Wednesday, 11 December 2013

Adakah ini takdirku 30


khairil Qushairy awal-awal lagi sudah bersiap, dia hendak ke hospital. Tidak betah dia untuk berlamaan di rumah.

"Kamu ni kelam kabut... kok ya pun makanlah dulu. Nie bawakan bekal untuk Hada nanti." Datin Roziah menegur Khairil Qushairy apabila dia hanya duduk minum tetapi tidak menjamah sedikit pun makanan.

"Que takut lambat pula sampai hospital... kesian pula dekat Izara." Jawabnya.

"kamu tu risaukan Izara atau Hada?" Datuk Sahak menyoal dan tersenyum kepada khairil Qushairy.

"Ishhh... Papa ni... Kesitu pula dia." Khairil Qushairy menyenduk juga mee goreng yang ada di depannya, kalau tidak nanti lagi di perli oleh kedua orang tuanya.

"Haa... makan dulu... Nanti kalau doktor kata Izara belum boleh keluar, kamu beritahu Mummy, nanti mummy boleh ajak Azam pergi ke sana." Khairul Azam ada di rumah mertuanya di Malawwati, semalam dia ke sana melawat mertuanya.

"Yelah." Khairil Qushairy tidak banyak bercakap dan hanya meneruskan suapannya. Dia hendak pergi cepat ke sana.

"Pasal meeting hari ini biar papa saja yang pergi. kamu tak payah masuk office dulu." Datuk Sahak faham situasi yang di hadapi oleh khairil Qushairy sekarang ini, dia pasti risaukan keadaan anak perempuan tunggalnya itu.

"Thanks Pa. Ok mummy... Que pergi dulu, apa-apa hal Que call." Khairil Qushairy mengambil bekalan yang telah di sediakan untuk Syuhada dan dia bersalam dengan kedua orang tuanya.

Datin Roziah dan Datuk Sahak hanya memerhati pemergian khairil Qushairy, kadang-kadang timbul juga rasa kasihan melihat nasib anak sulungnya itu.

"Risau betul Hada semalam kan Bang, dia memang betul-betul sayangkan Izara, kalau tidak dia tak menangis." Datin Roziah teringat kisah di dalam wad malam tadi.

"Iya... Saya pun nampak... Harap-harap Syuhada dapat menerima lamaran kita itu, Que pun bila nampak muka Hada bukan main ceria lagi." Datuk sahak pula berkata, perangai dia suka sangat memerhati perlakuan Syuhada dan Khairil Qushairy.

"Tulah... Saya ni tak putus berdoa supaya mereka berdua ada jodoh." Datin Roziah memang mengharapkan keputusan yang baik dari Syuhada.

################

"Assalamualaikum..." Khairil Qushairy mengetuk pintu wad dan membukanya perlahan.

"Waalaikumusalam." Syuhada berpaling ke arah pintu dan menjawab salam yang di beri.

"Hai princess Papa." Khairil Qushairy terus mencium Izara yang sedang terbaring di katil menyusu. Syuhada hanya tersenyum memandang.

"Macam mana dia malam tadi ada meragam tak?" Khairil Qushairy bertanya kepada Syuhada.

 "Tak ada pula... Tadi doktor dah datang check dan dia kata sebab suhu Izara dah menurun dan stabil... So Izara boleh discharge tengah hari ni. Doktor pun memang tunggu Abang Que datang." Terang Syuhada.

"Iya ke? Syukur Alhamdulillah... Ok Abang keluar jumpa doktor dulu... Haa tu ada bekal kak Imah sediakan, Tahulah Mummy tu bising kalau tak bawakan bekal untuk Hada." Khairil Qushairy menunjukkan bekalan yang di letakkan di meja yang tidak jauh dari katil.

"Ok... Thanks." Syuhada membalasnya dengan senyuman, dia akan makan selepas menyusukan Izara.
Syuhada makan sambil memandang Izara yang bermain di dalam katil, seronok dia melihat Izara sudah ceria semula. Sedang dia makan sekali lagi pintu bilik di tolak dari luar dan kelihatan Khairil Qushairy yang masuk.

 Sekali lagi Khairil Qushairy menghadiahkan senyuman kepada Syuhada dan dia terus pergi ke katil dan mengambil Izara.

"Abang dah jumpa doktor and they will process the prescriptions and bills... So we just wait here for one or two hours." Khairil Qushairy memberitahu Syuhada apa yang telah doktor katakan padanya tadi.

"Ohhh... Ye ke... Tak apalah... Nasib baik Hada ada simpan Ipad dalam beg." Syuhada berkata sambil tersenyum. kemudian dia meneruskan makan dan tiada perbualan di antara mereka dan hanya bising dari mulut Izara sahaja yang sibuk hendak turun dari pegangan Khairil Qushairy. Dia sudah merangkak dan mula berpaut untuk berdiri.

