Wednesday, 6 November 2013

Adakah ini takdirku 26


Khairul Azam, Suhana, Syafie dan Syana telah selamat sampai ke malaysia tengah hari tadi. Mereka di jemput oleh Leman pemandu Datuk Sahak. Khairul Azam dari awal sudah di maklumkan oleh Datin Roziah bahawa leman yang akan datang mengambil mereka. Seronok sakan cucu kembar Datin Roziah apabila dapat berjumpa dengan baby Izara.

"Yana! cukup-cukuplah cium adik tu." Rohana menegur Syana, dia dari sampai tidak lekang dari Izara, sehinggakan Izara tidur pun dia berbaring sebelah Izara.

"Mama... bila Yana boleh dapat adik macam baby Izara nie?" soalan yang tidak di sangka-sangka keluar dari anak comel ini.

"Aishhh... Yana nie tak ada soalan lain ke nak tanya mama nie." Rohana berkata sambil memandang ke arah Khairul Azam dan Datin Roziah. tergelak juga mereka apabila mendengar soalan spontan dari Syana.

"Baby Izarakan ke adik Yana juga." Khairul Azam berkata. Dia sendiri tidak boleh membantu Rohana untuk memberi jawapan kepada anaknya.

"Yana tahu... Tapi Yana nak baby dari perut mama." Si petah ini berkata lagi.

"Ya Allah... Cucu nenek nie... Pandai pula dia tahu baby tu duduk di mana, mana dia tahu nie Ana." Datin Roziah pun tidak sangka Syana berkata begitu dan kerana itu dia bertanya kepada Rohana bagaimana Syana mengetahui benda ini semua.

"Jiran kami tu mengandung, dah bersalin pun tu yang dia tahu tu Mummy. Jenuh jugalah saya nie nak melayan soalan-soalan dia orang nie. soalannya selalu cepu emas punya soalan." Kepetahan si kembar kadang-kadang membuatkan Rohana pening untuk menjawab soalan mereka, setiap pertanyaan harus di layan tetapi dia sebagai seorang ibu terpaksa memberi jawapan yang betul dan mudah untuk mereka memahami.

"Cerdik betul cucu nenek nie." Datin Roziah berkata kepada Syana. Syafie masih lena tidur selepas makan tengah hari tadi, mungkin kepenatan.

Dalam masa mereka seronok berbual Datuk Sahak dan Khairil Qushairy pulang serentak. Masing-masing melepaskan kerinduan, mereka sambung berbual pula di meja makan tetapi cuma Datuk sahak dan Khairil Qushairy sahaja yang menjamu selera kerana yang lain-lain sudah makan terlebih awal. Pada pukul lima petang mereka semua bergerak ke Bangi. Datuk Sahak memandu sendiri keretanya dan membawa Datin Roziah serta dua orang pembantu rumah dan Izara manakala khairil Qushairy membawa Khairul Azam dan keluarganya, Khairul Azam malas hendak memandu keretanya kerana dia letih penerbangan balik ke malaysia masih terasa lagi.Khalijah akan datang terus selepas waktu kerja, hari ini dia pergi dengan menaiki komuter katanya nanti selepa kenduri dia akan pulang bersama Khairil Qushairy.

#####################

Semasa ketibaan Datin Roziah sekeluarga Syuhada tiada di rumah, dia membawa Syafika membeli barangan di pekan dan kemudian mereka ke dewan untuk meninjau persiapan untuk majlis persandingan. Pelamin masih belum di persiapkan tetapi bahagian untuk tetamu telah siap lima puluh peratus dan sebahagiannya akan siap esok hari.

"Assalamualaikum..." Syuhada dan Syafika memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah, dari luar lagi mereka sudah dengar keriuhan suara sanak saudara. Adik-adik Tuan Roslan dalam perjalanan katanya.

"Walaikumusalam." Suara-suara dari dalam rumah menjawab salam mereka.

"Mak Su!" Syana dan Syafie berlari mendapatkan Syuhada, di peluk di ciumnya Syuhada kononnya untuk melepaskan rindu mereka. Yang mengelikan hati apabila Syana menegur jari Syafika yang merah berinai dan dia takut untuk bersalam katanya Syafika sakit, tetapi setelah di terangkan baru dia berani untuk bersalam tidak seperti Syafie dia tidak ambil pusing semua main terjah. Itulah perbezaan anak kembar sepasang ini.
"Izara!" syuhada memanggil Izara yang sedang di pegang oleh Rohana. Berpusing dia mencari apabila terdengar suara yang memanggilnya tetapi cepat-cepat Syuhada menyuruk dan kemudian Syuhada ulangi memanggil Izara. setelah dia ternampak Syuhada dia terus menginjak nginjak minta syuhada mengangkatnya tetapi apabila Syuhada permainkan dia dengan tidak mengambil dia dan Syuhada sengaja bangun untuk meninggalkan dia, Izara menangis.

