Sunday, 22 December 2013

Adakah ini takdirku 32


"Mamat nie nak kena pancung nie..." Khalijah resah dan matanya sesekejap memandang ke arah jam di pergelangan tangannya.

"Ayo...yo...yo... minachi... boleh sabar kejap tak, kita janji dengan dia pukul sepuluh kan, nie baru pukul sembilan lima puluh... Kau tak sabar nak tengok muka dia ke?" Syuhada menegur Khalijah yang sedang mengomel sendirian.

"Memanglah janji pukul sepuluh... lagi sstu minit ke pukul sepuluh dia tak sampai juga, kita gerak tak payah nak tunggu dia."

"Macam-macam betul lah Ija ni... cuba bawa bersabar kejap, kata tak suka dengan dia... ni orangnya tidak muncul dia sudah keresahan." Khairil Qushairy pula menegur.

"Mana ada resah, Ija tak suka nak menunggu ni... Elok boleh gerak awal dia gatal-gatal nak pergi sama.”Khalijah membebel.

"Hada jom kita gerak dulu, biar Hada tunggu Zakuan." Khairil Qushairy sengaja mengusik Khalijah.

"Ehhhh... Ni sorang lagi, semalam tak cakap pun nak ikut... last minit baru terhegeh-hegeh, tak payah nak mengada-ngada, kita gerak sama."

"Lah! kita pula yang di bebelnya... sepuk juga minah katik ni." Khairil Qushairy menyakat Khalijah.

"Ala... Yang sebenarnya Abang Que takut wife to be dia ni kena usha dengan orang kat luar tukan... Katalah nak cari barang Izara." Khalijah berkata sambil menjuih bibirnya kepada Khairil Qushairy dan menjeling.

"Abih tu kenapa pula... Ehhh memang betul Abang nak beli barang Izara lah." Khairil Qushairy mempertahankan dirinya.

"Aihhh... Sudahlah... Tu haa Ija!... Dah siap parking baik kereta tu haa... Dah cepat kita gerak." Syuhada menahan kedua-duanya dari meneruskan telagah setelah dia ternampak kereta Zakuan sudah memasuki perkarangan rumah Datuk Sahak.

Mereka akan pergi menggunakan kereta Khairil Qushairy sahaja kerana Datin Roziah menjemput zakuan untuk makan malam di rumah mereka pada hari ini, Kalau mengikut perancangan Khalijah dan Syuhada… Mereka hanya mahu keluar berdua sahaja dan pagi ini Khairil Qushairy menyatakan yang dia hendak mengikut sama dan alasannya telah lama tidak keluar tetapi Khalijah tetap menyakat Khairil Qushairy dengan mengatakan yang Khairil Qushairy tidak senang hati dan takut Syuhada kena ngorat orang lain.

Tujuan utama Syuhada dan Khalijah hendak keluar berdua kerana mereka hendak memborong novel-novel latest di MPH Mid Valley tetapi apabila tiba-tiba adanya dua bodyguard yang volunteer hendak mengikut, jadi mereka kena bawa-bawa diri tu bersabar nanti ya.

“Abang Que! Nanti kita orang hendak pergi MPH dulu tau.” Khalijah mengingatkan Khairil Qushairy sekali lagi.

“Iya… Berapa kali Ija nak ingatkan Abang nie… Abang belum lupa lagi tau.”

“Saja jer… Takut terlupa lah pula… Maklumlah kan ke dah tu-aa.” Khalijah terkekek ketawa dan Syuhada hanya tersenyum.

“Bertuah betul budak ni… Zakuan macam manalah kamu boleh hendak berkawan dengan budak sengal sorang ni.” Khairil Qushairy bertanya, dia berbual sambil memandu.

“Saya pun tak tahu Abang Que… Saya pun tak sangka yang dia ni kuat menyakat rupanya… Tak apa tetap nampak cute.” Zakuan sedikit demi sedikit mula mengenali karakter Khalijah dan dia sudah nampak yang Khalijah ini adalah seorang yang happy dan suka menyakat.

“Iya! Cute lah sangat.” Khalijah berkata sambil mencebikkan bibirnya.

“Hahaha… Kau ni… Dia cakap elok-elok kau pergi ejek pula.” Syuhada menegur Khalijah semula.

“What ever.” Khalijah berkata sambil sengaja membuat gaya dengan meletakkan kedua-dua tangan di bahunya.

“Ija tu kadang-kadang ada sengalnya Zakuan… Abang tak taulah tang mana cute dia tu yang Zakuan nampak.” Khairil Qushairy berkata sambil tersengih-sengih.

“Ishhh! Abang Que ni.” Khalijah menolak sedikit bahu Khairil Qushairy dari belakang.

“Hehehe… Saya sorang je yang nampak cute dia tu kut Abang Que.” Zakuan menjawab malu.

“Doktor Zakuan buat apa nak tunggu lama-lama… Masuk je meminang… Nanti lambat-lambat takut ada yang merembat budak sorang ni.” Syuhada tersenyum berkata sambil melirikkan matanya kepada Khalijah.

