Sunday 29 July 2012

Adakah ini takdirku 9

Sungguh seronok apabila dapat berkumpul dengan keluarga setelah lama berpisah, tetapi berkumpulnya mereka pada kali ini kerana musibah yang berlaku ke atas Kartini menantu kepada Datin Roziah, Syuhada dan Khalijah merancang akan mengikut Khairil Qushairy pagi esok ke hospital dan malam ini dia hendak rehatkan badan dahulu, terasa kepenatan yang amat.

“Kemetlah cucu nenek nie kena peluk dengan mak su dan mak chu dia.” Datin Roziah sengaja mengusik dan dari tadi dia tengok Syuhada dengan Khalijah bergilir-gilir memegang Izara.

“Mana adalah nenek.. lagi best kena peluklah… kan sayang.” Syuhada mencium pipinya lagi, entah ke berapa kali dia menciumnya pun tidak tahu.

“Tapi elok pulak dia tak meragam nie.. dari semalam dia merengek saja dah tu tidur pun kejap-kejap, dia terasa kehilangan mama dia kut.” Datin Roziah berkata sambil mengusap pipi gebu cucunya itu, hampir bergenang airmatanya sebab kasihankan cucu yang tidak puas mendapat pelukan manja dari seorang ibu.

“Kesian dia kan mak long.”  Syuhada turut berasa sayu. Khalijah pun turut mencium pipi dia, lena sungguh tidurnya dan memang Syuhada perasan yang Izara tidak merenget-renget pun sudah hampir empat jam dia di sini tidak ada pula melihat dia menangis-nangis atau merenget seperti yang di katakan Datin Roziah, mungkin dia terasa keriuhan dan orang ramai di rumah.

“Dah pergi letakkan dia dalam katil dia tu, sakit-sakit pula badan dia karang sebab di pegang dipeluk saja.” Puan Rokiah pula menegur Syuhada.

"Letak dalam bilik mak long ke?” Syuhada bertanya kerana dia tidak tahu dengan siapa Izara tidur.

“Dalam bilik abang Que kau lah, diakan ada papa dia lagi.” Datin Roziah pula berkata, Syuhada bangun dan berjalan perlahan naik ke tingkat tiga, sungguh berhati-hati Syuhada memabawa Izara, Syuhada tidak mahu dia terjaga jadi syuhada menapak perlahan-lahan. Sampai di depan pintu Syuhada mengetuk dahulu pintu bilik Khairil Qushairy.

“Haa.. ohh dah tido dia yer.” Khairil Qushairy bertanya perlahan, mungkin dia pun tidak mahu tidur Izara terganggu.

“Dahhh..” Syuhada menjawab dengan nada sedikit perlahan. Syuhada meletakkan dia di dalam katilnya perlahan-lahan dan elok saja terletak kepalanya di atas tilam dia terjaga sedikit dan perlahan-lahan Syuhada menepuk untuk menidurkan dia, tidak pasal-pasal Syuhada terpaksa berada di dalam bilik tu selama lima belas minit setelah di pastikan dia sudah tidur nyenyak Syuhada meminta diri untuk keluar kepada Khairil Qushairy, dia pun hanya duduk bersandar di katilnya sambil membaca buku sementara menunggu Syuhada menidurkan Izara.

“Thanks Hada!” Khairil Qushairy  mengucapkan terima kasih kerana menidurkan puterinya itu.

“Sama-sama. Ok Hada pun nak tidur dah nie abang Que... Assalamualaikum.” Syuhada sebenarnya berasa segan apabila berada di dalam bilik itu, lainlah jikalau ada kartini.

“Haa.. yelah waalaikumusalam warrahmatullahiwabarakatu.” Panjang jawabnya tapi itu adalah cara menjawab salam yang sebenar yang selalu di lakukan oleh Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w.

 Syuhada merapatkan daun pintu bilik dan melangkah masuk ke bilik Khalijah. Khalijah sudah siap berbungkus dan lampu tidur je terpasang. "sudah lelap ke minah nie?" Syuhada berkata sendiri.

“Lamanya kau.. gie mana?” Khalijah bertanya, kerana nak ikutkan Syuhada yang naik ke atas dahulu tadi sebelum Khalijah.

“Izara tu.. bila aku letakkan je dia dalam katil terus dia terjaga sikit.. so aku tidurkan dia sekejap, yang kelakarnya bila aku berhenti tepuk, dia buka mata dia sikit lepas tu aku terpaksa dodoikan dia sampai dia betul-betul lena, geli pula hati aku tengok macam tidur-tidur ayam pula dia, macam tau aku nak tinggalkan dia tadi.. bertuah kenit tu.” Syuhada bercerita kepada Khalijah dan dia pun turut tergelak. Bukan senang juga hendak menjaga bayi ni rupanya hendak lagi kalau bayi tu sentiasa meragam.

“Aku nak tidur dululah.. mengantuk nie..” Syuhada meminta diri dahulu, sudah tidak terdaya hendak berbual lagi dah.. mata sudah berat habis, terus Syuhada menanggalkan tudung dan meletakkan di meja kecil disebelahnya.

“yelah.. aku pun mengantuk nie.. Assalamualaikum.” Khalijah turut sama sudah kepenatan, dia terus memalingkan badannya membelakangi Syuhada.

“Waalaikumusalam.” Syuhada membalas salam dengan mata terlelap, mengantuk macam mana pun sebelum itu Syuhada tetap membaca dulu Al fatihah, tiga qul, ayatul kursi, selawat nabi, Bismillah dua puluh satu kali dan beritighafar juga, memang amalannya sebelum terlena.

#######################

      “Apalah yang bising-bising kat luar tu?” mata masih tertutup..Syuhada menekup telinganya dengan bantal.. “ehh ada suara baby menangis pulalah, anak sapa nie.. ehh suara kucing neighbour aku ke?” tidurnya sedikit terganggu bunyi bising di luar bilik atau di luar rumah Syuhada tidak pasti. Syuhada terdengar Khalijah membuka pintu dan bertanya. "Ehh tu suara mak long! Laa.. aku ingatkan aku kat London." Syuhada berkata sendiri, terus dia membuka mata apabila terdengar suara Datin Roziah bercakap dengan Khalijah di depan bilik, minah tu lagilah bertanya siap dengan tergaru-garu kepalanya lagi, Syuhada pun turut bangun, dia capai tudungnya dahulu dan berjalan ke pintu, hendak tahu juga apa ke halnya.

“Kenapa nie mak long?” Syuhada bertanya apabila melihat Datin Roziah cuba memujuk Izara yang sedang menangis.

“Macam nielah Hada! Dah dua malam dia berperangai macam nie.” Dia masih mendodoikan Izara sambil berjalan perlahan-lahan dan membawanya masuk ke bilik Khairil Qushairy semula, Syuhada dan Khalijah mengekori Datin Roziah, kemudian Khalijah menawarkan diri untuk membantu Datin Roziah, mungkin dia kasihan melihat Datin Roziah berpulas memujuk cucunya itu.

“Apa kena nie sayang.. sayang lapar ke?” Khalijah cuba memujuk Izara kemudian kelihatan Khairil Qushairy menghampiri Khalijah dengan menghulurkan botol susu, mungkin dia kelaparan tapi Izara menolak dan dia tetap menangis. Tangisannya tidak terlalu kuat seperti kesakitan lebih kepada seperti merenget tetapi boleh nampak sangat dia seperti merindui Kartini, kasihan sungguh Syuhada melihatnya. Syuhada pula menawarkan diri untuk memujuk Izara setelah melihat Khalijah juga tidak berjaya memujuknya.

“Kenapa sayang mak su nie? Rindu mama dia ye?” Syuhada cium pipinya, kasihan sungguh Syuhada padanya..Dia cuba mendodoi dan memujuknya, kemudian Syuhada mengambil botol susu di tangan Khalijah dan cuba memberinya susu, syukur Alhamdulillah dia menerima susu tu, agaknya sudah lapar sangat dan kepenatan menangis kut.

“Ehh.. dia nak minum! Dah lapar lah tu.” Khalijah pula menegur.

“Yelah dah menangis dari tadi.” Khairil Qushairy pula menambah, dia hanya memandang ke arah Izara.

Syuhada terus membawa dirinya duduk di tepi katil Khairil Qushairy sambil memangku Izara menyusu, Datin Roziah dan Khalijah juga turut duduk di katil manakala Khairil Qushairy duduk bersandar di sofa. Masing-masing mengantuk jadinya tetapi kerana Izara mereka sanggup menunggu bersama. Khalijah merebahkan badannya di atas katil Khairil Qushairy, ikut suka dia sahaja nak landing.

 “Burkkk..” kuat bunyi sendawa Izara setelah Syuhada mengosokkan belakangnya. Syuhada ikut apa yang Datin Roziah ajarkan kepadanya sebentar tadi, katanya selepas bayi di susu kita kena letakkan dia di bahu dan gosok perlahan belakangnya sehingga ianya sendawa. Syuhada dan Datin Roziah bepandangan dan tersenyum. Izara sudah lena pun dan Khairil Qushairy bangun perlahan-lahan dan cuba mengambil Izara dari pegangan Syuhada, Izara mengeliat dan cepat-cepat di peluk oleh Khairil Qushairy, tetapi belum pun sempat di letakkan di dalam katilnya Izara menangis semula, mereka serentak memandang kearahnya.