"Janganlah di sakat anak tu Hada. Kesian dia... Dah lah dia rindukan kamu." Puan Rokiah menegur perlakuan Syuhada kerana mengusik Izara. Dia tahu yang Izara rindukan Syuhada pun dari mulut Datin Roziah sendiri.

"Ok... Ok... Mari sini manja Mak Su." Syuhada mengambil dia dari pegangan Rohana dan tergelak lebar dia apabila dia di dalam dukungan Syuhada.

"Alahai rindu sangat ke dengan Mak Su dia tu... Macam tu punya peluk leher Hada." Rahimah pula menegur. Sesiapa yang sengaja menghulur tangan untuk mengambil dia dari Syuhada akan di tolaknya tangan itu, mereka naik geram melihat kecerdikan Izara.

"Macam nie... Marahlah Mak Long Fika sebab Mak Su tak boleh jadi Assistant dah.” Syuhada berkata sambil memandang ke arah Izara.

“Kalau dah macam tu sekali di peluknya… Tak kan mana lekang dia dari kamu tu Hada.” Datin Roziah pula berkata.

“Tak pa… nanti biar Mak Chu Ija dia pula yang jadi Assistant Mak Long.” Syafika mencuit pipi Izara geram. Ramai juga jiran-jiran datang ke rumah Puan Rokiah, mereka bergotong royong membantu untuk memasak pada esok hari. Tuan Roslan lebih suka masak bergotong royong ketika kenduri, baginya suasana itu lagi meriah, tetapi semasa di dewan nanti memang ada pihak katering yang telah di tempah untuk menjamu tetamu mereka.

Tuan Roslan tidak mahu keluarganya melupai keseronokan bergotong royong semasa kenduri pupus begitu, kedua ibu bapa dan mak mertuanya juga turut gembira dan berbual mesra dengan jiran-jiran yang datang membantu memasak.

Syuhada selesai memberi makan Izara, Rania telah memasakkan bubur nasi untuknya tadi dan sekarang Izara tidak mahu lagi berenggang dari Syuhada. Setelah selesai makan Syuhada mahu memandikan Izara kerana badan nya melekit apabila Izara sudah pandai makan sambil bermain-main dan siap di sembur-sembur makanannya.

“Mummy nie beg Izara Mummy minta tadi.”Khairil Qushairy masuk ke ruang tengah di tempat keluarga mereka sedang duduk berbual sambil memasang kotak untuk telur. Datin Roziah terlupa untuk mengeluarkan beg pakaian Izara dari keretanya dan kerana itu dia menyuruh Khairil Qushairy mengambilnya.

“Hantarkan ke bilik Hada… Dia baru sudah mandikan Izara tu… Cepat sejuk anak kamu tu karang.” Datin Roziah mengarahkan khairil Qushairy, dia serba salah untuk mengadap Syuhada selepas apa yang telah di beritahu oleh Datin Roziah semalam, dia cuba berlagak biasa kerana Datin Roziah ada berkata semalam yang hal di bincangkan dengannya itu masih tidak di ketahui oleh Syuhada.

“Hada!” Khairil Qushairy mengetuk pintu bilik Syuhada, walaupun tidak bertutup tetapi tidak selesa untuk dia main masuk sahaja begitu.

“Ohhh… Abang Que… Masuklah.” Syuhada mempelawa Khairil Qushairy kerana dia melihat Khairil Qushairy tercegat sahaja di depan pintu.

“Pak long… Adik izara nie kedekutlah dengan Afie.” Syafie terus mengadu kepada Khairil Qushairy apabila melihat kelibat Khairil Qushairy masuk ke dalam bilik Syuhada, dari tadi dia mengikut sahaja ke mana Syuhada pergi, syafie pun memang rapat dengan Syuhada dari dulu, walau jarang sekali berjumpa tetapi mereka kerap buat live chat.

“Kenapa pula?” Khairil Qushairy bertanya sejurus menghulurkan Syuhada beg pakaian Izara dan dia duduk di birai katil tidak jauh dari Syafie.

