Janji telah terpatri cincin pun sudah di beri sebagai pengikat tanda dia
sudah berpunya dan dua bulan lagi majlis perkahwinan Syafika dan Sufian akan
berlangsung manakala di sebelah keluarga Sufian pula majlis menyusul seminggu
selepas itu. Pada pertemuan kedua-dua keluarga juga telah bersetuju mengenai
duit hantaran dan berapa dulang yang mereka perlu untuk balas membalas nanti.
Syuhada gembira kerana dia akan bakal mendapat Abang ipar dan keluarganya bakal
berkembang.
Keluarga Sufian juga berasa seronok bertemu dengan sebahagian besar
keluarga Syafika dan mereka berasa selesa dengan kemesraan itu. Syafika
memperkenalkan Syakina dan Syuhada kepada bakal mertuanya, dan kebetulan
syuhada sedang memegang Izara.
"Ohhh... Adik Ika nie sudah berkahwin rupanya." Puan Rosni
bertanya sambil mencuit pipi Izara yang terlentok di bahu Syuhada.
" Ehhh... belum lagi Makcik... Anak abang sepupu saya nie, dia manja
sikit dengan saya." Syuhada cepat-cepat memperbetulkan pertanyaan Puan
Rosni itu.
“Ini cucu ke tiga saya.” Datin Roziah berkata selepas terdengar pertanyaan
Puan Rosni tadi, Puan Rosni sudah pun berkenalan dengan Datin Roziah itu dia di
perkenalkan oleh Puan Rokiah sendiri.
"Laaa.. Iya ke?.. Maafkan Makcik." Puan Rosni berkata dan dia tidak
sangka jangkaan dia tu salah rupanya.
"Aihhh.. Jatuhlah saham mak Chu." Syuhada berkata sambil
tersenyum. mereka yang berhampiran pun turun tersenyum. Kebetulan Khairil
Qusyairy masuk ke dalam rumah dan Datin Roziah sempat memperkenalkan Khairil
Qushairy kepada Puan Rosni.
“Haa.. ini Papa Izara.” Datin Roziah berkata dan menunjuk ke arah Khairil
Qushairy dan dia hanya tersenyum memandang Puan Rosni.
“Mana satu Mama dia.” Tiba-tiba Puan Rosni bertanya.
“Emaknya sudah meninggal, kemalangan semasa dia berumur dua bulan.” Datin
Roziah berkata sambil memandang Izara.
“Innalilahiwailaihirojiun… La kesiannya dia… patutlah rapat semacam dengan
makcik dia.” Puan Rosni berkata sambil mengusap kepala Izara, dia berasa sayu
dan terharu dengan nasib Izara kerana kehilangan Ibunya di usia yang terlalu
mentah.
“Ada anak perempuan saya lagi dua orang… tapi Izara jarang berjumpa dengan
mereka sebab keluar awal pagi dan balik dah malam… kalau jumpa pun weekend…
dengan si Hada nie dia memang selalu jumpa sebab Hada kerja dengan suami saya dan
bapa Izara nie… Itu yang senang jumpa selalu.” Terang Datin Roziah, seronok Puan
Rosni berbual bersama keluarga Syafika dan Syuhada sehingga terlupa masa sudah
panjang berlalu.
#########################
Kini mereka semua bergotong royong membersihkan pinggan mangkuk dan halaman
rumah Tuan Roslan, adatlah setiap kali selepas kenduri banyak benda yang hendak
di bersihkan, di kemas dan di atur semula. Rosli Adik kepada Puan Rokiah telah
balik ke seremban kerana esok dia ada gotong royong di surau tempatnya dan dia
adalah salah seorang AJK surau dan dia terpaksa hadir sama, tetapi Puan Rahimah
ibu Puan Rokiah tidak ikut pulang dan Datin Roziah berjanji akan menghantarnya
pulang pada esok hari dan Khalidah juga turut pulang awal kerana esok hari dia
ada janji temu dan penting katanya,dan yang lain sepakat untuk balik esok hari
kerana bukan jauh pun perjalanan mereka.Dalam mereka di luar berbual sambil
menguruskan semua di dalam bilik pula Puan Rokiah sedang berbual dengan Datin
Roziah. Datin Roziah cuba untuk berbincang tanpa pengetahuan sesiapa dulu
mengenai rancangan dia dan Datuk Sahak.
