Sunday 27 October 2013

Adakah ini takdirku 24


"Apa hal pula kereta nie." Khalijah berkata sendiri kemudian dia keluar dari keretanya.

"Alamak pancitlah pula... macam mana aku nak tukar nie?" Khalijah membebel sendirian dan menyepak tayarnya yang sudah pancit itu.Masalahnya dia tidak kuat untuk menukar tayar seorang diri, dia cuba melihat sekelilingnya jika ada yang boleh membantunya dan di dalam dia bersungut tiba-tiba sebuah kereta Audi S5 berwarna hitam berhenti di belakang keretanya, risau juga Khalijah takut orang jahat ke yang hendak ambil kesempatan. Dia menoleh dan di lihatnya Doktor Zakuan yang keluar.

Khalijah memuji di dalam hatinya “Aduh handsomenya mamat nie”. Dia memang meminati Doktor Zakuan tetapi tidak berani hendak berlebih-lebih... Maruah dia sebagai gadis pun dia hendak kena jaga juga, jadi Doktor Zakuan ini boleh di katakan secret admire dialah.

"Kenapa nie Khalijah?" Doktor Zakuan menegur dan melihat ke arah kereta Khalijah. Tetapi Khalijah agak terkejut kerana tidak sangat doktor muda ini mengenalinya dah tu siap tahu namanya lagi.

"Ohh... Tayar pancit... Saya baru saja terfikir macam mana nak tukakkan tayar nie dan baru saja ingat nak call abang saya." Khalijah berkata, dia memang sudah hampir hendak menelefon Khairil Qushairy.

"Tak pa saya tolong... Tool untuk tukar tayar ada tak?" Doktor Zakuan bertanya kepada Khalijah. Khalijah terus membuka bonet keretanya dan menunjukkan kepada Doktor Zakuan. Sebelum memulakan kerja Doktor Zakuan sudah siap melipat lengan bajunya hingga ke siku, Khalijah tertawan dengan gaya Doktor Zakuan yang bersahaja tetapi dia hanya sekadar menyimpan di dalam hatinya. Dalam masa Doktor Zakuan membantu menukarkan tayar kereta nya,Khalijah menelefon Datin Roziah untuk memaklumkan mengenai keretanya dan dia juga tidak mahu Datin Roziah kerisauan kerana kelewatannya sampai ke rumah.

"Ok... It's done." Doktor Zakuan berkata sambil menyimpan tool set ke bonet kereta Khalijah semula.

"Terima kasih bebanyak Doktor... Tak sangka Doktor boleh menyusahkan diri membantu saya menukarkan tayar nie." Khalijah amat berterima kasih di atas kesudian Doktor Zakuan membantunya.

"Tak ada apalah... Kebetulan saya lalu di sini kan dan saya ternampak kereta Khalijah nie... Dan saya sudah agak pasti ada kerosakan. kalau tidak takkan Khalijah berhenti di bahagian kecemasankan." Doktor Nizam berkata secara jujurnya dan laluan yang di lalui oleh Khalijah adalah laluan yang sama untuknya setiap hari.

"Macam mana saya nak balas jasa baik Doktor nie." Khalijah memikirkan bagaimana caranya yang dia dapat membalas jasa Doktor Zakuan.

"Hahahaha... Kalau nak balas mahal tau." Doktor Zakuan berseloroh.

"Amboi Doktor... besarnya gelak." Khalijah tersenyum dan menegurnya.

" Ok... macam nie... Belanja saya dinner." Sebenarnya ini adalah peluang Doktor Zakuan untuk mengenali Khalijah dengan lebih Rapat. Dia sudah lama memerhatikan Khalijah dan dia tertarik dengan perwatakan Khalijah dan hari ini adalah rezeki baginya kerana dia dapat membantu Khalijah pula.

"Dinner... Tapi doktor tu ada masa ke? macam saya nie tentu-tentulah weekend free." Khalijah berkata kerana dia sememangnya bekerja dari hari isnin hingga jumaat, kerana dia bertugas di bahagian farmasi hospital.

"This saturday saya cuti... Khalijah bagi saya phone number... Nanti senang saya nak contact dan aturkan plan." Katanya lagi dalm hati berlonjak riang jika Khalijah sudi memberi dia nombor telefon.
"Errrr... Hmmmm...." Khalijah serba salah untuk memberi nombor telefonnya.

"Tak apalah kalau tak boleh nak beri... Errr... Saya minta diri dululah... Lambat pula sampai ke rumah nanti." Doktor Zakuan berkata dengan sedikit kecewa kerana Khalijah keberatan untuk memberikan nombor telefonnya.

" Emmm... Doktor ambillah nombor saya nie." Khalijah memanggil Doktor Zakuan kerana dia pun serba salah sebenarnya.

"Ehhh... betul ke?... Khalijah tak kisah ke nak beri nombor dekat saya nie." Doktor Zakuan cuba bermanis kata pada hal tadi sudah hampir kecewa, teruja juga dia apabila Khalijah sudi untuk memberikan nombor telefonnya.

"Habis nanti macam mana Doktor nak call dan saya hendak ajak pergi dinnerkan." Khalijah berkata.

"Ok... Ok... kejap saya masukkan terus ke dalam phone saya." Doktor Zakuan cepat-cepat mengeluarkan telefon dari dalam poket seluarnya.

" Ok... 019 5683345... Cuba call saya." Khalijah berkata dan kemudian telefonnya berdering dan tertera nombor telefon di atas skrin telefonnya.

"So nie no Doktor... 019 7935311 ya." Khalijah berkata lagi dan menyebut nombor telefon Doktor Zakuan untuk kepastian.
Setelah bertukar nombor telefon mereka terus bergerak pulang. Khalijah lewat juga tiba di rumahnya, semasa dalam perjalanan pulang selepas tayarnya selesai di gantikan oleh Doktor Zakuan Khalijah sekali lagi menelefon Datin Roziah jadi tidaklah Datin Roziah kerisauan teramat.

#################

“Mak long kata tayar kau pancit… Macam mana pula boleh berlaku tu?”Syuhada bertanya kepada Khalijah, Syuhada sedang mengosok pakaian untuk di pakai esok hari.

“Haa ahh… Tertusuk paku.” Khalijah berkata sambil membuka almari untuk dan mengambil pakaiannya untuk di tukar.

“Habis tu kau call mekanik ke?” Tanya Syuhada lagi.

“Tak… Mula aku ingat nak call Abang Que… Tetapi belum sempat call doktor yang satu hospital dengan aku tu datang tolong, sebab kebetulan dia lalu di situ.” Terang Khalijah.

“Wah! Doktor tu muda lagi ke?.. Bachelor?” Syuhada bertanya seraya mengusik Khalijah.

“Amboi kau!… Muda lagi, still single but not sure available or not.” Khalijah berkata sambil menjongketkan bahunya.

“Aik kata satu hospital… tapi takkan kau tak tahu serba sedikit hal Doktor tu.” Syuhada sudah mula nak selidik lebih-lebih pula.

“Kau nie kan… Ingat aku nie reporter ke? Nak korek cerita semua orang di sana. Tapikan aku memang suka tengok Doktor nie, kacak satu dah tu sentiasa tersenyum sahaja… kalau kau nak tahu dia ada lesung pipit di pipi kanan dia tau… Cute sangat bila dia tersenyum… Cair aku tengok ehh.” Khalijah berkata sambil tersenyum-senyum dan seperti tengah mengambarkan apa yang di ceritanya itu.

“Weh! Gatal ehh.. Amboi bukan main kau punya senyum kan.” Syuhada melepuk bahu Khalijah untuk kembalikan fantasinya itu ke alam nyata semula.

“ Mana ada aku gatal lah… Haa… Satu lagikan aku tak sangka dia minta nombor phone aku… Dah tu dia kata nak suruh aku belanja dia dinner sebagai ganti dia menolong aku hari ini.” Khalijah bercerita kepada Syuhada lagi, di antara mereka berdua ini memang tiada rahsia.