“Ya lah… Afie nak peluk Mak Su pun dia tak bagi… Dia tolak-tolak Afie.” Syafie mengadu dengan penuh perasaan, gayanya seperti merajuk dengan perbuatan Izara.

“Iya ke? Adik tu pun rindu dengan Mak Su Hada. Afie gang lah dengan adik Izara nanti mesti dia bagi Afie peluk Mak Su.” Khairil Qushairy cuba memujuk Syafie. Sambil mempersiapkan Izara,Syuhada hanya tersenyum melihat Syafie mengadu kepada Khairil Qushairy siap dengan berkerut-kerut dahi dia semasa mengadu.

“Anak Papa dah mandi ya.” Khairil Qushairy menegur Izara pula dan sempat juga dia memandang ke arah Syuhada tetapi Syuhada tidak perasan kerana terlalu menumpukan perhatian kepada Izara.

“Ok… Sekarang saya sudah siap.” Syuhada berkata, dia mendirikan Izara dan memalingkan Izara ke arah Khairil Qushairy, apabila Khairil Qushairy hendak mengambilnya, Izara terus merebahkan dirinya kebelakang untuk mengelakkan dari dia ambil oleh Khairil Qushairy.

“Amboi! Dengan Papa pun Izara tak nak… Wah mentang-mentang mak Su dia ada ya.” Tertawa juga Syuhada melihat perlakuan Izara, khairil Qushairy juga turut tertawa.

Datin Roziah melihat sahaja kemesraan mereka dari luar bilik Syuhada dan dia juga sempat mencuit Puan Rokiah dan memberi isyarat mengenai anak mereka. Mereka juga turut tumpang tersenyum, dan senyuman itu hanya mereka berdua sahaja yang tahu.

Khairil Qushairy keluar dari bilik dengan megendong Syafie di belakangnya kerana Syuhada turut keluar membawa Izara dan terus duduk mengadap Datin Roziah dan Puan Rokiah.

“Lambatnya Ija nie Mak long. Syuhada bertanya kepada Datin Roziah, jam sudah menunjukkan ke pukul 6.00 petang.

“Kejap lagi sampailah dia tu… Kamu ada telefon dia ke?” Puan Rokiah bertanya kepada Syuhada.

“Tadi adalah… Sekarang nie belum lagi.”Balasnya.

“Kamu nie macam tak tahu-tahu lagi… Sah-sah orang tengah ramai balik kerjakan.” Datin Roziah pula berkata.

Elok sahaja mereka berkata Khalijah sudah pun masuk ke dalam rumah. Dia bersalam berpeluk dengan saudara mara yang terlebih awal sampai, dan dia juga melepaskan kerinduan kepada kakak ipar dan anak buah kembarnya.

############################

Aku terima nikah Nursyafika binti Roslan dengan mas kahwinya tiga ratus ringgit… Tunai.” Sufian melafazkan Akad dengan satu nafas.

“Sah?” Tuan Roslan bertanya kepada saksi-saksinya.

“Sah!” Jawab Tuan Kadi.

“Sah!” Jawab saksi kedua pula.

“Alhamdulillah..” Tuan roslan mengucapkan Syukur, Tuan Roslan sendiri yang mahu menikahkan anak sulungnya, Dengan rasa sedih dia terpaksa melepaskan anak perempuannya kepada lelaki lain yang bergelar suami kini. Tuan kadi membaca doa dan kemudian sufian membaca taklik di hadapan Syafika. Sebelum upacara pembatalan air sembahyang Sufian meminta izin untuk membuat solat sunat dahulu.

Riuh rendah suara sepupu dan makcik pakcik Syafika dan Sufian mengusik mereka semasa upacara menyarungkan cincin dan pembatalan air sembahyang, semasa part untuk Sufian mencium dahi Syafika ada yang suruh begitu ada yang suruh begini, dah tu di deranya sufian supaya lama sedikit mencium dahi Syafika kerana mereka semua mahu mengambil gambar, mengalahkan paparazi masing-masing mengambil gambar. Ada yang menggunakan camera, ada yang menggunakan telefon dan ipad… Teruk juga pengantin di buli sehingga Puan Rokiah meleraikan untuk memberi kedua pengantin bersalam dengan keluarga dan sanak saudara pula. Sambil bersalam dan bermacam-macam nasihat juga yang sempat di berikan oleh keluarga yang lebih tua.

“Hada! Kau tak rasa nak kawin ke? Kau tak jeles ke? Macam best jer kan.” Khalijah menyinggung bahu Syuhada dan berkata perlahan di sisi syuhada.