"Hada macam mana… ok ke?" Khairil Qushairy memecahkan kesunyian di dalam bilik, dia sebenarnya memang sengaja membiarkan Syuhada habis makan dan barulah dia hendak bertanya kepada Syuhada.

"Alhamdulillah... Malam tadi pun selesa aja Hada tidur sambil peluk kenit ni." Syuhada berkata sambil memandang Izara.

"Hada dah buat keputusan ke? Maaflah kalau abang bertanya terlalu awal." Khairil Qushairy rasa ini salah satu peluang untuk mereka berbincang lagi kerana kebetulan mereka berdua di dalam bilik ini.

"Hmmm... Sudah... Hada buat keputusan ini setelah Allah bagi petunjuk." Syuhada tunduk apabila berkata dia terasa segan apabila Khairil Qushairy asyik memandang ke arahnya.

"Katakanlah... Abang akan terima seadanya keputusan Hada itu." Dia berdebar-debar juga apa yang bakal keluar dari mulut Syuhada.

"Hada terima lamaran Abang Que dan Mak Long." Syuhada tidak mengangkat mukanya apabila dia berkata begitu.

"Apa dia Hada... Abang tak dengar." Khairil Qushairy sengaja berkata begitu kerana dia hendak Syuhada memandangnya ketika mengatakan persetujuannya itu.

"Hada kata Hada setuju." Syuhada berkata dan memandang ke arah Khairil Qushairy kemudian cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya.

"Setuju apa? Abang tak faham." Khairil Qushairy mengusik Syuhada.

"Abang Que sajakan nak kenakan Hada." Syuhada memasamkan sedikit mukanya.

"Betul... Cuba Hada cakap betul-betul dengan jelas." Sempat juga Khairil Qushairy mengenakan Syuhada, dia tahu yang Syuhada malu dengannya.

"Hada setuju dengan lamaran Abang Que." Syuhada berkata sedikit kuat dan kemudian dia memalingkan mukanya semula.

"Alhamdulillah... Thanks Hada sebab sudi terima abang." Khairil Qushairy tersenyum gembira dan berkali-kali dia mengucapkan syukur di dalam hatinya.

"Tapi dengan satu syarat." Syuhada mengenakan syarat pula.

"Alamak! Ada Syaratlah pula." Khairil Qushairy sabar menanti apakah syarat yang bakal di minta oleh Syuhada.

"Bagi Hada masa untuk lebih mengenali Abang Que dan Hada hendak Abang belajar menyanyangi Hada.
"Ohhh... Ok.. Abang ingatkan Syarat apalah tadi... Ehhh! Takkan Hada tak kenal-kenal lagi Abang ni” Khairil Qushairy mengusik Syuhada lagi.

“Abang Que ni… Maksud Hada kenal dengan lebih dekat lagilah.” Terang Syuhada.

“Kalau nak kenal dengan lebih dekat… Kena kawin cepat-cepatlah… Barulah Hada boleh kenal Abang dengan sepenuhnya.” Khairil Qushairy berkata dan tersenyum memandang Syuhada.

“Ishhh… mentang-mentang kita setuju dah laju je langkah diakan.” Syuhada sedikit merungut kerana dia tidak sangka yang Khairil Qushairy boleh memberi jawapan begitu, Khairil Qushairy tertawa apabila Syuhada bersungut.

“InsyAllah kita sama-sama mencuba ya... So lepas ni Izara kena belajar panggil Hada… Mama lah ya." Khairil Qushairy berkata sambil tersenyum lagi kepada Syuhada.

"Laaa... " Syuhada seperti tidak percaya.

"Iyalah... Takkan dia nak panggil Mak Su sampai bila-bila kan." Khairil Qushairy lebih suka Izara belajar memanggilnya Mama.

"Ok... Ok... Hada kalah... Hada akan cuba." Syuhada memang kalah untuk berkata lagi.

Pintu bilik di ketuk dan kelihatan jururawat masuk dengan membawa beberapa helai kertas, itu semua urusan Khairil Qushairy dengan pihak hospital, Syuhada sudah meletakkan Izara di dalam stroller yang di bawa oleh Khairil Qushairy. Manakala Khairil Qushairy membimbit beg barangan Izara. Datin Roziah telah di maklumkan tentang Izara keluar pada hari ini.

"Ehhh... Kita nak kemana pula ni?" Syuhada bertanya kepada Khairil Qushairy.

"Dating!" Jawab Khairil Qushairy sepatah, dia tetap dengan pemanduannya… dia hanya tersenyum.

"Ehhh... Abang Que nie. Izara belum pulih sepenuhnya tau. Sisa demam dia masih ada." Syuhada menegur Khairil Qushairy.

"Abang tahu... Kita pergi makan sekejap… Abang laparlah." Khairil Qushairy sudah galak mengusik Syuhada, kini Syuhada sudah nampak karakter lain yang terdapat pada diri Khairil Qushairy.

