Wednesday, 27 November 2013

Adakah ini takdirku 29

Setelah semua pulang, keadaan di rumah Tuan Roslan kembali sunyi seperti sedia kala, tetapi masih ada Syuhada, Syafika dan suaminya Sufian, Syakina sudah pun bergerak pulang tadi, dia tidak mengambil cuti panjang kerana sabtu nanti dia hendak pulang ke Bangi semula dan dia akan bercuti pada Isnin dan Selasa. Mereka bersama-sama mengemas serba sedikit baki yang masih tertinggal. Sedang Syuhada mengemas di ruang tamu bersama dengan Puan Rokiah, Syuhada terhenti dan ingin memberitahu sesuatu kepada Puan Rokiah.

"Mak! Hada ingat nak pergi ke PD petang nie." Syuhada terus duduk di sofa semasa memberitahu niatnya itu kepada puan Rokiah.

"Ehhh! ada apa pula di PD... Bukan kamu kata kamu cuti." Puan Rokiah terhenti menyusun majalah di bawah meja dan dia terus duduk di sebelah Syuhada.

"Memang Hada cuti, tapi... Hada perlukan ketenangan mak dan hada nak berseorangan." Syuhada berkata sambil memandang Puan Rokiah.

Puan Rokiah terus mengenggam tangan Syuhada dan berkata " Hada, Kamu pasti ke dengan apa yang kamu hendak buat ni... Bahaya untuk kamu ke sana berseorangan nak, Kalau Hada tak boleh nak terima ini semua tak mengapa. Jangan di serabutkan kepala tu. Terus terang sahaja kepada Que... Mak rasa mereka pun akan terima apa saja keputusan kamu itu." Hati ibu mana yang tidak susah dan risau apabila melihat anak yang dulunya ceria dan selepas perkara itu dia terus berubah sedikit pendiam.

"Mak jangan risau ya... Hada akan fikirkan apa yang terbaik nanti." Syuhada rasa bersalah pula apabila membuat Puan Rokiah kerisauan.

"Habis tu malam tadi apa yang Que cakapkan dengan kamu." Puan Rokiah bertanya juga mengenai perbincangan mereka semalam, dan inilah masa yang sesuai untuk dia bertanya kepada anaknya itu.

"Dia kata dia pun tidak sangka yang mak Long boleh melangkah terlalu jauh dalam hal ini dah tu dia juga mengaku yang dia memang sudah jatuh suka dengan Hada... Dia cuma tunggu keputusan dari Hada sahaja, tetapi dia tidak kisah jika Hada tidak dapat menerima dia." Syuhada berkata sambil kepalanya di tundukkan dan memandang kakinya yang sedang menguis karpet.

"Apa Que kata dia memang sukakan kamu? Habis tu apa yang kamu risaukan lagi nie Hada." Puan Rokiah tidak sangka yang rupanya Khairil Qushairy mempunyai perasaan kepada anaknya.

"Apa mak! Que sukakan Hada?" Tiba-tiba Syafika datang menerjah, dia kebetulan baru keluar dari biliknya dan hendak keluar rumah, semasa dia sudah menghampiri ke ruang tamu dan dia terdengar perbualan Syuhada dan Puan Rokiah.

"Haaa... Aaaahhh..." Puan Rokiah sedikit tergagap apabila di sergah dengan pertanyaan yang begitu oleh Syafika.

"Laaa... macam mana pula boleh jadi macam tu." Syafika bertanya dan dia turut duduk mengadap Syuhada dan Puan Rokiah, dia memandang ke muka Syuhada dan dia nampak muka adiknya yang tidak ceria.

"Yang sebenarnya Mak Long kamu ada merisik Hada... Tapi mak mula tak boleh nak bagi kata putus tetapi selepas mak dan abah buat solat istikharah tu yang mak dan mak long kamu baru beritahu hajatnya itu kepada Hada.

"Ya Allah... Macam tu sekali permintaan mak long... Abis tu macam mana pula yang mak tahu Que sukakan hada." Syafika bertanya lagi.

"Semalamkan semasa kamu buka-buka hadiah tu. Dia orang keluar sebab pergi berbincang hal ni lah. Tu Hada kata yang Que mengaku dia sukakan Hada." Terang Puan Rokiah lagi kepada Syafika.

"Haa.. Hada! Dah Abang Que sukakan kamu... Apa yang kamu nak risaukan lagi." Syafika bertanya kepada Syuhada.

"Kak Fika... Akak tak faham... Macam mana Hada hendak terima dia sedangkan Hada anggap dia sebagai seorang abang sahaja." Terang Syuhada.

"Hada! rasa sayang tu boleh di pupuk... Dah tu akak tengok Izara tu punyalah manja dengan kamu, terima sajalah lamaran tu... Patutlah akak tengok muka Hada semalam macam tak ceria saja, rupanya ada bebanan yang di fikirkan." Syafika berkata lagi.

"Kak! Hada hendak juga ada perasaan jatuh cinta... Macam akak dengan abang Sufian tu." Syuhada meluahkan rasanya.

"Ala... kamu kenalilah Que tu dengan lebih rapat, kamu pun tahu macam mana perangai dia semuakan dah tu kamu tu seketari dia, apa lagi yang tak kena?" Puan Rokiah menyampuk pula.

"Entahnya Hada... Ada kamu nampak dia melayan perempuan, ada dia jenis yang tidak respect pekerja atau orang lain, ada dia marah-marah atau tengking kamu atau staff lain." Syafika bertanya lagi.

"Tak ada... Dia ok..." Syuhada menjawab perlahan.

"Dah tu... Apa yang tak eloknya kamu untuk terima dia." Syafika berkata lagi.

"Kak Fika! Mak! boleh tak bagi Hada memilih sendiri dan bagi peluang Hada untuk memikirkan perkara ini, So petang nie Hada hendak ke PD... Hada perlukan ketenangan, tolong faham permintaan Hada ini." Syuhada merayu kepada Syafika dan Puan Rokiah.

"Pergilah... Mak izinkan... Tapi jaga diri kamu tu elok-elok... jangan duduk di tempat yang terlalu sunyi." akhirnya Puan Rokiah akur dengan permintaan Syuhada.

"Terima kasih mak kerana memahami Hada." Syuhada memeluk Puan Rokiah kerana dia telah memberi keizinan kepadanya.

"Mak sayangkan kamu, yang penting telefon tu jangan di matikan." Pesan Puan Rokiah lagi.

"Alo..lo..lo... manjanya dia." Syafika mengusik Syuhada.

"Eleh! jeleslah tu." Syuhada membalas usikan Syafika itu.

"Aihhh... Tak ada mana akak nak jeles aihh... Mak tu karang-karang pun akak boleh peluk." Balas Syafika lagi.

"Ehhh.. Dah ada Abang Sufian lagi nak peluk mak." Syuhada tidak puas hati dan dia mengusik Syafika lagi.
"Haaaa... kalau nak rasa kena peluk dengan orang lain pula, terimalah lamaran mak Long tu." Syafika terkekek ketawa kerana dapat juga dia mengenakan Syuhada lagi.

"Mak!!!!" Syafika sedikit terjerit memanggil Puan Rokiah kononnya hendak mengadulah dengan usikan Syafika. Puan Rokiah hanya ketawa apabila Syuhada di usik begitu.

#####################

Seperti yang di rancang oleh Syuhada, akhirnya dia pergi juga ke PD dia duduk di Lexis hotel. Dia tiba di dalam pukul empat petang, setelah itu dia mendaftar masuk ke bilik untuk dia merehatkan badannya, dia seronok melihat pemandangan laut dari tingkap biliknya. Lama dia berdiri di tepi tingkap menikmati keindahan lautan yang membiru, Dia merancang hendak keluar berjalan menyusuri pantai dalam pukul lima setengah nanti, dia hanya keluar sekejap sebelum masuknya waktu maghrib.

Semasa Syuhada berjalan menyusuri pantai dia teringat untuk menelefon Khalijah untuk bertanyakan khabar Izara.

