"Ni kad apa pula ni mak." Zalina bertanya kepada Zabedah untuk
kepastian kerana dia agak terkejut melihat business card Khairil Qushairy ada
terletak elok di atas meja telefon. Dia pasti ini adalah kad dari Khairil Qushairy
kerana jelas tertera nama dan companynya,Zalina cuma hendak mengetahui
bagaimana kad ini boleh berada di rumah Zabedah.
"Ohhh... si Que bagi semalam." Jawab Zabedah pendek.
"Que?" Zalina sengaja membuat seperti dia berasa hairan dia tahu
nama itu selalu hanya panggilan di dalam keluarga Khairil Qushairy untuk
dirinya.
"Semalam yang hantar mak pergi klinik dan bawa balik ke rumah ni lah
namanya Que dan itu kad dia lah, Dia bagi dekat mak... Katanya kalau mak
perlukan pertolongan telefonlah dia... Baik budaknya...Dia suruh mak panggi dia
Que saja" Zabedah bercerita dan siap memuji Khairil Qushairy lagi.
"Dia sorang saja ke?" Zalina bertanya lagi.
"Tak! Dia datang hantar dengan sepupu dia yang terlanggar mak tu...
Syuhada namanya... Sepupu dia tu pun baik kak." Dini pula berkata.
"Ohhh." Zalina sengaja berkata begitu, di dalam hatinya terasa
geram apabila adanya Syuhada setiap kali adanya Khairil Qushairy, rasa nak
termuntah dia apabila Dini memuji Syuhada.
"Mana nombor telefon Hada tu Dini... Simpankan dalam buku telefon
tu." Zabedah mengingatkan Dini, semalam dia terlupa hendak menyuruh Dini
menyalinkan ke dalam buku telefonnya.
"Ehh... Ada nombor dia ke? Bagi aku... Aku nak ucapkan terima kasih
kerana mereka sudi menolong mak semalam." Zalina berkata kepada Dini, bila
hendakkan sesuatu dia kena tunjukkan yang dia berniat baik, tetapi seperti ada
udang di sebalik batu.
"Aaa... Dini ingatkan akak nak call dan marah dia tadi... Terkejut
juga Dini."
"Ishhh... Kau ingat aku ni teruk sangat ke nak marahkan orang tak
tentu pasal." Zalina berkata sambil tersenyum, Di dalam hatinya turut
tersenyum kerana dia dapat juga nombor telefon Syuhada dan dia akan gunakan
nombor itu untuk sesuatu.
"Cepatlah mana phone akak... Dini bagi sekarang." Cepat-cepat
Zalina mengeluarkan telefon 4s nya dan menyimpan nombor syuhada di bahagian
contact.
"Kau masak apa hari ni Dini?" Zalina bertanya sambil bergerak ke
dapur, dia baru sahaja sampai. Semalam Dini telah menghantar sms dan
memaklumkan kepadanya mengenai keadaan zabedah kemudian Zalina membalas dan
mengatakan yang dia akan balik dan sebelah tengah hari dia akan sampai.
"Ketam masak lemak nenas dengan sayur campur." Dini membalas
pertanyaan Zalina dan dia pun turut mengikut langkah Zalina ke dapur.
"Mak dah makan ke?" Zalina bertanya lagi.
"Belum... Dia baru sudah solat zuhur dan dia memang tunggu Akak sampai
kerana dia nak makan sama-sama dengan Akak." Jawab Dini.
"Laa... Kenapa mak lambat-lambat makan... Tunggu aku buat apa... Kau
tahu aku kalau datang lambat sikitkan." Zalina terkejut juga Zabedah tidak
lagi makan tengah hari semata-mata hendak menunggu dia.
"Ehhh... Tak lah akak... Tadi dalam pukul sebelas mak ulang makan nasi
goreng yang Dini goreng lepas subuh tadi, tu katanya dia belum lapar dan dia
hendak makan dengan akak saja."
"Hmmm... Dah kau panggil lah mak... Aku hendak makan ni... aku pun
bukan boleh lama-lama sangat ni... Banyak lagi kerja aku ni." Zalina agak
kasar kalau membahasakan dirinya pasti dia akan beraku kau dengan Dini tetapi
dini tetap dengan rasa hormatnya memanggil dia dengan panggilan 'Akak'.
"Yelah... akak senduklah nasi... Dini panggil mak kejap." Dini
masuk ke dalam dan memanggil Zabedah untuk makan bersama.
Selesai makan Zalina duduk berbual sebentar dan satu jam lebih selepas itu
dia balik dan katanya kepada Zabedah yang dia ada kerja sedikit. Zabedah akur
dan dia tidak boleh hendak menahan anaknya yang sorang ini. Nasib baik juga
Dini bercuti selama seminggu. Pagi tadi juga mak Piah jiran selang tiga buah
rumah dari rumah Zabedah datang mengurutkan kaki Zabedah. Mak Piah adalah
tukang urut yang terkenal di kampung Baru ini.
###############
Selepas dua minggu
Rumah Datuk Sahak sudah di penuhi separuh dari keluarganya dan keluarga
Datin Roziah. Esok berlansungnya majlis pernikahan Khairil Qushairy dan pertunangan
Syuhada. Dua minggu sudah iaitu dua hari selepas Zakuan memberitahu hasrat
hatinya kepada Datuk Sahak dan Datin Roziah, Kedua ibubapa Zakuan datang untuk
merisik Khalijah, mereka juga siap membawa cincin sekali. Setelah berbincang
dan setuju di kedua belah pihak dan berlangsunglah juga majlis pertunangan
mereka. Majlis pun hanya di adakan untuk keluarga sahaja dan jiran yang
mengenali mereka.
Khairil Qushairy ada berpesan dengan Syuhada supaya tidak memberitahu
kepada rakan-rakan di pejabat pun mengenai majlis ini dan Syuhada juga tidak
mahu berinai,katanya dia mahu merahsiakan dahulu dan Khairil Qushairy ingin
membuat surprise semasa hari annual dinner itu nanti. Khairil Qushairy juga
turut merahsiakan dari pengetahuan teman-teman rapatnya.
“Abang Que! Mummy tanya baju nak pakai esok dah bawa masuk kereta ke
belum.” Khalidah bertanya kepada Khairil Qushairy, Malam ini dia tidak di
benarkan berada di rumah. Ini semua atas arahan neneknya Rahimah dan dia di
suruh duduk di hotel untuk satu malam dan dua orang sepupunya Nazim dan Azman
menemaninya pada malam ini.
“Dah… Abang baru saja bagi dekat Nazim untuk letakkan dalam kereta.” Balas
khairil Qushairy sambil menyimpan perfume dan beberapa barang keperluan
untuknya ke dalam bag kecil.
