Sunday 21 November 2010

di tinggal...dan terkenang...

aku nie mcm chipsmore cookies...hilang timbul,rasanya tak terlewat lagi nak ucapkan selamat hari raya aidiladha...keriangan balik menyambut syawal di malaysia,bertemu kedua ibu bapa,adik beradik dan sanak saudara masih segar di ingatan...segala gambar di simpan sebagai kenangan..
balik ketika puasa jadi tak banyak tempat boleh di lawati..sebab nak kejar kan masa utk berbuka puasa bersama keluarga...tapi aku tak kisah tak pergi berjln sangat...yg penting aku dpt berbuka puasa setiap hari bersama keluarga...dan adik2 aku yg bekerja di selangor dan kl pun balik every weekend to spend time with us and family...
pada hari mantai yg aku seronok keriuhan bersama adik beradik sibuk di dapur menyedia bahan utk rendang,lemang dan ketupat...aku tak sia sia kan masa yg ada...tapi mantai pada syawal yg lepas bukan sahaja kenangan beriuh rendah ketika di dapur..tapi panik satu family bila anak buah ku yg tgh nakal dan lasak minum minyak tanah..tapi kami tak pasti sama ada dia minum banyak atau tidak..tapi dari apa yg doc kata mungkin dia tak sempat telan banyak..cuma tercurah di atas bibir nya..nak kata kami cuai tidak...kerana dia baru sangat di bawa masuk oleh bapa saudara dan apa bila pakciknya berpaling dia pun terus lari keluar...dan nasib baik anak2 ku terdengar suara dia menangis di luar..dan kakak2 nie tau mesti ada sesuatu terjadi dan kakak2 nie terus menjerit2 panggil kami...dan oleh tragedi itu..lemang yg patut kami boleh angkat,tapi kami terlupa kerana kelam kabut dgn apa yg si kecik nie buat...akhirnya lemang keras sebelah...kami dah tak kisah kan itu semua yg lagi penting adalah anak buah ku...tapi nasib baik lah hospital kuala pilah tu cuma 3 min je dari rumah kami...yg kelakarnya doctor kata yg thn lepas pun perkara yg sama berlaku pada seorg kanak2 juga pada hari mantai tapi budak tu terminum banyak..dan stay lama gak kat hospital,anak buah ku keluar pada tgh hari 1 syawal tu...lepas tu baru lah kami berasa seronok nak beraya...
seminggu berhari raya kami terpaksa meninggalkan kedua ibu bapa dan keluarga untuk pulang ke UK sampai di UK dan pada ke esokan harinya aku pack brg2 untuk pindah ke rumah baru...dlm kepenatan long journey tak habis aku terpaksa pula pack brg...dan selepas 2 bln di rumah baru..baru beberapa hari ini line internet aku active semula...bkn salah kami tapi service mereka nie...dah tahap hampeh...selepas kita mengamuk baru lah akhirnya dpt...

Wednesday 11 August 2010

Ramadhan menjelma kembali

salam ramadhan kepada semua yg beragama islam...hari ini aku dan suami saja yg berpuasa..konon nak ajak anak2 sekali tapi kesian ngan abang dan twin..masing2 demam,tak pa biarkan demam nya kebah dulu...
mereka pun memang bersemangat nak puasa dan aku juga umpan mereka kalau tak puasa tak dapat duit raya...nanti nak terbang balik pun susah..kalau dah demam dlm kapal terbang lagi haru..aku dah kena dah demam dlm kapal terbang perjalanan nak balik ke msia..memang tersiksa rasanya..ye lah tak ada fresh air selama 12 jam...
hari nak masak apa untuk berbuka aku tak pasti lagi nie..aku nak tinjau blog abg mat gebu dapur tanpa sempadan punya...apa kahresepi yg terselit hari ini kat blog dia...

Saturday 7 August 2010

JANGAN ENGKAU KHAWINI WANITA YANG ENAM
1- Wanita Ananah:-
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

2- Wanita Mananah:-
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti ini: “Aku membuat itu keranamu”.

3- Wanita Hananah:-
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4- Wanita Hadaqah:-
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5- Wanita Baraqah: -
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6- Wanita Syadaqah:-
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan."
lama tul aku tinggalkan blog nie..semua nya gara2 FB..mana tak nya seronok dpt contact balik kita punya classmate dan juga schoolmate kan..nak2 yg mcm aku nie tercampak jauh berjuta batu..lagi lah rindu dgn semua..emak abah,adik beradik saudara mara dan kawan2...
nie saja aku masukkan gambar nie pasal dah lama sangat tak terperuk dan jadi jeruk...hehehehehe...

gambar nie aku ambil dlm bulan april 2010 di regent park...masa nie bunga tulip tengah merembik berbunga...dan bagi kami yg mula dapat matahari yg tak lah berapa nak terik mcm msia tu gasak lah nak merayap ke park...ye lah kalau pegi winter time..duduk depan tasik dengan angin bertiup..silap2 boleh kencing dlm seluar..hihihihi..time nie pun masih berangin lagi..itu anak2 aku nak ke toilet je...
my happy family anak dara ku dah mula pandai nak bergaya bila bergambar..terutama nuraina dan adik nurain, nuraini nie kureng sikit kalau nak buat gaya nie..style dia lebih kepada tomboy...itu pun gasak nak suruh potong kan rambut dia..tapi aku tak bagi..biar nampak lebih kepada perempuan sikit...lain pula dengan si kembarnya nuraina dan adik nurain...tak nak rambut pendek, dia org nak rambut panjang pasal nak jadi mcm princess..katanyaaa..mcm mcm kerenah anak2 dara ku..tapi si abg tetap cool tak banyak songeh...biasa lah budak lelaki bukan kisah sangat..benda remeh temeh nie...







yg nie masa nak pergi ke rumah neneknya...terlupa bawa kunci rumah mak..jadi terpaksa lah tunggu my mother in law balik dari shopping nasib baik masa aku call babah,dia lagi 5 minit nak sampai ke rumah..kalau tak jenuh berdiri di luar..dan nasib baik lah dah belikan anak2 ku coklat dan air...itu pun masing2 dah merenget..ye lah rumah nenek ngan kedai dekat...