"Laaa... cakaplah awal-awal, tak adalah Hada bebelkan Abang Que." Syuhada berkata sambil menjeling Khairil Qushairy, geram juga dia tadi.

"Lepas ni Abang kena tadah telingalah dengar Hada bebelkan Abang hari-harikan." Seloroh Khairil Qushairy.

"Kesitu pula abang Que nie." Syuhada mengelengkan kepalanya.

"Hada! Abang ada satu permintaan dan Abang harap Hada boleh tunaikan." Khairil Qushairy berkata tanpa menoleh kepada Syuhada.

"Apa dia?" Syuhada memalingkan muka memandang kepada Khairil Qushairy.

"Boleh tak lepas nie kalau Hada panggil Abang... Jangan panggil Abang Que just panggil Abang sahaja... boleh tak?" Khairil Qushairy rasa seperti jauh dari Syuhada jikalau Syuhada masih memanggilnya Abang Que.

"InsyAllah...Tapi bagi Hada masa… Boleh tak kalau kita belajar step by step." Syuhada bertanya kerana dia memang memerlukan masa untuk menyesuaikan benda ini semua.

"Boleh... Tapi lagi cepat perubahan tu lagi Abang suka." Khairil Qushairy ketawa apabila berkata begitu.

"Mengada-nganda betul Papa Izara ni lah." Syuhada tidak tahu hendak jawab apa lagi dengan usikan Khairil Qushairy.

Khairil Qushairy awal-awal lagi telah memberitahu kepada Datin Roziah yang dia akan makan tengah hari di luar bersama Syuhada, dan dia juga sempat memberitahu kepada Datin Roziah yang dia ada perkara hendak di bincangkan dengannya setelah dia pulang nanti.

“Ala cucu nenek… Mana budak baik nenek tu.” Datin Roziah menegur Izara yang sedang di dukung Syuhada untuk masuk ke dalam rumah. Khairil Qushairy menyalami Datin Roziah dan terus membimbit beg barangan Izara naik ke atas.

“Mari sini manja nenek ni.” Datin Roziah mengambil Izara daripada Syuhada. Dia mengelak pun Datin Roziah tetap mangambil Izara dari Syuhada.

“Bertuah betul Izara ni.” Syuhada menegur Izara.

“Apa kata Doktor?” Datin Roziah bertanya kepada Syuhada dan meletakkan Izara duduk di atas alas khas bertulis huruf ABC dan memudahkan dia merangkak.

“Alhamdulillah Mak Long… Darah dia pun tak ada jangkitan apa-apa, tu yang doktor benarkan dia keluar.” Syuhada menerangkan kepada Datin Roziah. Khairil Qushairy turun dan duduk mengadap Datin Roziah dan Syuhada.

“Mummy! Boleh tak mummy call Mak ngah dan Pak Ngah suruh datang sini.” Khairil Qushairy memandang Datin Roziah dan mengharapkan jawapan darinya.

“Kenapa?” Datin Roziah bertanya hairan.

“Kami ada sesuatu yang hendak di bincangkan.” Balas Khairil Qushairy.

“Maknanya kamu berdua?” Datin Roziah bertanya lagi kemudian dia memandang Syuhada yang hanya mendiamkan diri.

“Iya… Saya dan Hada lah. Que harap nanti semua orang akan dapat menerima apa saja yang keluar dari mulut Syuhada dan satu sahaja yang Que minta nanti jangan sesiapa paksa Hada lagi.” Syuhada menyengetkan kepalanya sedikit kerana dia pasti yang sekarang ini Khairil Qushairy ada plan hendak membuatkan kedua-dua keluarga suspend dengan keputusan darinya.

“Ishhh… Kamu ni Que… merisaukan mummylah.” Berkerut dahi Datin Roziah memandang Khairil Qushairy dan kemudian dia memandang kepada Syuhada. Syuhada hanya buat-buat dia melayan Izara manakala Khairil Qushairy membuat muka selamba dan dia boleh menahan dirinya dari tertawa. Dia benar-benar membuat muka serius.

“Boleh tak Mummy.” Khairil Qushairy mendesak Datin Roziah.

“Yelah… Yelah…” Datin Roziah lantas mengambil telefonnya dan dia menelefon Puan Rokiah dan menyampaikan permintaan Khairil Qushairy.