“Sayang Papa duduk baik-baik dengan mak Uda ya.” Khairil Qushairy bercakap
dan mencuit pipi Izara yang sedang berjalan sambil berpaut di katil Khairil
Qushairy. Dia sudah mula jalan-jalan jatuh dan dia akan melangkah laju apabila
dapat berpaut kepada sesuatu.
“Ya… mak Uda dera dia malam ini.” Khalidah berkata sambil mengawasi Izara
yang tersengih-sengih suka.
“Hada dengan Ija mana?”Khairil Qushairy bertanya.
“Tengah mengemas bilik Ija… Dia orang nak tukar cadar dan susun atur sikit
bilik tu.” Tutur Khalidah
Tok tok
“Abang Que dah siap ke… Mummy suruh dia orang susun atur dalam bilik ni
pula.” Syuhada berkata dari depan pintu. Lagi satu hari dia akan bergelar
isteri kepada Khairil Qushairy, tetapi gemuruh dan segannya lagi berganda-ganda
dan dia malu untuk memandang lama muka Khairil Qushairy.
“Dah… Ida tolong bawakan bag abang ni ke bawah dulu.” Khairil Qushairy
memberikan bag yang telah di isikan barang-barangnya tadi kepada Khalidah dan
dari caranya itu seperti mengarahkan Khalidah untuk keluar dahulu.
“Ok bos… Jangan lama-lama ya… Karang ada yang nikah malam ni juga.”
Khalidah sempat mengusik.
“Bertuah ni.” Itu sahaja yang dapat di katakan oleh Khairil Qushairy kerana
Khalidah telah pun berlari keluar.
Syuhada masuk ke dalam bilik untuk mengambil Izara kerana sekejap lagi mak
andam akan mengemaskan bilik pengantin.
“Sampai bila Hada nak panggil abang dengan panggilan Abang Que?” Tiba-tiba
Khairil Qushairy bertanya sambil dia menutup lampu dan pintu bilik airnya.
“Gulp!” Syuhada menelan air liur yang di rasanya tiba-tiba tersekat di
kerongkongnya.
“Hada!” Khairil Qushairy memanggil dengan lembut sambil berdiri memandang
Syuhada.
“Selepas Abang Que melafazkan ‘Aku terima nikahnya.” Syuhada mengusik
Khairil Qushairy, tetapi dia tidak memandang langsung ke arah Khairil Qushairy,
sebaliknya dia terus mendukung Izara untuk di bawa keluar.
“OK… Abang pegang kata-kata ini.” Khairil Qushairy berkata tetapi dia
sempat menghadang Syuhada dari keluar.
“Ehhh… Abang Que! Orang nak datang kemas bilik inilah.” Syuhada berkata dan
dia gugup apabila Khairil Qushairy berbuat begitu, nakal juga bakal suaminya
itu.
“Hahaha… Apa yang Hada gugupkan ni… Hada segan dengan Abang ya… Jangan
risau… Abang tak akan sentuh Hada selagi belum halal di sisi Abang… Abang nak
dukung Izaralah.” Khairil Qushairy ketawakan Syuhada yang sudah kemerahan
mukanya kerana menahan malu dengan usikan Khairil Qushairy.
“Hey! Apa sajalah laki bini to be ni.” Tiba-tiba Khalijah menyergah mereka
berdua.
“Haaa… Minah kepoh sudah datang… Izara mari cepat kita turun… Mak Chu nanti
banyak bunyilah.” Khairil Qushairy berkata dan cepat-cepat keluar dari bilik.
“Kurang asam betul abang Que nielah… Nasib kau lah Hada dapat laki senget
macam tu.” Syuhada hanya ketawa mendengar bebelan Khalijah itu.
“Abang Que dah habis ambil barang-barang yang dia nak guna ke… Dia orang
nak siapkan bilik ni pula.” Khalijah bertanya kepada Syuhada.
“Dah… Awal-awal lagi dia dah bagi dekat kak Idah.” Balas Syuhada. Bilik
pengantin pun tidak di gubah terlalu sarat pun kerana Syuhada hanya mahu yang
simple dan santai.
“Ok… Aku bagi tahu dia orang.”
“Yelah… Aku pun nak turun ni.”
Turun sahaja Syuhada ke tingkat bawah, Izara sudah mula menapak perlahan-lahan
untuk mendapatkannya.
“Alah… Dah nampak mama dia mula nak sombongkan.” Sepupu Khairil Qushairy
menegur Izara.
“Tak payah beranganlah nak ambil dia kalau mama dia sudah ada depan mata
dia lily.”Halija berkata kepada Suhaili.
“Nakal ya… nakal.” Suhaili mengeletek Izara yang sedang memaut kaki Syuhada
yang sedang duduk.
“Dia selalu ok… Ni sebab ramai sangat… dia macam tak selesa kut.” Syuhada
berkata sambil mengusap kepala Izara yang masih sibuk nak melangkah ke sana
sini.
“Ija mana Hada.” Datin Roziah bertanya kepada Syuhada.
“Ada dekat atas sedang tengok dia org hias bilik Abang Que.” Balas Syuhada.
Datin Roziah terus melangkah naik ke tingkat atas untuk meninjau bilik mungkin.
“Bilik Abang Que… Abis bilik dia dah siap lah ya.”Halija pula bertanya.
“Dah lah kut… Hada lupa pula hendak tinjau tadi.” Hada menjawab spontan.
“Cehh.. Tak apa karang kak Ija naik tengok.” Halija berkata.
“Wah! Berseri-seri cucu nenek ni.” Tiba-tiba Rahimah datang menegur Syuhada
dan terus duduk di sebelahnya.
“Ishhh… Nenek ni.. Mana ada… Hada biasa sajalah.” Syuhada menjawab lembut
tetapi dia malu apabila di usik begitu.
“Ala nek… Orang nak jadi raja seharikan… mestilah berseri-seri. “ Halija
pula menyampuk.
“Ada saja kak Ija ni.” Syuhada tersenyum.
“Hada! Ni nenek nak pesan dengan kamu, dah jadi isteri sentiasalah patuh
dengan suami tu, kamu tahukan berdosa kalau kamu ingkar dengan suruhannya kan
melainkan arahan atau permintaannya itu lari dari landas islam.”
“Ya nek… Hada ingat.”
“Lagi satu kalau nak ikat suami tu… Ikat perutnya dulu.” Pesan Rahmah lagi.
“Ikat perut?” Syuhada sedikit hairan.
“Yelah… kau ambil tali ikat perut dia dan tarik sahaja ke mana kau nak
pergi.” Halija pula menjawab pertanyaan Syuhada tetapi jawapanya itu lebih
kepada mengenakan Syuhada.
