"Apa hal pula kereta nie." Khalijah berkata sendiri
kemudian dia keluar dari keretanya.
"Alamak pancitlah pula... macam mana aku nak
tukar nie?" Khalijah membebel sendirian dan menyepak tayarnya yang sudah pancit
itu.Masalahnya dia tidak kuat untuk menukar tayar seorang diri, dia cuba
melihat sekelilingnya jika ada yang boleh membantunya dan di dalam dia
bersungut tiba-tiba sebuah kereta Audi S5 berwarna hitam berhenti di belakang
keretanya, risau juga Khalijah takut orang jahat ke yang hendak ambil
kesempatan. Dia menoleh dan di lihatnya Doktor Zakuan yang keluar.
Khalijah memuji di dalam hatinya “Aduh handsomenya mamat nie”. Dia memang
meminati Doktor Zakuan tetapi tidak berani hendak berlebih-lebih... Maruah dia
sebagai gadis pun dia hendak kena jaga juga, jadi Doktor Zakuan ini boleh di
katakan secret admire dialah.
"Kenapa nie Khalijah?" Doktor Zakuan menegur dan melihat ke arah
kereta Khalijah. Tetapi Khalijah agak terkejut kerana tidak sangat doktor muda
ini mengenalinya dah tu siap tahu namanya lagi.
"Ohh... Tayar pancit... Saya baru saja terfikir macam mana nak tukakkan
tayar nie dan baru saja ingat nak call abang saya." Khalijah berkata, dia
memang sudah hampir hendak menelefon Khairil Qushairy.
"Tak pa saya tolong... Tool untuk tukar tayar ada tak?" Doktor
Zakuan bertanya kepada Khalijah. Khalijah terus membuka bonet keretanya dan
menunjukkan kepada Doktor Zakuan. Sebelum memulakan kerja Doktor Zakuan sudah
siap melipat lengan bajunya hingga ke siku, Khalijah tertawan dengan gaya
Doktor Zakuan yang bersahaja tetapi dia hanya sekadar menyimpan di dalam
hatinya. Dalam masa Doktor Zakuan membantu menukarkan tayar kereta nya,Khalijah
menelefon Datin Roziah untuk memaklumkan mengenai keretanya dan dia juga tidak
mahu Datin Roziah kerisauan kerana kelewatannya sampai ke rumah.
"Ok... It's done." Doktor Zakuan berkata sambil menyimpan tool
set ke bonet kereta Khalijah semula.
"Terima kasih bebanyak Doktor... Tak sangka Doktor boleh menyusahkan
diri membantu saya menukarkan tayar nie." Khalijah amat berterima kasih di
atas kesudian Doktor Zakuan membantunya.
"Tak ada apalah... Kebetulan saya lalu di sini kan dan saya ternampak
kereta Khalijah nie... Dan saya sudah agak pasti ada kerosakan. kalau tidak
takkan Khalijah berhenti di bahagian kecemasankan." Doktor Nizam berkata
secara jujurnya dan laluan yang di lalui oleh Khalijah adalah laluan yang sama
untuknya setiap hari.
"Macam mana saya nak balas jasa baik Doktor nie." Khalijah
memikirkan bagaimana caranya yang dia dapat membalas jasa Doktor Zakuan.
"Hahahaha... Kalau nak balas mahal tau." Doktor Zakuan
berseloroh.
"Amboi Doktor... besarnya gelak." Khalijah tersenyum dan
menegurnya.
" Ok... macam nie... Belanja saya dinner." Sebenarnya ini adalah
peluang Doktor Zakuan untuk mengenali Khalijah dengan lebih Rapat. Dia sudah
lama memerhatikan Khalijah dan dia tertarik dengan perwatakan Khalijah dan hari
ini adalah rezeki baginya kerana dia dapat membantu Khalijah pula.
"Dinner... Tapi doktor tu ada masa ke? macam saya nie tentu-tentulah
weekend free." Khalijah berkata kerana dia sememangnya bekerja dari hari
isnin hingga jumaat, kerana dia bertugas di bahagian farmasi hospital.
