Sunday 2 February 2014

Adakah ini takdirku 37


Pada majlis Annual dinner di Skyliner hotel yang bakal berlangsung pada minggu hadapan Khairil Qushairy dan Datuk Sahak merancang akan membuat majlis sambutan hari lahir untuk Izara. Izara genap setahun sehari sebelum majlis itu berlangsung dan Datuk sahak juga turut menjemput keluarga besarnya untuk hadir sama pada kali ini.

"Sayang ok ke?" Khairil Qushairy bertanya kepada Syuhada yang kelihatan sedikit pucat dan seperti kurang berdaya.

"Entahlah bang... Badan Hada rasa macam tak sedap dua tiga hari ni." Syuhada berkata dengan suara yang sedikit lemah.

"Jom kita pergi klinik... Sayang nak demam kut." Khairil Qushairy kerisauan melihat keadaan Syuhada.

"Uwekkk... Uwekkk..." Syuhada rasa hendak muntah dan cepat-cepat dia masuk ke bilik air dan cuba untuk muntah ke dalam sinki, Khairil Qushairy mengikut sama dan cuba mengosok belakang Syuhada.

"Ishhh... Risau pula Abang tengok sayang macam ni... Dah sayang tukar baju, kita pergi klinik sekarang." Khairil Qushairy membuka pili air dan Syuhada berkumur-kumur membersihkan mulutnya.

"Abang ni... Janganlah panik sangat, Hada bukannya teruk sangat pun." Syuhada menenangkan Khairil Qushairy.

"Tak teruk sayang kata, dah muntah-muntah macam ni, badan pun lemah muka pucat... Macam ni yang sayang kata tak teruk sangat." Khairil Qushairy membebelkan Syuhada.

“Abang…”Syuhada memanggil Khairil Qushairy lembut.

“Ok… Ok… Abang sorry… Abang risaukan sayang saja.” Khairil Qushairy memohon maaf di atas keterlanjuran dia berkata.

“Bagi Hada siap dulu… Kalau Hada rasa badan ni betul-betul tak berdaya karang, baru Hada pergi klinik.” Syuhada masih juga mahu menidakkan keadaannya.

“Siaplah… Kita sarapan… Lepas tu tahulah Abang apa nak buat.” Balas Khairil Qushairy, dia tahu sangat perangai isterinya ini, selalu rasa dia boleh sahaja.

“Abang bawa Izara turun dululah… Lepas Hada siap Hada turun.” Katanya.

“Nope! Abang tunggu sayang… Dah siap cepat, Abang nak gosokkan gigi dan cuci muka Izara dulu.” Tutur Khairil Qushairy.

“Iyalah.” Syuhada terus membuka almari dan memilih baju serta tudung yang hendak di pakainya.

##############

“Kenapa kamu nampak pucat ni Hada?” Datin Roziah terus menegur Syuhada apabila dia menghampiri meja untuk bersarapan.

“Entahlah Mummy badan rasa kurang sihat sikit dua tiga hari ni… Mungkin sebab banyak benda nak kena settlekan sebelum majlis tukan.” Syuhada menjawab pertanyaan Datin Roziah.

“Ishhh… Kamu serahkan semua kepada Hada ke Que?” Datin Roziah terus menghalakan soalan kepada Khairil Qushairy pula.

“Tak lah semua… Tetapi ke hulu ke hilir jugalah Que heret Hada ni… seminggu jer tinggal untuk majlis tu Mummy… Tu yang sibuk sikit.” Khairil Qushairy menerangkan kepada Datin Roziah.

“Hada! Papa rasa kamu berehat saja hari ini… Muka kamu tu pucat sangat, karang tumbang pula kamu.” Datuk Sahak pula menasihati Syuhada.

“InsyAllah Pa… Hada ok… Kejap lagi Hada makan panadol ok lah tu.” Jawab Syuhada.

“Que bawa Hada pergi klinik dulu.” Datin Roziah mengeluarkan arahan.

“Ya Mummy.” Khairil Qushairy membalas pendek.

“Makan tu Hada, jangan biarkan perut kamu tu kosong.” Datin Roziah menghulurkan mangkuk nasi goreng kepada Syuhada tetapi cepat-cepat di sambut oleh Khairil Qushairy.

“Cukup sesenduk Abang, Hada tak lalu nak makan banyak.” Syuhada menahan tangan Khairil Qushairy dari menyenduk untuk kedua kali kedalam pinggannya.

“Sikit sangat ni Sayang… Mana nak ada tenaga macam ni.” Khairil Qushairy berkata perlahan, risau dia melihat keadaan Syuhada kali ini.