“Hello… Assalamualaikum.”

“Walaikumusalam.”

“Kau buat apa tu?”

“Aku dekat luar ni.”

“Dekat luar? Apa ke bising sangat kalau dekat luar.”

“Bukan luar rumahlah… Aku keluar di kedai mamak ni.”

“Lah… Kau dengan sapa? Kak Idah ke?”

“Tak dengan Zakuan, dia ajak aku keluar temankan dia kejap.”

“Ehh so dia ada depan kau lah ni.”

“Tak… Pergi tandas sekejap.”

“Wahhh… Kau dating ya… kata tak ada apa-apa, mengelat lebihkan.”

“Kau ni minah… Jangan nak main tuduh saja… Dia boleh call papa dulu nak minta izin keluar dengan aku”

“Hahaha… Dia guna talian hayat nampak.”

“Aku mula nak mengelak dan bagi alasan… Sekali dia kata dia dah tanya Papa… Yang Papa nie pun satu dia boleh setuju… Geram aku tau.”

“Kahkahkahkah… Dia memang dah angau dengan kau lah Ija… Terima sajalah dia sebagai teman istimewa kau.”

“Dah… Sudah… Kau dah buat keputusan ke… Macam mana?”

“Ewah… nak tukar story lah pula… Aku nak bagi tahu kau ni… Aku ada di PD baru sampai tadi pukul empat.”

“Makan nasihat juga kau kan… Good girl.”

“Banyaklah kau punya nasihat… Ni Izara tadi macam mana… Aku risau kalau demam dia melarat.”

“Ada… Masa aku nak keluar tadi dia tidur… Memang badan dia panas, dah tu kesian dia menangis tadi… Tapi tak lamalah sebab Syana dengan Syafie main-main dengan dia.”

“Alahai kesiannya dia… Ija nanti apa-apa hal kau bagilah tahu aku… Oklah aku tak nak kacau kau date dengan kau punya Mr right tu.”

“Porah… Banyaklah kau punya right.”

“Hahahaha… Adik manis jangan mara… Kalu marah abang jual.”

“Amboi!… Kau jaga diri tu, dah lah sorang-sorang. Karang ada pula yang mengikut kau. Ok take care.”

“In Sha Allah… OK Assalamualaikum.”

“Walaikumusalam.”

Setelah dia selesai dia berbual dengan Khalijah dia menelefon Puan Rokiah pula untuk memaklumkan yang dia sudah selamat berada di kawasan PD sekarang.

############################

Syuhada hanya makam malam di hotel sahaja, dia memang tidak merancang untuk keluar merayau dari hotel. Dia pun tidak berani untuk merayau berseorangan ke pekan Port Dickson. Tujuan dia pun hanya ingin sendirian dan menikmati keindahan ciptaan Allah ini.

Sekali lagi Syuhada duduk di tepi tingkap dan menikmati keindahan malam sekeliling hotel, persekitaran hotel yang cantik dengan lampu-lampu yang bergemalapan lagi menambahkan suasana romantik kepada orang yang datang berpasangan. Tiba-tiba hati Syuhada seperti tidak selesa, dia sendiri tidak tahu kenapa. Dia pun baru perasan yang dia tidak menunaikan solat isyak lagi, selepas dia bersolat maghrib tadi kemudian itu dia terus keluar ke restoran untuk makan malam.

Selesai bersolat, Syuhada memanjatkan doa kepada Allah. Dia meminta kepada Allah untuk memberikan petunjuk yang mana harus di pilih olehnya. Dia hanya mengharapkan Allah sahaja yang boleh membantunya untuk dia menyelesaikan masalahnya. Sehabis dia membuka telekung tiba-tiba telefonnya berbunyi.

“Hello.”

“Haa… Hello Hada.”

“Ehh.. Ija… Kau ni kok ya pun bagilah salam.”

“Ehh.. Lupa lak… Assalamualaikum.”

“Walaikumusalam… apa Hal?”

“Aku nak bagi tahu kau yang Izara admitted ni tadi demam panas… Temprature dia tinggi… Tu yang kena tahan tu.”

“Ya Allah… Patut hati aku tak sedap… Habis siapa ada dengan dia.”

“Mummy, papa dan abang Que.”

“Dia masuk hospital mana Ija.”

“Pantai Medical Centre.”

“Ija! Aku nak baliklah… Aku nak kemas barang sekejap.”

“Ehh… Hada… Abang Que kata kau jangan risau, dia ok Cuma demam panas sahaja.”

“Tak apa… Aku pergi ke sana terus. Kau boleh kata jangan risau… Kau ingat dah dengar macam ni aku boleh lelap ke?”

“Oklah… Tapi aku rasa lebih baik kau call abang Que dulu.”

“Ok aku call dia sekarang.”

Selepas bercakap dengan Khalijah, Syuhada terus menelefon Khairil Qushairy.

“Hello… Assalamualaikum… Abang Que… Hada ni.”

“Waalaikumusalam… Haa Hada.”

“Ija kata Izara admitted… So macam mana dia sekarang.”

“Alhamdulillah… Doktor dah bagi ubat dan sekarang ni pun nurse tengah pantau dia… Hada jangan risau… InsyAllah dia ok.”

“Tak apa… Abang Que message hada no bilik dia dan hada akan gerak sekarang.”

“Abang Que… Hada tak boleh nak tunggu esok baru gerak… Hada risaukan dia… Ni Hada sudah siap kemaskan barang… Hada nak check out.”“No… No… Hada! Hada tunggu sana dan abang datang ambil Hada.”

“Tak apa abang Que… Nanti banyak membuang masa saja… Abang doakan Hada selamat dalam perjalanan Hada untuk ke sana.”

“Hmmmm… Hada!”

“Abang Que please… jangan lupa message Hada no bilik dia… Hada akan jaga Izara malam ini.”

“Assalamualaikum…”

“Walaikumusalam.”

Syuhada bergegas keluar dari bilik dan terus ke kaunter untuk check out, setelah dia membuat bayaran untuk bilik dia kemudian terus memandu keluar dari PD dan masuk ke highway ke Kuala Lumpur.

Selepas Satu jam lebih dia memandu dari PD ke Pantai Medical Centre nasib baik jalan pun tak jem teruk. Setelah sampai dia memarkir keretanya di tempat letak kereta dia terus berjalan laju untuk sampai ke wad kanak-kanak yang menempatkan Izara. Dalam masa dia mencari wad kanak-kanak dia menelefon khairil Qushairy untuk memaklumkan yang dia sudah berada di dalam bangunan hospital, Khairil Qushairy memberitahu panduan kepada Syuhada untuk ke ward kanak-kanak dan katanya lagi dia akan menunggu Syuhada di luar bilik.

“Hada!” Khairil Qushairy melambaikan tangannya kerana dia sudah nampak kelibat Syuhada yang sedang meninjau-ninjau melihat nombor di pintu bilik.

“Assalamualaikum abang Que.” Syuhada memberi salam kepadanya.

“Walaikumusalam.” Khairil Qushairy membalas salam yang di beri dan dia terus menolak pintu bilik.

Syuhada mengikut Khairil Qushairy masuk ke dalam bilik dan apabila dia ternampak kelibat Izara yang terbaring lesu dia terus berasa sebak. Dia menyalam Datin Roziah dan Datuk Sahak dan kemudian terus mencium dahi Izara, dia melakukan dengan spontan tanpa dia sedari yang dia sedang di perhatikan.

Syuhada mengalirkan airmatanya setelah melihat keadaan Izara, dia berasa serba salah… Adakah kerana dia Izara menjadi begitu. Dia mengusap kepala Izara dan bercakap perlahan-lahan dengan Izara serta berkali-kali dia mencium Izara.

“Hada! Jangan menangis… Dia tak apa-apa… Ni pun suhu badan dia sudah menurun sedikit.” Datin Roziah berkata sambil tangannya di letakkan di atas bahu Syuhada. Syuhada baru tersedar yang dia tidak hanya berdua dengan Izara.

