khairil Qushairy awal-awal lagi sudah bersiap, dia hendak ke hospital.
Tidak betah dia untuk berlamaan di rumah.
"Kamu ni kelam kabut... kok ya pun makanlah dulu. Nie bawakan bekal
untuk Hada nanti." Datin Roziah menegur Khairil Qushairy apabila dia hanya
duduk minum tetapi tidak menjamah sedikit pun makanan.
"Que takut lambat pula sampai hospital... kesian pula dekat
Izara." Jawabnya.
"kamu tu risaukan Izara atau Hada?" Datuk Sahak menyoal dan
tersenyum kepada khairil Qushairy.
"Ishhh... Papa ni... Kesitu pula dia." Khairil Qushairy menyenduk
juga mee goreng yang ada di depannya, kalau tidak nanti lagi di perli oleh kedua
orang tuanya.
"Haa... makan dulu... Nanti kalau doktor kata Izara belum boleh
keluar, kamu beritahu Mummy, nanti mummy boleh ajak Azam pergi ke sana." Khairul
Azam ada di rumah mertuanya di Malawwati, semalam dia ke sana melawat
mertuanya.
"Yelah." Khairil Qushairy tidak banyak bercakap dan hanya
meneruskan suapannya. Dia hendak pergi cepat ke sana.
"Pasal meeting hari ini biar papa saja yang pergi. kamu tak payah
masuk office dulu." Datuk Sahak faham situasi yang di hadapi oleh khairil
Qushairy sekarang ini, dia pasti risaukan keadaan anak perempuan tunggalnya
itu.
"Thanks Pa. Ok mummy... Que pergi dulu, apa-apa hal Que call."
Khairil Qushairy mengambil bekalan yang telah di sediakan untuk Syuhada dan dia
bersalam dengan kedua orang tuanya.
Datin Roziah dan Datuk Sahak hanya memerhati pemergian khairil Qushairy,
kadang-kadang timbul juga rasa kasihan melihat nasib anak sulungnya itu.
"Risau betul Hada semalam kan Bang, dia memang betul-betul sayangkan
Izara, kalau tidak dia tak menangis." Datin Roziah teringat kisah di dalam
wad malam tadi.
"Iya... Saya pun nampak... Harap-harap Syuhada dapat menerima lamaran
kita itu, Que pun bila nampak muka Hada bukan main ceria lagi." Datuk
sahak pula berkata, perangai dia suka sangat memerhati perlakuan Syuhada dan
Khairil Qushairy.
"Tulah... Saya ni tak putus berdoa supaya mereka berdua ada
jodoh." Datin Roziah memang mengharapkan keputusan yang baik dari Syuhada.
################
"Assalamualaikum..." Khairil Qushairy mengetuk pintu wad dan
membukanya perlahan.
"Waalaikumusalam." Syuhada berpaling ke arah pintu dan menjawab
salam yang di beri.
"Hai princess Papa." Khairil Qushairy terus mencium Izara yang
sedang terbaring di katil menyusu. Syuhada hanya tersenyum memandang.
"Macam mana dia malam tadi ada meragam tak?" Khairil Qushairy
bertanya kepada Syuhada.
"Tak ada pula... Tadi doktor
dah datang check dan dia kata sebab suhu Izara dah menurun dan stabil... So
Izara boleh discharge tengah hari ni. Doktor pun memang tunggu Abang Que
datang." Terang Syuhada.
"Iya ke? Syukur Alhamdulillah... Ok Abang keluar jumpa doktor dulu...
Haa tu ada bekal kak Imah sediakan, Tahulah Mummy tu bising kalau tak bawakan
bekal untuk Hada." Khairil Qushairy menunjukkan bekalan yang di letakkan
di meja yang tidak jauh dari katil.
"Ok... Thanks." Syuhada membalasnya dengan senyuman, dia akan
makan selepas menyusukan Izara.
Syuhada makan sambil memandang Izara yang bermain di dalam katil, seronok
dia melihat Izara sudah ceria semula. Sedang dia makan sekali lagi pintu bilik
di tolak dari luar dan kelihatan Khairil Qushairy yang masuk. Sekali lagi
Khairil Qushairy menghadiahkan senyuman kepada Syuhada dan dia terus pergi ke
katil dan mengambil Izara.
"Abang dah jumpa doctor and they will process the prescriptions and
bills... So we just wait here for one or two hours." Khairil Qushairy
memberitahu Syuhada apa yang telah doktor katakan padanya tadi.
"Ohhh... Ye ke... Tak apalah... Nasib baik Hada ada simpan Ipad dalam
beg." Syuhada berkata sambil tersenyum. kemudian dia meneruskan makan dan
tiada perbualan di antara mereka dan hanya bising dari mulut Izara sahaja yang
sibuk hendak turun dari pegangan Khairil Qushairy. Dia sudah merangkak dan mula
berpaut untuk berdiri.
