Semua berkumpul semula di rumah Tuan Roslan dan mereka baru selesai makan
malam dan bersolat, Datuk Sahak meminta semua berkumpul dan katanya ada sesuatu
yang hendak di bincangkan. Tetapi awal-awal lagi Rahimah, Baba dan Halijah
telah di beritahu mengenai hal yang hendak mereka bincangkan.
"Abang Sahak... Nak tambah calon atau nak tambah menantu ni... serius
je nak berbincang ni." Kadir adik ipar kepada Datin Roziah dan Puan Rokiah
berkata.
"Kau biar betul-betul Kadir... Tambah menantu tu betul tapi nak tambah
calon jangan kau buat main-main, maun abang tidur kat luar karang." Datuk
Sahak berseloroh dan semua turut ketawa dengan kata-kata Datuk Sahak itu.
"Apa ke beritanya nie Abang Sahak... Tak sabar nak dengarnya ni."
Rosnah adik ketiga Datin Roziah dan Puan Rokiah pula tidak sabar-sabar hendak
mendengar berita yang hendak di sampaikan oleh Datuk Sahak.
"Yelah... Apa yang Abang nak katakan ini... Abang harap semuanya tidak
ada yang salah anggap.. Lagi pun sebelum kata putus dan perstujuan di buat..
Kami semua telah pun membuat solat dan minta petunjuk Allah dan mungkin memang
sudah jodoh mereka jadi kami sepakat dengan keputusan ini." Datuk sahak
memulakan bunga-bunga katanya dahulu.
"Amboi bang... Tak sabar ni... Apa ke ceritanya ni."Rosli pula
menyampuk.
"Abang nak satukan Que dengan Hada... perkara ini terlebih awal telah
di bincangkan antara mereka berdua juga... Itu pun makan masa juga nak melamar
anak dara sorang tu... Nasib baiklah dia akhirnya setuju." Datuk Sahak
berkata tenang dan kemudian tersenyum memandang kepada syuhada dan kemudian
Khairil Qushairy.
"Wow! biar betul." Samsudin Abang kepada Tuan Roslan pula
berkata, terkejut juga dengan berita yang tak di sangka-sangka.
"Betul yeop... Ini pun setelah Que dan Hada setuju, tu yang kami berani
nak beritahu kepada keluarga." Tuan Roslan pula mengiyakan pertanyaan
Abangnya itu.
"Tak apalah... Dah ini mungkin sudah jodoh mereka... Mak bapak dia
orang pun dah buat solat istikharah dan Allah dah bagi petunjuk yang baik...
Rasanya tak ada salah untuk menyatukan mereka berdua ini." Tiba-tiba Baba
pula bersuara, Dia sebagai seorang yang lebih tua dan rasa berhak untuk
menyetujuinya kerana sekarang ini adalah tujuan untuk membina masjid, pada
mulanya dia tidak berapa setuju kerana perkahwinan antara sepupu ini kalau
boleh orang nak elakkan tetapi setelah anak dan menantunya berkata yang mereka
telah membuat solat istikharah dan Allah telah memberikan petunjuk yang baik
dan kerana itulah mereka menerima lamaran kakaknya itu.
“Betul juga kata Baba tu… Sedangkan Rasulullah berkahwin dengan sepupunya
Zainab.” Kata Rahimah.
“Yelah… kalau dah itu yang abah katakan kami semua setujulah.” Yusuf Abang
kedua Tuan Roslan pula berkata. Kesudahannya mereka yang lain turut mengangguk
dan bersetuju.
Di ruang tempat mereka mengisi telur rebus ke dalam tangkai bunga untuk di
susun menjadi bunga pahar.
“Entah-entah yang malam tu kau orang keluar tu… Kau orang pergi dating ya.”
Syakina tiba-tiba bertanya kepada syuhada dan suaranya sedikit kuat ketika dia
bertanya dan sebahagian yang mendengar terus berpaling memandang kepada Syuhada
yang seperti terkejut apabila di tanya begitu.
“Ehh… Tak lah kak Kina.. Masa tu memang Ija pun yang ajak Hada.”
Cepat-cepat Khalijah menjawab, dia tidak mahu Syuhada kena kata bukan-bukan.