“Haa… Mak Long… Hada kesian kan dia… Sebelum ni dia tak pernah macam ni… Tu yang Hada sesalkan. Maafkan Hada sebab terlebih emotional pula.” Syuhada berkata sambil mengelap airmatanya.

“Dah Hada jangan risau tau.”Khairil Qushairy berkata sambil tersenyum memandangnya. Dia tahu yang Hada terlalu sayangkan Izara, kerana itu Syuhada boleh menitiskan airmata apabila melihat keadaan Izara.

“Kamu drive malam-malam ke sini… Pak Long pun naik risau apabila Que kata kamu berdegil juga untuk ke sini.” Datuk Sahak bersuara juga.

“Macam mana Hada boleh tenang Pak Long… Mak Long… kalau dah kata Izara dalam wad… Tak ada gunanya Hada boleh tenang dan lelap walaupun duduk di hotel tu.” Syuhada berterus terang tentang kerisauannya terhadap Izara.

Dalam masa mereka berbual tiba-tiba Izara bergerak dan membuka matanya sekejap. Syuhada cepat-cepat memanggil namanya, Izara berpaling dan terus bangun, di peluknya Syuhada seperti melepaskan kerinduan. Syuhada sekali lagi mengalirkan airmatanya dan dia rasa terharu dan sayu apabila melihat reaksi spontan Izara apabila terlihat dirinya.

“Sayang Mak Su rindukan Maksu ya… Sorry sayang… Mak Su janji Mak Su tak akan tinggalkan Izara lagi ya.” Syuhada berkata sambil mengusap belakang Izara.

“ Ya lah Hada… Dia rindukan kamu kut… Cuba tengok macam mana dia peluk kamu haa.” Datin Roziah pula berkata.

“Anak Papa ni sengaja nak susahkan Mak Su dia.” Khairil Qushairy berkata sambil mengusap kepala Izara pula.

“So ni comfirm dia warded ke?” Syuhada bertanya.

“Haa.. Ahh.. Sebab dia orang hendak monitor Izara… Tunggu karang nurse datang check dia lagi dan cubalah tanya macam mana“ Datin Roziah menjawab pertanyaan Syuhada dan dia pun sudah di maklum oleh doktor tadi yang Izara akan di tahan, jikalau menjelang esok suhu badannya menurun Izara boleh balik. Ini pun mereka menunggu keputusan darah Izara tetapi katanya esok hari baru boleh dapat tahu.

“Kalau macam tu biar Hada tunggukan Izara malam nie. Mak long Pak Long dan Abang Que balik lah dulu.” Syuhada memberi cadangan dan dia memang mahu menunggukan Izara.

“Ehhh… Tak apa Hada… Biar abang sahaja yang tunggukan Izara… Hada balik dengan Mummy dan Papa.” Khairil Qushairy melarang Syuhada.

“Tak apa… Hada boleh… Esok datang balik.” Syuhada meyakinkan Khairil Qushairy.

“Tak apalah Que… Tu tengok tu dah duduk dalam pangku Hada tu jangan beranganlah kamu nak mengambil dia.” Datin Roziah memuncungkan mulutnya ke arah Syuhada dan Izara. Syuhada duduk di atas katil dan memangku Izara.

“Kalau macam tu biar abang bawa balik kereta Hada… Papa tolong bawa kereta Que… Boleh Pa?” Khairil Qushairy bertanya kepada Datuk Sahak. Khairil Qushairy rasa lebih baik dia membawa pulang kereta Syuhada kerana esok hari menyusahkan Syuhada pula untuk memandu pulang, sudahlah dia memandu dari PD ke hospital kemudian tidur di hospital untuk menemankan anaknya dan sudah pasti Syuhada kepenatan untuk memandu pada esok hari .

“Ehh.. Kereta Hada tu nanti esok Hada boleh drive balik.” Syuhada menahan Khairil Qushairy.

“Nope… Abang dengar cakap Hada… So now you should listen to me too…” Khairil Qushairy berkata sedikit tegas, kerana dia tidak boleh hendak berlembut juga kadang-kadang dengan Syuhada kerana Syuhada ini ada ketegasan dan kedegilannya sendiri.

Datuk Sahak tersenyum dan memberi isyarat mata kepada Datin Roziah dan Datin Roziah turut tersenyum.

“Ok… Biar Papa drive kereta kamu Que… Bagi Papa kunci.” Datuk Sahak menghulurkan tangannya untuk menunggu Khairil Qushairy menyerahkan kunci kereta.

“Bagi Abang kunci Hada.” Khairil Qushairy meminta kunci kereta Syuhada dan dia menyerahkan kunci keretanya kepada Datuk Sahak.

“Ok Sayang nenek… Nenek balik dulu ya… Get well soon dear.” Datin Roziah mencium Izara dan Syuhada menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Datin Roziah dan kemudian dia menyalami Datuk Sahak.

“Sayang cucu atuk.” Datuk Sahak mengusap kepala Izara. Dan kemudian mereka berdua keluar dahulu dari bilik dan meninggalkan Khairil Qushairy.

“Sayang! Papa balik dulu ya… Jangan susahkan Mak Su tau.” Khairil Qushairy mencium Izara dua tiga kali. Terasa berat hatinya hendak meninggalkan Izara di hospital, tetapi apabila Syuhada berkeras untuk menjaga Izara dan dia terpaksa akur dengan permintaan Syuhada itu.

“Abang balik dulu… Esok pagi abang datang tau… Kalau ada apa-apa nanti call abang.” Khairil Qushairy berkata lembut kepada Syuhada.

“Ok… Abang Que jangan risaukan Izara… Hada ada ni.” Syuhada sekali lagi menyakinkan Khairil Qushairy.

“Esok nak abang bawakan apa-apa… Berus gigi ke… Pencuci muka…” Khairil Qushairy bertanya kerana dia pasti yang Syuhada tidak ada kelengkapan itu dan pastinya barang-barang itu ada di dalam keretanya.

“Tak apa… Hada dah standby dalam handbag Hada tu.” Syuhada sengaja menyimpan barangan keperluannya itu di dalam handbagnya kerana dia sudah berjanji pada dirinya untuk menunggu Izara di hospital malam ini. Nasib baiklah handbag yang di bawanya tadi besar dan macam-macam boleh di isi, mengalahkan poket doremon pula.

“Amboi! Dah siap dah… Ok kalau macam tu abang balik dulu ya… Hada pun jangan berjaga pula… Kalau Izara dah tidur tu Hada pun tidurlah sama… tu botol susu dan susu tu abang sudah sediakan.” Banyak juga pesanan Khairil Qushairy tinggalkan, dia rasa dia harus mempercayai Syuhada, Botol susu dan susu Izara itu telah di hantar oleh Leman setelah doktor mengatakan Izara harus di tahan di hospital dan Datin Roziah terus menelefon Khalijah menyediakan barangan keperluan Izara dan menyuruh Leman menghantarnya ke hospital.

“Ok… Dah sekarang abang Que balik rumah dan rehat… Pasal Izara jangan risau… Hada ada, lagi pun dia memang hendakkan Hada… Agaknya dia rindukan Hada kut.” Syuhada berkata dan memandang Izara yang sudah pun lelap di pelukkannya.

“Yelah… Dah Mak Su dia jual mahalkan… So nak buat macam mana… Oklah… Assalamualaikum.” Khairil Qushairy sempat lagi memerli Syuhada dan kemudian dia tersenyum.

“Walaikumusalam.” Syuhada turut tersenyum apabila Khairil Qushairy berkata begitu.

