“Ala..ala.. cucu nenek nie.. mengeliat saja kerja diakan.”
Datin Roziah mencium pipi Izara, dia hendak membawa Izara untuk mendapatkan suntikan dua bulan. Kartini tersenyum sahaja melihat gelagat mertua dan anaknya itu. Si
Izara macam faham sangat nenek dia sedang bercakap dengannya, matanya terkebil-kebil sahaja memandang.
“Malam tadi pun dia menangis ya Tini?” Datin Roziah bertanya
kerana dia terdengar suara Izara kerap menangis dan lebih galak pula dari malam
semalamnya. Datin Roziah tidak meninjau ke dalam bilik anak menantunya kerana
dia tahu kalau sesuatu yang serius pasti
mereka akan memanggil kedua ibu bapanya.
“Tulah mummy... nak kata lampin basah tidak, nak kata
kembung pun tidak, dia cuma nak Tini peluk dia je, macam tak nak berenggang
dari Tini.” Kartini terasa sedih tiba-tiba dan dia juga tak tahu kenapa dia
terasa sayu bila memandang anaknya, dia terasa macam sesuatu bakal berlaku tapi
dia tidak mahu terlalu memikirkan dan bagi dia mungkin kerana keadaan dia yang
masih di dalam tempoh berpantang, Kartini tidak mempunyai ibu dan bapa lagi kerana
kedua orang tuanya meninggal dunia dalam kemalangan 6 tahun yang lalu dan dia
adalah anak tunggal, ibu dan bapanya kawan rapat dengan Datuk Sahak dan Datin
Roziah.
“Ehh.. macam tu pula, Nie dah siap ke? Biar mummy dukung dia
kamu bawa baby beg tu.” Datin Roziah sudah mengangkat Izara dari katilnya.
“Dah.. jom lah mummy.. Pak Leman mesti dah lama tunggu kut.”
Kartini menyandangkan beg kebahu dan menarik pintu biliknya. Tapi sebelum tu
dia berdiri di depan pintu dan melihat sekeliling biliknya, dia terasa
seolah-olah seperti dia tidak akan menjejakkan kakinya lagi ke dalam bilik itu
untuk selama-lamanya.
“Tini!.. Tini!.. kenapa kamu termenung depan pintu macam
tu?” Datin Roziah memanggil Kartini dan dia hairan melihat perilaku menantunya yang termenung tiba-tiba saja, tidak tahu apa yang sedang bermain di dalam fikirannya.
“Kamu ok ke tidak nie?.. kalau tak biar mummy saja yang bawa
Izara pergi klinik.” Datin Roziah menghampiri
Kartini dan memegang bahu
menantunya itu, dia memang risau melihat keadaan Kartini yang hanya mendiamkan
diri bila dia panggil tadi.
“Mmm..ehh.. ok mummy.. Tini ok.. Jom lah mummy.” Kartini
tersenyum kepada Datin Roziah dan dia tak mahu membuat mertuanya risaukan dirinya.
Dia bersyukur kerana Datin Roziah adalah sebaik-baik mertua baginya, dia
melayan Kartini seperti anaknya sendiri.
###########################
“Bos rasanya mungkin kita ada peluang
hari ini, dia keluar hari ini bersama Datin dan anaknya.” Joe memberitahu Zalina melalui telefon. Sudah beberapa hari lelaki upahan Zalina memerhatikan rumah banglo tiga tingkat tu.
“Ok.. Aku tak nak kau gagal kali ini.. dan pandai-pandailah
macam mana sekali pun kau nak buat janji dia mati.. faham!” Zalina berkata
dengan tegas dan dia memang mengharap supaya kali ini rancangan dia berjaya dan
bila Kartini dah mati, ini sahaja caranya dia boleh mendapatkan Khairil Qushairy.
Hatinya telah benar-benar jahat dan dia tak perdulikan lagi berdosa atau tidak dengan
caranya itu.
“Lagi satu.. Aku nak kau berdua sembunyi selepas ini.. Aku
akan contact kau berdua.. Tapi aku nak pastikan dahulu sama ada betina itu
benar-benar mampus atau tidak, kalau misi kau gagal dan jangan harap aku bayar
separuh lagi, kau dengar tak?” Zalina berkata lagi.