“Iyalah tu?”Halija pula bertanya sambil tersenyum.
“Betul lah kak lija… Ija yang minta Hada temankan dia masa tu.” Syuhada
mempertahankan dirinya. Khairil Qushairy hanya memandang apabila Syuhada di
asak dengan pertanyaan begitu. Dia berasa kasihan pula apabila Syuhada di usik
begitu oleh sepupu-sepupunya.
“Pandai betul Izara pilih Mama diakan, Patutlah dia tak nak dengan orang
lain… Rupanya dia nak bagitahu yang ini Mama dia.”Syakina berkata lagi.
“Tulahkan kak Kina… macam pandai je dia.” Hazrina pula menyokong kata-kata
Syakina.
“Ada-ada ja kau orang ni lah.” Syuhada menjawab malu.
“Dah… Dah… Sambung kemudian kok nak interview atau usik si Hada ni… Nie
bunga telur siapkan, masukkan telur rebus tu cepat… Yang lain tu siapkan apa
yang patut, tak adalah kelam kabut esok.” Puan Rokiah sudah bersuara kepada
anak dan anak buahnya. Bila sudah berkumpul ni biasalah kerja yang patut di
siapkan pasti tertangguh kerana seronok berbual dan bergurau.
“Baik bos.” Masing-masing membalasnya.
Selepas Puan Rokiah menegur anak-anak dan anak buahnya… mak, mak mertua dan
bapa mertua serta adik beradik Puan Rokiah dan Tuan Roslan duduk berbincang
pula.
“Habis tu macam mana perancangan kamu untuk Hada dengan Que ni Sahak,
Roslan.” Rahimah bertanya.
“Kami akan berbincang selepas selesai kenduri Syafika ni mak.” Jawab Tuan
Roslan.
“Haa.. Baguslah… kalau boleh di percepatkan lagi bagus.” Sampuk Halijah
pula.
“Insyallah mak… Kami akan buat secepat yang boleh.”Jawab Tuan Roslan lagi.
“Tu saya ingat nak tunangkan mereka ni dulu, sebab company Abang Sahak pun
nak buat Annual dinner lagi dua bulan… Jadi nanti mereka dah sibuk untuk proram
tu pula.” Terang Datin Roziah.
“Ohhh… Annual Dinner… Alhamdulillah… maju sungguh business kamu ya Sahak.”
Baba memuji Datuk Sahak.
“Alhamdulillah pakcik… Berkat usaha semua dan Que juga yang banyak membantu
saya.” Datuk Sahak berkata sambil merendahkan dirinya.
“Yelah… Bila berniaga ni kita sentiasa ikhlas, jujur dan menghormati
pekerja… Insyallah pasti berjaya… Dan yang penting Zakat harta tu kamu jangan lupakan.”
Nasihat Baba kepada Datuk Sahak.
“InsyAllah pakcik… Memang saya tak lupakan Zakat tu… Tak sanggup henda
menjawab di sana nanti.” Datuk sahak berkata sambil berseloroh. semua turut
ketawa dengan seloroh Datuk Sahak itu.
“Kali ni kamu buat di mana pula Sahak.” Rahimah bertanya. Setiap tahun
Datuk Sahak pasti akan membawa Rahimah dan kedua orang tuanya Kalsum dan Zaki
datang ke majlis itu. Baginya Kedua orang tua dan mertuanya amat penting dan
dia akan memastikan mereka bersama dengannya dalam untuk meraikan Syarikatnya
itu.
“Tak pasti lagi mak… Dalam proses perbincangan.” Terang Datuk Sahak.
“Kiah! Esok pukul berapa kita gerak semuanya.”Latifah biras Puan Rokiah
pula bertanya.
“Kata Sufian dalam pukul sepuluh macam tulah. Kalau lambat sangat nanti takut
kok jammed ke… Kita tak tahu perjalanan ni kan.” Terang Puan Rokiah.
“Rasanya pukul sepuluh tu sedang elok tu.” Sampuk Bakri pula.
“Ishhh… Budak sorang nikan geramlah… Sombong..” Syakina melepuk punggung
Izara geram kerana Izara tidak mahu apabila dia cuba untuk mengambilnya.