"This saturday saya cuti... Khalijah bagi saya phone number... Nanti
senang saya nak contact dan aturkan plan." Katanya lagi dalm hati
berlonjak riang jika Khalijah sudi memberi dia nombor telefon.
"Errrr... Hmmmm...." Khalijah serba salah untuk memberi nombor
telefonnya.
"Tak apalah kalau tak boleh nak beri... Errr... Saya minta diri
dululah... Lambat pula sampai ke rumah nanti." Doktor Zakuan berkata
dengan sedikit kecewa kerana Khalijah keberatan untuk memberikan nombor
telefonnya.
" Emmm... Doktor ambillah nombor saya nie." Khalijah memanggil
Doktor Zakuan kerana dia pun serba salah sebenarnya.
"Ehhh... betul ke?... Khalijah tak kisah ke nak beri nombor dekat saya
nie." Doktor Zakuan cuba bermanis kata pada hal tadi sudah hampir kecewa,
teruja juga dia apabila Khalijah sudi untuk memberikan nombor telefonnya.
"Habis nanti macam mana Doktor nak call dan saya hendak ajak pergi
dinnerkan." Khalijah berkata.
"Ok... Ok... kejap saya masukkan terus ke dalam phone saya."
Doktor Zakuan cepat-cepat mengeluarkan telefon dari dalam poket seluarnya.
" Ok... 019 5683345... Cuba call saya." Khalijah berkata dan
kemudian telefonnya berdering dan tertera nombor telefon di atas skrin telefonnya.
"So nie no Doktor... 019 7935311 ya." Khalijah berkata lagi dan
menyebut nombor telefon Doktor Zakuan untuk kepastian.
Setelah bertukar nombor telefon mereka terus bergerak pulang. Khalijah
lewat juga tiba di rumahnya, semasa dalam perjalanan pulang selepas tayarnya
selesai di gantikan oleh Doktor Zakuan Khalijah sekali lagi menelefon Datin
Roziah jadi tidaklah Datin Roziah kerisauan teramat.
#################
“Mak long kata tayar kau pancit… Macam mana pula boleh berlaku tu?”Syuhada
bertanya kepada Khalijah, Syuhada sedang mengosok pakaian untuk di pakai esok
hari.
“Haa ahh… Tertusuk paku.” Khalijah berkata sambil membuka almari untuk dan
mengambil pakaiannya untuk di tukar.
“Habis tu kau call mekanik ke?” Tanya Syuhada lagi.
“Tak… Mula aku ingat nak call Abang Que… Tetapi belum sempat call doktor
yang satu hospital dengan aku tu datang tolong, sebab kebetulan dia lalu di
situ.” Terang Khalijah.
“Wah! Doktor tu muda lagi ke?.. Bachelor?” Syuhada bertanya seraya mengusik
Khalijah.
“Amboi kau!… Muda lagi, still single but not sure available or not.”
Khalijah berkata sambil menjongketkan bahunya.
“Aik kata satu hospital… tapi takkan kau tak tahu serba sedikit hal Doktor
tu.” Syuhada sudah mula nak selidik lebih-lebih pula.
“Kau nie kan… Ingat aku nie reporter ke? Nak korek cerita semua orang di
sana. Tapikan aku memang suka tengok Doktor nie, kacak satu dah tu sentiasa
tersenyum sahaja… kalau kau nak tahu dia ada lesung pipit di pipi kanan dia
tau… Cute sangat bila dia tersenyum… Cair aku tengok ehh.” Khalijah berkata
sambil tersenyum-senyum dan seperti tengah mengambarkan apa yang di ceritanya
itu.
“Weh! Gatal ehh.. Amboi bukan main kau punya senyum kan.” Syuhada melepuk
bahu Khalijah untuk kembalikan fantasinya itu ke alam nyata semula.
“ Mana ada aku gatal lah… Haa… Satu lagikan aku tak sangka dia minta nombor
phone aku… Dah tu dia kata nak suruh aku belanja dia dinner sebagai ganti dia
menolong aku hari ini.” Khalijah bercerita kepada Syuhada lagi, di antara
mereka berdua ini memang tiada rahsia.
“Ekk eleh… Jadi dia tolong sebab ada makna ke? Bukan Kau ke yang patut
offer dia kan.” Syuhada sudah salah anggap dari cerita yang Khalijah ceritakan.