#####################

Tuan Roslan dan Puan Rokiah sudah pun sampai selepas waktu sekolah petang tadi, Syafika dan Sufian turut ikut sama. Kebetulan Khairul Azam, Rohana dan anak-anaknya turut pulang ke rumah Datin Roziah. Mereka pulang untuk melawat Izara. Kiranya perbincangan ini di hadiri oleh adik beradik Syuhada dan Khairil Qushairy, cuma Syakina sahaja yang tidak ada. Setelah selesai solat maghrib dan makan malam, mereka semua duduk di ruang tamu di bawah kerana ruang tamu di bawah lagi besar berbanding di tingkat dua. Khalijah duduk di sebelah Syuhada dan dia juga tidak sabar dengan apa yang bakal di dengari.
“Haa… Que cepatlah cakap apa hal yang penting sangat kamu hendak beritahu kami semua ni.”Datuk Sahak memulakan pertanyaan kepada Khairil Qushairy.

“Haa.. Ahhh… Abang Que… Tak sabar ni.” Khalijah pula menambah.

“Apa-apa hal Que dah cakap dengan mummy… Jangan paksa Hada dengan apa sahaja keputusan yang telah di buat olehnya.” Khairil Qushairy berkata tenang. Masing-masing sabar menunggu.

“Cepatlah cakap bro.” Khairul Azam pula berkata kerana dia pun tidak sabar hendak tahu apa hal yang penting sangat itu.

“Macam ni… Hal nie Que rasa biar Hada sahaja yang beritahu.” Khairil Qushairy menundukkan kepalanya, dia membuat gaya seperti sedikit kecewa dan lagi berdebarlah dada Datin Roziah dan Puan Rokiah dibuatnya.

“Hada! Bagilah tahu cepat.” Khalijah mendesak Syuhada.

“Hada harap apa saja yang Hada beritahu ini tidak mengecewakan sesiapa.” Syuhada berjaya juga melakonkan wataknya, ini semua sebab terikut lakonan spontan Khairil Qushairy lah ni. Datin Roziah dan Puan Rokiah saling berpandangan dan mengerutkan dahi, mereka sudah pasti yang Syuhada menolak lamaran itu.

“Cakap sajalah Hada… Kami terima sahaja.” Tuan Roslan pula berkata.

“Hmmm… Baiklah… Mak, Abah, Mak Long dan Pak long… Mula-mula sekali maafkan Hada… Hada sudah nekad dengan keputusan Hada ini dan ini pun bukan atas desakan atau paksaan dari sesiapa. Hada nak beritahu yang Hada terima lamaran Mak Long.” Syuhada tertunduk malu juga selepas menyampaikan keputusannya itu.

“Apa?” Serentak Datin Roziah dan Puan Rokiah bertanya. Datuk Sahak dan Tuan Roslan terus mengucapkan syukur.

“Bertuah punya anak dalam baik kita di kenakan… Kalau Mummy ni ada heart attack memang rebah dah sebab risau dengan apa yang keluar dari mulut Hada nanti.” Datin Roziah membebel tapi dalam masa yang sama dia bersyukur dengan apa yang di dengari dari mulut Syuhada.

“Kamu ni Hada!!” Puan Rokiah pun terasa geram dengan Syuhada. Khalijah terus bersorak dan memeluk Syuhada kerana dia suka sangat dengan keputusan yang telah di buat oleh Syuhada.

“Jangan salahkan Hada… Ini semua Abang Que yang punya idea.” Syuhada berkata dan dia tidak mahu di persalahkan di atas rancangan ini.

“Yelah… Masa Mummy merisik Hada dekat Mak Ngah, kami pun tak tahukan dan tiba-tiba dapat surprise. So fair and square.” Khairil Qushairy tergelak sambil berkata.

“Mummy… Boleh jelaskan lebih terperinci tak… Azam blur sekejap ni.” Khairul Azam masih tertanya-tanya apa yang mereka setuju.

“Ohh… Mummy lupa nak terangkan dekat kamu semua. Begini… Mummy telah merisik dan ingin meminang Hada untuk Que. Tapi mula-mula memang Hada tidak boleh nak terima semua ini… Tetapi syukurlah kerana keputusan yang di beri sungguh mengembirakan.” Terang Datin Roziah.

“Ohhh… Begitu kisahnya… Ok.. kami pun setuju.” Khairul Azam, Rohana dan Khalidah bersetuju dengan penyatuan Syuhada dan Khairil Qushairy, mereka memang tiada bantahan.

“Kiah! Kita dah boleh merancanglah nampaknya.” Datin Roziah berkata kepada Puan Rokiah, jelas keterujaan di wajah Datin Roziah.

“Kok iya pun Datin Roziah nya… Bawa-bawa lah bertenang, kelam kabut sebab dek seronok.” Datuk Sahak menegur Datin Roziah dan mengeleng-geleng kepalanya, tetapi dia tersenyum gembira juga.

“Izara nak dapat Mama baru.” Rohana pula berkata kepada Izara yang sedang merangkak untuk mendapatkan Syuhada.

“Kak Ana… So tak boleh lah nak panggil mak su kan… Kena ejekkan diri tu mama lah. Betul tak kak Ana.” Khalidah pula mengusik.