“Tak apa Hada makan sikit sahaja kalau Hada lapar nanti ada makan apa yang ada di pantry nanti.” Katanya untuk menyedapkan hati Khairil Qushairy.

Dalam masa mereka bersarapan tiba-tiba Syuhada terasa seperti hendak muntah lagi dan cepat-cepat dia bangun dan meninggalkan meja untuk berlari ke sinki, Khairil Qushairy turut bangun sama setelah melihat Syuhada kelam kabut begitu. Dia membantu mengosokkan belakang badan Syuhada.

“Aihhh Bang lain macam saja Hada tu… Ada isi ke?” Datin Roziah terus berkata kepada Datuk Sahak apabila melihat keadaan Syuhada.

“Entah… Mungkin kut… Tapi biar Que bawa dia pergi klinik dulu…Karang main agak-agak sekali tak ada.” Datuk Sahak berkata sambil dia meneruskan bersarapan.

“Mummy rasa kamu ni ada isi ni Hada.” Datin Roziah terus berkata setelah Syuhada duduk semula.

“Ada isi? Isi apa pula tu mummy.” Syuhada bertanya kerana dia tidak mengerti dengan apa yang cuba di katakan oleh Datin Roziah.

“Maksud mummy mungkin kamu ni mengandung… Tapi apa-apa pun pergi klinik dulu dan pastikan.” Terang Datin Roziah. Syuhada terus memandang Khairil Qushairy apabila Datin Roziah berkata begitu dan Khairil Qushairy hanya tersenyum dan dia mengharapkan apa yang di katakan oleh Datin Roziah harapnya betul lah.

“Tak kut mummy.” Syuhada cuba menafikan tetapi dia tidak kisah jika di kurniakan zuriat di dalam masa terdekat ini kerana itu adalah rezeki dari Allah.

“Tak apa… Que bawa Hada pergi klinik dulu, kamu mengandung atau tidak itu Mummy tak kisah tetapi tengok keadaan kamu yang pucat dan kurang bermaya nie, kamu tetap kena pergi jumpa doktor.” Nasihat Datin Roziah.

“Biar Que call Norehan.” Khairil Qushairy terus menelefon Norehan untuk memaklumkan yang dia akan bertemunya di klinik.

################

“What a surprise Que… You dah kawin baru tak nak beritahu I kan… Sampai hati.” Norehan berkata kerana dia terkejut juga apabila Khairil Qushairy memperkenalkan Syuhada sebagai isterinya yang baru di nikahi sebulan setengah yang lalu.

“Sorry lah Han… I pun memang tak plan semua ini… mula kami nak bertunang sahaja dahulu tetapi nenek I suruh kami nikah terus kerana Hada memang duduk dan bekerja dengan I, lagi satu dia ni pun bukan orang lain, cousin I juga.” Terang Khairil Qushairy sambil menggengam tangan Syuhada.

“Habis you all tak ada buat majlis resepsi ke?” Norehan bertanya lagi. Mereka berbual sebentar kerana menunggu keputusan kencing untuk Syuhada.

“InsyAllah kami akan buat beginning February.” Jawab Khairil Qushairy.

“Haaa… Nanti jangan lupa jemput I pula ya.” Norehan mengusik mereka. Syuhada hanya tersenyum dengan usikan Norehan.

“InsyAllah kami tak lupakan you… Kalau you nak tahu my close friend sendiri tak tahu lagi ni… I saja nak buat big surprise dekat mereka semua.” Terang Khairil Qushairy lagi.

“Ya Allah you teruknya… Apa lah perasaan mereka nanti tu kan.” Norehan terkejut juga dan kemudian dia ketawa.

“Doktor ini result urine test tadi.” Pembantu Norehan masuk dan membawa bukti ujian yang telah di lakukan.
“Terima kasih.” Norehan mengambilnya.

Norehan memelihat hasil ujian dan kemudian dia memandang ke arah Syuhada dan khairil Qushairy.

“Hmmm… Berat untuk saya terangkan ini… Masalah nie… Tetapi saya terpaksa juga beritahu nampaknya.” Norehan sebenarnya sengaja untuk mengusik mereka berdua dan dia membuat muka sedikit serius.

“You ni berilah tahu cepat… Risau pula kami ni.” Khairil Qushairy sudah tidak sabar dan dia mengosok lembut tangan Syuhada kerana dia dapat rasakan Syuhada sedikit mengeletar mungkin dia berdebar untuk mengetahui keputusannya.

“ I harap you dapat bersedia ya Hada.” Norehan berkata kepada syuhada.

“ Ya… Saya bersedia.” Jawab Syuhada cuak.

“Hada! Tahniah kerana you pregnant sekarang ini… dan dari pada calculate yang I buat kandungan you baru dua minggu.” Norehan tersenyum setelah memberitahu Syuhada.