“Ekk eleh… Jadi dia tolong sebab ada makna ke? Bukan Kau ke yang patut offer dia kan.” Syuhada sudah salah anggap dari cerita yang Khalijah ceritakan.

“Bagilah aku habis cerita dulu… Kau nie cepat saja nak potong… Macam nie, aku yang mula-mula kata dekat dia macam mana nak balas jasa dia kerana menolong aku. Sekali dia kata just belanja dia dinner.” Terang Khalijah kepada Syuhada.

“Ija! Entah-entah Doktor nie memang dah syok dengan kau tak?” Syuhada cuba meneka perasaan Doktor Zakuan kepada Khalijah.

“Banyaklah kau… Punya ramai Doktor-doktor muda, Nurse-nurse yang ayu di sana… Tak ada maknanya dia nak suka dengan aku… Tapikan satu yang aku rasa hairan tu macam mana Dia boleh tahu nama aku. Itu je yang aku musykil sikit., sebab aku dengan dia tak pernah berbual pun setakat sesekali bertembung dan senyum sikit-sikit jer.” Khalijah memang berasa hairan kerana tidak sangka yang Doktor Zakuan boleh tahu nama dia.

“Benggonglah kau nie Ija. Tu… kau sah-sah dah pakai name tag.” Syuhada berkata sambil muncungnya menunjukkan ke arah dada Khalijah.” Khalijah menundukkan kepalanya dan kemudian dia tertawa besar kerana hairan tidak bertempat, dia memang terlupa yang semua orang memang memakai name tag semasa bertugas.

“Hahahaha… Alamak jadi aku nie syok sendirilah nie… Nasib baik aku tak tanya dia macam mana boleh tahu nama aku.” Kesudahannya Khalijah dan Syuhada terkekek-kekek ketawa hanya kerana lawak yang tidak di sangka oleh Khalijah.

Setelah puas berbual dan ketawa Khalijah membersihkan dirinya dan solat kemudian dia hendak turun untuk makan.

“Hada! Kau dah makan ke?” Khalijah berkata.

“Dah… Tapi aku ingat nak bancuh air sikitlah.”Terang Syuhada.

“Dah jomlah… Ada juga aku geng nak makan nie.” Khalijah mengajak Syuhada. Semasa turun ke tingkat dua kelihatan Datuk Sahak, Datin Roziah dan khairil Qushairy sedang duduk menonton tv. Izara pula sedang bermain dengan Khairil Qushairy, Tetapi apabila terdengar sahaja suara Syuhada cepat sahaja Izara berpaling dan melonjak-lonjak minta Syuhada mengambil dia.

“Ya Allah bertuah nie… Kok ya pun nampak Mak Chu tu janganlah macam nie sekali.” Khairil Qushairy memegang erat Izara kerana dia hampir terlepaskan Izara kerana lonjakkan spontan dari Izara tadi.

“Hey… Bam bam… Nakal ya… nie nak Mak Su ke nakkan Mak Chu nie.” Khalijah bertanya dan dia mengambil Izara dan terus mendukungnya. Tetapi Izara terus merebahkan dirinya kearah Syuhada yang sedang berdiri di sebelah Khalijah.

“Bertuah punya budak… Mak Su baru nak pegang… Sempat di tarik ehh Mak Chu dia.” Khalijah menyerahkan Izara kepada Syuhada dan dia sempat melepuk punggung Izara kerana geram dengan kenakalan si comel itu.

“LailahailAllah… Izara! Kenapa buat mak Chu macam tu.” Datin Roziah pula menegur.

“Nie berapa lama yang tak jumpa Mak Chu nie… Yang paut leher, Mak Chu macam tu sekali.” Khairil Qushairy pula berkata apabila Syuhada duduk tidak jauh dari Khairil Qushairy.

“Mak Chu nak buat air lah sayang… Mak Chu ingat dia dah tidur.” Syuhada bercakap dengan Izara.

“Nie kau nak turun ke tidak?” Khalijah berkata dan dia meneruskan untuk menurun ke dapur kerana dia memang sudah lapar.

“Turun! Turun!... Izara pergi dekat Papa ya sayang… Mak Chu nak buat airlah.” Sekali lagi Syuhada berkata dengan Izara dan dia cuba menyerahkan Izara kepada Khairil Qushairy tetapi Izara memegang erat baju Syuhada tidak mahu di lepaskan.

“Izara! Nakalnya anak Papa nie.” Khairil Qushairy tetap mengambil Izara tetapi Izara menangis sekuat-kuatnya, kesudahannya Syuhada tidak sampai hati membiarkan Izara menangis hanya kerana hendakkan dia, lalu di ambilnya Izara semula.

“Dah mari sini abang buatkan Air tuk Hada… Hada nak minum air apa?” Khairil Qushairy bangun dan berdiri untuk membantu Syuhada.

“Ehh... Ehh.. Tak payah lah Abang Que… Tak apa.” Syuhada menahan Khairil Qushairy dari membancuhkan air untuknya.

“Tak pa Hada… Biarkan saja Que buatkan… Izara dah tak mahu lepaskan kamu tu.” Datin Roziah pula mengizinkan apa yang hendak di lakukan Khairil Qushairy. Tetapi sempat pula Datin Roziah menyiku perlahan Datuk Sahak yang duduk di sebelahnya.

“Betul tu Hada… Bila lagi kamu nak rasa air dari tangan Que kan… Selalu di poffice kamu buatkan air untuk dia… Nie dekat rumah boleh lah dia buatkan pula untuk Hada.” Datuk Sahak pula berkata sambil mengusik.

“See… Dah jom Abang buatkan.” Khairil Qushairy tersenyum dan mengajak Syuhada turun ke dapur.

“ Ishhh… Susahkan Abang Que sajalah.” Tetapi Syuhada terpaksa akur dan dia mengikut sahaja langkah Khairil Qushairy. Risau hatinya kerana takut di salah anggap oleh Datuk Sahak dan Datin Roziah pula nanti kerana menggunakan Khairil Qushairy sehingga kena membancuhkan air untuknya.

“Pandai pula Izara tu kan… Macam faham-faham saja pilihan kitakan Bang.” Datin Roziah berkata sambil tersenyum kepada Datuk Sahak. Datin Roziah masih menunggu berita dari adiknya Puan Rokiah tentang hajatnya yang di beritahu hari itu.

“Hahaha… Ada-ada saja awak nie Rozi… Tapi tulah… Cerdik sesangat, Agaknya dia nak memudahkan kerja kita tak.” Datuk sahak mengiyakan kata-kata Datin Roziah tadi.

#################

Puan Rokiah berasa ini adalah masa yang sesuai untuk dia bercerita mengenai hajat Datin Roziah untuk menyunting syuhada.

“Bang!” Puan Rokiah memanggil Tuan Roslan yang sedang leka membaca report sekolah.

“Hmmm… Apa dia?” Tanya Tuan Roslan sepatah, matanya tetap ke arah fail di tangannya.

“Pandanglah saya nie… Saya nak cakap hal penting nie.” Puan Rokiah tidak puas hati kerana Tuan Roslan sedikit pun tidak berpaling memandang ke arahnya.

“Aik.. Apa ke hal pula saya nak bertentang mata nie, cerita sajalah… Saya dengar nie.” Tuan Roslan berpaling juga memandang ke arah Puan Rokiah.

“Nie haa… Kak Rozi ada hajat besar.” Katanya sambil membetulkan duduk dan meletakkan pen di tangannya. Semasa dia memanggil Tuan Roslan sebenarnya dia tengah memeriksa buku kerja anak muridnya.

“Hajat apa? Abang Sahak nak kawin satu lagi ke?” Tuan Roslan berlawak pula, pada hal Puan Rokiah sudah bersemangat untuk bercerita.

