“Hada!.. Ija!.. Biar dia orang turun dululah.. biar kurang
sikit baru kita keluar sama.” Khairul Azam tidak mahu sama-sama bersesak dengan
penumpang lain yang berlumba-lumba untuk keluar tambahan dia ada anak kecil.
Mereka baru saja melepasi pemeriksaan kastam dan sekarang hendak mengambil beg pula, Syuhada rasa mesti sudah ada keluarga yang menunggu untuk menyambut mereka di luar
sana.
Keluar sahaja sudah ternampak kelibat Pak Leman dan Khairil
Qushairy melambai ke arah mereka. Khairul Qushairy melajukan langkah untuk mendapatkan mereka. Khairil
Qushairy dan khairul Azam berpelukan dan bertukar khabar serta Khairul Azam sempat mengatakan simpatinya dan memberi
kata-kata semangat kepada Khairil Qushairy, kemudian Khalijah pula memeluk Khairil Qushairy dan dia menangis mungkin sedih melihat Abangnya, Syuhada dan Rohana
pun turut melelehkan airmata.
“Hada!.. Ana!.. ok ke?” Khairil Qushairy bertanya, mungkin bila dia
melihat Syuhada dan Rohana hanya mendiamkan diri. Sambil tu sempat juga dia mencium
kedua anak buah kembarnya.
“Alhamdullilah.. sihat Abang Que.” Syuhada menjawab pertanyaan Khairil Qushairy.
“Sihat Alhamdullilah Abang Que..”Rohana pula membalas.
Khairul mula mengambil bagasinya dan di masukkan ke dalam kereta Mercedes yang akan di pandu Pak Leman manakala trolley beg Syuhada dan Khalijah telah di tolak oleh
Khairil Qushairy ke kereta BMW X5 nya. Syuhada dan Khalijah akan menaiki kereta
Khairil Qushairy manakala Pak Leman akan membawa Khairul Azam sekeluarga. Syuhada terus membuka pintu di bahagian penumpang di belakang, duduk sahaja Syuhada terus menyandarkan kepala dan sengaja melelapkan mata, terasa betul
penatnya.
“Amboi!.. mak su oii dah relax terus yek.. nie ada pengikut
awak nie..dah menangis nakkan mak su dia.” Terbuntang mata Syuhada apabila pintu di
bahagian dia duduk di buka oleh Khalijah dan kelihatan Syafie memandang dengan
pipinya masih ada sisa airmata.
“Ish. ish.. Afie nak ikut mak su ke?” Syuhada bertanya kepadanya
dan sedang elok Syuhada hendak keluar dari kereta kononnya hendak mendapatkan kepastian
dari Rohana dahulu. Tetapi belum sempat kakinya melangkah keluar Rohana sudah
berdiri di sebelah Syafie.
“Dia seboleh-boleh nak ikut Hada haa!.. Abang Khairul kata
biarkan je daripada dia menangis dalam kereta, Hada tak apa ke?.” Rohana sudah
bersuara dahulu sebelum Syuhada sempat hendak bertanya kepadanya.
“No hal lah kak.. Mari sini duduk dengan mak su.” Syuhada menghulurkan tangan
untuk menyambut Syafie yang telah di angkat oleh Rohana untuk di berikan
kepada Syuhada.
“Mengada-ngada lah Afie nie.. sikit-sikit maksu Hada dia
je.. nie Mak chu Ija nie Afie tak sayang ke?” Khalijah mengusik dan mencubit
sedikit pipi Syafie.
“Mak Chu!.. it’s hurting me.” Syafie mengosok-gosok pipi
dia. Tetapi Khalijah di cubit-cubitnya lagi pipi Syafie, dia geram dengan anak
buah dia sorang nie macam lah dia mencubit kuat sangat, kalau kuat mesti dia sudah menangis tadi.
“Dik dah cepatlah naik..kita gerak sekarang.” Kharil
Qushairy masuk ke bahagian pemandu dan menghidupkan enjin kereta, sebelum tu
sempat juga dia tersenyum kearah Syuhada.
Khalijah terus membuka pintu di bahagian depan manakala Syuhada mula
hendak memasang tali pinggang keledar kepada Syafie, safety first tetapi syafie terus merebahkan kepalanya kepangkuan Syuhada.
“Afie betul ya nak naik kereta dengan pak long nie? Afie
nanti jangan nangis kata nak papa dengan mama ya.” Khairil Qushairy memalingkan
badan dan sengaja bertanya kepada Syafie.
“Tak lah pak long, Afie nak duduk dengan mak su.. kan afie
good boy!” kesudahannya mereka bertiga tergelak mendengar kata-kata yang keluar
dari mulut Syafie, keletah sangat bila bercakap.
Sepanjang perjalanan Khalijah yang banyak bertanya itu ini
dengan Khairil Qhusairy manakala Syuhada hanya mendiamkan diri dan mendengar sahaja, Syafie pula sudah di buai mimpi di pangkuan Syuhada. Cuaca di Kuala Lumpur panas
terik juga, kalau tak ada aircond di dalam kereta boleh berdenting juga kepanasan
di dalam kereta dan Syafie tidak akan tidur lena sebegini.