“Amboi Ja… Kau teringin gak ke? Apa lagi suruhlah Doktor love kau tu masuk meminang.” Syuhada membalas dan berbisik kepada Khalijah.

“Hushhh… Banyaklah kau punya Doktor love.”Khajilah menjegilkan matanya kepada Syuhada, terkekek juga Syuhada apabila Khalijah berbuat begitu kepadanya.

“Tak pun kau carilah dekat luar tu… manalah tahu kok ada kawan-kawan abang Sufian dekat luar tu yang kau boleh berkenalan.” Syuhada mengusik Khalijah, Benggang juga Khalijah… Mula niat hendak mengusik Syuhada alih-alih dia pula yang terkena.

“Ehhh… Aku kalau keluar rasanya saham aku maintain, tapi macam kau mesti dia orang tak jadi nak mengurat sebab ingat kau nie bini orang beranak satu… Hahahaha.” Khalijah ketawa terkekek-kekek, gelihati dia apabila Syuhada menjelirkan lidah kepadanya.

“Hampeh betul kau Ija… Beranak satu kau katakan aku.” Syuhada merasa gelihati juga apabila Khalijah berkata begitu tetapi betul juga katanya kerana Izara sentiasa bersamanya, hendak-hendak lagi bila orang terlalu ramai dan riuh, Izara lagi tidak mahu melepaskan Syuhada.

Majlis akad nikah pada hari ini di penuhi oleh tetamu dari keluarga saudara mara dan jiran tetangga, itu pun sudah penuh khemah sehinggakan ada yang kena berdiri dan majlis kemuncaknya adalah esok hari. Majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki akan berlangsung pada minggu hadapan di Melaka.

Syuhada dan Khalijah jalan beiringan untuk ke khemah kerana sebahagian sepupu mereka ada duduk di situ.

“Hada… Nie bubur Izara yang Hada minta tadi.” Salimah menghantar makanan Izara kepada Syuhada. Sebelum keluar tadi Khalijah telah memberitahu kepada Salimah untuk menghantar makanan Izara kepada mereka nanti, kerana ketika itu salimah sedang memanaskan bubur untuk Izara.

“Terima kasih Kak Imah.” Syuhada mengambil huluran mangkuk dari Salimah dan mengucapkan terima kasih.

“Abang Que! Boleh tak pangkukan Izara nie… Hada nak suapkan dia.” Syuhada meminta pertolongan daripada Khairil Qushairy.

“Bak lah sini.” Khairil Qushairy terus mengambil Izara dan meletakkan atas pangkuannya, Cepat sahaja Izara berpaling melihat orang yang mengambilnya. Tetapi dia mungkin faham masa untuk dia makan dan Syuhada mahu menyuap dia, itu yang dia tidak banyak mengelak. Dia hanya mahukan Khairil Qushairy apabila Syuhada hilang dari pandangannya.

Izara tidak sabar untuk di suapkan makan, di tepuk-tepuknya meja. Syuhada menyuapkan dia sambil berbual dengan sepupu-sepupunya.

“Amboi! Budak bulat Mak Chu nie… Seronok Mama dia suapkan ya.” Khalijah berkata dengan suara yang sedikit perlahan, dia tidak mahu usikan dia itu di dengari oleh orang lain.

“Mama!” Syuhada menyengetkan badan dan merenung Syuhada seperti kehairanan, Khairil Qushairy tersenyum apabila melihat Syuhada memandang Khalijah berkata begitu.

“Yalah… Gaya kau nie dah macam Mama Izara pula, ala seperti seorang ibu melayan anaknya.” Khalijah menerangkan maksudnya.

“Kau nie Ija bercakap tu… Kalau orang lain dengar mahu jadi gossip panas.” Syuhada memarahi Khalijah, sambil dia berkata dia melihat sekeliling, takut-takut ada yang mendengar perbualan mereka. Khairil Qushairy sengaja buat-buat seperti dia tidak mendengar apa-apa.

“Ala… Itu pun nak takut.” Khalijah mengusik Syuhada lagi, dia pasti semasa berkata begitu tiada siapa yang 
mendengar kerana dia bercakap hampir berbisik kepada Syuhada.

“Woi Daro!… Apa kata nenek… kalau cakap siang, pandang-pandang dan bila cakap malam dengar-dengar.” Syuhada naik geram dengan usikan khalijah, sambil membebel sambil dia menyuap Izara. Khairil Qushairy sengaja berbual dengan khairul Azam dan sepupu lelaki yang lain. Dia tidak mahu Syuhada berasa malu kalau Syuhada tahu yang dia terdengar perbualan antara Khalijah dan Syuhada.