“Woi! Ini sudah lebih… Kau nie Hada mulut… suka-suka je kan.” Khalijah spontan melepuk bahu Syuhada.

“Auch… sakitlah.” Syuhada mengadoi perit tetapi dia tetap ketawakan Khalijah, Khairil Qushairy dan Zakuan hanya tersenyum dengan gelagat mereka berdua di tempat duduk belakang.

Sampai di Mid Valley Khairil Qushairy dan Zakuan hanya mengikut rentak Khalijah dan Syuhada, mereka kena akur kerana mereka berdua juga yang beriya hendak mengikut walaupun di kata jangan dan tidak boleh tetapi mereka tetap merayu hendak mengikut.

“Bukan ke novel Sebenarnya saya isteri dia dan kampung girl tu sudah keluar tv… Yang kau beli buat apa?” Khalijah menegur Syuhada.

“Saja… aku nak buat stock… Nanti bila aku rindu aku bacalah balik… bukan kau tak tahu aku nie suka mengulang baca novel-novel ni kan.” Jawab Syuhada.

“Hmmm… Ada saja jawab ehh.. pokok dek kau lah.” Khalijah malas untuk bertanya lagi dan dia pun sibuk mencari novel-novel terbaru. Sekarang ini memang melambak novel-novel dari penulis-penulis muda dan berbakat, hasil dari novel mereka ini juga yang membuatkan ramai pengarah-pengarah drama membuat cerita dari novel menjadi drama.

“Amboi! Banyaknya Hada… biar betul ni.” Khairil Qushairy tiba-tiba datang menegur Syuhada.

“Opocot mak kau!” Syuhada terperanjat dan terus terjatuh beberapa buah novel yang sudah ada di tangannya itu.

“Ya Allah melatah pula dia… Sorry Abang tak sengaja.” Khairil Qushairy terlupa yang Syuhada ni kalau tidak kena gaya dia boleh melatah juga.

“Abang Que… Kalau nak tegur pun tegurlah dari depan… Ni tak tiba-tiba jer bersuara sebelah telinga Hada.” Syuhada sedikit geram dan dia malu pun ya juga, kerana dia rasa mesti terkuat suara dia melatah.
“Apa kerjalah laki bini ni.” Tiba-tiba Khalijah datang menegur.

“Wehh! Laki bini apanya… Aku cungkil mata kau tu karang.” Syuhada berkata perlahan kepada Khalijah.

“Hahaha… Yelah dah buat aksi dalam kedai ni.” Khalijah ketawa dan Zakuan turut ketawa sama.

“Abang Que ni lah… Ada ke nak tegur aku tiba-tiba suara dia dekat telinga aku… mana tak tercampaknya buku tu.” Syuhada berkata dan kesudahannya dia pun turut tergelak, mungkin terasa geli hatinya bila teringatkan cara dia melatah dan tercampaknya novel-novel tu.

“Hihihi… sorry abang memang terlupa yang Hada ni tidak boleh di sergah.” Khairil Qushairy ketawa dan meminta maaf sekali lagi.

“Ni dah dapat ke buku-buku yang di cari ni.” Zakuan bertanya kepada Khalijah pula.

“Aikk dah surrender ke? Ada few lagi saya hendak cari ni… Jom Hada.” Khalijah mengajak Syuhada mencari novel-novel lagi.

“Ehhh… mana ada surrender… Tapi Saya ingat nak ajak Abang Que pergi butik lelaki di depan sana… Apa macam Abang Que… Boleh ke?” Zakuan cepat-cepat menafikan dakwaan Khalijah itu dan dia terus bertanya kepada Khairil Qushairy.

“Ehhh… boleh juga… Ok Hada… Ija… kalau dah sudah call Abang tau.” Khairil Qusyairy berpesan kepada mereka berdua.

“Ok..” Jawab Syuhada dan Khalijah serentak.

Hampir dua jam juga Khalijah dan Syuhada mengabiskan masa mereka di dalam MPH, Khairil Qushairy dan Zakuan tidak betah untuk duduk berlamaan di dalam dan mereka sempat merayau berdua melawat-lawat kedai lain.

“Dah puas hati.” Khairil Qushairy bertanya kepada Khalijah dan Syuhada. Setelah dia bertemu semula dengan mereka berdua.

“Dah kan Ija.” Syuhada membalas pertanyaan Khairil Qushairy.

“Yup… Puas.” Khalijah tersenyum dan mengenyitkan sebelah matanya kepada Syuhada. Mereka terus berpusing dan ingin memulakan langkah.

“Ehhh… Ni nak kemana pula.” Zakuan bertanya.

“Nak ke surau… ni tengok… baru tiga minit masuk zuhur dah.” Kalijah berkata dan menunjukkan jam di pergelangan tangannya.

“Ohh… Ye… Ok macam ni biar Abang simpan barang-barang ni dalam kereta dulu, Hada dan Ija pergi solat dulu… lepas Abang simpan barang-barang ni Abang pergi solat pula.” Khairil Qushairy terfikir juga bagaimana mereka hendak solat dan di mana pula nanti mereka hendak simpan buku-buku tu.