Sampai di rumah Datuk Sahak kelihatan Datin Roziah dan Puan Rokiah sudah sedia berdiri di depan pintu, sememang mereka menunggu sangat kepulangan mereka semua, tadi pun Datin Roziah ada menelefon Khairil Qushairy dan bertanya di manakah mereka semua dan apabila
Khairil Qushairy mengatakan lagi lima minit akan sampai itu yang mereka sudah
sedia berdiri menanti di hadapan pintu.
“Alhamdullilah selamat sampai anak mak haa..” Puan Rokiah memeluk Syuhada dari dalam kereta lagi, dia punya tidak sabar hendak melepaskan, rindu belum
sempat Syuhada turun dia sudah memeluk Syuhada dahulu.
“Alhamdullilah mak..” Syuhada membalas pelukan dan menciumnya, Syuhada pun merinduinya. Kemudian perlahan-lahan Syuhada mengangkat Syafie
yang lena, memang mengantuk sangat dia nie. Puan Rokiah sempat mencium Syafie kemudian Syuhada pergi mendapatkan Datin Roziah dan bersalam dengannya. Dia pun turut mencium syafie untuk melepaskan rindu kepada cucunya.
“Aik.. nie balik- balik dah bawa anak.. apa cerita nie?” Datin Roziah mengusik Syuhada sambil ketawa, Puan Rokiah pun turut sama ketawa.
“Ishh.. mak long nie.. lawak lebih tu.. tak mo.. tak mo..” Syuhada siap mengerakkan jari telunjuk menandakan tidak dan tergelak dengan usikan
dia itu, Khalijah pun sempat juga mengusik Syuhada dan dia memang suka lelebih
kalau dah dapat peluang mengusik.
“Hada! Bak sini kak Ana bawa dia ke dalam.” Rohana datang mendapatkan Syuhada selepas dia bersalam dengan Puan rokiah dan Datin Roziah. Manakala Syana sudah
berlari masuk ke dalam mengikut Khairul Azam. Syuhada menghulurkan syafie yang sudah
sedikit terjaga tapi mamai-mamai lagi.
“Dah jom masuk dulu.. abah ada dekat dalam tu.” puan Rokiah menarik
tangan syuhada untuk mengajak dia masuk dengannya.
“Ehh.. jap mak.. nak ambil bag dulu.” Sapa pula yang hendak bawakan masuk
bag tu, takkan lah Encik Khairil Qushairy pula yang nak kena bawakan, kalau
Khalijah pasti akan keluar ayat-ayat power mengusik Syuhada pula kalau dia yang
terpaksa membawa barang-barang Syuhada..dia sentiasa ada je modal mengusik.
“Nie bag Ija ke Hada nie?…” Khairil Qusyairy bertanya, dia sudah siap mengeluarkan bag-bag dari boot keretanya.
“Aaa haa.. terima kasih abang Que.. nie Hada punya.. yang tu
Ija punya.” Syuhada terus mengambil bagnya.
“Sama-sama.. tak pa Ija punya biar abang angkatkan, Datin tu
dah lupa barang dia nie.”Syuhada ketawa... Geli pula hatinya apabila Khairil Qushairy menggunakan perkataan Datin kepada Khalijah, Sempat lagi Khairil Qushairy
memerli adiknya.
“Woi! Sempat lagi kutuk Ija kan..” Khalijah tersembul di
muka pintu dan mengambil beg di tangan Khairil Qushairy sebelum tu sempat lagi
di menampar bahu abangnya.
“Ehh.. Abang ingat kok dah lupa barang nie, tu yang Abang tolong bawakan,mana tau bajet style mak datinkan.” Khairil Qhusairy masih lagi
mengusik dan di peluknya bahu Khalijah. Dia pun memang sudah rindu nak bergurau
dengan adik bongsunya ini.
“Mana adalah..Ya tu mak Datin Roziah tu tak macam tu pun
kan.. Ija teruja sangat nak tengok Izara,tu yang masuk dulu.. cutenya dia Abang Que.” Khalijah tersenyum dan memandang ke arah Syuhada. Syuhada turut tersenyum dan
teruja juga hendak melihat baby Izara, Khairil Qushairy cuma tersenyum hambar
sahaja bila di sebut nama Izara dan mesti dia teringat isteri yang masih tak
sedarkan diri itu kut.
“Assalamualaikummmmm!!..” Syuhada memberi salam sebelum
melangkah masuk, yang berada di dalam rumah menjawab serentak, kemudian Syuhada mendapatkan Tuan roslan dan Datuk Sahak, seelok selesai bersalam dengan Datuk Sahak kelihatan Rahimah ibu kepada datin Roziah dan Puan Rokiah keluar daripada bilik.
“Ehh ada neneklah.” Syuhada terus bersalam dengannya dan mencium
kedua-dua belah pipinya, Rahimah turut memeluk erat.
“Nenek!!.. “ Khalijah pula mendapatkan Rahimah dan turut memeluk dan menciumnya.
