Wednesday, 2 October 2013

Adakah ini takdirku 21


Manusia yang hidup dengan perasaan dendam dan sakit hati sememang tidak akan menemui jalan yang baik di dalam kehidupannya, mereka sanggup melakukan sesuatu yang di luar jangkaan semata-mata untuk memuaskan nafsu hatinya, untuk menghapuskan nyawa orang lain demi mencapai cita-citanya itu tidak menjadi persoalan baginya janji mereka berasa puas. Bila kehidupan bertuankan syaitan tidak berpandukan Al Quran dan Sunah beginilah jadinya.

Barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena membuat kerusakan dimuka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka rasul-rasul Kami dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas, kemudian banyak diantara mereka sesudah itu. sungguh-sungguh melampaui batas dalam berbuat kerusakan dimuka bumi”. (QS. al-Maa’idah : 32)

Khairil Qushairy leka menonton berita di tv mengenai penemuan dua mayat yang telah di tembak mati dan gambar mangsa yang telah di paparkan di tv adalah sama dengan yang Insp Tamar tunjukkan kepadanya semasa dia ke balai polis tempoh hari. Dia hanya meraup mukanya dengan tangan dan beristghafar berkali-kali, dia termati kata-kata dan tidak tahu apa yang dapat di luahkan dengan kekecewaan ini dia benar-benar tidak mengerti dan menjadi persoalan di dalam fikirannya sendiri.

" Kenapa pula ya mereka berdua tu di tembak... Mesti ada kes lainkan." Datin Roziah mempersoalkan tentang kematian Daus dan Joe.

"Tak tahu lah mummy... bak kata polis tempoh hari... mereka nie memang di kehendaki oleh polis dalam menyelesaikan beberapa kes lain. Mungkin ada orang lain yang membunuh mereka nie untuk menutup mulut berkaitan kes lain kut." Itu apa yang terfikir oleh Khairil Qushairy kerana dia pasti kemalangan yang menimpa Arwah isterinya itu bukan kerana dendam kerana dia tahu yang dia tiada mempunyai musuh dan tidak pernah membuat hal dengan orang lain, lagi di fikir lagi sakit kepalanya.

"Tapi sekurang-kurangnya kita tahu siapa orang yang telah melanggar Kartini dulu. Dah memang ajal Kartini dan kita kena redha dengan apa yang berlaku nie Que." Nasihat Datuk Sahak pula, kalau ikutkan rasa sakit hati memang kita boleh berdendam juga tetapi ini semua Qada dan Qadar ketentuan Allah dan sepanjang tempoh Khairil Qushairy kehilangan isterinya, keluarga sentiasa memberi semangat dalam meneruskan kehidupannya. Seperti nasihat Datin Roziah kepadanya yang pergi biarkan ianya pergi kerana Allah sayangkan dia dan kita yang hidup kena teruskan kehidupan.

"Ya Papa... Que redha semuanya... Sudah ketentuan Allah… Que terima segalanya." Kata-kata Khairil Qushairy itu membuatkan Datin Roziah terharu dan dia mengosok perlahan bahu Khairil Qushairy.

" Syukur... Sebab kamu dapat terima Qadha dan Qadar ketentuan Allah." Kata Datin Roziah pula.

"Assalamualaikum... Wah kusyuk sungguh masing-masing berbual... apa yang Aadha dan Qadar nie Mummy." Khalijah bertanya dan terus duduk di sofa, dia baru sahaja sampai ke rumah.

"Walaikumusalam..." Salam yang di beri di sambut serentak oleh Datuk Sahak, Datin Roziah dan Khairil Qushairy.

"Pasal orang yang langgar arwah kak Tini kamu tu... nie keluar berita nie haa... di temui kena tembak mati di Pulau Pinang." Terang Datin Roziah kepada Khalijah, khalijah tertinggal berita tentang penemuan dua mayat itu.

"Laaa... Apa kes nie dia orang yang kena tembak pula." Khalijah terperanjat mendengar berita yang tak di sangka-sangka, kerana terkejut dia terus duduk di sebelah Khairil Qushairy..

"Abih abang dah jumpa polis ke untuk pengesahan tu." Khalijah bertanya kepada Khairil Qushairy.