“Apa hal nie kak Rozi.” Puan Rokiah bertanya apabila Datin Roziah tiba-tiba
berbisik mengajak dia masuk ke bilik. Sesampai di bilik Datin Roziah terus
mengunci pintu dari dalam kerana dia tidak mahu ada sesiapa yang masuk secara
tiba-tiba.
“Haa… Sabarlah… Tak payahlah panic sangat muka tu.” Datin Roziah
mentertawakan Puan Rokiah.
“Manalah tak panic kak Rozi… Dah tiba-tiba kena tarik macam orang bersalah
saja nie.” Puan Rokiah berkata.
“Aihhh… macam nie… Abang dengan Akak ingat nak satukan Que dengan Syuhada.”
Datin Roziah berkata tapi sebelum tu dia sudah menarik nafas dalam sebelum
meluahkan isi hatinya itu.
“Laa… Sampai ke situ sekali Kak Rozi… Biar betul? Dia org tu dah ada kata
apa-apa ke?” Puan Rokiah terkejut dengan cadangan Datin Roziah dan dia tidak
sangka sehingga beitu sekali permintaannya.
“Tak ada… Tapi Abang kau tu perkenan dengan Hada dan cuba Kiah tengok Izara
dengan Hada tu dah macam anak dengan mak pula rapatnya.” Kata Datin Roziah
lagi.
“Kiah tak boleh lah nak bagi kata putus macam tu saja kak… Tapi biar Kiah
bincang dengan Abang Lan dululah.” Puan Rokiah serba salah dengan hajat kakak
sulungnya itu, apa-apa pun suaminya dulu dia kena utamakan dan berhak membuat
keputusan.
“Akak tak kisah kalau kamu berdua tak setuju… Tapi akak cuma bercadang
sahaja, dan mereka berdua pun tidak tahu menahu pasal hal nie, tu yang akak
cakap dalam bilik nie.” Katanya lagi tetapi dalam hati Datin roziah mengharap
sangat yang nanti adik dan adik iparnya setuju dengan hajat mereka suami
isteri.
“InsyAllah kak… Biar saya bawa berbincang dulu dengan Abang Lan. Kalau ada
jodoh antara mereka adalah ya kak” Sekali lagi Puan Rokiah berkata.
“InsyAllah… Akak faham… Kita merancang tapi Allah yang menentukan, tapi
memang tak salah kita merancangkan.” Datin Roziah berkata dengan muka mengharap
tapi tetap tidak memaksa.
Perbincangan dua beradik itu habis di bilik sahaja, Puan Rokiah tidak kisah
sangat dengan hajat kakaknya itu, tetapi apa-apa pun dia kena minta kata putus
dari suaminya dahulu, dan dia tidak mahu terburu-buru memberi kata setuju tanpa
keizinan suaminya.
Masih gamat rumah Tuan Roslan dengan suara anak-anak dan saudara mara yang
masih ada di rumah berbual, bergurau senda memang lazim bila berkumpul, ada sahaja
cerita yang hendak di bualkan.
“Nie cicit anyang nie kenapa tak tidur lagi nie.” Rahimah bertanya sambil
duduk di sebelah Syuhada. Hari ini Izara lagi mengada-ngada dan dia tidak
mahukan sesiapa. Hanya mahukan Syuhada sahaja dan sesekali sahaja dia mahukan
Khairil Qushairy dan Datin Roziah, bila dia tengah bermain dan Syuhada hilang
dari pandangannya, dia mula menangis. Sehingga saudara mara yang lain mengusik
dan mengatakan Syuhada ibu angkat Izara
“Dia sudah puas tidur nie tadi nek.” Kata Syuhada sambil memandang Izara
yang sedang meniarap dan leka mengigit permainannya. Rahimah mengangkat Izara
dan cuba berbual-bual dengan cicitnya itu.
“Izara… Cicit Anyang bila nak tidur?” Izara leka juga mengigit mainan
lembut yang mengandungi air di dalamnya sehingga meleleh air liurnya. Gusinya
sudah mula gatal-gatal dan dua batang gigi atasnya sudah pun tumbuh.
“Hahaha… meleleh air liur haa.. habis pipi tu dek air liur.” Kata Rahimah
lagi, Syuhada, Khalijah, Datin Roziah dan Puan Rokiah yang ada di situ pun
turut tertawa melihatnya.
“Bak sini mak Su punya.” Khalijah mengusik Izara dan di tariknya dari
tangan Izara mainan itu. Izara mula merenget.