“Ishhh… Awak nie Abang… Dengarlah saya nak cakap… Ehh kalau betullah Abang Sahak nak tambah satu lagi… Mahu gamat satu bangunan Kasturi Holding tu di kerjakan kak Rozi.” Puan Rokiah pun turut berseloroh, dari hendak cerita hal lain sudah jadi kelain pula.

“Hahahaha.” Tuan Roslan ketawa.

“Abang nie dengarlah saya nak cerita betul-betul nie.” Kata Puan Rokiah menunjukkan muka seriousnya.

“Ok… Haa… Ceritalah saya dengar nie.” Tuan Roslan menutup fail di tangan dan bersedia untuk mendengar cerita dari Puan Rokiah.

“Macam nie… Kak Rozi dan Abang Sahak berhajat nak menyunting si Hada untuk Que. Tu dia tanya saya, tapi saya tak dapat nak bagi kata putus sebab saya kena berbincang dengan awak dulu.” Datuk Sahak memandang tepat ke arah puan Rokiah, dia seperti tidak percaya sehingga begitu sekali hajat kakak iparnya itu, berkerut juga dahinya kerana seperti tidak percaya apa yang dia dengari dari mulut isterinya itu.

“Ehh… Biar betul dia orang tu… Apa Hada dengan Que memang ada cakap apa-apa ke dengan mereka?” Tanya Tuan Roslan kepada Puan Rokiah, serba salah pula dia dengan hajat yang tidak di sangka dari ipar dan besannya itu.

“Hal nie Hada dengan Que memang tak tahu lagi, Dia orang memang tak ada kata apa-apa pun dan perkara nie hanya plan Kak Rozi dan Abang Sahak, Kak Rozi kesian tengok Izara tu, membesar tanpa seorang ibu dah tu Izara pun terlalu rapat dengan Hada.” Terang Puan Rokiah lagi dan dia sendiri melihat keakraban Izara dengan Syuhada memang tidak ubah seperti ibu dan anak, Tetapi dia tidak mahu keakraban Izara tu sebagai alasan Syuhada menjadi ibunya, bagaimana pula perasaan Khairil Qushairy terhadap Syuhada, kerana dia baru beberapa bulan kehilangan isteri dan tempoh itu terlalu singkat… Dapatkah Khairil Qushairy menerima dan mengasihi anaknya sepenuhnya… Kerana mereka sepupu dan dia tidak mahu anaknya sekadar menjadi tempat Izara bermanja sahaja.

“Hmmm… Berat perkara nie… Bukan senang saya nak bagi kata putus… kalau ikutkan sikap Que tu memang seorang yang baik dan bertanggungjawab. Nanti kita pandai-pandai menjodohkan mereka sekali mereka tidak serasi dah lain pula jadinya nanti.” Tuan Roslan takut keakraban kekeluargaan antara mereka boleh berantakan hanya kerana ketidak serasian Syuhada dan Khairil Qushairy nanti.

“Tapikan bang… kita nie hanya merancang dan Allah yang menentukan segalanya… Saya rasa elok kita buat solat Istikharah malam nie. Kalau cantik petunjuknya kita terima saja hajat kak Rozi tu dan kalau sebaliknya, kita kena menolak dengan cara yang baik tanpa menguris perasaan kak Rozi dan Abang Sahak.” Cadangan yang terbaik yang di katakan oleh Puan Rokiah, sebaik-baik sesuatu keputusan apabila kita tidak pasti adalah dengan meminta petunjuk dan pertolongan dari Allah SWT.

“Hmmm… Saya setuju dengan Cadangan awak tu… kita buat solat kejap lagi, Abang pun harap Allah dapat memberi kita petunjuk dalam masa-masa terdekat ini.” Tuan Roslan menyokong cadangan Puan Rokiah dan dia sendiri pun hampir terlupa yang dengan siapa patut dia minta petunjuk.

################

. Khalijah dan Syuhada baru sahaja selesai membaca yasin bersama-sama dengan Khairil Qushairy, Datin Roziah dan Datuk Sahak dan termasuk pembantu rumah Salimah, Rania pula menjaga Izara kerana dia keuzuran hari ini. Khamis malam jumaat selalunya selepas solat berjemaah mereka akan membaca yasin bersama-sama.

Khalijah terus menyangkut Telekung dan sejadah di tempat penyangkut dan tiba-tiba dari telefonnya terdengar bunyi pesanan ringkas masuk, dia terfikir siapa pula yang menghantar message di malam-malam begini.

Assalamualaikum… Buat apa tu? Khalijah kehairanan siapa pula yang menghantar message kepadanya.

Walaikumusalam… Siapa nie… Awak salah no kut.” Khalijah membalas message itu semula, berkerut-kerut keningnya memikirkan siapakah gerangannya orang yang menghantar message nie. Tiba-tiba telefon dia Khalijah berbunyi tetapi incoming call.

Hello! Assalamualaikum”

“WalaikumusalamSiapa nie?”

“Amboi dah lupa ke? Sayalah Zakuan.”

“Ohh.. Doktor Zakuan ye… Maaf saya lupa nak setkan nama Doktor di dalam contact.”

“Yelah… Sapalah saya nie.”

“Bukan macam tu, lepas dapat no nie saya terlupa nak setkan dalam contact. Maafkan saya.”

“Tak pa… Saya bergurau sahaja.”

“Buat apa tu? Busy ke?… Maaf kalau saya menganggu.”

“Tak adalah, tak busy pun.”

“Ok… I just want to remind you about our dinner this Saturday.”

“Ohh… InsyAllah saya tak lupa… So kita nak jumpa di mana ya.”
“Saya datang ambil awak di rumah.”

“What?”

“Kenapa?… Dah saya nak bawa keluar anak dara orang… So kenalah minta izin dengan kedua orang tuanyakan”

“Betul… Tetapi saya tak mahu nanti parent saya salah anggap pula… Sebab sebelum nie saya tidak pernah bawa mana-mana kawan lelaki datang ke rumah.”

“Tak apa… katalah saya ni bakal teman lelaki awak.”

“Ish… Jangan main-main Doktor… Nanti mereka betul-betul percaya… Matilah saya.”

“Ehh… Kalau betul apa salahnyakan… Hahaha”

“Tak apalah… Doktor bagi tahu saja di mana doktor nak makan so saya jumpa Doktor di sana.”

“Nope! Saya tetap nak minta izin dengan kedua ibu bapa Khalijah… Nanti message saya address rumah Khalijah… Jangan hampakan saya tau.”

“Wow! Berat nie… Biar saya beritahu Mummy dengan Papa dulu ya… Saya takut nanti kena heart attack pula mereka.”

“Tak kisah terpulang… Yang penting saya dapat keizinan dari kedua orang tua Khalijah.”

“InsyAllah.”

“Oklah… Saya nak siapkan report nie… shift saya dah nak habis nie. Jangan lupa message saya address tu… Saya tunggu.”

“Laa… Dekat hospital lagi… Ya sekarang juga saya bagi… Assalamualaikum.”

“Iya… Dah nak habis dah… Oklah Walaikumusalam.”

Khalijah memandang telefonnya dan mengeluh dan kemudian sebelum terlupa dia setkan nombor doktor Zakuan di dalam phone contact. Kepala dia terus jadi pening dengan permintaan Doktor zakuan tidak di sangkanya pula yang Doktor Zakuan bolehkan sampai ingin datang berjumpa dengan Datuk Sahak dan Datin Roziah untuk meminta izin keluar dengan Khalijah.

“Wei! Sapa tu aku dengar kau sebut-sebut Doktor tadi tu.” Syuhada bertanya sesudah keluar dari bilik air.

“Doktor Zakuanlah… Dia ingatkan aku jangan lupa pasal dinner tu… Tetapi masalahnya dia nak datang jemput aku di rumah.” Khalijah sudah seperti cacing kepanasan kerana dia tidak tahu bagaimana hendak memulakan kata dengan Datin Roziah dan Datuk Sahak nanti.