"Hada macam mana… ok ke?" Khairil Qushairy memecahkan kesunyian
di dalam bilik, dia sebenarnya memang sengaja membiarkan Syuhada habis makan
dan barulah dia hendak bertanya kepada Syuhada.
"Alhamdulillah... Malam tadi pun selesa aja Hada tidur sambil peluk
kenit ni." Syuhada berkata sambil memandang Izara.
"Hada dah buat keputusan ke? Maaflah kalau abang bertanya terlalu
awal." Khairil Qushairy rasa ini salah satu peluang untuk mereka
berbincang lagi kerana kebetulan mereka berdua di dalam bilik ini.
"Hmmm... Sudah... Hada buat keputusan ini setelah Allah bagi
petunjuk." Syuhada tunduk apabila berkata dia terasa segan apabila Khairil
Qushairy asyik memandang ke arahnya.
"Katakanlah... Abang akan terima seadanya keputusan Hada itu."
Dia berdebar-debar juga apa yang bakal keluar dari mulut Syuhada.
"Hada terima lamaran Abang Que dan Mak Long." Syuhada tidak
mengangkat mukanya apabila dia berkata begitu.
"Apa dia Hada... Abang tak dengar." Khairil Qushairy sengaja
berkata begitu kerana dia hendak Syuhada memandangnya ketika mengatakan
persetujuannya itu.
"Hada kata Hada setuju." Syuhada berkata dan memandang ke arah Khairil
Qushairy kemudian cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya.
"Setuju apa? Abang tak faham." Khairil Qushairy mengusik Syuhada.
"Abang Que sajakan nak kenakan Hada." Syuhada memasamkan sedikit
mukanya.
"Betul... Cuba Hada cakap betul-betul dengan jelas." Sempat juga
Khairil Qushairy mengenakan Syuhada, dia tahu yang Syuhada malu dengannya.
"Hada setuju dengan lamaran Abang Que." Syuhada berkata sedikit
kuat dan kemudian dia memalingkan mukanya semula.
"Alhamdulillah... Thanks Hada sebab sudi terima abang." Khairil
Qushairy tersenyum gembira dan berkali-kali dia mengucapkan syukur di dalam
hatinya.
"Tapi dengan satu syarat." Syuhada mengenakan syarat pula
"Alamak! Ada Syaratlah pula." Khairil Qushairy sabar menanti
apakah syarat yang bakal di minta oleh Syuhada.
"Bagi Hada masa untuk lebih mengenali Abang Que dan Hada hendak Abang
belajar menyanyangi Hada.
"Ohhh... Ok.. Abang ingatkan Syarat apalah tadi... Ehhh! Takkan Hada
tak kenal-kenal lagi Abang ni” Khairil Qushairy mengusik Syuhada lagi.
“Abang Que ni… Maksud Hada kenal dengan lebih dekat lagilah.” Terang
Syuhada.
“Kalau nak kenal dengan lebih dekat… Kena kawin cepat-cepatlah… Barulah
Hada boleh kenal Abang dengan sepenuhnya.” Khairil Qushairy berkata dan tersenyum
memandang Syuhada.
“Ishhh… mentang-mentang kita setuju dah laju je langkah diakan.” Syuhada
sedikit merungut kerana dia tidak sangka yang Khairil Qushairy boleh memberi
jawapan begitu, Khairil Qushairy tertawa apabila Syuhada bersungut.
“InsyAllah kita sama-sama mencuba ya... So lepas ni Izara kena belajar
panggil Hada… Mama lah ya." Khairil Qushairy berkata sambil tersenyum lagi
kepada Syuhada.
"Laaa... " Syuhada seperti tidak percaya.
"Iyalah... Takkan dia nak panggil Mak Su sampai bila-bila kan."
Khairil Qushairy lebih suka Izara belajar memanggilnya Mama.
"Ok... Ok... Hada kalah... Hada akan cuba." Syuhada memang kalah
untuk berkata lagi.
Pintu bilik di ketuk dan kelihatan jururawat masuk dengan membawa beberapa
helai kertas, itu semua urusan Khairil Qushairy dengan pihak hospital, Syuhada
sudah meletakkan Izara di dalam stroller yang di bawa oleh Khairil Qushairy.
Manakala Khairil Qushairy membimbit beg barangan Izara. Datin Roziah telah di
maklumkan tentang Izara keluar pada hari ini.
"Ehhh... Kita nak kemana pula ni?" Syuhada bertanya kepada
Khairil Qushairy.
"Dating!" Jawab Khairil Qushairy sepatah, dia tetap dengan
pemanduannya… dia hanya tersenyum.
"Ehhh... Abang Que nie. Izara belum pulih sepenuhnya tau. Sisa demam
dia masih ada." Syuhada menegur Khairil Qushairy.
"Abang tahu... Kita pergi makan sekejap… Abang laparlah." Khairil
Qushairy sudah galak mengusik Syuhada, kini Syuhada sudah nampak karakter lain
yang terdapat pada diri Khairil Qushairy.
"Laaa... cakaplah awal-awal, tak adalah Hada bebelkan Abang Que."
