keceriaan jelas terpancar di muka Syafika dan Sufian, tengah hari nanti
majlis bersanding akan bermula pagi-pagi lagi sudah riuh rendah suara saudara
mara Syuhada di rumah Tuan Roslan bersarapan pagi bersama-sama. Syuhada pula
penuh dengan kerisauan dan sedikit tertekan, semua ini kerana perkara malam
tadi.
Selepas solat subuh tadi dia berbaring semula. Hilang semangatnya untuk
bergembira pada hari ini, mood dia hilang melayang. Dia merenung ke arah Izara
yang masih lena tidurnya, dia jatuh kasihan dengan anak kecil yang ketandusan
kasih sayang seorang ibu tetapi dia tidak pasti yang dia boleh menjadi ibu yang
baik kepada Izara. Sekarang ini Syuhada benar-benar buntu dan dia hanya
mendiamkan dirinya seketika di dalam bilik.
"Hada! kau tak nak breakfast ke? nanti masuk angin pula perut
tu." Khalijah masuk ke bilik dan menegur Syuhada, dia kasihan melihat
Syuhada yang tidak berapa ceria hari ini.
"Nantilah... Tekak aku tak terasa nak makan." Syuhada menjawab
lesu.
"Janganlah macam nie... Nanti dari mereka di luar tu semua tak tahu
hal nie jadi tahu nanti, bangunlah." Khalijah berkata lagi, dia pun tidak
mahu perubahan tetiba Syuhada mengundang pertanyaan dari keluarga lain yang
susah hendak di lafazkan nanti.
"Ya... Aku nak baring kejap je... Izara pun tak bangun lagi nie
ha." Jawab Syuhada, matanya terkebil-kebil memandang Izara, walaupun dia
di dalam masalah tapi kasihnya kepada Izara tidak pergi.
"Yang kau tenung Izara tu kenapa, boleh nampak muka Abang Que dekat
situ ke?" Khalijah mula mengusik Syuhada.
"Kau pernah rasa mandi cili tak Ija, kalau kau nak jadi orang yang
pertama, marilah aku mandikan." Syuhada mengangkat kepalanya dari bantal
sedikit, dia geram dengan Khalijah, Khalijah dari semalam asyik menyakat dia.
"Da! bangunlah sayang... Aku susah hati tengok kau macam ayam mati
laki nie tau." Khalijah merayu tetapi dalam dia memujuk merayu sempat juga
dia mengusik Syuhada.
"Ishhh... kau kan... Nanti kau... Aku suruh Zakuan tu datang melamar
kau... kau tengoklah macam mana rasanya nanti." Syuhada terus bangun dan
duduk, dia siap mengugut khalijah mengenai Zakuan.
"Hahaha... Dah ke Zakuan pula yang kau masukkan nie kenapa... Ehh aku
dengan dia tu tak ada apa-apa lah." Khalijah berkali-kali mengatakan yang
dia dan Zakuan hanya sebagai kawan dan tidak lebih dari itu.
"Ya lah tu... Dah aku nak mandi sekejap, kau tengokkan Izara nie...
Aku takut jatuh bergolek pula dia." Syuhada akhirnya bangun juga dari pembaringannya
kerana dia malas hendak cerita banyak dengan Syuhada.
"Mandi sajalah... Aku panggilkan Papa dia tengokkan dia ya... Aku nak
tolong kak Kina kejap." Khalijah memegang tombol pintu untuk di pulas.
"Ehhh...Ehhh... Tunggu... Kau aku sepuk juga karang, Aku nak mandilah
ngok... Gila apa kalau aku keluar dari bilik air Abang Que yang ada dekat
sini." Syuhada menahan Khalijah dari melangkah pergi.
"Kah.. Kah.. Kah... Takutttt.." Khalijah mentertawakan Syuhada,
dia sengaja menyakat Syuhada. Naik geram Syuhada dengan Khalijah. Bila sekali
dia mendapat modal untuk menyakat, dia akan terus menyakat.