“SubhanAllah… Syukur Alhamdulillah.” Khairil Qushairy terus memaut bahu Syuhada kerana gembira. 

Syuhada turut mengucapkan syukur tetapi agak perlahan, dia tidak sangka dan perasaannya kini sedih campur gembira.


“Kandungan you masih baru jadi I harap you berhati-hati.” Pesan Norehan.

“InsyAllah doktor.” Jawab Syuhada.

“Kan saya kata jangan panggil doktor… Panggil saya kak Han saja.” Norehan menegur Syuhada.

“Maaf kak.” Syuhada tersenyum.

“Ni Que… You jangan bagi dia buat kerja banyak sangat, sebab I tengok dia ni kurang iron. Hada you kena banyakkan minum susu segar dan I akan bagi you iron tablet.” Pesan Norehan lagi.

“ InsyAllah I akan jaga dia.” Khairil Qushairy berjanji.

“ Tina!” Norehan memanggil pembanunya semula.

“Ya doktor.” Tina masuk ke dalam bilik.

“Ni awak sediakan ubat untuk Hada ni.” Norehan menyerahkan slip yang tertulis ubat yang harus di ambil untuk Syuhada.

“Hada! Ini serba sedikit keterangan mengenai early pregnancy, balik nanti you baca tau, lagi dua bulan jumpa I balik… Ni kad untuk appointment ni you simpan elok-elok tau.” Norehan menyerangkan kad untuk rawatan susulannya nanti.

“Terima kasih kak.” Syuhada mengambil kad yang di serahkan dan mengucapkan terima kasihnya.

“ Thanks Han… next check up nanti I bawa Hada.” Khairil Qushairy juga mengucapkan terima kasih dan dia terus memulas tombol pintu untuk keluar.

############

“Assalamualaikum.” Syuhada memberi salam setelah sampai di hadapan pintu rumah.

“Walaikumusalam… Oh Hada.” Rania membuka kunci grill.

“Mummy mana?” Khairil Qushairy pula bertanya kepada Rania.

“Ada di atas, Dia sedang menyiapkan Izara. Saya baru saja selesai memandikan Izara tadi.” Jawab Rania.

“Tak pa… Terima kasih ya Rania.” Syuhada tersenyum kepada Rania.

“Jom sayang… Sayang rehat saja dekat atas.” Khairil Qushairy memaut bahu Syuhada dan jalan beriringan menaiki tangga.

“Assalamualaikum.” Khairil Qushairy memberi salam kepada Datin Roziah yang kebetulan sedang duduk di ruang keluarga sambil memberi susu kepada Izara.

“Walaikumusalam… Dah balik dah.” Datin Roziah menegur, Izara terus bangun dari pangkuan neneknya dan cuba untuk turun dari pangkuan.

“Amboi lajunya dia… Tak sabar nampak mama dia kan.” Datin Roziah ketawa dan menegur Izara.

“Apa kata Norehan.” Datin Roziah terus bertanya lagi.

“Nak kata apa… Mummy nak jadi nenek lagi lah.” Jawab khairil Qushairy selamba.

“Alhamdulillah… Betul tak sangkaan mummy tadi… Nie dah beritahu mak kamu belum.” Datin Roziah bertanya kepada Syuhada.

“Sudah… On the way balik tadi Hada call mak, itu pun dia baru sahaja habis kelas.” Terang Syuhada.

“Berapa minggu dah?” Tanyanya lagi.

“Baru dua minggu mummy.” Jawab Syuhada lagi.

“Baru lagi tu… Nie kamu rehat dua tiga hari ni.” Datin Roziah berkata dia berasa risau terhadap Syuhada.

“Tak boleh cuti dulu mummy… kerja Hada banyak dekat office tu dah tu minggu depan dah majlis annual dinner tu.”

“Pasal tu sayang tak payah risau… Abang boleh uruskan dan Jasmin boleh tolong Abang.” Khairil Qushairy berkata, dia juga tidak mahu Syuhada terlalu membuat kerja dalam beberapa hari ini dan dia takut sesuatu akan berlaku kepada Syuhada nanti.

“Tak apa ke Abang.” Syuhada bertanya untuk mendapatkan kepastian Khairil Qushairy.

“Betul… Sayang tu yang lagi penting kalau nak ikutkan dengan kerja-kerja di pejabat tu.” Jawab Khairil Qushairy sambil memandang Syuhada.

“Dah Hada… kamu pergi rehat dulu… Izara ni kamu tak payah nak risaukan… Mummy boleh jaga dia dengan Rania… Kamu tu nak kena jaga kesihatan dan kamu pun nak kena dapatkan rehat yang cukup.” Datin Roziah risau jika sesuatu berlaku kepada Syuhada kerana usia kandungannya masih baru dan belum kuat lagi.