“Betul… Betul …Betul” Khalijah pula berkata meniru gaya upin dan ipin.

“Ehh… nanti-nantilah dulu… Bawa bersabar.” Syuhada tersenyum menjawab usikan mereka.

“Mana boleh sabar-sabar… Kena mula dari sekaranglah.” Rohana pula berkata. Memang masak Syuhada di usik oleh mereka.

“Hada! Mari sini.” Puan Rokiah memanggil Syuhada datang dan duduk di antara Datin Roziah dan dia.

“Kenapa?” Syuhada bangun dan duduk di tengah-tengah dan yang lawaknya Izara tidak lepas dari pegangan Syuhada.

“Ni Hada nanti kita buat proper majlis… So sekarang Mak long nak ikat Hada siap-siap. Bagi sini tangan kanan tu.” Datin Roziah berkata dan di tangannya sudah ada sebentuk cincin, tetapi cincin itu adalah cincin di jarinya dan di tanggalkan untuk di pakaikan kepada Syuhada buat sementara.

“Apa pula Mak Long Rozi oii!! Mummylah.” Datuk Sahak menegur Datin Roziah.

“ Oh… Ya tak ianyakan… Nie guna cincin Mummy sementara. Nanti dua minggu lagi kita buat majlis bertunang kamu berdua.” Datin Roziah sudah menetapkan keputusan selepas dia berbincang dengan Puan Rokiah dan suami mereka.

“Amboi! Datin Roziah… Tak sabar-sabar nak dapat menantu.” Khalijah mengusik Datin Roziah.

“Haa… Kamu pun Ija… jangan lama-lama sangat, nanti suruh Zakuan datang bawa family dia.” Datin Roziah berkata sehingga membuat Khalijah terhenti untuk mengusiknya.

“Lah Mummy nak buat apa?” Khalijah bertanya.

“Meminang kamulah.” Datin Roziah berkata selamba dan sambil itu tangannya menyarungkan cincin di jari Syuhada.

“Besar sikitkan… Tak apa… Esok kamu dengan Que keluar cari cincin.” Datin Roziah sudah mengeluarkan arahan. Gamat sudahnya ruang tamu dek kerana gurau senda mereka semua.

“Tapikan Mummy… mana adil Ija yang di paksa sedangkan kak Idah tak bawa culan-culannya lagi.” Khalijah lagi hendak menjawab permintaan Datin Roziah.

“Culan-culan… Apa tu?” Datin Roziah bertanya kerana dia tidak faham.

“Calon-calon lah Mummy.”Rohana pula tolong menjawabkan bagi pihak Khalijah.

“Hehhh… Idah tu nak tunggu anak Raja Gopal datang meminang dia kut.” Khairul Azam pula menyampuk.

“Hampeh ehh lak aihh… Anak Raja gopal katanya.” Khalijah membaling kusyen kecil yang di pegangnya kepada Khairul Azam.

“Hahahahahaha” Mereka semua tergelak mendengar usikan Khairul Azam.

Izara sudah mula merenget dia sekejap memanjat Syuhada dan sekejap dia turun merayau. Dia merenget sambil merangkak datang kepada Syuhada, dia minta di dukung dan sudah mula mengosok matanya. Khairil Qushairy perasan apabila terdengar suara Izara mula merenget.

“Dah mengatuk ya.” Rohana menegur Izara yang sudah duduk di pangkuan Syuhada.

“Apalagi, dah merenget siap gosok-gosok mata ni… Sah-sah mengantuk.” Syuhada berkata sambil memandang Izara.

“Kejap Abang buatkan susu dia.” Tiba-tiba Khairil Qushairy menawarkan dirinya tanpa di suruh.
“Ala comelnya Papa mithali niekan.” Khalijah mengusik Khairil Qushairy.

“Ehhh… Memang dia selalu tolong buatkan susu untuk Izarakan.” Syuhada berkata.

“Ewah… Backing nampak.” Syuhada pula yang di usik oleh Khalijah.

“Mulalah dia nak lebih-lebihkan.” Syuhada mula menegur Khalijah.

“Tak pa… Kali ni kau tak boleh nak marah dengan aku sebab kau dah declare setuju nak kawin dengan Abang Que.” Khalijah ketawa girang kerana dia berjaya mengusik syuhada.

“Apa-apa sajalah Ija… Asalkan kau bahagia… Nanti kau… Aku call Zakuan suruh datang merisik kau pula.” Syuhada mengugut Khalijah.

“Wei kau jangan Da… Aku dengan dia tu memang tak ada apa-apa… Mana aku nak sorokkan muka bila terjumpa dia di hospital nanti.” Khalijah menahan Suhada dari meneruskan niat untuk mengenakan dia pula.

“Siapa Zakuan?” Khalidah dan Rohana bertanya serentak. Kemudian Syuhada menceritakan kepada Khalidah, Rohana dan Syafika siapakah Zakuan itu. Mereka pun mengangguk-anggukkan kepala tanda faham dengan apa yang di ceritakan oleh Syuhada.