Khairil Qushairy hanya duduk di ruang rehat di luar rumah Tuan Roslan, dia
teringatkan perbualan dia bersama Datin Roziah dan Puan Rokiah semasa keluar
membeli makanan untuk sarapan pagi ini. Sekarang ini Khairil Qushairy pasti
yang Syuhada akan melarikan diri daripada dia kerana dari apa yang dia dapat
tahu Syuhada sudah pun mengetahui tentang hajat untuk menyatukan mereka berdua.
"Apa ke keruh berkerut saja muka kamu nie Que?" Datuk Sahak
menegur Khairil Qushairy dan duduk di sebelahnya.
"Ehh.. Papa... Mana ada." Khairil Qushairy menjawab sambil
menunduk kan mukanya tangannya leka bermain-main dengan telefon.
"Que!... Muka kamu tu boleh nampak tertulis yang kamu tu macam susah
hati. Apa yang merunsingkan kamu nie?" Datuk Sahak hairan melihat
perubahan Khairil Qushairy pada pagi ini, dia perasan anak lelaki sulungnya ini
dari tadi seperti orang yang sedang berangan.
Khairil Qushairy memalingkan kepalanya ke kiri dan ke kanan untuk
memastikan tiada orang lain berhampirannya. " Mummy cakap dengan Que yang
malam tadi dia dah bagi tahu Syuhada pasal tu." Khairil Qushairy
menyengetkan badannya dan berbisik ketika memberitahu Datuk Sahak.
"Pasal tu?.. Pasal apa?" Datuk Sahak sengaja bertanya buat-buat
seperti tidak tahu apa yang cuba di maksudkan oleh khairil Qushairy.
"Ala Papa nie saja je kan... Plan Mummy nak risik Hada tulah."
Khairil Qushairy berbisik lagi dengan Datuk Sahak.
"Aaaahhhh... Pasal tu... Kamu tu kan ke lelaki, be gentle lah sikit...
Buat biasa saja, nanti bila ada peluang dan ruang kamu berbincang dengan dia.
Dia mungkin tengah serba salah tu, pandai-pandailah kamu bercakap dengan dia...
Kamu kalau suka dengan dia jangan simpan-simpan Que... nanti kamu juga yang
melepas." Datuk Sahak sudah mengetahui dari Datin Roziah dari malam tadi
lagi semasa dia berbaring untuk tidur, dan dia juga pasti Syuhada sekarang ini
pasti sedikit tertekan dengan hal merisik ini.
"Papa nie kan... Pandai saja menilik." Khairil Qushairy berkata
kepada Datuk Sahak.
" Aikkk... Papa nie dulu yang makan garam, Papa boleh baca dari gaya
kamu tu, tak payah nak selindung-selindung." Kata Datuk Sahak lagi.
"Tu pasal orang tua banyak yang kena darah tinggi Pa... Sebab banyak
sangat makan garam.. hihihihi" Khairil Qushairy mengenakan Datuk Sahak
semula, hampir terlupa dia dengan masalah yang dia tengah fikirkan. Masalahnya
cuma bagaimana dia hendak bercakap dengan Syuhada mengenai hajat Datin Roziah
itu.
"Dalam baik kamu kenakan Papa ya." Datuk Sahak turut ketawa.
Mereka terus berbual tetapi berlainan topik kerana ada ipar duai dan anak
buah yang turut duduk sama berbual, biasalah orang lelaki selepas kenyang pasti
mereka akan merokok tetapi tidak semua yang merokok. Datuk Sahak, Tuan Roslan,
Khairul Azam dan Khairil Qushairy bukan perokok.
###################
Tuan Roslan dan Puan Rokiah mengucapkan syukur kerana majlis persandingan
hampir selesai, tetamu datang silih berganti, saudara mara dan sahabat jauh dan
dekat juga datang bertandang. Ramai yang memuji kedua mempelai sama cantik dan
sama padan. Syuhada dan khalijah juga seronok kerana teman serumah semasa
mereka di UK dulu turut datang meraikan majlis Syafika. Seronok Qistina,
Shazana, Azizah dan Balqis kerana akhirnya dapat juga mereka bertemu dengan
Izara, kalau tidak sebelum ini mereka hanya melihat gambar di dalam facebook
sahaja, Azizah datang bersama tunangnya dan dapatlah mereka semua mengenali
bakal suami Azizah.