“Mak aihh… Gentleman sungguh Dotor zakuan kau tu, Ija! Aku rasa dia memang suka dengan kaulah ja.” Syuhada melompat duduk di atas katil kerana tidak sangka keberanian Doktor Zakuan untuk datang ke rumah, pada hal ini adalah pertama kali mereka akan keluar berdua.

“Gentleman lah sangat kau nie... Pepandai je mulut kau kata dia sukakan aku.” Khalijah berkata sambil menolak bahu syuhada kerana dia benggang Syuhada berkata begitu.

“Yelah… Kau bayangkan… Bayangkan sekarang…” Syuhada mengusik Khalijah dan menyuruh Khalijah membuat gaya sedang membayangkan sesuatu.

“Chait… Banyaklah kau punya bayang.” Khalijah marah dan menolak bahu Syuhada.

“Hahaha… Ok kau bayangkan, Dia yang ajak kau pergi dinner dah tu dia sendiri nak datang jemput kau plus dia sanggup nak jumpa dengan Mak Long dan Pak Long tu… Tak gentleman namanya itu.” Syuhada berkata dan dia boleh nampak mengenai keberanian dan kesungguhannya Doktor Zakuan itu.

“Argghh… Woi Da!… Tolong aku macam mana nak cakap dengan Mummy nie… Kau rasa mummy izinkan tak?” Khalijah sedang berfikir macam mana cara untuk menyampaikan hal ini kepada Datin Roziah, pertama kali juga adanya seorang lelaki yang berani untuk datang kerumah dan ingin bertemu dengan kedua orang tuanya semata-mata untuk mengajaknya keluar.

“Kau cubalah dulu tanya Mak Long dengan Pak Long… Kalau dia orang ok… Apa kau nak susahkan… Tapi rasa aku dia orang mesti ok punya… Sebab Doktor Zakuan kau tu berani untuk bertemu dia orang tau. Percayalah cakap aku.” Syuhada cuba menenangkan Khalijah yang kerisauan dan tidak tidak tahu adakah kedua orang tuanya mengizinkan ke tidak.

Dengan langkah Bismillah Khalijah keluar dari bilik dan terus turun ke tingkat dua untuk ke bilik Datin Roziah dan Datuk Sahak, tetapi kedua ibu bapanya ada di ruangan keluarga menonton tv bersama dengan Khairil Qushairy. Dia menceritakan satu persatu kepada kedua orang tuanya dan dia tidak sangka kerana Datuk Sahak mengizinkan Doktor Zakuan untuk datang berjumpa dengannya. Sebenarnya Datuk Sahak memuji di dalam hati keberanian anak muda itu datang bertemunya untuk meminta keizinan membawa keluar Khalijah tetapi tidak di tunjukkan di hadapan Khalijah kerana dia hendak melihat sendiri perwatakan Doktor Zakuan yang di perkatakan oleh anaknya itu.

###############

Seperti yang telah di janjikan selepas maghrib Zakuan akan datang untuk menjemput Khalijah dinner di luar. Khalijah berdebar menunggu dan dalam hatinya turut kerisauan bagaimana penerimaan keluarganya bila Zakuan datang, dia berharap kedua orang tuanya tidak memikir terlalu jauh dan tersalah anggap di atas kehadiran Zakuan nanti. Bagi khalijah dia hanya sekadar hendak membalas jasa Zakuan dalam membantunya tempoh hari dan dinner ini pun kerana idea dari Zakuan sendiri.

“Dah siap ke?” Syuhada bertanya kepada khalijah sambil dia bermain-main dengan Izara di atas katil.

“Dah… Tunggu mamat sorang nie lah… katanya bila dia dekat nak sampai baru dia bagi tahu.” Khalijah berkata sambil duduk bersandar di kepala katil dan mengadap Izara di layan oleh Syuhada.

“Sabarlah… Macam nak tunggu pengantin lelaki sampai… Gabra tak sudah.” Syuhada berkata dan ketawa.

“Hampeh berayun kau Hada… Banyak kau punya pengantin… Aku nie cuma nak membalas jasa dia menolong aku hari tu… Tapi dia demand terlebih lah pula.” Khalijah berasa geram dengan usikan terlampau Syuhada, Dia memang tidak pernah terfikir terlebih jauh mengenai permintaan Zakuan dan yang dia tahu ini sekadar membayar pertolongannya sahaja.

“Habis yang kau setuju tu kenapa… Cuba kau kata kau belanja dia break time dekat kantin hospital tu je… Kan ke senang.” Ada benarnya kata-kata Syuhada itu dan dia sendiri pun tidak terfikir sebelum itu.

“Tulahkan… Benggong jugak aku nie… Kenapalah hari tu aku tak cakap macam yang kau cakapkan nie.” Syuhada menggaru kepalanya yang tidak gatal, naik senget tudungnya.

“Lahhhh… Baru hari nie ke kau tau kau tu benggong… Hahahaha Ija! Ija!... Dah tak payah kau nak buat muka ayam berak kapur kau tu… Ambil handbag kau tu dah jom turun bawah.”Syuhada mentertawakan Khalijah, kelam kabutnya tidak sudah.

“Aku tunggu dia message aku dululah.” Khalijah berkata.

“Samalah juga…Tunggu je lah dekat bawah… Dah jom aku pun nak turun… Sayang Mak Chu mari kita turun… Kita tengok bakal Pak Su… Kejap lagi dia sampai.” Syuhada berkata kepada Izara dan terus mengangkat Izara untuk di bawa turun.

“Hada! Ada juga handbag aku nie masuk mulut kau karang.” Khalijah benggang dengan usikan Syuhada.

“Hahahaha… Relax brader… Brader relax.” Syuhada memujuk Khalijah dengan menyanyikan sebaris lagu Imuda dan Art Fazil.
“Banyaklah kau punya relax.” Khalijah membebel dan tetap juga mengikut Syuhada untuk turun ke tingkat bawah dan menunggu Zakuan di ruang tamu.

Tidak lama Khalijah menunggu di ruang tamu Zakuan menelefonnya dan mengatakan dia sudah ada di depan pagar. Khalijah menekan remote untuk membuka gate dan membiarkan Zakuan memandu masuk keretanya ke dalam kawasan banglo Datuk Sahak. Datuk Sahak dan Datin Roziah sudah sedia menunggu kehadiran Zakuan sebelum itu mereka melayan tv di ruang tamu yang di sediakan untuk tetamu. Khalijah menunggu Zakuan di hadapan pintu… kelihatan di belakang kereta Zakuan ada kereta lain yang masuk sama, rupa-rupanya Khairil Qushairy yang baru pulang. Di sebabkan hari ini hari sabtu jadi petang tadi khairil Qushairy keluar untuk bermain tennis bersama-sama dengan Zakrul dan Fadli dan selepas itu dia terus ke masjid untuk menunaikan solat maghrib.

“Assalamualaikum.” Zakuan keluar dari kereta dan menghulurkan salam kepada Khairil Qushairy.

“Walaikumusalam… Cari siapa nie?” Khairil Qushairy bertanya kerana dia hairan tiba-tiba ada jejaka yang datang kerumahnya.

“Saya Zakuan… Saya datang sebab hendak ambil Khalijah… Saya nak ajak dia dinner malam nie.” Zakuan memperkenalkan dirinya dan memberitahu tujuannya sekali bertandang ke banglo itu.

“Ohhh.. Ya.. Ya.. Ija ada beritahu semalam… Haa.. Jemputlah masuk dulu Saya Abang sulung dia Khairil Qusyairy panggil Khairil sahaja.” Khairil Qushairy mempelawa Zakuan masuk ke dalam rumah. Khairil Qushairy sempat memerhatikan Zakuan atas kebawah dan dari pada penampilan Zakuan yang kemas dan cara dia menegur Khairil Qushairy pun nampak seperti dia tahu menghormati orang lain, tetapi Khairil Qushairy tidak mahu mudah mempercayai hanya dengan sekali kenal.