Setelah masing-masing seronok berbual dan masa pun sudah lewat. Tuan Roslan dan Puan Rokiah meminta diri untuk pulang kerana esok mereka hendak ke sekolah. Syafika masih lagi bercuti, Izara pun sudah lelap di pangkuan Syuhada begitu juga dengan si kembar Syana dan Syafie sudah lelap tidak jauh dari Syuhada. Hendak tidur di pangkuan Syuhada tidak boleh kerana Izara sudah pandai cemburu dan di tolaknya kepala Syafie dari peha Syuhada. Mereka bersalaman dan Syuhada cuba untuk bangun sambil medukung Izara tetapi Khairil Qushairy cepat-cepat datang dan mengangkat Izara dari pegangan Syuhada. Kini katil Izara sudah di pindah masuk ke bilik Khalijah kerana setiap malam Izara tidur dengan Syuhada. Khairil Qushairy membawa Izara terus masuk ke bilik Syuhada dan meletakkan anaknya di dalam katil yang terletak tidak jauh dari katil Syuhada dan Khalijah tidur. Syuhada mengikut dari belakang dan meletakkan botol-botol susu Izara di atas meja. Kemudian Khairil Qushairy keluar dari bilik setelah dia letih di usik oleh Khalijah. Nampaknya Syuhada terpaksa belajar memanggil Datin Roziah dan Datuk Sahak dengan panggilan Mummy dan Papa, dia tidak di benarkan memanggil Mak Long dan Pak Long lagi.

################

“Assalamualaikum princess.” Khalijah menegur Izara yang sudah membuka matanya Khalijah sedang bersiap untuk pergi kerja, manakala syuhada ada di dalam bilik air sedang melepas. Selepas solat subuh dia kelam kabut masuk ke bilik air.

“Amboi… kenapa monyok manja mak Chu nie.” Khalijah menegur Izara yang pada mulanya setelah terjaga dia duduk dan kemudian dia menyarap pula.

“Demam lagi tak? Ohhh… Dia sudah sihat.” Khalijah merasa suhu di badan Izara dan demamnya telah kebah kemudian dia mengeletekkan Izara. Puas juga Izara mengelak dan terkekek-kekek dia ketawa. Khalijah masih mengusik Izara sehingga dia terlupa yang dia harus bersiap cepat.

“Kau dah siap ke Ija?” Syuhada menegur Khalijah setelah dia keluar dari bilik air.

“Belum… Ni semua budak kenit ni punya pasal lah… Ok princess mak Chu nak siap.” Khalijah mencuit pipi Izara.

“Hai sayang!” Syuhada menegur Izara. Izara hanya mengangkat kepalanya sedikit dan kemudian berbaring semula.

“Aik demam lagi ke?” Syuhada berkata sendiri dan dia meraba dahi dan badan Izara tetapi suhu badannya normal.

“Penat lagi kut tu Hada… Aku rasa tak ada pula panas badan dia.” Khalijah berkata sambil membetulkan tudungnya.

“Tulah… Aku pun rasa ni ok saja badan dia.” Syuhada berkata sambil dia meraba nappy Izara berat sudah penuh ke tidak.

“Hada! Aku tengok kau ni memang dah macam berpengalaman mempunyai anaklah. Kau sudah matang sebelum waktunya Ha… Ha… Ha…” Khalijah mengusik Syuhada.

“Kurang asam kau Ija… Aku check nappy dia pun kau boleh kata aku macam tu… yelah aku saja yang matang kau tu tak matang kan.” Syuhada buat-buat merajuk.

“Ala bakal kakak ipar aku nie merajuklah pula.” Khalijah menghampiri Syuhada dan ingin memeluknya.
“Kakak lah sangat.” Syuhada mencucuk pinggang khalijah.

“Dah… Ni kalau aku layan kau Hada jawabnya lambatlah aku sampai karang. Ok aku turun dulu… InsyAllah jumpa malam nanti.” Khalijah mengambil handbag dan kunci keretanya dan dia berjalan ke pintu untuk turun.

“Kalau jumpa Abang Zakuan kau tu jangan lupa sampaikan salam aku ya.” Syuhada sengaja berkata sedikit kuat. Terus terhenti khalijah untuk membuka pintu dan dia berpaling dan membuat isyarat senyap dengan meletakkan jari telunjuknya di mulut. Syuhada ketawa besar kerana berjaya mengenakan khalijah semula. Sedang elok Khalijah hendak membuka pintu tiba-tiba pintu biliknya di tolak dari luar, hampir juga kepalanya terhantuk.

“Haa… Dah siap? Pergi minum sekarang… karang dah terlambat sudahnya pergi kerja dengan perut kosong.” Datin Roziah menegur.