Izara biasalah bila sudah terlalu
ramai begini dia lagi tidak mahu di usik oleh orang lain. Naik letih Syuhada
kerana dia tidak mahu di lepaskan, semasa Syuhada makan Khairil Qushairy tolong
pegangkan Izara itu pun Khairil Qushairy terpaksa duduk di sebelah Syuhada
kerana Izara menangis. Qistina, Shazana dan Balqis bertanya kepada Khalijah
mengenai Khairil Qushairy itupun setelah Khairil Qushairy berlalu pergi dan
mereka membuat lawak jikalau Khalijah hendak mencari kakak ipar pilihlah di
antara mereka bertiga tetapi Azizah tidak boleh kata Balqis kerana Azizah sudah
ada yang punya, Terkekek-kekek mereka semasa berbual.
Semasa khairil Qushairy menyerahkan Izara kepada Syuhada dia sempat
berbisik sesuatu.
“Nanti bila majlis sudah selesai abang ada hal nak bincang dengan Hada.”
Bisik khairil Qushairy, tetapi caranya tidaklah terlalu rapat tapi cukuplah
untuk di dengari oleh Syuhada sahaja.
“ Haaaa!!.” Syuhada sedikit terkejut dan menyengetkan sedikit badannya dan
memandang ke arah Khairil Qushairy. Berdebar dadanya apabila secara tidak
sengaja dia tertentang mata dengan Khairil Qushairy kerana dia memandang
Khairil Qushairy untuk kepastian apa yang di katakan oleh khairil Qushairy tadi.
“Abang nak jumpa Hada… But not now… Later..” Katanya lagi.
“Hmmm… Tengoklah jika Hada tak sibuk.” Syuhada jawab sambil menundukkan
wajahnya, dia berasa bertambah segan untuk memandang muka khairil Qushairy
sekarang ini.
“Hahh! Apa bisik-bisik nie.” Khalijah menyergah mereka berdua.
“Ishhh! Budak sorang nie.” Syuhada menampar bahu khalijah kerana dia
terkejut.
“Ija!” Khairil Qushairy juga turut terkejut apabila di sergah begitu oleh
Khalijah.
“Maaf kalian berdua… Ada apa-apa yang boleh saya bantu.” Khalijah berkata
perlahan dan kemudian dia ketawa.
“Nope!” Jawab Syuhada dan Khairil Qushairy serentak.
“Wow! Amazing… Belum apa-apa sudah sepakat… Ha..Ha..Ha..” Sekali lagi
khalijah ketawa, mengeleng kepala khairil Qushairy apabila khalijah sudah mula
mengusik.
“Kau nie kan perempuan… Memang nak aku mandikan dengan cili nie.” Sambil
menjeling Syuhada berkata kepada Khalijah.
“Ala… Ala.. Sayang… janganlah marah aku gurau sajalah.” Khalijah memeluk
bahu Syuhada. Khairil Qushairy telah meninggalkan mereka berdua, lagi lama dia
berdiri di situ lagi galaklah khalijah mengusik dia nanti.
Tetamu sudah ramai yang beransur pulang dan hanya tinggal keluarga terdekat
sahaja yang masih berbual. Keluarga Sufian turut bergerak pulang. Majlis di
sebelah pihaknya akan berlangsung pada minggu hadapan, dan giliran keluarga
Syafika pula untuk bertandang ke sana.
###################
Masing-masing sudah kepenatan selepas maghrib nanti ada acara membuka
hadiah tetapi sekarang baru pukul enam, nasib baik juga esok hari cuti sempena
hari keputeraan yang di pertuan Agung. Kalau tidak awal-awal lagi mereka semua
bergegas untuk pulang ke rumah masing-masing.