Setelah Khairil Qushairy keluar, Syuhada terus memadamkan lampu dan dia hanya membuka lampu kecil yang sedia ada di dinding bilik itu. Dia berbaring di sebelah kiri Izara manakala di bahagian sebelah kanan katil palang untuk mengelakkan Izara terjatuh telah di naikkan oleh Khairil Qushairy sebelum dia pulang tadi. Dalam hendak melelapkan matanya Syuhada telah terfikir sesuatu dan dia rasa dia sudah menemui keputusan yang di cari olehnya dan mungkin ini semua adalah petunjuk dari Allah swt. Dia berdoa supaya jalan yang di pilih olehnya nanti adalah yang terbaik.

Baru syuhada hendak terlelap tiba-tiba telefonnya berdering, dia mengeluh kerana terlupa letak ‘silent mood’.

“Hello! Assalamualaikum.”

“Walaikumusalam… Haa Ija…”

“Kau dah sampai ke?”

“Dah… Aku dah nak tidur nie.”

“Mak aihh! Laju juga kau sampai… Kau pecut betul ni.”

“Tak adalah pecut sangat pun… Jalan pun tak jem sangat.”

“Abang Que pun tunggu sama ke?”

“Tak lah… Dia orang on the way balik dah… Kejap lagi sampailah tu.”

“Ohh… Aku ingat Abang Que dengan kau sama-sama menjaga anak malam nie.”

“Hampeh kau Ija… Kau kalau tak cari pasal tak sah kan.”

“Hahaha… Aku tanya jer lah… mana ada cari pasal.”

“Ehhh… Apa cerita dengan Doktor love kau tu.”

“Cehhh… Banyaklah kau punya doktor love.”

“Hahahaha… Dia tak ada melamar kau ke?”

“Nielah aku nak cerita dengan kau.”

“Haaa… Apa dia.”

“Kau ni kalau part gossip laju jer nak terjah soalan… Bagilah aku bercerita dulu.”

“Ok… Ok… Ceritalah cepat.”

“Dia cakap dia nak kawan lebih rapat dengan aku.”

“Habis tu… Terima sajalah… apa masalahnya pula.”

“Aku bukan apa… Nanti kalau budak-budak dekat hospital tu tahu aku kawan rapat dengan Zakuan… Mesti ada yang sakit hati dengan aku.”

“Kenapa pula?”


“Yelah dia tu pujaan ramai… Ramai jururawat dan doktor muda yang sukakan dia tau.”

“Wah! Kau kalau pasal aku bukan main pandai kau bagi kaunseling dengan akukan… Tiba kena diri sendiri tiba-tiba jadi dungu.”

“Ala kau nie Hada janganlah kutuk aku macam tu… Aku cuma risau kalau dia orang tu semua tu tahu aku kawan rapat dengan Zakuan.”

“Ija… Satu saja aku nak tanya kau… Sekarang ni kau yang terhegeh-hegeh minta nak kawan dengan dia atau dia yang kata nak kawan dengan kau.”

“Dia lah.”

“Habis tu apa yang kau nak risaukan… Dah dia suka nak kawan dengan kau.. Itu hak dia… pedulikan apa orang lain nak kata… Manusia nie Ija memang tak pernah hilang perasaan cemburu atau irihatinya.”

“Aku tahu tu Hada… Tapi aku takut nanti ada yang kata aku terhegeh-hegeh mengurat dia.”

“Dah fikirkan diri kau sendiri dulu… Kau pun kalau tak banyak… sedikit pun kau ada gak sukakan diakan.”

“He he he… Ada gak.”

“ Terima sajalah… Kenal hati budi dia… Kalau tak kenal maka tak cinta.”

“Wah! Pulang paku buah keras nampak.”

“Hahahaha… Kau je yang nak kena kan aku… So turn kau lah pula.”

“Ehhh… Tapi kau jangan cerita dengan sesiapa dulu tau… Sebab aku belum bagi kata putus untuk berkawan rapat dengan dia.”

“Jangan risaulah… Macam kau tak kenal aku ni pulakan.”

“Dah kau tidurlah… Ehh lupa macam mana dengan budak comel tu?”

“Alhamdulillah… dah turun sikit temperature dia, nyenyak tidur nie haa… aku tidur dengan dialah ni.”

“Ohh… Alhamdulillah… Oklah… Take care tau… Assalamualaikum.”

“Walaikumusalam… Have a sweet dream ok.”

“Banyaklah kau punya sweet dream.”

“Hahahaha… Ok.”


Selesai berbual panjang dengan Khalijah, syuhada terus melelapkan mata, badan dia terasa penat juga kerana memandu tadi.

Friday, 22 November 2013

Adakah ini takdirku 28


 Dari  masuk kereta tadi Syuhada hanya mendiamkan diri dan apabila sesekali Khalijah bertanya dengannya baru dia menjawab. Syuhada duduk di tempat duduk belakang, selepas apa yang berlaku dia lagi bertambah kaku apabila berhadapan dengan Khairil Qushairy dan dadanya terasa sesak dan berdebar-debar, dia sendiri tidak tahu mengapa jadi begitu.

Pada mula ingatkan hanya sekadar keluar ke pekan Bangi sahaja tetapi khairil Qushairy mengajak pergi ke Kuala Lumpur dan di sana senang hendak cari tempat yang boleh melepak lama katanya. Boleh pula dia ajak lepak di concorde hotel. Mungkin dia rasa di situ lebih privasi untuk mereka berbincang.

"Kenapa dua-dua diam ni? kata hendak berbincang..." Khalijah menegur khairil Qushairy dan Syuhada. Syuhada hanya duduk diam dan sedikit menunduk, hendak-hendak lagi apabila khairil Qushairy duduk bertentangan dengannya.

"Hada ok ke?" Khairil Qushairy akhirnya membuka mulut dan bertanya Syuhada dahulu.

"Hmm.. Ok." Syuhada menjawab sepatah, tetap tidak mendongak bila dia menjawap pertanyaan Khairil Qushairy.

"Abang nak minta maaf jika apa yang telah mummy suarakan kepada Hada dan ianya menganggu fikiran Hada." Khairil Qushairy berkata perlahan sambil kedua tangannya di letakkan di atas meja dan di genggam kedua-duanya.

Mereka duduk di sudut restoran dan di dalam restoran pun tidak ramai pengunjung. Khalijah hanya duduk bersandar dan bermain dengan telefonnya. Dia memang tidak mahu masuk campur dalam perbincangan mereka berdua ini. Dia sekadar peneman dan pendengar.

"Hmmm... Lebih kuranglah, Tapi... Hada tak tahu apa nak cakap... Sebab benda ni tiba-tiba sahaja, Hada buntu." Syuhada berterus terang kepada khairil Qushairy apa yang dia rasakan sekarang ini.

"Abang faham... Abang sendiri pun tak sangka yang mummy boleh bertindak begitu sekali." Balas khairil Qushairy. Khalijah masih menumpukan matanya kepada telefon tetapi sesekali dia melarikan matanya memandang mereka berdua, di dalam hatinya hendak tergelak pun ada apabila melihat kegugupan Syuhada. Hilang terus brutal minah ini.

"Abang pun tidak memaksa Hada untuk menerimanya tetapi Hada fikirkanlah mana yang terbaik untuk diri Hada." Khairl Qushairy berkata lagi setelah melihat Syuhada membisu.

"Hada... Hada memang sayangkan Izara tetapi Hada tak rasa yang Hada boleh menjadi ibu yang baik untuk dia." Syuhada berkata sayu.

"Abang tahu dan abang boleh nampak kasih Hada kepada Izara, abang pun memang tidak kisah." Khairil Qushairy berkata.

"Hada tahu Abang pun masih sayangkan Arwah kak Tini dan tak mungkin Abang boleh menerima Hada di dalam hidup Abang." Syuhada berterus terang lagi,dia cuba untuk memandang Khairil Qushairy ketika berkata tetapi debaran yang melanda apabila dia bertentang mata dengan Khairil Qushairy membuatkan dia mengalihkan pandangan dengan memandang ke arah lain.

"Ehhh... Abang Que! Hada!... Ija nak pergi toilet kejap." Tiba-tiba khalijah memotong perbincangan mereka berdua dan dia terus berdiri.