“Memang pun... Time Hada tak ada tu baik pula dia hendak dengan kita.
Nampak saja muka Mama dia balik… Terus menyombong.” Rohana turut memicit-micit
geram peha dan lengan Izara.
“Mama!” Syuhada bertanya.
“Elehhh… Dah tentu-tentu kau nak jadi Mama to be kan… So kita orang tetap
nak panggil kau M.A.M.A..” Khalijah berkata sambil mengeja.
“Macam-macam kau orang ni lah.” Syuhada mengeleng, dia memang tidak boleh
nak kata apa dah… Sah-sah manjang kena usik sahaja kalau dia tersilap cakap.
“Abang Que! Bila Izara boleh mula panggil Hada ‘Mama’ haa..”Hazrina
berteriak memanggil dan bertanya Khairil Qushairy yang sedang duduk menonton tv
tidak jauh dari mereka yang sedang membungkus telur.
“Ehhh… Kenapa tanya Abang Que pula.. Itu kena tanya Kakak Hada lah…”
Khairil Qushairy membalas pertanyaan Hazrina.
“Ala kita orang nak tahu dari Abang Que.” Hazrina berkata lagi.Syuhada
hanya mengelengkan kepalanya gaya memberi isyarat kepada Khairil Qushairy
supaya jangan berkata apa-apa.
“Sekarang pun boleh.” Khairil Qushairy tersenyum kerana dia dapat
mengenakan Syuhada. Syuhada sedikit ternganga kerana Khairil Qushairy tidak
mengindahkan isyarat yang dia berikan.
“Wow!!... Cayalah Abang Que.” Hazrina bersorak, Khalijah, Syakina Dan
Halija serta Rohana tergelak-gelak melihat lagak Hazrina.
“Ok… Start pada hari ini, saat ini status Kak Hada sudah bertukar kepada
Mama Hada. Tak gitu.. “ Hazrina telah memandai-mandai memberi cadangan.
“Betul…Betul… Harus tu.” Khalijah pula menyokong Hazrina.
“Kau orang ni kalau tak buat kecoh tak bolehkan.” Syuhada menegur Hazrina
dan Khalijah.
“Sorrylah Hada… Memang tak bolehlah tak kacau kau ni.” Khalijah pula
menjawab pertanyaan Syuhada.
“Haa.. Betul tu kak Hada… Best apa dapat sakat akak ni.” Hazrina berkata
lagi.
“Tak apa Hada… Kita tunggu turn orang tu pula nanti bila dia kena pinang..
Boleh tak dia menceceh macama ni.” Tiba-tiba Rohana bersuara dan mengusik
Khalijah pula.
“Haa.. Betul tu kak Ana… Kita tengok muka dia pucat ke tidak..Hahahaha.”
Syuhada dan Rohana ketawa.
“Amboi… Dah ada colannya juga ke?”
Syakina pula bertanya setelah dari tadi tidak bersuara dan hanya mentertawakan
adiknya sahaja.
“Ehhh… Ada dah colannya tu… Mummy
kata biar mummy yang aturkan.” Rohana berkata lagi.
“Dah sudah… Ija pula yang kena… Eehh… Mana ada, jangan dengar cakap kak Ana
dengan Hada ni Kak Kina… Pereka cerita saja ni.” Khalijah cuba melindungi
dirinya dengan mengatakan tidak.
“Ehhh… Tak apa kak Ana kita tunggu dan lihat bila masa dan waktu itu tiba
nanti.” Syuhada berkata lagi sambil tersengih-sengih.
“Chehh… Sudahnya aku pula yang kau kenakan yek… Kurang asam punya Hada.” Khalijah
membaling tisu di tangannya kepada Syuhada.
“Hahaha.. Janganlah marah sayang.”Terkekek-kekek mereka semua ketawa bila
asik usik mengusik.
Selesai semua kerja-kerja membungkus telur untuk di bawa bertandang esok
hari, masing-masing mula membawa diri untuk tidur. Macam biasa di bilik Syuhada…
Khalijah dan Izara tidur di atas katil, manakala Hazrina dan Haliza tidur di
bawah dengan di alaskan karpet dan comforter. Bilik anak daralah katakan.
