Wednesday, 16 October 2013

Adakah ini takdirku 22

Tiba-tiba telefon Syuhada berbunyi dan apabila di lihat ke skrin tertera nama ‘Makku sayang’ siapa lagi kalau bukan Puan Rokiah.

“Assalamualaikum Mak”

“Walaikumusalam… sibuk ke?”

“Tak… Kenapa?”

Jumaat nie jangan lupa balik... keluarga Sufian datang nak merisik, hantar cincin tanda dan terus hantar belanja.”

Merisik kemudian terus hantar belanja?”

“Iya.. kak Fika kamu kata keluarga Sufian nak buat sekali masa hari nikah dan ikut perancangan mereka nak buat dalam dua bulan nie.”

“Ohhh... Habis mak dah bagi tau mak long dan Pak long ke?”

“Mak baru saja call mak long kamu haa... dia kata Insyallah dia akan datang.”

“Ok kalau macam tu hari jumaat Hada minta cuti dengan Abang Que.”

“Haa.. elok sangatlah tu.. mak pun nak juga minta tolong kamu tu apa yang patut.. sebab kak Kina kamu pun sampai jumaat petang, malam sabtu tu Ayah nak buat tahlil dan doa selamat sekali.”

“Ok… Nanti apa-apa hal Hada call mak semula ya.”

“Haa..Iyalah… kerja elok-elok… Jaga diri tu Hada.”

“Iya Mak… Hada ingat pesanan mak… Mak jangan garang sangat mengajar tu… Hahaha.”

“Haippp… Bertuah kamu ya… Ok Mak letak dulu.. Assalamualaikum.”

“Walaikumusalam…”

Dalam pada Syuhada leka berbual dengan Puan Rokiah, Syuhada tidak perasaan yang Khairil Qushairy sudah pun berdiri di depan mejanya, Khairil Qusyairy baru sahaja selesai mesyuarat dengan pembekal barangan hiasan dalaman untuk projek kondo Kasturi Holding.

"Ehemmm..." Khairil Qushairy sengaja berdehem untuk menarik perhatian Syuhada. Syuhada terkejut kerana tiba-tiba sahaja Khairil Qushairy sudah tegak berdiri dan tersenyum kepadanya Syuhada memang tidak perasan kehadiran Khairil Qushairy.

"Amboi! leka sangat bercakap… Siapa tu… Boyfriend ke? ... sampaikan Abang dah berdiri depan nie pun Hada tak perasan." Khairil Qushairy mengusik syuhada dan dia sengaja berkata begitu, Khairil Qushairy tahu yang Syuhada sedang bercakap dengan Puan Rokiah.

"Hihihihi... Mana ada... Boyfriend pun hada tak ada... Nie haa... Mak bagi tahu yang sabtu nie keluarga Abang Sufian hendak datang merisik dan hantar belanja sekali." Syuhada mengerutkan dahinya apabila Khairil Qushairy berkata begitu dan kemudian Syuhada menerangkan kepada Khairil Qushairy perkara yang sebenar dan dia tidak suka Khairil Qushairy menuduh sebarang.

"Ohhh... Ala Abang usik saja lah...Ok Abang masuk dulu… Ada kenduri besar keluarga kita lepas ni." Khairil Qushairy ketawaapabila melihat rupa Syuhada tadi dan bergerak untuk masuk kebiliknya.

"Abang Que! Kejap… Boleh tak jumaat nie Hada nak minta cuti… Hada nak tolong Mak kenduri untuk jumaat malam dan hari sabtu nanti, sebab kak Kina sampai pun pada hari jumaat petang.” Selama dua bulan setengah Syuhada berkerja, belum ada sekali pun dia bercuti mengambil cuti.

“Ok… No hal… nanti isi form dan hantar ke bilik Abang… So Abang boleh approve kan.” Khairil Qushairy tidak menolak kerana ini pun adalah pertama kali Syuhada memohon cuti dan tambahan pula Emak saudaranya juga yang hendak buat kenduri nanti.

“Thanks Abang Que… Tapi sabtu tu nanti jangan pula Abang lupa turun Bangi.” Syuhada berkata dan mengingatkan Khairil Qushairy. Syuhada berubah ceria apabila Khairil Qushairy mengizinkan dia untuk bercuti.