“Bertuah kamu Ija.” Rahimah melepuk perlahan peha halija.
“Ikat perut tu… maknanya kamu kena masak selalu dan masakan dari air tangan
isteri ini lagi mengeratkan hubungan suami isteri… ni kalau asal nak makan di
luar memanjang nanti jangan salahkan suami tu kalau cari orang lain pula.”
Rahimah menerangkan maksudnya tadi.
“InsyAllah nek… Hada pegang pesanan nenek ini.”
“Haa… Apa pesanan nenek.” Tiba-tiba Khairil Qushairy datang menyergah.
“Aku nak kawin dengan kaulah!” Tiba-tiba Syuhada terlatah.
“Hahaha… Ya Abang setuju.” Khairil Qushairy ketawa besar setelah melihat
Syuhada melatah.
“Bertuah kamu Que… Dah tahu dia ni tak boleh di sergah… Yang kamu kerjakan
dia kenapa?” Rahimah melepuk bahu Khairil Qushairy kerana berbuat begitu kepada
Syuhada. Keluarga yang lain ada berhampiran mereka turut ketawa mendengar latah
Syuhada.
“Abang Que ni memang jahat tau.” Syuhada geram memandang Khairil Qushairy
yang tak habis-habis menyakat dia.Syuhada tidak seperti sesetengah pelatah yang
apabila di cucuk dia melatah, tetapi dia hanya melatah apabila di sergah
sahaja.
“Ala nenek… Sesekali mengusik dia ni, seronok juga.” Khairil Qushairy
berkata sambil terus mengambil Izara kemudian mencium dan di gomol anaknya itu.
“kalau macam ni kan nek.. Boleh kena sakit jantung Hada nanti.” Syuhada
berkata sambil mengerling sekejap memandang Khairil Qushairy.
“Dah… Dah… Ni sediakan apa yang patut untuk kenduri malam ni.” Puan Rokiah
pula datang menegur.
“Ohh.. Ya… Mak pun terlupa… Kalau melayan budak-budak ni memang kerja aku
pun tak jadilah.” Rahimah membebel sendiri sambil berjalan masuk ke dapur,
pasti ada sesuatu yang di lupa.
“Hada nanti siapkan baju melayu Abang yang warna maroon… Ada dalam almari
abang letakkan… tolong letak bilik Mummy ye.” Khairil Qushairy bercakap
perlahan dengan Syuhada.
“Hmm… Yelah.” Syuhada menjawab sepatah.
“Izara… Mama marah Papalah… Cuba tengok Mama tak nak pandang Papa
pun.”Khairil Qushairy bercakap dengan Izara tetapi ayat itu lebih di tuju
kepada Syuhada.
“Ishhh… Abang Que ni… Bila kala pula Hada marah Abang Que… Mengada-ngada.”
Syuhada berkata sambil melipat tisu untuk kegunaan malam nanti.
“Alah Hada dia nak minta perhatian lah tu.” Halija berkata sambil
tersenyum.
“Sabar ya Abang Que… Esok bila dah sah… Dia pasti akan layan Abang Que
betul-betul tau.”Khalijah pula berkata. Khalijah telah turun dari masa Syuhada
melatah tadi lagi.
“Wah! Kak Ija tengok adik-adik kak Ija ni dah matured lah… Tak sangka yang
Ija pun akan bertunang esokkan.” Halija berkata.
“Tulah kak Ija… Kuasa Allah… benda yang Ija tak pernah fikirkan tiba-tiba
berlaku dalam hidup Ija.” Khalijah memang tidak sangka apa yang sedang di lalui
olehnya sekarang ini dan semuanya adalah aturan Allah swt dan dia akur di atas
permintaan kedua orang tuanya.
“Tulah… Hada pun sama… Kita orang punyalah plan bila dah kerja nak kumpul
duit dan nak buat cuti-cuti malaysia kononnya… Tetapi tabung ayam tak penuh
lagi tup tup kena kawin.” Kata-kata Syuhada telah mengundang tawa sesama
mereka.
“Tak apa nanti Abang bawa cuti-cuti malaysia tu ya.” Khairil Qushairy
menyampuk.
“Ala.. Kita orang plan nak pergi berdua sebenarnya.” Jawab Khalijah pula.
“Tak apalah honeymoon Ija dan Zakuan nanti kita pergi sama-sama dan masa tu
Hada nak jalan-jalan dengan Ija pun tak apa.” Khairil Qushairy berkata lagi.
“Ekkk eleh… Dia pula yang mengaturkan jadual kita yek Hada.” Khalijah
mencebik bibirnya kepada Khairil Qushairy.
“Ehhh… Mestilah… Isteri yang baik adalah isteri yang sentiasa mendengar
kata suaminya.” Khairil Qushairy berkata dan kemudian mengangkat-angkat
keningnya apabila Syuhada memandangnya.
“Gatalnya bakal laki kau ni Hada.” Halija berkata sambil membaling segumpal
tisu kepada khairil Qushairy. Dia tertawa apabila di baling dengan tisu.
“ Nak buat macam mana kak Ija… Hada kena redhalah.” Syuhada sengaja membuat
muka sedih tetapi dia ketawa apabila melihat muka Khairil Qushairy seperti
pelik, mungkin dia takut hada tidak menerima dia sepenuhnya.
“Hahahaha… Lawak lah muka Abang Que.” Khalijah menegur Khairil Qushairy.
“Tak adalah… Hada cakap macam tu… Risau Abang ni.” Katanya.
“Abang Que… Kalau tak nak… Awal-awal lagi Hada dah tolaklah… Hada main-main
jer.” Syuhada tersenyum kepadanya kemudian cepat-cepat dia berpaling semula.
“Ohhh… kenakan Abang ya… Tak apa… Abang simpan.” Khairil Qushairy turut
ketawa.
“Haa… Dah… Dah… Masalah suami isteri sila selesaikan di private room ya.”
Khalijah pula berkata.
“Menggong punya Ija… Banyaklah kau punya Private room.” Syuhada melepuk
peha Khalijah.
“Adoi!... Bisa betul minah ni kalau melepuklah.” Khalijah mengosok pehanya
yang perit di pukul Syuhada.
“Hada… tengokkan Izara tu… Abang buatkan susu dia dulu, Dia mengantuk kut…
Dah mengosok-gosok mata dah tu.”Khairil Qushairy berpesan dan terus bangun
untuk membuatkan susu.
“Haa… Yelah… Come sayang… Izara! Come here.” Syuhada memanggil Izara yang
duduk tidak jauh darinya, Izara terus datang merangkak kepada Syuhada dan duduk
di dalam pangku Syuhada.
