Setelah semua pulang, keadaan di rumah Tuan Roslan kembali sunyi seperti
sedia kala, tetapi masih ada Syuhada, Syafika dan suaminya Sufian, Syakina
sudah pun bergerak pulang tadi, dia tidak mengambil cuti panjang kerana sabtu
nanti dia hendak pulang ke Bangi semula dan dia akan bercuti pada Isnin dan
Selasa. Mereka bersama-sama mengemas serba sedikit baki yang masih tertinggal.
Sedang Syuhada mengemas di ruang tamu bersama dengan Puan Rokiah, Syuhada
terhenti dan ingin memberitahu sesuatu kepada Puan Rokiah.
"Mak! Hada ingat nak pergi ke PD petang nie." Syuhada terus duduk
di sofa semasa memberitahu niatnya itu kepada puan Rokiah.
"Ehhh! ada apa pula di PD... Bukan kamu kata kamu cuti." Puan
Rokiah terhenti menyusun majalah di bawah meja dan dia terus duduk di sebelah
Syuhada.
"Memang Hada cuti, tapi... Hada perlukan ketenangan mak dan hada nak
berseorangan." Syuhada berkata sambil memandang Puan Rokiah.
Puan Rokiah terus mengenggam tangan Syuhada dan berkata " Hada, Kamu
pasti ke dengan apa yang kamu hendak buat ni... Bahaya untuk kamu ke sana
berseorangan nak, Kalau Hada tak boleh nak terima ini semua tak mengapa. Jangan
di serabutkan kepala tu. Terus terang sahaja kepada Que... Mak rasa mereka pun
akan terima apa saja keputusan kamu itu." Hati ibu mana yang tidak susah
dan risau apabila melihat anak yang dulunya ceria dan selepas perkara itu dia
terus berubah sedikit pendiam.
"Mak jangan risau ya... Hada akan fikirkan apa yang terbaik
nanti." Syuhada rasa bersalah pula apabila membuat Puan Rokiah kerisauan.
"Habis tu malam tadi apa yang Que cakapkan dengan kamu." Puan
Rokiah bertanya juga mengenai perbincangan mereka semalam, dan inilah masa yang
sesuai untuk dia bertanya kepada anaknya itu.
"Dia kata dia pun tidak sangka yang mak Long boleh melangkah terlalu
jauh dalam hal ini dah tu dia juga mengaku yang dia memang sudah jatuh suka
dengan Hada... Dia cuma tunggu keputusan dari Hada sahaja, tetapi dia tidak
kisah jika Hada tidak dapat menerima dia." Syuhada berkata sambil
kepalanya di tundukkan dan memandang kakinya yang sedang menguis karpet.
"Apa Que kata dia memang sukakan kamu? Habis tu apa yang kamu risaukan
lagi nie Hada." Puan Rokiah tidak sangka yang rupanya Khairil Qushairy
mempunyai perasaan kepada anaknya.
"Apa mak! Que sukakan Hada?" Tiba-tiba Syafika datang menerjah,
dia kebetulan baru keluar dari biliknya dan hendak keluar rumah, semasa dia
sudah menghampiri ke ruang tamu dan dia terdengar perbualan Syuhada dan Puan
Rokiah.
"Haaa... Aaaahhh..." Puan Rokiah sedikit tergagap apabila di
sergah dengan pertanyaan yang begitu oleh Syafika.
"Laaa... macam mana pula boleh jadi macam tu." Syafika bertanya
dan dia turut duduk mengadap Syuhada dan Puan Rokiah, dia memandang ke muka
Syuhada dan dia nampak muka adiknya yang tidak ceria.
"Yang sebenarnya Mak Long kamu ada merisik Hada... Tapi mak mula tak
boleh nak bagi kata putus tetapi selepas mak dan abah buat solat istikharah tu
yang mak dan mak long kamu baru beritahu hajatnya itu kepada Hada.
"Ya Allah... Macam tu sekali permintaan mak long... Abis tu macam mana
pula yang mak tahu Que sukakan hada." Syafika bertanya lagi.