“Yelah Mummy… Sayang mama main dengan nenek ya… Mama nak rehat sekejap ya.” Syuhada berkata sambil membelai rambut Izara yang sedang leka menyusu semula.

“Dah pergi naik… Karang dia nampak kamu mesti dia ikut… Dia tengah leka nie lebih baik kamu naik sekarang.” Arah Datin Roziah.

“Yelah Mummy.” Syuhada berkata dan dia terus membawa diri untuk naik ke biliknya, khairil Qushairy mengekori dari belakang.

“Abang pergilah office… Tak payah risaukan Hada… Mummy ada kan.” Syuhada berkata kepada Khairil Qushairy.

“Ya… Sayang jangan risau… Abang masuk lepas lunch nanti… Abang dah text Papa… lagi pun hari nie Abang tak ada important meetingkan.” Jawab Khairil Qushairy sambil turut duduk di sebelah Syuhada.

“Abis Abang nak lunch dulu baru pergilah ni.” Syuhada bertanya kepadanya.

“Iya… Sayang rehatlah dulu… Bagi Abang tudung ni… Biar Abang sangkutkan.” Syuhada terus membuka tudungnya dan di berikan kepada Khairil Qushairy.

“Mak kata apa tadi Sayang, masa sayang bagi tahu pasal good news dekat dia.” Khairil Qushairy duduk semula di sebelah Syuhada.

“Dia mengucap syukurlah… dah tu dia kata dia akan turun esok lepas Abah habis solat jumaat.” Terang Syuhada. Khairil Qushairy tersenyum.

“Mestilah dia seronok kerana nak dapat cucu sulong lah katakan.” Khairil Qushairy berkata sambil mencium tangan Syuhada yang di genggamnya.

“Cucu sulung pada mereka tapi anak kedua pada kita.” Jawab Syuhada dan terus memeluk Khairil Qushairy.

“Ya sayang Abang tahu tu… Yang penting sekarang sayang jaga diri tu elok-elok, makan benda yang berkhasiat… Ianya untuk mama dengan baby juga tu.” Nasihat Khairil Qushairy.

“Iya papanya… Dah macam doktor dah.” Syuhada mencuit hidung Khairil Qushairy.

“Tapikan bang macam mana dengan majlis kita nanti… Kalau perut hada dah nampak… Seganlah nak bersanding.” Syuhada teringat pasal majlis persandingan mereka lagi sebulan dua minggu.

“Rasa Abang ok lagi tu… Dah tu baru masuk dua bulan dan perut sayang belum terbentuk lagi… Apa nak segan bukan kita terlanjur pun.” Khairil Qushairy berkata yang benar.

“Iya tak iya juga… Hada nak baring sekejap lah Abang… Rasa penat sikit ni.” Syuhada meminta izin untuk berehat, badannya terasa lemah sedikit.

“Sayang tidurlah… Abang nak tanya mummy apa makanan yang sesuai untuk sayang ni yang jenis low iron… Nanti apa-apa hal panggil Abang tau.” Khairil Qushairy berpesan dan dia harus melakukan sesuatu demi kesihatan isteri dan baby yang di kandung.

####################

Syuhada tidak bekerja hari ini, Khairil Qushairy menyuruh dia untuk berehat sahaja di rumah. Hari ini Izara agak baik, tidak banyak perangai dengan Syuhada dan dia tidak merenget pun apabila melihat Syuhada dan seperti dia tahu yang mamanya sedang mengandung dan bakal memberikan dia adik. Dia kerap kali bermain di hadapan Syuhada dan kerap datang mencium Syuhada sehingga Datin Roziah tertawa melihat keletahnya. Datin Roziah menjaga dan memberi perhatian yang lebih kepada Izara, dia tidak mahu Izara menganggu Syuhada sangat kerana dia nampak kurang sihat sedikit.

“Assalamualaikum…” Khairil Qushairy memberi salam dan menolak pintu biliknya.

“Walaikumusalam… Aahhh Abang.” Syuhada terus menyalami tangan khairil Qushairy. Izara laju merangkak untuk mendapatkan papanya.

“Ala sayang anak papa ni… Hari ni nakal kacau mama tak?” Khairil Qushairy menggangkat Izara dan bercakap dengannya.

“Mana ada nakal lah papa… Saya baik hari nie… kan sayang mama ni.” Syuhada berkata sambil memegang dan memicit perlahan tangan Izara, Izara tergelak-gelak dia dan mulutnya cuba seperti menjawab apabila di tanya.