"Lahhh... Kau nie..." Syuhada terus memegang lengan baju Khalijah, dia tidak mahu khalijah meninggalkan dia sendirian, dia dapat rasakan yang Khalijah hanya memberi alasan ke tandas kerana hendak meninggalkan dia dengan Khairil Qushairy.

"Kau ni.. Abang Que ada sini... Aku nak pergi toilet sajalah." Kata khalijah tetapi dia sebenarnya memang hendak memberi ruang kepada mereka berdua.

"Yelah... Cepat sikit." Syuhada berpesan. Khalijah pergi meninggalkan mereka dan panjang juga leher Syuhada melihat kemana tuju langkah Syuhada dan memang benar dia menuju ke tandas.

"Hada! memang benar abang sayangkan Arwah, tetapi dia lebih di sayangi Allah, abang memang tidak pernah melupakan dia kerana dia juga pernah menjadi isteri abang tetapi sekarang ianya hanya tinggal kenangan...  Macam yang Mummy katakan orang yang telah pergi biarkan ianya pergi dan kita yang hidup ini kena teruskan kehidupan, Arwah adalah masa lalu abang." khairil Qushairy berkata sambil memandang kepada Syuhada.

"Apa maksud Abang Que?" Syuhada seperti tidak mengerti apa yang cuba di luahkan oleh khairil Qushairy.

"Maksud Abang... Sudah tiba masanya abang memerlukan seorang di sisi abang dan ibu kepada Izara, Abang kasihan melihat Izara membesar tanpa kasih sayang seorang ibu."Khairil Qushairy menerangkan maksudnya tadi. Syuhada terdiam apabila Khairil Qushairy berkata begitu.

"Maafkan Abang sekali lagi jika apa yang abang katakan ini mungkin Hada akan salah anggap dengan abang." Khairil Qushairy harus meluahkan juga sesuatu kepada Syuhada.

"Kenapa?" Syuhada bertanya dan memandang pelik ke arah Khairil Qushairy kemudian dia larikan pandangan matanya semula.

"Sebenarnya abang sudah mula jatuh suka dengan Syuhada dan abang cuba menafikan perasaan ini, tetapi tetap tidak boleh. Abang pun tidak sangka yang Mummy pula boleh ada rancangan untuk menyatukan kita. Tetapi terus terang abang katakan Mummy tak tahu pun perasaan abang terhadap Hada ini dan abang pun tidak pernah menyuarakan kepadanya." Dengan machonya Khairil Qushairy meluahkan perasaannya kepada Syuhada, dia rasa adalah lebih baik dia selesaikan segala perasaannya terhadap Syuhada pada malam ini juga.

"Apa? Apa yang Hada dah buat sehinggakan Abang sukakan Hada." Syuhada terkejut dengan pengakuan khairil Qushairy.

"Hada tak ada buat apa-apa, tetapi dah perasaan ini tiba-tiba terbina... Abang pun tidak pasti semenjak bila terjadinya perasaan ini." Terang Khairil Qushairy lagi.

"Abang Que!" Syuhada termati kata-kata dan dia terasa sebak lalu bergenang airmatanya kerana dia tidak sangka bahawa sepupunya sendiri boleh ada perasaan dengannya.

"Hada! Abang tidak memaksa Hada untuk menerima abang. Kalau Hada tidak boleh terima semua ini pun Abang redha, nanti abang boleh terus terang dengan Mummy." Khairil Qushairy memujuk Syuhada supaya dia dapat bertenang, risau juga dia jikalau ada orang melihat dia telah membuat perempuan menangis, kadang-kadang orang suka menuduh dengan hanya melihat tanpa mereka pasti perkara yang sebenar yang berlaku.

"Kitakan sepupu... Macam mana Hada nak ada perasaan begitu dengan Abang Que." Syuhada berkata lagi, di sapunya airmata yang meleleh tiba-tiba itu.

"Abang tahu Hada... Tapi Hada tenang... kadang-kadang perasaan itu datang dengan sendiri, mungkin Abang suka dengan Hada kerana kasih sayang yang Hada curahkan kepada Izara dan keakraban Izara dan Hada... itu yang lagi buat abang tertarik dengan Hada. Abang pun lupa untuk bertanya dengan Hada... Apakah Hada sudah ada sesiapa yang di hati Hada... Kalau ada abang rela mengundurkan diri dan perasaan ini akan abang tepis sedikit demi sedikit." Khairil Qushairy berkata dengan perlahan dan sememangnya dia tidak mahu memaksa Syuhada jika Syuhada menyukai atau menyintai orang lain.

"Tak! Hada tidak ada sesiapa di dalam hati ini... Hada memang tiada teman lelaki pun." Syuhada berterus terang.

"Syukur Alhamdulillah... Abang ingatkan abang sukakan hak orang lain tadi." Khairil Qushairy mengukir sedikit senyuman apabila Syuhada menafikan.

"Abang Que... Bagilah Hada masa untuk memikirkan hal ini, Hada memang tidak boleh beri kata putus tentang perkara ini sekarang." Syuhada buntu dan tiada keputusan yang boleh di berikan, fikirannya kosong sekarang ini.

"Terpulang kepada Hada... Abang tidak kisah... Tetapi terus terang abang katakan yang abang memang sudah sukakan Hada... Dan Abang boleh terima Hada bila-bila masa sahaja... Tetapi abang tidak akan memaksa Hada untuk menerima Abang jikalau Hada tidak boleh menerimanya.” Kata-kata Khairil Qushairy seperti orang yang hampir tewas.

"Maafkan Hada Abang Que... Tolong bagi Hada masa..." syuhada merayu kepada khairil Qushairy, dia tidak menyangka apa yang di katakan oleh Khalijah sebelum ini adalah benar, bagaimana dia boleh buta dalam menafsir rahsia hatinya sendiri, rupa-rupanya dia memang menyukai Syuhada.

"Tak perlu minta maaf dengan Abang… Hada!... Abang yang perlu minta maaf dengan Hada kerana perkara ini. Terus terang Abang katakan jikalau Mummy tidak bangkitkan hal ini Abang memang tidak akan berterus terang dengan Hada tentang perasaan Abang ini. " Terang Khairil Qushairy lagi.

“Bagaimana Hada nak terima Abang Que… Sedangkan Hada tak cintakan dan tak ada perasaan itu terhadap AbangQue.” Syuhada berterus terang lagi.

“Hada… Cinta boleh di pupuk selepas kahwin juga. Tak semestinya sebelum berkahwin kita kena bercinta dulu.”Khairil Qushairy berkata.

“Susah Abang Que… Memang susah.” Syuhada mengeluh. Lelah rasa dirinya memikirkan perkara ini. Syuhada pun tidak sangka yang Khairil Qushairy sebenarnya mengharapkan Syuhada menerima dirinya.

“Maafkan abang sekali lagi Hada kerana dalam tak sedar abang telah mendesak Hada… Abang berani menyuarakan hasrat hati ini semuanya kerana semangat yang Khalijah berikan pada Abang, dia juga yang memaksa Abang untuk mengaku sama ada Abang benar-benar menyukai Hada… Tak sangka dia tu macam doktor love pula, boleh menilik perasaan orang.” Khairil Qusyairy ketawa apabila mengenangkan gelagat Khalijah, Syuhada turut tersenyum apabila Khairil Qushairy berkata begitu.

Apabila Khairil Qushairy menyebut nama Khalijah baru Syuhada teringatkan Khalijah yang katanya dia ke tandas. Syuhada terfikir lamanya dia ke tandas, Syuhada tertinjau-tinjua mencari kelibat Khalijah... Rupa-rupanya dia duduk di meja lain yang tidak jauh dari mereka tetapi sedikit tersuruk. Syuhada melambaikan tangan memanggil dia. Khalijah datang juga apabila melihat Syuhada sudah berdiri.

"Ehhh... dah habis berbincang ke?" Khalijah bertanya.

"Dah..." Syuhada menjawab pendek.