"Semalamkan semasa kamu buka-buka hadiah tu. Dia orang keluar sebab
pergi berbincang hal ni lah. Tu Hada kata yang Que mengaku dia sukakan
Hada." Terang Puan Rokiah lagi kepada Syafika.
"Haa.. Hada! Dah Abang Que sukakan kamu... Apa yang kamu nak risaukan
lagi." Syafika bertanya kepada Syuhada.
"Kak Fika... Akak tak faham... Macam mana Hada hendak terima dia
sedangkan Hada anggap dia sebagai seorang abang sahaja." Terang Syuhada.
"Hada! rasa sayang tu boleh di pupuk... Dah tu akak tengok Izara tu
punyalah manja dengan kamu, terima sajalah lamaran tu... Patutlah akak tengok
muka Hada semalam macam tak ceria saja, rupanya ada bebanan yang di
fikirkan." Syafika berkata lagi.
"Kak! Hada hendak juga ada perasaan jatuh cinta... Macam akak dengan
abang Sufian tu." Syuhada meluahkan rasanya.
"Ala... kamu kenalilah Que tu dengan lebih rapat, kamu pun tahu macam
mana perangai dia semuakan dah tu kamu tu seketari dia, apa lagi yang tak
kena?" Puan Rokiah menyampuk pula.
"Entahnya Hada... Ada kamu nampak dia melayan perempuan, ada dia jenis
yang tidak respect pekerja atau orang lain, ada dia marah-marah atau tengking
kamu atau staff lain." Syafika bertanya lagi.
"Tak ada... Dia ok..." Syuhada menjawab perlahan.
"Dah tu... Apa yang tak eloknya kamu untuk terima dia." Syafika
berkata lagi.
"Kak Fika! Mak! boleh tak bagi Hada memilih sendiri dan bagi peluang
Hada untuk memikirkan perkara ini, So petang nie Hada hendak ke PD... Hada
perlukan ketenangan, tolong faham permintaan Hada ini." Syuhada merayu
kepada Syafika dan Puan Rokiah.
"Pergilah... Mak izinkan... Tapi jaga diri kamu tu elok-elok... jangan
duduk di tempat yang terlalu sunyi." akhirnya Puan Rokiah akur dengan
permintaan Syuhada.
"Terima kasih mak kerana memahami Hada." Syuhada memeluk Puan
Rokiah kerana dia telah memberi keizinan kepadanya.
"Mak sayangkan kamu, yang penting telefon tu jangan di matikan."
Pesan Puan Rokiah lagi.
"Alo..lo..lo... manjanya dia." Syafika mengusik Syuhada.
"Eleh! jeleslah tu." Syuhada membalas usikan Syafika itu.
"Aihhh... Tak ada mana akak nak jeles aihh... Mak tu karang-karang pun
akak boleh peluk." Balas Syafika lagi.
"Ehhh.. Dah ada Abang Sufian lagi nak peluk mak." Syuhada tidak
puas hati dan dia mengusik Syafika lagi.
"Haaaa... kalau nak rasa kena peluk dengan orang lain pula, terimalah
lamaran mak Long tu." Syafika terkekek ketawa kerana dapat juga dia
mengenakan Syuhada lagi.
"Mak!!!!" Syafika sedikit terjerit memanggil Puan Rokiah kononnya
hendak mengadulah dengan usikan Syafika. Puan Rokiah hanya ketawa apabila
Syuhada di usik begitu.
#####################
Seperti yang di rancang oleh Syuhada, akhirnya dia pergi juga ke PD dia
duduk di Lexis hotel. Dia tiba di dalam pukul empat petang, setelah itu dia
mendaftar masuk ke bilik untuk dia merehatkan badannya, dia seronok melihat
pemandangan laut dari tingkap biliknya. Lama dia berdiri di tepi tingkap
menikmati keindahan lautan yang membiru, Dia merancang hendak keluar berjalan
menyusuri pantai dalam pukul lima setengah nanti, dia hanya keluar sekejap
sebelum masuknya waktu maghrib.
Semasa Syuhada berjalan menyusuri pantai dia teringat untuk menelefon
Khalijah untuk bertanyakan khabar Izara.
“Hello… Assalamualaikum.”
“Walaikumusalam.”
“Kau buat apa tu?”