“Tak payah Abang Que… buat leceh dan membazir waktu saja. Kami solat bergilir, dah Abang Que dengan Zakuan pergilah cari bilik solat lelaki.

“Kalau macam tu oklah… Abang pergi dulu.” Khairil Qushairy terus bergerak untuk mencari surau dan Zakuan hanya mengikut langkah Khairil Qushairy.

Selesai Syuhada dan Khalijah bersolat dan apabila mereka keluar sudah terlihat kelibat Khairil Qushairy dan Zakuan yang sedang bersandar di dinding sambil leka dengan telefon masing-masing.

“Dah… So kita nak pergi mana sekarang ni.” Zakuan bertanya pula.

“Abang Que kata nak cari barang Izarakan.”

“Haa… Ahh betul tu Ija… Tadi Abang Que ada kata.”

“Jomlah kita cari butik kanak-kanak… Abang nak cari baju dia untuk annual dinner nanti.”

“Kalau macam tu nanti Ija nak cari baju untuk Ija jugalah.”

“Annual dinner?” Zakuan mecelah bertanya.

“Ohh… Untuk company Abang dalam sebulan setengah lagi… Nanti Abang bagi invitation card… Don’t worry you also part of our family.” Khairil Qushairy tersenyum dan menepuk bahu Zakuan.

“What!” Khalijah berkata antara dengar tak dengar sahaja suaranya apabila Khairil Qushairy berkata begitu dan dia terus menjeling memandang kepada Zakuan yang hanya tersengeh memandang Khalijah.

“Ohhh… Thanks Abang Que… Tapi orang tu pasti tak bagi kut.”Zakuan sengaja berkata begitu untuk menyakat Khalijah.

“Menyampah!.” Khalijah berentak kaki dan terus berjalan meninggalkan mereka bertiga di belakang yang masih mentertawakan dia.

“Ija! Hai minah ni… Wrong timing lah nak merajuk.” Syuhada memanggil dan mengejar Khalijah.

“Jangan ambil hati sangat dengan perangai Ija tu Zakuan.” Khairil Qushairy berkata kepada Zakuan.

“Ehhh Tidak lah Abang Que… Selalu gak saya kena marah dengan dia… Sebab saya yang suka juga menyakat dia.” Zakuan berkata dan tersenyum lagi. Mereka mengikut langkah Syuhada dan Khalijah yang telah masuk ke butik kanak-kanak.

“Hada tolong pilihkan baju untuk Izara ya… Abang tak tahu yang mana satu yang sesuai.” Khairil Qushairy meminta tolong kepada Syuhada.

“Ok… Beres bos.” Syuhada membuat gaya ‘OK’ kepada Khairil Qushairy dan dia pula memlilih beberapa helai pyjamas untuk Izara.

“Ija! Yang ni cantik tak?” Syuhada telah memegang baju gaun kembang paras lutut berwarna kuning di tambah pula dengan beberapa kuntuk bunga berwarna pink di bahagian pinggangnya.

“Ehh… Cantik lah Hada.”

“Abang Que! Yang ini ok tak” Syuhada bertanya kepada Khairil Qushairy yang berada tidak jauh darinya.”

“Hmmm… Cantik… Abang tak kisah, kalau cantik di mata Mama dia cantik lah di mata Papa dia.” Khairil Qushairy berkata tetapi sedikit berbisik ke telinga Syuhada.

“Weh! Apa main bisik-bisik ni.” Khalijah mencolek pinggang khairil Qushairy dan terlonjak sedikit dia apabila di cucuk begitu.

“Ehh.. Adalah… Sibuk je dia.” Khairil Qushairy menjawab pertanyaan Khalijah tadi.

“Poyo ehh lak mamat ni.” Khalijah membebel… Syuhada mengeleng kepala dan tersenyum melihat dua beradik ini.

“Hada kau tak nak pilih kasut sekali ke?” Khalijah bertanya.

“Entah Abang Que?” Syuhada terus memandang Khairil Qushairy.

“Belilah sekali… kan Abang dah kata nak pakai untuk annual dinner nantikan, nie Abang dah beli pyjamas dia.”

“Berapa bulan punya Abang Que beli tu.”

“Sembilan bulan punyalah.”

“Abang Que! Izara tu dah nak masuk sepuluh bulan… Carikan yang umur sepuluh sebelas bulan punyalah.”

“Laaa… Tak apa Hada pilih kasut dia dulu… Nie carikan few sandal untuk dia sekali… Lepas tu kita cari pyjamas dia pula.”

“Amboi… Seronok Papa dengan Mama Izara berbincang pasal barang-barang Izarakan.” Khalijah memerli Khairil Qushairy dan Syuhada.

“Nanti rasanya kita boleh jadi macam ni tak” tiba-tiba Zakuan bersuara dan di tujukan kepada Khalijah.

“Haa!” Khalijah terus mencemikkan mukanya dan terus pergi ke bahagian lain untuk mengelakkan Zakuan cakap merapu dengannya lagi.