Zakuan di perkenalkan oleh Khalijah kepada Datuk Sahak dan Datin Roziah. Mereka berbual mesra tetapi tidak dapat duduk berbual terlalu lama kerana mereka hendak keluar, Datuk Sahak mempelawa Zakuan untuk datang bertandang ke rumah mereka lagi apabila dia ada kelapangan. Datuk Sahak berasa selesa dengan Zakuan dan dia seperti menyukai peribadi Zakuan. Khalijah ada berbisik dengan Syuhada yang dia takut Datuk Sahak dan Datin Roziah benar-benar menganggap Zakuan adalah teman istimewa Khalijah.

Monday 21 October 2013

Adakah ini takdirku 23

Janji telah terpatri cincin pun sudah di beri sebagai pengikat tanda dia sudah berpunya dan dua bulan lagi majlis perkahwinan Syafika dan Sufian akan berlangsung manakala di sebelah keluarga Sufian pula majlis menyusul seminggu selepas itu. Pada pertemuan kedua-dua keluarga juga telah bersetuju mengenai duit hantaran dan berapa dulang yang mereka perlu untuk balas membalas nanti. Syuhada gembira kerana dia akan bakal mendapat Abang ipar dan keluarganya bakal berkembang.

Keluarga Sufian juga berasa seronok bertemu dengan sebahagian besar keluarga Syafika dan mereka berasa selesa dengan kemesraan itu. Syafika memperkenalkan Syakina dan Syuhada kepada bakal mertuanya, dan kebetulan syuhada sedang memegang Izara.

"Ohhh... Adik Ika nie sudah berkahwin rupanya." Puan Rosni bertanya sambil mencuit pipi Izara yang terlentok di bahu Syuhada.

" Ehhh... belum lagi Makcik... Anak abang sepupu saya nie, dia manja sikit dengan saya." Syuhada cepat-cepat memperbetulkan pertanyaan Puan Rosni itu.

“Ini cucu ke tiga saya.” Datin Roziah berkata selepas terdengar pertanyaan Puan Rosni tadi, Puan Rosni sudah pun berkenalan dengan Datin Roziah itu dia di perkenalkan oleh Puan Rokiah sendiri.

"Laaa.. Iya ke?.. Maafkan Makcik." Puan Rosni berkata dan dia tidak sangka jangkaan dia tu salah rupanya.

"Aihhh.. Jatuhlah saham mak Chu." Syuhada berkata sambil tersenyum. mereka yang berhampiran pun turun tersenyum. Kebetulan Khairil Qusyairy masuk ke dalam rumah dan Datin Roziah sempat memperkenalkan Khairil Qushairy kepada Puan Rosni.

“Haa.. ini Papa Izara.” Datin Roziah berkata dan menunjuk ke arah Khairil Qushairy dan dia hanya tersenyum memandang Puan Rosni.

“Mana satu Mama dia.” Tiba-tiba Puan Rosni bertanya.

“Emaknya sudah meninggal, kemalangan semasa dia berumur dua bulan.” Datin Roziah berkata sambil memandang Izara.

“Innalilahiwailaihirojiun… La kesiannya dia… patutlah rapat semacam dengan makcik dia.” Puan Rosni berkata sambil mengusap kepala Izara, dia berasa sayu dan terharu dengan nasib Izara kerana kehilangan Ibunya di usia yang terlalu mentah.

“Ada anak perempuan saya lagi dua orang… tapi Izara jarang berjumpa dengan mereka sebab keluar awal pagi dan balik dah malam… kalau jumpa pun weekend… dengan si Hada nie dia memang selalu jumpa sebab Hada kerja dengan suami saya dan bapa Izara nie… Itu yang senang jumpa selalu.” Terang Datin Roziah, seronok Puan Rosni berbual bersama keluarga Syafika dan Syuhada sehingga terlupa masa sudah panjang berlalu. 

#########################

Kini mereka semua bergotong royong membersihkan pinggan mangkuk dan halaman rumah Tuan Roslan, adatlah setiap kali selepas kenduri banyak benda yang hendak di bersihkan, di kemas dan di atur semula. Rosli Adik kepada Puan Rokiah telah balik ke seremban kerana esok dia ada gotong royong di surau tempatnya dan dia adalah salah seorang AJK surau dan dia terpaksa hadir sama, tetapi Puan Rahimah ibu Puan Rokiah tidak ikut pulang dan Datin Roziah berjanji akan menghantarnya pulang pada esok hari dan Khalidah juga turut pulang awal kerana esok hari dia ada janji temu dan penting katanya,dan yang lain sepakat untuk balik esok hari kerana bukan jauh pun perjalanan mereka.Dalam mereka di luar berbual sambil menguruskan semua di dalam bilik pula Puan Rokiah sedang berbual dengan Datin Roziah. Datin Roziah cuba untuk berbincang tanpa pengetahuan sesiapa dulu mengenai rancangan dia dan Datuk Sahak.

“Apa hal nie kak Rozi.” Puan Rokiah bertanya apabila Datin Roziah tiba-tiba berbisik mengajak dia masuk ke bilik. Sesampai di bilik Datin Roziah terus mengunci pintu dari dalam kerana dia tidak mahu ada sesiapa yang masuk secara tiba-tiba.

“Haa… Sabarlah… Tak payahlah panic sangat muka tu.” Datin Roziah mentertawakan Puan Rokiah.

“Manalah tak panic kak Rozi… Dah tiba-tiba kena tarik macam orang bersalah saja nie.” Puan Rokiah berkata.

“Aihhh… macam nie… Abang dengan Akak ingat nak satukan Que dengan Syuhada.” Datin Roziah berkata tapi sebelum tu dia sudah menarik nafas dalam sebelum meluahkan isi hatinya itu.

“Laa… Sampai ke situ sekali Kak Rozi… Biar betul? Dia org tu dah ada kata apa-apa ke?” Puan Rokiah terkejut dengan cadangan Datin Roziah dan dia tidak sangka sehingga beitu sekali permintaannya.

“Tak ada… Tapi Abang kau tu perkenan dengan Hada dan cuba Kiah tengok Izara dengan Hada tu dah macam anak dengan mak pula rapatnya.” Kata Datin Roziah lagi.

“Kiah tak boleh lah nak bagi kata putus macam tu saja kak… Tapi biar Kiah bincang dengan Abang Lan dululah.” Puan Rokiah serba salah dengan hajat kakak sulungnya itu, apa-apa pun suaminya dulu dia kena utamakan dan berhak membuat keputusan.

“Akak tak kisah kalau kamu berdua tak setuju… Tapi akak cuma bercadang sahaja, dan mereka berdua pun tidak tahu menahu pasal hal nie, tu yang akak cakap dalam bilik nie.” Katanya lagi tetapi dalam hati Datin roziah mengharap sangat yang nanti adik dan adik iparnya setuju dengan hajat mereka suami isteri.

“InsyAllah kak… Biar saya bawa berbincang dulu dengan Abang Lan. Kalau ada jodoh antara mereka adalah ya kak” Sekali lagi Puan Rokiah berkata.

“InsyAllah… Akak faham… Kita merancang tapi Allah yang menentukan, tapi memang tak salah kita merancangkan.” Datin Roziah berkata dengan muka mengharap tapi tetap tidak memaksa.
Perbincangan dua beradik itu habis di bilik sahaja, Puan Rokiah tidak kisah sangat dengan hajat kakaknya itu, tetapi apa-apa pun dia kena minta kata putus dari suaminya dahulu, dan dia tidak mahu terburu-buru memberi kata setuju tanpa keizinan suaminya.