“Aku dekat luar ni.”
“Dekat luar? Apa ke bising sangat kalau dekat
luar.”
“Bukan luar rumahlah… Aku keluar di kedai mamak
ni.”
“Lah… Kau dengan sapa? Kak Idah ke?”
“Tak dengan Zakuan, dia ajak aku keluar temankan
dia kejap.”
“Ehh so dia ada depan kau lah ni.”
“Tak… Pergi tandas sekejap.”
“Wahhh… Kau dating ya… kata tak ada apa-apa,
mengelat lebihkan.”
“Kau ni minah… Jangan nak main tuduh saja… Dia
boleh call papa dulu nak minta izin keluar dengan aku”
“Hahaha… Dia guna talian hayat nampak.”
“Aku mula nak mengelak dan bagi alasan… Sekali
dia kata dia dah tanya Papa… Yang Papa nie pun satu dia boleh setuju… Geram aku
tau.”
“Kahkahkahkah… Dia memang dah angau dengan kau
lah Ija… Terima sajalah dia sebagai teman istimewa kau.”
“Dah… Sudah… Kau dah buat keputusan ke… Macam
mana?”
“Ewah… nak tukar story lah pula… Aku nak bagi
tahu kau ni… Aku ada di PD baru sampai tadi pukul empat.”
“Makan nasihat juga kau kan… Good girl.”
“Banyaklah kau punya nasihat… Ni Izara tadi macam
mana… Aku risau kalau demam dia melarat.”
“Ada… Masa aku nak keluar tadi dia tidur… Memang
badan dia panas, dah tu kesian dia menangis tadi… Tapi tak lamalah sebab Syana
dengan Syafie main-main dengan dia.”
“Alahai kesiannya dia… Ija nanti apa-apa hal kau
bagilah tahu aku… Oklah aku tak nak kacau kau date dengan kau punya Mr right
tu.”
“Porah… Banyaklah kau punya right.”
“Hahahaha… Adik manis jangan mara… Kalu marah
abang jual.”
“Amboi!… Kau jaga diri tu, dah lah sorang-sorang.
Karang ada pula yang mengikut kau. Ok take care.”
“In Sha Allah… OK Assalamualaikum.”
“Walaikumusalam.”
Setelah dia selesai dia berbual dengan Khalijah dia menelefon Puan Rokiah
pula untuk memaklumkan yang dia sudah selamat berada di kawasan PD sekarang.
############################
Syuhada hanya makam malam di hotel sahaja, dia memang tidak merancang untuk
keluar merayau dari hotel. Dia pun tidak berani untuk merayau berseorangan ke
pekan Port Dickson. Tujuan dia pun hanya ingin sendirian dan menikmati
keindahan ciptaan Allah ini.
Sekali lagi Syuhada duduk di tepi tingkap dan menikmati keindahan malam
sekeliling hotel, persekitaran hotel yang cantik dengan lampu-lampu yang
bergemalapan lagi menambahkan suasana romantik kepada orang yang datang
berpasangan. Tiba-tiba hati Syuhada seperti tidak selesa, dia sendiri tidak
tahu kenapa. Dia pun baru perasan yang dia tidak menunaikan solat isyak lagi,
selepas dia bersolat maghrib tadi kemudian itu dia terus keluar ke restoran
untuk makan malam.
Selesai bersolat, Syuhada memanjatkan doa kepada Allah. Dia meminta kepada
Allah untuk memberikan petunjuk yang mana harus di pilih olehnya. Dia hanya
mengharapkan Allah sahaja yang boleh membantunya untuk dia menyelesaikan
masalahnya. Sehabis dia membuka telekung tiba-tiba telefonnya berbunyi.
“Hello.”
“Haa… Hello Hada.”
“Ehh.. Ija… Kau ni kok ya pun bagilah salam.”
“Ehh.. Lupa lak… Assalamualaikum.”
“Walaikumusalam… apa Hal?”
“Aku nak bagi tahu kau yang Izara admitted ni
tadi demam panas… Temprature dia tinggi… Tu yang kena tahan tu.”
“Ya Allah… Patut hati aku tak sedap… Habis siapa
ada dengan dia.”