“Insyallah… Nanti Abang datang dengan Izara… Mummy tu rasa abang mesti pergi awal kut… Tapi tak apalah nanti abang bincang dengan Mummy macam mana.” Khairil Qushairy terfikir semula jika Datin Roziah pergi awal mesti tiada siapa yang akan menjaga Izara di rumah dan mungkin Datin Roziah akan membawa Izara bersamanya, jadi dia tak pasti lagi bagaimana perancangan Datin Roziah nanti.

“Abang masuk dulu.” Khairil Qushairy memohon untuk masuk ke biliknya dahulu.

Syuhada tersenyum girang kerana Khairil Qushairy mengizinkan dia untuk bercuti dan ada tiga hari lagi untuk dia bercuti, kemudian dia teringatkan Khalijah dan dia terus mendail nombor Khalijah. Dia berani untuk menelefon kerana jam sudah menunjukkan ke pukul 12.45 tengah hari dan dia pasti sekarang ini Khalijah dalam waktu rehat.
“Hello! Assalamualaikum…"

“Walaikumusalam… Woi!... Kau nie macam tahu-tahu saja aku tengah rehatkan.”

“Ehh… Aku biasalahkan… Hahaha…”

“Ija… jumaat nie aku dapat cuti tau… Aku nak balik Bangi… Mak kata nak buat kenduri sedikit plus keluarga abang Sufian datang nak merisik dan hantar belanja untuk Kak Syafika.”

“Iya ke? Amboi abang Sufian siap hantar belanja terus… kenapa tak lepas bertunang saja hantar belanja.”

“Entah… Mak kata bertunang dia nak buat sekali pada hari nikah tu… Macam tulah plan ehh…”

“Ohh… Nie nak express betul."

“Hahaha… gila lah kau nie Ija”

“Hahahahaha…”

“Kau cubalah ambil cuti jumaat nanti… Kalau boleh jom lah balik dengan Aku.”

“Ehhh… Aku tak janjilah Hada… tapi tengoklah aku cuba… Lagi tiga hari tu beb.”

“Dah mak baru bagi tau aku… Tu pun aku tanya Abang Que dulu boleh ke tidak aku cuti jumaat… Nasib baik dia kata boleh."

“Baik lah sangat bos kau tukan… Untung kau…”

“Hahahaha… Bos aku, tapi abang sapa… kau jugak.”

“Ehh.. Kau call aku nie kau dah break time ke?”

“Dah nak hampirlah nie… Oklah… Nanti dekat rumah kita cerita panjang lagi… tapi kau cubalah apply lepas kau habis break nie karang.”

“Yelah karang aku isilah borang… Tapi memang tak janjilah boleh lulus atau tidak.”

“Yelah… Tapi kalau tak cuba mana nak tahukan.”

“Yelah… Ok Assalamualaikum.

“Walaikumusalam.”

Selesai berbual dengan Khalijah, Syuhada mengemaskan sedikit mejanya dahulu sebelum keluar untuk berehat, dia akan pergi ke tingkat empat untuk bertemu dengan Nina dan Umi untuk di ajak berehat sama.Hada menekan interkom untuk bercakap dengan Khairil Qushairy.

“Abang Que… Hada nak turun makan. Dah pukul satu nie.” Syuhada meminta izin kepada Khairil Qushairy.

“Ehh.. dah lunch time ke?” Khairil Qushairy tidak perasan masa sudah berlalu, dia terlalu busy dengan kerja dan nasib baik Syuhada memberitahunya, Ialah kerana dia pun baru lagi masuk ke biliknya tadi selepas balik dari mesyuarat.

“Dah pukul satulah Abang Que.” Kata Syuhada lagi sambil mata melirik ke jam di tangan.

“Hada lunch dengan siapa hari nie?” Tanyanya lagi.

“Macam biasalah Abang Que dengan siapa lagi, dengan Nina, Umi dan Karmila lah… kenapa?” Hairan pula Syuhada kerana tiba-tiba pula Abang sepupunya ini terlebih tanya pula.