“Tak apa Mummy… Doktor Zakuan kan ada.” Syuhada galak mengusik Khalijah.

“Haippp! Buat malu saja kalau dia dengar tau. Aku tak ada apa-apa dengan dia lah.” Khalijah sempat lagi menjawab untuk mempertahankan dirinya.

“Dah… Sudah, Nanti mummy apa-apakan… kamu tunggu sajalah.” Datin Roziah pula berkata dan dia pun turut ketawa.

“Mummy! tak mau…Tak mau… Tak baik buat begitu.” Khalijah berkata lagi sambil berjalan untuk menuruni tangga, Datin Roziah dan Syuhada ketawa lagi dengan kata-kata Khalijah.

“Macam mana Izara… Malam tadi dia tidur lena tak?” Datin Roziah berjalan ke katil dan memerhatikan Syuhada menukar lampin Izara.

“Alhamdulillah… Tak ada meragam pun… Sampai pagi ni dia tidur.” Syuhada membalas pertanyaan Datin Roziah, kemudian pintu di ketuk dan terdengar suara Khairil Qushairy memanggil dari luar, Pintu memang tidak di rapatkan oleh Datin Roziah, Syuhada terus mencapai tudungnya dan di sarungkan kemudian Datin Roziah mengizikan khairil Qushairy masuk.

Khairil Qushairy masuk untuk meninjau keadaan Izara, kerisauan juga bila Izara tidak sihat.

“Assalamualaikum sayang Papa.” Khairil Qushairy menegur Izara yang terlentang di atas katil, dia baru sahaja di tukarkan lampin oleh Syuhada.

“Yang mana satu sayang yang kamu bagi salam ni Que.” Datin Roziah sengaja mengusik Khairil Qushairy, Syuhada tertunduk malu apabila Datin Roziah berkata begitu.

“Hahaha mummy ni… Pagi-pagi mood nak mengenakan orang ya… Saya bagi salam dekat budak bulat ni lah.” Khairil Qushairy mengangkat Izara dan menciumnya, Datin Roziah tersenyum setelah mengusik Khairil Qushairy.

“Dah jom turun kita sarapan.” Datin Roziah mengajak Syuhada dan Khairil Qushairy untuk turun bersarapan.

“Yelah… Jom.” Khairil Qushairy turut berkata dan dia membawa Izara keluar di ikuti oleh Syuhada dari belakang.

“Kak Ana! Bakal kakak ipar kita dah turun tu.” Khalijah sengaja berkata kuat mengusik Syuhada.

“Hahaha… Ija nikan kalau tak menyakat orang tak sah dia ni.” Khairul Azam pula menegur Khalijah tetapi dia juga turut tersenyum.

“Amboi… Amboi… Seronoknya berkata.” Syuhada melepuk Khalijah dan dia menarik kerusi dan duduk di sebelah Khalijah. Khairil Qushairy pula menarik kerusi satu lagi di sebelah Syuhada, kebetulan hanya kerusi itu sahaja yang kosong.

“Tulah mentang-mentang dah declare duduk pun tak nak berenggang.” Khalidah pula mengusik.

“Idah!” Datin Roziah menegur.

“Tentu-tentu ini saja yang kosong... Kau orang ni pantang dapat modalkan.” Khairil Qushairy berkata sambil tangannya laju mengambil nasi goreng untuk di sendukkan ke pinggannya. Syuhada hanya tersenyum dan dia terasa segan kerana dia menjadi bahan usikan pada pagi ini.

“Cik Ija… Cik Idah… Ni gasak mengusik orang, nanti kamu yang terlewat nak kerja.” Khairul Azam pula menegur kedua-dua adik perempuannya.

“Iya… Encik Azam… Masih ada masa lagi nie.” Khalijah menjawap teguran Khairul Azam.

“Dia ni kalau tak menjawab bukan Khalijah lah namanya.” Khairil Qushairy pula berkata.

“Rozi! Bila nak bagi tau mak hal budak-budak ni.” Datuk Sahak bertanya kepada Datin Roziah.

“Saya dah cakap dengan kiah… Tu ingat hari sabtu malam nanti baru cakap dengan mak, sebab masa tu semua ada berkumpul rumah diakan.” Sempat juga Datin Roziah dan Puan Rokiah berbual pendek mengenai rancangan mereka dan keluarga pun harus di beritahu mengenai hal penyatuan ini.

“Eloklah kalau macam tu… Que! Hari ni kamu masuk pejabatkan… Tengah hari nie kamu ada meeting dengan Aura sdn bhd tukan.” Datuk Sahak memberitahu mengenai meeting itu kerana setiausahanya semalam lagi sudah mengingatkan Datuk Sahak bahawa Khairil Qushairy kena berjumpa dengan klien mereka.