“Yes.. yes boss, kami tahu.” Joe menjawab tergagap-gagap
kerana di sergah oleh Zalina. Mereka berdua nie kenangkan kerana duit sahaja
yang membuatkan dia sanggup membantu Zalina, nasib baik dia bukan pekerja tetap
Zalina kalau tak mesti mereka berdua sudah lama berhenti berkerja, siapa yang tahan dengan perangai
macam singa lapar dan agaknya sebab tu juga tak ada lelaki yang mahukan dia.
Daus terus mengekori dan tidak terlalu dekat dengan kereta Datin
Roziah, mereka sudah dua hari mengintip sama ada Kartini keluar rumah ke tidak,
dan hari ini adalah rezeki bagi mereka. Dari jauh Daus telah memperlahankan
keretanya dan dia nampak kereta itu berhenti di hadapan klinik. Mereka menunggu
masa yang sesuai dan mencari peluang untuk melakukan sesuatu.
“Leman kamu turunkan saja kami dekat sini dah tu kamu pergi cari parking
dulu, nampaknya tak ada parking depan klinik niekan.” Datin Roziah mengarahkan pemandunya sambil mengangkat
Izara dari baby seat dan dia membetulkan topi yang melindungi muka cucunya yang sedang nyenyak tidur.
“Tini.. jomlah.” Datin Roziah memandang ke arah Kartini yang
masih kelihatan seperti berkhayal.
“Aaa.. Aahh jomlah.. Terima kasih pak leman kerana tolong
hantarkan saya ye, Pak leman terlalu baik dan selalu menolong saya,saya minta maaf jikalau saya ada berkasar sikap atau melukakan hati Pak Leman .” Kartini
tiba-tiba berkata begitu dan Leman juga sedikit hairan kenapa tiba-tiba Menantu
tuannya berkata begitu selalu sekadar ucap terima kasih sahaja.
“Ehh.. tak pa Cik Tini, dah memang tanggungjawab saya
sebagai pemandu keluarga nie.. dah tugas saya pun, lagi satu saya tidak pernah terasa atau berkecil hati dengan Cik Tini.” Leman menjawab dengan
hormat dan dia berkata perkara yang benar, selama Kartini berkahwin dengan Khairil Qusyairy belum pernah sekali pun dia di tengking oleh Kartini, malahan sikap kartini sama baiknya dengan anak-anak Datin Roziah.
“Dahlah tu.. Nie leman, saya rasa mungkin dalam setengah
atau satu jam kut kami dalam klinik nie.. kalau kamu nak pergi minum dulu
pergilah.. nanti saya call kamu.” Datin Roziah berpesan lagi dan dia mula
membuka pintu kereta, Izara di rangkul kemas dalam pelukannya.
“Iyalah Datin.. Saya parking kat seberang sana tu, Nampak
ada kosong tu biar saya cepat-cepat parking dekat situ, tak pasal-pasal ada orang
masuk pula.” Leman tersenyum ke arah Kartini dan Datin Roziah, dia hendak turun
membukakan pintu sebelum itu tapi Datin Roziah dan Kartini menahan.
##############################
##############################
Di Dalam klinik tidak terlalu ramai pesakit, jadi Kartini
dan Datin Roziah tidak menunggu terlalu lama untuk giliran mereka.
“Apa khabar Datin?” Doktor Norehan menghulurkan salam kepada
Datin Roziah dan kemudian ke arah Kartini. Doktor Norehan memang kenal rapat
dengan Datin Roziah dan boleh dikatakan dia adalah Doktor untuk keluarga Datuk
Sahak.
“Alhamdulillah... sihat walafiat.” Datin Roziah membalas
salam dan terus duduk begitu juga Kartini dia hanya tersenyum ke arah doktor
Norehan.
"Tadi pagi Datuk ada datang ke sini. Datuk ada beritahu saya yang Datin akan datang tengah hari ini." Doktor Norehan memberitahu kepada Datin Roziah.
"Dia ad meeting tengah hari tu yang dia datang awal sikit tadi." jelas Datin Roziah.
"Tadi pagi Datuk ada datang ke sini. Datuk ada beritahu saya yang Datin akan datang tengah hari ini." Doktor Norehan memberitahu kepada Datin Roziah.
"Dia ad meeting tengah hari tu yang dia datang awal sikit tadi." jelas Datin Roziah.
“Macam mana dengan kamu Kartini, Nampak macam pucat sikit,
kamu tak sihat ke?” Sambil tersenyum Doktor Norehan bertanya kerana dia boleh nampak di
muka Kartini seperti orang yang kurang tenaga.