“Abang join sekali… Abang malas nak makan jauh sangat… Tunggu Abang dekat Lobi.” Katanya lagi, Syuhada berkata dalam hati “alamak tak boleh nak bergossip lah nampaknya.”

“Ok Abang Que… Hada turun dulu nak ajak Nina dan Umi.” Syuhada memohon diri untuk bertemu Nina dan Umi kerana memang kebiasaan kerana setiap kali lunch time Syuhada akan memanggil mereka.

“Ok… Abang turun lagi lima minit.”Katanya lagi. Syuhada terus turun ke tingkat empat manakala Khairil Qushairy menutup laptopnya dahulu dan kemudian dia terus turun ke lobi.

Khairil Qushairy ingatkan semasa dia turun Syuhada sudah ada menunggunya, sebaliknya dia yang menunggu Syuhada dan rakan-rakannya.

“Maaflah Abang Que… Hada ingatkan abang belum turun lagi.” Syuhada meminta maaf kerana kelewatannya.

“Maafkan kami En Khairil kerana terpaksa menunggu kami pula.” Umi pula meminta maaf.

“Dah-dah… Tak jadi hal pun saya baru lima minit menunggu… bukan setengah jam pun… So should we go…” Khairil Qushairy jenis bos yang berhati mulia dan baik dengan semua staffnya, dan kerana itu semua staffnya berasa hormat dengannya, begitu juga dengan Datuk Sahak seorang bos yang baik juga dan pandai menjaga semua pekerjanya.

“Ok… jom.” Karmila pula berkata. Mereka seperti biasa makan di restoran yang berhadapan dengan Bangunan Kasturi Holding dan makan tengah hari pada hari itu di belanja oleh Khairil Qushairy sepenuhnya dan berkali-kali juga Umi, Nina dan Karmila mengucapkan terima kasih.

#################

Tadi last Syuhada bekerja kerana esok dia akan bercuti dan dia bertambah seronok kerana Khalijah mendapat kelulusan untuknya bercuti. Semua kerjanya di pejabat tadi telah di selesaikan dan apa-apa dokumen yang harus di tanda tangan oleh Khairil Qushairy pun sudah siap di susun di atas meja Khairil Qushairy.

“Mummy ikut Hada dan Ija balik bangi dulu tau Que… Salimah dan Rania pun ikut mummy” Datin Roziah ada berkata pagi tadi kepada Syuhada yang dia merancang untuk ikut Syuhada dan Khalijah manakala Datuk Sahak akan datang pada hari Sabtu nanti, manakala pembantu rumahnya Salimah dan Rania akan di bawa bersama. Khalijah sudah pun mempunyai lesen dan esok dia yang akan membawa Salimah dan Rania manakala Datin roziah akan naik bersama Syuhada.

“Habis Izara?” Khairil Qushairy tertanya kerana dia tak pasti bagaimana dengan anaknya.

“Allah budak ini… tentu-tentu lah Mummy bawa… Dah kamu dengan Papa kerja pagi tu kan.” Tergelak Datin Roziah dengan pertanyaan khairil Qushairy, takut sangat izara di tinggalkan.
“Hehehe…” Khairil Qushairy tersengeh sambil terbaring di sofa bermain dengan Izara. Izara sudah mula lasak sekarang dan umurnya pun sudah enam bulan setengah, Khairil Qushairy suka duduk dengan cara sedikit rebah dan dia membengkokkan kakinya dan meletakkan Izara duduk di atas perutnya, Izara sudah pandai di ajak bermain dan bergurau malahan apabila dia mendapat sesuatu pasti dia akan masukkan ke dalam mulutnya dan sungguh leka dia mengigit permainan ituhinggakan basah kerana air liurnya.

“Kamu tu nanti datang dengan Papa saja.” Datin Roziah memberikan cadangannya.

“Boleh juga…” Khairil Qushairy setuju dengan cadangan Datin Roziah itu.

“Tapi Papa ingat lepas solat jumaat Papa tak masuk pejabat dah. Kamu ikut saja Papa pergi lepas solat jumaat nanti.” Kata Datuk Sahak pula. Selalunya memang setiap kali solat jumaat dia akan pergi bersama-sama dengan Datuk Sahak dan selepas itu dia akan masuk ke pejabatnya semula melainkan Datuk Sahak ada urusan luar yang lain barulah Khairil Qushairy pergi sendiri.