Majlis tahlil dan doa selamat bermula selepas solat maghrib dan Datuk Sahak
turut menjemput orang-orang di Masjid yang dia dan Khairil Qushairy kerap
pergi. Seperti biasa masakan untuk kenduri ini di sedikan oleh rakan Datin Roziah
sendiri, dia adalah orang yang sama menguruskan katering semasa kenduri untuk
arwah Kartini dahulu. Walaupun hanya keluarga yang memenuhi rumah Datuk Sahak
tetapi kemeriahannya seperti menjemput orang luar, beginilah suasana apabila
keluarga besar ini bersatu dan kereta pun berderet-deret sehingga terpaksa di
parking di luar kawasan rumah Datuk Sahak.
Selesai sudah kenduri untuk malam ini dan majlis kemuncak untuk penyatuan
Khairil Qushairy dan Syuhada akan berlansung esok. Debaran amat terasa oleh kedua
mereka, walaupun ini adalah perkahwinan kali kedua buat Khairil Qushairy tetapi
debaran untuk mengenggam tangan bakal bapa mertuanya a.k.a Tuan Roslan
berkunjung datang. Dia telah balik ke hotel dengan Nazim dan Azman itu pun
setelah di halau balik oleh Datuk sahak. Kalau ikutkan Khairil Qushairy rasa
malas hendak duduk di hotel tetapi dia terpaksa juga akur di atas arahan ‘mem’
besar iaitu neneknya.
“Aku terima nikah Syuhada binti
Roslan dengan mas kahwinya tiga ratus ringgit… Tunai” Khairil Qushairy
melafazkan akad.
“Sah?” Tuan Roslan bertanya kepada saksi iaitu tuan kadi dan Datuk Bakri
abang kepada Datuk Sahak.
“Sah!” Kedua-duanya menjawab serentak.
“Alhamdulillah…” Semuanya mengucapkan syukur.
Khairil Qushairy membaca lafaz taklik kepada Syuhada. Kemudian dia meminta
untuk bersolat sunat bersama Syuhada sebelum pembatalan air sembahyang. Perkara
itu telah di maklumkan oleh Khairil Qushairy kepada keluarga mereka awal-awal
lagi. Syakina membantu membawa Syuhada naik ke atas untuk bersolat dengan
Khairil Qushairy, satu lagi yang Khairil Qushairy katakan dia hendak bersolat
di dalam bilik dan tidak mahu ada yang melihatnya kerana takut akan timbulnya
riak apabila semasa dia bersolat dan ramai yang mengambil gambar dan rasanya
dia pasti tidak kusyuk juga untuk berdoa nanti.
Semasa Khairil Qushairy dan Syuhada bersolat, Datin Roziah dan Puan Rokiah
turut sama menemani mereka. Selesai berdoa Khairil Qushairy menghulurkan
tangannya kepada Syuhada untuk di salam, Berdebar juga Syuhada untuk menyambut
tangan orang yang sudah sah menjadi suaminya dan ini adalah pertama kalinya
mereka bersentuhan. Setelah Syuhada menyambut huluran tangan Khairil Qushairy
dan mencium tangannya dan tiba-tiba airmata Syuhada turut menitik kerana dia
terasa terharu, apabila dia mengangkat mukanya Khairil Qushairy mencium
umbun-umbunnya walaupun di litupi tudung. Datin Roziah dan Puan Rokiah hanya
tersenyum melihatnya. Kemudian mereka di bawa ke bawah semula untuk acara menyarung
cincin di hadapan keluarga besar mereka.
Gamat sekali jadinya apabila mereka di usik oleh sepupu-sepupu semasa acara
menyarungkan cincin, apalagi penderaan semasa Khairil Qushairy mencium
ubun-ubun Syuhada sekali lagi dia terpaksa lama sedikit kerana masing-masing
sibuk nak mengambil gambar. Sekali lagi mereka menjadi mangsa paparazi mamarazi
yang tidak di iktiraf. Kemudian mereka bersalam dengan ibubapa dan keluarga
yang lain. Selesai sudah majlis pernikahan Khairil Qushairy dan Syuhada dan
satu jam lagi akan bermulanya pula acara pertunangan Khalijah dan Zakuan,
khabarnya keluarga Zakuan di dalam perjalanan ke rumah mereka sekarang ini.
“Tahniah Hada… Akak harap jodoh kamu berdua berkekalan hingga ke akhir
hayat.” Syafiqa berkata kepada Syuhada dan dia memeluk adik bongsunya itu.
Bergenang juga airmata Syuhada apabila di peluk oleh kakak sulongnya itu.
“Thanks kak Fiqa.” Syuhada berkata sambil memeluk Syafiqa kemudian Syuhada
bersalam dengan Syakina pula. Tetapi yang kelakarnya semasa hendak bersalam
dengan Khairil Qushairy, mereka teragak-agak hendak memanggil kerana sekarang
Khairil Qushairy adalah adik ipar kepadanya tetapi kerana rasa hormat mereka
tetap memanggil Khairil Qushairy dengan panggilan ‘Abang Que’
Sekarang ini majlis perbincangan pertunangan untuk Khalijah pula. Nampak
gaya semuanya berjalan dengan lancar dan mudah, ramai juga keluarga Zakuan yang
hadir. Pihak Zakuan membawa sembilan dulang dan di balas tujuh dulang dari
pihak Khalijah pula. Setelah selesai acara menyarung cincin mereka telah di
minta bergambar, Zakuan hadir dengan memakai baju melayu kuning cair dan nampak
sedondon dengan jubah bersulam yang di bawa oleh mak andam yang di tempah oleh
Datin Roziah untuk kedua puterinya. Syuhada memakai jubah putih bersulam penuh
di bahagian tangan dan di bahagian tubuhnya pula di lapik dengan kain lace
terbelah dua manakala tudungnya daripada kain jenis satin lembut dan menutupi
seluruh dadanya begitu juga dengan Khalijah di sebabkan dia hanya bertunang dan
penampilannya tidak terlalu ketara dari Syuhada jubahnya berwarna putih juga
dan di bahagian perut di hiasi sulaman putih dan kuning manakala di bahagian
lengannya pula di sulam sama seperti di bahagian perut jubah itu yang penting
kedua-duanya tidak mahu jubah yang menampakkan bentuk tubuh.
“Tahniah Que dan Hada… Nenek doakan kamu berdua kekal hingga ke akhir
hayat.” Rahimah berkata.
“Terima kasih nek kerana mendoakan kami berdua.” Khairil Qushairy berkata
sambil memaut erat bahu Rahimah
“Tulah nenek pun doakan yang sama… Kamu jaga elok-elok Hada ni Que.” Pesan
Kalsom Ibu kepada Datuk Sahak.