“Hahaha… Takkan terus lari kut… Tadi bukan main mengusik Abangkan.” Khairil Qushairy berkata sambil tersenyum melihat Khalijah melarikan dirinya. Zakuan turut ketawa.

Setelah selesai membeli barangan untuk Izara, mereka pergi ke butik muslimah pula untuk mencari pakaian Khalijah, setelah di desak oleh Khalijah Syuhada turut membeli sepasang jubah untuk annual dinner itu nanti dan yang bestnya Khalijah telah memaksa Syuhada membeli warna yang sama seperti baju gaun Izara yang berwarna kuning dan ada sedikit sulaman kuning dan di tambah dengan labuci hitam. Cantik sesangat jubah itu.

Selepas ini mereka merancang untuk minum di cafe pula tetapi Khalijah mencadangkan mereka pergi solat Asar dahulu.

“Aduh! Allah…” Tiba-tiba ada suara di belakang pintu mengaduh sakit.

“Ya Allah… Makcik… Maafkan saya makcik… Saya betul-betul tidak sengaja.” Syuhada cepat-cepat duduk berlutut di depan seorang wanita separuh umur dan kalau di lihat umurnya lebih dari Puan Rokiah.

“Tak pa nak… Tak sengaja… silap makcik juga duduk belakang pintu ni.” Perempuan separuh umur itu berkata sambil mengosok kakinya yang kesakitan.

“Tidak makcik silap saya kerana tergopoh-gapah membuka pintu ini… Makcik boleh berdiri ke…Mari saya bawakan ke klinik.” Syuhada berkata lagi, Khalijah yang keluar dari bilik solat juga dan terkejut apabila melihat Syuhada sedang mengadap seorang wanita yang berumur terduduk di atas lantai.

“Ehhh… Kenapa ni Hada?”Khalijah bertanya dan terus berlutut sama mengadap wanita itu.

“Silap aku Ija… Aku buka pintu laju sangat dan tak tahu pun ada makcik ni di belakang pintu.” Syuhada menerangkan kepada Khalijah sambil dia memegang bahu wanita itu.

“Jangan risau nak… sama-sama tidak sengaja.” Kata wanita itu lagi.

“Makcik datang dengan siapa?” Khalijah bertanya sambil melihat sekeliling dia.

“Makcik datang dengan anak… Dia ke tandas sekejap.” Terang wanita itu lagi.

“Kejap aku call Zakuan.” Khalijah berkata dan terus menelefon Zakuan. Khalijah bercerita sesuatu kepada Zakuan dan katanya mereka akan sampai dalam lima minit lagi.

“Sekejap ya makcik… Kawan saya datang tolong tengokkan makcik, dia tu doktor.” Terang Khalijah kepada wanita itu.

“Maaf makcik… Nama makcik apa ya… Nama saya Syuhada dan ini sepupu saya Khalijah.” Syuhada hampir terlupa bertanya nama wanita itu.

“Ehh… Hahaha nama makcik Zabedah… Haa itu pun anak makcik… Nama dia Dini.” Zabedah berkata setelah ternampak kelibat Dini keluar dari tandas.

“Ehhh… Mak! Kenapa ni mak?” Dini berlari mendapatkan Zabedah yang terduduk… Risau betul dia melihat keadaan Zabedah.

“Ermm… Dini ya… Saya Syuhada… Maaf semua ini silap saya… Semasa saya menolak pintu untuk keluar dari bilik solat ni tadi, saya tak tahu yang makcik ada di belakang dan semasa membuka pintu terus terlanggar makcik ini.” Syuhada berkata dalam keadaan bersalah yang teramat.

“Ehhh… Jangan nak… Dini salah mak juga sebab ada di belakang pintu itu… Kamu jangan marah dia pula, semua ini secara tidak sengaja.” Terang Zabedah dan dia takut juga Dini memarahi Syuhada.

“Makcik janganlah macam tu… Dini maafkan saya… Tak apa kita bawa makcik pergi klinik ya… Tapi kena tunggu kawan dan abang saya sampai dulu.” Syuhada memohon maaf sekali lagi kepada Dini.

“Tak apalah… Benda pun sudah nak terjadi dan Syuhada pun sudah berkali minta maaf.” Dini hilang rasa hendak marah kerana melihat kesopanan dan kesungguhan Syuhada dalam meminta maaf kepada dia dan Zabedah dan lembut bahasanya itu membuatkan Dini pun lembut hati juga.

“ Haa… Tu kawan saya.” Khalijah melambai kepada Zakuan dan Khairil Qushairy yang sedang berjalan pantas kepada mereka.

“Abang Que! Hada tidak sengaja…” Syuhada hendak menerangkan kepada Khairil Qushairy tetapi Khairil Qushairy menahannya dari terus berkata.

“Tak apa… Abang Faham… Zakuan pun sudah ceritakan dengan Abang ni.” Dia berkata dan tersenyum kepada Syuhada, dia tahu Syuhada mesti panik juga kerana boleh nampak muka pucat terkejut dan rasa bersalahnya.

“Makcik! Ada rasa sakit di mana-mana?” Zakuan terus bertanya kepada Zabedah.