“Que ikut saja apa kata bos… Kalau A maka A lah… hihihihi.” Khairil Qushairy sempat lagi mengusik Datuk Sahak dan dia faham itu adalah satu arahan juga dari Datuk Sahak.

“Mak long dah siapkan pakaian Izara ke?” Syuhada tiba-tiba bertanya setelah datang dari tingkat bawah, syuhada telah pun siap mengemas pakaiannya, dia tidak membawa pakaiannya banyak sangat kerana separuh pakaiannya pun ada di rumah Puan Rokiah.

“Belum lagi.. kejap lagilah mak long suruh Rania sediakan.” Kata Datin Roziah.

“Kalau macam tu biar Hada je lah yang kemaskan barangan Izara.” Syuhada menawarkan dirinya kerana dia pun tidak membuat apa-apa dan hanya akan mengadap tv sambil berbual kosong sahaja.

“Haa.. buatlah Hada… Nie Que bagi beg besar sikit dekat Hada tu… Senang bawa lebih sikit pakaian Izara tu nanti nak salin-salin pakaian tak ada masalah.” Datin Roziah mengarahkan Khairil Qushairy untuk membantu Syuhada.

Khairil Qushairy bangun dan menyerahkan Izara kepada Datin Roziah dan dia melangkah naik… Syuhada mengikut dia dari belakang, dari belakang ada mata yang mengekori pergerakan mereka.

“Abang! Kalaulah saya pinangkan si Hada tu untuk Que ok tak?” Datin Roziah berbisik kepada Datuk Sahak.

“Saya tak kisah… sebab saya tengok Syuhada tu pun memang sesuai juga untuk Que tu dah tu perangai dia pun memang macam Khalijah juga, tau hormat orang tua dan rajin juga dah tu sayang betul dia dengan Izara.” Luahan Datuk Sahak kepada Datin Roziah dari apa yang dia selalu perhatikan tingkah Syuhada.

“Dah tu kalau di pejabat pun dia tahu menjaga batas pergaulan dia.” Tambahnya Datuk Sahak lagi.

“Tulah… Saya mula fikirkan macam tak seronok pula nak satukan mereka kerana mereka nie sepupu, tapi bila fikir balik apa pula salahnya kalau mereka sepupu.” Kata Datin Roziah sambil memandang kepada Datuk Sahak.

“Ala nanti awak bincanglah dengan Roslan dan Rokiah tu, kalau mereka kata ok… baru kita bincang perkara yang seterusnya.” Datuk Sahak dan Datin Roziah jenis yang tidak memilih siapa yang menjadi menantu mereka, yang penting bakal menantunya itu seorang yang tahu menjaga maruah diri dan menghormati orang di sekelilingnya dan mereka juga tidak kisah kalau bakal menantunya itu dari keluarga yang sederhana.

“InsyAllah nanti kalau sempat saya cakap dengan Rokiah.” Elok sahaja Datin Roziah berhenti bercakap dengan Datuk Sahak kelihatan Khairil Qushairy turun dan Datin Roziah menarik nafas dalam kerana bernasib baik Khairil Qushairy turun sehabis dia bercakap dengan suaminya.

“Nie Que… letakkan Izara dalam katil dia, kesian tidur macam nie.” Izara sudah terlelap di atas pangkuan Datin Roziah, semasa khairil Qushairy menyerahkan kepada Datin Roziah tadi, Izara memang sudah mula mengantuk.

“Ala siannya anak Papa nie.” Khairil Qushairy tunduk untuk mengangkat Izara.

“Kamu tak ada rasa nak cari pengganti mama untuk dia ke Que?” Tiba-tiba Datuk Sahak bertanya kepada Khairil Qushairy.

“Mama? Papa nie sayakan ada buat apa nak carikan Mama lain untuk Izara nie.” Khairil Qushairy menjawab sepontan dan terhenti dia untuk mengangkat Izara .

“Que! Izara nie makin membesar dan dia memerlukan belaian seorang ibu tau.” Sampuk Datin Roziah pula.