“InsyAllah nek.” Khairil Qushairy memeluk Kalsom dan kemudian dia memeluk
Bapa kepada Datuk Sahak iaitu Zaki.
“Hada… Que… kamu pergi duduk makan dengan Ija dan Zakuan… Mereka sudah
siapkan hidangan di meja tu.” Puan Rokiah datang memanggil anak dan menantunya.
“Iya mak.” Jawab Syuhada.
“Nenek-nenek dengan Atuk dah makan ke?” Syuhada bertanya.
“Kamu tak payah risau… Kami baru sudah makan… Mummy tu kamu tahu sajalah…
Selagi kami tidak makan di paksanya, takut kami lapar terlalu lama katanya.”
Rahimah berkata dia faham sangat dengan perangai anak perempuan sulungnya itu,
pasti dia akan memastikan ibu dan mertuanya di beri makan dulu kerana dia tidak
mahu mereka berlapar terlalu lama.
“Hai nenek macam tak kenal prihatin mummy tu macam manakan.” Khairil
Qushairy berkata.
“Dah… kamu pergi makan… Mereka menunggu tu.” Kalsom menyuruh mereka berdua
untuk bergerak ke bawah khemah kerana Khalijah dan Zakuan sedang menanti mereka
berdua. Hari ini Izara terlalu baik, sedikit pun dia tidak membuat masalah atau
merenget elok sahaja dia di jaga oleh Khalidah dan Syafiqa, dia seperti mengerti
yang hari ini adalah hari penting untuk Khairil Qushairy dan Syuhada.
“Baik pula dia hari ni.” Syuhada berkata perlahan kepada Khairil Qushairy
ketika mereka beiringan berjalan ke khemah untuk menjamu selera.
“Siapa?” Khairil Qushairy bertanya hairan.
“Siapa lagi… Anak dara Abang tulah.” Jawab Syuhada.
“Anak dara siapa?” Khairil Qushairy sengaja buat-buat tanya kerana dia
perasan yang Syuhada mengotakan janjinya untuk hanya memanggilnya Abang dan
bukan lagi Abang Que selepas Khairil Qushairy melafazkan akad.
“Anak dara Abang lah.” Jawab Syuhada lagi, dia sebenarnya tidak perasan
lagi yang Khairil Qushairy mempermainkan dia.
“So sweet.” Khairil Qushairy berkata dan terus tersenyum. Syuhada terus
memandang kearah Khairil Qushairy dan baru dia faham apa yang membuatkan
khairil Qushairy tersenyum.
“Eee benci.. Abang Que!” Sengaja Syuhada berkata begitu kerana dia geram
dengan usikan Khairil Qushairy itu.
“Hai! Terhegeh-hegeh betul lah laki bini ni.” Khalijah menegur mereka
berdua yang sudah menghampiri meja.
“Sorry cik Ija.” Syuhada membuat gaya maaf dengan melekapkan kedua telapak
tangannya.
Khalijah duduk di sebelah Syuhada manakala Zakuan duduk di sebelah Khairil
Qushairy mereka ibarat pengapit kepada kedua mempelai. Keluarga Zakuan turut
menjamu selera bersama. Datin Roziah telah memesan menu redang kacang panjang,
ayam goreng rempah, Daging kari dan sayur dalca manakala pencuci mulut pula
bubur pulut hitam, bubur kacang, kuih kasui dan kuih talam tepung.
“Sayang mama.” Syuhada memanggil Izara yang sedang jalan terkedek-kedek
mendapatkan dia sambil di pimpin oleh Khalidah. Mungkin sudah terlalu lama dia
tidak dapat mendekati Syuhada kerana itu dia sudah mula menunujukkan resahnya.
“Dah mula merenget dah dia… kak Idah pujuk pun dia tak mahu lagi dah.”
Khalidah berkata sambil duduk di sebelah Syuhada. Syuhada sudah pun siap
menukar jubah lain kerana hari sudah pun petang dan dia juga sudah siap solat
Asar bersama dengan Khairil Qushairy.
“Tadi elok saja… Ni nak mengada-ngadalah ni.” Syuhada mengangkat Izara.
“Tadi dia bagi change dekat Mama dengan Papa dia.” Khalidah ketawa.
“Dia hendak makan kut ni… Hada ambilkan nasi dululah.” Syuhada rasa mungkin
Izara sudah lapar dan rasanya elok dia berikan nasi sahaja.
“Tak apa biar kak Idah ambilkan… Ayam dengan dalca tu okkan.” Khalidah
bertanya.
“Boleh gak kak Idah… tapi tak payah banyak sangat kuah dia… sayur tu lebih
tak apa.” Pesan Syuhada.
“Haaa… Budak nakal dah dapat peluk Mama dia semula ya.” Datin Roziah pula
datang duduk di sebelah Syuhada.
“Hehehehe…” Syuhada hanya ketawa apabila Datin Roziah berkata begitu kepada
Izara yang seperti sedang termenung di atas pangku Syuhada.
“Amboi! Dah tak free lagi mama dia… Mulalah nak sombong dengan semua
orangkan.” Khalijah pula menegur Izara. Mereka semua sedang duduk berehat.
“Lapar nie… Tu yang nampak monyok saja ni.” Syuhada berkata.
“Ehhh… Pergilah bagi dia makan.” Datin Roziah berkata.
“Tu haa… Mak Uda dia tengah ambilkan nasi dia.” Syuhada memuncungkan ke
arah Khalidah yang datang dari arah dapur dengan menatang pinggan dan secawan
air untuk Izara.
“Hada… Ini air basuh tangannya.” Rania pula datang menghulurkan air basuh
tangan untuk Syuhada dan pasti Khalidah yang meminta Rania membawakan air untuk
mencuci tangannya.
“Terima kasih Rania.” Syuhada tersenyum mengucapkan terima kasihnya.
“Sian budak ni… Tadi Ama elek… Apak elek… tu yang dia lapar yek.” Kalsum
pula menegur cicitnya itu.
“Ehhh… Tadi bibik nie jaga dengan baik sekali tau.. siap tidur sekali dia
tu.” Khalidah bersuara dan mereka ketawa apabila Khalidah mengatakan dirinya bibik.
“Ni lapar lepas bangun lah ni.” Kalsum berkata lagi sambil
mengoyang-goyangkan kaki Izara. Syuhada mula menyuap Izara makan. Khairil
Qushairy sedang duduk berbual dengan saudara mara yang lain di luar.
“Malam ni biar dia tidur dengan Mummy.” Datin Roziah berkata kepada
Syuhada.