" Tadi pagi mereka ada datang ke pejabat dan memaklumkan berita nie kepada abang." Terang Khairil Qushairy sambil menyandarkan kepalanya ke belakang sofa terasa letih fikirannya.

"Macam-macam lah dia orang niekan.. apa lah kes yang sampai dia orang pula yang kena tembak." Rungut Khalijah lagi.

" Dia orang nie mesti gangster dengan gangster nie." Telahan Datuk Sahak pula.

"Mungkin lah pa.." Khalijah juga turut mengiayakan telahan Datuk Sahak tadi.

"Nie kamu dah makan ke?" Datin Roziah menyoal Khalijah setelah dia teringat yang anaknya itu baru sahaja pulang dari kerja.

"Makan jajan je dalam komuter tadi." Khalijah setiap hari pergi balik kerjanya hanya dengan komuter dan teksi. Dia tidak sabar untuk menghabiskan dengan cepat latihan memandu dan dia akan membawa kereta sendiri, dia pun tidak mahu duduk menyewa di kawasan Putrajaya dan sanggup berulang alik dari Putrajaya ke Damansara. Puas juga Datin Roziah memujuknya supaya tidak menyusahkan diri, tapi katanya bila dia sudah rasa hendak duduk di Putrajaya nanti dia akan beritahu jadi buat masa ini biar dia berulang alik sahaja.

"Mak Chu... Mak Chu.. saya dah wangi." Syuhada membawa Izara duduk di ruangan keluarga.

"Laa.. bucuk Mak Chu nie tak tido lagi.” Khalijah menegur Izara.

“Aku peluk-peluk dia… Sedap je dia keluarkan baja dia.” Kata Syuhada sambil tersenyum. Syuhada menyerahkan Izara kepada Khalijah dan terus duduk di sebelah Khalijah.

“Ehhh! Nie balik jauh-jauh lepas tu terus pegang baby… Tak elok.. bersihkan diri tu dulu… Ada yang mengikut kita tak tahu.. Dah lah awak tu balik malam.” Datin Roziah menegur Khalijah dari memegang Izara.

“Ya ke mummy? Siapalah pula yang nak mengikut Ija nie mummy.. hi hi hi.” Khalijah mengusik Datin Roziah.

“ Ish.. budak nie.. kita cakap di buat-buat main… Dah pergi bersihkan diri tu dulu.” Datin Roziah berkeras menyuruh Khalijah membersihkan dirirnya.

“Ya lahhhh.. Ayang acu.. Acu nak mandi dulu ya… Nenek dah marah Acu tu.. Acu nak majuk lah.” Khalijah sempat lagi bercakap dengan Izara dan kemudian menyerahkan Izara kepada Syuhada semula. Izara sudah mula mengosok-gosok mata seraya mengantuk.

“Dah mengantuk cucu nenek nie.” Datin Roziah menegur dan mencuit pipi cucunya yang di pangkuan Syuhada.

“Ya lah nie… badan dah sedap… Ohh! Hada lupa pula nak buatkan susu dia.” Syuhada terlupa membancuhkan susu Izara dan dia pun tidak teringat nak meminta khairil Qushairy menyiapkan susu untuk Izara dalam masa dia membersihkan Izara tadi.

“Tak pa… Biar Abang yang buatkan… Hada pegang saja dia dulu.” Khairil Qushairy menawarkan dirinya untuk membuat susu untuk Izara. Datuk Sahak leka mengadap tv tapi sesekali dia mencuri-curi pandang kepada mereka di sekelilingnya. Dia tidak menyampuk sama berbual gayanya sedang fokus kepada drama bersiri Merlin. Tidak sampai 10 minit susu Izara sudah di siapkan oleh Khairil Qushairy dan dia menyerahkan kepada Izara.

“Hari nie Zalina ada datang office tak?” Khairil bertanya Syuhada.

“Tak ada pula hari nie… Telefon pun tidak, aman sikit.” Terang Syuhada.

“Zalina mana?” Tanya Datin Roziah, dia kehairanan siapakah perempuan yang mereka perkatakan itu.

“Ala budak yang sama sekolah dengan Que tu lah mummy… yang dulu suka sangat datang bertandang ke office sebelum Que kawin dulu.” Terang Khairil Qushairy untuk mengingatkan kembali Datin Roziah siapa Zalina yang mereka cerita kan.