Nantilah Que fikirkan Papa… Mummy… Rasanya ada ke orang nak kahwin dengan saya yang berstatus duda anak satu nie, dan yang nak pun mungkin dia Cuma mahukan saya dan nanti Izara pasti di abaikan.” Luahan Khairil Qushairy, dia berasa tidak seronok dengan cadangan ke dua orang tuanya. Khairil Qushairy masih tidak pasti lagi ada sesiapa yang benar-benar boleh menjadi ibu yang baik kepada Izara.

“InsyAllah pasti ada, biar Mummy carikan ya!” Pujuk Datin Roziah lagi.

“Hmmm… Nanti-nantilah mummy… Biar Que fikirkan dulu.” Katanya lagi, kemudian dia mengangkat Izara dan meminta diri untuk naik ke biliknya, dalam masa berjalan naik dia terfikir-fikir apa ydi katakan oleh Datin Roziah dan Datuk Sahak tetapi cepat-cepat di tepisnya bayangan soalan tadi.

#####################

Selepas selesai bersarapan dan Datuk Sahak serta Khairil Qushairy sudah pergi kerja Syuhada, Khalijah, Datin Roziah,Izara dan pembantu rumah Datin Roziah Salimah dan Rania bergerak ke Bangi. Mereka pergi awal kerana pada sebelah malam puan Rokiah akan mengadakan tahlil dan kenduri doa selamat. Khalidah pula akan datang pada sebelah malam kerana dia ada kerja yang tak boleh di elakkan. Mereka sampai pun awal.

“Dah sampai dah…” Tuan Roslan menyambut kepulangan Syuhada dan kedatangan Keluarga isterinya.

“Assalamualaikum Abah.” Syuhada memeluk dan mencium kedua pipi Tuan Roslan.

“Walaikumusalam.” Jawabnya.

“Apa khabar kak long… Nie abang long tak ikut sama ke?” Roslan bertanya kerana dia tidak nampak kelibat Datuk Sahak bersama-sama mereka.

“Sihat Alhamdulillah… Petang karang dia datang lepas solat jumaat… Dia datang dengan Que.” Terang Datin Roziah.

“Ohhh… Haa.. elok lah tu… Dah masuklah.. saya dengan Kiah baru balik dari pasar nie.” Jelasnya.

“Dah siap beli barang dah… wah kerja dah menunggu kitalah nie Hada.” Khalijah pula menyampuk.

“Begitulah lah gamaknya Cik Puan Khalijah… Moh ler kita yek.” Syuhada bersenda.

“Ala… comelnya cucu atuk nie nie… dah bambam dah dia… mari sini atuk dukung.” Tuan Roslan menghulur tangan untuk mengambil Izara dari dukungan Khalijah.

“Mana tak bambam Atuknya… saya sudah mula makanlah.” Khalijah pula tolong menjawabkan.

“Betullah.. semangat dah nie… Dah berapa bulan Izara sekarang nie ija.” Tuan Roslan bertanya kepada Khalijah. Berkali-kali dia mencium Izara, dia pun rindu juga dengan cucu saudaranya itu… Nak tunggu cucu sendiri belum tentu lagi bila masanya.

“Enam bulan setengah dah Pak Ngah, dah nak mula merangkak dah nie.” Terang Khalijah lagi. Tiba-tiba Izara merengget dan seperti minta di lepaskan, rupanya dia ternampak Syuhada keluar hendak pergi ke kereta untuk mengeluarkan barang.

“Kenapa nie? Ala.. ala.. cucu Atuk sayang.” Tuan Roslan cuba memujuk Izara.

“Tu… Pak Ngah tak nampak siapa yang keluar tu… Dia bukan boleh nampak Hada… Manja sangat dengan mak Chu dia tu… Kalau dekat rumah, bila ada Hada… jangan harap dia nak dengan sapa-sapa, even Papa dia sendiri hulur tangan nak ambil dia pun di tolaknya.” Khalijah menceritakan keletah Izara apabila bersama dengan Syuhada.

“Mak Chu dia manjakan dia sangat tak?” Puan Rokiah pula menyampuk dan mengambil Izara dari Tuan Roslan.