“Ehhh… Tak apa ke Mummy.” Syuhada bertanya.
“Nenek nak bagi chance Mama ngan Papa dia lah tu.” Khalidah pula berkata.
“Amboi! Pandai aja kak Idah ni.” Syuhada berkata sambil tersenyum malu.
“Betul apa kata Idah tu… Malam ni saja… Malam esok dia tidurlah dengan kamu
semula. Katil dia dalam bilik memang dah ada di masukkan dalam bilik mummykan.”
“Haa ahh…” Jawab Syuhada pendek.
“Esok saja baru suruh Que alihkan ke bilik kamu… Mummy bagi chance kamu
berdua honeymoon malam ni.” Datin Roziah berkata sambil tersenyum dan dia boleh
nampak perubahan di wajah menantunya itu, merah muka Syuhada menahan malu di
atas usikan mertuanya itu.
“Mummy ni.”Syuhada berkata dan sedikit tertunduk.
“Kamu ni Rozi… Kok iya pun mengusik dia tu tunggulah dia selesai menyuapkan
Izara tu.” Kalsum menegur Datin Roziah tetapi dia juga turut sama tertawa.
“Tak apa mak… Kalau time dia free kita usik dia cepat cabut lari… kalau
macam ni… Nak lari kemananya.” Datin Roziah membalas teguran Kalsom tadi dan
mereka ketawa semula.
Sungguh Syuhada tidak sangka… Apabila sah sahaja dia menjadi isteri dan dia
menjadi mangsa usikan keluarganya… Nak-nak lagi usikan yang tidak patut di
bualkan di hadapan anak-anak dara.
“Ehhh… Idah dengan Ija… kamu tak boleh duduk sini… Ini cerita orang sudah
kawin sahaja.” Halija berkata sambil ketawa.
“Amboi! Kak Ija… siap main halau kita lagi tu.” Khalijah berkata.
“Kamu tadah telinga sajalah kalau kamu tak mahu pergi.” Syafiqa pula
berkata.
“Ala tak nak lah cerita sensored ni… Tak nak dengar.” Syuhada berkata
terus. Mereka ketawakan Syuhada padahal tak ada pun sengaja mereka hendak
mengusik Syuhada.
“Hahaha… Tak adalah kak Fiqa main-main sajalah.” Syafiqa berkata.
“Tapi Kak Ija memang suka tengok kau orang berdua… Sama-sama cantik dan
handsome… memang sepadan… Nanti kalau dapat anak pun mesti cantik-cantik macam
kakak Izaranya.” Halija berkata dan tersenyum lagi.
“Aishhh kak Ija ni… Cepat pula doa dia… Kasi relax dululah.” Syuhada
berkata.
“Ehhh… Tak mau plan nak ada anak ketidak… Kamu pun Fiqa jangan planning…
Kalau terlalu planning nanti Allah tak beri langsung baru kamu tahu.” Nasihat
Halija, kali ini dia ikhlas menasihatkan adik-adik sepupunya itu.
“InsyAllah kak Ija… Kami tak ada planning pun… Kalau dapat cepat pun
Alhamdulillah.” Syafiqa berkata.
“Hehehe Hada tak plan dan tak cerita lagi bab ni… Tapi kalau ada rezeki
awal Allah bagi… Hada terima.” Syuhada berkata.
“Allah bagi apa?” Tiba-tiba Khairil Qushairy datang dan duduk mengimpit
sebelah Syuhada. Mentang-mentang dia sudah sah menjadi suami isteri Khairil
Qushairy sudah berlagak bebas untuk mendekatinya.
“Anaklah.” Jawab Khalijah spontan.
“Hey!” Syuhada tidak sempat menahan Khalijah dari berkata.
“Ohh… No hal… Abang boleh bagi Izara adik cepat-cepat.” Khairil Qushairy
berkata.
“Cehhh… laki sapalah ni… Yang gatal sangat ni.” Khalijah berkata dan
tergelak mendengar jawapan Khairil Qushairy. Syuhada mengetap gigi apabila
mendengar khairil Qushairy berkata begitu.
“Mampuih! Abang Que sengal dia sudah datang… Eee tak sanggup nak dengar…
Baik Idah lari dulu.” Khalidah pula berkata dan terus bangun kerana dia tahu
Khairil Quhairy bila sesekali sengalnya datang memang tiada sangka.
“Hahaha… Apalah Idah ni… Abang main-main ajalah.” Dia ketawa melihat
Khalidah meninggalkannya.
“Abang nie… Jahat tau.” Syuhada bersuara juga kerana perbuatannya itu telah
membuatkan Khalidah lari.
“Ala Hada… Kau macam tak tahu kak idah tu mana masuk otak sengal kita ni.”
Khalijah berkata pula seperti menyokong Khairil Qushairy.
“Hmmm… Dua beradik ni memang sengal lebih pun.” Syuhada pula berkata sambil
tersenyum.
“Betul tu Hada.” Halija pula menyokong Syuhada.
“Dahlah... malas nak layan otak sengal kau orang ni… Jom Izara kita basuh
mulut tu.” Syuhada berkata sambil mengutip sisa nasi yang jatuh semasa menyuap
Izara tadi.
“Dah sudah ke? Biar Abang bawakan Izara.” Khairil Qushairy menawarkan
dirinya.
“Dah sudah dah... Eloklah abang basuhkan muka dia sekali dan bukakan baju
dia sekali ya.” Syuhada berpesan kepada Khairil Qushairy.
“Untung Hadakan.” Tiba-tiba Syafiqa berkata.
“Lahh… Kenapa pula kak Fiqa cakap macam tu.” Syuhada bertanya.
“ Yelah… Kak Fiqa kawin dulu dari Hada belum dpat anak… Tapi Hada kawin
hari ini dah dapat anak.” Syuhada mengusik Syuhada rupanya.
“Hahaha… Kak Fiqa ni… Ingatkan apalah tadi… Untung dapat anak express.”
Syuhada ketawa.
“Hahaha… Kak Fiqa lawak tak boleh blah lah.” Khalijah pula berkata
kesudahan mereka berdekah juga ketawa.
Sebahagian lelaki keluar ke masjid untuk bersolat maghrib dan isyak
manakala yang perempuan hanya bersolat di rumah kemudian mereka makan malam
beramai-ramai, adik beradik Datuk Sahak dan Datin Roziah balik malam ini juga.
Syafiqa dan Syakina juga turut ikut Tuan Roslan dan Puan Rokiah balik ke bangi,
esok Syafiqa dan Syakina akan balik ke perak dan penang mereka memang tidak
mengambil cuti, kerana Syafiqa juga baru lepas bercuti kawin dan Syakina hendak
menyimpan cutinya untuk majlis persandingan Syuhada nanti.