Pagi-pagi dah berlumba-lumba masing-masing hendak masuk ke bilik air dan
nasib baiklah ada lima bilik air di rumah itu. Semasa Tuan Sahak membina rumah
banglo dua tingkatnya itu setiap bilik anak-anak gadis dan biliknya di sediakan
bilik air dan tandas dan satu lagi di bahagian dapur. Kira berbaloi juga
apabila sudah ramai-ramai begini tidak terlalu lama dan berebut-rebut
masing-masing untuk menggunakan bilik air.
Setelah semuanya selesai bersarapan dan tepat pukul sembilan lima puluh,
mereka semua memulakan perjalanan, mereka berkonvoi dengan sepuluh buah kereta,
salah satunya kereta Sufian tetapi untuk ke Melaka keretanya di pandu oleh
Razman sepupu Syuhada.
Syuhada pula menaiki kereta Khairil Qushairy, turut sama ada Khalijah dan
Syakina. Khairul Azam pula membawa keluarganya. Datuk Sahak membawa mertuanya
manakala Tuan Roslan membawa kedua ibu bapanya.
“Kak Kina! Nantikan Hada dengan Abang Que… kita tak payah lah nak konvoi
bagai macam ni kan.” Khalijah berkata kepada Syakina.
“Ehh… Haa ahh kan… Abang Que buat kat rumah Mak sajalah tak payah nak buat
majlis dekat rumah Mak Long pula.” Syakina pula yang memberi cadangan.
“Apalah yang kau orang merepek ni… Itu semua urusan orang tua,biar mereka
yang aturkan.” Syuhada membalasnya dahulu.
“Amboi! Minah sorang ni… Semenjak dua menjak ni kan… Suka sangat jadi
tukang back up Abang Que.” Khalijah berkata seraya mengusik Syuhada.
“Dey minachi… Aku tolong jawab sebab kau orang tu banyak songeh.” Syuhada
membalasnya semula, sambil berkata sambil melayan .
“Hahaha… Apalah kau orang ni… Nanti bila dah settle mereka berbincang kita
tahulah di mana mereka nak buat majlis tu… Abang dengan Hada sekarang ni nak
focus untuk majlis annual dinner tu dulu… Karang semua Abang nak fikir… Tak pasal-pasal
pitam Abang dah tu sapa yang susah… Abang juga.” Khairil Quhairy berkata sambil
matanya fokus dengan pemanduannya dia tergelak-gelak juga semasa mendengar
perbualan Syuhada, Syakina dan Khalijah tadi.
“Abang Que… Sekarang jangan risau sebab Abang Que punya PA tu tak akan
biarkan Abang Que pitam atau susah ya… Dia pasti pantas membantu… Tak gitu
Ija.” Syafika pula mengusik.
“Betul… Betul… Betul…” Khalijah menjawab dengan gaya upin ipin.
“Kau orang ni kalau tak mengenakan orang tak sah kan.” Syuhada berkata dan
berpaling ke belakang sekejap.
“Ehh… Kita orang mana ada kenakan orang lain… Cuma kau saja Hada kita orang
usik… Betul tak Kak Kina.” Khalijah membalas pertanyaan Syuhada.
“Ehh.. Betul lah Hada… Kalau orang lain Kak Kina pun tak usik…Hikhikhik.”
Mengelekek Syakina dan Khalijah ketawa, Khairil Qushairy turut tersenyum dengan
gelagat mereka bertiga.
“Izara! Bucuk-bucuk Mak Chu.” Khalijah mencuit Izara yang duduk diam di
dalam baby seat yang di sediakan untuknya, Khalijah duduk di bahagian tengah
dan di sebelah kanannya pula Syakina
“Rumah Sufian dekat mana Hada?” Khairil Qushairy bertanya kepada Syuhada.
“Dekat Merbok kan kak Kina.” Syuhada tidak pasti dan dia bertanya kepada
Syakina untuk kepastian.
“Yup… Dekat Merbok.” Balas Syakina.