Syuhada merebahkan badannya di atas katil selepas dia mandi dan bersolat.
“Tok.. Tok..” Pintu di ketuk dari luar.
“Masuk lah…” Syuhada sekadar melaung, dia malas untuk bangun dan membuka
pintu. Tambahan pintu biliknya tidak berkunci dari dalam pun.
Pintu bilik Syuhada terbuka dari luar, rupanya khalijah sedang mendukung
Izara.
“Woi! Anak kau nie menangis mencari mama dia, mama dia boleh sedap menyarap
atas katil.” Khalijah sedikit menempik sambil melangkah masuk.
“ Binawe kau Ija! Kok ya pun tak payah lah kau panggil aku mama.” Syuhada
bangun dan membaling bantal kecil kepada Khalijah.
“Perhhhh… Nasib baik dapat mengelak. “ Khalijah ketawakan Syuhada kerana
dia dapat mengelak dari terkena bantal yang di baling oleh Syuhada tadi.
“Tutuplah pintu.” Syuhada mengarahkan Khalijah. Dia terus menutup pintu
seperti yang di arahkan oleh Syuhada.
“Anak kau nie mengada-ngadalah. Tak nampak kelibat kau je dah
merenget-renget.” Khalijah sengaja membebelkan Izara kepada Syuhada. Dia
mendudukkan Izara di sebelah Syuhada yang masih baring menyarap.
“Kenapa Izara notty haa.” Syuhada bercakap kepada Izara dan mencium lutut
Izara.
“Hada!” Khalijah memanggil Syuhada.
“Apa?” Syuhada menjawab pendek dan mendongak memandang ke arah Khalijah.
“Abang Que nak jumpa kau.” Khalijah berkata dan duduk di atas katil.
“Wah! Kau dah jadi utusan di raja nampak. Kenapa dia nak jumpa aku?”
Syuhada sengaja bertanya, pada hal dia tahu tujuan khairil Qushairy dan dadanya
sudah mula berdebar apabila nama itu yang di sebut. Sejak selepas Datin Roziah
menyampaikan hajatnya itu Dada Syuhada pasti berdebar apabila terdengar atau
ternampak Khairil Qushairy, dia sendiri pun tidak tahu kenapa begitu jadinya.
“Ya… Dapat tips lagi tau… Ha ha ha… “ Khalijah ketawa.
“Dah ada dalam rumah nie, habis nak jumpa apanya lagi.” Syuhada berkata sambil
dagu di letakkan di atas tangannya.
“Betul kau tak kisah kalau dia berbincang dengan kau depan family yang
lain… Are sure?.. Totally sure?… Ok let me tell him now.” Khalijah berpaling
dan hendak keluar, sebenarnya dia sengaja mengugut Syuhada begitu.
“Wei! Wei! Ija kau jangan buat kerja gila.” Syuhada menahan Khalijah dari
keluar.
“Tau takut.” Khalijah mentertawakan Syuhada lagi.
“Dia nak jumpa bila? di mana? pukul berapa?.” Syuhada bertanya dan dia
geram juga dengan Khalijah kerana itu dia bertanya sekali semua soalan.
“Mak aih… soalan in one go kau tanya aku. Yang itu aku tak pasti, tapi
kalau kau nak kau tanya dia atau pun call… kalau kau malu nak call just text
him… Abih cerita.” Terang Khalijah lagi. Sekarang ini hanya Khalijah sahaja
yang dapat membantu Syuhada.
“Aku seganlah Ija… Apa aku nak cakap dengan dia… Aku takut untuk menolak…
Dan aku pun tak sanggup dengan cadangan ini.” Syuhada berterus terang kepada
Khalijah dan kemudian dia mendiamkan dirinya seperti sedang berfikir lagi..
“Ija! Kau tak berbincang lagi dengan Abang Que… Dan kau sendiri pun tak
tahu apa yang dia nak katakan. So kau jumpalah dia.” Khalijah duduk dan
bercakap lembut dengan Syuhada.
“Aku takut Ija… Aku pasti yang aku bukan ibu yang terbaik untuk Izara.”
Syuhada berkata sayu.
“Ija… Ada mata yang sudah menilai kau dan sukakan kau dan dia juga pasti
kau boleh jadi ibu yang baik kepada Izara.” Khalijah memujuk lagi.
“Hahhh! Siapa?” Syuhada terkejut dan hairan siapakah gerangannya.
“Hai… Siapa lagi kalau bukan Papa si Izara nie lah. Mula-mula dia tak mahu mengaku
dengan aku, tetapi lepas aku korek dan korek akhirnya aku dapat tahu yang dia
memang sukakan kau, tinggal lagi dia takut untuk menyuarakan kerana kita ini
sepupu. Lepas Mummy bagi tahu hajat nak merisik kau untuk dia, Dia serba salah
kerana dia tahu kau pasti tidak setuju.” Akhirnya Kalijah bercerita juga
perkara sebenar.
“Ya Allah! Apa yang aku dah buat nie Ija sampai Abang Que boleh jatuh suka
dengan aku.” Syuhada terkejut lagi dan dia mengalirkan airmata, dia sedih dan
tidak sangka khairil Qushairy boleh sukakan dia. Dia tidak pernah cuba untuk
menarik perhatian sesiapa dengan caranya.
“Hada! Kau tak ada buat apa-apa, tetapi kalau hati dah tercuit suka hendak
buat macam mana… Semua nie ketentuan Allah Hada. Mungkin kau yang Allah telah
ciptakan untuk menjadi tulang rusuknya.” Khalijah sabar memujuk dan memberi
kata-kata semangat kepada Syuhada.
“Aku tak tahu Ija. Macam mana aku hendak mengadap mukanya… Aku malu Ija.”
Syuhada berkata lagi.
“Hada! Kau jangan risau… Aku akan menemani kau masa keluar dengan Abang Que
nanti, Dia hendak ajak kau keluar, dia tak mahu bincang di sini.” Terang
Khalijah lagi.
“Habis tu Izara… Takkan nak bawa sama, dah malam nanti.”Tanya Syuhada
kerisauan.
“Mummy jagalah dia. Izara kena bagi peluang Papa dengan Mama dia nak dating
kejaplah.” Khalijah berkata dan sekali lagi dia mengusik.
“Ija! Malaslah aku nak keluar.” Syuhada mula menunjukkan rajuknya.
“Ok… Ok… Sorry… Hihihi… Sikit-sikit nak merajuk lah kau nie.” Khalijah
berkata sambil menampar bahu Syuhada.
“Dah kau buat ayat bodoh… Benci tau.” Syuhada berkata sambil menjeling
kepada Khalijah.
“Aku takut jika aku akan mengecilkan hati dia dengan keputusan aku ini
Ija.” Syuhada sedikit resah.
“Ija! Kan aku kata, kau dengarlah apa dia hendak katakan dulu… Cuba kau
tenangkan hati dan fikiran kau tu… Dan kau kena ingat Hada, sesuatu yang
berlaku ini pasti ada hikmahnya.” Khalijah berkata, tetiba sahaja sudah jadi
Ustazah segera.
“Amboi! Tak kena dekat batang hidung kau… Pandai kau kata ada hikmahnya
kan.” Syuhada memerli Khalijah.
“Lahhh.. Minah senget nie… Aku cakap benda yang betullah… Dah karang semasa
kau solat maghrib kau berdoa lebih sikit dan minta dekat Allah petunjuk yang
terbaik untuk kau.” Nasihat Khalijah lagi.
“Baik Ustazah.” Syuhada memerli Khalijah lagi dan tersenyum kerana berkata
begitu.
“Bagus anak murid Ustazah… jangan susah hati ya… Tu anak awak tu tolong
jaga elok-elok.” Khalijah mengusiknya pula.
“Chehhhh… Sempat lagi tu.” Syuhada berkata.