"Abang Que... Penat jadi tukang teman nie tahu... Takkan minum saja... Belanjalah Ija makan." Khalijah sudah mula komplen dan minta makan.

"Dia duduk diam tak bercakap pun boleh lapar." Khairil Qushairy menegur Khalijah.

"Mestilah... Upah tau sebab jadi saksi memori daun pisang kau orang berdua tau." Khalijah sudah mula mengusik dan merapik.

"Banyaklah kau punya memori daun pisang." Syuhada menegur khalijah dan menjeling kepadanya.

"Betullah... kau tak ingat lagu dangdut Iwan dan Amalina tu... kenangan malam minggu waktu jalan-jalan..." Khalijah sudah mula menyanyi.

"Dah sudah... Tak payah nak buat free karaoke dekat sini." Khairil Qushairy menahan Khalijah dari terus menyanyi.

"Alah... Ija nyanyi untuk Abang Que dengan Hada je kan." Khalijah ketawa kerana dapat mengusik mereka berdua.

"Dah kalau nak makan panggil waiter tu cepat... Kalau tak karang abang angkat kaki... jangan nak bising-bising." Khairil Qushairy membebelkan Khalijah, dia tahu sangat dengan adiknya seorang ini cukup kuat mengusik.

"Hada tak nak makan ke?" Khairil Qushairy bertanya kepada Syuhada apabila dia tidak mahu memesan apa-apa makanan.

"Tak apalah Hada masih kenyang lagi... Ni coffee pun tak habis lagi." Sebenarnya selera dia hilang, rasa macam tak enjoy makan apabila perasaan dan hati sedang runsing.

"Betul ke... Abang order cake nak? tadi dekat rumah pun Hada bukan makan banyak." Khairil Qushairy sedikit memaksa kerana dia tahu yang Syuhada tidak makan betul-betul di rumah tadi. Semasa makan selepas maghrib tadi dia memerhati dan nampak yang Syuhada hanya makan beberapa suap sahaja.

"Haaa!" Syuhada tidak sangka begitu sekali prihatin Khairil Qushairy terhadap dia sehinggakan dia makan pun di perhatikan.

Khairil Qushairy memesan dua potong kek untuk dia dan Syuhada manakala khalijah memesan kueh teow goreng basah. Setelah pelayan mengambil pesanan Khalijah cepat-cepat berkata.

"Amboi Abang Que! sampaikan Hada makan pun abang boleh perhatikan... Betul punya sayang nie." Syuhada menjegilkan matanya kepada Khalijah apabila dia berkata begitu, nasib baik dia duduk di sebelah Khairil Qushairy, kalau dia duduk di sebelah Syuhada sudah pasti kena cubit.

"Ija nie... Abang terperasan saja lah." Khairil Qushairy tidak mahu Syuhada berasa malu jikalau dia tahu yang khairil Qushairy mencuri pandang padanya ketika mereka makan di rumah tadi.

"Iyalah tu..."Khalijah mencebik bibirnya.

"Cik Ija... Cik ketam kata dekat rumah nanti dia hendak jumpa kau." Syuhada berkata begitu maksudnya yang dia akan mencubit khalijah di rumah nanti.

"Alamak ! Hada kau kirim salam dekat Cik ketam tu... kau kata dekat dia yang aku cakap sorry." Khalijah mengusik Syuhada dan tersenyum lagi.

"So... Sudah ada kata putus." Khalijah bertanya sambil memandang mereka satu persatu.

"Biar Hada buat keputusan dia dulu... Dia juga perlukan masa, Abang tak mahu memaksa." khairil Qushairy berkata sambil terus menyandarkan badannya ke kerusi sambil memandang Syuhada, dia mengeluh perlahan-lahan.

"Hada! kau tak suka Abang aku ni ke? Punyalah macho dan segak mamat senget sebelah aku nie pun kau boleh tak terima dia." Khalijah terus bertanya kepada Syuhada.

"Apa mamat senget?" Khairil Qusyairy sedikit tersentak apabila Khalijah mengelarkan dirinya begitu.

"Hahaha... Relak lah Abang Que... Betul apa?" Khalijah tersenyum kepada Khairil Qushairy dan Khairil Qushairy hanya mengeleng dengan keletah Khalijah.

"Ija... Aku tidak boleh hendak memberi kata putus dalam waktu yang terlalu singkat begini... Aku perlukan masa. " Syuhada berkata perlahan.

"Aku faham... Tapi aku harap kau sudilah terima lamaran Mummy dan abang Que... kalau tak… Ada orang tu boleh tembus merenung siling nanti." Khalijah berkata dan sempat juga dia mengusik Khairil Qushairy, tergelak juga Syuhada apabila Khalijah berkata begitu.

"Kurang Asam betul budak sorang ni... Pandai-pandai je kata Abang renung siling." Khairil Qushairy mencubit pipi khalijah.

"Adoi... Sakitlah." Khalijah menepis tangan Khairil Qushairy. Bukan orang kalau frustrated dia suka renung merenung siling, pintu, dinding ke?” Khalijah bertanya lagi.

“Itu Ija je kut.” Syuhada pula yang berkata.

“Ewah! Baking nampak.” Sekali lagi Khalijah mengenakan Syuhada.

Belum sempat Syuhada membalas, makanan yang di order pun sampai. Hendak tak hendak syuhada terpaksa juga makan kek yang telah di order oleh khairil Qushairy untuknya. Dia paksa juga dirinya untuk menghabiskan sepotong kek itu, dia tidak mahu membazir. Walaupun selera berkurangan dia makan sedikit-sedikit sehingga habis. Selesai makan mereka bergerak pulang hampir ke pukul satu setengah malam.

#######################

Selesai solat subuh Syuhada menghantar sms kepada Khairil Qushairy. Dia meminta untuk bercuti beberapa hari, Syuhada rasa dia memang memerlukan cuti untuk menenangkan fikirannya yang sedang berserabut ini. Khairil Qushairy membalas dan dia mengizinkan Syuhada untuk bercuti dan katanya dia izinkan juga jika Syuhada ingin bercuti seminggu, dia juga memahami keadaan Syuhada sekarang ini.

“Ija! Aku tak balik tau… Aku minta cuti dengan Abang Que.” Syuhada memberitahu kepada khalijah sambil berbaring di sebelah Izara.

“Laaa… Kau ok tak ni.” Khalijah bertanya dia risau juga melihat perubahan Syuhada dari semalam.

“Aku ok.. Alhamdulillah… Cuma aku perlukan sedikit masa dan tenangkan fikiran aku nie.” Syuhada berkata sambil baring menelentang dan satu tangan di letakkan di atas dahinya sambil matanya memandang ke arah siling.

“Aku faham Hada… Apa kata kau cuba pergi tenangkan fikiran kau ni di tepi pantai ke… Di sana kau mungkin akan dapat sedikit ketenangan.” Khalijah memberi cadangan kepada Syuhada.

“Tengoklah Hada.” Jawab Syuhada.

“Alah… Kau pergi yang dekat Port Dickson pun dah cukup, Tak jauh sangat… Kau duduk dua tiga hari dekat situ.” Cadangan yang agak bernas yang di beri oleh Khalijah.

“Hai kau ni… Dah macam pakar kaunseling pula ya.” Syuhada berkata sambil tersenyum.

“Aku bagi kaunseling dekat kau je… Tapi kau dengarlah cadangan aku ni… InsyAllah mungkin semasa di sana kau akan mendapat jawapannya.” Tutur Khalijah lagi.

“Thanks ija… Nantilah aku fikir-fikirkan.” Balas Syuhada lagi.

“Dah aku nak siap ni… Barang-barang anak kau tu tolong kemaskan sekali, Sian anak kau ni nanti… Mama dia tak ada sebab nak cari ketenangan.” Khalijah berkata sambil memandang ke arah Izara yang masih lena.

“Kau ni… kalau tak mengenakan aku tak sahkan.” Syuhada terus mencubit lengan Khalijah, tetapi bukan kuat sangat pun cubitan itu.

“Adoi!! Sakitlah mangkuk.” Khalijah sedikit terjerit.

“Kau nak mangkuk… Kejap aku pergi ambil dekat dapur, pinggan sudu semua kau hendak tak?” Syuhada memerli Khalijah sambil menjeling.

“Hehhh… kereklah lu minah… Sensitive betul semenjak dua menjak kau ni kan… Mengalahkan orang menopouse.” Khalijah berkata sambil mengosok lengannya yang di cubit oleh Syuhada.

“Kau juga yang buat aku lagi pening... Sapa suruh lebih-lebih.” Syuhada berkata antara marah dan tidak, Dia pun bukan ada niat pun untuk marahkan Khalijah mungkin kerana masalah yang terbeban di kepalanya ini yang membuatkan dia sedikit sensitive.

“Alah sorry lah Hada… Aku sekadar bergurau, ok aku tak sakitkan hati kau lagi ya.” Khalijah memujuk dan meminta maaf kepada Syuhada.

“Ehhh… Tak ada apa-apalah… Aku pun nak cakap sorry sebab tiba-tiba terkasar dengan kau. Aku tak ada niat pun.” Syuhada pun turut meminta maaf kepada Khalijah di atas keterlanjuran dia memarahi Khalijah.

“Dah..Dah… Kau tak payah nak fikir lebih-lebih… Kemaskan saja barang Izara. Nanti dia bangun aku mandi dan siapkan dia.” Khalijah berkata sambil memaut bahu Syuhada. Dia faham perasaan syuhada dan dia pun sedar kesilapan dia yang sudah terlebih-lebih menganggu perasaan syuhada.

“Hmmm… Ok lah.” Syuhada mengambil botol susu Izara di bawa ke dapur untuk di cuci.

Di dapur sudah ada yang sedang bersarapan, di dalam kelompok mereka bersarapan Khairil Qushairy turut ada sama, dia sempat bertentang mata dengan Syuhada sekejap apabila Syuhada melintasi meja makan untuk ke dapur, Dia hanya mencuri-curi pandang kepada Syuhada dan dia nampak wajah Syuhada seperti orang yang kurang bermaya. Khairil Qushairy berasa kasihan pula terhadap Syuhada.

Datin Roziah bangun dari meja makan dan membawa piring kuih yang telah di gunakan untuk di letakkan di sinki, Dia ingin bercakap sesuatu dengan Syuhada kerana malam tadi dia tidak berkesempatan untuk berbual bersama Syuhada kerana mereka sampai ke rumah sudah tengah malam.

“Kamu ok ke Hada? Mak long tengok macam orang tak cukup tidur saja kamu ni?” Datin Roziah bertanya kepada Syuhada yang sedang mencuci botol susu Izara.

“Hada ok Mak Long… Mungkin sebab malam tadi tidur lewat kut… Tu yang terasa penat sedikit.” Syuhada memberi alasan, pada hal memang dia tidak berapa lena selepas balik dari perbincangan dengan Khairil Qushairy malam tadi.

“Kamu jangan bohong dengan Mak Long… Tapi tak apalah, Kamu berehatlah.” Datin Roziah berkata sambil memegang bahu Syuhada.

“Mak Long!” Syuhada memanggil Datin Roziah kerana dia sudah hendak bergerak masuk ke dalam.
“Iya Hada.” Datin Roziah berpaling apabila Syuhada memanggilnya.

“Hada tak balik hari ini, Hada minta cuti dengan Abang Que dah… Hada perlukan masa Mak Long.” Syuhada berkata perlahan.

“Tak pa… Tak pa… Mak Long faham… Kamu buatlah apa saja keputusan, Mak Long tak kisah… Mak Long pun tidak memaksa kamu, Kamu jangan ada rasa serba salah pula tau.” Datin Roziah berkata sambil memegang tangan Syuhada.

“Haa… Kak Rozi apa saja yang di bualkan dengan Hada tu.” Tiba-tiba Datin Roziah di tegur oleh Puan Rokiah.

“Haa…Hada cakap dia tak balik hari ini, dia cuti katanya.” Datin Roziah berkata perlahan kepada Puan Roziah.

“Ohhh… Ya ke? Dia dah minta dengan Que lah tu.” Puan Rokiah pula membalas.

“Dah…” Jawab Datin Roziah sepatah.

Syuhada sudah selesai mengemas barangan Izara dan sekarang ini Izara di mandikan oleh Khalijah. Izara terjaga semasa Syuhada sedang mengampai pakaian di belakang rumah. Keluarga besar Syuhada akan pulang ke rumah masing-masing dan mereka akan berkumpul semula pada hari Jumaat malam untuk keluarga Syuhada bertandang ke majlis di rumah Sufian di melaka pada esok hari nanti.

Khairil Qushairy sudah siap menyimpan bag pakaian dia dan Izara ke dalam kereta, masing-masing bersalaman untuk pulang. Khalijah bersedia untuk mengambil Izara dari dukungan Syuhada tetapi Izara menolak tangannya. Kemudian Khairil Qushairy pula cuba untuk mengambilnya, pun di tepis oleh Izara. Dia seperti tahu yang dia akan meninggalkan Syuhada dan di pautnya leher Syuhada kerana tidak mahu lepas. Syuhada membawanya ke kereta Khairil Qushairy dan semasa Khalijah sudah masuk ke kereta dan dia memujuk Izara untuk masuk sama. Izara teruja dan dia masuk duduk di pangkuan Khalijah, cepat-cepat Syuhada menutup pintu kereta dan berdiri melihat mereka untuk pulang. Tetapi Izara menangis apabila melihat Syuhada berdiri di luar dan tidak masuk. Khalijah cuba memujuknya manakala Syuhada bergenang juga airmatanya apabila melihat Izara menangis hanya kerana mahukan dia. Khairil Qushairy terus menghidupkan enjin kereta dan terus melambaikan tangannya kepada semua. Akhirnya Syuhada hanya memandang kereta itu pergi tetapi di dalam hatinya terasa sedih apabila mengenangkan Izara. Syuhada lagi terasa sedih kerana badan Izara terasa seperti sedikit panas. Izara sudah mula hendak demam, sempat juga Syuhada memberikan dia ubat tadi. Bekalan ubat Syuhada memang ada di bawa bersama itupun Datin Roziah sudah berpesan awal untuk membawa paracetamol untuk bekalan.

#################

“Buzz… Buzz…”Bunyi panggilan masuk ke telefon Khalijah.

“Sapa pula yang telefon nie…” Khalijah mengomel sendiri sambil bangun dari katil dan mengambil telefon yang terletak di meja kerjanya.

Hello! Assalamualaikum.” Khalijah memulakan salam kerana tertera di skrin telefon nama Zakuan.

Walaikumusalam… Awak busy ke?” Zakuan bertanya.

“Tak lah juga, saya baru balik dari rumah sepupu di Bangi.

Bangi?”

“Hmmm… Kan hari tu saya ada cerita pasal kakak sepupu saya bakal berkahwin, ala Syuhada yang Doktor jumpa di rumah saya tempoh hari.”

“Ohhh… Ya saya ingat dah.”

“Aik… Adakah kerana faktor usia Doktor dah jadi pelupa…Hihihi”

“Iyalah kut… Tulah kan umur dah meningkat tapi tak kawin-kawin lagi saya ni.”

“Ehhh… Komplen nampak… Carilah cepat… Lagi cepat Doktor cari lagi cepat Doktor boleh kawin.”

“Khalijah! Berapa kali saya cakap jangan panggil saya Doktor bila kita bukan di hospital.”

“Alamak… Sorry, terbiasa… Tulah.”

“Awak ni macam minta kena denda saja.”

“Ehhh… Ingat saya ni budak sekolah apa main denda-denda ni.”

“Denda ni tak kira budak sekolah atau tidak.”

“Yelah tu En Zakuan.”