“Mak long rasa dia nak kamu peluk tak Hada? Cuba kamu ambil dia balik.” Datin Roziah memberi cadangan kerana tadi dia melihat Izara diam bila di dalam pegangan Syuhada. Syuhada bangun dan mendapatkan Izara semula.

“Shhh.. Shh.. Mak su ada nie.” Syuhada cuba memujuk Izara dan ternyata dia diam semula.

“Abang Que biar Hada bawa dia tidur dengan Hada je lah.” Syuhada meminta izin daripada Khairil Qushairy. Dia memandang Datin Roziah, manakala Datin Roziah menganggukkan kepala mengiyakan supaya Khairil Qushairy mengizinkan sahaja.

“Ehh..  tak menyusahkan Hada ke nie?” Khairil Qushairy serba salah untuk melepaskan anaknya kerana dia tidak mahu kerana anaknya, nanti menyusahkan orang lain.

“Tak palah, anak buah Hada juga.. abang bagi barangan dia dekat Ija.. Hada bawa dia masuk dulu yer.” Syuhada berpaling untuk membawa Izara masuk ke bilik Khalijah.

“Terima kasih Hada.. abang tak tau nak cakap macam mana dah nie, buat perangai pula Izara nie.” Khairil Qushairy masih dengan muka serba salahnya.

“Dia rindukan mama dia bang.. abang jangan risaulah.. Hada ok.. jangan lupa susu dan nappy dia.” Syuhada terus keluar untuk ke bilik, Syuhada letakkan Izara di  antara dia dan Khalijah, Datin Roziah mengikut sama masuk ke bilik, Syuhada terus berbaring di sebelahnya dan menepuk-nepuknya perlahan, sekejap tu pintu bilik di tolak dan kelihatan khalijah membawa bakul susu dan dibelakangnya Khairil Qushairy membawa bakul nappynya. Cepat-cepat Syuhada bangun dan duduk terasa segan pula bila Khairil Qushairy melihat Syuhada berbaring macam itu.

“Oklah mummy tidur dulu, kamu jangan risaulah Que, Hada tu dah biasa dengan bayi…” Datin Roziah menepuk bahu Khairil Qushairy, dia tahu anaknya serba salah. "Eeehh.. Eeehh mak long aku nie suka-suka dia je kata aku dah biasa dengan bayi, memang aku dah biasa dengan bayi..tapi itu anak sepupu yang lain, aku hanya jaga-jaga sekejap tapi tak adalah bawa tidur bermalam macam nie." Syuhada berkata di dalam hatinya.

“Yelah Abang Que.. nanti apa-apa kita orang panggil lah abang, dah pergi tidur sudah pukul dua pagi nie.”Khalijah menolak perlahan badan Khairil Qushairy kearah pintu, dia tidak mahu Khairil Qushairy serba salah dan dia juga tahu khairil Qushairy pasti kepenatan, malam tidak cukup tidur kerana anaknya meragam dan siang dia ke hospital dudul di sana seharian menunggu Kartini.

“Ok.. nanti apa-apa hal panggil abang Que cepat ya.” Katanya lagi.

“Yess.. bosss..” Syuhada dan Khalijah berkata serentak. setelah Khairil Qushairy ke luar dari biliknya Khalijah mentutup pintu dan terus memadamkan lampu.

Syuhada sudah tidak boleh tahan katuk di mata lagi lalu direbahkan dirinya di sebelah Izara, dia cium Izara dahulu dan dipeluknya Izara. Khalijah memandang dan tersenyum.

“Dah macam anak kau pulak aku tengok.. ye ye kau cium dia..hi..hi..hi..” Sempat lagi tu Khalijah mengusik Syuhada.

“Hei! Shut up you. Aku kesian dengan nasib si comel nie tau.” Syuhada tergelak dan dalam masa yang sama Khalijah turut mengiyakan kata-kata Syuhada.

“Tulahkan.. baru dua bulan dia dapat merasa pelukan mama dia..tup tup terpisah macam nie.. dia lagilah cepat terasakan.” Khalijah berkata sambil memandang kearah Izara yang nampak sudah nyenyak tidurnya.

“Kok iya pun bukalah tudung kau tu dulu mak su oii..” Syuhada hampir terlupa yang kepalanya masih melekat lagi dengan tudung. Syuhada tergelak apabila Khalijah menegur.. Syuhada nie kadang-kadang kalut juga.


Thursday 26 July 2012

Adakah ini takdirku 8

Syuhada memusing-musingkan badan kerana kepenatan duduk selama 7 jam sambil membetulkan tudungnya, tetapi kalau orang selalu kata mengeliatlah hi..hi..hi.. Syuhada mengeluarkan beg di bahagian tempat penyimpanan beg di bahagian atas tempat duduk penumpang, penumpang-penumpang semua sudah tidak sabar-sabar untuk turun,masing-masing kalau boleh hendak cepat berurusan dengan kastam dan lagi cepat selesai lagi cepat boleh keluar dari airport.

“Hada!.. Ija!.. Biar dia orang turun dululah.. biar kurang sikit baru kita keluar sama.” Khairul Azam tidak mahu sama-sama bersesak dengan penumpang lain yang berlumba-lumba untuk keluar tambahan dia ada anak kecil.

Mereka baru saja melepasi pemeriksaan kastam dan sekarang hendak mengambil beg pula, Syuhada rasa mesti sudah ada keluarga yang menunggu untuk menyambut mereka di luar sana.

Keluar sahaja sudah ternampak kelibat Pak Leman dan Khairil Qushairy melambai ke arah mereka. Khairul Qushairy melajukan langkah untuk mendapatkan mereka. Khairil Qushairy dan khairul Azam berpelukan dan bertukar khabar serta Khairul Azam sempat mengatakan simpatinya dan memberi kata-kata semangat kepada Khairil Qushairy, kemudian Khalijah pula memeluk Khairil Qushairy dan dia menangis mungkin sedih melihat Abangnya, Syuhada dan Rohana pun turut melelehkan airmata.

“Hada!.. Ana!.. ok ke?” Khairil Qushairy bertanya, mungkin bila dia melihat Syuhada dan Rohana hanya mendiamkan diri. Sambil tu sempat juga dia mencium kedua anak buah kembarnya.

“Alhamdullilah.. sihat Abang Que.” Syuhada menjawab pertanyaan Khairil Qushairy.

“Sihat Alhamdullilah Abang Que..”Rohana pula membalas. Khairul mula mengambil bagasinya dan di masukkan ke dalam kereta Mercedes yang akan di pandu Pak Leman manakala trolley beg Syuhada dan Khalijah telah di tolak oleh Khairil Qushairy ke kereta BMW X5 nya. Syuhada dan Khalijah akan menaiki kereta Khairil Qushairy manakala Pak Leman akan membawa Khairul Azam sekeluarga. Syuhada terus membuka pintu di bahagian penumpang di belakang, duduk sahaja Syuhada terus menyandarkan kepala dan sengaja melelapkan mata, terasa betul penatnya.

“Amboi!.. mak su oii dah relax terus yek.. nie ada pengikut awak nie..dah menangis nakkan mak su dia.” Terbuntang mata Syuhada apabila pintu di bahagian dia duduk di buka oleh Khalijah dan kelihatan Syafie memandang dengan pipinya masih ada sisa airmata.

“Ish. ish.. Afie nak ikut mak su ke?” Syuhada bertanya kepadanya dan sedang elok Syuhada hendak keluar dari kereta kononnya hendak mendapatkan kepastian dari Rohana dahulu. Tetapi belum sempat kakinya melangkah keluar Rohana sudah berdiri di sebelah Syafie.

“Dia seboleh-boleh nak ikut Hada haa!.. Abang Khairul kata biarkan je daripada dia menangis dalam kereta, Hada tak apa ke?.” Rohana sudah bersuara dahulu sebelum Syuhada sempat hendak bertanya kepadanya.

“No hal lah kak.. Mari sini duduk dengan mak su.” Syuhada menghulurkan tangan untuk menyambut Syafie yang telah di angkat oleh Rohana untuk di berikan kepada Syuhada.

“Mengada-ngada lah Afie nie.. sikit-sikit maksu Hada dia je.. nie Mak chu Ija nie Afie tak sayang ke?” Khalijah mengusik dan mencubit sedikit pipi Syafie.

“Mak Chu!.. it’s hurting me.” Syafie mengosok-gosok pipi dia. Tetapi Khalijah di cubit-cubitnya lagi pipi Syafie, dia geram dengan anak buah dia sorang nie macam lah dia mencubit kuat sangat, kalau kuat mesti dia sudah menangis tadi.

“Dik dah cepatlah naik..kita gerak sekarang.” Kharil Qushairy masuk ke bahagian pemandu dan menghidupkan enjin kereta, sebelum tu sempat juga dia tersenyum kearah Syuhada.

Khalijah terus membuka pintu di bahagian depan manakala Syuhada mula hendak memasang tali pinggang keledar kepada Syafie, safety first tetapi syafie terus merebahkan kepalanya kepangkuan Syuhada.