Selepas berbual dengan Syuhada, khalijah bertemu pula dengan Datin roziah
dan Puan Rokiah, dia memaklumkan kepada kedua mereka mengenai permintaan
Khairil Qushairy untuk bertemu dan berbincang dengan Syuhada di luar, dan
Khalijah juga memberitahu mereka bahawa dia akan mengikut Syuhada dan Khairil
Qushairy nanti.
Selesai solat maghrib berjemaah di rumah Tuan Roslan dan acara seterusnya
seperti yang di janjikan. Manakala Khalijah telah memberitahu bahawa dia hendak
mengajak khairil Qushairy menemankan dia dan Syuhada keluar, dengan cara itu
masing-masing tidak banyak persoalkan. Hari ini juga khalijah memegang jawatan
sebagai pegawai perhubungan antara Khairil Qushairy dan Syuhada.
“Mak! Hada nak keluar ni.” Syuhada meminta izin kepada Puan Rokiah.
“Hmm… Yelah, nanti bawalah berbincang elok-elok tau.” Puan Rokiah berbisik
kepada Syuhada.
“InsyAllah mak.” Syuhada menjawab perlahan.
“Ehhh… Nak kemana ni… Tak tengok kak Fika buka hadiah ke?” tiba-tiba
Syakina menegur Syuhada, dia baru sahaja hendak ke dapur dan terserempak dengan
syuhada yang kelihatan sudah bersiap seperti hendak keluar.
“Nak keluar dengan Ija kejap… Dia ajak ke pekan.” Syuhada menjawab ringkas.
“Biar betul kau orang berdua ni… Dah malam-malam macam ni keluar berdua
pula tu.” Syakina menegur Syuhada, kerisauan juga dia apabila mengetahui yang
dia hanya keluar berdua.
“Ehhh…. Tak lah kak kina.. Abang Que tolong hantarkan… Ija minta tolong
dengan dia tadi.” Tiba-tiba Khalijah menjawabkan pertanyaan Syakina, Khalijah
baru keluar dari bilik Khalijah dan dia terdengar pertanyaan Syakina itu tadi.
“Ohhh… Haa… Abang Que ada… Ok tak apa.” Syakina menjawab lega.
“Izara?” Syakina bertanya lagi.
“Dah tidur dah dalam bilik Hada tu… Hada dah pesan dengan Mak Long dah.”
Syuhada awal-awla lagi sudah menidurkan Izara dan Datin Roziah yang akan
menjaga Izara nanti.
“Aahh… Terkejut gak akak… Ingatkan kau orang bawa dia sekali.” Jawab
Syakina lega.
“Nak kena bebel dengan Wan dan Opah… Memang tak lah.” Khalijah pula berkata
sambil tersenyum.
“Oklah… kita orang gerak dulu.” Syuhada berkata kepada Syakina.
“Iyalah… Take care.” Pesan Syakina kepada mereka berdua.
Dalam masa Khalijah dan Syuhada bersalam dengan Datin Roziah dan Puan
Rokiah, mereka di tegur pula oleh Baba datuk Syuhada.
“Ni bersalam nak ke mana?”Baba bertanya sambil mengulung rokok pucuknya.
“Hada nak keluar dengan Ija kejap tuk.” Syuhada menerangkan sekali lagi
tetapi dengan Baba pula.
“Kamu keluar berdua saja ke… Kamu biar betul Kiah biarkan anak dara kamu
keluar malam-malam macam ni.” Baba menegur Syuhada dan kemudian dia menegur
Puan Rokiah.
“Ada si Que ikut mereka Abah.” Terang Puan Rokiah pula.
“Ahhh… Abah ingatkan dia pergi berdua saja… Abih mana budak Que ehh.” Baba
bertanya lagi.
“Tu dalam kereta… tengah panaskan enjin kereta.” Khalijah menunjuk ke arah
kereta Khairil Qushairy. Khairil Qushairy telah keluar terlebih awal untuk
menghidupkan enjin keretanya dan sebetulnya dia malas untuk di soal oleh mereka
semua kemana hendak di tuju nanti.