“Abang Que! Apa kata lepas majlis di rumah Abang Sufian kita singgah taman
buaya dengan mini malaysia nak… Ija teringin nak singggah ke sana… Yelah pergi
dulu pun masa rombongan sekolah rendah… Berapa tahun pula dah tu.” Khalijah
memberi cadangan kerana rindu pula dia nak melawat tempat yang dia pernah pergi
semasa bersekolah dahulu.
“Ehh… Betul juga tu Abang Que… Hada pun sama.” Syuhada juga turut mengiyakan
cadangan Khalijah itu.
“Ok… Nanti Abang cakap dengan Azam… Dia mesti hendak singgah kut.” Khairil
Qushairy seperti tiada masalah dengan cadangan Khalijah itu dan dia rasa patut
mengajak Khairul Azam sama kerana anak-anaknya pun pasti teruja sama nanti.
“Cantik… I love you Abang Que… Ehhh tak sabarnya.” Khalijah seronok kerana
Khairil Qushairy setuju dengan cadangannya itu, Syuhada dan Syakina ketawa
dengan gelagat Khalijah.
“Perangai macam Syana dengan Syafie juga kau ni Ija… bilalah Mak Chu ni nak
mature.” Syakina pula ketawa dan menegur Khalijah.
“Kak Kina nak tengok dia mature tunggu dia kena pinang nanti.” Syuhada pula
berkata dan tertawakan dia.
“Amboi… Amboi… Seronok.” Khalijah menolak bahu Syuhada dari belakang,
terasa geram pula dia apabila di kaitkan dengan bab pinang meninang ini.
“Hahaha… Marah pula… Abang Que nanti kita suruh Dr love dia tu masuk
meminang cepat ya.” Syuhada semakin rancak mengusik Khalijah, Khairil Qushairy
hanya ketawa sahaja.
“Aik… Ada Dr love lah pula… Macam best jer.. ce cita… ce cita…”Syakina pula
teruja hendak mengetahui.
“Aik sejak bila pula kak Kina kena sampuk usop wilcha ni.” Khalijah ketawa
dan bertanya kepada Syakina.
“Hihihihi… Cepatlah bagi tahu… Sapa Dr love tu.” Syakina bertanya lagi.
“Kak Kina kalau nak tahu… Ada Doktor satu hospital dengan Ija ni sukakan
dia… Tapikan minah ni punya lah sombong… Dia kata dia sukakan Doktor tu.. Bila
orang tu nak berkawan rapat dengan dia, boleh pula dia jual mahal.” Syuhada
bercerita panjang kepada Syakina.
“Cehhh… seronok bercerita yek.” Syuhada mencuit Bahu Syuhada lagi.
“Oklah tu Ija… Dah orang suka terima sajalah… Macam ada minah tu… dengar
cerita satu mamat tu dah sukakan dia… Boleh pula dia nak jual mahal… sudahnya
terima juga.” Hahahaha Syakina gelak besar.
Syuhada dan Khairil Qushairy
berpandangan dan sedikit menganga seperti rasanya terkena batang hidungnya
sendiri sahaja.
“Hahahaha… Kak Kina Ija rasa Ija kenal kut sapa minah dengan mamat tu.”
Khalijah turut ketawa sama. Sungguh seronok mereka berdua mengenakan Syuhada
dan Khairil Qushairy.
“Kurang asam punya adik-adik.” Kesudahannya Khairil Qushairy berkata dan
mereka sama-sama ketawa.
Riuh rendah juga kerana mulut mereka bertiga tidak henti-henti berbual
dengan berbagai-bagai topik dan gelak tawa di dalam kereta, kira pemanduan Khairil
Qushairy tidak membosankan kerana adanya tukang karut.
Majlis di rumah Sufian tidak kurang juga meriahnya, Di melaka kalau kenduri
mereka pasti akan menyajikan kuih muih sebagai pencuci mulut dan ada juga
terdapat tapai. Keluarga Syafiqa di layan dengan baik oleh mereka dan mereka
makan dengan puas hati. Setelah selesai di rumah Sufian mereka akhirnya pergi
juga ke Taman Buaya dan Mini Malaysia, bukan Khairul Azam sahaja yang mengikut
sepupu-sepupunya yang lain turut tidak melepaskan peluang yang sudah ada. Datuk
Sahak dan Tuan Roslan tidak ikut serta anak-anak mereka dan mereka meneruskan
perjalanan balik, seperti kata Datuk Sahak… Rentak anak muda susah hendak di
ikut… meletihkan sahaja nanti.