“Cukup-cukup… Dah kenyangkan.. tu yang makan macam nie.” Syuhada menegur Izara kerana dia sudah mula meluahkan makanan yang di masukkan ke mulutnya, itu menandakan dia sudah kenyang… menitik juga bubur ke atas seluar khairil Qushairy. Syuhada dengan spontan mengambil tisu dan mengelap bubur yang menitik di atas lutut khairil Qushairy itu. Tersentak juga Khairil Qushairy apabila Syuhada melakukan begitu.

“Ehhh… Tak pa Hada… Biar Abang bersihkan sendiri.” Khairil Qushairy menahan syuhada dari terus membersihkan kotoran itu.

“Izaralah di luahkan bubur tu… Dia dah kenyang nie.” Syuhada memberitahu kenapa dia melakukan begitu.

“Anak papa dah kenyang… Tak pa Abang boleh cuci guna kain lembap.” Khairil Qushairy berkata lagi, dia tahu gaya Syuhada seperti serba salah.

“Kalau macam tu Abang tolong bawa Izara masuk ke dalam… Hada boleh bersihkan dia.” Syuhada berdiri dan memegang mangkuk bubur untuk di bawa masuk, Syuhada mengajak Khalijah masuk ke dalam bersamanya tetapi Khalijah menolak dan katanya apabila sudah selesai dengan Izara nanti keluarlah semula dan boleh makan bersama.

Khairil Qushairy menunggu Syuhada di depan pintu bilik sambil mendukung Izara kerana Syuhada mahu membersihkan Izara terlebih dahulu.

“Apa yang kamu tercegat depan pintu nie Que.” Puan Rokiah menegur semasa dia masuk ke ruang tengah untuk ke dapur.

“ Tunggu Hada kejap mak Ngah… Katanya dia nak bersihkan Izara nie dahulu.” Khairil Qushairy memberitahu kepada Puan Rokiah.

“Dah makan dah cucu nenek nie… Kamu masuklah dalam bilik tu dulu, letakkan dia atas katil tu… Dah macam penjaga pintu pula kamu tegak macam nie.”Puan Rokiah terasa gelihati melihat gaya Khairil Qushairy menunggu dan kerana itu dia mengarahkan Khairil Qushairy masuk sahaja ke dalam bilik, malahan pintu bilik bukannya tertutup.

“Yalah Mak Ngah.” Khairil Qushairy serba salah, lagi satu kini perasaan malunya turut ada selepas apa yang telah di beritahu Datin Roziah kelmarin.

“Haa... Tu Hada… Mak Ngah nak ambil plastik di dapur.” Puan Rokiah terus ke dapur untuk mengambil plastik untuk membungkus lauk untuk jiran-jiran tertangga. Salah satu tradisi di kampong apabila kenduri mesti ada pengangihan lauk pauk kepada jiran-jiran.

“Laaa… Setianya Abang Que berdiri di sini… Hada ingatkan Abang dah bukakan baju Izara.” Syuhada menegur dan terus masuk ke dalam bilik, Khairil Qushairy hanya mengekori Syuhada.

“Nak Abang bukakan baju Izara ke? Abang bukakan sekarang.” Khairil Qushairy bertanya, dengan niatnya untuk membantu Syuhada.

“Boleh juga… Hada nak pilih baju dia dalam beg kejap… Abang tolong basuhkan muka tangan dia tu ya.” Syuhada mengarahkan Khairil Qushairy, Dia bersyukur juga kerana khairil Qushairy membantu kerana susah juga dia nak menguruskan Izara seorang, kelasakkan dia tu tidak boleh di tinggalkan sekejap, kalau di rumah Datin Roziah boleh juga di letakkan di dalam katil sementara hendak menyediakan barangan untuk Izara. Tetapi sekarang ini di rumah Syuhada sendiri dan memang tidak adalah kemudahan untuk Izara.
Keluar sahaja Khairil Qushairy dari bilik air yang memang terletak di dalam bilik itu, Syuhada sudah sedia menunggu Izara di katil. “Amboi! Busy betul Mama dan Papa nie menguruskan Izara.” Tiba-tiba Khalijah masuk ke dalam bilik dan menegur.

“Ija!”Khairil Qushairy menegur sikap Khalijah kerana caranya itu boleh membuatkan Syuhada malu dan terasa. Syuhada mengetap bibir kerana geram dengan mulut Khalijah, terasa malu dia apabila khalijah berkata.