“Mummy, papa dan abang Que.”
“Dia masuk hospital mana Ija.”
“Pantai Medical Centre.”
“Ija! Aku nak baliklah… Aku nak kemas barang
sekejap.”
“Ehh… Hada… Abang Que kata kau jangan risau, dia
ok Cuma demam panas sahaja.”
“Tak apa… Aku pergi ke sana terus. Kau boleh kata
jangan risau… Kau ingat dah dengar macam ni aku boleh lelap ke?”
“Oklah… Tapi aku rasa lebih baik kau call abang
Que dulu.”
“Ok aku call dia sekarang.”
Selepas bercakap dengan Khalijah, Syuhada terus menelefon Khairil Qushairy.
“Hello… Assalamualaikum… Abang Que… Hada ni.”
“Waalaikumusalam… Haa Hada.”
“Ija kata Izara admitted… So macam mana dia
sekarang.”
“Alhamdulillah… Doktor dah bagi ubat dan sekarang
ni pun nurse tengah pantau dia… Hada jangan risau… InsyAllah dia ok.”
“Tak apa… Abang Que message hada no bilik dia dan
hada akan gerak sekarang.”
“Abang Que… Hada tak boleh nak tunggu esok baru
gerak… Hada risaukan dia… Ni Hada sudah siap kemaskan barang… Hada nak check
out.” “No… No… Hada! Hada tunggu sana dan abang datang
ambil Hada.”
“Tak apa abang Que… Nanti banyak membuang masa
saja… Abang doakan Hada selamat dalam perjalanan Hada untuk ke sana.”
“Hmmmm… Hada!”
“Abang Que please… jangan lupa message Hada no
bilik dia… Hada akan jaga Izara malam ini.”
“Assalamualaikum…”
“Walaikumusalam.”
Syuhada bergegas keluar dari bilik dan terus ke kaunter untuk check out,
setelah dia membuat bayaran untuk bilik dia kemudian terus memandu keluar dari
PD dan masuk ke highway ke Kuala Lumpur.
Selepas Satu jam lebih dia memandu dari PD ke Pantai Medical Centre nasib
baik jalan pun tak jem teruk. Setelah sampai dia memarkir keretanya di tempat
letak kereta dia terus berjalan laju untuk sampai ke wad kanak-kanak yang
menempatkan Izara. Dalam masa dia mencari wad kanak-kanak dia menelefon khairil
Qushairy untuk memaklumkan yang dia sudah berada di dalam bangunan hospital,
Khairil Qushairy memberitahu panduan kepada Syuhada untuk ke ward kanak-kanak
dan katanya lagi dia akan menunggu Syuhada di luar bilik.
“Hada!” Khairil Qushairy melambaikan tangannya kerana dia sudah nampak
kelibat Syuhada yang sedang meninjau-ninjau melihat nombor di pintu bilik.
“Assalamualaikum abang Que.” Syuhada memberi salam kepadanya.
“Walaikumusalam.” Khairil Qushairy membalas salam yang di beri dan dia
terus menolak pintu bilik.
Syuhada mengikut Khairil Qushairy masuk ke dalam bilik dan apabila dia
ternampak kelibat Izara yang terbaring lesu dia terus berasa sebak. Dia
menyalam Datin Roziah dan Datuk Sahak dan kemudian terus mencium dahi Izara,
dia melakukan dengan spontan tanpa dia sedari yang dia sedang di perhatikan.
Syuhada mengalirkan airmatanya setelah melihat keadaan Izara, dia berasa
serba salah… Adakah kerana dia Izara menjadi begitu. Dia mengusap kepala Izara
dan bercakap perlahan-lahan dengan Izara serta berkali-kali dia mencium Izara.
“Hada! Jangan menangis… Dia tak apa-apa… Ni pun suhu badan dia sudah
menurun sedikit.” Datin Roziah berkata sambil tangannya di letakkan di atas
bahu Syuhada. Syuhada baru tersedar yang dia tidak hanya berdua dengan Izara.
“Haa… Mak Long… Hada kesian kan dia… Sebelum ni dia tak pernah macam ni… Tu
yang Hada sesalkan. Maafkan Hada sebab terlebih emotional pula.” Syuhada
berkata sambil mengelap airmatanya.
“Dah Hada jangan risau tau.”Khairil Qushairy berkata sambil tersenyum
memandangnya. Dia tahu yang Hada terlalu sayangkan Izara, kerana itu Syuhada
boleh menitiskan airmata apabila melihat keadaan Izara.
“Kamu drive malam-malam ke sini… Pak Long pun naik risau apabila Que kata
kamu berdegil juga untuk ke sini.” Datuk Sahak bersuara juga.
“Macam mana Hada boleh tenang Pak Long… Mak Long… kalau dah kata Izara
dalam wad… Tak ada gunanya Hada boleh tenang dan lelap walaupun duduk di hotel
tu.” Syuhada berterus terang tentang kerisauannya terhadap Izara.
Dalam masa mereka berbual tiba-tiba Izara bergerak dan membuka matanya
sekejap. Syuhada cepat-cepat memanggil namanya, Izara berpaling dan terus
bangun, di peluknya Syuhada seperti melepaskan kerinduan. Syuhada sekali lagi
mengalirkan airmatanya dan dia rasa terharu dan sayu apabila melihat reaksi
spontan Izara apabila terlihat dirinya.
“Sayang Mak Su rindukan Maksu ya… Sorry sayang… Mak Su janji Mak Su tak
akan tinggalkan Izara lagi ya.” Syuhada berkata sambil mengusap belakang Izara.
“ Ya lah Hada… Dia rindukan kamu kut… Cuba tengok macam mana dia peluk kamu
haa.” Datin Roziah pula berkata.
“Anak Papa ni sengaja nak susahkan Mak Su dia.” Khairil Qushairy berkata
sambil mengusap kepala Izara pula.
“So ni comfirm dia warded ke?” Syuhada bertanya.
“Haa.. Ahh.. Sebab dia orang hendak monitor Izara… Tunggu karang nurse
datang check dia lagi dan cubalah tanya macam mana“ Datin Roziah menjawab
pertanyaan Syuhada dan dia pun sudah di maklum oleh doktor tadi yang Izara akan
di tahan, jikalau menjelang esok suhu badannya menurun Izara boleh balik. Ini
pun mereka menunggu keputusan darah Izara tetapi katanya esok hari baru boleh
dapat tahu.
“Kalau macam tu biar Hada tunggukan Izara malam nie. Mak long Pak Long dan
Abang Que balik lah dulu.” Syuhada memberi cadangan dan dia memang mahu
menunggukan Izara.
“Ehhh… Tak apa Hada… Biar abang sahaja yang tunggukan Izara… Hada balik
dengan Mummy dan Papa.” Khairil Qushairy melarang Syuhada.
“Tak apa… Hada boleh… Esok datang balik.” Syuhada meyakinkan Khairil
Qushairy.
“Tak apalah Que… Tu tengok tu dah duduk dalam pangku Hada tu jangan
beranganlah kamu nak mengambil dia.” Datin Roziah memuncungkan mulutnya ke arah
Syuhada dan Izara. Syuhada duduk di atas katil dan memangku Izara.
“Kalau macam tu biar abang bawa balik kereta Hada… Papa tolong bawa kereta
Que… Boleh Pa?” Khairil Qushairy bertanya kepada Datuk Sahak. Khairil Qushairy
rasa lebih baik dia membawa pulang kereta Syuhada kerana esok hari menyusahkan
Syuhada pula untuk memandu pulang, sudahlah dia memandu dari PD ke hospital
kemudian tidur di hospital untuk menemankan anaknya dan sudah pasti Syuhada
kepenatan untuk memandu pada esok hari .
“Ehh.. Kereta Hada tu nanti esok Hada boleh drive balik.” Syuhada menahan
Khairil Qushairy.
“Nope… Abang dengar cakap Hada… So now you should listen to me too…”
Khairil Qushairy berkata sedikit tegas, kerana dia tidak boleh hendak berlembut
juga kadang-kadang dengan Syuhada kerana Syuhada ini ada ketegasan dan
kedegilannya sendiri.
Datuk Sahak tersenyum dan memberi isyarat mata kepada Datin Roziah dan
Datin Roziah turut tersenyum.