“Bagilah aku habis cerita dulu… Kau nie cepat saja nak potong… Macam nie,
aku yang mula-mula kata dekat dia macam mana nak balas jasa dia kerana menolong
aku. Sekali dia kata just belanja dia dinner.” Terang Khalijah kepada Syuhada.
“Ija! Entah-entah Doktor nie memang dah syok dengan kau tak?” Syuhada cuba
meneka perasaan Doktor Zakuan kepada Khalijah.
“Banyaklah kau… Punya ramai Doktor-doktor muda, Nurse-nurse yang ayu di
sana… Tak ada maknanya dia nak suka dengan aku… Tapikan satu yang aku rasa
hairan tu macam mana Dia boleh tahu nama aku. Itu je yang aku musykil sikit.,
sebab aku dengan dia tak pernah berbual pun setakat sesekali bertembung dan
senyum sikit-sikit jer.” Khalijah memang berasa hairan kerana tidak sangka yang
Doktor Zakuan boleh tahu nama dia.
“Benggonglah kau nie Ija. Tu… kau sah-sah dah pakai name tag.” Syuhada
berkata sambil muncungnya menunjukkan ke arah dada Khalijah.” Khalijah
menundukkan kepalanya dan kemudian dia tertawa besar kerana hairan tidak
bertempat, dia memang terlupa yang semua orang memang memakai name tag semasa
bertugas.
“Hahahaha… Alamak jadi aku nie syok sendirilah nie… Nasib baik aku tak tanya
dia macam mana boleh tahu nama aku.” Kesudahannya Khalijah dan Syuhada
terkekek-kekek ketawa hanya kerana lawak yang tidak di sangka oleh Khalijah.
Setelah puas berbual dan ketawa Khalijah membersihkan dirinya dan solat
kemudian dia hendak turun untuk makan.
“Hada! Kau dah makan ke?” Khalijah berkata.
“Dah… Tapi aku ingat nak bancuh air sikitlah.”Terang Syuhada.
“Dah jomlah… Ada juga aku geng nak makan nie.” Khalijah mengajak Syuhada.
Semasa turun ke tingkat dua kelihatan Datuk Sahak, Datin Roziah dan khairil
Qushairy sedang duduk menonton tv. Izara pula sedang bermain dengan Khairil
Qushairy, Tetapi apabila terdengar sahaja suara Syuhada cepat sahaja Izara
berpaling dan melonjak-lonjak minta Syuhada mengambil dia.
“Ya Allah bertuah nie… Kok ya pun nampak Mak Chu tu janganlah macam nie
sekali.” Khairil Qushairy memegang erat Izara kerana dia hampir terlepaskan Izara
kerana lonjakkan spontan dari Izara tadi.
“Hey… Bam bam… Nakal ya… nie nak Mak Su ke nakkan Mak Chu nie.” Khalijah
bertanya dan dia mengambil Izara dan terus mendukungnya. Tetapi Izara terus
merebahkan dirinya kearah Syuhada yang sedang berdiri di sebelah Khalijah.
“Bertuah punya budak… Mak Su baru nak pegang… Sempat di tarik ehh Mak Chu
dia.” Khalijah menyerahkan Izara kepada Syuhada dan dia sempat melepuk punggung
Izara kerana geram dengan kenakalan si comel itu.
“LailahailAllah… Izara! Kenapa buat mak Chu macam tu.” Datin Roziah pula
menegur.
“Nie berapa lama yang tak jumpa Mak Chu nie… Yang paut leher, Mak Chu macam
tu sekali.” Khairil Qushairy pula berkata apabila Syuhada duduk tidak jauh dari
Khairil Qushairy.
“Mak Chu nak buat air lah sayang… Mak Chu ingat dia dah tidur.” Syuhada
bercakap dengan Izara.
“Nie kau nak turun ke tidak?” Khalijah berkata dan dia meneruskan untuk
menurun ke dapur kerana dia memang sudah lapar.
“Turun! Turun!... Izara pergi dekat Papa ya sayang… Mak Chu nak buat
airlah.” Sekali lagi Syuhada berkata dengan Izara dan dia cuba menyerahkan
Izara kepada Khairil Qushairy tetapi Izara memegang erat baju Syuhada tidak
mahu di lepaskan.