“Ok… Sorry... Ija gurau sajalah… Tapi kalau betul pun apa salahnyakan.” Khalijah nampaknya sudah berani mengusik kedua-duanya depan-depan. Tapi dia masih berhati-hati dengan usikannya.

“Ija… kak Fika yang nikah hari ini… Tapi kau yang meroyan kenapa? Abang Que cuba call Zakuan tu.” Syuhada geram dengan usikan Khalijah dan dia malu bila Khalijah berkata begitu di hadapan Khairil Qushairy.

“Ala… Aku saja je… Nak test market kau orang hahahaha… “Khalijah ketawa seronok sangat kut dapat mengusik.

“Banyaklah kau punya test market.” Syuhada berkata sambil mengeling kepada Khalijah. Khairil Qushairy hanya mendiamkan diri dan bermain-main dengan Izara. Izara harus di layan kalau tidak dia susah hendak duduk diam apabila hendak di pakaikan bedak atau nappy.

“Hada! Aku dari semalam nak Tanya kau nie… Mak ngah dah bagi tahu kau ke siapa yang datang nak merisik kau nanti?” Terkejut juga Syuhada apabila mendengar soalan dari Khalijah.

“Apa yang kau merepek nie Ija… Sapa pula yang nak merisik aku… Kau nie mak nam kan… Macam mana kau boleh tahu dan aku tak tahu.” Syuhada geram dengan Khalijah lagi dan dia pun kehairanan siapa pula yang hendak merisik dia, Puan Rokiah sendiri tidak ada berkata apa-apa dengannya.

“Lahhh… Kau tak ingat ke… Masa tu Mummy ada cerita dekat meja makan pasal dia org nak satukan kau dengan someone.” Khalijah mengerling memandang Khairil Qushairy yang hanya mendiamkan diri.

“Entah… Tak ada pula… Lelaki malang manalah pula yang Mak aku nak bagi dekat aku nie… Aku nie dah lah kakak pailang… Kang kok patah tulang juga anak orang aku kerjakan kalau aku tak berkenan.” Syuhada terasa panas hati kerana tiba-tiba isu di jodohkan ini bangkit untuknya.

“Kahkahkah… Kau nie dah fikir betul ke bercakap macam nie… memang malanglah lelaki tukan… Aku setuju tu Hada.. Nanti kalau kau nak jumpa dengan mamat malang tu kau ajak aku sekali.” Kata-kata Khalijah itu seperti mengenakan Khairil Qushairy sahaja, kerana dia tahu siapa yang akan merisik syuhada nanti dan khalijah sengaja menambahkan secukup rasa untuk menyedapkan hati Syuhada manakala Khairil Qushairy turut tersenyum apabila Syuhada berkata begitu. Terasa gelihatinya kerana jikalau Syuhada tahu perkara yang sebenar adakah Syuhada akan berkata begitu di hadapannya.

Mulanya Syuhada hendak keluar tetapi kerana leka berbual dan Izara juga seperti mengantuk jadi dia dan Khalijah duduk berbual di dalam bilik sehingga Izara tertidur, khairil Qushairy sudah lama meninggalkan bilik itu kerana lagi lama dia di bilik dan makin menjadi Khalijah memerlinya. Setelah mereka pasti yang Izara benar-benar telah tertidur, Khalijah memanggil Rania untuk tengok-tengokkan Izara kerana mereka berdua hendak makan pula, Pada mulanya Khalijah hendak join Rohana dan yang lain-lain makan tetapi kerana teringatkan Syuhada jadi dia tidak jadi untuk makan bersama mereka dan kerana itulah dia masuk ke dalam bilik syuhada.

Pada sebelah malamnya pula di adakan majlis berinai kecil di dalam rumah, berinai kecil ini lebih kepada keluarga. Meriah tidak ingat masing-masing mengusik kedua mempelai. Keluarga Sufian ada duduk di sebuah rumah yang memang telah di sewa oleh Sufian dan Syafika, ini kerana untuk memudahkan keluarga Sufian daripada berulang alik ke Melaka.

Seusai majlis dan Sufian dan keluarganya pulang ke rumah tumpang yang mereka sewa. Datin Roziah telah berkata sesuatu kepada Puan Rokiah dan mereka merancang untuk memberitahu kepada Syuhada perancangan mereka itu pada malam ini juga. Disebabkan Khalijah mengetahui perkara ini, Datin Roziah mengarahkan Khalijah untuk memanggil Syuhada masuk ke biliknya.