“Ok… Biar Papa drive kereta kamu Que… Bagi Papa kunci.” Datuk Sahak
menghulurkan tangannya untuk menunggu Khairil Qushairy menyerahkan kunci
kereta.
“Bagi Abang kunci Hada.” Khairil Qushairy meminta kunci kereta Syuhada dan
dia menyerahkan kunci keretanya kepada Datuk Sahak.
“Ok Sayang nenek… Nenek balik dulu ya… Get well soon dear.” Datin Roziah
mencium Izara dan Syuhada menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Datin
Roziah dan kemudian dia menyalami Datuk Sahak.
“Sayang cucu atuk.” Datuk Sahak mengusap kepala Izara. Dan kemudian mereka
berdua keluar dahulu dari bilik dan meninggalkan Khairil Qushairy.
“Sayang! Papa balik dulu ya… Jangan susahkan Mak Su tau.” Khairil Qushairy
mencium Izara dua tiga kali. Terasa berat hatinya hendak meninggalkan Izara di
hospital, tetapi apabila Syuhada berkeras untuk menjaga Izara dan dia terpaksa
akur dengan permintaan Syuhada itu.
“Abang balik dulu… Esok pagi abang datang tau… Kalau ada apa-apa nanti call
abang.” Khairil Qushairy berkata lembut kepada Syuhada.
“Ok… Abang Que jangan risaukan Izara… Hada ada ni.” Syuhada sekali lagi
menyakinkan Khairil Qushairy.
“Esok nak abang bawakan apa-apa… Berus gigi ke… Pencuci muka…” Khairil
Qushairy bertanya kerana dia pasti yang Syuhada tidak ada kelengkapan itu dan
pastinya barang-barang itu ada di dalam keretanya.
“Tak apa… Hada dah standby dalam handbag Hada tu.” Syuhada sengaja
menyimpan barangan keperluannya itu di dalam handbagnya kerana dia sudah
berjanji pada dirinya untuk menunggu Izara di hospital malam ini. Nasib baiklah
handbag yang di bawanya tadi besar dan macam-macam boleh di isi, mengalahkan
poket doremon pula.
“Amboi! Dah siap dah… Ok kalau macam tu abang balik dulu ya… Hada pun
jangan berjaga pula… Kalau Izara dah tidur tu Hada pun tidurlah sama… tu botol
susu dan susu tu abang sudah sediakan.” Banyak juga pesanan Khairil Qushairy
tinggalkan, dia rasa dia harus mempercayai Syuhada, Botol susu dan susu Izara
itu telah di hantar oleh Leman setelah doktor mengatakan Izara harus di tahan
di hospital dan Datin Roziah terus menelefon Khalijah menyediakan barangan
keperluan Izara dan menyuruh Leman menghantarnya ke hospital.
“Ok… Dah sekarang abang Que balik rumah dan rehat… Pasal Izara jangan
risau… Hada ada, lagi pun dia memang hendakkan Hada… Agaknya dia rindukan Hada
kut.” Syuhada berkata dan memandang Izara yang sudah pun lelap di pelukkannya.
“Yelah… Dah Mak Su dia jual mahalkan… So nak buat macam mana… Oklah…
Assalamualaikum.” Khairil Qushairy sempat lagi memerli Syuhada dan kemudian dia
tersenyum.
“Walaikumusalam.” Syuhada turut tersenyum apabila Khairil Qushairy berkata
begitu.
Setelah Khairil Qushairy keluar, Syuhada terus memadamkan lampu dan dia
hanya membuka lampu kecil yang sedia ada di dinding bilik itu. Dia berbaring di
sebelah kiri Izara manakala di bahagian sebelah kanan katil palang untuk
mengelakkan Izara terjatuh telah di naikkan oleh Khairil Qushairy sebelum dia
pulang tadi. Dalam hendak melelapkan matanya Syuhada telah terfikir sesuatu dan
dia rasa dia sudah menemui keputusan yang di cari olehnya dan mungkin ini semua
adalah petunjuk dari Allah swt. Dia berdoa supaya jalan yang di pilih olehnya
nanti adalah yang terbaik.