“Izara! Nakalnya anak Papa nie.” Khairil Qushairy tetap mengambil Izara
tetapi Izara menangis sekuat-kuatnya, kesudahannya Syuhada tidak sampai hati
membiarkan Izara menangis hanya kerana hendakkan dia, lalu di ambilnya Izara
semula.
“Dah mari sini abang buatkan Air tuk Hada… Hada nak minum air apa?” Khairil
Qushairy bangun dan berdiri untuk membantu Syuhada.
“Ehh... Ehh.. Tak payah lah Abang Que… Tak apa.” Syuhada menahan Khairil
Qushairy dari membancuhkan air untuknya.
“Tak pa Hada… Biarkan saja Que buatkan… Izara dah tak mahu lepaskan kamu
tu.” Datin Roziah pula mengizinkan apa yang hendak di lakukan Khairil Qushairy.
Tetapi sempat pula Datin Roziah menyiku perlahan Datuk Sahak yang duduk di
sebelahnya.
“Betul tu Hada… Bila lagi kamu nak rasa air dari tangan Que kan… Selalu di
poffice kamu buatkan air untuk dia… Nie dekat rumah boleh lah dia buatkan pula
untuk Hada.” Datuk Sahak pula berkata sambil mengusik.
“See… Dah jom Abang buatkan.” Khairil Qushairy tersenyum dan mengajak
Syuhada turun ke dapur.
“ Ishhh… Susahkan Abang Que sajalah.” Tetapi Syuhada terpaksa akur dan dia
mengikut sahaja langkah Khairil Qushairy. Risau hatinya kerana takut di salah
anggap oleh Datuk Sahak dan Datin Roziah pula nanti kerana menggunakan Khairil
Qushairy sehingga kena membancuhkan air untuknya.
“Pandai pula Izara tu kan… Macam faham-faham saja pilihan kitakan Bang.”
Datin Roziah berkata sambil tersenyum kepada Datuk Sahak. Datin Roziah masih
menunggu berita dari adiknya Puan Rokiah tentang hajatnya yang di beritahu hari
itu.
“Hahaha… Ada-ada saja awak nie Rozi… Tapi tulah… Cerdik sesangat, Agaknya
dia nak memudahkan kerja kita tak.” Datuk sahak mengiyakan kata-kata Datin
Roziah tadi.
#################
Puan Rokiah berasa ini adalah masa yang sesuai untuk dia bercerita mengenai
hajat Datin Roziah untuk menyunting syuhada.
“Bang!” Puan Rokiah memanggil Tuan Roslan yang sedang leka membaca report
sekolah.
“Hmmm… Apa dia?” Tanya Tuan Roslan sepatah, matanya tetap ke arah fail di
tangannya.
“Pandanglah saya nie… Saya nak cakap hal penting nie.” Puan Rokiah tidak
puas hati kerana Tuan Roslan sedikit pun tidak berpaling memandang ke arahnya.
“Aik.. Apa ke hal pula saya nak bertentang mata nie, cerita sajalah… Saya
dengar nie.” Tuan Roslan berpaling juga memandang ke arah Puan Rokiah.
“Nie haa… Kak Rozi ada hajat besar.” Katanya sambil membetulkan duduk dan
meletakkan pen di tangannya. Semasa dia memanggil Tuan Roslan sebenarnya dia
tengah memeriksa buku kerja anak muridnya.
“Hajat apa? Abang Sahak nak kawin satu lagi ke?” Tuan Roslan berlawak pula,
pada hal Puan Rokiah sudah bersemangat untuk bercerita.
“Ishhh… Awak nie Abang… Dengarlah saya nak cakap… Ehh kalau betullah Abang
Sahak nak tambah satu lagi… Mahu gamat satu bangunan Kasturi Holding tu di
kerjakan kak Rozi.” Puan Rokiah pun turut berseloroh, dari hendak cerita hal
lain sudah jadi kelain pula.
“Hahahaha.” Tuan Roslan ketawa.
“Abang nie dengarlah saya nak cerita betul-betul nie.” Kata Puan Rokiah
menunjukkan muka seriousnya.
