?” Syuhada bertanya kerana kelihatan hanya makanan untuk Izara yang di bawa oleh Khairil Qushairy.

“Ni nak pergi ambil untuk Abang pula lah… Abang ambilkan untuk Izara dulu.” Jawab Khairil Qushairy.

“Ohhh… Haa ya lah.” Syuhada mengangguk.

“Ok sayang mari kita makan.” Syuhada mencuci tangannya menggunakan air cucian tangan yang memang ada tersedia di atas meja.

“Lauk apa tu Hada?” Khalijah bertanya.

“Sayur campur dengan ayam goreng.” Syuhada menjawab pertanyaan Khalijah.

Syuhada terus menyuap Izara makan, Qistina. Balqis dan Shazana seronok melihat Izara yang pemakan, lagi satu mereka seronok apabila melihat Izara makan sayur kerana tidak semua kanak-kanak suka makan sayur.

“Hendak juga dia makan sayur kan… Anak buah aku jangan harap nak menjamah sayur ni.” Kata Balqis.

“So far Alhamdulillah… Dia dari mula makan bubur blender tu memang kami masakkan campur sayur-sayuran dan bila dah mula belajar makan nasi lembik-lembik sikit pun kami bagi dia makan dengan sayur juga jadi dia sudah terbiasa.” Syuhada berkata.

“Itu pasal badan dia pun sedap saja di dukung.” Kata Shazana pula.

“Aku pun suka makan sayur dan buah-buahan, kau tak nak cuba dukung ke?” Khalijah pula bertanya kepada Shazana.

“Haa… yang tu kau kena suruh husband to be kau yang dukung.”Jawab Shazana.

“Hampeh kau Sha.” Khalijah melepuk bahu Shazana yang kebetulan mereka duduk sebelah menyebelah.

“Hahaha… Yang itu aku sokong.” Qistina pula menyampuk dan menyokong usikan Shazana tadi.

“Amboi! Kalau part macam tu laju saja kau menyokongkan.” Kata Khalijah lagi. Zakuan hanya makan sambil tersenyum apabila mendengar usikan kawan-kawan Khalijah tetapi khalijah perasan senyumannya itu.

“ Ni kenapa pula senyum-senyum ni.” Khalijah terus bertanya kepada Zakuan. Tetapi Zakuan tidak menjawab sekadar mengangkat bahunya sahaja.

“Dia nak senyum biarkan lah.” Syuhada pula menyampuk.

“Selalu orang gila yang suka senyum sorang-sorang tapi takkan doktor ni pun dah gila senyum sorang-sorang.” Khalijah mengusik Zakuan.

“Ya Allah budak Ija ni… Tak berubah betul perangai diakan… Ehh tunang kau doktor ke?” Qistina bertanya, petang tadi semasa berbual mereka pun tidak bertanya apakah pekerjaan zakuan.

“Hmmm… Pakar kanak-kanak.” Khalijah menjawab perlahan.

“Ohhh… kira doktor love lah ni.” Balqis pula berkata sambil ketawa.

“Memang itu pun yang aku dan adik beradik lain panggil.” Syuhada menjawab pantas dan mereka ketawa lagi.

Khairil Qushairy sudah pun selesai makan, Izara awal lagi sudah selesai makan kemudian khairil Qushairy  mengambil Izara dari Syuhada, kerana sekarang adalah masa untuk mereka pula makan. Dalam masa mereka menjamu selera Azizah datang mendapatkan mereka setelah keluarga pengantin lelaki pulang, Azizah awal-awal lagi sebelum bersanding tadi dia makan. Jadi dia hanya berbual sambil kawan-kawannya yang lain makan.

Hampir pukul sebelas juga mereka pulang ke rumah yang di sewa. Tiada lagi masa untuk mereka semua berbual. Masing-masing balik membersihkan diri kemudian solat isyak dan tidur kerana kepenatan seharian.
Majlis bersanding akan di adakan pada pukul dua, mereka melepaskan waktu zuhur dahulu, Syuhada, Khalijah dan kawan-kawannya juga sempat menunaikan solat Zuhur. Pada pukul satu empat puluh lima mereka semua bergerak keluar ke rumah Azizah untuk melihat acara persandingan pula tetapi sebelum itu Khairil Qushairy telah pun menyerahkan kunci rumah yang mereka duduki kepada tuan rumah kerana selepas selesai di rumah Azizah mereka akan terus bergerak ke Kuala Lumpur.

Majlis pada hari ini lebih meriah di bandingkan dengan malam tadi, ramai juga tetamu jemputan dari keluarga Azizah. Mereka berlima tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama pengantin di pelamin. Mereka memeluk Azizah dan mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagian rumah tangganya.

Setelah selesai menjamu selera dan berehat sebentar mereka semua merancang untuk memulakan perjalanan pulang. Syuhada sungguh berpuas hati dengan menu makanan yang di sediakan pada sebelah siang. Pihak pengantin perempuan menyajikan menu special iaitu daging salai cecah air asam. Tidak pernah sebelum ini di mana-mana majlis kenduri kahwin keluarga pengantin menyajikan daging salai cecah pula dengan air asam. Sungguh berselera mereka menikmati daging salai cecah air asam selain itu ada juga gulai kurma ayam, gulai labu masak lemak, kari daging kambing dan pencuci mulut.