Syuhada berkata sambil menjeling Khairil Qushairy, geram juga dia tadi.
"Lepas ni Abang kena tadah telingalah dengar Hada bebelkan Abang
hari-harikan." Seloroh Khairil Qushairy.
"Kesitu pula abang Que nie." Syuhada mengelengkan kepalanya.
"Hada! Abang ada satu permintaan dan Abang harap Hada boleh
tunaikan." Khairil Qushairy berkata tanpa menoleh kepada Syuhada.
"Apa dia?" Syuhada memalingkan muka memandang kepada Khairil
Qushairy.
"Boleh tak lepas nie kalau Hada panggil Abang... Jangan panggil Abang
Que just panggil Abang sahaja... boleh tak?" Khairil Qushairy rasa seperti
jauh dari Syuhada jikalau Syuhada masih memanggilnya Abang Que.
"InsyAllah...Tapi bagi Hada masa… Boleh tak kalau kita belajar step by
step." Syuhada bertanya kerana dia memang memerlukan masa untuk
menyesuaikan benda ini semua.
"Boleh... Tapi lagi cepat perubahan tu lagi Abang suka." Khairil
Qushairy ketawa apabila berkata begitu.
"Mengada-nganda betul Papa Izara ni lah." Syuhada tidak tahu
hendak jawab apa lagi dengan usikan Khairil Qushairy.
Khairil Qushairy awal-awal lagi telah memberitahu kepada Datin Roziah yang
dia akan makan tengah hari di luar bersama Syuhada, dan dia juga sempat
memberitahu kepada Datin Roziah yang dia ada perkara hendak di bincangkan
dengannya setelah dia pulang nanti.
“Ala cucu nenek… Mana budak baik nenek tu.” Datin Roziah menegur Izara yang
sedang di dukung Syuhada untuk masuk ke dalam rumah. Khairil Qushairy menyalami
Datin Roziah dan terus membimbit beg barangan Izara naik ke atas.
“Mari sini manja nenek ni.” Datin Roziah mengambil Izara daripada Syuhada.
Dia mengelak pun Datin Roziah tetap mangambil Izara dari Syuhada.
“Bertuah betul Izara ni.” Syuhada menegur Izara.
“Apa kata Doktor?” Datin Roziah bertanya kepada Syuhada dan meletakkan
Izara duduk di atas alas khas bertulis huruf ABC dan memudahkan dia merangkak.
“Alhamdulillah Mak Long… Darah dia pun tak ada jangkitan apa-apa, tu yang
doktor benarkan dia keluar.” Syuhada menerangkan kepada Datin Roziah. Khairil
Qushairy turun dan duduk mengadap Datin Roziah dan Syuhada.
“Mummy! Boleh tak mummy call Mak ngah dan Pak Ngah suruh datang sini.”
Khairil Qushairy memandang Datin Roziah dan mengharapkan jawapan darinya.
“Kenapa?” Datin Roziah bertanya hairan.
“Kami ada sesuatu yang hendak di bincangkan.” Balas Khairil Qushairy.
“Maknanya kamu berdua?” Datin Roziah bertanya lagi kemudian dia memandang
Syuhada yang hanya mendiamkan diri.
“Iya… Saya dan Hada lah. Que harap nanti semua orang akan dapat menerima
apa saja yang keluar dari mulut Syuhada dan satu sahaja yang Que minta nanti
jangan sesiapa paksa Hada lagi.” Syuhada menyengetkan kepalanya sedikit kerana
dia pasti yang sekarang ini Khairil Qushairy ada plan hendak membuatkan
kedua-dua keluarga suspend dengan keputusan darinya.
“Ishhh… Kamu ni Que… merisaukan mummylah.” Berkerut dahi Datin Roziah
memandang Khairil Qushairy dan kemudian dia memandang kepada Syuhada. Syuhada
hanya buat-buat dia melayan Izara manakala Khairil Qushairy membuat muka
selamba dan dia boleh menahan dirinya dari tertawa. Dia benar-benar membuat
muka serius.
“Boleh tak Mummy.” Khairil Qushairy mendesak Datin Roziah.
“Yelah… Yelah…” Datin Roziah lantas mengambil telefonnya dan dia menelefon
Puan Rokiah dan menyampaikan permintaan Khairil Qushairy.
#####################
Tuan Roslan dan Puan Rokiah sudah pun sampai selepas waktu sekolah petang
tadi, Syafika dan Sufian turut ikut sama. Kebetulan Khairul Azam, Rohana dan
anak-anaknya turut pulang ke rumah Datin Roziah. Mereka pulang untuk melawat
Izara. Kiranya perbincangan ini di hadiri oleh adik beradik Syuhada dan Khairil
Qushairy, cuma Syakina sahaja yang tidak ada. Setelah selesai solat maghrib dan
makan malam, mereka semua duduk di ruang tamu di bawah kerana ruang tamu di
bawah lagi besar berbanding di tingkat dua. Khalijah duduk di sebelah Syuhada
dan dia juga tidak sabar dengan apa yang bakal di dengari.