“Ohh.. Budak seksi tu… Laaa.. Dia datang kacau kamu lagi ke Que?” Tanya Datin Roziah lagi.

“Haa ahh…” Jawah Khairil Qushairy pendek.

“Ehh… Dia tu nak apa lagi dengan kamu nie Que?” Datin Roziah sudah menunjukkan gaya tidak puas hatinya.

“Aih! Dah anak awak tu duda hot lah katakan… Itu dia datang mencari balik.” Datuk Sahak pula berseloroh Syuhada yang lebih berdiam terus tertawa bila mendengar kata-kata Datuk Sahak.

“Awak nie bang… Saya tanya Que betul-betul.. dia buat lawak tengah malam pula.” Datin Roziah sedikit marah.

“Relax lah mummy… Dia tak kacau macam dulu sangat… Cuma dia asyik ajak Que pergi makan dengan dia… Tapi tulah Que tak pernah pergi berdua dengan dia pun… Selalunya Que lebih banyak mengelak.” Khairil Qushairy meyakinkan Datin Roziah kerana dia tidak mahu Datin Roziah susah hati.

“Kamu pastikan dia tak susahkan Hada… macam mana yang dia pernah menyusahkan PA kamu yang dulu-dulu.” Pesan Datin Roziah kerana dia tidak mahu Syuhada menjadi mangsa gila Zalina. Datin Roziah tahu perangai Zalina yang kadang-kadang tidak boleh di sangka kerana dia pernah melempang salah seorang bekas PA Khairil Qushairy suatu masa dulu.

“Insyallah Mak Long… Jangan risau.. Dia takkan kacau hada.. Tahulah Hada ajar dia kalau dia nak buat tak baik dengan Hada.” Syuhada cuba meyakinkan Datin Roziah.

“Kamu kena hati-hati dengan dia tu Hada… Ada gilanya budak tu sikit… Perangai bukannya elok pun tu…” Datin Roziah berkata lagi, panas hatinya bila mendengar nama Zalina dan dia teringat-ingat perangai Zalina sebelum ini.

“Mummy jangan Risau lah… Dia tak akan buat apa-apa dekat Hada pun.” Khairil Qushairy juga turut meyakinkan Datin Roziah.

“Awak tu cuba jangan cepat nak berprasangka buruk.” Datuk Sahak pula menegur Datin Roziah.

“Ehhh.. Awak nie bang… Suka-suka saja kata saya sangka buruk… Saya tahu perangai budak tu.. Saya dah siasat dia dulu… Itu yang saya tak sanggup dia dekat dengan Que tahu!” Datin Roziah memarahi Datuk sahak.

“Laa.. Saya pula awak marah… Ya saya tahu dia macam mana dulu… Mungkin sekarang dia dah berubah ke? Mana kita tahukan.” Dauk Sahak cuba untuk tidak memanjangkan cerita dan sebenarnya dia sendiri tidak berapa suka juga apabila Zalina kerap datang ke Kasturi Holding.

“Dah lah.. Malas nak cakap dengan abang nie.” Datin Roziah seperti merajuk. Khairil Qushairy memujuknya.

“Mummy… InsyAllah harap-harap dia tak seperti dulu ya… Que pun memang dah tak ada lepak dengan dia macam dulu-dulu dah… kawan-kawan Que pun tak ada bawa dia kalau kita orang pergi main tennis atau makan di luar pun.” Khairil Qushairy perlu meyakinkan Datin Roziah dan dia tidak mahu Datin Roziah mengupah orang untuk mengekori Zalina lagi, dulu semasa Khairil Qushairy bertemu rakan-rakannya di luar Zalina ada juga mengikut sama itu pun kerana dia rapat sedikit sedikit dengan Fadli, dalam ramai-ramai rakan Khairil Qushairy… Fadli jenis yang suka juga pergi ke night club tetapi dia tidak mengambil minuman beralkohol cuma dia suka melepak di situ sesekali, bila rakan-rakan yang lain menasihatkan katanya dia sekadar hendak released tension dan kerana itu dia selalu juga bertemu dengan Zalina. 