“Kau nie tarik-tarik aku… Apa sajalah yang kau nak nie.”Syuhada membebel kepada Khalijah kerana tiba-tiba menarik dia masuk ke dalam biliknya.

“Ikut je lah… Aku ada hal sikit.” Khalijah berkata. Hendak tak hendak Syuhada ikutkan sahaja kerenah Khalijah.

“Ehh… Mak dengan Mak Long kenapa Izara meragam ke?” Syuhada bertanya apabila melihat Datin Roziah dan Puan Rokiah turut berada di dalam biliknya sambil mengadap Izara yang sedang lena tidurnya.

“Dia tak meragam… Kami yang meragam.” Terang Puan Rokiah, Khalijah yang mendengar terus tergelak.

“Ija kunci pintu tu kejap… Karang susah nak bercakap… Ada saja yang menerjah masuk.” Khalijah menurut sahaja di atas arahan Datin Roziah.

“Amboi… seriousnya sampai main kunci pintu sekali nie.” Syuhada kehairanan apa yang tidak kena dengan mereka tiba-tiba.

“Sini Hada Mak dengan Mak Long ada hal penting nak bincang dengan kamu.” Puan Rokiah memanggil Syuhada duduk di sebelahnya. Khalijah pula menarik kerusi kecil di tepi meja make up dan duduk mengadap ke arah mereka, dah macam pemerhati pula gayanya.

“Kenapa nie Mak… Jangan buat Hada takut… Hada ada buat silap apa-apa ke?” Syuhada bertanya lagi.

“Tak adalah… Ok biar mak long kamu sajalah yang cakap.” Puan Rokiah rasa biar sahajalah Datin Roziah yang memulakan perbincangan ini.

“Macam nie Hada… Apa yang Mak long nak kata kan pada kamu nie bukanlah paksaan… Tetapi perkara nie kami sudah berbincang terdahulu dengan Mak dan Abah kamu, di sebabkan mereka setuju dan mengizinkan jadi mak Long rasa hari ini adalah masa yang paling sesuai untuk kami memberitahu kamu.” Penuh berhati-hati Datin Roziah memulakan kata-katanya, apa-apa hal mesti kena ada bunga-bunga kata dulukan.

“Bincang! Bincang apa?” Syuhada memandang muka Puan Rokiah dan berpaling semula kepada Datin Roziah.

“Dengarlah dulu apa mak Long kamu nak cakap tu.” Puan Roziah menahan Syuhada dari bertanya lagi.

“Hada setuju tak kalau kami satukan Hada dengan Que?” Datin Roziah berkata seperti ada batu di dalam mulutnya apabila hendak bertanyakan sebaris ayat pertanyaan itu kepada Syuhada, berat juga dia hendak meluahkan pada mulanya.

“Haaa!” Syuhada terperanjat dan tidak di sangka olehnya itu soalan yang di Tanya oleh Datin Roziah. Dia tidak tahu bagaimana mahu memberikan jawapannya.

“Shhhh… slow lah sikit suara tu.” Puan Rokiah menegur Syuhada lagi.

“Kamu setuju ke tidak?” Datin Roziah merenung muka Syuhada untuk mengharapkan jawapan.

“Mummy! Bagilah Hada fikirkan dulu… jangan paksa dia.” Khalijah bersuara juga apabila dia melihat muka Syuhada yang memang ‘blur’ untuk menjawab permintaan Datin Roziah itu.

“Hmmmm… Hada… Hada… Mak!” Syuhada termati kata dan dia memandang Puan Rokiah seperti meminta tolong dengannya.

“Hada! Kami tidak memaksa, tetapi jika kamu tidak mahu tak apalah… Tetapi kami buat begini kerana kasihankan Izara.” Datin Roziah berkata lagi sambil memandang ke arah cucunya yang memang lena sekali tidurnya.

“Betul Hada… Mak tengok Izara terlalu rapat dan sayang dengan kamu… Kamu sayang dia tak?” Puan Rokiah pula berkata.

“Sayang.” Jawab Syuhada sepatah. Syuhada serba salah dan dia tidak pasti bagaimana hendak memberi jawapan yang sebenar. Ya betul dia pun terlalu sayangkan Izara, dia juga selalu rindukan Izara walaupun dia di pejabat, sehabis waktu kerja yang dia fikirkan untuk berjumpa di rumah… Izara juga. Tetapi untuk bersama dengan Khairil Qushairy dia tidak pasti kerana Syuhada tahu cinta dia pada arwah isterinya masih kuat, kalau tidak pasti dia akan melayan gadis atau wanita lain yang cuba mendekatinya terutama Zalina.
“Haa! Kalau sayang anak kena sayang papa dia sekali.” Khalijah menyampuk dan kemudian Datin Roziah menjegilkan matanya kepada Khalijah.