“Ija! Cuba jangan di usik anak tu.” Datin Roziah menegur. Khalijah memang
suka sangat mengusik Izara, dia geram dengan kecomelan anak buahnya itu.
“Bucuk Mak Su… Izara!.. Izara!” Khalijah memanggil Izara sambil mengoyang-goyangkan
mainan itu di hadapan Izara, dan Izara cuba untuk mendapatkan sehingga
terangkat-angkat kakinya. Syuhada menarik bantal yang memang ada terletak di
atas karpet sebelah tilam kecil Izara dan di merebahkan dirinya sambil mata
menonton tv.
“Hada… Kau dah mengantuk ke? Kalau mengantuk kau pergilah tidur… Izara nie
biar aku bawa masuk karang.” Khalijah menegur Syuhada setelah melihat Syuhada
baring mengiring di atas karpet sebelah dia.
“Tak lah… saja baring sambil tengok tv nie… kau macam tak kenal aku nie
macam manakan.” Kalau di rumahnya sendiri Syuhada memang suka menonton tv
sambil berbaring.
“Ija bagi Abang Izara tu biar abang bawakan dia tidur.” Tiba-tiba Khairil
Qushairy datang ke ruang mereka menonton tv.
“Karang dia menangis cari Hada macam mana.” Khalijah pula berkata, dia yang
risaukan lebih Izara menangis.
“Apalah kau nie Ija… tentu-tentu itu papa dia… mestilah dia ok.” Syuhada
pula berkata, Syuhada sudah pun duduk bersila setelah dia ternampak Khairil
Qushairy masuk ke ruang menonton tv tadi.
“Entahnya Ija nie… lawak sontorian pula.” Khairil Qushairy pula berkata.
“Biarlah dia tidur dengan Hada dan ija tu… dah berapa malam dia tidur
dengan budak berdua nie, karang meragam dia mencari Hada., Tak pasal2 mengetuk
pintu Mak chu dia tengah-tengah malam.” Puan Rokiah pula menegur, dia perasan
keakraban antara Izara dan Syuhada dan dia perasan juga cara pandangan Khairil
Qushairy terhadap anaknya, Kerana dari kata Datin Roziah yang Datuk Sahak dapat
tangkap beberapa kali Khairil Qushairy mencuri pandang Syuhada dan mereka tidak
pasti adakah Khairil suka syuhada lebih dari seorang sepupu.
“Nanti menyusahkan Hada sahaja… tengok dua hari nie saja dia dah tak mahu
dengan sesiapa kecuali saya dan Hada… Nanti kesian mummy bila kami pergi
kerja.” Katanya lagi serba salah.
“Alah… dia cuma bila nampak Hada sahaja dia macam tu… tapi kalau dah tak nampak
nanti dia ok lah tu.” Sampuk Datin Roziah pula.
“Iyalah… Anak Papa nie suka nak susahkan Mak Su diakan.” Khairil Qushairy
berkata selepas itu dia terus duduk di sebelah Rahimah.
“Kamu nie Que… tak ada ke terfikir nak carikan Ibu kepada Izara nie.”
Tiba-tiba Rahimah berkata sambil menepuk peha Khairil Qushairy manakala khairil
Qushairy seperti tersentak dan memandang ke arah Datin Roziah dan gayanya
seperti bertanya adakah Datin Roziah ada berkata atau bercerita dengan Rahimah,
Tetapi Datin Roziah mengangkat bahu dan mengelengkan kepalanya menandakan
seperti dia tidak berkata apa-apa.
“Hmmm… buat masa nie biar dululah nenek… Izara nie masih kecil dan saya pun
mampu untuk membesarkan dia.” Katanya sambil merenung Izara yang melonjak-lonjak
apabila di agah oleh Rahimah.
“Ketika dia kecil nie lah nak carikan ibu untuk dia… Jadi dia mudah rapat.”
Rahimah berkata lagi.
“Tapi saya tak pastilah nenek… Sekarang nie mana ada orang perempuan tu
ikhlas nak kahwin dengan orang duda dan sanggup menerima anaknya.” Itulah satu
perkara negative yang selalu bermain di fikiran Khairil Qushairy.
“Itu pasal kamu kena cuba… Tak pun suruh saja mummy kamu tu carikan untuk
kamu.” Khairil Qushairy tidak dapat memberi apa-apa alasan lagi.
“Nantilah Nenek… InsyAllah kalau saya rasa saya nak carikan Ibu untuk Izara
saya bagi tahu Mummy.”Kata Khairil Qushairy sambil memandang kepada Datin
Roziah. Datin Roziah Cuma tersenyum sahaja melihat cara pandangan Khairil
Qushairy itu, tahu sangat olehnya yang Khairil Qushairy tidak selesa dengan apa
yang di katakan oleh Rahimah.
#######################
Syakina dan Syafika sudah memulakan perjalanan pulang, seorang ke Perak dan
seorang lagi ke Pulau Pinang. Datin Roziah dan Datuk Sahak akan bergerak ke
seremban selepas zuhur nanti. Manakala Khalijah akan membawa pulang Salimah dan
Rania tetapi sebelum itu dia hendak ke Putrajaya dulu untuk mengambil barang
dari rakan sekerjanya. Syuhada terpaksa menumpangkan Khairil Qushairy kerana
semasa Khairil Qushairy datang, dia datang bersama Datuk Sahak keretanya di
tinggalkan di rumah. Di sebabkan dia terpaksa menumpang Syuhada jadi dia
terpaksa menelefon Zakrul sahabatnya untuk cancel datang ke majlis pertunangan
adiknya itu.
“Rul… Aku ingat aku tak dapat datanglah ke majlis
adik kau karang.”
“Kenapa pula?”
“Aku masih di bangi nie dan aku pun tumpang adik sepupu
aku balik nie nanti.”
“Laa… ye ke? Kau ajaklah sepupu kau tu datang
sini sekali… Apa susah.”
“Ehhh… Nanti susahkan dia pula… Dengan anak aku
lagi.”
“Kau tanya lah dia dulu… Woi aku pun dah lama tak
jumpa anak kau tu… kedekutlah kau nie… Hahahaha”
“Oklah… Aku tanya dia dulu… Tapi aku tak janji
tau.”
“Kau cubalah… geng kita semua datang tau… bila
lagi nak jumpa.”
“Ok...Ok... InsyAllah… I’ll try my best.”
Syuhada terdengar perbualan Khairil Qushairy semasa dia sedang bercakap
dengan Zakrul di telefon. Kebetulan Syuhada hendak ke keretanya untuk menyimpan
beg baju dan barangan Izara.
“Hmmm… Hada! Mmmmm…” Khairil Qushairy serba salah untuk memulakan cerita
bagaimana hendak memberitahu mengenai jemputan sahabatnya itu.
“Haa… Ada apa Abang Que? Tiba-tiba gagap nie.” Syuhada bertanya dan
ketawakannya.
“Oklah… Begini kawan Abang, Zakrul ada menjemput Abang untuk ke majlis
pertunangan adiknya hari ini, mula Abang ingat yang Abang akan balik awal
dengan Papa tu yang Abang tak bawa kereta.” Terangnya dan terhenti kerana dia
rasa serba salah untuk mengajak Syuhada.
“Dah tu..” Syuhada bertanya.
“Tu Abang ingat nak ajak Hada singgah rumah kawan Abang tu dulu… Itu pun
kalau Hada setujulah… Tapi Abang janji kita tak payah pergi lama sangat… Abang
Cuma nak jumpa kawan-kawan Abang sekejap.” Katanya lagi, tetapi dia mengharap
juga supaya Syuhada setuju dengan permintaannya ini.
“Oklah… Tapi Hada kena tukar baju kurunglah… Takkan Hada nak pergi dengan
berseluar jeans nie.” Katanya sambil menunjukkan dirinya.
“Haa.. Iyalah…”Khairil Qushairy tersenyum kerana Syuhada ok dengan
Cadangannya.
“Alamak… Abang Que kalau macam tu tolong keluarkan beg baju Izara… Hada nak
tukarkan baju cantik sedikit untuk dia.” Syuhada baru teringatkan Izara dan dia
menyerahkan kunci kereta kepada Khairil Qushairy.
“Ok…” Khairil Qushairy menyambut kunci yang di berikan Syuhada.
“Laa… Tadi bukan ke Mak tengok Hada dah siap… Kenapa tukar baju kurung pula
nie?” Puan Rokiah merasa hairan kerana setahunya Syuhada sudah pun bersiap
selepas solat zuhur tadi dan barangan dia sudah pun di masukkan ke kereta.
“Abang Que ajak Hada singgah rumah kawannya sekejap… Katanya kawan adiknya
bertunang hari nie.” Terang Syuhada.
“Laa… Ya ke!” Kata Puan Rokiah. Kemudian Datin Roziah datang dan membawa
Izara, kononnya untuk menyerahkannya kepada khairil Qushairy.