“Afie betul ya nak naik kereta dengan pak long nie? Afie nanti jangan nangis kata nak papa dengan mama ya.” Khairil Qushairy memalingkan badan dan sengaja bertanya kepada Syafie.

“Tak lah pak long, Afie nak duduk dengan mak su.. kan afie good boy!” kesudahannya mereka bertiga tergelak mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Syafie, keletah sangat bila bercakap.

Sepanjang perjalanan Khalijah yang banyak bertanya itu ini dengan Khairil Qhusairy manakala Syuhada hanya mendiamkan diri dan mendengar sahaja, Syafie pula sudah di buai mimpi di pangkuan Syuhada. Cuaca di Kuala Lumpur panas terik juga, kalau tak ada aircond di dalam kereta boleh berdenting juga kepanasan di dalam kereta dan Syafie tidak akan tidur lena sebegini.

Sampai di rumah Datuk Sahak kelihatan Datin Roziah dan Puan Rokiah sudah sedia berdiri di depan pintu, sememang mereka menunggu sangat kepulangan mereka semua, tadi pun Datin Roziah ada menelefon Khairil Qushairy dan  bertanya di manakah mereka semua dan apabila Khairil Qushairy mengatakan lagi lima minit akan sampai itu yang mereka sudah sedia berdiri menanti di hadapan pintu.

“Alhamdullilah selamat sampai anak mak haa..” Puan Rokiah memeluk Syuhada dari dalam kereta lagi, dia punya tidak sabar hendak melepaskan, rindu belum sempat Syuhada turun dia sudah memeluk Syuhada dahulu.

“Alhamdullilah mak..” Syuhada membalas pelukan dan menciumnya, Syuhada pun merinduinya. Kemudian perlahan-lahan Syuhada mengangkat Syafie yang lena, memang mengantuk sangat dia nie. Puan Rokiah sempat mencium Syafie kemudian Syuhada pergi mendapatkan Datin Roziah dan bersalam dengannya. Dia pun turut mencium syafie untuk melepaskan rindu kepada cucunya.

“Aik.. nie balik- balik dah bawa anak.. apa cerita nie?” Datin Roziah mengusik Syuhada sambil ketawa, Puan Rokiah pun turut sama ketawa.

“Ishh.. mak long nie.. lawak lebih tu.. tak mo.. tak mo..” Syuhada siap mengerakkan jari telunjuk menandakan tidak dan tergelak dengan usikan dia itu, Khalijah pun sempat juga mengusik Syuhada dan dia memang suka lelebih kalau dah dapat peluang mengusik.

“Hada! Bak sini kak Ana bawa dia ke dalam.” Rohana datang mendapatkan Syuhada selepas dia bersalam dengan Puan rokiah  dan Datin Roziah. Manakala Syana sudah berlari masuk ke dalam mengikut Khairul Azam. Syuhada menghulurkan syafie yang sudah sedikit terjaga tapi mamai-mamai lagi.

“Dah jom masuk dulu.. abah ada dekat dalam tu.” puan Rokiah menarik tangan syuhada untuk mengajak dia masuk dengannya.

“Ehh.. jap mak.. nak ambil bag dulu.” Sapa pula yang hendak bawakan masuk bag tu, takkan lah Encik Khairil Qushairy pula yang nak kena bawakan, kalau Khalijah pasti akan keluar ayat-ayat power mengusik Syuhada pula kalau dia yang terpaksa membawa barang-barang Syuhada..dia sentiasa  ada je modal mengusik.

“Nie bag Ija ke Hada nie?…” Khairil Qusyairy bertanya, dia sudah siap mengeluarkan bag-bag dari boot keretanya.

“Aaa haa.. terima kasih abang Que.. nie Hada punya.. yang tu Ija punya.” Syuhada terus mengambil bagnya.

“Sama-sama.. tak pa Ija punya biar abang angkatkan, Datin tu dah lupa barang dia nie.”Syuhada ketawa... Geli pula hatinya apabila Khairil Qushairy menggunakan perkataan Datin kepada Khalijah, Sempat lagi Khairil Qushairy memerli adiknya.

“Woi! Sempat lagi kutuk Ija kan..” Khalijah tersembul di muka pintu dan mengambil beg di tangan Khairil Qushairy sebelum tu sempat lagi di menampar bahu abangnya.

“Ehh.. Abang ingat kok dah lupa barang nie, tu yang Abang tolong bawakan,mana tau bajet style mak datinkan.” Khairil Qhusairy masih lagi mengusik dan di peluknya bahu Khalijah. Dia pun memang sudah rindu nak bergurau dengan adik bongsunya ini.

“Mana adalah..Ya tu mak Datin Roziah tu tak macam tu pun kan.. Ija teruja sangat nak tengok Izara,tu yang masuk dulu.. cutenya dia Abang Que.” Khalijah tersenyum dan memandang ke arah Syuhada. Syuhada turut tersenyum dan teruja juga hendak melihat baby Izara, Khairil Qushairy cuma tersenyum hambar sahaja bila di sebut nama Izara dan mesti dia teringat isteri yang masih tak sedarkan diri itu kut.

“Assalamualaikummmmm!!..” Syuhada memberi salam sebelum melangkah masuk, yang berada di dalam rumah menjawab serentak, kemudian Syuhada mendapatkan Tuan roslan dan Datuk Sahak, seelok selesai bersalam dengan Datuk Sahak kelihatan Rahimah ibu kepada datin Roziah dan Puan Rokiah keluar daripada bilik.

“Ehh ada neneklah.” Syuhada terus bersalam dengannya dan mencium kedua-dua belah pipinya, Rahimah turut memeluk erat.

“Nenek!!.. “ Khalijah pula mendapatkan Rahimah dan turut memeluk dan menciumnya.

“Tadi Ija masuk tak perasan nenek pun?” Khalijah bertanya kepada Rahimah sambil memaut bahunya.

“Nenek dalam bilik solat maghrib lah.” Ehh betul lah sudah masuk waktu maghrib semasa mereka sampai tadi.

Setelah Syuhada mencium Izara yang ada di pangkuan Datin Roziah, Syuhada meminta diri kepada Datin Roziah dan Puan Rokiah untuk membersihkan dirinya dan kemudian dia hendak bersolat sekali. Syuhada menolak pintu bilik Khalijah, Syuhada menggeleng meliha Khalijah yang terus melompat keatas katilnya sambil mencium bantal kesayangannya.Tidak senonoh betul perangai minah nie lah.

“Ya Allah minah nie.. buruk ehh perangai.. kalah Afie dan Yana lah kau nie.” Syuhada mengelengkan kepalanya lagi dan dalam masa yang sama syuhada turut merebahkan badannya di sebelah Khalijah, terasa leleah apabila melihat katil, terasa seperti dilambai-lambai oleh katil itu.

“Aik.. kata orang tengok dia sendiri landing sama.” Khalijah berkata sambil mengalihkankan badannya sedikit untuk memberi Syuhada ruang untuk berbaring di sebelahnya.

“Woi! Aku bukan kata pasal landing.. kau punya peluk bantal tu buruk sesangat, kalah bebudak.” Syuhada berkata sambil memalingkan mukanya ke arah Khalijah dan dalam masa yang sama Khalijah terus menghempuk muka Syuhada dengan batalnya itu, sempat lagi Syuhada dan Khalijah bergurau, tadi kata hendak bersihkan diri tetapi katil punya pasal boleh tertangguh segala hajat.

“Mak chu! Mak su!” Syana dan Syafie membuka pintu bilik terus dia orang menjerit dan melompat ke atas katil sama, budak berdua nie memang suka menyelit.

“Hai! Apa pasal tak ketuk pintu mak chu haa.” Khalijah bertanya sambil mencubit hidung Syazana.

“Tak ada pun tulis kat pintu ‘SILA KETUK PINTU DULU’.” Syafie pula menjawab dahulu dan tidak padan dengan umur empat tahun.

“Bertuah punya budak, mak chu dia di kenakan macam nie.” Khalijah terus mengeletek Syafie, Syuhada pun turut sama mengeletek Syazana pula, riuh bilik tu dengan tawa kami berempat.

“Laillahaillallah.. Ooi! Bertuah betul makcik-makcik ngan anak buah dia, tadi kata nak mandi dan bersolat, nie boleh lagi berbaring dan bergurau pula.” Tiba-tiba Rohana muncul di depan pintu dan mengeleng dia melihat keletah mereka semua.

Usai Syuhada dan Khalijah mandi serta bersolat mereka turun ke tingkat bawah dan menjamu selera bersama-sama keluarga, ini baru dua keluarga. Riuh sekejap rumah Datin Roziah, makcik pakcik sepupu-sepupu Syuhada belum sempat datang ke sini lagi, mereka masing-masing ada urusan sendiri, selepas mereka semua melawat Kartini di hospital masing-masing terus balik ke rumah dan malam esok baru semua keluarga besar ini akan berkumpul dan akan membuat solat hajat untuk Kartini, kakak Syuhada, Syafiqa dan Syakina juga sampai esok, yelah sorang di penang dan sorang di perak jadi mana hendak apply cuti lagi. Kakak sulung Syuhada Syafika seorang pensyarah di university sains Malaysia dan Syakina pula mengajar di sekolah menengah di Ipoh perak. Kedua-dua kakak Syuhada mengikut jejak kedua orang tua Syuhada iaitu menjadi tenaga pengajar, Tuan Roslan adalah guru besar di sekolah menengah di Bangi Selangor, Puan Rokiah juga seorang guru dan dia mengajar di sekolah menengah juga tetapi berlainan sekolah dengan Tuan Roslan.