“Mak long… Pak long… Hada naik dulu… Nie Izara pun dah lena nie… Abang Que… Hada letakkan dia dalam bilik abang ya.” Syuhada meminta diri untuk masuk tidur, jam pun sudah menunjukkan ke pukul 9.30 malam dan dia hendak meletakkan Izara di dalam katilnya supaya dia dapat tidur dengan selesa.

“Ya lah… kesian pula Izara nie… Dah letakkan lah dia… kamu pun esok nak kerjakan.” Datin Roziah berkata.

“Iya Mak long… Ok lah Assalamualaikum.” Syuhada memberi salam dan bangun untuk membawa Izara.

“Dah jom lah… Abang pun nak rehat nie… Ok Mummy.. Papa.. Que naik dulu ya.” Khairil Qushairy meminta diri dia berjalan mengekori Syuhada dari belakang.

“Kamu tu sebelum tidur  makan ubat Que.” Pesan Datin Roziah, cara Datin Roziah mengingatkan khairil Qushairy seperti dia tu masih kecil lagi. 

Datuk Sahak memandang sahaja Khairil Qushairy dan Syuhada yang bergerak naik ke tingkat atas dan tiba-tiba dia tersengih-sengih sendiri, Datin Roziah terperasan dengan perlakuan Datuk Sahak.

“Aik bang.. Apa yang awak senyumkan sorang-sorang nie.” Datin Roziah menegur Datuk sahak, hairan dia melihat suaminya yang tersenyum pada hal di tv tidak pula ada yang mengelikan hati.

“Tak ada apa-apalah.” Jawab Datuk Sahak.

“Awak nie dah terang-terang saya nampak awak tersenyum-senyum… Dah tu awak boleh kata tidak ada apa-apa.” Datin Roziah membebelkan Datuk Sahak.

“Shhhh.. Datuk Sahak menunjukkan tanda diam kepada Datin Roziah sambil memandang ke arah tangga.

“Apa dia?” Datin Roziah bertanya perlahan seperti pencuri bercakap sambil dia berpaling memandang ke arah tangga juga.

“Saya tengok Que dan Hada tu macam sepadan pula.” Tiba-tiba Datuk Sahak berkata begitu.

“Aihhhh… Awak nie… Ada pula kata mcam tu… kalau di dengar dekat Que marah dia nanti… Dia dah anggap Hada tu macam adik dia sendiri tau.” Datin Roziah berkata perlahan sambil menolak bahu Datuk Sahak.

“Apa-apa saja lah… dah jom lah tidur… saya dah mengantuk nie.” Datuk Sahak berdiri dan terus menutup tv dan masuk ke biliknya Datin Roziah mengikut dari belakang dan menutup lampu sambil tu mulutnya membebelkan Datuk Sahak.

#########################

Syuhada sedang bersiap-siap untuk ke pejabat, Khalijah awal-awal lagi sudah keluar. Hari ini Syuhada akan memandu keretanya sendiri kerana Khairil Qushairy tidak masuk ke pejabat, mungkin dia masih memerlukan rehat. Mana tidak terganggu emosinya bila isteri yang baru setahun di kahwini meninggalkan dia dan anaknya Izara buat selamanya, tapi sudah ketentuan Allah dia tetap redha. Sudah seronok mendapat berita orang yang bertanggungjawab menyebabkan kematian Kartini telah di kenal pasti sekali dapat tahu telah mati di tembak pula, mungkin ini yang mengangu emosinya dan fikirannya.

“Assalamualaikum Kak Imah.” Syuhada memberi salam kepada pembantu rumah Datin Roziah yang sedang membancuh minuman di dalam teko di dapur.

“Walaikumusalam… Seronok nampaknya hari ini Hada.” Salimah bertanya.

“Ehh.. biasa je saya macam nie hari-harilah Kak Imah.” Syuhada berkata sambil tersenyum, memang benar Syuhada terlebih ring hari ini kerana dia dapat pergi kerja dengan memandu sendiri kerana sudah hampir sebulan pergi dan balik kerja dengan Khairil Qushairy. Semalam pun dia memandu sambil menyanyi kerana seronok memandu seorangan, kalau tidak bila dengan Khairil Qushairy dia lebih banyak berdiam, Syuhada akan bercakap dengan Khairil Qushairy bila adanya orang lain di sekeliling mereka tetapi bila berdua, tiba-tiba dia jadi hilang ayat untuk berkata-kata.