“Kaki makcik ni… Dekat pergelangannya itu sakit sangat.” Zabedah membalas pertanyaan Zakuan.

“Ok… Rasanya kaki makcik ni mungkin terseliuh, Tadi makcik datang naik apa?” Zakuan menerangkan dan dia bertanya cara Zabedah datang ke Mid Valley.

“Kami naik LRT tadi.” Dini membalas pertanyaan Zakuan itu.

“Makcik nak kena bawa ke klinik ni.” Zakuan memandang muka mereka yang di situ seorang seorang.

“Ok macam ni… Abang Que dengan Hada bawa makcik ni pergi klinik… Ija dengan Zakuan boleh balik naik teksi… Nanti Ija explains to mummy what happen.” Khalijah memberi cadangan.

“Cantik… Good idea Ija… So boleh ke tidak Abang Que?” Zakuan bertanya kepada Khairil Qushairy pula.

“Ok… Abang pun tidak kisah.” Balas Khairil Qushairy.

“Ehh… Tak apalah nak… makcik boleh naik teksi sahaja.” Zabedah membantah cadangan mereka itu.

“Makcik… Sekarang ni saya cuba cari sekuriti untuk tanya ada wheel chair ke tidak… Makcik tunggu di sini… Saya akan bawa makcik ke klinik… Makcik jangan risau semua itu ya.” Khairil Qushairy pula berkata.

“Ehh… Tak apalah… menyusahkan saja pula.” Dini pula menahan.

“Tak ada menyusahkan nya pun… Kecuaian ini datang dari saya dan biar saya uruskan makcik sehingga selesai ya… Please makcik.” Syuhada merayu kepada Zabedah dan kemudian dia memandang Dini pula.

“Tak apalah mak… Dia orang hendak tolong tu… Mak pun sudah macam ni… Susah nak gerak tu.” Dini pula berkata kepada Zabedah.

“Iyalah… Makcik tunggu.” Akhirnya dia mengalah juga, mereka semua saling tersenyum. Khairil Qushairy cepat-cepat mencari sekuriti untuk meminta bantuan dari mereka pula.

#############

“Ohh… Kaki makcik ni cuma terseliuh sahaja. Saya bagi ubat untuk tahan sakit dan ubat gosok sekali.” Doktor yang merawat Zabedah berkata.

“So tak ada retak atau patah lah doktor.” Khairil Qushairy bertanya.

“Tak ada… Jangan risau Cuma terseliuh sahaja.” Jawab doktor itu lagi.

“Syukur Alhamdulillah.” Khairil Qushairy dan Syuhada mengucapkan syukur.

Setelah berjumpa Doktor… Khairil Qushairy menyuruh Zabedah duduk dahulu dan menunggu dia untuk mengambil ubat. Pada mulanya Zabedah melarang khairil Qushairy dari membayar untuk pendaftaran dan ubat tetapi Khairil Qushairy tetap berkeras mahu membayarnya.

Semasa keluar dari klinik Khairil Qushair bertanya kepada Zabedah di manakah dia tinggal.

“Makcik tinggal di mana… boleh saya hantarkan.” Khairil Qushairy bertanya.

“Ehh… Tak apa nak… biar makcik ambil teksi sahaja dari sini.”Zabedah berat hati untuk Khairil Qushairy menghantarnya sampai ke rumah pula.

“Makcik… biar saya hantar makcik sehingga ke rumah.” Khairil Qushairy masih mahu memujuk Zabedah.

“Ya Allah… Ini dah betul-betul menyusahkan kamu sahaja.” Zabedah serba salah.

“Tak adalah makcik… Janganlah cakap macam tu lagi, mana tahu nanti kita boleh jadi semakin rapat pula lepas ini.” Tiba-tiba Syuhada berkata apabila menghampiri mereka.

“Ehhh… Hada beli apa tu?”Khairil Qushairy bertanya kerana dia melihat Syuhada menjinjing sesuatu.

“Tengok dekat luar restoran tu ada orang jual keropok lekor ni… Tu hada beli sebab nak ajak makcik minum dengan kita.” Syuhada berkata sambil tersenyum kepada Khairil Qushairy.

“Ya ke?” Kata Khairil Qushairy.

“Nak minum di mana pula.” Tanya Zabedah.

“Tu dekat restoran tu… Ni Hada datang nak ajak ke sanalah ni.”Syuhada menunjukkan ke arah restoran tempat dia membeli keropok lekor tadi.

“Dah… Tak payah… Kata tadi kamu hendak hantar makcikkan… Mari minum dekat rumah makcik saja… Tak payah nak membazir duit kamu lagi.” Zabedah terus mengarahkan Dini membuka pintu kereta dan dia hendak masuk ke dalam. Zabedah terasa seronok dan mesra pula dengan Khairil Qushairy rasa seperti dia sudah lama mengenali mereka berdua.

“Tuan rumah dah ajak tu… apa lagi jomlah Abang Que.” Syuhada terus bergerak ke arah pintu bahagian hadapan.

“Dini duduk di mana? “Syuhada bertanya kepada Dini.