Agak lewat juga mereka semua sampai ke rumah… Syuhada terus mengikut
Khairil Qushairy balik ke Damansara. Esok dia merancang untuk keluar dengan
Khalijah, terasa lama juga mereka tidak keluar bersama untuk window shopping.
“Hello!”
“Assalamualaikum…”
“Walaikumusalam…”
“Busy ke?”
“Taklah… Baru balik dari Melaka dengan family.”
“Ohhh… Ok…”
“Are you free tomorrow.”
“Nope… I’ve appointment with my cousin.”
“Appointment? On Sunday?”
“Date dengan dia esok.”
“Wah! Date… Can I join too…”
“Tak payah… Sibuk jer.”
“I tought nak ajak you keluar esok.”
“Tak boleh saya dah janji dengan Hada.”
“Tak apalah kita keluar sama-sama… Awak pergi
mana esok?”
“Ehhh… mana boleh beri tahu…”
“Ok tak apalah… kalau macam tu saya call uncle…
minta izin dengan dia.”
“Ehhh… Dia nie kan… Suka buat orang marahlah… Orang
tak nak keluar dengan dia ada ke main paksa-paksa.”
“Saya tak paksa… Saya Cuma nak minta izin dengan uncle
dan aunty saja.”
“Samalah tu…tetap paksa…”
“Awak bincang dengan Hada dulu… lepas tu message
saya di mana kita boleh jumpa ya… Kalau tidak pagi-pagi esok saya datang rumah
awak.”
“Eeeee… Dia ni kan.”
“Hahahaha… Janganlah marah nanti cepat tua… Ok
saya off dulu… jangan lupa text me ok… Assalamualaikum.”
“Walaikumusalam.”
Khalijah terus mencampakkan telefonnya ke atas katil dengan geramnya.
“Aihhh… Apa kena ni?” Syuhada menegur setelah terkejut melihat cara
Khalijah.
“Sapa lagi… Zakuan tu lah… Suka-suka dia je nak paksa orang.” Terang
Khalijah geram.
“Orang mana pula dia paksa.” Syuhada bertanya dengan sedikit blur nya.
“Ya Allah… Aku lah…” Terang Khalijah lagi tetapi geram dengan Syuhada pula
kerana seperti tidak memahaminya.
“Cuba kau terangkan dekat aku betu-betull… Bagi aku faham sikit apa yang
kau marahkan ni.”
“Dia nak ajak aku keluar esok… So aku cakaplah yang kita ada date besok…
Dah tu dia nak join sama dan nak tahu kita pergi mana… Bila aku kata tak payah…
Dia nak call Papa pula… Mana aku tak geram.” Khalijah bercerita dengan Syuhada
apakah yang telah membuatkan dia sedikit bengang tadi.
“Ha…Ha… Ha…” Syuhada mentertawakan Khalijah siap tepuk tilam lagi.
“Tengok… Tu yang malas aku nak cerita dengan kau… Kau gelakkan aku lagi
ada.” Khalijah merungut dengan Syuhada.
“Ala… Cayang mak su merajuk ya…” Syuhada memujuk gaya seperti memujuk
Syafie dan Syana sambil memeluk bahu Khalijah.
“Ceh… Banyaklah kau punya mak su.” Khalijah menepis tangan syuhada yang
terletak di bahunya.
“Kau nie Ija… Merajuk! Buruk lah sesangat rupa tu.” Syuhada mentertawakan
Khalijah lagi.
“Nah! Amik kau.” Khalijah membaling bantal peluknya kepada Syuhada.
“Hahahaha… Dah lah… Kalah si kembar kau ni… So what’s your plan.” Syuhada
bertanya secara lembut, dia tahu Khalijah sedikit bengang dengannya kerana
mentertawakan dia tadi.
“Entah… Aku tak tahu.. Kau rasa?” Khalijah menjawab juga pertanyaan
Syuhada.
“Aku rasa… Biarkan sajalah dia ikut kita… Apa kata kita buli dia esok nak?”