“Biasa apanya Hada… Muka tu berseri-seri riang gembiranya… Macam orang menang loteri.” Salimah berkata lagi dan tersenyum sambil itu juga dia menuangkan air ke dalam cawan Syuhada.

“Ehhh… Kak Imah biar lah Hada tuang sendiri.. Akak nie.. Selalu buat macam nie.” Syuhada menahan Salimah membuatkan kerja yang sepatutnya dia boleh lakukan sendiri.

 “Tak apa.. Tu haa Datuk dan Datin dah turun tu.” Salimah memuncungkan bibirnya ke arah tangga. Syuhada berpaling dan melambai ke arah Datin Roziah untuk mengajak bersarapan sama.

“Aihh.. Awal kamu siap Hada.” Tegur Datin Roziah sambil menarik kerusi untuk duduk.

“Ehh.. Awal ke Mak Long… Bukan memang hari-hari Hada Awal ke?” Syuhada sengaja mengusik Datin Roziah.

“Banyaklah kamu punya awal.” Datin Roziah berkata, faham sangat dia dengan anak dara berdua di rumahnya ini selalu kelam kabut bila hendak bekerja dan kalau sarapan pun dapat makan sedikit tidak seperti Khalidah yang penuh disiplin semuanya yang di lakukan mesti on time.

“Assalamaulaikum.” Khairil Qushairy memberi salam dan terus duduk di kerusi bersebelahan Syuhada.

 Syuhada berpaling dan sedikit terperanjat kerana melihat Khairil Qusyairy bangun awal dan telah pun siap berpakaian lengkap seperti ke pejabat.

“Kenapa?” Khairil Qushairy menegur Syuhada kerana dia melihat Syuhada memandang dia seperti pelik.

“Aik… Kata abang Que tak sihat, nie dah siap nie takkan nak pergi kerja kut.” Syuhada bertanya kerana dia hairan dengan Khairil Qushairy.

“Abang rasa macam dah sihat dah, mungkin semalam Doktor Roziah jaga abang dengan baik… Tu abang ingat lebih baik Abang pergi kerja.” Khairil Qushairy berkata sambil tersenyum, manis sungguh senyuman dia kalau perempuan lain tengok memang cair.

“Ohhh… Ok..” Syuhada menjawab pendek dan dalam hatinya berkata baru nak seronok memandu riang gumbira tetapi tak sempat nak mula dah terkandas di permulaan.

“Aik… macam tak suka je abang nak pergi kerja.” Khairil Qushairy menegur Syuhada kerana dari cara jawapannya seperti orang kecewa.

“Ehh.. Ada pula Abang Que nie.. Mana ada.. Abang punya secret admire kat office tu mesti kecewa kalau abang tak datang.” Syuhada mengusik Khairil Qushairy pada hal nak cover line dia.

“Aihh.. Bos duda pun ada secret admire ke Hada?” Datin Roziah sengaja mengusik.

“Ada Mak Long… berderet yang nak cuba line tu.” Syuhada turut mengusik Khairil Qushairy.

“Hada dah pandai pula buat gossip ehh… Wah sapa pula nakkan abang yang duda nie Hada oii!..” Khairil Qushairy menyampuk dalam mempertahankan dirinya, tapi kalau orang dah nak suka dia pun tak boleh nak buat apa.

“Abang jangan tak tau… Abang Que siap ada gelaran dari diehard fan abang tu ‘Bos Duda hot’ lagi. Itu kata budak-budak kat office tulah.” Syuhada telah membocorkan gelaran yang di berikan oleh pekerja-pekerja di Kasturi Holding kepada Khairil Qushairy.

“Hahaha… apa ‘Bos Duda Hot’?” Datuk Sahak tergelak dan bertanya tentang gelaran itu. Datin Roziah dan Khairil Qushairy pun turut tergelak.

“Macam-macam lah budak-budak nie.” Khairil Qushairy ketawa sambil tergeleng-geleng kepalanya.

“Nie Hada… Pergi dengan Abang tau.” Khairil Qushairy berkata untuk mengingatkan Syuhada. Syuhada hanya menganggukkan kepalanya, dia terpaksa akur dan tidak boleh untuk menidakkan dan dia pun tiada alasan untuk di berikan.