###############

Zack dan Zalina hanya duduk memerhati pelanggan yang keluar masuk ke dalam kelab itu, ada yang mabuk kerana berlebihan meneguk alkohol dan ada juga yang khayal terkena dadah. Zalina tersenyum sambil menghembuskan asap rokoknya, hatinya sedikit tenang kerana di atas apa yang berlaku kepada isteri khairil Qushairy. 

Dari dahulu dia mahukan Khairil Qushairy tetapi tidak pernah berjaya, dia juga tahu yang Datin Roziah tidak menyukainya, zalina juga tidak sangka yang Datin Roziah telah mengupah orang untuk menyelidik latar belakang dia, tetapi Zalina hanya membiarkan Datin Roziah. Sekarang dia hanya inginkan Khairil Qushairy dan baginya jika dia tidak dapat memiliki Khairil Qushairy, orang lain juga tidak boleh memiliki Khairil Qushairy. Zalina akan memastikan yang pada kali ini dia akan mendapatkan Khairil Qushairy.
















Tuesday 24 July 2012

Adakah Ini Takdirku 7


Syuhada memasukkan laptop ke dalam beg, barang-barang pun mereka bawa tak banyak, hanya seorang satu luggage, Syuhada melihat sekeliling bilik untuk memastikan ianya kemas sebelum di tinggalkan, Syuhada  jenis tidak suka bilik yang bersepah dan nasib baiklah  Khalijah juga mempunyai sikap yang pembersih macam Syuhad juga. Kawan serumahnya semua ikut ke airport. Mereka naik train je dari waterloo station untuk ke Heatrow airport.

“Ok.. guys kami masuk dulu ye.. nanti apa-apa hal aku info kat kau orang.” Syuhada dan Khalijah meminta diri untuk masuk, semua urusan di kaunter telah selesai dan selepas berbual-bual dalam setengah jam, jadi Syuhada meminta diri untuk masuk ke dalam awal sedikit, biasalah Heatrow airport nie sentiasa busy dan banyak benda nak di check sebelum di lepaskan masuk ke bahagian departure. Nak kena lepaskan body x-ray dah tu scan barang-barang, itu yang buat beratur panjang, tapi yang bagusnya mereka memberi kemudahan kepada warga emas dan keluarga yang mempunyai anak-anak kecil, biasalah kanak-kanak nie bukannya nak duduk diam dan mudah resah .

“Tulah.. take care dear.. ingat kita orang kat sini tau?” Azizah berpesan, Syuhada dan Khalijah mula memeluk kawan-kawan mereka. Dan biasalah airmata nie meleleh juga, pada hal balik sekejap je.. Dah Syuhada nie ratu airmata sikit, asalkan kata berpisah.. airmata kalau tak meleleh mesti bergenang di kelopak mata nie, tu pasal kakak-kakaknya panggil Syuhada si cenggeng.

“Dah janganlah menangis lagi Hada.” Qistina memujuk dan memeluk Syuhada. Kemudian dia memeluk Khalijah, Khalijah turut mengalirkan airmata.  

“Sha! Zee! Balqis! Qistina!.. kami pergi dulu ye.. kau tolong tengokkan bilik kami ye.. aku takut ada penghuni lain yang buat konsert dalam bilik aku tu.” Khalijah sempat lagi berpesan dan melawak, dia nie sedih-sedih pun lawak dia mesti ada. Di UK nie masalah lain tak ada tikus memang banyak hendak lagi dah nak masuk summer time, walaupun rumah kita kemas cantik tapi dia mesti akan buat lawatan, yang geram tu comel pula tikus tu kecik je tak macam tikus rumah yang di Malaysia lagilah mengelikan.

“Ha ah lah.. aku risau kok dia bukan lawatan sambil belajar pulakan..” Syuhada menambah pula dan tersenggeh.

“Dah.. jangan risaulah tak ada dia masuk tu deh..nanti balik kang aku jerit kat lantai tu bagi tau kat cik ‘menti’ tu jangan datang bilik kau orang berdua, sebab tuan bilik balik kampong.” Shazana berkata tapi tangan sempat lagi melepuk lengan Syuhada,ada saja idea dia nak bagi orang tergelak. Syuhada dan yang lain tergelak-gelak. Akhirnya mereka terpaksa juga berpisah, mereka berlambaian dan siap di beri flying kiss lagi, sapa lagi punya kerja si Shazana dan Qistina lah, kesegalan sungguh.

             Selepas enam jam perjalanan dari UK ke Dubai dan selesai pemeriksaan passport Syuhada dan Khalijah terus mendapatkan kerusi yang tidak jauh dari gate untuk penerbangan ke Malaysia senang nanti tak payah lagi nak jalan jauh-jauh dan tercari-cari gate. Tapi sebelum itu Syuhada sempat membeli cookies dan dua botol mineral water untuk mereka, mereka transit di Dubai selama hampir tiga jam, sementara menunggu kemunculan khairul Azam dan keluarga, Syuhada dan Khalijah merehatkan badan dan minda sekejap, di Dubai nie yang menarik adalah melihat manusia bergelimpangan tidur di tepi-tepi laluan hendak lagi bangsa-bangsa asing nie bukan dia orang kisah sangat selamba jer dia orang bentangkan alas dan tidur ada tu tak payah beralas, dia alas dengan beg pun jadi untuk letak kepala dia orang.. memang sempoi sangatlah dia orang nie. 

 “Bah!!..” Terkejut Syuhada dan Khalijah apabila tiba-tiba ada orang datang peluk mereka. Buka aje mata sekali tengok..laa budak kembar nie.

“Hish.. bertuah punya double trouble.. Maksu ingatkan pakwe mana datang peluk tetiba.” Syuhada memeluk dan mencium pipinya, Syafie tersenyum. Syuhada bangun dan bersalam dengan k Rohana dan mereka berpelukkan. Khalijah memeluk Khairul Azam dan melepaskan kerinduan kepada abang keduanya, Khalijah menangis ketika memeluk Khairul Azam, mungkin dia sedih terkenangkan Kartini.

“Dah!.. jangan nangis lagi.. kita tak tau macam mana keadaan kak Tini sepenuhnya sekarang nie.” Khairul Azam memujuk Khalijah, dia memang tahu sangat perangai adik bongsu dia yang manja nie.

“Macam mana Hada.. kamu sihat ke?” Khairul Azam menegur Syuhada pula.

“Alhamdullilah Abang Azam, saya sihat walafiat.”  Syuhada menjawab pertanyaan Khairul Azam. tapi segan-segan juga dia membalas pertanyaan Khairul Azam tadi.

“Apa pasal kau orang berdua nie nampak susut sikit.” Rohana menegur dan Syuhada memandang kearah Khalijah kemudian sama-sama tersenyum, yelah mereka sibuk berlajar dan terkejar ke sana ke sini, makan pun tak lalu nak makan banyak-banyak, makan pun sekadar buat mengalas perut je.

“Kak Ana kurus sikit je..kan nampak cantik adik-adik akak nie, Kalau gemuk kang susah nak bawa badan nie.” Khalijah menjawab dahulu pertanyaan Rohana tadi.

“Ha..ah lah kak, kita tak sampai tahap kering sesangat tak pa kak.” Syuhada pula berseloroh sudahnya tadi sedih-sedih terus jadi ketawa.

“Iyalah tu.. pandai jer nak menjawab dua-dua mak busuk nie kan..” Rohana memang suka panggil Syuhada dan Khalijah begitu.

“Mak chu! Yana nak duduk dengan mak Chu tau.” Syana sudah mula nak memilih dengan sapa dia hendak duduk, macamlah nak naik kereta boleh pilih nak naik kereta sapa, seboleh-boleh dia nak duduk dengan Khalijah.

“Afie nak duduk dengan mak su ye.” Syafie pula dah memegang dan menghayun-hayunkan tangan Syuhada, sudah macam style org bercinta pula tengok si kecik nie punya gaya, tersenyum sendiri Syuhada jadinya.

“Yana! Afie!.. tak boleh sebab dekat tiket dan ada seat number yang tak boleh di ubah lagi." Khairul Azam cuba menerangkan kepada anak kembar sepasangnya ini, apalagi masing-masing mula membuat muka toya.. merajuk lah konon.

“Ngah! Apa kata tempat abang dan kak Ana tu bagi dekat Hada dan Ija dan tempat kita orang biar Abang dan kak Ana duduk..kira kita swap seat lah.” Khalijah memberi idea. Syana dan Syafie terus bertepuk tangan, macamlah papa dia dah bagi kata putus.

“Betul gak tu bang Azam, Afie pun nak duduk ngan mak su kan.” Syuhada pula menyetujui pendapat Khalijah tadi.