“Masuk Pa… Tapi tulah PA Que tak ada pula nie.” Khairil Qushairy sengaja berkata begitu kerana dia mengusik Syuhada.

“Allah… Gediknya pula Papa Izara ni.” Khalijah mencebik bibir kononya mengejek Khairil Qushairy.
“Jeleslah tu.” Khairil Qushairy mengusik Khalijah semula.

“Ehh.. Tak apa Abang Que… Hada ingat nak masuk office hari ini… Lama sangat Hada cuti pula.” Syuhada rasa segan pula dengan Datuk Sahak kerana lama sangat dia bercuti.

“Eloklah tu Hada pergi office tu… Tak kang kok angau pula orang tu.” Khalidah pula mengusik.

“Amboi! Cik dara-cik dara nie… Cepat sikit… Mummy pula yang risau tengok kamu leka saja ni.” Datin Roziah mula membebelkan Khalijah dan Khalidah.

“Apa kata kau orang berdua cuti saja hari ini.. Boleh berbual lama lagi.” Khairul Azam pula berkata dan lebih kepada mengusik adik-adik dia sebenarnya.

“Manisnya perli Abang azam.” Khalidah memerli Khairul Azam semula.

“Oklah… Patik memohon diri untuk bergerak ke kerja dulu… Malam nanti InsyAllah kita berbual lagi.” Khalijah bangun dan menyalami kedua orang tuanya dan meminta diri untuk pergi dahulu, kemudian di ikuti oleh Khalidah pula.

“Ija… Sampaikan salam kak Ana dekat Doktor Zakuan tu ya.” Rohana sempat mengusik Khalijah.

“Haipp… jangang ngada-ngada tau.” Khalijah mengangkat tangan seperti gaya untuk melepuk. Rohana dan Syuhada tertawa meliha gaya Khalijah.

Syuhada bangun dan membawa cawan dan pinggan makannya ke dapur dan dia hendak naik ke atas untuk bersiap.

“Hada naik dulu ya… Hada nak siap.” Syuhada meminta diri kepada semua yang ada di meja makan.
“Ehhh... Hada! Kamukan ke cuti lagi.” Datin Roziah menegur Syuhada.

“Hada ingat nak pergi pejabatlah… Rasa rindu pula nak kerja… Tak apa cuti tu boleh postpone next time punya.” Syuhada tertawa setelah berkata begitu.

“Ohh… Nie mesti dah lapang dada… Hati dah tenanglah tukan.” Rohana sengaja mengusik Syuhada.

“Ehhh… Kak Ana ni.” Syuhada malu-malu apabila di usik oleh Rohana tetapi apa yang di katakan oleh Rohana tu ada betulnya, sebelum ini memang dia tidak ada mood kerana masalah yang dia hadapinya tetapi selepas dia membuat keputusan dan memberitahu kepada kedua orang tuanya dan Datuk Sahak serta Datin Roziah… Kini fikirannya terasa lapang dan ttidak terasa sarat seperti beberapa hari yang lalu.

“Betul ke Hada nak pergi ni… Abang tak kisah pun kalau hada nak teruskan saja cuti tu… Isnin depan pun Hada boleh mula balik kerja.” Khairil Qushairy sekadar bergurau sahaja tadi mengatakan PA nya tidak ada dan tidak sangka yang Syuhada terus berkata untuk memulakan kerjanya pada hari ini, Dia takut Syuhada terasa dengan usikannya tadi.

“Betullah… Tak apa Abang Que… Hada rindu nak kerja dan jumpa kawan-kawan pejabat.” Syuhada memang sudah rindu untuk bertemu dengan kawan-kawannya lagi pun kalau dia bercuti pun dia bukan sakit atau ada perancangan untuk ke mana-mana.

“Oklah… kalau dah Hada kata macam tu… Cepat siap… Abang pun nak siap ni.” Khairil Qushairy pun belum bersiap lagi untuk ke pejabat.

“Izara! Tu Mama dengan Papa nak pergi kerja… hari ini Mak Ngah jaga dia.” Rohana bercakap dengan Izara tetapi Syuhada tidak terdengar pun apa yang Rohana katakan kepada Izara kerana dia telah pun berlari naik ke tingkat atas.

“Hahaha… Nasib baik dia dah naik kalau tak mesti di jeritnya kamu Ana.” Datin Roziah berkata dan ketawa, Datuk Sahak turut ketawa.


“Ok lah.. Abang pergi dulu… Tu Leman dah siapkan kereta.” Datuk Sahak bangun dan berjalan ke ruang tamu untuk keluar. Datin Roziah mengikut dari belakang sambil membimbit beg Datuk Sahak. Setelah Datuk Sahak selesai memakai kasut Datin Roziah menyalami Datuk Sahak dan menyerahkan beg kerjanya, kemudian Khairul Azam dan Rohana turut bersalam dengan Datuk Sahak. 

No comments:

Post a Comment