“Papa sampai lewat sedikit… Papa nak jumpa Tan Sri Omar dulu.” Terang Datuk Sahak dia ada perbincangan luar pagi ini mengenai tanah yang hendak mereka beli di Nilai Negeri Sembilan.

Sambil bersarapan sambil berbual dan masa bergerak dengan pantas “Ok.. So Hada dah sedia ke? Abang nak gerak dah nie.” Khairil Qushairy sudah bersedia untuk bergerak dan dia tidak suka keluar lambat kerana pasti akan tersangkut di dalam kesesakan.

“Tak nak kiss saya dulu ke Papa.” Datin Roziah menegur Khairil Qushairy untuk Izara yang baru di bawa turun oleh Rania dan kemudian di serahkan kepada Datin Roziah. Semasa mereka sedang bersarapan sambil berbual, terdengar suara Izara menangis dari baby mobile yang telah di bawa turun oleh Khairil Qushairy tadi, cepat-cepat Datin Roziah memanggil Rania untuk mengambil Izara turun.

“Ala… busuk Papa dah bangun ya… Sorry lah dear… Papa ingat hari ini nak duduk rumah, tapi Papa banyak kerja, nanti petang kita main ya... Sayang anak Papa.” Khairil Qushairy berkata ibarat Izara memahami segalanya. Dia menyerahkan Izara kepada Datin Roziah semula.

“Sini Mak Su nak peluk dia sekejap.” Khairil Qushairy tidak jadi untuk menyerahkan kepada Datin Roziah sebaliknya di serahkan kepada Syuhada.Khairil Qushairy terus bergerak ke luar untuk memakai kasut.

“Bucuk Mak Su jangan nakal-nakal… Be a good girl… Bye-bye mak Su nak pergi kerja.” Syuhada memeluk dan mencium izara sampai mengeliat-mengeliat Izara jadinya.

“Hahahaha… Roboh pipi Izaralah Mak Su...Nasib baik Mak Chu dia pergi tadi Izara masih tidur kalau tak lunyailah pipi cucu nenek niekan” Datin Roziah bercakap kepada Izara selepas Syuhada menyerahkan Izara kepadanya.

“Hahahaha…” Syuhada ketawa sambil mencium tangan Izara pula dan kemudian cepat-cepat dia keluar untuk menyarung kasut kerana Khairil Qushairy sudah menunggu.

“Assalamualaikum… Serentak Syuhada dan Khairil Qushairy memberi salam kepada Datin Roziah.

“Walaikumusalam… Bawa kereta elok-elok Que.” Pesan Datin Roziah sambil melambaikan tangannya.

“InsyAllah Mummy…” Khairil Qushairy berkata sebelum dia memasuki kereta.

Setiap kali berada di dalam kereta Syuhada akan berubah menjadi pendiam, dia susah untuk berbual dengan khairil Qushairy apabila di dalam kereta jikalau hanya mereka berdua.

“Hada ok ke?” Khairil Qushairy memulakan perbualan.

“Ehhh! Ok.. ok..” Syuhada membalas sambil mata fokus memandang ke hadapan. Dia sendiri tidak tahu kenapa malu dia terlebih-lebih dengan Khairil Qushairy, Walau dah selalu berjumpa di pejabat di rumah tetapi dia tak boleh nak control malunya itu, pada hal bukan pun orang lain… sepupunya sendiri.

“Abang tengok Hada bila dalam kereta selalu diam tak seperti bila di rumah atau di pejabat.” Khairil Qushairy bertanya juga akhirnya, Dia pun perasan setiap kali di kalangan rakan-rakan di pejabat dan di rumah bersama keluarga Syuhada nampak periang serta kerap juga berbual, tetapi bila di dalam kereta bersamanya keadaan Syuhada berbeza.

“Iya ke? Hada rasa biasa je… Tinggal lagi tak ada benda nak di bualkan so better Hada layan pemandangan di luarkan.” Jawabnya tapi memang benar pun yang dia terasa segan apabila berdua.

“Iya lah tu… Hada malu dengan abang ke?” Tanyanya lagi, Khairil Qushairy tersengih tapi mata tetap memandang ke hadapan.