“Haa… Que cepatlah cakap apa hal yang penting sangat kamu hendak beritahu
kami semua ni.”Datuk Sahak memulakan pertanyaan kepada Khairil Qushairy.
“Haa.. Ahhh… Abang Que… Tak sabar ni.” Khalijah pula menambah.
“Apa-apa hal Que dah cakap dengan mummy… Jangan paksa Hada dengan apa
sahaja keputusan yang telah di buat olehnya.” Khairil Qushairy berkata tenang.
Masing-masing sabar menunggu.
“Cepatlah cakap bro.” Khairul Azam pula berkata kerana dia pun tidak sabar
hendak tahu apa hal yang penting sangat itu.
“Macam ni… Hal nie Que rasa biar Hada sahaja yang beritahu.” Khairil
Qushairy menundukkan kepalanya, dia membuat gaya seperti sedikit kecewa dan
lagi berdebarlah dada Datin Roziah dan Puan Rokiah dibuatnya.
“Hada! Bagilah tahu cepat.” Khalijah mendesak Syuhada.
“Hada harap apa saja yang Hada beritahu ini tidak mengecewakan sesiapa.”
Syuhada berjaya juga melakonkan wataknya, ini semua sebab terikut lakonan
spontan Khairil Qushairy lah ni. Datin Roziah dan Puan Rokiah saling
berpandangan dan mengerutkan dahi, mereka sudah pasti yang Syuhada menolak
lamaran itu.
“Cakap sajalah Hada… Kami terima sahaja.” Tuan Roslan pula berkata.
“Hmmm… Baiklah… Mak, Abah, Mak Long dan Pak long… Mula-mula sekali maafkan
Hada… Hada sudah nekad dengan keputusan Hada ini dan ini pun bukan atas desakan
atau paksaan dari sesiapa. Hada nak beritahu yang Hada terima lamaran Mak
Long.” Syuhada tertunduk malu juga selepas menyampaikan keputusannya itu.
“Apa?” Serentak Datin Roziah dan Puan Rokiah bertanya. Datuk Sahak dan Tuan
Roslan terus mengucapkan syukur.
“Bertuah punya anak dalam baik kita di kenakan… Kalau Mummy ni ada heart
attack memang rebah dah sebab risau dengan apa yang keluar dari mulut Hada
nanti.” Datin Roziah membebel tapi dalam masa yang sama dia bersyukur dengan
apa yang di dengari dari mulut Syuhada.
“Kamu ni Hada!!” Puan Rokiah pun terasa geram dengan Syuhada. Khalijah
terus bersorak dan memeluk Syuhada kerana dia suka sangat dengan keputusan yang
telah di buat oleh Syuhada.
“Jangan salahkan Hada… Ini semua Abang Que yang punya idea.” Syuhada
berkata dan dia tidak mahu di persalahkan di atas rancangan ini.
“Yelah… Masa Mummy merisik Hada dekat Mak Ngah, kami pun tak tahukan dan
tiba-tiba dapat surprise. So fair and square.” Khairil Qushairy tergelak sambil
berkata.
“Mummy… Boleh jelaskan lebih terperinci tak… Azam blur sekejap ni.” Khairul
Azam masih tertanya-tanya apa yang mereka setuju.
“Ohh… Mummy lupa nak terangkan dekat kamu semua. Begini… Mummy telah
merisik dan ingin meminang Hada untuk Que. Tapi mula-mula memang Hada tidak
boleh nak terima semua ini… Tetapi syukurlah kerana keputusan yang di beri
sungguh mengembirakan.” Terang Datin Roziah.
“Ohhh… Begitu kisahnya… Ok.. kami pun setuju.” Khairul Azam, Rohana dan
Khalidah bersetuju dengan penyatuan Syuhada dan Khairil Qushairy, mereka memang
tiada bantahan.
“Kiah! Kita dah boleh merancanglah nampaknya.” Datin Roziah berkata kepada
Puan Rokiah, jelas keterujaan di wajah Datin Roziah.
“Kok iya pun Datin Roziah nya… Bawa-bawa lah bertenang, kelam kabut sebab
dek seronok.” Datuk Sahak menegur Datin Roziah dan mengeleng-geleng kepalanya,
tetapi dia tersenyum gembira juga.
“Izara nak dapat Mama baru.” Rohana pula berkata kepada Izara yang sedang
merangkak untuk mendapatkan Syuhada.
“Kak Ana… So tak boleh lah nak panggil mak su kan… Kena ejekkan diri tu
mama lah. Betul tak kak Ana.” Khalidah pula mengusik.
“Betul… Betul …Betul” Khalijah pula berkata meniru gaya upin dan ipin.
“Ehh… nanti-nantilah dulu… Bawa bersabar.” Syuhada tersenyum menjawab
usikan mereka.
“Mana boleh sabar-sabar… Kena mula dari sekaranglah.” Rohana pula berkata.
Memang masak Syuhada di usik oleh mereka.
“Hada! Mari sini.” Puan Rokiah memanggil Syuhada datang dan duduk di antara
Datin Roziah dan dia.
“Kenapa?” Syuhada bangun dan duduk di tengah-tengah dan yang lawaknya Izara
tidak lepas dari pegangan Syuhada.
“Ni Hada nanti kita buat proper majlis… So sekarang Mak long nak ikat Hada
siap-siap. Bagi sini tangan kanan tu.” Datin Roziah berkata dan di tangannya
sudah ada sebentuk cincin, tetapi cincin itu adalah cincin di jarinya dan di
tanggalkan untuk di pakaikan kepada Syuhada buat sementara.
“Apa pula Mak Long Rozi oii!! Mummylah.” Datuk Sahak menegur Datin Roziah.
“ Oh… Ya tak ianyakan… Nie guna cincin Mummy sementara. Nanti dua minggu
lagi kita buat majlis bertunang kamu berdua.” Datin Roziah sudah menetapkan
keputusan selepas dia berbincang dengan Puan Rokiah dan suami mereka.
“Amboi! Datin Roziah… Tak sabar-sabar nak dapat menantu.” Khalijah mengusik
Datin Roziah.
“Haa… Kamu pun Ija… jangan lama-lama sangat, nanti suruh Zakuan datang bawa
family dia.” Datin Roziah berkata sehingga membuat Khalijah terhenti untuk
mengusiknya.
“Lah Mummy nak buat apa?” Khalijah bertanya.
“Meminang kamulah.” Datin Roziah berkata selamba dan sambil itu tangannya
menyarungkan cincin di jari Syuhada.
“Besar sikitkan… Tak apa… Esok kamu dengan Que keluar cari cincin.” Datin
Roziah sudah mengeluarkan arahan. Gamat sudahnya ruang tamu dek kerana gurau
senda mereka semua.
“Tapikan Mummy… mana adil Ija yang di paksa sedangkan kak Idah tak bawa
culan-culannya lagi.” Khalijah lagi hendak menjawab permintaan Datin Roziah.
“Culan-culan… Apa tu?” Datin Roziah bertanya kerana dia tidak faham.
“Calon-calon lah Mummy.”Rohana pula tolong menjawabkan bagi pihak Khalijah.
“Hehhh… Idah tu nak tunggu anak Raja Gopal datang meminang dia kut.”
Khairul Azam pula menyampuk.
“Hampeh ehh lak aihh… Anak Raja gopal katanya.” Khalijah membaling kusyen
kecil yang di pegangnya kepada Khairul Azam.
“Hahahahahaha” Mereka semua tergelak mendengar usikan Khairul Azam.
Izara sudah mula merenget dia sekejap memanjat Syuhada dan sekejap dia
turun merayau. Dia merenget sambil merangkak datang kepada Syuhada, dia minta
di dukung dan sudah mula mengosok matanya. Khairil Qushairy perasan apabila
terdengar suara Izara mula merenget.
“Dah mengatuk ya.” Rohana menegur Izara yang sudah duduk di pangkuan
Syuhada.
“Apalagi, dah merenget siap gosok-gosok mata ni… Sah-sah mengantuk.”
Syuhada berkata sambil memandang Izara.
“Kejap Abang buatkan susu dia.” Tiba-tiba Khairil Qushairy menawarkan
dirinya tanpa di suruh.
“Ala comelnya Papa mithali niekan.” Khalijah mengusik Khairil Qushairy.
“Ehhh… Memang dia selalu tolong buatkan susu untuk Izarakan.” Syuhada
berkata.
“Ewah… Backing nampak.” Syuhada pula yang di usik oleh Khalijah.
“Mulalah dia nak lebih-lebihkan.” Syuhada mula menegur Khalijah.
“Tak pa… Kali ni kau tak boleh nak marah dengan aku sebab kau dah declare
setuju nak kawin dengan Abang Que.” Khalijah ketawa girang kerana dia berjaya
mengusik syuhada.
“Apa-apa sajalah Ija… Asalkan kau bahagia… Nanti kau… Aku call Zakuan suruh
datang merisik kau pula.” Syuhada mengugut Khalijah.
“Wei kau jangan Da… Aku dengan dia tu memang tak ada apa-apa… Mana aku nak
sorokkan muka bila terjumpa dia di hospital nanti.” Khalijah menahan Suhada
dari meneruskan niat untuk mengenakan dia pula.
“Siapa Zakuan?” Khalidah dan Rohana bertanya serentak. Kemudian Syuhada menceritakan
kepada Khalidah, Rohana dan Syafika siapakah Zakuan itu. Mereka pun
mengangguk-anggukkan kepala tanda faham dengan apa yang di ceritakan oleh
Syuhada.
Setelah masing-masing seronok berbual dan masa pun sudah lewat. Tuan Roslan
dan Puan Rokiah meminta diri untuk pulang kerana esok mereka hendak ke sekolah.
Syafika masih lagi bercuti, Izara pun sudah lelap di pangkuan Syuhada begitu
juga dengan si kembar Syana dan Syafie sudah lelap tidak jauh dari Syuhada.
Hendak tidur di pangkuan Syuhada tidak boleh kerana Izara sudah pandai cemburu
dan di tolaknya kepala Syafie dari peha Syuhada. Mereka bersalaman dan Syuhada
cuba untuk bangun sambil medukung Izara tetapi Khairil Qushairy cepat-cepat
datang dan mengangkat Izara dari pegangan Syuhada. Kini katil Izara sudah di
pindah masuk ke bilik Khalijah kerana setiap malam Izara tidur dengan Syuhada.
Khairil Qushairy membawa Izara terus masuk ke bilik Syuhada dan meletakkan
anaknya di dalam katil yang terletak tidak jauh dari katil Syuhada dan Khalijah
tidur. Syuhada mengikut dari belakang dan meletakkan botol-botol susu Izara di
atas meja. Kemudian Khairil Qushairy keluar dari bilik setelah dia letih di
usik oleh Khalijah. Nampaknya Syuhada terpaksa belajar memanggil Datin Roziah
dan Datuk Sahak dengan panggilan Mummy dan Papa, dia tidak di benarkan
memanggil Mak Long dan Pak Long lagi.
################
“Assalamualaikum princess.” Khalijah menegur Izara yang sudah membuka
matanya Khalijah sedang bersiap untuk pergi kerja, manakala syuhada ada di
dalam bilik air sedang melepas. Selepas solat subuh dia kelam kabut masuk ke
bilik air.
“Amboi… kenapa monyok manja mak Chu nie.” Khalijah menegur Izara yang pada
mulanya setelah terjaga dia duduk dan kemudian dia menyarap pula.
“Demam lagi tak? Ohhh… Dia sudah sihat.” Khalijah merasa suhu di badan
Izara dan demamnya telah kebah kemudian dia mengeletekkan Izara. Puas juga
Izara mengelak dan terkekek-kekek dia ketawa. Khalijah masih mengusik Izara
sehingga dia terlupa yang dia harus bersiap cepat.
“Kau dah siap ke Ija?” Syuhada menegur Khalijah setelah dia keluar dari
bilik air.
“Belum… Ni semua budak kenit ni punya pasal lah… Ok princess mak Chu nak
siap.” Khalijah mencuit pipi Izara.
“Hai sayang!” Syuhada menegur Izara. Izara hanya mengangkat kepalanya
sedikit dan kemudian berbaring semula.
“Aik demam lagi ke?” Syuhada berkata sendiri dan dia meraba dahi dan badan
Izara tetapi suhu badannya normal.
“Penat lagi kut tu Hada… Aku rasa tak ada pula panas badan dia.” Khalijah
berkata sambil membetulkan tudungnya.
“Tulah… Aku pun rasa ni ok saja badan dia.” Syuhada berkata sambil dia
meraba nappy Izara berat sudah penuh ke tidak.
“Hada! Aku tengok kau ni memang dah macam berpengalaman mempunyai anaklah.
Kau sudah matang sebelum waktunya Ha… Ha… Ha…” Khalijah mengusik Syuhada.
“Kurang asam kau Ija… Aku check nappy dia pun kau boleh kata aku macam tu…
yelah aku saja yang matang kau tu tak matang kan.” Syuhada buat-buat merajuk.
“Ala bakal kakak ipar aku nie merajuklah pula.” Khalijah menghampiri
Syuhada dan ingin memeluknya.
“Kakak lah sangat.” Syuhada mencucuk pinggang khalijah.
“Dah… Ni kalau aku layan kau Hada jawabnya lambatlah aku sampai karang. Ok
aku turun dulu… InsyAllah jumpa malam nanti.” Khalijah mengambil handbag dan
kunci keretanya dan dia berjalan ke pintu untuk turun.
“Kalau jumpa Abang Zakuan kau tu jangan lupa sampaikan salam aku ya.”
Syuhada sengaja berkata sedikit kuat. Terus terhenti khalijah untuk membuka
pintu dan dia berpaling dan membuat isyarat senyap dengan meletakkan jari
telunjuknya di mulut. Syuhada ketawa besar kerana berjaya mengenakan khalijah
semula. Sedang elok Khalijah hendak membuka pintu tiba-tiba pintu biliknya di
tolak dari luar, hampir juga kepalanya terhantuk.
“Haa… Dah siap? Pergi minum sekarang… karang dah terlambat sudahnya pergi
kerja dengan perut kosong.” Datin Roziah menegur.
“Tak apa Mummy… Doktor Zakuan kan ada.” Syuhada galak mengusik Khalijah.
“Haippp! Buat malu saja kalau dia dengar tau. Aku tak ada apa-apa dengan
dia lah.” Khalijah sempat lagi menjawab untuk mempertahankan dirinya.
“Dah… Sudah, Nanti mummy apa-apakan… kamu tunggu sajalah.” Datin Roziah
pula berkata dan dia pun turut ketawa.
“Mummy! tak mau…Tak mau… Tak baik buat begitu.” Khalijah berkata lagi
sambil berjalan untuk menuruni tangga, Datin Roziah dan Syuhada ketawa lagi
dengan kata-kata Khalijah.
“Macam mana Izara… Malam tadi dia tidur lena tak?” Datin Roziah berjalan ke
katil dan memerhatikan Syuhada menukar lampin Izara.
“Alhamdulillah… Tak ada meragam pun… Sampai pagi ni dia tidur.” Syuhada
membalas pertanyaan Datin Roziah, kemudian pintu di ketuk dan terdengar suara
Khairil Qushairy memanggil dari luar, Pintu memang tidak di rapatkan oleh Datin
Roziah, Syuhada terus mencapai tudungnya dan di sarungkan kemudian Datin Roziah
mengizikan khairil Qushairy masuk.
Khairil Qushairy masuk untuk meninjau keadaan Izara, kerisauan juga bila
Izara tidak sihat.
“Assalamualaikum sayang Papa.” Khairil Qushairy menegur Izara yang
terlentang di atas katil, dia baru sahaja di tukarkan lampin oleh Syuhada.
“Yang mana satu sayang yang kamu bagi salam ni Que.” Datin Roziah sengaja
mengusik Khairil Qushairy, Syuhada tertunduk malu apabila Datin Roziah berkata
begitu.
“Hahaha mummy ni… Pagi-pagi mood nak mengenakan orang ya… Saya bagi salam
dekat budak bulat ni lah.” Khairil Qushairy mengangkat Izara dan menciumnya,
Datin Roziah tersenyum setelah mengusik Khairil Qushairy.
“Dah jom turun kita sarapan.” Datin Roziah mengajak Syuhada dan Khairil
Qushairy untuk turun bersarapan.
“Yelah… Jom.” Khairil Qushairy turut berkata dan dia membawa Izara keluar
di ikuti oleh Syuhada dari belakang.
“Kak Ana! Bakal kakak ipar kita dah turun tu.” Khalijah sengaja berkata
kuat mengusik Syuhada.
“Hahaha… Ija nikan kalau tak menyakat orang tak sah dia ni.” Khairul Azam
pula menegur Khalijah tetapi dia juga turut tersenyum.
“Amboi… Amboi… Seronoknya berkata.” Syuhada melepuk Khalijah dan dia
menarik kerusi dan duduk di sebelah Khalijah. Khairil Qushairy pula menarik
kerusi satu lagi di sebelah Syuhada, kebetulan hanya kerusi itu sahaja yang
kosong.
“Tulah mentang-mentang dah declare duduk pun tak nak berenggang.” Khalidah
pula mengusik.
“Idah!” Datin Roziah menegur.
“Tentu-tentu ini saja yang kosong... Kau orang ni pantang dapat modalkan.”
Khairil Qushairy berkata sambil tangannya laju mengambil nasi goreng untuk di
sendukkan ke pinggannya. Syuhada hanya tersenyum dan dia terasa segan kerana
dia menjadi bahan usikan pada pagi ini.
“Cik Ija… Cik Idah… Ni gasak mengusik orang, nanti kamu yang terlewat nak
kerja.” Khairul Azam pula menegur kedua-dua adik perempuannya.
“Iya… Encik Azam… Masih ada masa lagi nie.” Khalijah menjawap teguran
Khairul Azam.
“Dia ni kalau tak menjawab bukan Khalijah lah namanya.” Khairil Qushairy
pula berkata.
“Rozi! Bila nak bagi tau mak hal budak-budak ni.” Datuk Sahak bertanya
kepada Datin Roziah.
“Saya dah cakap dengan kiah… Tu ingat hari sabtu malam nanti baru cakap
dengan mak, sebab masa tu semua ada berkumpul rumah diakan.” Sempat juga Datin
Roziah dan Puan Rokiah berbual pendek mengenai rancangan mereka dan keluarga
pun harus di beritahu mengenai hal penyatuan ini.
“Eloklah kalau macam tu… Que! Hari ni kamu masuk pejabatkan… Tengah hari
nie kamu ada meeting dengan Aura sdn bhd tukan.” Datuk Sahak memberitahu
mengenai meeting itu kerana setiausahanya semalam lagi sudah mengingatkan Datuk
Sahak bahawa Khairil Qushairy kena berjumpa dengan klien mereka.
“Masuk Pa… Tapi tulah PA Que tak ada pula nie.” Khairil Qushairy sengaja
berkata begitu kerana dia mengusik Syuhada.
“Allah… Gediknya pula Papa Izara ni.” Khalijah mencebik bibir kononya
mengejek Khairil Qushairy.
“Jeleslah tu.” Khairil Qushairy mengusik Khalijah semula.
“Ehh.. Tak apa Abang Que… Hada ingat nak masuk office hari ini… Lama sangat
Hada cuti pula.” Syuhada rasa segan pula dengan Datuk Sahak kerana lama sangat
dia bercuti.
“Eloklah tu Hada pergi office tu… Tak kang kok angau pula orang tu.”
Khalidah pula mengusik.
“Amboi! Cik dara-cik dara nie… Cepat sikit… Mummy pula yang risau tengok
kamu leka saja ni.” Datin Roziah mula membebelkan Khalijah dan Khalidah.
“Apa kata kau orang berdua cuti saja hari ini.. Boleh berbual lama lagi.”
Khairul Azam pula berkata dan lebih kepada mengusik adik-adik dia sebenarnya.
“Manisnya perli Abang azam.” Khalidah memerli Khairul Azam semula.
“Oklah… Patik memohon diri untuk bergerak ke kerja dulu… Malam nanti
InsyAllah kita berbual lagi.” Khalijah bangun dan menyalami kedua orang tuanya
dan meminta diri untuk pergi dahulu, kemudian di ikuti oleh Khalidah pula.
“Ija… Sampaikan salam kak Ana dekat Doktor Zakuan tu ya.” Rohana sempat
mengusik Khalijah.
“Haipp… jangang ngada-ngada tau.” Khalijah mengangkat tangan seperti gaya
untuk melepuk. Rohana dan Syuhada tertawa meliha gaya Khalijah.
Syuhada bangun dan membawa cawan dan pinggan makannya ke dapur dan dia
hendak naik ke atas untuk bersiap.
“Hada naik dulu ya… Hada nak siap.” Syuhada meminta diri kepada semua yang
ada di meja makan.
“Ehhh... Hada! Kamukan ke cuti lagi.” Datin Roziah menegur Syuhada.
“Hada ingat nak pergi pejabatlah… Rasa rindu pula nak kerja… Tak apa cuti
tu boleh postpone next time punya.” Syuhada tertawa setelah berkata begitu.
“Ohh… Nie mesti dah lapang dada… Hati dah tenanglah tukan.” Rohana sengaja
mengusik Syuhada.
“Ehhh… Kak Ana ni.” Syuhada malu-malu apabila di usik oleh Rohana tetapi
apa yang di katakan oleh Rohana tu ada betulnya, sebelum ini memang dia tidak
ada mood kerana masalah yang dia hadapinya tetapi selepas dia membuat keputusan
dan memberitahu kepada kedua orang tuanya dan Datuk Sahak serta Datin Roziah…
Kini fikirannya terasa lapang dan ttidak terasa sarat seperti beberapa hari
yang lalu.
“Betul ke Hada nak pergi ni… Abang tak kisah pun kalau hada nak teruskan
saja cuti tu… Isnin depan pun Hada boleh mula balik kerja.” Khairil Qushairy
sekadar bergurau sahaja tadi mengatakan PA nya tidak ada dan tidak sangka yang
Syuhada terus berkata untuk memulakan kerjanya pada hari ini, Dia takut Syuhada
terasa dengan usikannya tadi.
“Betullah… Tak apa Abang Que… Hada rindu nak kerja dan jumpa kawan-kawan
pejabat.” Syuhada memang sudah rindu untuk bertemu dengan kawan-kawannya lagi
pun kalau dia bercuti pun dia bukan sakit atau ada perancangan untuk ke
mana-mana.
“Oklah… kalau dah Hada kata macam tu… Cepat siap… Abang pun nak siap ni.”
Khairil Qushairy pun belum bersiap lagi untuk ke pejabat.
“Izara! Tu Mama dengan Papa nak pergi kerja… hari ini Mak Ngah jaga dia.”
Rohana bercakap dengan Izara tetapi Syuhada tidak terdengar pun apa yang Rohana
katakan kepada Izara kerana dia telah pun berlari naik ke tingkat atas.
“Hahaha… Nasib baik dia dah naik kalau tak mesti di jeritnya kamu Ana.”
Datin Roziah berkata dan ketawa, Datuk Sahak turut ketawa.
“Ok lah.. Abang pergi dulu… Tu Leman dah siapkan kereta.” Datuk Sahak
bangun dan berjalan ke ruang tamu untuk keluar. Datin Roziah mengikut dari
belakang sambil membimbit beg Datuk Sahak. Setelah Datuk Sahak selesai memakai
kasut Datin Roziah menyalami Datuk Sahak dan menyerahkan beg kerjanya, kemudian
Khairul Azam dan Rohana turut bersalam dengan Datuk Sahak.
Akak,mmg tebaeklh,dh nk kwn dorg ni,sk dngn kemesraan mrk st kluarga,trimas gak bt akak coz rjn up n3,smbg lg yer
ReplyDeletehahahaha.. sama2 mona.. akak menulis bila ada masa free... time anak2 sekolah atau sudah tidur... thanks gak sbb setia follow cerita nie...
DeleteSalam akak,klu free smbg lg na,lv u mmmmmmmuahhhh.........
ReplyDelete