“Tadi Ija masuk tak perasan nenek pun?” Khalijah bertanya
kepada Rahimah sambil memaut bahunya.
“Nenek dalam bilik solat maghrib lah.” Ehh betul lah sudah
masuk waktu maghrib semasa mereka sampai tadi.
Setelah Syuhada mencium Izara yang ada di pangkuan Datin Roziah, Syuhada meminta diri kepada Datin Roziah dan Puan Rokiah untuk membersihkan dirinya dan kemudian dia hendak bersolat sekali. Syuhada menolak pintu bilik Khalijah, Syuhada menggeleng meliha Khalijah yang terus melompat keatas katilnya sambil mencium bantal kesayangannya.Tidak senonoh betul perangai
minah nie lah.
“Ya Allah minah nie.. buruk ehh perangai.. kalah Afie dan Yana
lah kau nie.” Syuhada mengelengkan kepalanya lagi dan dalam masa yang sama syuhada turut merebahkan badannya di sebelah Khalijah, terasa leleah apabila melihat katil, terasa seperti dilambai-lambai oleh katil itu.
“Aik.. kata orang tengok dia sendiri landing sama.” Khalijah
berkata sambil mengalihkankan badannya sedikit untuk memberi Syuhada ruang untuk berbaring di
sebelahnya.
“Woi! Aku bukan kata pasal landing.. kau punya peluk bantal
tu buruk sesangat, kalah bebudak.” Syuhada berkata sambil memalingkan mukanya ke arah Khalijah dan dalam masa yang sama Khalijah terus menghempuk muka Syuhada dengan batalnya itu,
sempat lagi Syuhada dan Khalijah bergurau, tadi kata hendak bersihkan diri tetapi katil
punya pasal boleh tertangguh segala hajat.
“Mak chu! Mak su!” Syana dan Syafie membuka pintu bilik
terus dia orang menjerit dan melompat ke atas katil sama, budak berdua nie memang
suka menyelit.
“Hai! Apa pasal tak ketuk pintu mak chu haa.” Khalijah
bertanya sambil mencubit hidung Syazana.
“Tak ada pun tulis kat pintu ‘SILA KETUK PINTU DULU’.”
Syafie pula menjawab dahulu dan tidak padan dengan umur empat tahun.
“Bertuah punya budak, mak chu dia di kenakan macam nie.”
Khalijah terus mengeletek Syafie, Syuhada pun turut sama mengeletek Syazana pula, riuh
bilik tu dengan tawa kami berempat.
“Laillahaillallah.. Ooi! Bertuah betul makcik-makcik ngan
anak buah dia, tadi kata nak mandi dan bersolat, nie boleh lagi berbaring dan
bergurau pula.” Tiba-tiba Rohana muncul di depan pintu dan mengeleng dia melihat keletah mereka semua.
Usai Syuhada dan Khalijah mandi serta bersolat mereka turun ke
tingkat bawah dan menjamu selera bersama-sama keluarga, ini baru dua
keluarga. Riuh sekejap rumah Datin Roziah, makcik pakcik sepupu-sepupu Syuhada belum sempat datang ke sini lagi, mereka masing-masing ada urusan sendiri, selepas mereka
semua melawat Kartini di hospital masing-masing terus balik ke rumah dan malam esok baru semua keluarga besar ini akan berkumpul dan akan membuat solat hajat untuk
Kartini, kakak Syuhada, Syafiqa dan Syakina juga sampai esok, yelah sorang di
penang dan sorang di perak jadi mana hendak apply cuti lagi. Kakak sulung Syuhada Syafika seorang
pensyarah di university sains Malaysia dan Syakina pula mengajar di sekolah
menengah di Ipoh perak. Kedua-dua kakak Syuhada mengikut jejak kedua orang tua Syuhada iaitu menjadi tenaga pengajar, Tuan Roslan adalah guru besar di sekolah menengah di Bangi Selangor, Puan Rokiah juga seorang guru dan dia mengajar di sekolah menengah juga tetapi berlainan sekolah dengan Tuan Roslan.
###############
Zack dan Zalina hanya duduk memerhati pelanggan yang keluar masuk ke dalam kelab itu, ada yang mabuk kerana berlebihan meneguk alkohol dan ada juga yang khayal terkena dadah. Zalina tersenyum sambil menghembuskan asap rokoknya, hatinya sedikit tenang kerana di atas apa yang berlaku kepada isteri khairil Qushairy.
Dari dahulu dia mahukan Khairil Qushairy tetapi tidak pernah berjaya, dia juga tahu yang Datin Roziah tidak menyukainya, zalina juga tidak sangka yang Datin Roziah telah mengupah orang untuk menyelidik latar belakang dia, tetapi Zalina hanya membiarkan Datin Roziah. Sekarang dia hanya inginkan Khairil Qushairy dan baginya jika dia tidak dapat memiliki Khairil Qushairy, orang lain juga tidak boleh memiliki Khairil Qushairy. Zalina akan memastikan yang pada kali ini dia akan mendapatkan Khairil Qushairy.
No comments:
Post a Comment