“Ok… Haa… Ceritalah saya dengar nie.” Tuan Roslan menutup fail di tangan
dan bersedia untuk mendengar cerita dari Puan Rokiah.
“Macam nie… Kak Rozi dan Abang Sahak berhajat nak menyunting si Hada untuk
Que. Tu dia tanya saya, tapi saya tak dapat nak bagi kata putus sebab saya kena
berbincang dengan awak dulu.” Datuk Sahak memandang tepat ke arah puan Rokiah,
dia seperti tidak percaya sehingga begitu sekali hajat kakak iparnya itu,
berkerut juga dahinya kerana seperti tidak percaya apa yang dia dengari dari
mulut isterinya itu.
“Ehh… Biar betul dia orang tu… Apa Hada dengan Que memang ada cakap apa-apa
ke dengan mereka?” Tanya Tuan Roslan kepada Puan Rokiah, serba salah pula dia
dengan hajat yang tidak di sangka dari ipar dan besannya itu.
“Hal nie Hada dengan Que memang tak tahu lagi, Dia orang memang tak ada
kata apa-apa pun dan perkara nie hanya plan Kak Rozi dan Abang Sahak, Kak Rozi
kesian tengok Izara tu, membesar tanpa seorang ibu dah tu Izara pun terlalu
rapat dengan Hada.” Terang Puan Rokiah lagi dan dia sendiri melihat keakraban
Izara dengan Syuhada memang tidak ubah seperti ibu dan anak, Tetapi dia tidak
mahu keakraban Izara tu sebagai alasan Syuhada menjadi ibunya, bagaimana pula
perasaan Khairil Qushairy terhadap Syuhada, kerana dia baru beberapa bulan
kehilangan isteri dan tempoh itu terlalu singkat… Dapatkah Khairil Qushairy
menerima dan mengasihi anaknya sepenuhnya… Kerana mereka sepupu dan dia tidak
mahu anaknya sekadar menjadi tempat Izara bermanja sahaja.
“Hmmm… Berat perkara nie… Bukan senang saya nak bagi kata putus… kalau ikutkan
sikap Que tu memang seorang yang baik dan bertanggungjawab. Nanti kita
pandai-pandai menjodohkan mereka sekali mereka tidak serasi dah lain pula
jadinya nanti.” Tuan Roslan takut keakraban kekeluargaan antara mereka boleh berantakan
hanya kerana ketidak serasian Syuhada dan Khairil Qushairy nanti.
“Tapikan bang… kita nie hanya merancang dan Allah yang menentukan
segalanya… Saya rasa elok kita buat solat Istikharah malam nie. Kalau cantik petunjuknya
kita terima saja hajat kak Rozi tu dan kalau sebaliknya, kita kena menolak
dengan cara yang baik tanpa menguris perasaan kak Rozi dan Abang Sahak.”
Cadangan yang terbaik yang di katakan oleh Puan Rokiah, sebaik-baik sesuatu
keputusan apabila kita tidak pasti adalah dengan meminta petunjuk dan pertolongan
dari Allah SWT.
“Hmmm… Saya setuju dengan Cadangan awak tu… kita buat solat kejap lagi,
Abang pun harap Allah dapat memberi kita petunjuk dalam masa-masa terdekat
ini.” Tuan Roslan menyokong cadangan Puan Rokiah dan dia sendiri pun hampir
terlupa yang dengan siapa patut dia minta petunjuk.
################
. Khalijah dan Syuhada baru sahaja selesai membaca yasin bersama-sama
dengan Khairil Qushairy, Datin Roziah dan Datuk Sahak dan termasuk pembantu
rumah Salimah, Rania pula menjaga Izara kerana dia keuzuran hari ini. Khamis
malam jumaat selalunya selepas solat berjemaah mereka akan membaca yasin
bersama-sama.
Khalijah terus menyangkut Telekung dan sejadah di tempat penyangkut dan
tiba-tiba dari telefonnya terdengar bunyi pesanan ringkas masuk, dia terfikir
siapa pula yang menghantar message di malam-malam begini.
“Assalamualaikum… Buat apa tu?” Khalijah kehairanan siapa
pula yang menghantar message kepadanya.