Syuhada mula merancang.
“Kau ni… Tak naklah… Kau nak malukan aku ke?” Khalijah tidak setuju dengan
rancangan Syuhada.
“Walawei… Kau malu ya… Biarlah dia tahu perangai gila-gila kita macam mana…
So lepas tu mesti dia tak nak ajak kau keluar lagi.” Syuhada berkata sambil
mengangkat-angkat keningnya dan membuat gaya senyum jahat.
“Ishhh… Tak naklah… Kita buat biasa jer nanti.” Khalijah berkata.
“Cewah… Kau kalau suka dengan dia bagi tahu sajalah… Ni lagi nak cover.”
Syuhada mengusik Khalijah.
“He…He…He…” Khalijah tersengeh memandang Syuhada.
“Gatal… Mulut kata tak mahu, bentak-bentak konon… Tapi dalam hati tu
mengeletek kegatalan kau kan.” Syuhada melepuk peha Khalijah.
“Adoi! Sakitlah… Kau suka-suka kata hati aku gatalkan… Kau tu apa
kurangnya… Mula ya… ya… kata tak nak dengan Abang Que… Alih-alih setuju… Hati
kau pun gatal gak.” Khalijah mengatakan Syuhada pula. Kesudahan mereka
sama-sama ketawa.
Tok! Tok!
“Masuklah… Tak kunci pun.” Khalijah
hanya melaung menyuruh gerangan yang di luar untuk masuk.
“Ni anak sapa ni… Merenget dah… Mengantuk dah ni.” Rohana masuk dan terus
menunjukkan Izara di dalam dukungannya.
“Woi! Anak kau lah… Sedap je baring… Tapi anak tinggal dekat bawah.”
Khalijah menolak kaki Syuhada.
“Aishhh… Perempuan ni punya mulut… Kok ya pun sedap lidah dia saja nak
menuturkan ayatkan.” Syuhada tetap bangun dan mengambil Izara dari dukungan
Rohana. Rohana tersenyum melihat perangai mereka berdua.
“Papa dia mana?” Syuhada bertanya kerana dia hairan juga kerana Rohana yang
membawa Izara naik.
“Wah… Anak dia kau lupa… Papa dia kau cari yek.” Khalijah mengusik Syuhada.
“Dey! Ini sudah lebih.” Syuhada pantas melepuk Khalijah yang memang duduk
pun tidak jauh dari Syuhada berdiri.
“Hahahaha… Adoi! Sakitlah… Garang betul kakak ipar to be aku ni lah.”
Khalijah terjerit juga apabila di tampar kuat oleh Syuhada. Tergelak-gelak
Rohana gelihati.
“Apa kerja nie?” Tiba-tiba Datin Roziah datang menegur.
“Hahaha… Tak ada apalah Mummy… Dia orang berdua ni bukan Mummy tak tahu…
Perangai dia orangkan macam Syana dan Syafie.” Rohana berkata kepada mertuanya.
“Memang pun… Mummy ingatkan kamu berdua sudah tidur tadi… Tu Mummy suruh
Rohana bawakan Izara naik… Que seganlah nak masuk sebab dia sangka kamu dah
tidur.” Terang Datin Roziah, Datin Roziah pun memang setiap malam sebelum dia
masuk tidur akan meninjau bilik anak-anak daranya ini.
“Awal lagi… nak tidur apanya.” Khalijah berkata.
“Yelah dah kata esok kamu hendak keluar.” Tutur Datin Roziah.
“Baru pukul berapa? Awal lagi.” Syuhada menyampuk.
“Dia dah mengatuk tu… Merenget saja dekat Papa dia… Tu mummy suruh bawa
naik dia dah mengantuk… Hendakkan kamu pun ya juga tu.” Datin Roziah berkata
kepada Syuhada.
“Papa dia dah bagi susu ke mummy.” Syuhada bertanya lagi.
“Dah… Kak Ana kamu yang buatkan tadi.” Jawab Datin Roziah.
“Laaa… Ya ke?” Syuhada tersenyum kepada Rohana.
“Alah… terlanjur kak Ana buatkan air milo budak berdua tu… Tu kak Ana
buatkan susu Izara sekali.” Terang Rohana.