“Suka hati kau oranglah, untung kitakan sayang sebab boleh duduk relax dan dating, anak-anak kita dah ada maid.” Khairul Azam tergelak dalam masa yang sama sempat juga dia mengenakan Syuhada dan Khalijah.

“Abang nie..sukakan buat macam nie” Rohana memukul lengan suaminya kerana gurauan yang melampau.

“Kureng asem punya abang.. ada ke kita di katanya maid dia.”Khalijah pun sama melepuk bahu Khairul Azam dan mereka sama-sama ketawa, si kembar nie lagilah suka melompat-lompat. Mereka berdua nie rapat dengan Syuhada dan Khalijah sebab dua tahun sudah lalu, Syuhada, Khalijah serta kawan serumah ada bercuti ke Dubai, tahun lepas pun Khairul Azam sekeluarga datang bercuti ke London, dan pada masa tu dia orang berdua ini tidak mahu berenggang dari Syuhada dan Khalijah.

 Dalam mereka berbual-bual tak sedar rupanya sudah tiba masanya untuk kami menaiki kapal terbang ke Malaysia dan yang bestnya Syuhada dan Khalijah dapat masuk dulu sebab ikut  Khairul Azam dan Rohana, yelah semua kerana adanya dua orang budak comel nie, bukan ke kanak-kanak dan warga emas nie di dahulukan bila nak menaiki pesawat juga.

 Perjalanan selama 6 jam Syuhada tidak begitu memenatkan kerana adanya si celoteh nie bercerita itu ini dan mengajak bermain games dengannya. Manakala Syana lelap di pangkuan Khalijah.. lupa Syuhada nak bagi tahu, semasa semua penumpang sudah duduk selesa dan pesawat belum bersedia untuk memulakan penerbangan, Khalijah ada meminta pertukaran tempat duduk dengan stewardess tadi, dan nasib menyebelahinya kebetulan pesawat pun tidak penuh dan tiga seat sebelah kiri Syuhada pun ada dua kekosongan  jadi Khalijah dapat duduk berdekatan dengan Syuhada. Kaki Syuhada  tidak sabar untuk menjejak bumi Malaysia, rindunya pada keluarga dan negaraku yang tercinta ibarat pepatah Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri macam manapun negeri sendiri juga pilihan Syuhada. Tidak sabarnya ada satu jam je lagi nie.. Syuhada hendak memeluk kedua orang tuanya erat-erat, melepaskan kerinduan yang sudah setahun tidak bertemu mereka.


Thursday 19 July 2012

Adakah Ini Takdirku 6


Hello!” Khalijah menjawab telefon dengan keadaan yang tengah mamai lagi.

Hello! Ijaaa!.. Ijaaa!..” Datin Roziah memanggil nama Khalijah berulang kali.

Aaa.. mummy.. ada apa mummy call nie. Baru pukul 7.30 pagi nie.” Khalijah mengosok-gosok mata sambil memandang kearah jam di dinding manakala Syuhada sudah memalingkan badannya mungkin kerana terganggu dengan suara Khalijah.

Ija dengar sini nak.. kak Tini koma sekarang nie.. dia kena langgar lari..” Datin Roziah berkata dengan sebaknya.

Ya Allah.. bila mummy!” Khalijah terperanjat dan terus tegak badannya sambil mengurut dada, Syuhada terdengar suara Khalijah yang sedikit terjerit pun turut bangun dan memandang kearah Khalijah yang sudah mengalirkan airmata. Apa kena pulak sepupu aku nie, Syuhada berkata di dalam hatinya.

“Baik mummy.. Ija bagi tau Hada dan Ija akan cuba balik secepat yang mungkin.. Assalamualaikum mummy.” Khalijah menutup telefon dan terus di peluknya Syuhada yang dah sedia ada duduk di sebelahnya.

“Ok..Ok.. cuba kau cerita kat aku..” Syuhada cuba menenangkan Khalijah dan Khalijah menceritakan kepadanya pula apa yang telah di sampaikan oleh Datin Roziah tadi. Mereka berpelukan semula. Syuhada dan Khalijah boleh di katakana agak rapat dengan kartini, walaupun mereka tidak selalu bersama dengannya tapi Syuhada dan Khalijah selalu skype dengan dia, Syuhada pun sudah menganggap kartini tu macam kakaknya sendiri juga.

“Ok let’s me survey any airline yang kita boleh dapat either today or tomorrow.” Syuhada terus mencapai laptop dan mencari apa-apa penerbangan yang paling cepat yang mereka boleh dapat. Nasib baik lah Syuhada dan Khalijah sudah habis exam tiga minggu yang sudah, tinggal lagi Syuhada dan Khalijah masih ada baki kelas yang nak kena hadir dan penghujung bulan depan Syuhada, Khalijah dan kawan-kawan semua akan berangkat pulang terus ke Malaysia.

Tok..tok..tok.. bunyi ketukan pintu bilik mereka. Syuhada bangun untuk membuka pintu.. Syuhada tahu itu mesti kawan-kawannya... Adakah tidur mereka terganggu?

“Ehh.. Apa pasal aku dengar suara orang terjerit tadi.” Azizah kepada Syuhada bertanya sambil mengaru-garu kepalanya.

“Kak Tini accident tengah hari tadi waktu Malaysia, kena langgar lari.” Syuhada menerangkan sambil melabuhkan duduk di katil semula.

“Abih tu macam mana keadaan dia sekarang nie?” Qistina pula menerjah dengan soalan lagi.

“Mak long aku kata dia koma,  tadi dia dengan mak long aku bawa Izara pergi check up dan injection yang dua bulan punya.” Syuhada yang menjadi pencerita sekarang nie sambil mata memandang ke arah screen laptop, dalam Syuhada menerangkan kepada Qistina dan Azizah airmatanya turut bergenang lagi tinggal hendak gugur sahaja.

“Abih tu.. macam mana sekarang nie?” Balqis pula bertanya dari belakang Azizah, bertuah betul minah sorang nie terperanjat Syuhada... main tersembul macam tu sahaja.

“Nie aku nak survey tiketlah nie.. kita orang nak dapatkan secepat yang boleh tak kisahlah petang ke, malam ke atau paling lewat pun esok pagi.” Syuhada kena dapatkan juga tiket tu, matanya sempat juga melirik ke arah Balqis dan Azizah yang duduk di birai katil mengadap Khalijah yang tengah bersedih, inilah kawan-kawan yang sentiasa ada bersama walau ketika bersedih pun.

Setelah setengah jam mencari akhirnya dapat juga Syuhada dan Khalijah tiket tapi dengan penerbangan Emirates airlines. Syuhada dan Khalijah akan bertolak dari London pukul 8.30 malam ini juga, memang nasib menyebelahi mereka berdua. Khalijah terus menelefon abangnya Khairul Azam dan Khairul Azam akan mendapatkan kapal terbang yang sama di Dubai nanti. Syuhada dan Khalijah akan bertemu dengan  Khairul Azam dan Rohana di bahagian departure nanti. Penerbangan dari London sampai ke Dubai dalam pukul 6.45 pagi. Dan penerbangan dari Dubai ke Kuala lumpur pula pada pukul 9.30 pagi. Mereka di jangka sampai ke Malaysia dalam pukul 7 lebih.

“Dah Ija kau sarapan dulu, isi perut tu kau karang nak berjalan jauh, nanti perut kosong dah masalah lain pula yang datang.” Azizah mengajak Khalijah sarapan bersama. Syuhada baru sahaja masuk ke dalam bilik air untuk mandi dan lepas tu hendak packing beberapa pakaian untuk di bawa balik.

“Ye..ye.. aku tau.. kau orang jangan risau ok..” Khalijah tahu kawan-kawannya amat prihatin dan dia juga bersyukur mempunyai kawan-kawan begini. Tekaknya rasa macam dah tak berselera lagi bila mengenangkan nasib Kartini, lagi dia sedih nasib anak buah comelnya Izara. tapi tetap di paksa juga tekaknya menerima makanan untuk dirinya juga dan betul apa yang di katakan oleh kawan-kawannya.

“Doa bebanyak ye Ija.. kami tumpang sedih gak dengan berita mengejut nie.” Balqis melabuhkan duduk di sebelah Khalijah sambil tangannya memeluk bahu Khalijah.

“Thanks  guys.. aku appreciate dengan simpati kau orang.” Menitik lagi airmata Khalijah, dia sama saja dengan Syuhada anak bongsu dan manja jadi cepat terasa dan penyedih. Kalau tengok movie atau drama yang part sedih pun boleh menangis tersedu-sedu, emotional terlebih mereka ini.

Usai Syuhada mandi, dia ke dapur untuk bersarapan juga, Syuhada terdengar kawan-kawannya masih memberi kata-kata semangat kepada Khalijah.

“Ija.. jangan macam nie, kita pun tak tau macam mana keadaan kak Tini sekarang nie, kau sedih aku pun sedih tau?” Syuhada risau juga dengan Khalijah kalau tidak ambil makanan betul-betul karang tidak pasal-pasal gastric dia datang.

“Tuangkan aku fresh orange tu sikit Zee.” syuhada tidak lalu hendak meneguk tea atau coffee tekak pun susah nak masuk makanan, Syuhada turut terasa apa yang Khalijah rasakan, dah badan nie mengalir darah dari keturunan Rahman dan Rahimah tambahan Syuhada dan Khalijah memang rapat sesangat.