“Kami tinggal di kampung baru kak.”Syuhada menyuruh Dini memanggilnya kakak setelah mereka berbual dan bercerita barulah mereka tahu yang Syuhada lebih tua dari dia dan rasanya lebih manis dia memanggil seorang yang berumur darinya dengan panggilan kakak, itu lebih hormat.

“Ohhh… Ok… Dah tak jauh dah tu… Kita gerak sekarang, nanti dah dekat sana baru bagi tau Abang Que direction ke rumah ya.” Khairil Qushairy pula berkata.

“Ok.” Dini menjawab dan tersenyum. Dia pun sama perasaan dengan maknya Zabedah, berasa sungguh selesa dengan Syuhada dan khairil Qushairy.

Hampir satu jam juga mereka berdua duduk dan minum serta berbual dengan Dini dan Zabedah. Syuhada ada juga meninggalkan nombor telefonnya dan khairil Qushairy pula memberi business cardnya jika ada apa-apa bantuan yang di perlukan oleh Zabedah. Mereka sampai ke rumah pun sudah hampir ke maghrib.
Sampai di rumah Syuhada terus naik untuk membersihkan dirinya, Khairil Qushairy turut sama kerana mereka akan solat berjemaah. Zakuan telah pun siap menukar pakaiannya kepada kain pelikat dan baju melayu. Itu pun setelah Datin Roziah menyuruh Khalijah pergi meminta kepada Khairil Qushairy. Syuhada turun ke bilik solat dengan siap bertelekung dan kelihatan semuanya sudah menunggu. Datuk Sahak telah meminta Zakuan untuk melaungkan Azan dan Alhamdulillah kerana Zakuan telah berjaya membuat Datuk Sahak dan Datin Roziah tersenyum bangga.

 Malam ini mereka solat maghrib berimamkan Khairil Qushairy. Selesai solat Datin Roziah meminta Salimah dan Rania menyediakan makan malam. Syuhada,Khalijah dan Rohana turut sama ke dapur dan membantu menghidangkan makan malam. Zakuan hanya memerhatikan segala pergerakkan di dalam rumah ini dan di dalam hatinya berasa bangga kerana dia tidak salah memilih untuk menyukai Khalijah kerana keluarga ini tidak sombong dan saling menghormati, Dan dia juga nekad pada malam ini dia akan menyuarakan hasrat hatinya kepada Datuk sahak dan Datin Roziah nanti.

“Jemput makan Zakuan… Jangan malu-malu di rumah uncle ni.” Datuk Sahak berkata kepada Zakuan.

“Iya… Terima kasih uncle.” Balas Zakuan.

“Hmmm… Macam mana dengan perempuan yang kamu terlanggar tu Hada.” Datuk Sahak bertanya kepada Syuhada.

“Alhamdulillah Papa… Cuma terseliuh sedikit sahaja.” Jawab Syuhada perlahan.

“Tak apalah… Benda dah nak berlaku… nak buat macam mana.” Datin Roziah pula berkata sambil meneruskan menyenduk lauk ke dalam pinggannya.

“Que hantar dia balik ke rumah dia sekali… Dah tu dia ajak kami minum di rumahnya sekali… tu yang lambat sikit balik tu.” Khairil Qushairy pula bercerita.

“Ya Allah tengok anak kau ni Hada… Apa yang dia hendakkan tu.” Rohana tiba-tiba menegur apabila geli pula hatinya melihat kerenah Izara yang asyik menarik-narik lengan baju Syuhada.

“Tu… Nampak ayam tu haa… Iya… Sabarlah kejap.” Syuhada berkata dan terus duduk. Dia menghulurkan seketul peha ayam kepada Syuhada.

“Anak Papa ni tak kena bagi makan dekat mak ngah Ana dia ya.” Khairil Qushairy pula berseloroh sambil mengosok kepala Izara kemudian dia menarik kerusi di sebelah Syuhada dan duduk untuk makan.

“Haa aah… Mak Ngah dera dia tadi… budak banyak songeh ni.” Rohana membalas usikan Khairil Qushairy dan dia ketawa.

“Que! Hada! Ni tadi nenek ada telefon Mummy… dia kata untuk majlis tunang kamu tu dia suruh terus buat majlis nikah saja dan selepas annual dinner nanti baru buat majlis persandingan kamu.” Datin Roziah berkata sambil menyendukkan lauk pula ke dalam pinggan Datuk sahak.

“Aik?” Syuhada seperti terkejut.

“Mak kamu pun nenek sudah bagi tahu dan kami mengikut apa yang di suruh olehnya… Ini semua untuk kebaikan kamu berdua juga, nenek kata tidak manis kalau di lihat orang apabila kamu berdua ke hulu ke hilir berdua tanpa ikatan. Walaupun kami tahu yang kamu berdua tahu menjaga diri dan maruah tetapi mulut manusia di luar sana tidak boleh di tutup. Lebih baik kita jangan buat orang memfitnah kita kerana cara kita itu sendiri yang mengundang fitnah.” Panjang lebar yang di terangkan oleh Datin Roziah.

“Betul apa yang nenek kamu katakan itu… Jadi Papa harap Hada dan Que setuju dengan perancangan ini.” Sampuk Datuk Sahak pula.