“Hada! letakkan Izara dalam bilik Mummy… Kesian pula tidur atas lengan kamu
macam tu. Kamu tu pun pergilah berehat dulu.” Datin Roziah mengarahkan Syuhada
dan dia tahu hati menantunya itu tengah tidak tenteram dan dia tersenyum
memandang Syuhada.
“Ya Mummy.” Syuhada bangun dan masuk ke bilik Datin Roziah untuk meletakkan
Izara di dalam katilnya.
“Bakul susu dia tu hantarkan ke bilik Mummy ya.” Datin Roziah berpesan lagi
setelah dia turut sama masuk ke bilik semasa Syuhada membawa Izara.
“Jap Hada ambilkan.”Syuhada terus keluar dari bilik dan turun ke tingkat
bawah untuk mengambilnya di dapur.
“Nak pergi mana?” Tiba-tiba Khairil Qushairy menegur selepas dia mengunci
pintu-pintu di tingkat bawah.
“Ambil bakul susu dan botol Izara… Mummy suruh letak dalam bilik dia.” Jawab
Syuhada.
“Jom… Abang temankan.” Khairil Qushairy berkata.
“Amboi! Takkan ambil botol kat dapur pun nak di temankan Que.” Tiba-tiba
Kalsom menegur selepas dia terdengar kerana dia baru keluar dari dapur.
“Ehhh... Ada nenek lagi di dapur… Que ingatkan kok tak ada sesiapa lagi
dah.” Jawab Khairil Qushairy.
“Tak ada mananya tu… nenek kamu ada di dapur tengah berbual dengan Salimah
dan Rania tu.” Jawab kalsom lagi.
“Haaa… Kalau macam tu Abang naik dulu… Hehehe… Que naik dulu lah nenek.”
Khairil Qushairy meminta diri untuk naik dahulu dia pun malu juga apabila
tertangkap oleh neneknya hanya kerana hendak menemankan Syuhada di dapur.
Syuhada terus mengambil barangan Izara dan membawanya ke bilik Datin
Roziah. Kemudian dia membetulkan bantal dan selimut Izara dan barulah dia
meminta izin keluar dari Datin Roziah. Datin Roziah sudah tidak betah untuk
duduk di luar menemani suaminya kerana dia sudah terasa lelah dan dia masuk
untuk berehat awal.
“Abang! Hada naik atas dulu.” Syuhada berkata tanpa keluar suara dan dengan
hanya membuat gaya kepada Khairil Qushairy yang sedang duduk menonton tv
bersama dengan Datuk Sahak dan beberapa sepupunya.
Khairil Qushairy menganggukkan kepalanya dan dia menghantar Syuhada dengan
pandangan matanya sahaja.
“Aik takkan hantar dengan mata sahaja… Gie lah naik.” Tiba-tiba Datuk Sahak
berbisik kepada Khairil Kushairy.
“Erkk!” Spontan keluar dari mulut Khairil Qushairy kerana dia tidak sangka
yang Datuk Sahak sekali lagi dapat menangkap perbuatannya itu.
“Ehhh… Tak betul ke apa yang Papa katakan.” Datuk Sahak berkata lagi.
“Relaxlah Pa… Habis movie ni… Que naiklah.”
Tidak lama pun Khairil Qushairy duduk menonton dan dia kesudahannya terus
naik ke biliknya.
“Assalamualaikum…” Khairil Qushairy menolak pintu biliknya dan memberi
salam untuk masuk.
“Walaikumusalam…” Syuhada menjawab seeloknya dia keluar dari bilik air.
“Abang ingatkan Hada dah tidur tadi.” Dia berkata dan memandang Izara yang
sudah pun siap menukar pakaian tidurnya dan towel elok terletak di atas
kepalanya.
“Hada basuh muka dulu dan tukar baju semua… Takkan nak tidur dengan jubah
tu.” Syuhada terus duduk di depan almari cermin dan membuka towel untuk
menyikat rambutnya dahulu. Dia tidak menghiraukan Khairil Qushairy yang seperti
terpegun memandangnya dia sebenarnya tengah gelabah juga tetapi sengaja
buat-buat macam biasa tetapi jantung berdegup punyalah kencang.
“Ya Allah Hada… Abang tak sangka yang rambut hada cantik dan panjang
begini.” Dia terpegun melihat kecantikan rambut isterinya itu, memang selama
Syuhada duduk di rumahnya dan belum sekali pun dia melihat rambut Syuhada
kerana dia betul-betul menjaga auratnya.
“Abang ni… Rambut hada sama saja macam rambut Ija tu.” Syuhada hanya
menyamakan rambutnya dengan rambut Khalijah untuk melindungi rasa malunya
apabila di puji oleh Khairil Qushairy.
“Abang memujinya ikhlas sayang.” Khairil Qushairy berkata sambil kakinya
mula melangkah ke arah Syuhada yang masih lagi menyikat rambutnya.
“Err.” Syuhada tidak dapat berkata dan dadanya berdebar kencang apabila
melihat Khairil Qushairy menghampirinya. Dia terus tunduk dan memejamkan
matanya, tangan masih menyikat rambutnya tetapi tidak selaju tadi.
“Hada malu dengan Abang ya. Pandanglah Abang ni.” Khairil Qushairy berlutut
mengadap Syuhada.
Tangannya terus membelai rambut Syuhada. Sebelum ini Khairil
Qushairy telah menanamkan di dalam hatinya yang dia akan sentiasa mengingati
Syuhada sahaja apabila dia sah menjadi suami Syuhada dan di dalam matanya tiada
lagi bayangan kartini. Doanya telah di makbulkan Allah kerana dia tidak mahu
adanya dosa apabila dia bersama Syuhada tetapi bayangan arwah isterinya yang
timbul. Dia tidak pernah sekali akan melupakan arwah tapi kehidupannya kini
hanya antara dia dan Syuhada serta Izara.
“Abang pergilah tukar baju tu.” Syuhada berkata tanpa memandang ke arah
Khairil Qushairy.
“Abang akan pergi tapi Hada kena pandang Abang dulu… Kalau tak Abang duduk
di sini juga.”
“Ok… Haa tengok.” Syuhada mengangkat mukanya dan memandang Khairil Qushairy
tetapi hanya beberapa saat sahaja matanya memandang kemudian cepat sahaja dia
melarikan pandangannya.
“Hahaha… Hada masih malu dengan Abang... Ok tak apa Abang tukar pakaian
dulu.” Khairil Qushairy terus berdiri tetapi sebelum dia pergi sekali lagi di
ciumnya dahi Syuhada.