“Saya sihat alhamdullilah, Cuma sehari dua nie hati rasa
macam tak berapa nak sedap, mungkin penat dengan kekerapan Izara bangun malam
kut.” Kartini berterus terang dengan Doktor Norehan.
“Takpa.. kalau macam tu biar saya check Kartini dulu lah.” Doktor
Norehan mula untuk memeriksa tekanan darah Kartini dan semuanya nampak ok dan
tiada apa-apa yang merunsingkan.
“Ok.. kamu sihat.. nanti saya tambahkan vitamin untuk kamu
ya.” Doktor menulis sesuatu di atas slip ubat dan dia menyerahkan kepada
pembantunya.
“Ok.. sekarang giliran si comel pula, Nina ambil baby Izara
nie dan tanggalkan pakaian dia, saya nak timbang dia dulu.” Doktor Norehan
mengarahkan pembantunya dan dia terus mencuci tangan nya dahulu sebelum
menyentuh Izara.
Setelah di timbang dan di periksa keseluruhan badannya serta
kesan cucukan BCG nya pun cantik menjadinya dan doktor juga turut membuat sedikit excersice
di tangan dan kakinya, kemudian dia mengarahkan pembantunya memakaikan pakaian
Izara semula.
“Cantik naik timbangan dia.. naik dua kilo dah.. Nina kamu
pegang dia dulu saya nak cucuk dia.” Doktor Norehan menarik kerusi dan
mengarahkan pembantunya supaya membawa baby Izara kepadanya. Datin Roziah dan
Kartini hanya tersenyum dan melihat sahaja apa yang di lakukan oleh Doktor
Norehan.
“Yang nie cucuk untuk apa pula doktor.”Kartini bertanya
kerana ini adalah pengalaman pertama untuknya dan dia juga berhak untuk
mengetahui jenis-jenis suntikan yang di berikan kepada anaknya.
“Yang nie untuk Hepatitis B Kartini, nanti bila dia cukup
tiga bulan pula kita bagi suntikan untuk DPT(Disfteri,Pertusis dan Tetanu) HIB (Haemophilus influenza type B) dan
polio.” Doktor Norehan menerangkan serba sedikit kerana dia tahu tak semua
orang akan tahu apakah jenis-jenis suntikan yang di berikan kepada bayi mereka.
Kartini dan Datin Roziah hanya mengangguk-anggukkan
kepalanya, Datin Roziah pun dah tak ingat apakah jenis suntikan yang
anak-anaknya dapat dulu kerana mereka semua sudah besar panjang, dalam masa dia
berangan tiba-tiba terdengar suara Izara menangis terperanjat..
“Ala..ala.. kesian cucu nenek.. jahat aunty Rehan kan,
sebab cucuk cucu nenek ya.” kemudian Datin Roziah mengambil Izara dari Nina
pembantu Doktor Norehan tadi dan memujuk Izara yang menangis terkejut di
suntik. Kartini dan doktor Norehan hanya tersenyum melihat gelagat nenek dan
cucu itu.
“Terima kasih Doktor.” Kartini menghulurkan tangan untuk
bersalam dengan Doktor Norehan , giliran Datin Roziah pula menghulurkan
tangannya. Doktor Norehan membuka pintu dan mereka sama-sama membalas salam.
“Leman.. haa kami dah sudah nie.. kamu dekat mana?” Datin
Roziah menelefon Leman sambil kepalanya tertinjau-tinjau dari dalam
klinik mencari di manakah Leman berada.
“Datin dah selesai ye? Saya ada parking kereta dekat depan
seberang klinik nie, tak ada parking depan klinik lah Datin, kejap saya
pusingkan kereta.” Leman mula untuk menghidupkan enjin kereta.
“Tak pa.. saya ke sana.. bukan nak lintas jalan besar pun.”
Datin Roziah mematikan telefon dan dia berpaling melihat Kartini, kerana tadi
Katini meminta diri untuk ke tandas dan sedang-sedang elok je Kartini pun
keluar dari tandas, dia hanya tersenyum, murah betul senyuman menantunya
ini.
“Nie leman parking kereta dekat depan tu haa..” Datin Roziah
memuncungkan bibirnya kearah kereta, itu pun setelah dia nampak Leman melambai
ke arahnya.