“Tak kan kau minum nie je Hada? Makan sikit.”Shazana mula menyendukkan nasi goreng untuk Syuhada, nasi goreng tu pun Qistina yang goreng, tak pasal-pasal dia di paksa makan juga. Mereka semua tidak banyak bercakap di meja makan, masing-masing melayan perasaan sendiri seketika.

Syuhada memaklumkan kepada Puan Rokiah melalui telefon yang dia dan Khalijah akan berangkat malam ini juga pulang ke Malaysia. Puan Rokiah ada berkata yang dia juga hendak ke Kuala Lumpur melawat Kartini, jadi Syuhada akan bertemu dengan |Puan Rokiah dan Tuan Roslan di rumah Datin Roziah. kata Puan Rokiah lagi yang keluarga besar Syuhada dan Khalijah akan berkumpul di rumah Datin Roziah untuk membaca Yassin meminta kepada Allah supaya di panjangkan umur Kartini dan di beri kesembuhan kepadanya.




Sunday 15 July 2012

Adakah Ini Takdirku 5

Pak leman ternampak telefon yang tidak jauh dari Kartini dan cepat-cepat mencapai telefon yang tercampak tadi dan dia terdengar suara Que menjerit-jerit hello hello.

“Hello!Que ke nie” Pak leman tahu siapa yang di talian sekarang ini.

“Hello! Pak Leman kenapa dengan Kartini pak Leman.” Khairil Qushairy bertanya dengan kelam kabut, pekerjanya di luar bilik pun terkejut kerana terdengar suara bos nya tiba-tiba terjerit dan menjadi persoalan pekerjanya mereka nampak riak muka bos bukan marah tapi kerisauan dan kekalutan,selama ini mereka tidak pernah berperangai begini walau bagaimana marah sekali pun Khairil Qushairy dengan mereka, dia tak akan meninggikan suara.


“Ya Allah Que! ada orang langgar lari Kartini. Doktor Norehan pun ada sama di sebelah dia nie, kami tunggu ambulans dan polis sampai.” Pak Leman menerangkan tapi sedikit kelam kabut juga, kerana dia turut terperanjat apabila melihat depan matanya sendiri macam mana Kartini melambung apa bila di langgar, dia sendiri masih mengigil kerana terkejut.


“Astghafirullahalazim.. Ya Allah!.. Macam mana Izara pak Leman.” Khairil Qushairy bertanya sambil menangis, dia sudah tidak boleh menahan tangisnya lagi.


“Nasib baik dia di dukung oleh Datin. Tu pun dia menangis sama nie. Que! Ambulans dah sampai nie. Kamu datang dengan Datuk ya, Jangan pula kamu memandu.” Pak Leman sedikit risau kerana dalam situasi terlalu panik macam ini dan boleh mengancam nyawa Khairul Qushairy juga kalau dia memandu sendirian. Khairil Qushairy terus memutuskan talian dan berlari ke bilik Datuk sahak dan dia terus menolak pintu dengan gopoh, Datuk sahak terperanjat melihat keadaan Khairil Qushairy yang masuk tanpa mengetuk pintu tambahan mukanya basah dengan airmata.


“Que! Kenapa nie?” Datuk Sahak berdiri kerana terperanjat.


“Pa!.. Papa!.. Tini kena langgar lari Pa..” Khairil Qushairy mendapatkan Datuk Sahak, dia terus memeluk dan menangis di bahu Datuk Sahak.


“Ya Allah.. dah jom kita pergi sekarang..” Datuk Sahak terus menarik tangan Anak sulungnya yang sudah nampak sedikit lemah perasaannya sekarang ini. Dia memberitahu setiausahanya yang batalkan semua appointment dia dan Khairil qushairy dengan client untuk hari ini dan esok juga. Kadir pemandu syarikat telah menunggu di depan pintu utama. Pekerja-pekerja mereka semuanya terkejut dengan berita yang baru di dengarinya dan mereka tumpang simpati dan tak kurang juga yang mendoakan semoga Kartini selamat.


Datin Roziah tidak henti-henti mengalirkan airmata, Norehan memujuk Datin Roziah supaya banyak-banyakkan bersabar dan berdoa supaya Kartini selamat, nasib baik Izara dah tidur setelah di pujuk, dia lena dalam pelukan Norehan. Datin Roziah di bawa oleh Norehan ke hospital, mereka mengikut ambulans manakala Pak Leman tinggal di tempat kejadian untuk memberi keterangan kerana dia adalah saksi dan dia perlu bekerjasama dengan pihak polis.


“Mummy!” Khairil Qushairy berlari mendapatkan Datin Roziah manakala Datuk Sahak cuba berlari-lari anak sahaja yelah dia pun bukan muda lagi nak berlari laju.


“Que!... Que!.. .m..m..mummy..” Datin Roziah tergagap-gagap tak dapat nak berkata apa-apa yang dia hanya menangis di dalam pelukan anaknya sekarang ini.


“Sabar ye mummy.. Rehan macam mana Tini sekarang nie.” Khairil Qushairy memang teramat sedih tapi dia terpaksa tunjuk kuat di depan Datin Roziah, dia tak mahu Datin Roziah terlalu risau bila tengok dia lemah.


“Mereka tengah mencuba sedaya yang boleh untuk membantu Kartini, so you bawa bersabar ye… doa bebanyak ok.. saya tau you kuat Que.”  Norehan kasihan melihat kesedihan yang jelas terpancar di mukanya walaupun dia cuba sembunyikan, Norehan dan Khairil Qushairy adalah rakan satu sekolah dan perhubungan persahabatan mereka masih berkekalan walaupun masing-masing sudah berkeluarga.


“Awak janganlah menangis saja Rozi.. bagi semangat sikit dekat anak kita tu.” Datuk Sahak berbisik kepada Datin Roziah, Datin Roziah hanya diam dan melentukkan kepalanya di bahu Datuk Sahak. Tiba-tiba pintu kecemasan terbuka dan semua mereka bangun serentak dan terus mendapatkan doktor .


“Macam mana isteri saya doktor?” khairil Qushairy tidak sabar lagi untuk mengetahui perkembangan isterinya.


“Maaf.. saya doktor Suhaimi.. buat masa ini Puan kartini koma dan kami telah cuba sedaya yang boleh, terdapat darah beku di belakang kepalanya dan kami Berjaya mengeluarkannya, tapi semuanya dengan kuasa Allah.. berdoalah bebanyak supaya dia selamat.” Kata doktor Suhaimi sambil menepuk bahu Khairil Qushairy.


“Allahu akhbar!” Khairil Qushairy sayu hati dan kakinya terasa seperti tak boleh nak berdiri tegak selepas mendengar keadaan isterinya dan airmatanya mengalir tanpa dia perdulikan sama ada orang lain melihatnya.


“Bila kami boleh melawatnya doktor.” Tanya Datuk Sahak mewakili anaknya.


“Sekarang nie kami akan tempatkan dia di ward ICU dan selepas semuanya selesai kami akan panggil untuk melawat dia, tapi tak boleh ramai-ramai ya.” Terang doktor Suhaimi lagi.


“Sabar Que.. Bawa bersabar ye..” Datuk Sahak memeluk bahu Khairil Qushairy. Datin Roziah lagilah tak payah nak kata apa-apa, lagi meleleh-leleh airmatanya. Norehan turut mengalirkan airmata melihat kesedihan mereka dan dia memandang sayu kearah Izara yang dalam pangkuannya itu, bagaimanakah nasib anak kecil yang baru nak mengenal dunia dan merasai belaian seorang ibu tapi kemalangan pula.

20 minit kemudian


“Sayang.. maafkan abang kalau abang tahu begini jadinya abang akan ikut sayang ke klinik tadi.” Khairil Qushairy mencium tangan Kartini, dia tak henti-henti mengalirkan airmata melihat tubuh isterinya berselirit dengan wayar dan kepalanya pula berbalut, dia terasa menyesal kerana tak dapat menghantar anak dan isterinya. Tiba-tiba dia terasa ada tangan di bahunya, dia berpaling dan Doktor Suhaimi tersenyum dan menganggukkan kepala.


“Berdoa bebanyak ya.. kita lihat macam mana perkembangannya.. kami tak boleh menjanjikan apa-apa kerana ini semua kuasa Allah.” Doktor Suhaimi sudah biasa dengan situasi begini tiada siapa yang sanggup kehilangan orang tersayang, mereka sebagai doktor berusaha sedaya yang boleh dan kadang-kadang ada yang boleh tersedar selepas berhari-hari koma dan sihat walafiat dan kadang-kadang ada yang tak dapat di selamatkan.


“Saya tak tau nak cakap apa doktor, saya sepatutnya ikut menghantar anak kami, saya tak sangka kenapa kejam sungguh orang yang melanggar dia tu tidak berhenti langsung tapi memecut terus.” Khairil Qushairy berkata dengan suara yang tersekat-sekat kerana menahan sendu.