“Mana adalah Abang Que… Betul Hada ok… Nak malu apanya, Abangkan dah macam Abang hada sendiri.” Kata Syuhada lagi tapi dup dap dup dap jantungnya berdebar apabila di tanya begitu.

“Kalau dah anggap Abang macam Abang Hada sendiri… Hada mesti tak gelabah… Nie cakap dengan abang pun bukan Hada pandang arah Abang… Yang Hada pandang sebelah sana buat apa?” Khairil Qushairy mengusik Syuhada dia tahu sangat kegugupan Syuhada apabila dengannya.

“Ahhh… hihihihi… Mana ada gelabah… Hada suka tengok keadaan di luar tu saja.” Syuhada masih tidak mahu mengaku yang dia memang malu dengan Khairil Qushairy, rasa hendak pitam dia apabila di tanya begitu... Cepatlah sampai pejabat, di dalam hati Syuhada berkata.

“Iyalah tu… Haa! Satu lagi… Kalau Zalina datang hari nie katakan abang tak ada di office, kata Abang cuti sampai esok and will be back on Monday.” Khairil Qushairy tidak mahu melayan kerenah Zalina, sudah lah dia pening dengan berita-berita yang mengejutkan tambahkan pula dengan Zalina yang menyibuk di pejabatnya, lagi sakit kepala jadinya.

“InsyAllah… Nanti Hada akan sampaikan seperti apa yang Abang Que dah rancangkan.” Syuhada pun naik kesian melihat Khairil Qushairy yang sudah tidak tahu macam mana alasan yang dia hendak berikan untuk mengelakkan dirinya dari gangguan Zalina.

“Thanks Hada…” Khairil Qushairy berkata sambil tersenyum, untung adik sepupunya yang menjadi Setiausahanya kerana mudah untuk dia berbincang. Syuhada membalas ucapan Khairil Qushairy di dalam hatinya sahaja.

“Ohh ya Abang Que… Lunch nanti Hada nak minta balik lewat sikit ke pejabat boleh.” Syuhada bertanya dan meminta izin kepada khairil Qushairy.

“kenapa dah tu Hada nak kemana?” Khairil Qushairy bertanya. Kerana dia tahu yang selalunya Syuhada akan makan di restoran-restoran di hadapan bangunan mereka sahaja.

“Hada ingat nak pergi beli barangan sikit, Tu dekat pantry coffee gula susu semua dah nak habis. Hada terlupa nak beli semalam on the way balik.” Semalam Syuhada benar-benar terlupa pada hal sebelum itu dia ada teringat pasal hendak membeli barang-barang untuk tambahan di pantry.

“Ohhh… Kalau macam tu biar Abang hantarkan… Lunch dengan abang saja hari ini.” Khairil Qushairy meng’offer dirinya untuk menghantar Syuhada tetapi Syuhada yang serba salah, tambahan hendak kena makan berdua dengannya sahaja.

“Ehhh… Tak palah Abang Que… Biar hada pergi naik teksi… Abang tu pun bukan sihat sangatkan.” Syuhada cuba memberi alasan kerana dia berasa lagi selesa untuk pergi membeli sendiri.

“Hada! Kalau abang tak sihat… Abang tak pergi pejabat hari ni tau… Dah tak payah nak banyak cerita… Karang kita pergi beli sama-sama.” Titik noktah itu kata dari khairil Qushairy yang Syuhada tidk boleh hendak tolak dan cari alasan lagi.

Seperti yang telah di janjikan di dalam kereta pagi tadi, tepat waktu untuk rehat Khairil Qushairy sudah mengajak Syuhada keluar makan tengah hari bersama dan kemudian membeli barangan untuk pantry. Lambat juga dia masuk ke pejabat semula. Setelah dia masuk ke pejabat, Umi menelefon Syuhada dan mula mengossip, dia siap mengusik Syuhada dan katanya Syuhada pergi dating dengan bosi tu pasal tidak ajak mereka bertiga. Geram Syuhada dengan usikan daripada Umi. Ada saja yang dia hendak usik Syuhada kemudian terkekek-kekek mereka ketawa. Tetapi Syuhada tahu yang Umi sekadar mengusik dia dan Umi juga sedia maklum kemana Syuhada dan khairil Qushairy tengah hari itu.



No comments:

Post a Comment