Baru syuhada hendak terlelap tiba-tiba telefonnya berdering, dia mengeluh
kerana terlupa letak ‘silent mood’.
“Hello! Assalamualaikum.”
“Walaikumusalam… Haa Ija…”
“Kau dah sampai ke?”
“Dah… Aku dah nak tidur nie.”
“Mak aihh! Laju juga kau sampai… Kau pecut betul
ni.”
“Tak adalah pecut sangat pun… Jalan pun tak jem
sangat.”
“Abang Que pun tunggu sama ke?”
“Tak lah… Dia orang on the way balik dah… Kejap
lagi sampailah tu.”
“Ohh… Aku ingat Abang Que dengan kau sama-sama
menjaga anak malam nie.”
“Hampeh kau Ija… Kau kalau tak cari pasal tak sah
kan.”
“Hahaha… Aku tanya jer lah… mana ada cari pasal.”
“Ehhh… Apa cerita dengan Doktor love kau tu.”
“Cehhh… Banyaklah kau punya doktor love.”
“Hahahaha… Dia tak ada melamar kau ke?”
“Nielah aku nak cerita dengan kau.”
“Haaa… Apa dia.”
“Kau ni kalau part gossip laju jer nak terjah
soalan… Bagilah aku bercerita dulu.”
“Ok… Ok… Ceritalah cepat.”
“Dia cakap dia nak kawan lebih rapat dengan aku.”
“Habis tu… Terima sajalah… apa masalahnya pula.”
“Aku bukan apa… Nanti kalau budak-budak dekat
hospital tu tahu aku kawan rapat dengan Zakuan… Mesti ada yang sakit hati
dengan aku.”
“Kenapa pula?”
“Yelah dia tu pujaan ramai… Ramai jururawat dan
doktor muda yang sukakan dia tau.”
“Wah! Kau kalau pasal aku bukan main pandai kau
bagi kaunseling dengan akukan… Tiba kena diri sendiri tiba-tiba jadi dungu.”
“Ala kau nie Hada janganlah kutuk aku macam tu…
Aku cuma risau kalau dia orang tu semua tu tahu aku kawan rapat dengan Zakuan.”
“Ija… Satu saja aku nak tanya kau… Sekarang ni
kau yang terhegeh-hegeh minta nak kawan dengan dia atau dia yang kata nak kawan
dengan kau.”
“Dia lah.”
“Habis tu apa yang kau nak risaukan… Dah dia suka
nak kawan dengan kau.. Itu hak dia… pedulikan apa orang lain nak kata… Manusia
nie Ija memang tak pernah hilang perasaan cemburu atau irihatinya.”
“Aku tahu tu Hada… Tapi aku takut nanti ada yang
kata aku terhegeh-hegeh mengurat dia.”
“Dah fikirkan diri kau sendiri dulu… Kau pun
kalau tak banyak… sedikit pun kau ada gak sukakan diakan.”
“He he he… Ada gak.”
“ Terima sajalah… Kenal hati budi dia… Kalau tak
kenal maka tak cinta.”
“Wah! Pulang paku buah keras nampak.”
“Hahahaha… Kau je yang nak kena kan aku… So turn
kau lah pula.”
“Ehhh… Tapi kau jangan cerita dengan sesiapa dulu
tau… Sebab aku belum bagi kata putus untuk berkawan rapat dengan dia.”
“Jangan risaulah… Macam kau tak kenal aku ni
pulakan.”
“Dah kau tidurlah… Ehh lupa macam mana dengan
budak comel tu?”
“Alhamdulillah… dah turun sikit temperature dia,
nyenyak tidur nie haa… aku tidur dengan dialah ni.”
“Ohh… Alhamdulillah… Oklah… Take care tau…
Assalamualaikum.”
“Walaikumusalam… Have a sweet dream ok.”
“Banyaklah kau punya sweet dream.”
“Hahahaha… Ok.”
Selesai berbual panjang dengan Khalijah, syuhada terus melelapkan mata,
badan dia terasa penat juga kerana memandu tadi.
Akak,bl nk up nxt n3,x sbr tnggu dorg kwn,nnti post yer
ReplyDelete