“Dia sebab Ija tu selalu keluar rumah awal, balik sampai kadang lambat dah tu selalunya weekend lah yang dia dapat jumpa dengan Ija dan dan Idah, jadi yang selalu dia kerap jumpa Mak Chu Hada dia lah, tambahan pula Hada kalau balik dah bersihkan diri terus hadap muka dia, tu yang kalau kalau dia dah nampak Hada dan selagi Hada tak ambil dia, dia menjerit-jerit minta perhatian .” Terang Datin Roziah pula, tergelak Tuan Roslan dan Puan Rokiah mendengar cerita mengenai Izara.

“Mak bila sampainya Kiah.” Tanya Datin Roziah mengenai Rahimah.

“Lepas Rosli solat jumaat juga katanya.” Terang Puan Rokiah kepada Datin Roziah, Adik bongsu mereka pun merancang untuk turun ke Bangi selepas selesai solat jumaat.

“Haa... Iyalah… Dah bagi akak beras tu… akak nak pilih.” Datin Roziah sudah bersedia hendak membantu Puan Rokiah sementara hendak menunggu saudara mara dan jiran tetangga yang lain datang.

“Minuk dululah kak.” Puan Rokiah menegur dengan membawa dulang berisi air the dan sedikit kuih.

“Letak aje sebelah akak air tu… sambil buat nie pun boleh minum.”Katanya.

“Nie Ija pergi cari apa kerja yang kamu nak kena buat di dapur tu. Izara tu biarkan Hada bagi susu, Tidurkan dia dalam bilik kamu Hada.” Datin Roziah sudah mula memberi arahan dan yang pastinya anak-anak semua akur di atas arahannya itu.

“Entahnya Hada… On kan air cond tu biar dia selesa sikit tidurnya. Baby mobile dia adakan.” Puan Rokiah menyampuk sama.

“ Ada dalam beg dia tu.”Syuhada mengiyakan pertanyaan Puan Rokiah. Syuhada terus membawa Izara masuk ke dalam biliknya dan mereka yang lain bertungkus lumus memotong dan membersihkan bahan-bahan untuk di masak.

###################

Riuh rendah kediaman Tuan Roslan sekarang nie jemaah masjid dan jiran tertangga sedang menjamu selera di khemah yang di sediakan di luar, makanan pun mereka sediakan secara buffet. Puan Rokiah dan Tuan Roslan sibuk melayan tetamu makan, Adik beradik Puan Rokiah semuanya turun manakala kedua Ibu Bapa dan adik beradik kepada Tuan Roslan hanya separuh sahaja. Mereka tidak sempat untuk datang kerana jauh di perak. Tapi masa untuk majlis perkahwinan nanti mereka berjanji akan datang.

“Ehh… Jemput-jemput tambah lagi… Tok Imam tambahlah lagi.” Tuan Roslan mempelawa Tok Imam dan tetamu yang lain untuk menambah makanan. Mereka mengangguk-anggukkan kepala dan ada yang berkata mereka baru menambah makanan.

Berkenaan keluarga Sufian datang untuk merisik Syafika pada esok hari hanya keluarga sahaja yang mengetahuinya kerana ianya Cuma merisik, kalau bertunang memang Tuan Roslan akan menjemput jiran tetangganya.

“Mak dah makan ke?” Puan Rokiah bertanya kepada Bondanya Rahimah. Dia terlalu sibuk dan tidak perasan pula sama ada Rahimah sudah makan ke belum.

“Dah baru sudah… Mak makan dekat dalam nie haa tadi, Rozi ambilkan tadi.” Rahimah hanya duduk bersantai di atas kerusi yang memang di sediakan di luar perkarangan rumah tu sambil memandang tetamu-tetamu anaknya menjamu selera dan ada juga yang datang menyapanya dan bertanyakan khabarnya.

“Nie budak-budak nie dah makan ke belum… kejap saya tengok ke dalam kejap Mak.” Puan Rokiah risau kerana dia tidak nampak anak-anak atau anak-anak buah nya makan di luar dan kerana itu dia masuk ke dalam rumah untuk melihat mereka.

“Kamu semua nie dah makan ke belum?” Puan Rokiah menegur anak-anak dan anak-anak buahnya yang sedang duduk berlonggok berbual.