“Que tidak kisah Pa… Tapi tak tahulah macam mana dengan Hada.” Khairil Qushair berkata sambil memandang kepada Syuhada yang sedang menunduk sambil tangannya seperti bermain-main dengan nasi.

“Aaa… Hada… Hada… Ikut sajalah apa saja perancangan yang telah di atur.” Syuhada menjawab gugup.

“Alhamdulillah… Beres kerja Mummy… So lepas ni kami aturkan semua, kamu tau siap saja.” Datin Roziah mengucap syukur dan tersenyum.

“So selepas dua minggu majlis kak kina dan dua minggu lagi ada majlis Hada pula.” Khalijah berkata sambil tersenyum.

“Begitulah nampaknya… Tapi majlis nikah ni kita tak buat besar-besaran sebab nak buat majlis sanding dua bulan lepas itukan.” Jawab Datin Roziah.

Mereka makan dan berbual dan biasalah kalau tiadanya adegan sakat menyakat antara mereka. Selesai makan Datuk Sahak masih menahan Zakuan untuk pulang dahulu, dia mengajak Zakuan untuk minum dan berbual dahulu.

Semasa mereka duduk berbual-bual dan Zakuan rasa ini adalah masa yang sesuai untuk dia menyampaikan hasratnya.

“Aunty! Uncle! Saya sebenarnya ada hajat.” Zakuan menarik nafas dalam-dalam dan semua di depannya termasuk Khalijah terdiam menanti apa hajat yang ingin di sampaikan oleh Zakuan itu.

“Saya nak minta izin Uncle dan Aunty untuk menyunting Khalijah sebagai suri hidup saya. Boleh tak?” Zakuan terus menghembus nafas lega selepas dia berterus terang.

“Haaa!” Khalijah terkejut.

“Kamu dah fikir betul-betul ke ni Zakuan.”Datin Roziah berkata tetapi Datuk Sahak hanya tersenyum setelah mendengar permintaan Zakuan tadi dan dia tahu Zakuan memang seorang yang betul-betul gentleman kerana dia berani untuk berterus terang.

“Sudah Aunty… Memang saya sudah nekad… Mama dan Papa saya pun telah saya suarakan hajat saya ini. Mereka setuju dan tidak kisah tapi mungkin mereka akan terperanjatlah kerana saya dulu yang datang bertanya sebelum mereka.” Zakuan berkata lagi.

“Kamu ni memang berani dan gentleman. Uncle terima permintaan kamu itu, nanti suruh Mama dengan Papa kamu datang berbincang dengan Uncle dan Aunty tau.” Datuk Sahak menerima permintaan Zakuan.

“Papa! You can’t do this… You should discuss with me first.” Khalijah terkejut mendengar jawapan spontan yang di berikan oleh Datuk Sahak tanpa bertanya persetujuan darinya.

“Papa tahu… Kamu sukakan Zakuan juga sebenarnya tetapi kamu malu dan jual mahal. Papa akan terima Zakuan sebagai jodoh kamu dan kamu bersedia sahaja.” Datuk Sahak berkata sedikit tegas. Dia tahu perangai Khalijah dan kadang-kadang dia kena tegas di dalam membuat keputusan.

“Mummy!” Khalijah terus duduk merenget di sebelah Datin Roziah.

“Mummy pun setuju dengan Papa… Nampaknya penutup tahun ini kita dapat dua menantu sekali.”Datin Roziah lagi menambahkan bengang Khalijah.

“Hahaha… Tulah tadi gelakkan aku… Sekarang kena dengan kau pula kak ton.” Syuhada mengusik Khalijah.

“Apa kak ton… Kak ton… Karate karang.”Khalijah menjawab usikan Syuhada.

“Ehhh… My future wife tu yang Ija nak karate ni.” Khairil Qushairy pula mengusik Khalijah.

“Eeee… Bencilah kau orang nie.” Khalijah berkata sambil meletakkan kepalanya di peha Datin Roziah.

“Kamu jangan risaukan Pasal Ija tu… Dia ok… percayalah nanti dia akan detuju punya.” Datuk Sahak berkata dengan yakinnya.

“Hopefully uncle.” Zakuan berkata sambil tersenyum memandang kepada Khalijah tetapi Khalijah membalas dengan jelingan.

“Alah jeling konon… Nanti esok-esok sampai juling mencari.” Khairul Azam pula berkata kerana dia ternampak semasa Khalijah menjeling Zakuan.

“Eee… Jahatlah Abang Azam ni.” Khalijah geram dengan Khairul Azam pula.

“Oklah Uncle… Aunty… Saya nak minta diri dulu… dah lewat sangat ni” Zakuan meminta diri untuk pulang.

“Iyalah… Jangan lupa beritahu kedua orang tua kamu untuk datang berbincang dengan Uncle dan Aunty tau.” Pesan Datuk Sahak lagi.

“InsyAllah Uncle… Itu pasti.” Jawabnya sambil tersenyum. Kemudian Zakuan bersalam dengan Datuk Sahak, Khairil Qushairy dan Khairul Azam. Mereka menghantarnya hingga ke pintu.