“Macam mana sayang hari nie… Ok ke?” Khairil Qushairy bertanya kepada Syuhada pula.

“Alhamdulillah… mungkin sebab dapat rehat semalam dengan hari ini, badan Hada pun tak rasa penat sangat pun.” Syuhada membalas pertanyaan Khairil Qushairy itu.

“Alhamdulillah… Anak papa yang ni pun mesti baik macam kakak dia kan.” Khairil Qushairy berkata sambil memegang perut Syuhada.

“Abang ni… Baru dua minggu belum cukup sifat lagi… Nanti dah masuk empat bulan barulah boleh berbual selalu dengan dia.” Syuhada ketawa juga apabila khairil Qushairy cuba bercakap dengan kandungannya.

“Tak apa… Biar dia kenal suara papa dia awal sikit.” Katanya.

“Abang nak coffee… Hada buatkan.” Syuhada bertanya hampir terlupa dia hendak bertanya kerana leka berbual bersama.

“kejap lagilah… Abang nak mandi dan solat asar kejap… Sayang dah solat ke?” Khairil Qushairy bertanya.

“Sudah lah Abang… dah pukul lima setengah dah ni… Hada solat awal-awal lepas Azan tadi.” Jawabnya.

“Kalau macam tu biar Abang mandi dan solat dulu… Sayang nak turun sekarang ke?” Khairil Qushairy bertanya.

“Hada tunggu Abang sajalah... Abang pergilah… Biar Hada layan anak dara ni kejap.” Syuhada.

“Haaa… Iyalah… Bye-bye Izara.” Khairil Qushairy sempat mengusik Izara.

“Abang!... Saja jer dia ni kan.” Syuhada memarahi Khairil Qushairy kerana menyakat anaknya yang baru hendak bermain, Izara pula apabila Khairil Qushairy berkata begitu laju sahaja dia hendak merangkak mendapatkan khairil Qushairy.

“Hahahaha… Papa nak mandilah sayang… main dengan Mama ya.” Khairil Qushairy berkata kepada Izara.

Izara seperti mengerti dan berpaling semula memandang Syuhada apabila dia di panggil, dia merangkak semula mendapatkan Syuhada. Syuhada mendirikan Izara dan mengajar dia berjalan dan sesekali Syuhada melepaskan pegangannya, Izara masih di tahap berani-berani takut.

#############

“Ehhh… Ada mak ngah dengan pak ngah.” Khalijah berkata selepas memberi salam dan salamnya di jawab dari dalam rumah.

“Kenapa… kamu rindu mak ngah ke?” Puan Rokiah mengusik khalijah.

“Ehhh rindulah juga… lama tak jumpa mak ngah kan.” Jawab khalijah ikhlas.

“Kamu tu yang sombong tak datang meninjau mak ngah dengan pak ngah.” Seloroh puan Rokiah.

“Mana ada sombong mak ngah… Ni mak ngah dengan pak ngah tidur sinikan.” Khalijah bertanya.

“Iya… kenapa?” puan Rokiah bertanya semula.

“Biar ija naik bersihkan diri dulu lepas tu kita borak panjang.” Jawab khalijah.

“Iyalah bertuah oii.” Jawab Puan Rokiah lagi dan mereka ketawa.

Khalijah melangkah naik untuk membersihkan dirinya. Mereka yang di bawah seronok berbual.

“Dah siap ke kak Imah.” Khalijah datang ke dapur dan bertanya kepada Salimah.

“Hampir siap ni.” Jawab Salimah.

“Dah ke?” Syuhada pula datang dan terus bertanya kepada Khalijah.

“Dah hampir siap dah katanya… Aku nak susun pinggan.” Jawab Khalijah.

“Jomlah… Aku tolong kau siapkan meja sama.” Balas Syuhada.

“Ehhh… Kau tak sihat tu… Bawalah berehat dulu.” Khalijah melarang.

“Aku bukannya sakit teruk, Cuma badan ni kurang sedap saja… Tapi ni dah berehat dua hari ni rasa segar sikit… Tak ada apa-apalah… aku tak nak manjakan sangat diri ni.” Jawab Syuhada.

“Cik Hada sayang… Kau early pregnancy kena juga jaga keadaan badan kau tu… kau jangan angkat benda berat-berat dulu tau.” Khalijah berpesan kepada Syuhada.

“Iya adik ipar ku sayang.” Syuhada memeluk Khalijah.

“Adik ipar! Yelah nak buat macam mana… terimalah kenyataan… yang kau tu adalah kakak iparku sayang.” Khalijah pula memeluk Syuhada. Mereka memang terlalu rapat dan ibarat cubit peha kiri peha kanan turut terasa.

“Hey! Apa sayang-sayang… peluk-peluk nie haa…” Khairil Qushairy datang sambil memegang Izara berjalan.

“Alah orang peluk bini dia kejap saja pun tak boleh.” Khalijah berkata.

“Ija dah selalu sangat peluk Hada tu, jadi tak payah peluk-peluk dia sangat… sekarang ni turn Abang pula nak peluk Hada ketak-ketak.” Khairil Qushairy berkata sambil tersenyum dan memainkan keningnya.

“Ya Allah teruk betul lah laki kau ni Hada… Tak kuasa aku nak melayan dia… Mari sayang Acu kita kawan berduakan.” Khalijah bercangkung dan menhulurkan tangannya kepada Izara supaya Izara bertaktih mendapatkannya. Tetapi Izara terus duduk dan merangkak.

“Ishhh… Pemalasnya anak dara En Khairil ni… bila nak pandai berjalan kalau macam ni sayang.” Khalijah bercakap dengan Izara.

“Anak dara Encik Khairil dan makciknya Puan Khalijah kan.” Khairil Qushairy pula berkata.

“Euwww… Excuse me I’m still ‘Cik’… bukan puan… kena ada pembetulan di situ.” Khalijah mencebikkan bibirnya apabila berkata begitu.

“Mrs to be… Tak lama pun sebulan setengah saja lagi.” Balas khairil Qushairy.

“Apa sajalah Abang ni… kalau tak sakat ija mesti tak sahkan.” Tegur Syuhada.

“Suami kau tu memang sengal sikit… Ni anak nak masuk dua dah… Kesengalan dia tak juga berubah… Suami siapalah tu…hikhikhik.” Khalijah mengenakan Khairil Qushairy dan serentak terkena kepada Syuhada.

“Kurang asam… Suami saya lah cik ija oii…” Syuhada menjawab dan ketawa.

“Haaa… Nie ketawa tak sudah… Makanan dah siap ke belum.” Tiba-tiba Datin Roziah datang menjegah di ikuti oleh Puan Rokiah.

“Tunggu Rania bawakan nasi dan sayur jer… lepas tu baru ingat nak panggil semua.” Jawab Khalijah.

“Dah pergi panggil Papa dan Pak ngah.” Arah Datin Roziah kepada Khalijah.

“Baik Mummy.” Khalijah terus melangkah ke ruang tamu untuk memanggil Datuk Sahak dan Tuan Roslan.

“Assalamualaikum…” Ada suara memberi salam.

“Walaikumusalam.” Jawab Khalijah, Datuk Sahak dan Tuan Roslan serentak.

“Ehhh Kak Idah… Wah akak langkah kaki kanan tau… Kita orang baru hendak makan.” Khalijah menegur apabila melihat kelibat Khalidah yang masuk ke dalam rumah.

“Ehh Ada Pak Ngah… Bila sampai.” Khalidah menegur Tuan Roslan dan menghulurkan tangan untuk menyalam Tuan Roslan.

“Petang tadi dalam pukul enam Pak ngah sampai.” Jawab Tuan Roslan.

“Papa, Pak ngah jom makan… Kak Idah letak lah beg tu dulu jom makan sama… Semua sudah terhidang tu.” Khalijah menjemput semua untuk menjamu selera.

“Jomlah.” Jawab Khalidah, dia terus meletakkan barang-barangnya di kerusi.

“Mak uda dia dah balik.” Khairil Qushairy menegur Khalidah apabila ternampak khalidah datang ke arah meja dan mencium Izara yang sudah duduk di dalam kerusinya.

“Mak ngah.” Khalidah menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Puan Rokiah.

“Baru balik… Kenapa nampak kurus sikit nie Idah.” Puan Rokiah menegur Khalidah sambil memegang lengannya.

“Idah sibuk sekarang ni Mak Ngah jadi masa makan tu tak menentu.” Jawab Khalidah sambil menarik kerusi di sebelah Puan Rokiah.

“Sibuk manjang dia ni… Entah bila nak bawa calon suami pun tak tahulah.” Datin Roziah sudah bersuara.

“Mummy dah mula lah tu… Kalau Idah cakap pasal kerja mesti mummy tukar bab menantu.” Khalidah menegur Datin Roziah.

“Kamu tu bukannya muda lagi Idah.” Tutur Datin Roziah.

“Mummy kalau risaukan Idah… Mummy carikan sajalah yang sesuai untuk Idah… Tapi pastikan orang itu boleh terima kehidupan Idah.” Khalidah sudah malas untuk mendengar bebelan Datin Roziah dan akhirnya dia memberi green light kepada Datin Roziah.

“Kamu jangan main-main Idah… Nanti Mummy dah kenalkan kamu pula menolak.” Datin Roziah berkata tetapi dia ada sedikit teruja apabila Khalidah berkata begitu kepadanya.

“Mana ada Idah main-main… Letih dengar mummy membebel pasal menantu… So mummy carikan lah.” Jawab Khalijah selamba.

“Mummy! Dah dapat green light tu… Apa lagi mulakan lah operasi mencari menantu pilihan.” Khalijah pula mengusik.

“Papa ok saja.” Jawab Datuk Sahak pula.

“Mak ngah pun menunggu saja ni.” Puan Rokiah menyampuk sama.

“Dah makan dulu… Lepas ni kita berbual lagi.” Tuan Roslan pula menegur.

Mereka semua fokus pada makan selepas di tegur oleh Tuan Roslan.

####################

Semalam genap umur Izara satu tahun dan hari ini adalah majlis besar untuk kasturi Holding dan kali ini bukan majlis annual dinner untuk staff kasturi holding sahaja tetapi termasuk sambutan hari lahir untuk Izara. Datuk Sahak menjemput keluarganya ke majlis kali ini, Khairil Qushairy juga tidak lupa menjemput sahabat-sahabatnya Nizam, Fakhrul dan Fadli.

“Wah cantiknya kau anak beranak Hada.” Umi berbisik kepada Syuhada yang sedang mendukung Izara.

“Alhamdulillah… Terima kasih.” Syuhada tersenyum dan mengucapkan syukur di atas pujian dari rakan sekerjanya itu.

“Sedondon kau dengan Encik Khairil.” Karmila pula menegur sambil mencuit sedikit bahu Syuhada.

“Dah tentu itu suami dia… Apalah kau ni.” Jawab Umi perlahan.

“Ya aku tahu… Aku sengaja mengusik dialah.” Balas karmila.

“Mana nina ni… Tak sampai lagi.” Rungut Karmila.

“Kejap lagi sampailah dia tu.” Syuhada pula berkata.

“Hada! Bagi sini aku dukung Izara pula.” Khalijah datang mendapatkan Syuhada setelah datang dari tandas.

“Ambillah.” Syuhada menyerahkan Izara kepadanya.

“Ehh Cik Khalijah.” Tegur Karmila dengan Umi.

“Ehh… Tak payah nak ber cik-cik dengan saya… Panggil Ija dah cukup.” Tutur Khalijah dan kemudian dia tersenyum kepada mereka berdua.

“Mummy mana? Syuhada bertanya kepada Khalijah.” Dia melihat sekeliling mencari kelibat Datin Roziah.

“Sekajap lagi dia turun dengan nenek.” Balas Khalijah.

“Dekat dalam tu dah ramai ke?” Khalijah bertanya lagi.

“Ramai juga yang sudah sampai.” Umi menjawab pertanyaan Khalijah.

Setelah semua jemputan hadir termasuk rakan-rakan Khairil Qushairy. Pengacara majlis memulakan  upacara dengan menjemput Datuk Sahak untuk naik ke atas pentas untuk memberikan sedikit ucapan. Setelah dia berucap dan sebelum penutup Datuk Sahak mula untuk membuat kejutan.

“Ok… Sebelum saya turun dan memulakan acara yang seterusnya. Saya hendak menjemput anak-anak saya naik ke atas.” Datuk Sahak berkata dan tersenyum.

“Persilakan Khairil Qushairy, Khalijah, Syuhada dan Zakuan untuk naik ke atas.” Datuk Sahak memanggil mereka berempat.

Mereka berempat berjalan menaiki pentas. Khairil Qushairy dan Syuhada berdiri di sebelah kanan Datuk Sahak manakala Khalijah dan Zakuan berdiri di sebelah kirinya.

Sambil microphone masih di tangan Datuk Sahak berpaling ke kiri dan ke kanannya dahulu dan tersenyum kepada mereka.

“Saya berasa sungguh seronok pada hari ini bukan sahaja kerana saya dapat meraikan majlis tahunan Syarikat saya tetapi pada hari ini saya ingin memberitahu sesuatu dan menjemput semua yang hadir ini untuk ke majlis persandingan anak-anak saya ini pada lima hari bulan dua nanti, tak lama pun ada dalam enam minggu sahaja lagi. Lupa pula saya hendak memberitahu majlis itu nanti untuk anak bongsu saya Khalijah dan bakal pasangannya Zakuan serta anak sulung saya Khairil Qushairy dan menantu saya Syuhada. Untuk pengetahuan semua Khairil Qushairy dan Syuhada sudah pun bernikah hampir dua bulan yang lalu tetapi majlisnya kami tangguhkan dan akan di langsungkan sekali dengan anak bongsu saya.” Bersorak sebahagian mereka yang berada di dalam dewan kerana kejutan yang di berikan oleh Datuk Sahak.