“Mak Ngah biar tetamu makan dululah… kami boleh makan kejap lagi… mak Ngah jangan risaulah… Tahulah kami nak cari nanti.” Khalidah bersuara menwakili mereka semua.

“Mak nie tak payah risaukan kita oranglah Mak… Mak tu dah makan ke belum?” Syakina pula bertanya.

“Belum… kejap lagi mak makanlah, Zizah dah makan belum.” Puan Rokiah menjawab dan kemudian dia ternampak adik iparnya Azizah isteri kepada Rosli dan dia terus bertanya kepadanya.

“Belum lagi kak Kiah…” Balas Azizah.

“Dah jom lah kita makan… Kak Rozi dah makan dengan mak nie tadi.” Katanya lagi.

“Jom lah kak.” Puan Rokiah dan Azizah jalan beriringan ke luar, di biarkan sahaja anak-anak daranya berbual dan melayan Izara. Masing-masing naik geram dengan Izara kerana sudah pandai tidak mahu dengan orang lain.

“Izara… Izara..” Haliza sepupu Syuhada memanggilnya, Izara memalingkan badannya dan di peluk erat leher Syuhada, tergelak mereka melihat perlakuan Izara.

“Amboi sombongnya dia ya… mak Ngah gigit nanti baru tau.” Halija pula menegur sambil mengenggam tangan Izara, manakala anak Halija si Fairuz yang berumur satu tahun memandang cemburu dan dia takut jikalau emaknya memegang Bayi lain jadi dia sentiasa melekat di atas pangkuan Halija.

“Dia punya manja mengalahkan Hada nie Mama dia kan. 

“Khalidah pula berkata, dia pun naik geram dengan Izara dan kerana itu mereka seronok mengusik Izara.

“Tulah pasal… pandai sombong pula tu.” Halija berkata lagi dan mereka tertawa bila Khalidah dan Halija berkata begitu. Dalam masa mereka berbual ada sepasang mata yang mencuri-curi memandang keakraban antara Izara dan Syuhada, tidak ubah seperti Anak dan Emak. Dia memegang phone dan sedang mencari sesuatu tetapi dia tidak dapat menumpukan sepenuhnya apa yang hendak di carinya kerana matanya tidak dapat lari dari memandang kepada kelompok sepupu dan adik-adiknya berbual dan bersenda. Tetapi dia juga tidak sedar ada juga sepasang mata yang memandang kearahnya dan cuba mentafsirkan pandangan dia.

“Hai Que! Apa ke saja yang kamu tenung tu. Papa tengok macam tak senang je dah tu kejap tergeleng-geleng.” Tiba-tiba di sapa Datuk Sahak, terkejut juga dia apabila tiba-tiba sahaja Datuk Sahak sudah ada di sebelahnya.

“Haa! Papa… Tenung? Mana ada Que Tenung sesiapa. Que tengah fikir pasal benda yang Que nak search dalam phone nie, sambil tu Que tengok Izara.” Khairil Qushairy tersentak juga dan tak sangka yang Datuk Sahak dapat menangkap perbuatannya.

“Iya lah tu pandang Izara ke atau pandang yang memegang Izara.” Datuk Sahak bertanya perlahan kepada Khairil Qushairy dan dia tertawa perlahan.

“Ishhhh… Papa nie… memandai saja… Mana ada sampai macam tu.” Khairil Qushairy mempertahankan dirinya, dia tidak sangka sekali begitu pekanya Datuk sahak dengan tingkah laku Khairil Qushairy tadi.


“Papa dah lama makan garam… dan tak salah kalau nak mencuba.” Datuk sahak berkata sampil menepuk bahu Khairil Qushairy dan berjalan meninggalkan Khairil Qushairy tercengang dan tanpa sempat berkata apa-apa. Khairil Qushairy mengaru kepalanya yang tidak gatal dan memandang kek iri dan kanan kerana takut ada sesiapa yang terdengar perbualannya dengan Datuk Sahak sebentar tadi. Tapi dia sendiri tidak pasti kenapa dia boleh gelisah dan terlalu asyik mencuri pandang ke arah Syuhada, dia sendiri tidak pasti dengan jawapan matanya kerana hati dan otaknya belum lagi sekata.

1 comment: