Pejam celik... Pejam celik hanya tinggal seminggu sahaja lagi majlis perkahwinan
Syafika dan Sufian, segala persiapan telah di atur, sebahagiannya telah di
uruskan oleh wedding planner dan separuh lagi di uruskan sendiri oleh Puan
Rokiah. Dia juga hendak merasai kesibukan seorang ibu dalam menguruskan perkahwinan
anak perempuannya, tambahan lagi ini adalah majlis anak sulungnya.
Pada mula dia ingat akan menguruskan semuanya dengan sendiri tetapi kerana
kerjayanya sebagai seorang guru telah membataskan masanya dan di atas nasihat
suami dan anak-anaknya terpaksalah juga dia mengunakan khidmat wedding planner.
Mengikut perancangan majlis bertunang dan akad nikah akan di adakan di
rumah sahaja manakala majlis bersanding dan makan beradap akan di adakan di
dewan orang ramai pekan Bangi pada esok harinya, kalau hendak di buat di
kawasan rumah Tuan Roslan ianya tidak dapat menampung kehadiran tetamu untuk majlis
persandingan itu nanti dan kerana itulah mereka terpaksa menggunakan dewan
untuk majlis persandingan.
Syuhada merancang akan bercuti awal tiga hari sebelum majlis berlansung,
dia mahu membantu apa yang patut untuk majlis kakak sulungnya itu dan ini juga
adalah majlis perkahwinan yang pertama kali di dalam keluarganya. Dia terlebih
awal telah meminta keizinan daripada Khairil Qushairy untuk bercuti.
Kedua orang tua Tuan Roslan akan datang bersama Syakina pada hari Rabu
nanti, Baba dan Halijah hendak datang lebih awal dan kalau ikutkan adik kepada
Tuan Roslan mereka akan datang pada jumaat petang selepas anak-anaknya habis
waktu sekolah.
Hajat Datin Roziah untuk melamar syuhada telah di persetujui juga oleh Tuan
Roslan dan Puan Rokiah. Selepas mereka meminta petunjuk dari Allah SWT dan
memang jodoh itu milik mereka berdua, barulah puan Rokiah memberitahu kepada
Datin Roziah. Tetapi mereka masih merahsiakan perancangan ini keran mereka
memerlukan masa yang sesuai untuk memberitahu Syuhada dan khairil Qushairy.
Sekarang pun Izara sudah berusia sembilan bulan, kemanjaannya dengan syuhada
memang terserlahinggakan tidak boleh berenggang langsung.
"Esok balik Hada nak balik ke Bangi pukul berapa?" Datin Roziah
bertanya kepada Syuhada.
"Tengoklah dalam pukul sepuluh sebelas macam tu." Balas Syuhada
sambil membantu menyediakan pinggan makan di atas meja untuk makan malam.
"Kau dah ambil ke baju di butik Aspa tu Hada?" Khalijah pula
bertanya sambil membawa nasi. Salimah dan Rania bersama-sama juga mengangkat
lauk dan menyediakan minuman panas dan sejuk. Datin Roziah hanya duduk di meja
memerhatikan anak-anak daranya membantu menguruskan meja.
"Dah tadi sesama habis kerja... Aku ajak Abang Que hantar ke sana
sekejap." Syuhada berkata, esok dia memang tidak berkesempatan untuk
mengambil pakaian yang telah di tempahnya itu.
"Mana kau letak aku tak nampak pun dalam bilik tadi?" Khalijak
bertanya lagi, kerana semasa dia balik dan masuk kebiliknya memang dia tidak
ada nampak pakaian baru tergantung pun.
"Ada... Aku letak dalam almari... Saja ingat karang baru nak tunjukkan
dengan kau." Syuhada berkata dan dia sengaja berbuat begitu kerana dia
sebenarnya hendak membuat surprise kepada Khalijah.
"Baju aku kau ambilkan sekali tak?" Khalijah bertanya setelah dia
teringat yang dia pun patut mengambil baju yang di tempahnya.
"Alamak! kenapalah kau tak cakap dengan aku awal-awal... kalau tak aku
boleh ambilkan sekali." Syuhada telah mengenakan Khalijah, yang sebenarnya
dia telah pun mengambil baju tempahan Khalijah juga kerana itulah dia
meletakkan baju-baju itu di dalam almarinya.
"Aduh... nampaknya aku kena pergi ambil esoklah… Aku betul-betul
terlupa nak bagi tahu kau lah Hada." Khalijah sedikit kecewa kerana dia
terlupa untuk berpesan lebih awal kepada Syuhada. Kasihan dia di permainkan
oleh Syuhada, puas juga Syuhada menahan tawanya. Datin Roziah hanya mendiamkan
dirinya dan tidak mahu berkata apa-apa kerana dia telah pun melihat pakaian
yang di bawa balik oleh Syuhada tadi dan dia juga tahu Syuhada mempermainkan
Khalijah. Dia hanya buat-buat seperti tidak mengetahui apa-apa.
“Hmmm… Lantak lah kau orang… Pepandai sendirilah nak settlekan masalah yang
hanya sebesar kuman tu… Dah Ija panggil Papa dengan Abang Que kamu.” Datin
Roziah bersuara, pandai juga dia berkomplot dengan Syuhada dalam mengenakan
Khalijah. Datin Roziah menelefon Khalidah kerana dia masih lagi tidak sampai ke
rumah. Khalidah terlalu sibuk dengan kerja selalu juga di bebel oleh Datuk
Sahak dan Datin Roziah. Khalidah memberitahu Datin Roziah yang dia hampir untuk
pulang.
“Tak balik lagi anak dara awak yang sorang tu?” Datuk Sahak bertanya dan
menarik kerusi untuk duduk.
“Belum… katanya tengah berkemas-kemas, dah nak bergerak balik… katanya
lah.” Datin Roziah berkata tetapi gaya percakapannya seperti tidak puas hati. Dia
risau bila anak daranya balik lewat kerana bahaya banyak mengundang, tambahan
dia memandu seorang diri. Khalidah memang seorang yang workaholic.
“Sabar je lah… Idah tu kalau awak bisingkan pun bukan makan nasihat sangat…
Tapi tulah dia bukan berfoya-foya, dia bekerja.” Datuk Sahak berkata, Dia
sendiri pun malas nak cakap berlebihan dengan Khalidah dan Datuk sahak tahu
yang Khalidah suka dengan kerjayanya.
“Idah punya cara nie bang… Silap-silap Ija dengan Hada dah kawin pun dia
tak juga kawin-kawin… Ada ke masa anak awak tu nak cari boyfriend Bang?”
Tersedak Khalijah dan Syuhada apabila nama mereka yang di sebut pula dah tu
berkaitan pasal kahwin.
“Mummy niekan… Kok ya pun nak bebelkan Kak Idah janganlah sangkut pautkan
nama Ija sekali.” Khalijah bersungut kepada Datin Roziah.
“Alaaa… Mummy cakap aja… Abih tu kamu tak nak kahwin ke suatu hari nanti
haa Ija..Hada?” Datin Roziah bertanya soalan direct kepada Syuhada dan
Khalijah.
“Hehehe… Mak Long… Nanti-nantilah nak cerita pasal tu… Hada nie pun
boyfriend pun tak sempat nak cari.” Syuhada berkata dengan jujur.
“Tahnya Mummy nie… Ija sendiri pun sama macam Hada… Kan Hadakan…” Khalijah
menginyit sebelah matanya kepada Syuhada dan sama-sama mereka tertawa.
“Hada! Kamu kata kamu tak ada masa nak cari boyfriendkan… Nanti Mak Long
carikan dan tolong pinangkan tuk kamu… Kamu Ija… Si Zakuan tu… Dok lah bergayut
bermessage… Takkan lah tak ada apa-apa yang istemewa.” Datin Roziah berkata dan
membuatkan Khalijah dan Syuhada ternganga, Datuk Sahak dan Khairil Qushairy
hanya mentertawakan mereka berdua.
“Mummy! Ija memang tak ada apa-apa dengan Zakuan tu… Alah setakat message
gitu-gitu je… sebagai kawan.” Khalijah mempertahankan dirinya dan semenjak
Zakuan datang dulu selalu juga Datin Roziah mengusik Khalijah.
“Iyalah tu…” Datin Roziah mencebik mulutnya kerana tidak mempercayai
kata-kata Khalijah.
“Mummy! Sapa pulalah yang Mummy pandai-pandai nak interduce kan dekat Hada
tu?” Khalijah bertanya bagi pihak Syuhada pula. Syuhada hanya memfokuskan
matanya kepada makanannya selepas Datin Roziah berkata begitu tadi tidak
sanggup dia hendak mendengar semua ini.
“Ehhh… Adalah… Mummy pun dah siap berbincang dengan Pak Ngah dan Mak Ngah
kamu.” Gulppp… Syuhada tertelan nasi yang tak sempat di kunyah habis kerana
terkejut dengan apa yang di katakan oleh Datin Roziah. Dia tidak sangka yang
mereka dalam diam mengaturkan jodoh untuknya. Waaaaa… Aku tak nak kawin dulu… Aku
tak nak kawin dengan orang yang aku tak kenal.
Syuhada hanya dapat menjerit
dari dalam hatinya sahaja.
Khairil Qushairy terhenti mengunyah sekejap apabila mendengar Datin Roziah
berkata begitu dan dia sendiri turut tersedak. Sebenarnya kebelakangan ini
Khairil Qushairy dalam diam menyukai Syuhada, dia tertarik dengan cara Syuhada
dalam melayan Izara. Memang dia akui dulu yang dia tidak mahu mencari pengganti
Kartini. Mula-mula Syuhada menjaga dan melakukan apa sahaja dengan Izara,
Khairil Qushairy selalu membayangkan jikalau yang itu adalah Kartini. Tetapi
dia akur yang di depannya bukan kartini, dan kerana itu dia jatuh sayang dengan
Syuhada. Dia boleh nampak sifat keibuan di dalam diri Syuhada. Tetapi dia tahu
dan sedar yang Syuhada adalah sepupu kepadanya dan dia pasti keluarganya akan
menolak jika dia meluahkan keinginannya terhadap Syuhada, baginya biarlah dia
simpan sendiri di dalam hatinya perasaan itu.
“Lahhh… Yang kamu nie tersedak sama kenapa Que?” Datin Roziah bertanya dan
mengosok belakang badan Khairil Qushairy. Datuk Sahak hanya memandang dan
tersenyum sedikit, Dia seperti memahami keadaan anak lelakinya itu.
“Tak ada… Tak sengaja Mummy.” Khairil Qushairy berkata selepas meminum air
yang di berikan oleh Khalijah.
“Budak berdua nie yang Mummy sebut… Kamu pula yang tersedak… Macam-macam
lah kamu nie Que.” Datin Roziah membebelkan Khairil Qushairy.
“Hehehehe…” Khairil Qushairy hanya tersengeh dan meneruskan suapannya.
Selepas itu masing-masing terdiam dan meneruskan makan. Termasuklah Izara,
sekarang nie kalau orang makan dia pun turut sama duduk makan. Khairil Qushairy
ada menyediakan kerusi untuk dia duduk makan tetapi dia hanya makan makanan
seperti biskut. Dia awal-awal tadi lagi telah di suapkan makan oleh Datin
Roziah, makanan Izara adalah bubur yang di campur ayam dan sayur sayuran setiap
hari berlainan bahan yang di masukkan ke dalam bubur Izara. Datin Roziah memang
prihatin dalam menjaga makanan cucunya itu.
##############
“Ucuk… Ucuk Mak Su jangan nakal-nakal tau.” Syuhada berkata kepada Izara
yang sedang duduk di atas pangkuannya.Syuhada memalingkan Izara mengadap ke
arahnya.
“Ucuk oklah Mak Su… Kan Mak Chu dia ada.” Khalijah pula berkata sambil
menyengetkan badannya di sebelah Syuhada. Izara sudah pandai di ajak bermain
tepuk amai-amai, dan sambil main sambil membebel mulutnya bising.
“Dia kalau rindukan Hada nanti Mak Long suruh Papa dia antar dekat Mak Chu
dia… Apa susah.” Datin Roziah berkata sambil ketawa tetapi matanya menjeling
memandang ke arah khairil Qushairy yang leka menonton tv.
“Susah-susah… Suruh aja Papa dia balik ke Bangi awal sikit… Tak adalah
Izara rindukan Mak Su dia… Betul tak Izara?” Datuk Sahak pula berkata dan
ketawa di turuti oleh Datin Roziah juga ketawa. Syuhada dan Khalijah saling
berpandangan dan mengangkat bahunya kerana mereka tak faham apa yang membuatkan
Datin Roziah dan Datuk Sahak geli hati.
“Tak gitu Que!” Datin Roziah bertanya kepada khairil Qushairy.
“Gitu apanya?” Khairil Qushairy bertanya, dia memang tidak dapat menangkap
apa yang di katakan oleh mereka tadi.
“Tak ada… Papa kata kalau Izara nie meragam rindukan Mak su dia… Kamu
bawalah dia balik ke Bangi dulu… Kamu cutilah awal.” Datin Roziah sampaikan
semula apa yang di katakan oleh Datuk Sahak tadi.
“Aihhh Papa nie… Izara oklah… Kan ke Kita pergi sana lepas solat jumaat
nanti. Ala dua hari saja tak jumpa Mak Su dia.” Khairil Qushairy sebenarnya ada
kerisauan sedikit kerana semenjak Izara berumur tujuh bulan lebih dia sudah
mula tidur bersama dengan Syuhada dan kalau Syuhada balik ke Bangi pun Syuhada
akan bawa Izara tetapi Khalijah ikut sama, selalunya Syuhada akan balik pada
hari sabtu dan ahad, dan boleh di katakan Izara berenggang dari Syuhada semasa
Syuhada ke pejabat sahaja. Memang tidak dapat di nafikan oleh semua orang yang
Izara dan Syuhada ibarat ibu dan anak, dengan Khairil Qushairy sendiri Izara
tidak serapat itu.
“Tak pa… Mak Chu ada.” Khalijah berkata dan mengambil Izara dari pangkuan
Syuhada dan memeluknya, tetapi tidak sampai seminit di tolaknya Khalijah dan
dia menarik baju Syuhada.
“Huhhh… sombong sangat dia kalau ada Mak su busuk dia tu kan.” Khalijah
berkata lagi dan menepuk perlahan punggung Izara.
Syuhada ketawa apabila
melihat Khalijah geram dengan Izara yang tidak mahukan dia.
“Tak apa… nanti Mak Su tinggalkan T-shirt Mak Su nie tuk dia ya.” Syuhada
berkata sambil membelai rambut Izara. Syuhada memang sudah jatuh sayang sangat
dengan Izara dan sebenarnya dia sedih hendak meninggalkan Izara dalam beberapa
hari ini.
Datin Roziah tidak ke sana awal kerana dia hendak menunggu kepulangan anak
menantunya pulang dari Dubai. Khairul Azam telah mengambil cuti selama sebulan
sempena perkahwinan sepupunya dan dia hendak spend time dengan keluarga di
malaysia juga. Last dia balik ke malaysia pun lapan bulan yang lalu semasa
Kartini kemalangan itupun dia Cuma ambil cuti emergency dua minggu.
“Dah malam nie biar dia tidur dengan Abang.” Tiba-tiba Khairil Qushairy
berkata. Syuhada terdiam dan hanya memandang ke arah khairil Qushairy yang
sedang memandang ke arahnya juga. Ada tanda kecewa di muka Syuhada kerana dia
ingat malam nie hendak peluk Izara puas-puas kerana nanti selama tiga hari dia
tidak dapat peluk Izara.
“Haaa!.” Syuhada tercenggang. Tapi dia akur… Izara anak Khairil Qushairy
dan dia pun tiada hak untuk melarang atau menahan apabila Khairil Qushairy
mahukan anaknya itu.
“Laa… biarlah dia tidur peluk Mak su dia malam nie. Esok kamu ambillah
dia.” Tiba-tiba Datin Roziah berkata dan seperti dapat membaca apa yang ingin
di katakan oleh Syuhada.
“Oklah… Esok malam Izara kena tidur dengan Papa.” Khairil Qushairy
mengizinkan dan dia menujukan kata-katanya kepada Izara seperti anaknya
memahami seratus peratus.
“Hada jomlah tunjukkan aku baju yang kau dah ambil tu.” Tiba-tiba Khalijah
teringatkan pasal pakaian yang telah di ambil oleh Syuhada.
“Jomlah… Izara pergi dekat Papa dulu ya… Mak Su ada kerja sikit.” Syuhada
bangun dan menyerahkan Izara kepada khairil Qushairy, tetapi faham sahajalah
perangai Izara, walaupun Khairil Qushairy sudah memegangnya dia sempat lagi
mengenggam baju Syuhada, tertarik kebelakang sedikit Syuhada. Khairil Qushairy
melepaskan genggaman Izara dan cepat-cepat Syuhada berlari naik untuk melarikan
dirinya dari pandangan Izara.
Syuhada mengeluarkan pakaiannya dan menunjukkan kepada Khalijah dan kemudian
Khalijah melepuk bahu Syuhada kerana mempermainkan dia sebelum ini, dia
mati-mati ingatkan bajunya masih di butik Aspa. Syuhada dan Khalijah sukakan
hasil tangan Aspa kerana setiap apa yang di tempah pasti Aspa akan buat ikut
cita rasa mereka dan pakaian yang di buatnya sungguh selesa di pakai.
################
Sudah dua hari Syuhada di Bangi, dia sibuk membantu apa yang patut untuk
majlis yang bakal berlansung pada hari sabtu ini. Kakaknya Syakina dan Syafiqa
sampai ke Bangi pada hari yang sama dengan Syuhada. Meriah dan seronok bila
mereka berkumpul sudah berkumpul… Itu baru sedikit belum campur adik beradik
Puan Rokiah dan Tuan Sahak serta sepupu dan anak-anak mereka.
Mereka hanya membuat persedian untuk di rumah sahaja manakala di dewan akan
di uruskan oleh wedding planner dan Syafika hanya memantau dan melihat
kerja-kerja pengurusan mereka nanti.
“ Katil bilik kamu nanti apa ke kalernya Fika.” Halijah bertanya kepada
Syafika yang jari tangannya sedang di inaikan oleh Syakina.Syuhada pula
menginaikan di bahagian jari kaki.
“Kaler biji kundang cair opah kalau bahasa english dia orang panggil light
purple.” Terang Syafika.
“Opah tengok rata-rata orang suka kaler tukan… Kamu nanti Kina guna kaler
oren pula, mesti terang benderang.” Halijah sempat mengusik cucunya mereka
ketawa mendengar cadangan Halijah.
“Hahaha… Opah nie ada-ada aja… Kina lambat lagilah opah… Boyfriend pun tak
ada lagi nie.” Syakina berkata jujur, dia memang tiada masa hendak memikir atau
mencari pasangan hidup, kekangan waktu dengan hal anak-anak murid di sekolah,
tambahan bermacam-macam aktiviti sekolah.
“Umur kamu dah macam nie lagi kamu nak kira lambat lagi… Opah dulu umur
sembilan belas dah kawin dengan atuk kamu tu.” Halijah sudah mula membuka
risalah hidupnya.
“Ala Opah dulu lain sekarang lain… Sekarang nie dah lain… Jauh sangat
bezanya.” Syakina berkata lagi, dia mempertahankan dirinya. Sekarang nie dah
abad ke-20 tak ada orang yang kahwin di usia semuda itu.
“Ada saja jawabnyakan… kamu Hada dah ada pilihan hati juga ke?” Giliran
Syuhada pula di soal oleh halijah.
“Ohhh… Opah Hada belum ada lagi tapi apa-apa pun Hada kena lepaskan Kak
Kina dulu… Tak nak lah main langkah-langkah bendul nie.” Syuhada memberi alasan
juga, dia tidak mahu menjadi bahan oleh Halijah juga.
“Ohh Kiah!” Halijah memanggil Puan Rokiah yang duduk tidak jauh dari
mereka. Dari tadi dia hanya mendengar perbualan mereka berempat dan dia hanya
menumpang tersenyum kerana dia sibuk dengan mengubah bunga untuk di letakkan di
bilik Syafika nanti.
“Iya Mak.” Puan Rokiah menyahut panggilan Halijah.
“Budak berdua nie kalau dia orang tak cari sendiri pasangan hidupnya, biar
mak carikan… Dekat kampung tu melambak anak-anak muda.” Halijah sengaja berkata
begitu kerana dia mahu mengusik cucu-cucunya.
“Carikan lah mak… Nak harapkan dia berdua nie cari sendiri… Takkan adanya.”
Puan Rokiah menyetujui permintaan Halijah, ini pun Syuhada tidak lagi ketahui
perancangan dia dan Datin Roziah.
“Ewwww… Mak nie… Sampainya hati… Tak nak lah.” Syuhada cepat-cepat membantah.
Syakina pun turut mengeleng. Syafika tergelak-gelak melihat adik-adiknya di
sakat oleh opahnya.
Syafika sudah hampir siap di pakaikan inai oleh Syakina dan Syuhada. Mereka
buat hari ini kerana masih belum ramai lagi saudara mara berkumpul, mereka
semua akan datang petang esok. Jadi lagi senang di pakaikan awal kerana tidak
kelam kabut tambahan pula esok masing-masing lagi sibuk.
Elok sahaja syuhada mengeringkan tangannya tiba-tiba ada getaran di poket
seluarnya, Rupanya Khalijah menelefonnya.
“Hello!”
“Assalamualaikum cik
Ija”
“Hehehe Walaikumsalam
Cik Hada.”
“Tau pun bagi salam.”
“Aku belum sempat
lagilah… Sekali kau dah bagi salam dulu.”
“Anak dara kecik tu
apa cerita?”
“Kesian dia Da… Malam
yang kau dah balik Bangi tu… Masa nak tidur tu dia meragam, bagi tu tak nak
bagi ni tak nak… sudah Abang Que teringat yang kau kata nak tinggalkan T shirt
kau tu… Abang Que minta dengan aku… Bila dah dapat baju kau senyap dia Da…
Memang dia rindukan kaulah."
“Ya Allah kesiannya
dia… Ija bergenang airmata aku nie tau… Abih malam nie macam mana dia?”
“Oklah… Merenget tu
memang ada tapi baju kau tu memang tak lekangkan dari dia tu yang kurang sikit
meragam dia.”
“Ija! Sedihnya aku…
Macam manalah kalau aku dah tak duduk dekat sana lagi… Aduh sedihnya Ija.”
“Susah-susah kau jadi
je lah Mama dia.”
“Boleh aku tak ada
hal nak jadi Mak angkat dia… Bagi ke dekat Abang Que kalau aku ambil dia.”
“Aku bukan suruh kau
jadi mak angkat dia… aku suruh kau jadi Mama untuk dia dan papanya sekali.”
“Otak kau Ija…
Manalah aku nie layak jadi Mama macam tu… Abang Que tu dah ada orang dia suka…
Mana kita tahu… Ishh tak nak lah aku.”
“Dia mana ada
sapa-sapalah Hada… Aku adik dia aku tahulah… Dah tu kau yang setiap hari dengan
dia mesti kau tahukan dengan sapa dia selalu berjumpa.”
“Dah aku PA dia
memanglah benda yang berkaitan di pejabat aku tahu… Tapi lepas pejabat aku tak
ambil tahu pun.”
“Hada! Kalau aku kata
Abang Que sukakan kau macam mana?”
“Woi! Ija… Tak sayang
mulut betul kau nie… Tak baik kau kata dia macam tu tau.”
“Hada! Aku memang
adik dan sepupu kau tapi sebagai seorang perempuan aku boleh nampak perubahan
dia sejak kebelakangan ini tau… believe me he’s liked you Hada”
“Woi minah! Kau
bercakap dekat mana nie? Cakap tu pandang-pandang.”
“Aku dalam biliklah…
Aku nie dah lama perhatikan gerak geri abang aku tu Hada… Cuma aku malas nak
bersuara.”
“Ehhh… Tak da.. Aku
tengok dia biasa je… Kau jangan memandai Hada… Tak pasal-pasal dia tak nak
bercakap dengan aku nanti… Pepandai je kau nak mengossipkan aku dengan dia.”
“Aku tak gossip lah…
Tak apa nanti aku cuba cakap dengan Mummy.”
“Wei! Wei! Ija…
Jangan kau buat kerja gila ya… Janganlah… Nanti jadi salah sangka… Malu Abang
Que nanti.”
“Kau niekan kelam
kabut betul lah… aku berkata kerana benda tu benar… Dia tu macam menyimpan tak
mahu luahkan.
“Ija… Dah cukup…
Cukup kau je yang kata macam tu… Biar habis sini saja… Jangan di
panjang-panjangkan cerita kau nie.”
“Oklah… Aku cakap
yang betul kau tak nak dengar… Yalah Abang aku tu duda anak satu…”
“Hampeh kau Ija… Aku
tak fikir macam tu pun… Ishhh… Minah nie nak kena hentak dengan aku nie… Nasib
baik jauh.”
“Hahahaha… Aku
main-mainlah… Oklah aku tak bagi tahu sesiapa… Tetapi kau tunggulah aku akan
korek dari Abang Que perlahan-lahan.”
“Dahlah… banyaklah
kau punya korek… Ok Ija… Aku nak tolong mak dekat luar… Dia tengah gubah bunga
untuk bilik kak Fika tu.”
“Ok…
Assalamualaikum.”
“Wlaikumusalam…
Ciumkan Izara untuk aku ya.”
“Ok… Papa dia nak
bagi sekali tak?”
“Ijaaaa!”
“Ok..Ok.. Bye..”
“Bye”
Setelah meletakkan telefonnya Syuhada termenung sebentar, dan dia berasa
sedih bila mengenangkan apa yang di ceritakan oleh Khalijah mengenai Izara,
tetapi dia tak boleh terima cadangan gila Khalijah. Dia tahu dia tidak layak di
satukan dengan Khairil Qushairy.
###############
“Que! Mummy dengan Papa ada hal nak bincang dengan kamu nie.” Datin Roziah
dan Datuk Sahak sudah bersedia untuk memberitahu tentang perancangan mereka
untuk melamar Syuhada. Kebetulan sekarang nie hanya ada mereka bertiga sahaja.
“Haa.. bincang apa tu Mummy?” Khairil Qushairy bertanya, matanya memandang
ke arah Izara yang tidur di atas sofa yang siap di alaskan tilam kecil untuknya
sambil memeluk baju Syuhada.
“Bincang demi masa depan kamu dan Izara.”Datin Roziah berkata tenang, Datuk
Sahak hanya mendiamkan dirinya dia lebih senang membiarkan Datin Roziah yang
berkata kerana bab begini orang perempuan yang lebih arif.
“Kenapa pula dengan masa depan kami?” Khairil Qushairy kehairanan kerana
tiba-tiba Datin Roziah risau mengenai masa depannya.
“Ok… Let me straight to the point… Mummy dengan Papa nak pinangkan
seseorang untuk kamu.” Datin Roziah berkata sambil mengerling ke arah Datuk
Sahak.
“What! Tapi siapa Mummy… Que tak sedia lagi.” Khairil Qushairy terkejut
dengan apa yang di katakan oleh Datin Roziah.
“Sampai bila kamu nak bersedia nie Que… Izara makin membesar… Dia
memerlukan seorang ibu.” Datin Roziah berkata lembut, dia harus memujuk Khairil
Qushairy untuk berkahwin lagi.
“Masalahnya sekarang nie Mummy… Dapat ke dia menerima Izara dan menganggap
Izara seperti anaknya sendiri… Saya tak boleh nak terima kalau dia hanya
mahukan saya tapi bukan anak saya.” Khairil Qushairy berterus terang dan
memberi alasan kenapa dia tidak mahu mencari ibu untuk Izara.
“Kamu kenalah bagi peluang… Kalau kamu tak bagi peluang macam mana dia
boleh menerima kamu dan Izara serentak.” Datin Roziah cuba meyakinkan Khairil
Qushairy.
“Arhhhh… Mummy… Macam mana Que nak cakap… Que… Que… Ahhh…” Khairil Qushairy
kematian kata-kata tetapi dia tidak meninggikan suaranya.
“Kamu ada sesiapa ke yang kamu suka?” Datin Roziah bertanya lagi.
“Tak ada.” Jawab Khairil Qushairy tetapi dia menundukkan mukanya semasa
menjawab pertanyaan Datin Roziah.
“Ija tahu… Abang dah jatuh suka dekat seseorangkan.” Tiba-tiba Khalijah
berkata dan membuatkan mereka bertiga memandang ke arah Khalijah. Sebenarnya
semasa Khalijah hendak turun dia sudah terdengar perbualan antara khairil
Qushairy dan Datin Roziah.
“Sapa? Pepandai je dia kan.” Khairil Qushairy terus bertanya, dia tengah
frust sekali Khalijah tiba-tiba menambahkan stress dia.
“Kalau Ija kata Abang nak mengaku tak? Ija tak buta dalam menilai… Dan Ija
pun setuju kalau itu pilihan Abang.” Khalijah sedang bermain teka teki pula
dengan Khairil Qushairy.
“Sapa?” Serentak Datin Roziah, Datuk Sahak dan Khairil Qushairy bertanya.
“Kalau Ija kata Hada macam mana?” Khalijah sudah membongkarkan sesuatu di
hadapan Datin Roziah dan Datuk Sahak. Datin Roziah dan Datuk Sahak berpandangan
dan mereka sendiri tidak sangka yang Khalijah terlebih dulu menyuarakan hasrat
hati mereka.
“Ishhh… Pandai saja Ija nie.” Khairil Qushairy gugup menjawab.
“Alah Abang kalau suka katakan suka… Hari tu dengar Mummy kata mak ngah dah
carikan calon untuk Hada, sebelum terlambat lebih baik Abang Que mengaku cepat…
Kalau tak melopong lah.” Khalijah cuba mengugut Khairil Qushairy.
“Ija niekan Mummy belum habis berbincang dengan Que… kamu dah menyampuk.
Kamu tahukan sekarang nie Mummy tengah berbincang untuk menjodohkan Que dengan
seseorang.” Datin Roziah sengaja berkata begitu kerana dia hendak melihat
riaksi khairil Qushairy.
“Mummy… Nanti-nantilah dulu… Ija jangan memandai cakap macam tu… Abang
takut nanti Syuhada tak nak balik ke sini lagi… kesian Izara.” Khairil Qushairy
tahu apa yang di duga oleh Khalijah itu benar, tetapi dia tak mahu meluahkan
kebenarannya itu.
“Alaahh… Kesian dekat Izara atau kesian dekat Abang Que.” Khalijah
mengusiknya lagi.
“Ishh… Budak sorang nie… Lelebih pula dia.” Khairil Qushairy geram kerana
di usik leh khalijah begitu.
“Que! Terima ya pilihan Mummy dengan Papa.” Datin Roziah bertanya lagi
untuk meminta persetujuan Khairil Qushairy.
“Mummy… Bagilah peluang abang dengan Syuhada… Abang bagi tahulah mummy yang
abang memang sukakan Hada, Abang tak boleh nak tipu Ija tau… Sebab Ija dah lama
perhatikan Abang.” Khalijah memberitahu apa yang dia perhatikan selama ini.
“Amboi! Dah jadi pakar menilik pula dia.” Tiba-tiba Datuk Sahak bersuara.
“Betul ke Que?” Datin Roziah sengaja menegaskan suaranya.
“Que Cuma suka tengok dia menjaga Izara, cara dia penuh dengan sifat
keibuan dah tu Izara manja sesangat dengan dia.” Khairil Qushairy berterus
terang tetapi tidak sepenuhnya kerana dia tidak mahu di salah anggap oleh Datin
Roziah dan Datuk Sahak, baginya biarlah perasaan suka yang satu lagi tu dia
yang simpan sendiri.
“Itu saja… Tak lebih dari itu.” Khalijah pula bertanya.
“Yelah… Itu jelah..” Jawab khairil Qushairy.
“Tapi kalau mummy kata Mummy dengan Papa nak pinangkan Syuhada untuk kamu…
kamu mahu?” Datin Roziah bertanya kepada khairil Qushairy. Dia terkejut dengan
apa yang keluar dari mulut Datin Roziah. Datuk Sahak hanya tersenyum melihat
muka tercenggang Khairil Qushairy.
“Yeayyyy… Abang Que katalah setuju… katalah.” Khalijah pula yang terlebih
excited dan memaksa Khairil Qushairy untuk setuju.
“Mummy… Jangan buat main-main, tadi kata hendak jodohkan saya dengan orang
lain sekarang nie dengan Syuahda pula.” Khairil Qushairy takut Datin Roziah
memungkiri janji kerana mula berjanji dengan orang lain tetiba tukar kelain.
“Mummy tak main-main… Orang yang Mummy nak jodohkan dengan kamu memang
Syuhada. Hal nie pun Mak ngah dan Pak Ngah kamu sudah setuju, itu pasal Mummy
berani nak bertanya kepada kamu.” Terang Datin Roziah lagi.
“Astghafirullah Mummy… Buat malu Que nanti bila nak mengadap Mak Ngah
dengan Pak Ngah.” Khairil Qushairy beristighfar kerana dia tidak sangka yang
perkara ini telah di bincangkan terlebih awal rupanya.
“Kamu tak payah risaukan yang itu… Kami semua hanya nak tahu kamu setuju ke
tidak.” Datin Roziah seperti hampir memaksa tetapi dia tidak menunjukkan
paksaannya itu.
“Nie Syuhada dah tahu ke belum nie, Malu Que nak pandang dia nanti.” Khairil
Qushairy teringatkan Syuhada pula dan dia takut Syuhada marahkan dia nanti.
“Belum lagi… Itu nanti Mummy dengan mak Ngah kamu akan cakap dengan dia
sendiri.” Kata Datin Roziah lagi.
“Bagi Que bercakap hal nie dengan Syuhada dulu… Que tak nak kalau Hada tak
setuju dan dia menjauhkan diri dari kita pula.” Khairil Qushairy mahu
berbincang dengan Syuhada dahulu dia mahu dengar dari mulut Syuhada sendiri
adakah Syuhada setuju dengan perancangan ini.
“Aikkk… Abang Que… Kira Abang memang setujulah dengan cadangan Mummy nie?”
Khalijah bertanya kerana khairil Qushairy tidak membantah sebaliknya dia
berkata yang dia mahu berbincang dahulu dengan Syuhada.
“Haa.. Betul juga tu Que… Maknanya kamu terimalah cadangan mummy dengan
Papa nie.” Datin Roziah pula bertanya.
“Hmmm… Macam mana nak cakap ya… Macam nielah Mummy izinkan Que bercakap
dengan Syuhada dahulu dan barulah Que boleh bagi kata putusnya.
Perbincangan daripada serious menjadi gelak tawa apabila Khalijah tidak
habis-habis mengusik Khairil Qushairy. Tetapi Datin Roziah tahu dari gaya
anaknya itu dia setuju dengan penyatuan ini tetapi katanya Khairil Qushairy
tetap mahu berbincang dengan Syuhada. Datin Roziah berpesan dengan Khalijah
supaya merahsiakan hal ini daripada sesiapa sahaja. Apabila kata putus sudah di
beri barulah semua orang boleh tahu tentang perkara ini.
################
Berkali-kali Zalina cuba menghantar pesana ringkas kepada Khairil qushairy
tetapi tidak di balas, panggilan telefon pun tidak berjawab. Zalina tidak
berputus asa dan dia terus mendail lagi akhirnya berjawab juga oleh khairil
Qushairy.
“Hai Khairil… you buat apa tu.”
“Assalamualaikum…”
“Opps! Sorry Waalaikumusalam.”
“Kita ni orang islam… Biasakan beri salam dahulu
untuk memulakan percakapan tu.”
“Alah sorrylah… You tak payah lah nak perli-perli
I.”
“Ada apa you call I ni.”
“Saja… I bosan so I nak ajak you berbual lah.”
“Hmmm… You ni tak tengok jam ke pukul berapa…
Lagi satu I busy nak tidurkan anak I nie.”
“Bapa mithali lah you nie.”
“Ok lah Zalina I nak tidurkan anak I ni."
“Khairil! Tunggu.”
“Apa dia.”
“You tak ada plan ke nak carikan ibu untuk anak
you tu.”
“Ada… Mummy I dah nak pinangkan dia pun… Kenapa?”
“What! Siapa?”
“Maaf Zalina I sendiri pun tak tahu siapa yang
mummy I pinangkan untuk I kali ni… I terima saja pilihan parent I.”
“So tak ada chancelah I nak tackle you.”
“Lah kenapa you tak cakap awal-awal.”
“You tu yang jual mahal… Setiap kali I ajak lunch
date bersama you give a lot of excuses.”
“Hahaha… Tak apalah Zalina banyak lagi yang
menunggu you tu… You rembat sajalah mana-mana.”
“You ni memangkan… I dah banyak kali menanti you…
Tapi you memang sengaja jual mahal dengan I.”
“Ohh Sorry Zalina… I got to go… my princess dah
mengantuk ni… Assalmualaikum.”
“Hmmm… What ever… Walaikumusalam.”
Zalina geram dan menghempaskan telefonnya, dia tidak sangka rancangannya
untuk mendapatkan Khairil Qushairy masih gagal. Dia ingat dengan terbunuhnya
Kartini, lambat laun dia dapat memilik Khairil Qushairy tetapi ada orang lain
terlebih awal yang telah di pilih oleh kedua orang tua Khairil Qushairy
untuknya, dia harus melakukan sesuatu supaya kali ini Khairil Qushairy tidak
dapat berkahwin dengan pilihan kedua orang tuanya itu.
“Arrggghhhh… Sial!! Apa kurangnya aku ni… Tak cukup cantikkah aku ni… Kau
tunggu, kau tak akan berkahwin dengan pilihan orang tua kau… Kau milik aku.”
Zalina menjerit marah, sudah seperti orang kurang siuman apabila dia mengamuk
selepas mendengar dari apa yang Khairil Qushairy katakan tadi.
“Kau tunggu!… Kau tunggu!” Jeritnya lagi.
Zalina terus mengambil kunci keretanya dan keluar dari kondo untuk mecari
hiburan, dia harus melegakan fikirannya dengan sesuatu yang mengasyikkan dan
dengan cara itu perasaan sakit hatinya akan hilang seketika.
No comments:
Post a Comment