“Haa… Mana budak bertuah berdua tu kak Ana.” Khalijah pula bertanya.
“Tengah minum lagi… Papa dia ada tengah melayan mereka… Oklah kak Ana turun
dulu.” Pinta Rohana.
“Ok kak Ana… Thanks sebab bawakan budak bulat ni naik ke atas.” Tutur
Syuhada.
“Sama-sama.” Rohana membalasnya dan terus keluar dari bilik.
“Besok kamu keluar berdua saja ke? Que tak ikut sama.” Datin Roziah
bertanya.
“Entah… Ija pun tak ada pula tanya Abang Que dia nak ikut sama ke tidak…
Tapi mummy…” Khalijah terhenti di penghujung katanya.
“Apa?” Datin Roziah bertanya hairan.
“Zakuan tu telefon Ija dan dia kata hendak ajak Ija keluar esok… Tapi… Ija
kata dekat dia yang Ija ada date dengan Hada… Dah tu dia hendak ikut.” Khalijah
berkata dan kemudian terhenti lagi.
“Habis tu kenapa lah pula.” Datin Roziah menyoalnya.
“Ija kata yang Ija tak nak keluar dengan dia… Dah tu dia kata kalau Ija tak
nak ajak dia… Pagi-pagi esok dia hendak datang sini.” Khalijah bercerita dengan
dahi berkerutnya.
“Hahaha… Ada-ada saja si Zakuan tu… Dah kamu keluar berdua biarkan sajalah
dia ikut… Bukan kamu dukung pun dia tu.” Datin Roziah ketawa dan dari gayanya
dia mengizinkan Khalijah keluar dengan Zakuan.
“Mummy ni… Ija cakap betul-betul… Mummy main-main pula… Sapa yang hendak
dukung dia.” Khalijah merungut.
“Iyalah… Dah dia nak join kamu sama biarkan sajalah… tak betul mummy kata…
dia ada kaki dan dia boleh berjalan sendiri… apa yang kamu hendak risaukan…
Kalau kamu kena dukung dia bawa ke hulu ke hilir… Barulah kamu boleh membebel.”
Balas Datin Roziah, Syuhada hanya mentertawakan Khalijah sambil menidurkan
Izara nanti senang dia hendak meletakkan izara ke dalam katilnya.
“Yelah… Yelah… Mummy tu kalau si Zakuan… semuanya ok.. macamlah anak dia.”
Khalijah berkata dan merungut lagi.
“Memang bakal anak menantukan… So what!” Datin Roziah berkata.
“Ishhh… Mummy ni…” Khalijah membentak dan sempat menjeling memandang
Syuhada yang mentertawakannya lagi.
“Mummy rasa nanti boleh kamu bersanding saing Que dengan Hada nanti.” Datin
Roziah berkata dan tersenyum.
“Lahhh… Sampai ke situ angan-angan Mummy… Oklah Mummy good night…
Assalamualaikum.” Khalijah terus berselubung dengan selimut setelah memberi
salam kepada Datin Roziah. Datin Roziah terus ketawa apabila khalijah berbuat
begitu.
“Waalaikumusalam… Oklah Hada… Mummy keluar dulu… Ada budak sudah merajuk.”
Datin Roziah sempat lagi mengusik anak bongsunya itu.
“Assalamualaikum Mummy.” Syuhada turut memberi salam sebelum Datin Roziah
keluar.
“Walaikumusalam.” Balas Datin Roziah sambil menutup lampu dan menutup
pintu.
Lampu tidur di sudut bilik memang ada terpasang siap… Tapi cahayanya di
malapkan… Izara telah pun lena di dalam katilnya. Syuhada tidak menunggu lama
dan dia turut membawa dirinya untuk tidur, tetapi seelok sahaja dia merebahkan
dirinya di sebelah Khalijah, Khalijah membuka selimut yang membungkus seluruh
tubuhnya dan mereka sambung berbual sehingga kedua-duanya terlena.
Akak,trimas 4 n3,mesra snggh hbngn mereka skluarga,x sbr nk tnggu que dn hada kwn,akak,smbg lg na
ReplyDelete