“Mak Long! Bagi Hada dulu Izara tu… Hada nak tukarkan baju dia.” Syuhada
memanggil Datin Roziah.
“Kenapa pula nak di tukar… Mak long baru je tukarkan baju nie haa…” Datin
Roziah berkata hairan.
“ Abang Que ajak singgah rumah kawannya… Katanya adik kawannya itu
bertunang hari ini… Tu yang dia nak ke sana sekejap.” Terang Syuhada sekali
lagi.
“Ishhhh… Budak Que nie… cuba bagi tahu awal-awal… nie anak dia dah siap
baru nak cakap.” Datin Roziah membebel. Syuhada mengambil beg Izara yang di
letakkan oleh Khairil Qushairy di atas kerusi luar pintu bilik Syuhada dan
memberikannya kepada Datin Roziah, Tetapi Izara apabila sudah nampak Syuhada
mulalah dia menjerit minta di ambil dan kesudahannya Syuhada juga yang
menukarkan pakaian Izara. Setelah semua selesai pukul dua mereka bergerak ke
Shah Alam.
“Rul… Aku dekat nak sampai nie.” Khairil Qushairy menelefon Zakrul untuk
memaklumkannya.
“Kita park dekat sini je lah.” Khairil Qushairy memberikan cadangan kepada
Syuhada sambil matanya memandang kepada Izara yang lena di pangkuan Syuhada.
Khairil Qushairy terasa kasihan pula kepada Syuhada kerana seperti menyusahkan
dia sahaja.
“ Mana-mana lah Abang Que… janji kereta tak hilang.” Syuhada berseloroh.
“InsyAllah kawasan nie selamat… Abang tahu.” Khairil Qushairy tidak dapat
memakirkan kereta di dalam kawasan banglo kedua ibu bapa Zakrul kerana telah di
penuhi oleh tetamu yang datang awal dari mereka.
“Ok…”Syuhada menjawab pendek. Khairil Qusyairy keluar dari kereta dan terus
pergi ke bahagian tempat duduk penumpang di hadapan dan dia membukakan pintu
untuk Syuhada.
“Biar abang dukung Izara nie. Susu dia mana?” Khairil Qushairy bertanya.
“Nie… Hada memang dah siapkan sebotol untuk dia.” Terang Syuhada sambil
menunjukkan bekas botol untuk menyimpan susu Izara.
“Ok… Dah jom kita masuk.” Syuhada berjalan beriringan dengan Khairil
Qusyairy dan apabila sampai di hadapan pintu pagar banglo itu Zakrul sudah pun
menunggu di atas bukit di hadapan rumahnya sambil melambaikan tangannya kepada
Khairil Qushairy.
“Assalamualaikum… Apa khabar Daddy?” Zakrul mengusik Khairil Qusyairy.
“Walaikumusalam… Anak-anak kau mana?” Khairil Qushairy betanya kepada
Zakrul sambil bersalam dan berpelukan mengalahkan terlalu lama tidak berjumpa.
Zakrul sudah mempunyai dua orang anak dan Zakrul juga berkahwin awal daripada
rakan-rakannya.
“Ada tadi bermain-main dengan sepupu dia orang… So nie adik sepupu kau ke?
Biar betul.” Zakrul bertanya., dan dia seperti tidak percaya yang syuhada
adalah sepupu Khairil Qushairy.
“Iyalah… sepupu akulah nie… Syuhada namanya… Aku dari rumah parent dia lah
tadi… semalam ada kenduri.” Khairil Qusyairy memperkenalkan Syuhada kepada
Zakrul dan mereka berbalas senyum sahaja. Zakrul membawa Khairil Qusyairy dan
Syuhada kebawah khemah di mana beberapa rakan Khairil Qushairy sudah ada di
situ.
“Woo… Whats up Bro” Nizam rakan Khairil Qushairy bersalam dan berpeluk dengannya.
“Wehh.. kita bukannya teenager lagi… dah bapak budak dah.” Tegur Zakrul.
Mereka ketawa beramai-ramai.
“Ni sapa… isteri baru kau ke Khairil?” Nizam bertanya, Nizam tahu yang
Isteri Khairil Qushairy sudah meninggal dunia kerana accident, tetapi dia tidak
tahu pula kalau rakannya ini sudah berkahwin baru tanpa pengetahuannya.
“Wei! Adik sepupu aku nie… Aku kalau tak ajak dia… jangan harap aku sampai
ke sini tau… Sebab aku dari bangi nie tadi. Kereta aku tinggal di rumah.”