####################

Setelah Zakuan pulang inilah masanya Syuhada dan Khalijah untuk melihat barang-barang yang sempat di beli oleh mereka tadi. Khalijah dan Zakuan tadi tidak terus pulang dahulu, mereka pun meluangkan masa untuk berjalan-jalan di dalam mid valley dan kemudian mereka sempat juga minum di cafe.

“Kak Ana! Jomlah tengok baju yang kita orang beli tadi.” Khalijah berbisik kepada Rohana.

“Yelah… Jap akak bagi si kembar susu dia ni.” Rohana telah siap membancuh susu untuk Syana dan Syafie.

“come sayang kita tidur.” Syuhada pula datang membawa susu untuk Izara yang sudah siap di bancuh dan hendak mengambil Izara dari pangkuan Khairil Qushairy.

“Dah nak naik ke?” Khairil Qushairy bertanya kepada Syuhada.

“Haa… Ahh… Dah mengatuk dah Izara ni… Hada nak tidurkan dia tapi sebelum tu nak cubakan baju yang kita beli tadi tu.” Syuhada berkata kepada Khairil Qushairy.

“Kalau macam tu jomlah… Abang pun nak tengok Izara pakai baju tu.” Khairil Qushairy terus mengangkat Izara dan membawanya naik, Syuhada mengikut dari belakang.

“Mummy… kenapa nenek tak bagi tunang sahaja dulu.” Khairul Azam tiba-tiba bertanya.

“Nenek kamu kata, mereka berdua sudah duduk satu bumbung, kerja satu pejabat dah tu pergi balik kerja sama dan di rumah pun sentiasa bertembung. Tu nenek kata buat apa nak tunangkan saja bukannya mereka jauh pun. Nenek kata elok juga nikahkan sahaja dan mereka pun bebas untuk bergerak dan tiada batas-batas halangan lagi.” Terang Datin Roziah kepada Khairul Azam lagi.

“Betul juga tu kata nenek… Macam berdosa pula kita walaupun mereka pandai menjaga aurat tanpa bersentuhan tetapi dah sentiasa ada bersama pun tidak elok juga di tengok.” Khairul Azam mengiyakan kata-kata Datin Roziah.

“Rozi! Kalau buatnya Datuk Kahar dan Datin Suzie tu datang dalam masa terdekat nie… boleh je kita buat majlis tunang Ija tu serentak dengan Majlis nikah Hada dan Que nanti. Kita ajak Rokiah dan Roslan untuk buat di rumah kita saja.” Datuk Sahak memberi cadangan.

“Betul juga tu… Elok sesangat dah tu.” Datin Roziah bersetuju dengan cadangan Datuk Sahak tu.

“Amboi! Seronok bincang nak dapat menantukan… Tapi tulah sedih sebab Azam tak dapat nak ikut serta.” Khairul Azam berkata sedikit sedih kerana dia tidak dapat bersama nanti kerana minggu hadapan dia sudah hendak balik ke Dubai.

“Kamu balik terus ke sini nanti bila?” Datuk Sahak bertanya.

“Antara penghujung January atau Awal February.” Terang Khairul Azam.

“Tak lama juga tu… Ok kalau macam tu kamu confirmkan dulu date yang kamu betul-betul balik ke sini dan kita buat majlis Que dan Hada nanti seminggu selepas kamu pulang ke sini.” Datin Roziah pula memberi cadangan.

“Cantik juga tu Mummy… Ok balik ni nanti Azam cuba check dan confirmkan semula… InsyAllah kalau boleh Azam akan bagi tau sebulan sebelum majlis dia orang… Yelah Mummy dengan Papa pun nak menjemput tetamu ke majlis mereka nantikan.

“Yelah… Kamu berbincanglah dua beranak… Papa dah mengantuk ni… Papa naik tidur dulu.” Datuk Sahak sudah bangun dan dia hendak naik ke tingkat dua untuk masuk tidur.

“Jomlah Mummy… Azam pun nak naik tidur ni… Syana! Syafie! Tutup tv tu mari kita naik tidur.” Khairul Azam memanggil kedua anak kembarnya yang sedang terbaring sambil menghisap botol susu dan mata leka menonton kartun.

“Ala… kartun ni tak habis lagi lah Papa.” Syafie menjawab.


“Naik tengok dalam biliklah… Papa tak kira siapa lambat dia tinggal.” Khairul Azam mengugut anak-anaknya. Kelam kabut mereka berdua bangun dan Syana menekan butang off di remote dan Khairul Azam menutup suis tempat plug tv dan astro.

3 comments:

  1. Akak,tq so much 4 n3,rajin btl akak up n3,ctr pn mkn best,lps ni smbg lg yer

    ReplyDelete
  2. hahaha... kena tgk keadaan juga... kalau sihat tak busy.. cepatlah upload new chapter... thanks sbb tak jemu follow

    ReplyDelete
  3. salam akak,sy snggh lgi kot2 ada n3,klau free nnti smbg lg na

    ReplyDelete