“Petang ni awak free tak? Saya hendak ajak awak keluar sekejap.”

“Free tu memang free… Tapi saya penat sebab baru balik dari kendurikan.”

“Alah… Macamlah awak yang drive… just duduk dalam kereta dan saya yang drive… Tak akan penat pun.”

“Hehehe… Next timelah.”

“Nope… Today saya free, esok dah busy… Saya hendak awak temankan saya.”

“Lahhh… Mana boleh main paksa-paksa kalau saya tak mahu ikut.”

“Cik Khalijah… Saya baru sahaja menelefon Datuk Sahak untuk meminta kebenaran mengajak awak keluar petang ini.”

“Haaa… Macam tu sekali.”

“Yelah… Kan saya ada business card Papa awak tu… Ingat tak dia kata apa semasa dia berikan kad tu kepada saya.”

“Dia kata apa?”

“Kalau ada apa-apa hal or nak minta kebenaran mengajak awak keluar silalah call uncle.”

“Arghhh… Papa!”

“Hahahaha… Janganlah marah sayang… Saya Ikhlas mengajak awak keluar, itu pasal saya minta izin dia dahulu.”

“Ewah… Ewah… Apa sayang-sayang.”

“Amboi garang juga cik Ija saya ni.”

“Wow… Wow.. En Zakuan bila pula saya ni jadi hak En Zakuan.”

“Cik Khalijah… Since first date kita tempoh hari dan hari-hari yang bakal mendatang You’ll be mind.”

“Saya rasa awak tersalah ambil ubat ni kot… Tu yang merapu saja ni.”

“Ija! Saya memang serius hendak berkawan dengan awak dan saya hendak ajak awak keluar ni pun kerana ada perkara yang hendak saya bincangkan.”

“Cakap dalam phone tak boleh ke?”

“Nope… kena face to face. Saya ambil awak pukul empat nanti.”

“Ehhh… Saya tak kata hendak keluar pun… pandai-pandai saja tetapkan masa.”

“Saya tak kira… Saya sudah minta izin dengan Papa awak dan dia izinkan… So saya tetap akan datang dan ambil awak.”

“Ini dah kira paksaan… Saya kena report polis macam ni, kerana mungkin membahayakan saya.”

“Hahahaha… Janganlah salah sangka macam tu sekali Khalijah… please sweety please… Saya jumpa awak petang ni ya.”

“Yelah… Tapi sharp 4 o’clock awak tak datang… Saya tak nak ikut awak.”

“Ok… Saya promise pukul 3.59 saya akan sampai depan rumah awak… That’s my promise.”

“What ever… Ok… Assalamualaikum.”

“Walaikumusalam.”

Khalijah terasa geram dengan gurauan Zakuan, tiba-tiba dia berani meluahkan perasaan santannya itu. 

Khalijah terus keluar dari bilik dan turun ke tingkat dua untuk ke bilik Datuk Sahak.

“Tok… Tok…”

“Masuklah.” Suara Datin Roziah menyuruh masuk.

“Papa!” Khalijah terus masuk dan berhentak kaki siap dengan gaya merengetnya.

“Lah… kenapa pula perangai macam Syana ni.” Datin Roziah menegur dan kerana dia terkejut tiba-tiba Khalijah masuk dan merenget. Datuk Sahak hanya tersenyum dan dia faham kenapa Khalijah berkelakuan begitu.

“Mummy! Papa ni lah… Pandai-pandai saja bagi izin dekat Zakuan untuk bawa Ija keluar.” Khalijah berkata dengan muka masamnya.

“Dah dia minta izin… Papa bagilah.”Jawab Datuk Sahak selamba.

“Kok iya pun… Tanyalah Ija dulu… Nie tak… Papa just bagi izin macam tu saja.”Khalijah merungut lagi.

“Mummy tengok elok saja adap budak Zakuan tu… Dia sanggup telefon Papa kerana hendak minta izin bawa kamu keluar… Mummy pun perkenan dengan dia.”Datin Roziah turut menyokong Datuk Sahak.

“Mummy! Perkenan apanya.” Bengang sahaja Khalijah apabila Datuk Sahak dan Datin Roziah seperti menyukai cara Zakuan.

“Kalau kamu nak tahu… Papa tahu siapa Zakuan tu… Dia anak Dato Kahar.” Balas Datuk Sahak.

“Alahai… Dato kahar mana pula nie Papa.”Pening pula Khalijah apabila dah bersabit pula pasal bapa si Zakuan.

“Dato Kahar ni rakan club golf papa… Papa selalu pergi main golf dengan dia, papa tahu yang dia ada anak lelaki yang bertugas sebagai doktor, tetapi tidak sangka pula yang anak lelakinya itu si Zakuan. Tu Papa tanya dengan Zakuan dan dia pun mengaku yang dia adalah anak lelaki Dato Kahar.” Terang Datuk Sahak.

“Macam tu pula! Aishhh… Banyak songgeh betullah Zakuan ni.” Khalijah membebel sendiri, Datuk Sahak dan Datin Roziah berpandangan dan mereka tersenyum.

“Tak apalah Ija… Kamu berkawanlah dahulu dengan dia, Lagi satu kalau dia tidak suka dengan kamu, dia tak akan hendak telefon Papa nak minta izin mengajak kamu keluar.” Datuk Sahak seperti mengerti cara Zakuan yang berani menelefon dia dan beriya meminta izin untuk membawa khalijah keluar.

“Betul kata Papa tu Ija… Mummy rasa dia sukakan kamu tu, kamu tu janganlah nak jual mahal sangat… Dah ada orang hendak tu terima sajalah nanti, nanti kesian Mummy dengan Papa nak sara kamu samapai kamu tua pula.”Datin Roziah terkekek ketawa apabila dia dapat menyakat Khalijah.

“Eee… Ehhh… Mummy ni… Bila pula dia kata dia hendakkan ija ni,nak kata Ija jadi andartu lah tukan.” Khalijah memandang pelik kepada Datin Roziah, Khalijah sengaja berkata begitu padahal apa yang di katakan oleh Datin Roziah itu betul tinggal lagi Khalijah malas hendak ambil serious.

“Suka hati kamulah labu.” Datuk Sahak pula berkata dan dia ketawa lagi.

“Malaslah nak cakap dengan Mummy dan Papa ni… Tak kenal Zakuan tu betul-betul dah jatuh suka, Buatnya dia tu ada niat jahat ke dengan Ija… Mana tahu.” Khalijah sengaja berkata begitu kerana dia tidak mendapat sokongan dari mereka berdua.

“Dah… Tak payah nak bersangka buruk… kamu tu lapangkan minda dan buka hati tu… Terima Zakuan tu kalau dia ada meluahkan apa-apa pada kamu nanti.” Datin Roziah berkata lagi, sebenarnya Zakuan awal-awal lagi telah meluahkan hasrat hatinya kepada Datuk Sahak untuk berkawan dengan Khalijah dengan lebih rapat lagi.

“Eeee… Mummy ni… Zakuan ni pun satu… Tunggulah karang… Aku tembak juga dia ni.”Khalijah mengomel sambil membawa dirinya keluar dari bilik orang tuannya, Datuk Sahak hanya mengelengkan kepalanya melihat gelagat Khalijah.


Seperti yang di janjikan Zakuan datang menjemput Khalijah di rumahnya, Khalijah hanya mengenakan jeans dan blous labuh dan tudung sarung labuh kesukaannya. Walaupun santai tetapi dia tetap nampak cantik dan ayu kerana itu Zakuan tertarik kepadanya, bagi Zakuan Khalijah complete sebagai seorang wanita idamannya. Sopan, ayu, pandai menjaga maruah dan auratnya, Zakuan ada bercerita mengenai Khalijah kepada kedua orang tuanya dan Dato Kahar tidak sangka yang Zakuan berkawan dengan anak Datuk Sahak katanya lagi dia akan bertanya dengan Datuk Sahak sendiri mengenai anaknya itu.