Masih gamat rumah Tuan Roslan dengan suara anak-anak dan saudara mara yang masih ada di rumah berbual, bergurau senda memang lazim bila berkumpul, ada sahaja cerita yang hendak di bualkan.

“Nie cicit anyang nie kenapa tak tidur lagi nie.” Rahimah bertanya sambil duduk di sebelah Syuhada. Hari ini Izara lagi mengada-ngada dan dia tidak mahukan sesiapa. Hanya mahukan Syuhada sahaja dan sesekali sahaja dia mahukan Khairil Qushairy dan Datin Roziah, bila dia tengah bermain dan Syuhada hilang dari pandangannya, dia mula menangis. Sehingga saudara mara yang lain mengusik dan mengatakan Syuhada ibu angkat Izara

“Dia sudah puas tidur nie tadi nek.” Kata Syuhada sambil memandang Izara yang sedang meniarap dan leka mengigit permainannya. Rahimah mengangkat Izara dan cuba berbual-bual dengan cicitnya itu.

“Izara… Cicit Anyang bila nak tidur?” Izara leka juga mengigit mainan lembut yang mengandungi air di dalamnya sehingga meleleh air liurnya. Gusinya sudah mula gatal-gatal dan dua batang gigi atasnya sudah pun tumbuh.

“Hahaha… meleleh air liur haa.. habis pipi tu dek air liur.” Kata Rahimah lagi, Syuhada, Khalijah, Datin Roziah dan Puan Rokiah yang ada di situ pun turut tertawa melihatnya.

“Bak sini mak Su punya.” Khalijah mengusik Izara dan di tariknya dari tangan Izara mainan itu. Izara mula merenget.

“Ija! Cuba jangan di usik anak tu.” Datin Roziah menegur. Khalijah memang suka sangat mengusik Izara, dia geram dengan kecomelan anak buahnya itu.

“Bucuk Mak Su… Izara!.. Izara!” Khalijah memanggil Izara sambil mengoyang-goyangkan mainan itu di hadapan Izara, dan Izara cuba untuk mendapatkan sehingga terangkat-angkat kakinya. Syuhada menarik bantal yang memang ada terletak di atas karpet sebelah tilam kecil Izara dan di merebahkan dirinya sambil mata menonton tv.

“Hada… Kau dah mengantuk ke? Kalau mengantuk kau pergilah tidur… Izara nie biar aku bawa masuk karang.” Khalijah menegur Syuhada setelah melihat Syuhada baring mengiring di atas karpet sebelah dia.

“Tak lah… saja baring sambil tengok tv nie… kau macam tak kenal aku nie macam manakan.” Kalau di rumahnya sendiri Syuhada memang suka menonton tv sambil berbaring.

“Ija bagi Abang Izara tu biar abang bawakan dia tidur.” Tiba-tiba Khairil Qushairy datang ke ruang mereka menonton tv.

“Karang dia menangis cari Hada macam mana.” Khalijah pula berkata, dia yang risaukan lebih Izara menangis.

“Apalah kau nie Ija… tentu-tentu itu papa dia… mestilah dia ok.” Syuhada pula berkata, Syuhada sudah pun duduk bersila setelah dia ternampak Khairil Qushairy masuk ke ruang menonton tv tadi.

“Entahnya Ija nie… lawak sontorian pula.” Khairil Qushairy pula berkata.

“Biarlah dia tidur dengan Hada dan ija tu… dah berapa malam dia tidur dengan budak berdua nie, karang meragam dia mencari Hada., Tak pasal2 mengetuk pintu Mak chu dia tengah-tengah malam.” Puan Rokiah pula menegur, dia perasan keakraban antara Izara dan Syuhada dan dia perasan juga cara pandangan Khairil Qushairy terhadap anaknya, Kerana dari kata Datin Roziah yang Datuk Sahak dapat tangkap beberapa kali Khairil Qushairy mencuri pandang Syuhada dan mereka tidak pasti adakah Khairil suka syuhada lebih dari seorang sepupu.

“Nanti menyusahkan Hada sahaja… tengok dua hari nie saja dia dah tak mahu dengan sesiapa kecuali saya dan Hada… Nanti kesian mummy bila kami pergi kerja.” Katanya lagi serba salah.

“Alah… dia cuma bila nampak Hada sahaja dia macam tu… tapi kalau dah tak nampak nanti dia ok lah tu.” Sampuk Datin Roziah pula.

“Iyalah… Anak Papa nie suka nak susahkan Mak Su diakan.” Khairil Qushairy berkata selepas itu dia terus duduk di sebelah Rahimah.

“Kamu nie Que… tak ada ke terfikir nak carikan Ibu kepada Izara nie.” Tiba-tiba Rahimah berkata sambil menepuk peha Khairil Qushairy manakala khairil Qushairy seperti tersentak dan memandang ke arah Datin Roziah dan gayanya seperti bertanya adakah Datin Roziah ada berkata atau bercerita dengan Rahimah, Tetapi Datin Roziah mengangkat bahu dan mengelengkan kepalanya menandakan seperti dia tidak berkata apa-apa.

“Hmmm… buat masa nie biar dululah nenek… Izara nie masih kecil dan saya pun mampu untuk membesarkan dia.” Katanya sambil merenung Izara yang melonjak-lonjak apabila di agah oleh Rahimah.

“Ketika dia kecil nie lah nak carikan ibu untuk dia… Jadi dia mudah rapat.” Rahimah berkata lagi.

“Tapi saya tak pastilah nenek… Sekarang nie mana ada orang perempuan tu ikhlas nak kahwin dengan orang duda dan sanggup menerima anaknya.” Itulah satu perkara negative yang selalu bermain di fikiran Khairil Qushairy.

“Itu pasal kamu kena cuba… Tak pun suruh saja mummy kamu tu carikan untuk kamu.” Khairil Qushairy tidak dapat memberi apa-apa alasan lagi.

“Nantilah Nenek… InsyAllah kalau saya rasa saya nak carikan Ibu untuk Izara saya bagi tahu Mummy.”Kata Khairil Qushairy sambil memandang kepada Datin Roziah. Datin Roziah Cuma tersenyum sahaja melihat cara pandangan Khairil Qushairy itu, tahu sangat olehnya yang Khairil Qushairy tidak selesa dengan apa yang di katakan oleh Rahimah.

#######################

Syakina dan Syafika sudah memulakan perjalanan pulang, seorang ke Perak dan seorang lagi ke Pulau Pinang. Datin Roziah dan Datuk Sahak akan bergerak ke seremban selepas zuhur nanti. Manakala Khalijah akan membawa pulang Salimah dan Rania tetapi sebelum itu dia hendak ke Putrajaya dulu untuk mengambil barang dari rakan sekerjanya. Syuhada terpaksa menumpangkan Khairil Qushairy kerana semasa Khairil Qushairy datang, dia datang bersama Datuk Sahak keretanya di tinggalkan di rumah. Di sebabkan dia terpaksa menumpang Syuhada jadi dia terpaksa menelefon Zakrul sahabatnya untuk cancel datang ke majlis pertunangan adiknya itu.

“Rul… Aku ingat aku tak dapat datanglah ke majlis adik kau karang.”

“Kenapa pula?”

“Aku masih di bangi nie dan aku pun tumpang adik sepupu aku balik nie nanti.”

“Laa… ye ke? Kau ajaklah sepupu kau tu datang sini sekali… Apa susah.”

“Ehhh… Nanti susahkan dia pula… Dengan anak aku lagi.”

“Kau tanya lah dia dulu… Woi aku pun dah lama tak jumpa anak kau tu… kedekutlah kau nie… Hahahaha”

“Oklah… Aku tanya dia dulu… Tapi aku tak janji tau.”

“Kau cubalah… geng kita semua datang tau… bila lagi nak jumpa.”

“Ok...Ok... InsyAllah… I’ll try my best.”