Syuhada berasa malu dengan cara Khairil Qushairy tetapi dia nekad untuk
menerima Khairil Qushairy sepenuhnya dan akan belajar menyanyangi suaminya itu.
Syuhada terus naik ke katil dan dia memadam lampu di sisi katilnya, Khairil
Qushairy masih di dalam bilik air dan Syuhada rasa sungguh selesa apabila dapat
merebahkan badannya, barulah terasa penat badannya apabila dia meluruskan
badannya di atas katil, tiba-tiba pintu bilik air terbuka dan cepat-cepat
Syuhada pura-pura tidur dengan melelapkan matanya, Khairil Qushairy tersenyum
kerana dia nampak dan tahu Syuhada berpura-pura tidur. Setelah dia
menyangkutkan tuala dia terus naik ke katil.
“Assalamualaikum sayang.” Khairil Qushairy terus memberi salam kepada
Syuhada, kebetulan Syuhada sudah tersilap mengiring sepatutnya dia mengadap
ketepi dan di sebabkan terperanjat yang tiba-tiba Khairil Qushairy membuka
pintu bilik air dan kerana itu dia terus mengiring menghadap ke arah Khairil
Qushairy.
“Tak jawab salam Abang ni berdosa tahu.” Dia sengaja berkata begitu.
“Waalaikumusalam.” Syuhada terpaksa juga menjawab salam Khairil Qushairy,
Khairil Qushairy terus tergelak besar dan cepat-cepat Syuhada bangun dan
menekup mulut Khairil Qushairy kerana dia takut kalau ada yang terdengar
Khairil Qushairy tergelak kuat begitu.
“Abang!” Syuhada memanggilnya supaya perlahankan tawanya.
“Hadalah… Orang kalau dah tidur mana boleh jawab salam.” Khairil Qushairy
berkata sambil sisa-sisa tawanya ada lagi.
“Memang Hada dah tidur pun… Abang bagi salam tu Hada dah jawab, tapi Abang
kata kalau Hada tak jawab berdosa so Hada terpaksa jawab kuat sikitlah…
mengada-ngada.” Syuhada seperti merajuk kerana di usik begitu oleh khairil
Qushairy. Satu lagi perwatakan Kartini dengan Syuhada berbeza, Kartini seorang
yang tabah dan dia jenis yang tidak kuat merajuk mungkin kerana cara
pembesarannya yang telah kehilangan kedua ibu bapa di usia muda manakala
Syuhada anak yang bongsu dalam tegas dia tetapi manjanya tetap ada.
“Amboi… Merajuk pula dia… Pandang muka Abang ni.”Khairil Qushairy
merapatkan dirinya dan menarik dagu syuhada untuk mengangkat mukanya mengadap
Khairil Qushairy.
“Mana ada Hada merajuklah.” Syuhada malu apabila Khairil Qushairy berbuat
begitu, tetapi elok sahaja Syuhada berkata begitu Khairil Qushairy terus
mencium dahinya lagi.
“Parahlah Abang kalau nanti Hada kuat merajuk tambah pula Izara pun
merajuk… pengsan lah Abang lepas ni.” Khairil Qushairy berlawak sambil matanya
leka memandang setiap inci di wajah isterinya itu, Barulah dia nampak
kejelitaan Syuhada sepenuhnya, memang cantik ciptaan Allah apabila sebelum ini
elok di selubungi dengan hijabnya.
“Abang ni… Mengada-ngada, takkanlah Hada nak merajuk macam Izara…
Agak-agaklah sikit. Syuhada menolak sedikit bahu Khairil Qushairy.
“Izinkan Abang peluk Hada.” Khairil Qushairy meminta izin dari Syuhada
tetapi Syuhada tidak berkata apa-apa sebaliknya dia menutup mata dan
menundukkan mukanya semula, Khairil Qushairy terus memaut leher Syuhada dan
meletakkan di atas lengannya. Dan tangan kirinya di letakkan di atas pinggang
Syuhada, Syuhada membuka perlahan-lahan matanya dan mukanya betul-betul
mengadap dada sasa Khairil Qushairy.
“Hada! Abang harap Hada dapat menerima Abang sepenuhnya, Abang tahu kisah
kita ini berlaku terlalu pantas, setiap yang kita rancang berubah menjadi lagi
bertambah pantas. Untuk pengetahuan Hada, Abang telah pun betul-betul
meletakkan Hada di hati Abang semenjak Abang berani meluahkan perasaan Abang
kepada Hada tiga minggu yang sudah. Tetapi Abang tidak memaksa Hada untuk
menerima Abang sepenuhnya tapi belajarlah menyayangi Abang, Abang akan sabar
menunggunya.
Syuhada terkaku mendengar luahan hati Khairil Qushairy dan terus meleleh
airmatanya kerana dia tidak sangka begitu sekali sayangnya Khairil Qushairy
kepadanya. Syuhada terus memaut pinggang Khairil Qushairy dan menekupkan
mukanya ke dada Khairril Qushairy dan dia menangis di dalam dakapan Khairil
Qushairy. Khairy Qushairy tersenyum dan terus di usap dan di ciumnya kepala
Syuhada, dia dapat rasakan yang mungkin Syuhada berasa serba salah. Kemudian
dia menolak sedikit badan Syuhada dan di angkatnya muka Syuhada serta di
sapunya sisa airmata yang masih ada di pipi Syuhada.
“Abang tak mahu sayang berasa serba salah. Abang akan sentiasa ada untuk
sayang.” Khairil Qushairy berkata lembut dan tersenyum memandang muka sembab
Syuhada kerana menangis.
“Abang! Hada juga bersedia untuk menjadi isteri Abang sepenuhnya, dan Hada
juga akan sentiasa ada untuk Abang.” Akhirnya Syuhada bersuara juga setelah
lama berdiam.
“Kalau begitu boleh lah kita bagi Izara adikkan.” Khairil Qushairy sempat
mengusik Syuhada.
“Abang ni.” Syuhada menampar perlahan bahu Khairil Qushairy.
Khairil Qushairy terus memadamkan lampu di sisi katilnya pula, dia
berpusing semula menghadap Syuhada dan dengan salam di beri dan lafaz bismillah
dan membaca doa… Khairil Qushairy mula menjalankan sebahagian tanggungjawab
sebagai seorang suami dan syuhada merelakan dirinya untuk melayani suaminya dan
dia nekad untuk menjadi isteri yang solehah.
best2... comel je izara ngan mama dia..que pn boleh tahan sengalnya..cpt2 smbung ye..x sabar nk tau kisah slanjutnya
ReplyDeletemmg comel n sweet jer dorng ni,cpt2 smbg er akak
ReplyDelete