“Kita serahkan pada pihak polis untuk menyiasat kes nie, Insyallah macam mana pun orang yang melanggarnya pasti akan dapat di berkas.. Tinggal lagi cepat atau lambat sahaja, saya minta diri dulu ye… Insyallah esok kita jumpa lagi.” Doktor Suhaimi meminta diri kerana waktu bertugas untuknya hampir tamat. Khairil Qushairy bangun dan bersalam dengan doktor Suhaimi.

########################


    “Bos! Kami dah buat apa yang bos suruh tapi kami tak taulah bagaimana keadaan dia mati atau hidup.” Joe menyampaikan berita kepada Zalina, mereka kini bercadang melarikan diri ke pulau pinang.


Bagus.. aku akan pastikan sama ada dia mampus atau tidak, kau tunggu saja berita dari aku.” Zalina berkata sambil ketawa terkekek-kekek. Tiada sekelumit perasaan sedih atau kesian di dalam hatinya kini dan yang dia rasa puas hati dan kalau kartini mati lagi dia puas hati.


Baik bos.” Joe turut sama ketawa.


Kau orang kat mana sekarang nie, kalau boleh sembunyikan diri tu dulu.” Zalina memberi arahan kepada Joe dan Daus, Zalina tak mahu mereka tertangkap, kalau tak dengan dia juga yang akan di sabitkan sekali.


Kami dalam perjalanan ke pulau pinang bos. Kami ingat nak menyuruk kat sana je bos, kereta tadi pun kami dah tinggalkan di rumah kosong di klang” Terang Joe lagi.


Ok.. apa-apa hal aku call kau lagi, jangan call aku biar aku je yang call kau orang.. faham!” sebelum sempat Joe membalas kata-katanya Zalina terus menutup telefon. Senyuman di bibir Zalina kini tidak lekang dia rasa seperti ingin meraikan sesuatu jadi tempatnya apalagi ke night club lah, dia mula menelefon kawan-kawannya untuk berparty.

Friday 13 July 2012

Adakah Ini Takdirku 4


“Ala..ala.. cucu nenek nie.. mengeliat saja kerja diakan.” Datin Roziah mencium pipi Izara, dia hendak membawa Izara untuk mendapatkan suntikan dua bulan. Kartini tersenyum sahaja melihat gelagat mertua dan anaknya itu. Si Izara macam faham sangat nenek dia sedang bercakap dengannya, matanya terkebil-kebil sahaja memandang.

“Malam tadi pun dia menangis ya Tini?” Datin Roziah bertanya kerana dia terdengar suara Izara kerap menangis dan lebih galak pula dari malam semalamnya. Datin Roziah tidak meninjau ke dalam bilik anak menantunya kerana dia tahu kalau sesuatu yang serius pasti mereka akan memanggil kedua ibu bapanya.

“Tulah mummy... nak kata lampin basah tidak, nak kata kembung pun tidak, dia cuma nak Tini peluk dia je, macam tak nak berenggang dari Tini.” Kartini terasa sedih tiba-tiba dan dia juga tak tahu kenapa dia terasa sayu bila memandang anaknya, dia terasa macam sesuatu bakal berlaku tapi dia tidak mahu terlalu memikirkan dan bagi dia mungkin kerana keadaan dia yang masih di dalam tempoh berpantang, Kartini tidak mempunyai ibu dan bapa lagi kerana kedua orang tuanya meninggal dunia dalam kemalangan 6 tahun yang lalu dan dia adalah anak tunggal, ibu dan bapanya kawan rapat dengan Datuk Sahak dan Datin Roziah.

“Ehh.. macam tu pula, Nie dah siap ke? Biar mummy dukung dia kamu bawa baby beg tu.” Datin Roziah sudah mengangkat Izara dari katilnya.

“Dah.. jom lah mummy.. Pak Leman mesti dah lama tunggu kut.” Kartini menyandangkan beg kebahu dan menarik pintu biliknya. Tapi sebelum tu dia berdiri di depan pintu dan melihat sekeliling biliknya, dia terasa seolah-olah seperti dia tidak akan menjejakkan kakinya lagi ke dalam bilik itu untuk selama-lamanya.

“Tini!.. Tini!.. kenapa kamu termenung depan pintu macam tu?” Datin Roziah memanggil Kartini dan dia hairan melihat perilaku menantunya yang termenung tiba-tiba saja, tidak tahu apa yang sedang bermain di dalam fikirannya.

“Kamu ok ke tidak nie?.. kalau tak biar mummy saja yang bawa Izara pergi klinik.” Datin Roziah menghampiri  Kartini dan memegang  bahu menantunya itu, dia memang risau melihat keadaan Kartini yang hanya mendiamkan diri bila dia panggil tadi.

“Mmm..ehh.. ok mummy.. Tini ok.. Jom lah mummy.” Kartini tersenyum kepada Datin Roziah dan dia tak mahu membuat mertuanya risaukan dirinya. Dia bersyukur kerana Datin Roziah adalah sebaik-baik mertua baginya, dia melayan Kartini seperti anaknya sendiri.

###########################

   Bos rasanya mungkin kita ada peluang hari ini, dia keluar hari ini bersama Datin dan anaknya.”  Joe memberitahu Zalina melalui telefon. Sudah beberapa hari lelaki upahan Zalina memerhatikan rumah banglo tiga tingkat tu.

Ok.. Aku tak nak kau gagal kali ini.. dan pandai-pandailah macam mana sekali pun kau nak buat janji dia mati.. faham!” Zalina berkata dengan tegas dan dia memang mengharap supaya kali ini rancangan dia berjaya dan bila Kartini dah mati, ini sahaja caranya dia boleh mendapatkan Khairil Qushairy. Hatinya telah benar-benar jahat dan dia tak perdulikan lagi berdosa atau tidak dengan caranya itu.

Lagi satu.. Aku nak kau berdua sembunyi selepas ini.. Aku akan contact kau berdua.. Tapi aku nak pastikan dahulu sama ada betina itu benar-benar mampus atau tidak, kalau misi kau gagal dan jangan harap aku bayar separuh lagi, kau dengar tak?” Zalina berkata lagi.

Yes.. yes boss, kami tahu.” Joe menjawab tergagap-gagap kerana di sergah oleh Zalina. Mereka berdua nie kenangkan kerana duit sahaja yang membuatkan dia sanggup membantu Zalina, nasib baik dia bukan pekerja tetap Zalina kalau tak mesti mereka berdua sudah lama berhenti  berkerja, siapa yang tahan dengan perangai macam singa lapar dan agaknya sebab tu juga tak ada lelaki yang mahukan dia.

Daus terus mengekori dan tidak terlalu dekat dengan kereta Datin Roziah, mereka sudah dua hari mengintip sama ada Kartini keluar rumah ke tidak, dan hari ini adalah rezeki bagi mereka. Dari jauh Daus telah memperlahankan keretanya dan dia nampak kereta itu berhenti di hadapan klinik. Mereka menunggu masa yang sesuai dan mencari peluang untuk melakukan sesuatu.

“Leman kamu turunkan saja kami dekat sini dah tu kamu pergi cari parking dulu, nampaknya tak ada parking depan klinik niekan.” Datin Roziah mengarahkan pemandunya sambil mengangkat Izara dari baby seat dan dia membetulkan topi yang melindungi muka cucunya yang sedang nyenyak tidur.

“Tini.. jomlah.” Datin Roziah memandang ke arah Kartini yang masih kelihatan seperti berkhayal.

“Aaa.. Aahh jomlah.. Terima kasih pak leman kerana tolong hantarkan saya ye, Pak leman terlalu baik dan selalu menolong saya,saya minta maaf jikalau saya ada berkasar sikap atau melukakan hati Pak Leman .” Kartini tiba-tiba berkata begitu dan Leman juga sedikit hairan kenapa tiba-tiba Menantu tuannya berkata begitu selalu sekadar ucap terima kasih sahaja.

“Ehh.. tak pa Cik Tini, dah memang tanggungjawab saya sebagai pemandu keluarga nie.. dah tugas saya pun, lagi satu saya tidak pernah terasa atau berkecil hati dengan Cik Tini.” Leman menjawab dengan hormat dan dia berkata perkara yang benar, selama Kartini berkahwin dengan Khairil Qusyairy belum pernah sekali pun dia di tengking oleh Kartini, malahan sikap kartini sama baiknya dengan anak-anak Datin Roziah.

“Dahlah tu.. Nie leman, saya rasa mungkin dalam setengah atau satu jam kut kami dalam klinik nie.. kalau kamu nak pergi minum dulu pergilah.. nanti saya call kamu.” Datin Roziah berpesan lagi dan dia mula membuka pintu kereta, Izara di rangkul kemas dalam pelukannya.

“Iyalah Datin.. Saya parking kat seberang sana tu, Nampak ada kosong tu biar saya cepat-cepat parking dekat situ, tak pasal-pasal ada orang masuk pula.” Leman tersenyum ke arah Kartini dan Datin Roziah, dia hendak turun membukakan pintu sebelum itu tapi Datin Roziah dan Kartini menahan.

##############################

Di Dalam klinik tidak terlalu ramai pesakit, jadi Kartini dan Datin Roziah tidak menunggu terlalu lama untuk giliran mereka.