“Walaikumusalam… Siapa nie… Awak salah no kut.” Khalijah membalas message
itu semula, berkerut-kerut keningnya memikirkan siapakah gerangannya orang yang
menghantar message nie. Tiba-tiba telefon dia Khalijah berbunyi tetapi incoming
call.
“Hello! Assalamualaikum”
“Walaikumusalam… Siapa nie?”
“Amboi dah lupa ke? Sayalah Zakuan.”
“Ohh.. Doktor Zakuan ye… Maaf saya lupa nak
setkan nama Doktor di dalam contact.”
“Yelah… Sapalah saya nie.”
“Bukan macam tu, lepas dapat no nie saya terlupa
nak setkan dalam contact. Maafkan saya.”
“Tak pa… Saya bergurau sahaja.”
“Buat apa tu? Busy ke?… Maaf kalau saya
menganggu.”
“Tak adalah, tak busy pun.”
“Ok… I just want to remind you about our dinner
this Saturday.”
“Ohh… InsyAllah saya tak lupa… So kita nak jumpa
di mana ya.”
“Saya datang ambil awak di rumah.”
“What?”
“Kenapa?… Dah saya nak bawa keluar anak dara
orang… So kenalah minta izin dengan kedua orang tuanyakan”
“Betul… Tetapi saya tak mahu nanti parent saya
salah anggap pula… Sebab sebelum nie saya tidak pernah bawa mana-mana kawan
lelaki datang ke rumah.”
“Tak apa… katalah saya ni bakal teman lelaki
awak.”
“Ish… Jangan main-main Doktor… Nanti mereka
betul-betul percaya… Matilah saya.”
“Ehh… Kalau betul apa salahnyakan… Hahaha”
“Tak apalah… Doktor bagi tahu saja di mana doktor
nak makan so saya jumpa Doktor di sana.”
“Nope! Saya tetap nak minta izin dengan kedua ibu
bapa Khalijah… Nanti message saya address rumah Khalijah… Jangan hampakan saya
tau.”
“Wow! Berat nie… Biar saya beritahu Mummy dengan
Papa dulu ya… Saya takut nanti kena heart attack pula mereka.”
“Tak kisah terpulang… Yang penting saya dapat
keizinan dari kedua orang tua Khalijah.”
“InsyAllah.”
“Oklah… Saya nak siapkan report nie… shift saya
dah nak habis nie. Jangan lupa message saya address tu… Saya tunggu.”
“Laa… Dekat hospital lagi… Ya sekarang juga saya
bagi… Assalamualaikum.”
“Iya… Dah nak habis dah… Oklah Walaikumusalam.”
Khalijah memandang telefonnya dan mengeluh dan kemudian sebelum terlupa dia
setkan nombor doktor Zakuan di dalam phone contact. Kepala dia terus jadi
pening dengan permintaan Doktor zakuan tidak di sangkanya pula yang Doktor
Zakuan bolehkan sampai ingin datang berjumpa dengan Datuk Sahak dan Datin
Roziah untuk meminta izin keluar dengan Khalijah.
“Wei! Sapa tu aku dengar kau sebut-sebut Doktor tadi tu.” Syuhada bertanya
sesudah keluar dari bilik air.
“Doktor Zakuanlah… Dia ingatkan aku jangan lupa pasal dinner tu… Tetapi
masalahnya dia nak datang jemput aku di rumah.” Khalijah sudah seperti cacing
kepanasan kerana dia tidak tahu bagaimana hendak memulakan kata dengan Datin
Roziah dan Datuk Sahak nanti.
“Mak aihh… Gentleman sungguh Dotor zakuan kau tu, Ija! Aku rasa dia memang
suka dengan kaulah ja.” Syuhada melompat duduk di atas katil kerana tidak
sangka keberanian Doktor Zakuan untuk datang ke rumah, pada hal ini adalah
pertama kali mereka akan keluar berdua.
“Gentleman lah sangat kau nie... Pepandai je mulut kau kata dia sukakan
aku.” Khalijah berkata sambil menolak bahu syuhada kerana dia benggang Syuhada
berkata begitu.