Rakan-rakan Khairil Qushairy terkejut juga dengan apa yang di dengar oleh mereka dan saling berpandangan.

“Ok… Satu lagi sebelum itu saya hendak menyambut ulang tahun cucu saya Izara yang pertama, semalam genap usianya satu tahun.” Datuk Sahak mengamit Khalidah untuk membawa Izara naik ke pentas, kemudian pelayan hotel menolak troley yang terletak kek dan di letakkan di hadapan pentas.

“Mari sini anak Papa.” Khairil Qushairy berkata kepada Izara dan terus membawanya berdiri di hadapan cake yangsudah tersedia. Pihak hotel telah membuat cake berbentuk princess khas untuk Izara.

“Di minta semua bersama-sama menyanyikan lagu ‘happy birthday’ ya.” Pengacara majlis meminta semua tetamu menyanyi sama. Gamat dewan apabila semuanya bersama-sama menyanyikan lagu ‘Happy birthday’ itu. Selesai menyanyi Datuk Zaki iaitu Bapa kepada Datuk Sahak membacakan doa dahulu dan selesai berdoa barulah Syuhada memegang tangan Izara dan memotong kek, Khairil Qushairy tidak mahu kek Izara di letakkan lilin, jadi tiada tiupan lilin selepas lagu di nyanyikan.

“Wah bro…Kau diam-diam tak nak bagi tahu kamikan.” Fadli menegur Khairil Qushairy apabila Khairil Qushairy menghampiri meja mereka. Syuhada bersalaman dengan isteri Zakrul dan Nizam.

“Maaflah… Aku pun tak merancang semua ini… Benda berlaku terlalu pantas, nanti ada masa aku cerita dengan kau oranglah.” Jawab Khairil Qushairy.

“Kau janji tau, jangan tak cerita… Patut susah sangat nak ajak kau main tennis, alasan terlalu sibuk dengan annual dinner preparation… Rupa-rupanya berkepit dengan isteri baru.” Hahahaha mereka berempat ketawa.

“Maknanya masa kau datang rumah aku tu kau orang memang dah bercinta lah ya.” Nizam bertanya dan nampak gayanya tak sempatlah Khairil Qushairy untuk menangguhkan ceritanya.

“Ehh… Tak… Belum lagi… Perkara nie berlaku terlalu pantas, mula aku ingat nak bertunang dulu dengan Hada, tapi nenek aku suruh nikah… Katanya tak elok aku dengan Hada duduk serumah dah tu macam menyiksa kami berdua… kata nenek aku.” Khairil Qushairy bercerita juga.

“So kau tak ada tersiksa lah lagi sekarang ni kan.” Zakrul mengusik.

“Kurang ajaq tu bro…Hahaha.” Khairil Qushairy ketawa dan sekali lagi rakan-rakannya ketawa.

Ramai yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagian Khairil Qushairy dan Syuhada. Karmila sempat berbisik dengan Syuhada, Umi dan Nina.

“Meranalah peminat bos kecik kita… puas melaram masing-masing nak mengorat, alih-alih sepupu dia ni juga yang kebas.” Ketawa juga mereka bertiga dengan seloroh Karmila.

“Mahu tak merana… Penat make up dress up bagai… Tetapi bos kecik tak nampak orang lain… Dia nampak budak kecik nie juga.” Umi pula mengusik.

“Ada-ada saja kau orang ni… Dah makan sajalah.”Syuhada mempelawa rakan-rakannya untuk meneruskan menjamu selera. Izara ada di pegang oleh Rania dan ada juga adik-adik sepupu Syuhada dan khairil Qushairy bersama dengannya.

Datin Roziah melayan tetamu-tetamu khas Datuk Sahak, kedua orang tua Zakuan juga turut hadir, datuk dan nenek-nenek mereka juga turut hadir. Tuan Rokiah dan Tuan Roslan agak terlewat sampai. Mereka sampai semasa Datuk Sahak baru hendak memulakan ucapan. Mereka duduk semeja dengan Datuk Sahak, Datin Roziah, kedua ibu bapa Zakuan, Rahimah, Kalsum dan Zaki. Khairil Qushairy dan Syuhada juga duduk semeja dengan mereka.


Majlis berjalan dengan lancar, mereka menjamu selera sambil mata melayan persembahan artis-artis jemputan serta celoteh pengacara yang mencuitkan hati. Majlis berjalan dengan lancar dan selesai hampir lewat malam. Syuhada menarik nafas lega kerana penat lelah dia dan Khairil Qushairy untuk majlis ini selesai dengan jayanya.