“Ijaaa!” bukan masa untuk bergurau ya.” Datin Roziah menegur Khalijah, dia tahu Khalijah suka berlawak walaupun ada perbincangan serious.

“Mak! Mak Long! Bagi hada fikirkan… Hada rasa Abang Que pun mesti tak boleh terima ini semua… kerana Hada tahu dia masih sayangkan arwah kak Tini lagi.” Syuhada buntu dan sebuntunya untuk memberi jawapan.

“Hal nie Mak Long sudah pun berbincang dengan Que… Katanya dia nak kami beritahu Hada dahulu dan nanti dia akan berbincang dengan Hada pula.” Datin Roziah memegang bahu Syuhada dan dia menepuk bahu itu pula, dia faham situasi Syuhada sekarang, mesti Syuhada tersepit dengan perkara ini.

“Hada! Abang Que tu sebenarnya dia suka kan kau tau… Tapi dia takut untuk meluahkan dan tidak sangka pula yang mummy boleh plan dengan Mak Ngah nak satukan kau dengan dia.” Khalijah menyampuk.

“Ishhh… Perempuan sorang nie…Mulut sedap sajakan.” Syuhada menegur Khalijah kerana pandai-pandai sahaja mengatakan Khairil Qushairy sukakan dia.

“Betul apa yang Ija katakan itu Hada. Dah lama kami perhatikan tetapi kamu sahaja yang tidak perasan, dia pun sebenarnya takut untuk meluahkan kerana kamu tu adik sepupu.” Datin Roziah pula menyokong kata-kata Khalijah tadi.

“Kami nie dulu yang makan garam Hada… Dia gasaklah terjeling-jeling mencuri pandang kamu tu, yang kelakarnya dia tak perasan yang kami nie perasan apa yang di buat.” Puan Rokiah pula yang berkata dan mereka ketawa juga apabila Puan Rokiah berkata begitu.

“Pandai saja mak nie. Dia tengok orang lain kut… Hada pula.” Syuhada tidak setuju dengan cerita Puan Rokiah itu.

“Suka hati kamulah nak percaya ke tidak… Tapi itulah yang sebenarnya.” Puan Rokiah sedikit mengeluh apabila Syuhada tidak mempercayai ceritanya itu.

“Hada… Kau bagi lah peluang hati kau tu tuk terima abang Que… Kalau tak pun meh aku aturkan date tuk kau orang so boleh bincang-bincang untuk masa hadapan.” Khalijah geram sahaja hendak menyampuk, tetapi apabila dapat menyampuk ayat yang keluar membuatkan Syuhada geram dengan dia.

“Kau nie ada gak makan bantal nie kang.” Syuhada menunjukkan bantal yang di peluknya itu.

“Tak apalah, nanti mak Long bagi tahu Que yang hal nie kami sudah bagi tahu kamu. Nanti kamu fikirkanlah dan kalau boleh bawa berbincang dengan Que kamu berbincanglah.” Datin Roziah berkata kemudian dia berdiri kerana hendak keluar, dia tidak mahu terlalu mendesak Syuhada untuk memberi kata putus pada waktu ini juga.


Setelah Puan Rokiah dan Datin Roziah keluar dari bilik, Syuhada terus membaringkan dirinya di sebelah Izara, Badan yang penat menjadi bertambah penat dan penat lagi fikirannya apabila di semakkan dengan hal yang di sampaikan oleh Datin Roziah dan Puan Rokiah. Khalijah turut berbaring sama kerana jam sudah menginjak ke pukul dua belas lebih, dalam masa dia berbaring dia bercakap secara elok dengan Syuhada dan dia juga berterus terang kepada Syuhada yang dia lagi suka kalau Syuhada yang dapat menjadi ibu kepada Izara. Khalijah juga berkata yang dia akan membantu apa yang patut di dalam hal ini dan jikalau Syuhada hendak dia menemani semasa berbincang dengan Khairil Qushairy pun dia sanggup. Dari gaya Khalijah lebih kepada mendesak Syuhada untuk menerima Khairil Qushairy.

2 comments:

  1. wah...bestnya..cpt2 sambung..x sabar nk hada ngan que brsatu..izara dpt mama baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya boleh ke dia jadi mama izara...hihihihi

      Delete