“Yelah… Kau bayangkan… Bayangkan sekarang…” Syuhada mengusik Khalijah dan
menyuruh Khalijah membuat gaya sedang membayangkan sesuatu.
“Chait… Banyaklah kau punya bayang.” Khalijah marah dan menolak bahu
Syuhada.
“Hahaha… Ok kau bayangkan, Dia yang ajak kau pergi dinner dah tu dia
sendiri nak datang jemput kau plus dia sanggup nak jumpa dengan Mak Long dan
Pak Long tu… Tak gentleman namanya itu.” Syuhada berkata dan dia boleh nampak mengenai
keberanian dan kesungguhannya Doktor Zakuan itu.
“Argghh… Woi Da!… Tolong aku macam mana nak cakap dengan Mummy nie… Kau rasa
mummy izinkan tak?” Khalijah sedang berfikir macam mana cara untuk menyampaikan
hal ini kepada Datin Roziah, pertama kali juga adanya seorang lelaki yang
berani untuk datang kerumah dan ingin bertemu dengan kedua orang tuanya
semata-mata untuk mengajaknya keluar.
“Kau cubalah dulu tanya Mak Long dengan Pak Long… Kalau dia orang ok… Apa
kau nak susahkan… Tapi rasa aku dia orang mesti ok punya… Sebab Doktor Zakuan
kau tu berani untuk bertemu dia orang tau. Percayalah cakap aku.” Syuhada cuba
menenangkan Khalijah yang kerisauan dan tidak tidak tahu adakah kedua orang
tuanya mengizinkan ke tidak.
Dengan langkah Bismillah Khalijah keluar dari bilik dan terus turun ke
tingkat dua untuk ke bilik Datin Roziah dan Datuk Sahak, tetapi kedua ibu
bapanya ada di ruangan keluarga menonton tv bersama dengan Khairil Qushairy.
Dia menceritakan satu persatu kepada kedua orang tuanya dan dia tidak sangka
kerana Datuk Sahak mengizinkan Doktor Zakuan untuk datang berjumpa dengannya.
Sebenarnya Datuk Sahak memuji di dalam hati keberanian anak muda itu datang
bertemunya untuk meminta keizinan membawa keluar Khalijah tetapi tidak di
tunjukkan di hadapan Khalijah kerana dia hendak melihat sendiri perwatakan
Doktor Zakuan yang di perkatakan oleh anaknya itu.
###############
Seperti yang telah di janjikan selepas maghrib Zakuan akan datang untuk
menjemput Khalijah dinner di luar. Khalijah berdebar menunggu dan dalam hatinya
turut kerisauan bagaimana penerimaan keluarganya bila Zakuan datang, dia
berharap kedua orang tuanya tidak memikir terlalu jauh dan tersalah anggap di
atas kehadiran Zakuan nanti. Bagi khalijah dia hanya sekadar hendak membalas
jasa Zakuan dalam membantunya tempoh hari dan dinner ini pun kerana idea dari
Zakuan sendiri.
“Dah siap ke?” Syuhada bertanya kepada khalijah sambil dia bermain-main
dengan Izara di atas katil.
“Dah… Tunggu mamat sorang nie lah… katanya bila dia dekat nak sampai baru
dia bagi tahu.” Khalijah berkata sambil duduk bersandar di kepala katil dan
mengadap Izara di layan oleh Syuhada.
“Sabarlah… Macam nak tunggu pengantin lelaki sampai… Gabra tak sudah.”
Syuhada berkata dan ketawa.
“Hampeh berayun kau Hada… Banyak kau punya pengantin… Aku nie cuma nak
membalas jasa dia menolong aku hari tu… Tapi dia demand terlebih lah pula.”
Khalijah berasa geram dengan usikan terlampau Syuhada, Dia memang tidak pernah
terfikir terlebih jauh mengenai permintaan Zakuan dan yang dia tahu ini sekadar
membayar pertolongannya sahaja.
“Habis yang kau setuju tu kenapa… Cuba kau kata kau belanja dia break time
dekat kantin hospital tu je… Kan ke senang.” Ada benarnya kata-kata Syuhada itu
dan dia sendiri pun tidak terfikir sebelum itu.
