Hari nie last exam paper dan Syuhada sudah merancang dengan Qistina dan
Shazana tuk beli beberapa barangan untuk di bawa pulang ke Malaysia. mereka bukannya balik esok lusa tapi barang-barang seperti buku dan pakaian akan di shipping, jadi bila dah ada peluang nie mereka pun sumbatlah selagi apa yang
boleh. Khalijah dan Azizah semalam lagi sudah habis exam mereka manakala
Balqis ada satu lagi last paper esok. Lepas nie mereka semua akan merdeka dan
mencari peluang pekerjaan masing-masing di Malaysia nanti.
“Hello... Hada! Kak mon suruh datang rumah dia esok, dia ada
buat birthday party for khalif.” Khalijah menelefon Syuhada untuk memaklumkan mengenai jemputan daripada kenalan mereka yang menetap di sini.
“Bila pulak kau jumpa kak mon nie minah oii !” Syuhada hairan bagaimana Khalijah boleh tahu mengenai jemputan itu.
“Aku jumpa dia kat tesco nie tadi haa.. tu dia suruh kita
semua datang esok petang.”Baru Syuhad teringat yang pagi tadi Khalijah ada memaklumkan yang dia hendak pergi ke tesco express berhampiran rumah mereka untuk membeli sedikit barangan rumah.
“Kau dah bagi tau Balqis ke? Dia kan ada 1 lagi paper esok.” Syuhada bertanya,Syuhada tidak mahu nanti Balqis terasa hati kalau tidak memaklumkan kepadanya, kerana selalunya
kalau ada jemputan dari beberapa keluarga melayu yang menetap di London nie
mereka akan pergi bersama-sama melainkan salah seorang dari mereka ada perkara yang tidak boleh di elakkan.
“Dah.. Balqis kata paper dia pagi pukul 10... Woi!! cik kak
balik kang lah kita cerita lagi, nie berapa lama kau nak merayap, jangan lupa
jalan pulang sudah lah.” Khalijah berteriak di dalam telefon menandakan dia malas untuk bercerita lebih panjang kepada Syuhada.
“Kita orang siap bawa tent lagi nie, jadi esok senang nak
shopping lagi dah tu tak payah nak dua tiga kali nak bayar tambang kan ha..ha..
ha..” Syuhada sengaja buat lawak antarabangsa manakala Qistina dan Shazana hanya ketawa
dengan lawak Syuhada.
.
.
“Hada!.. kau lambat lagi ke? Aku dah masak so aku nak baring
kejap. Ok lah Assalamualaikum.” Halijah memulakan salam untuk mengakhiri perbualan mereka. Dia hendak tidur
sekejap.. yelah apa lagi yang dia nak buat, badan uzur dan hendak solat mengaji
tak boleh, nak study baru je semalam merdeka jadi tidur lah jawabnya untuk Qada tidur yang lepas-lepas kerana study.
“Yelah.. melebarkan badan je lah kan.. Waalaikumusalam.” Syuhada
menutup telefon dan mula mencuci mata dengan melihat barang-barang yang dia
rasa nak sambar untuknya, hadiah untuk kakak-kakaknya Syafika dan Syakina serta
Ibu dan Ayah telah di beli siap. Dia ingat nak belikan hadiah untuk baby Izara.
###############################
“Ehh… jom kita masuk Mother Care kejap.. aku nak cari baju
baby Izara.” Syuhada menarik tangan Qistina dan Shazana supaya mengikut langkahnya masuk ke dalam butik pakaian dan barangan kanak-kanak itu.
“Hada! Aku rasakan kau jangan beli yang 0-3 month nie.. nanti
sekejap je dia dapat pakai.. kalau shipping barang sampai sebulan lepas kita
balik dah tu dia pun dah 3 bulan..” Shazana memberi pendapat kerana dia sudah ada
pengalaman dengan anak kakaknya dan dia tahu sangat pembesaran bayi nie.
“Betul gak tu Sha.” Qistina pula menyokong sambil tangan
mereka membelek pakaian kanak-kanak yang sampai membuat mereka geram kerana
terlalu comel dan nampak cute sahaja kalau di pakai oleh mana-mana bayi.
“Tulah.. aku ingat nak beli baju 2 pasang, hat dengan kasut
dia sekalilah.” Syuhada memegang beberapa pasang kasut bayi, seronok sangat memilih mungkin kerana terlalu cantik dan cute kasut-kasut bayi ini.
“Ehh.. aku pulak yang rambang mata tengok baju-baju baby nie
oii.. kalau aku ada anak macam mana aku nak pilihkan..silap-silap aku akan
ambil setiap baju satu-satu..”Qistina tersenyum dan nampak teruja sungguh
dengan pakaian bayi tu, semua di angkat dan di beleknya dan mulut tidak sudah-sudah mengatakan cantik..
“Adoi.. nampaknya kita balik Malaysia nie terus dapat kad
walimatulurus lah Sha.” Syuhada mengusik Qistina, Shazana turut ketawakan Qistina.
“Cehhh.. Aku berangan jelah.. Boyfriend pun tak ada.. Macam
mana aku nak kawin.. Aku hanya serahkan pada Allah jodoh aku kerana dia yang
menentukan segalanya.” Syuhada dan rakan-rakan serumah memang tak pernah nak
memikirkan tentang boyfriend kerana mereka tidak mahu gagal dalam pelajaran,hendak lagi mereka menimba ilmu di negara orang dan jauh dari keluarga tambahan Qistina datang dari keluarga yang berkehidupan sederhana, dia juga memang pernah memberitahu yang dia hendak belajar sampai dapat segulung ijazah
kerana ingin mengubah nasib keluarganya terutama mak dan abahnya yang banyak
berkorban untuk memberi dia dan adik-adiknya pelajaran walaupun kadang-kadang
mereka sekeluarga terpaksa mengikat perut bila kehabisan makanan.
“Ye..ye.. kita orang taulah sayang oii..” Shazana mencubit
pipi Qistina. Dalam masa yang sama Syuhada juga telah
siap memilih pakaian untuk baby Izara, Dia terus queue di kaunter, nasib baik juga
orang tak berapa ramai.
###########################
###########################
Syuhada menolak pintu biliknya dan di
lihat Khalijah lena tidur dengan memeluk bantal spongebob nya.
“Ija!.. Ija!.. bangunlah.. kita orang dah balik nie.” Syuhada
mengejutkan Khalijah.
“Eeemmmm.. Dah pukul berapa nie?” Dia bertanya dengan suara
serak-serak bangun tidur sambil mengaru kepalanya.
“Dah pukul lima cik kak oii.” Syuhada menanggalkan tudung dan hendak
membersihkan diri kemudian dia hendak solat asar, tadi Syuahda, Qistina dan Syazana solat zuhur di
Regent Mosque. Khalijah terus berdiri dan mengeliat untuk merenggangkan segala otot di badannya.
“Ya Allah kau nie Ija kok ye pun mengeliat tak payahlah
macam tu sekali, kalau lah nampak dek bakal suami kau langsung reject tau tak.” Syuhada sempat menegur dan mengusik Khalijah.
“Ehh.. kalau depan bakal suami aku kan.. aku bangun cara sopan
dan kalau nak mengeliat pun aku control ayulah. Wek..wek..” Khalijah menjelirkan lidahnya. Syuhada terus membaling tuala kearah Khalijah dah kemudian itu
mereka tergelak-gelak, itulah cara mereka sentiasa penuh dengan gurauan, memang
susah untuk melihat mereka berdua nie bermasam muka.
No comments:
Post a Comment