“Apa khabar Datin?” Doktor Norehan menghulurkan salam kepada Datin Roziah dan kemudian ke arah Kartini. Doktor Norehan memang kenal rapat dengan Datin Roziah dan boleh dikatakan dia adalah Doktor untuk keluarga Datuk Sahak.

“Alhamdulillah... sihat walafiat.” Datin Roziah membalas salam dan terus duduk begitu juga Kartini dia hanya tersenyum ke arah doktor Norehan.

"Tadi pagi Datuk ada datang ke sini. Datuk ada beritahu saya yang Datin akan datang tengah hari ini." Doktor Norehan memberitahu kepada Datin Roziah.

"Dia ad meeting tengah hari tu yang dia datang awal sikit tadi." jelas Datin Roziah.

“Macam mana dengan kamu Kartini, Nampak macam pucat sikit, kamu tak sihat ke?” Sambil tersenyum Doktor Norehan bertanya kerana dia boleh nampak di muka Kartini seperti orang yang kurang tenaga.

“Saya sihat alhamdullilah, Cuma sehari dua nie hati rasa macam tak berapa nak sedap, mungkin penat dengan kekerapan Izara bangun malam kut.” Kartini berterus terang dengan Doktor Norehan.

“Takpa.. kalau macam tu biar saya check Kartini dulu lah.” Doktor Norehan mula untuk memeriksa tekanan darah Kartini dan semuanya nampak ok dan tiada apa-apa yang merunsingkan.

“Ok.. kamu sihat.. nanti saya tambahkan vitamin untuk kamu ya.” Doktor menulis sesuatu di atas slip ubat dan dia menyerahkan kepada pembantunya.

“Ok.. sekarang giliran si comel pula, Nina ambil baby Izara nie dan tanggalkan pakaian dia, saya nak timbang dia dulu.” Doktor Norehan mengarahkan pembantunya dan dia terus mencuci tangan nya dahulu sebelum menyentuh Izara.

Setelah di timbang dan di periksa keseluruhan badannya serta kesan cucukan BCG nya pun cantik menjadinya dan doktor juga turut membuat sedikit excersice di tangan dan kakinya, kemudian dia mengarahkan pembantunya memakaikan pakaian Izara semula.

“Cantik naik timbangan dia.. naik dua kilo dah.. Nina kamu pegang dia dulu saya nak cucuk dia.” Doktor Norehan menarik kerusi dan mengarahkan pembantunya supaya membawa baby Izara kepadanya. Datin Roziah dan Kartini hanya tersenyum dan melihat sahaja apa yang di lakukan oleh Doktor Norehan.

“Yang nie cucuk untuk apa pula doktor.”Kartini bertanya kerana ini adalah pengalaman pertama untuknya dan dia juga berhak untuk mengetahui jenis-jenis suntikan yang di berikan kepada anaknya.

“Yang nie untuk Hepatitis B Kartini, nanti bila dia cukup tiga bulan pula kita bagi suntikan untuk DPT(Disfteri,Pertusis dan Tetanu) HIB (Haemophilus influenza type B) dan polio.” Doktor Norehan menerangkan serba sedikit kerana dia tahu tak semua orang akan tahu apakah jenis-jenis suntikan yang di berikan kepada bayi mereka.

Kartini dan Datin Roziah hanya mengangguk-anggukkan kepalanya, Datin Roziah pun dah tak ingat apakah jenis suntikan yang anak-anaknya dapat dulu kerana mereka semua sudah besar panjang, dalam masa dia berangan tiba-tiba terdengar suara Izara menangis terperanjat..

“Ala..ala.. kesian cucu nenek.. jahat aunty Rehan kan, sebab cucuk cucu nenek ya.” kemudian Datin Roziah mengambil Izara dari Nina pembantu Doktor Norehan tadi dan memujuk Izara yang menangis terkejut di suntik. Kartini dan doktor Norehan hanya tersenyum melihat gelagat nenek dan cucu itu.

“Terima kasih Doktor.” Kartini menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Doktor Norehan , giliran Datin Roziah pula menghulurkan tangannya. Doktor Norehan membuka pintu dan mereka sama-sama membalas salam.

“Leman.. haa kami dah sudah nie.. kamu dekat mana?” Datin Roziah menelefon Leman sambil kepalanya tertinjau-tinjau dari dalam klinik mencari di manakah Leman berada.

“Datin dah selesai ye? Saya ada parking kereta dekat depan seberang klinik nie, tak ada parking depan klinik lah Datin, kejap saya pusingkan kereta.” Leman mula untuk menghidupkan enjin kereta.

“Tak pa.. saya ke sana.. bukan nak lintas jalan besar pun.” Datin Roziah mematikan telefon dan dia berpaling melihat Kartini, kerana tadi Katini meminta diri untuk ke tandas dan sedang-sedang elok je Kartini pun keluar dari tandas, dia hanya tersenyum, murah betul senyuman menantunya ini.

“Nie leman parking kereta dekat depan tu haa..” Datin Roziah memuncungkan bibirnya kearah kereta, itu pun setelah dia nampak Leman melambai ke arahnya.

Tiba-tiba telefon Kartini berbunyi dan siapa lagi yang telefon kalau bukan suami tercinta. Dia baru sahaja hendak menolak pintu kaca klinik itu dan dalam masa dia menjawab telefon Datin Roziah membawa Izara dan melintas dulu untuk ke kereta, Datin roziah berjalan pantas sebab nanti cucunya kepanasan manakala Kartini melangkah perlahan kerana dia hendak menjawab telefon dahulu. 

“Hello! Assalamualaikum abang.” Kartini menjawab lembut sambil tersenyum, mengalahkan suaminya ada di depan dia di kala ini.

“Waalaikumusalam sayang.. Macam mana dah selesai ke?” Khairil Qushairy bertanya sambil tu dia duduk bersandar di kerusi dan gaya macam orang mabuk bercinta tersenyum-senyum tersengeh-sengeh.

“Dah.. nie baru keluar, pak Leman tu ada dekat depan tu haa.. tengah tunggu dengan mummy, mummy awal-awal lagi nak simpan cucu dia tu takut kena panas. hahahaha.” Kartini menunjuk dengan muncungnya dan macamlah si suaminya tu nampak gayanya itu dan mereka sama-sama ketawa dengan gelagat mertuanya.

“Menangis tak dia kena suntik tadi sayang.” Khairil Qushairy bertanya lagi, dia terasa rugi kerana tak dapat melihat pertama kali anaknya kena suntik mesti cute sangat rasanya bila dia menangis.

“mana boleh tak menangis.. Nenek dia siap pujuk dan kata doktor Norehan jahat sebab suntik cucu dia.” Kartini tergelak-gelak lagi menceritakan apa yang berlaku tadi di dalam bilik Doktor Norehan, Khairil Qushairy pun turut ketawa,  geli juga hatinya tak pasal-pasal doktor Norehan yang kena.


“Abang.. Tini nak minta maaf kalau Tini ada buat salah dengan abang tau.” Kartini sudah bertukar ke nada sayu dan dia teringin sangat nak meminta maaf kepada suaminya.

“Sayang!.. apa nie?.. sayang mana ada salah apa-apa dengan abang, jangan fikir bukan-bukan yaa..dah baik-baik nak melintas jalan tu.” Berdebar juga Khairil Qushairy kerana tiba-tiba isterinya berkata begitu. Kartini leka berbual dengan Khairil dan dia tidak perasan kerana sudah ada yang menanti peluang untuk melanggarnya dan tiba-tiba.. Bummmm… bunyi dentuman yang kuat..

“Argggghhhh…” Suara Kartini terjerit dan telefonnya tercampak.. Khairil Qushairy terkejut, kaget dan  terkaku.. apa yang terjadi di sana, bini aku.. Kenapa?.. Mengapa?.. Apa dah terjadi nie?, dia kelam kabut dan mula terjerit-jerit memanggil nama Kartini.

“Tini!! Sayang!!” Khairil Qushairy menjerit lagi dan dia terdengar juga suara Datin Roziah terjerit di sebelah sana dan dia pasti sesuatu telah berlaku ke atas Kartini.

“Ya Allah Tini!!!!.. “ Pak Leman berlari ke arah Kartini yang terbaring layu dan tercunggap-cunggap, dia pun terperanjat apabila ternampak kartini melambung apabila di langgat oleh kereta dengan lajunya.

“Tini!!.. Anak mummy.. Ya Allah anak mummy.” Datin Roziah juga berlari sambil mengendong Izara dan mendapatkan Kartini, seluruh badannya mengigil terperanjat apabila melihat menantunya di langgar begitu.

 Doktor Norehan berlari keluar apabila pembantunya memberitahu ada kemalangan di luar kliniknya. Keadaan mula kelam kabut dan kereta yang melanggar Kartini telah lari dan tiada siapa yang dapat mengecam nombor plat kereta. Keadaan menjadi sesak sedikit demi sedikit kerana orang mula ramai melihat dan ada juga yang cuba untuk membantu tetapi Doktor Norehan tak bagi sesiapa menyentuh Kartini
kerana takut ada keretakan atau patah di mana-mana bahagian anggota badannya.

Norehan menyuruh pembantunya untuk menelefon ambulan, Kartini kelihatan agak parah. Sementara itu Norehan membantu apa yang patut dalam menunggu ketibaan ambulan.