“Tulahkan… Benggong jugak aku nie… Kenapalah hari tu aku tak cakap macam
yang kau cakapkan nie.” Syuhada menggaru kepalanya yang tidak gatal, naik
senget tudungnya.
“Lahhhh… Baru hari nie ke kau tau kau tu benggong… Hahahaha Ija! Ija!... Dah
tak payah kau nak buat muka ayam berak kapur kau tu… Ambil handbag kau tu dah
jom turun bawah.”Syuhada mentertawakan Khalijah, kelam kabutnya tidak sudah.
“Aku tunggu dia message aku dululah.” Khalijah berkata.
“Samalah juga…Tunggu je lah dekat bawah… Dah jom aku pun nak turun… Sayang
Mak Chu mari kita turun… Kita tengok bakal Pak Su… Kejap lagi dia sampai.”
Syuhada berkata kepada Izara dan terus mengangkat Izara untuk di bawa turun.
“Hada! Ada juga handbag aku nie masuk mulut kau karang.” Khalijah benggang
dengan usikan Syuhada.
“Hahahaha… Relax brader… Brader relax.” Syuhada memujuk Khalijah dengan
menyanyikan sebaris lagu Imuda dan Art Fazil.
“Banyaklah kau punya relax.” Khalijah membebel dan tetap juga mengikut
Syuhada untuk turun ke tingkat bawah dan menunggu Zakuan di ruang tamu.
Tidak lama Khalijah menunggu di ruang tamu Zakuan menelefonnya dan
mengatakan dia sudah ada di depan pagar. Khalijah menekan remote untuk membuka
gate dan membiarkan Zakuan memandu masuk keretanya ke dalam kawasan banglo
Datuk Sahak. Datuk Sahak dan Datin Roziah sudah sedia menunggu kehadiran Zakuan
sebelum itu mereka melayan tv di ruang tamu yang di sediakan untuk tetamu.
Khalijah menunggu Zakuan di hadapan pintu… kelihatan di belakang kereta Zakuan
ada kereta lain yang masuk sama, rupa-rupanya Khairil Qushairy yang baru
pulang. Di sebabkan hari ini hari sabtu jadi petang tadi khairil Qushairy
keluar untuk bermain tennis bersama-sama dengan Zakrul dan Fadli dan selepas
itu dia terus ke masjid untuk menunaikan solat maghrib.
“Assalamualaikum.” Zakuan keluar dari kereta dan menghulurkan salam kepada
Khairil Qushairy.
“Walaikumusalam… Cari siapa nie?” Khairil Qushairy bertanya kerana dia
hairan tiba-tiba ada jejaka yang datang kerumahnya.
“Saya Zakuan… Saya datang sebab hendak ambil Khalijah… Saya nak ajak dia dinner
malam nie.” Zakuan memperkenalkan dirinya dan memberitahu tujuannya sekali
bertandang ke banglo itu.
“Ohhh.. Ya.. Ya.. Ija ada beritahu semalam… Haa.. Jemputlah masuk dulu Saya
Abang sulung dia Khairil Qusyairy panggil Khairil sahaja.” Khairil Qushairy
mempelawa Zakuan masuk ke dalam rumah. Khairil Qushairy sempat memerhatikan
Zakuan atas kebawah dan dari pada penampilan Zakuan yang kemas dan cara dia
menegur Khairil Qushairy pun nampak seperti dia tahu menghormati orang lain,
tetapi Khairil Qushairy tidak mahu mudah mempercayai hanya dengan sekali kenal.
Zakuan di perkenalkan oleh Khalijah kepada Datuk Sahak dan Datin Roziah.
Mereka berbual mesra tetapi tidak dapat duduk berbual terlalu lama kerana
mereka hendak keluar, Datuk Sahak mempelawa Zakuan untuk datang bertandang ke
rumah mereka lagi apabila dia ada kelapangan. Datuk Sahak berasa selesa dengan
Zakuan dan dia seperti menyukai peribadi Zakuan. Khalijah ada berbisik dengan
Syuhada yang dia takut Datuk Sahak dan Datin Roziah benar-benar menganggap
Zakuan adalah teman istimewa Khalijah.
No comments:
Post a Comment