Tiba-tiba telefon Kartini berbunyi dan siapa lagi yang
telefon kalau bukan suami tercinta. Dia baru sahaja hendak menolak pintu kaca
klinik itu dan dalam masa dia menjawab telefon Datin Roziah membawa Izara dan
melintas dulu untuk ke kereta, Datin roziah berjalan pantas sebab nanti cucunya
kepanasan manakala Kartini melangkah perlahan kerana dia hendak menjawab
telefon dahulu.
“Hello! Assalamualaikum abang.” Kartini menjawab lembut
sambil tersenyum, mengalahkan suaminya ada di depan dia di kala ini.
“Waalaikumusalam sayang.. Macam mana dah selesai ke?” Khairil Qushairy bertanya sambil tu dia duduk bersandar di kerusi dan gaya macam orang mabuk
bercinta tersenyum-senyum tersengeh-sengeh.
“Dah.. nie baru keluar, pak Leman tu ada dekat depan tu haa..
tengah tunggu dengan mummy, mummy awal-awal lagi nak simpan cucu dia tu takut
kena panas. hahahaha.” Kartini menunjuk dengan muncungnya dan macamlah si suaminya tu nampak gayanya itu dan mereka sama-sama ketawa dengan gelagat mertuanya.
“Menangis tak dia kena suntik tadi sayang.” Khairil Qushairy bertanya
lagi, dia terasa rugi kerana tak dapat melihat pertama kali anaknya kena suntik
mesti cute sangat rasanya bila dia menangis.
“mana boleh tak menangis.. Nenek dia siap pujuk dan kata doktor
Norehan jahat sebab suntik cucu dia.” Kartini tergelak-gelak lagi menceritakan
apa yang berlaku tadi di dalam bilik Doktor Norehan, Khairil Qushairy pun turut ketawa, geli juga hatinya tak pasal-pasal doktor
Norehan yang kena.
“Abang.. Tini nak minta maaf kalau Tini ada buat salah
dengan abang tau.” Kartini sudah bertukar ke nada sayu dan dia teringin sangat
nak meminta maaf kepada suaminya.
“Sayang!.. apa nie?.. sayang mana ada salah apa-apa dengan
abang, jangan fikir bukan-bukan yaa..dah baik-baik nak melintas jalan tu.”
Berdebar juga Khairil Qushairy kerana tiba-tiba isterinya berkata begitu. Kartini leka
berbual dengan Khairil dan dia tidak perasan kerana sudah ada yang menanti peluang
untuk melanggarnya dan tiba-tiba.. Bummmm… bunyi dentuman yang kuat..
“Argggghhhh…” Suara Kartini terjerit dan telefonnya tercampak.. Khairil Qushairy terkejut, kaget dan terkaku.. apa yang terjadi di sana, bini aku.. Kenapa?.. Mengapa?.. Apa dah terjadi nie?, dia kelam kabut dan mula terjerit-jerit
memanggil nama Kartini.
“Tini!! Sayang!!” Khairil Qushairy menjerit lagi dan dia terdengar juga
suara Datin Roziah terjerit di sebelah sana dan dia pasti sesuatu telah berlaku ke atas Kartini.
“Ya Allah Tini!!!!.. “ Pak Leman berlari ke arah Kartini
yang terbaring layu dan tercunggap-cunggap, dia pun terperanjat apabila ternampak kartini melambung apabila di langgat oleh kereta dengan lajunya.
“Tini!!.. Anak mummy.. Ya Allah anak mummy.” Datin Roziah
juga berlari sambil mengendong Izara dan mendapatkan Kartini, seluruh badannya mengigil terperanjat
apabila melihat menantunya di langgar begitu.
Doktor Norehan berlari keluar apabila
pembantunya memberitahu ada kemalangan di luar kliniknya. Keadaan mula kelam
kabut dan kereta yang melanggar Kartini telah lari dan tiada siapa yang dapat
mengecam nombor plat kereta. Keadaan menjadi sesak sedikit demi sedikit kerana
orang mula ramai melihat dan ada juga yang cuba untuk membantu tetapi Doktor
Norehan tak bagi sesiapa menyentuh Kartini
kerana takut ada keretakan atau
patah di mana-mana bahagian anggota badannya.
Norehan menyuruh pembantunya untuk menelefon ambulan, Kartini kelihatan agak parah. Sementara itu Norehan membantu apa yang patut dalam menunggu ketibaan ambulan.
Norehan menyuruh pembantunya untuk menelefon ambulan, Kartini kelihatan agak parah. Sementara itu Norehan membantu apa yang patut dalam menunggu ketibaan ambulan.
No comments:
Post a Comment