Syuhada terdengar perbualan Khairil Qushairy semasa dia sedang bercakap dengan Zakrul di telefon. Kebetulan Syuhada hendak ke keretanya untuk menyimpan beg baju dan barangan Izara.

“Hmmm… Hada! Mmmmm…” Khairil Qushairy serba salah untuk memulakan cerita bagaimana hendak memberitahu mengenai jemputan sahabatnya itu.

“Haa… Ada apa Abang Que? Tiba-tiba gagap nie.” Syuhada bertanya dan ketawakannya.

“Oklah… Begini kawan Abang, Zakrul ada menjemput Abang untuk ke majlis pertunangan adiknya hari ini, mula Abang ingat yang Abang akan balik awal dengan Papa tu yang Abang tak bawa kereta.” Terangnya dan terhenti kerana dia rasa serba salah untuk mengajak Syuhada.

“Dah tu..” Syuhada bertanya.

“Tu Abang ingat nak ajak Hada singgah rumah kawan Abang tu dulu… Itu pun kalau Hada setujulah… Tapi Abang janji kita tak payah pergi lama sangat… Abang Cuma nak jumpa kawan-kawan Abang sekejap.” Katanya lagi, tetapi dia mengharap juga supaya Syuhada setuju dengan permintaannya ini.

“Oklah… Tapi Hada kena tukar baju kurunglah… Takkan Hada nak pergi dengan berseluar jeans nie.” Katanya sambil menunjukkan dirinya.

“Haa.. Iyalah…”Khairil Qushairy tersenyum kerana Syuhada ok dengan Cadangannya.

“Alamak… Abang Que kalau macam tu tolong keluarkan beg baju Izara… Hada nak tukarkan baju cantik sedikit untuk dia.” Syuhada baru teringatkan Izara dan dia menyerahkan kunci kereta kepada Khairil Qushairy.

“Ok…” Khairil Qushairy menyambut kunci yang di berikan Syuhada.

“Laa… Tadi bukan ke Mak tengok Hada dah siap… Kenapa tukar baju kurung pula nie?” Puan Rokiah merasa hairan kerana setahunya Syuhada sudah pun bersiap selepas solat zuhur tadi dan barangan dia sudah pun di masukkan ke kereta.

“Abang Que ajak Hada singgah rumah kawannya sekejap… Katanya kawan adiknya bertunang hari nie.” Terang Syuhada.

“Laa… Ya ke!” Kata Puan Rokiah. Kemudian Datin Roziah datang dan membawa Izara, kononnya untuk menyerahkannya kepada khairil Qushairy.

“Mak Long! Bagi Hada dulu Izara tu… Hada nak tukarkan baju dia.” Syuhada memanggil Datin Roziah.

“Kenapa pula nak di tukar… Mak long baru je tukarkan baju nie haa…” Datin Roziah berkata hairan.

“ Abang Que ajak singgah rumah kawannya… Katanya adik kawannya itu bertunang hari ini… Tu yang dia nak ke sana sekejap.” Terang Syuhada sekali lagi.

“Ishhhh… Budak Que nie… cuba bagi tahu awal-awal… nie anak dia dah siap baru nak cakap.” Datin Roziah membebel. Syuhada mengambil beg Izara yang di letakkan oleh Khairil Qushairy di atas kerusi luar pintu bilik Syuhada dan memberikannya kepada Datin Roziah, Tetapi Izara apabila sudah nampak Syuhada mulalah dia menjerit minta di ambil dan kesudahannya Syuhada juga yang menukarkan pakaian Izara. Setelah semua selesai pukul dua mereka bergerak ke Shah Alam.

“Rul… Aku dekat nak sampai nie.” Khairil Qushairy menelefon Zakrul untuk memaklumkannya.

“Kita park dekat sini je lah.” Khairil Qushairy memberikan cadangan kepada Syuhada sambil matanya memandang kepada Izara yang lena di pangkuan Syuhada. Khairil Qushairy terasa kasihan pula kepada Syuhada kerana seperti menyusahkan dia sahaja.

“ Mana-mana lah Abang Que… janji kereta tak hilang.” Syuhada berseloroh.

“InsyAllah kawasan nie selamat… Abang tahu.” Khairil Qushairy tidak dapat memakirkan kereta di dalam kawasan banglo kedua ibu bapa Zakrul kerana telah di penuhi oleh tetamu yang datang awal dari mereka.

“Ok…”Syuhada menjawab pendek. Khairil Qusyairy keluar dari kereta dan terus pergi ke bahagian tempat duduk penumpang di hadapan dan dia membukakan pintu untuk Syuhada.

“Biar abang dukung Izara nie. Susu dia mana?” Khairil Qushairy bertanya.

“Nie… Hada memang dah siapkan sebotol untuk dia.” Terang Syuhada sambil menunjukkan bekas botol untuk menyimpan susu Izara.

“Ok… Dah jom kita masuk.” Syuhada berjalan beriringan dengan Khairil Qusyairy dan apabila sampai di hadapan pintu pagar banglo itu Zakrul sudah pun menunggu di atas bukit di hadapan rumahnya sambil melambaikan tangannya kepada Khairil Qushairy.

“Assalamualaikum… Apa khabar Daddy?” Zakrul mengusik Khairil Qusyairy.

“Walaikumusalam… Anak-anak kau mana?” Khairil Qushairy betanya kepada Zakrul sambil bersalam dan berpelukan mengalahkan terlalu lama tidak berjumpa. Zakrul sudah mempunyai dua orang anak dan Zakrul juga berkahwin awal daripada rakan-rakannya.

“Ada tadi bermain-main dengan sepupu dia orang… So nie adik sepupu kau ke? Biar betul.” Zakrul bertanya., dan dia seperti tidak percaya yang syuhada adalah sepupu Khairil Qushairy.

“Iyalah… sepupu akulah nie… Syuhada namanya… Aku dari rumah parent dia lah tadi… semalam ada kenduri.” Khairil Qusyairy memperkenalkan Syuhada kepada Zakrul dan mereka berbalas senyum sahaja. Zakrul membawa Khairil Qusyairy dan Syuhada kebawah khemah di mana beberapa rakan Khairil Qushairy sudah ada di situ.

“Woo… Whats up Bro” Nizam rakan Khairil Qushairy bersalam dan berpeluk dengannya.

“Wehh.. kita bukannya teenager lagi… dah bapak budak dah.” Tegur Zakrul. Mereka ketawa beramai-ramai.

“Ni sapa… isteri baru kau ke Khairil?” Nizam bertanya, Nizam tahu yang Isteri Khairil Qushairy sudah meninggal dunia kerana accident, tetapi dia tidak tahu pula kalau rakannya ini sudah berkahwin baru tanpa pengetahuannya.

“Wei! Adik sepupu aku nie… Aku kalau tak ajak dia… jangan harap aku sampai ke sini tau… Sebab aku dari bangi nie tadi. Kereta aku tinggal di rumah.” Khairil Qushairy cepat-cepat membetulkan pertanyaan Nizam.

“Laa… Sorrylah dik… Abang minta maaf…” Nizam memohon maaf kepada Syuhada. Isteri Nizam mempelawa yuhada duduk di sebelahnya manakala Khairil Qushairy pun turut duduk di sebelah Syuhada.

“Ehh… tak pa… tak pa…” Syuhada faham kerana mungkin Nizam sudah lama tidak bertemu dengan Khairil Qushairy.

“Nie Izara anak kau Khairil… Dah besar dah dia… berapa bulan dah nie? Zakrul pula bertanya, Syuhada leka berbual dengan isteri nizam dan Zakrul.

“Dah tujuh bulan dah nie.” Khairil Qusyairy berkata sambil memeluk Izara yang masih lena.

“Kesian dia… Aku tumpang sedih dengan berita kehilangan Isteri kau dulu tu Khairil.” Nizam pula berkata, dia tidak dapat hadir semasa sahabatnya itu kehilangan orang yang tersayang.

“Tak pa… Terima kasih… Dah Allah sayangkan dia.. Aku redha sahaja lah.” Khairil Qushairy berkata tenang, dia sudah boleh menerima kehilangan Kartini sepenuhnya.

“Ehhh… jemputlah makan dulu Khairil… Syuhada…” Zakrul mempelawa mereka makan, lauk sudah terhidang di atas meja bulat di hadapan mereka.

“Ya… Ya… Terima kasih.” Jawab Syuhada, Syuhada mengambil pinggannya dan ingin menyenduk nasi, dan tiba-tiba dia terhenti dan memandang ke arah Khairil Qushairy di sebelahnya.

“Abang Que nak Hada sendukkan ke?” Syuhada bertanya.

“Boleh juga… Thanks Hada.” Khairil Qushairy memang tidak boleh hendak menggunakan tangan kirinya kerana kepala Izara terletak di atas lengannya.

“Ok… Abang nak lauk apa nie?” Syuhada bertanya sambil matanya memandang ke arah lauk di atas meja yang telah tersedia itu.

“ Tak pa… biar Abang ambil sendiri.” Syuhada meletakkan pinggan di hadapan Khairil Qushairy dan kemudian dia meletakkan nasi ke dalam pinggannya. Kemudian dia mengambil beberapa jenis lauk yang di sedikan.

“Hada! Tolong tuangkan Abang air cuci tangan tu sekejap.” Syuhada pun terlupa hendak menyerahkan air untuk mencuci tangan khairil Qushairy. Selepas dia menuangkan air untuk khairil Qushairy mencuci tangan kemudian dia pula mencuci tangannya. 

Dalam mereka semua seronok menjamu selera dan berbual, seorang lagi rakan Khairil Qushairy datang iaitu Fadli dan yang Syuhada tidak sangka Zalina turut ada sama. Mulanya mereka sangka Fadli datang satu kereta dengan Zalina, tetapi rupanya Zalina mengikut kereta Fadli dari belakang kerana dia tidak ingat jalan untuk kerumah ibu bapa Zakrul.

“Ehhh... Khairil tak sangka pula boleh terjumpa you di sini… Hai PA you pun you usung sama?” celupar sungguh cara Zalina menegur.

“PA?” Nizam bertanya dan dia seperti sedikit kehairanan, mungkin dia tersalah dengar dengan kata-kata Zalina itu.

“Yeah! Dia memang adik sepupu aku dan dia juga PA aku… Dia baru balik dari UK study di sana for three years… balik-balik masih belum dapat kerja… Dah tu elok pula PA aku kena berhenti sebab ikut suami dia berpindah. Tu yang aku ajak Hada kerja dengan aku.” Khairil Qushairy menerangkan kepada Nizam tetapi Fadli dan Zakrul memang sudah mengetahuinya kerana mereka selalu berjumpa untuk bermain tennis dan sedikit sebanyak dia tahu juga tentang perkara ini.

“Haaa… Aku ingat kau auta kan aku tadi… Ya lah orang sekarang nie kan ke banyak yang suka pusing-pusing cerita tuk cover diri sendiri… betul tak khairil.” Nizam berkata sambil kening bagi isyarat kepada Khairil Qushairy dan sebenarnya Nizam lebih kepada memerli Zalina.

Zalina menjeling memandang Syuhada, tetapi syuhada tidak memperdulikan pandangan Zalina itu dia sengaja melekakan dirinya dengan berbual dengan isteri Nizam dan sambil itu dia juga ingin menyudahkan makanannya dengan cepat, malas dia nak makan sambil memandang muka Zalina. Sedang elok Syuhada selesai makan tiba-tiba Izara terjaga, Puas juga khairil Qushairy kerana dia masih lagi makan dan tiba2 Izara berpusing dan sedikit merenget serta menarik bajunya. Cepat-cepat Syuhada mengambil Izara dari pangkuan Khairil Qushairy. Hati Zalina sakit apabila memandang cara Syuhada dengan khairil Qushairy tak ubah seperti suami isteri pula. Zalina mudah sakit hati apabila adanya perempuan lain yang rapat dengan Khairil Qushairy kerana dia tidak berpeluang begitu dengan Khairil Qushairy.

“Zalina makanlah… kenapa you diam saja.” Zakrul menegur dan mempelawa Zalina makan. Isteri Nizam pun tidak rasa selesa untuk berbual dengan Zalina kerana lagak bergaya Zalina tu terlebih sangat dah tu bila di tanya jawabnya seperti hendak tidak hendak sahaja.

“Fadli! Aku tengok kau nie rapat dengan Zalina dan selalu juga kau keluar dengan dia… Apa kata kau dua orang nie couple dan kawin saja kan senang.” Tiba-tiba Khairil Qushairy berkata. Zalina terkejut juga apabila Khairil Qushairy sendiri yang berkata begitu.

“Gila kau… Aku dengan Zalina? Kau biar betul Khairil… Tu bakal tunang aku tu nak letak mana… mahu kena cincang aku dengan mama aku nanti.” Fadli berkata sambil ketawa, Fadli bakal bertunang dalam masa-masa terdekat ini, itu pun Mamanya yang mencarikan jodoh untuknya. Kalau tidak dia sibuk dengan klinik veterina sahaja.

“Hahahaha… Dah kena jodohkan rupanya kawan kita nie… kalau tak kau diam sajakan.” Zakrul berkata sambil ketawakan Fadli.

“Aku ingat nak buat surprise dan nanti masa aku nak bertunang tu nanti aku nak bagi tahu… Nie dah Khairil gatal-gatal mulut suruh aku dengan Zalina… sudah tak ada dah surprise aku.” Fadli berkata dan rakan-rakannya tertawakan dia.

“I pun dah ada orang yang I hendakkan lah… Pandai-pandai saja you nak satukan I dengan Fadli.” Zalina sengaja berkata begitu, sebenarnya kata-kata itu lebih di tujukan kepada Khairil Qushairy, Syuhada yang mendengar pun naik geli. Khairil Qushairy buat tak layan sahaja dengan kata-kata Zalina itu.

Sungguh seronok mereka sekali sekala dapat berkumpul beramai-ramai bermacam-macam perkara yang mereka ceritakan, mereka seperti terlupa yang mereka menghadiri majlis pertunangan adik Zakrul, Semasa mereka Khairil Qushairy sampai, perbincangan acara menyarung cincin pertunangan baru sahaja selesai dan kerana itu mereka seronok sangat berbual, sehinggakan Khairil Qushairy terlupa yang dia berjanji dengan Syuhada untuk pergi sekejap sahaja manakala Syuhada pun tidak kisah kerana dia pun ada kawan untuk berbual iaitu isteri Nizam dan isteri Zakrul, Zalina tidak banyak berbual dengan Isteri-isteri rakannya, apabila di di tanya pun dia hanya menjawab pendek dan seperti tidak mahu di ajak berbual lebih kurang macam bodoh sombong.


Setelah tiga jam Khairil Qushairy dan Syuhada di rumah Zakrul, kemudian mereka meminta diri untuk pulang itu pun setelah Izara mula mengamuk tidak selesa. Syuhada terpaksa memberi isyarat kepada Khairil Qushairy untuk mengajak pulang, Rakan-rakannya yang lain pun turut sama meminta diri untuk pulang dan mereka beriringan keluar dari perkarangan banglo untuk ke kereta masing-masing, Rupanya Zalina memarkir keretanya tidak jauh dari kereta Syuhada. 

Terbakar hatinya apabila melihat Syuhada bersama dengan Khairil Qushairy dan membawa anak kecil sekali dan pada pandangannya tidak ubah seperti pasangan suami isteri, kalau orang yang tidak tahu mereka ini sepupu pun mesti menyangkakan yang mereka ini pasangan suami isteri juga, Khairil Qushairy tidak menegur atau bercakap dengan Zalina semasa mereka sudah menghampiri ke kereta.