#################
“Dini! Kamu sudah telefon kakak kamu ke nak?”Zabedah bertanya kepada dini,
dia sudah dua hari demam dan Dini terpaksa skip kelas semata-mata untuk menjaga
Zabedah yang tidak sihat.
“Sudah mak… Tapi dia tak angkat… Dini sudah tinggalkan pesanan… Mak jangan
risau ya… Nanti mesti dia telefon semula.”Dini cuba memujuk Zabedah.
“Kamu dah makan ke?” Zabedah bertanya lagi.
“Belum lagi mak, Dini baru sudah solat isyak ni.” Dini menjawab lembut.
“Ohhh… Dah isyak ya… Mak nak solat kejap.” Zabedah mengagahkan dirinya untuk
bangun, dia sudah terasa sedikit ringan dan panas di badannya pun sudah
berkurangan. Mungkin kerana melihat kepulangan Dini sebahagian daripada ubatnya
juga.
“Mari mak… Dini bawa mak ambil wuduk ya.” Dini memimpin Zabedah ke bilik
air. Zabedah tidak pernah meninggalkan solatnya walaupun dia di dalam tidak
berapa sihat. Dia tahu semua ini dugaan Allah untuknya dan sakit itu adalah
adalah penghapus dosa-dosa lampaunya.
“Mak solat dulu… Dini panaskan lauk… Lepas tu kita makan ya mak!” Dini
memimpin Zabedah ke bilik semula setelah dia mengambil wuduk.
“Iyalah… Mak dah selesai karang mak keluar… kamu janganlah risau sangat…
Mak bukan sakit teruk pun.” Zabedah tahu yang Dini risaukan keadaannya.
“Tak apa mak… Solat lah dulu… Dini ke dapur dulu.
Dini memanaskan sahaja baki lauk yang dia masak tengah hari tadi, tengah
hari tadi dia masakkan asam rebus ikan masin kembung campur bendi itu adalah
permintaan Zabedah kerana tekaknya tidak berapa berselera jadi dia hendak makan
benda yang sedikit masam, sekarang Dini mula mengoreng telur dadar. Kerana
hanya mereka berdua sahaja yang makan jadi dia tidak mahu memasak pelbagai
lauk.
Selesai sudah Dini menyediakan makan malan dan makanan telah pun di hidang
di meja, Dini bergerak hendak ke bilik Zabedah, tetapi Zabedah sudah pun tersembul
di muka pintu biliknya sambil tersenyum.
“Baru Dini nak panggil mak… Mari kita makan mak, semua sudah terhidang ni.”
Dini mempelawa Zabedah untuk makan, dia menyedukkan nasi ke dalam pinggan
Zabedah kemudian ke pinggannya pula.
“Ohh… kamu buat telur dadar.” Zabedah bertanya setelah kelihatan telur
dadar tersedia di depannya.
“Iya mak.” Balas Dini.
“Kamu cuti berapa hari ni?” Zabedah bertanya kepada Dini.
“Saya cuti sehingga mak sembuhlah.” Jawab Dini.
“Ishhh… Kamu tak payah risaukan mak sangat… Dah tak mahu cuti lama-lama
nanti banyak yang kamu tertinggal nanti.” Rasa bersalah pula di Hati Zabedah
kerana dia merasakan seperti dia telah menyusahkan Dini sehingga terpaksa bercuti
hanya untuk menjaga dia.
“Mak! Dini baru habis exam… Tu yang Dini dapat balik tengokkan mak.” Dini
berkata sambil tersenyum, dia tahu yang Zabedah tidak mahu pelajarannya
terganggu.
“Mak bukan hendak menghalau… Sehari dua ni mungkin boleh sihat semula, kamu
tak payah nak cuti lama sesangat… Lusa pun kamu boleh balik dah.” Zabedah
meyakinkan Dini tentang kesihatannya.
“Tak apa… Mak jangan risau, Dini jaga mak sampai lusa… Ok!” Dini tertawa
sambil membuat gaya peace, Zabedah pun turut ketawa apabila melihat Dini
membuat gaya begitu.
###############
“Kenapalah kau tak angkat saja telefon kau tu… Dari tadi berbunyi.” Sandy
rakan Zalina bertanya.
“Ahhh… Lantaklah… Malas aku nak layan… Layan ni lagi bagus.” Beberapa orang
teman Zalina bertandang ke kondonya. Begitulah cara Zalina jika dia tidak ke
kelab dia pasti membawa pulang rakan-rakan ke rumahnya.
“Susah-susah kau silentkan je lah telefon tu… Memekaklah.” Ropi boyfriend
Sandy berkata, dia rasa terganggu dengan bunyi deringan telefon Zalina,
kosentrasi dia untuk menyedut heroin itu terganggu dan kerana itu dia sedikit
marah.
“Yelah.. Yelah… Banyak bunyilah kau orang ni.” Zalina berkata sambil
mencapai telefonnya dan dia set kan silent di telefonnya tanpa melihat siapa
yang telefon dan dia juga tidak membaca pesanan ringkas yang di hantar oleh
Dini tadi. Riuh rendah suara mereka berseronok dengan khayal dadah dan alkohol.
Jika Zabedah mengetahui kehidupan Zalina begini pasti boleh kena heart attack
agaknya.
“Sayang jom masuk bilik.” Sandy merayu kepada Ropi yang sedang tersenyum
setelah puas menyedut heroin tadi. Dia khayal di alamnya sendiri.
“Bilik?” Dia menyoal Sandy semula dan kemudian dia ketawa. Dia tahu apa
yang sandy mahukan.
“Jomlah sayang.” Sandy sudah merenget-renget manja… Mereka yang lain sudah
bersorak apabila melihat cara Sandy merayu kepada Ropi.
“Woi! Jangan masuk bilik aku… Kau nak… Guna bilik tengah tu.” Zalina
menunjukkan arah bilik satu lagi yang bersebelahan dengan biliknya.
“Ya… Itu bilik aku dengan Zalina nak guna.” Botak pula berkata… Botak ada
turut sama datang ke kondo Zalina, dia menuntut janji Zalina terhadapnya dan
hari ini dia tersenyum lebar apabila Zalina mengajak dia bertandang sama ke
kondo Zalina.
“What ever.” Sandy pula menjawab sambil jalan memeluk Ropi, terhuyung
hayang mereka berdua berjalan masuk ke bilik.
“So bila kita punya turn.” Botak memeluk bahu Zalina dan berbisik rapat ke
telinganya.
“Sekejap lagilah… I tak puas nak enjoy ni tau.” Zalina berkata tanpa menoleh
kepada Botak. Botak boleh tahan juga kacaknya, tapi tidak semua gadis mudah
mendekatinya. Dia memang sudah lama teringin hendak bersama dengan Zalina dan
kerana janji Zalinalah juga yang akhirnya dia dapat merasa tubuh Zalina.
“Ok… I tunggu lagi setengah jam, kalau tidak you tahulah apa I nak buat.”
Botak tersenyum dan dia memeluk pinggang Zalina. Zalina memang melayan banyak
lelaki-lelaki kaya tetapi tidak semua yang dapat menidurinya, dia juga memilih
siapa yang dia mahukan untuk menidurinya.
“Ok… I promise… You tunggu sekejap ya.” Zalina memujuk manja dan gayanya
sedikit mengoda. Dia sanggup untuk melayan Botak dan dia tahu janji yang telah
di buatnya harus di tunaikan kalau tidak pasti kalau dia terdesak nanti pasti
Botak tidak mahu membantunya lagi
Tunggang langgang juga rumah Zalina dengan tin-tin minuman keras dan
bungkusan makanan ringan, Rakan-rakannya yang lain bergelempangan tidur di
ruang tamu bercampur lelaki dan perempuan. Nasib baiklah mereka di kondo bukan
di kawasan perumahan, jika di kawasan perumahan sah-sah jiran-jiran akan
memanggil polis untuk meyerbu rumah mereka.
No comments:
Post a Comment