Khairil Qushairy cepat-cepat membetulkan pertanyaan Nizam.
“Laa… Sorrylah dik… Abang minta maaf…” Nizam memohon maaf kepada Syuhada.
Isteri Nizam mempelawa yuhada duduk di sebelahnya manakala Khairil Qushairy pun
turut duduk di sebelah Syuhada.
“Ehh… tak pa… tak pa…” Syuhada faham kerana mungkin Nizam sudah lama tidak
bertemu dengan Khairil Qushairy.
“Nie Izara anak kau Khairil… Dah besar dah dia… berapa bulan dah nie?
Zakrul pula bertanya, Syuhada leka berbual dengan isteri nizam dan Zakrul.
“Dah tujuh bulan dah nie.” Khairil Qusyairy berkata sambil memeluk Izara
yang masih lena.
“Kesian dia… Aku tumpang sedih dengan berita kehilangan Isteri kau dulu tu
Khairil.” Nizam pula berkata, dia tidak dapat hadir semasa sahabatnya itu
kehilangan orang yang tersayang.
“Tak pa… Terima kasih… Dah Allah sayangkan dia.. Aku redha sahaja lah.”
Khairil Qushairy berkata tenang, dia sudah boleh menerima kehilangan Kartini
sepenuhnya.
“Ehhh… jemputlah makan dulu Khairil… Syuhada…” Zakrul mempelawa mereka
makan, lauk sudah terhidang di atas meja bulat di hadapan mereka.
“Ya… Ya… Terima kasih.” Jawab Syuhada, Syuhada mengambil pinggannya dan
ingin menyenduk nasi, dan tiba-tiba dia terhenti dan memandang ke arah Khairil
Qushairy di sebelahnya.
“Abang Que nak Hada sendukkan ke?” Syuhada bertanya.
“Boleh juga… Thanks Hada.” Khairil Qushairy memang tidak boleh hendak
menggunakan tangan kirinya kerana kepala Izara terletak di atas lengannya.
“Ok… Abang nak lauk apa nie?” Syuhada bertanya sambil matanya memandang ke
arah lauk di atas meja yang telah tersedia itu.
“ Tak pa… biar Abang ambil sendiri.” Syuhada meletakkan pinggan di hadapan
Khairil Qushairy dan kemudian dia meletakkan nasi ke dalam pinggannya. Kemudian
dia mengambil beberapa jenis lauk yang di sedikan.
“Hada! Tolong tuangkan Abang air cuci tangan tu sekejap.” Syuhada pun
terlupa hendak menyerahkan air untuk mencuci tangan khairil Qushairy. Selepas
dia menuangkan air untuk khairil Qushairy mencuci tangan kemudian dia pula
mencuci tangannya.
Dalam mereka semua seronok menjamu selera dan berbual,
seorang lagi rakan Khairil Qushairy datang iaitu Fadli dan yang Syuhada tidak
sangka Zalina turut ada sama. Mulanya mereka sangka Fadli datang satu kereta
dengan Zalina, tetapi rupanya Zalina mengikut kereta Fadli dari belakang kerana
dia tidak ingat jalan untuk kerumah ibu bapa Zakrul.
“Ehhh... Khairil tak sangka pula boleh terjumpa you di sini… Hai PA you pun
you usung sama?” celupar sungguh cara Zalina menegur.
“PA?” Nizam bertanya dan dia seperti sedikit kehairanan, mungkin dia
tersalah dengar dengan kata-kata Zalina itu.
“Yeah! Dia memang adik sepupu aku dan dia juga PA aku… Dia baru balik dari
UK study di sana for three years… balik-balik masih belum dapat kerja… Dah tu
elok pula PA aku kena berhenti sebab ikut suami dia berpindah. Tu yang aku ajak
Hada kerja dengan aku.” Khairil Qushairy menerangkan kepada Nizam tetapi Fadli
dan Zakrul memang sudah mengetahuinya kerana mereka selalu berjumpa untuk
bermain tennis dan sedikit sebanyak dia tahu juga tentang perkara ini.
“Haaa… Aku ingat kau auta kan aku tadi… Ya lah orang sekarang nie kan ke
banyak yang suka pusing-pusing cerita tuk cover diri sendiri… betul tak
khairil.” Nizam berkata sambil kening bagi isyarat kepada Khairil Qushairy dan
sebenarnya Nizam lebih kepada memerli Zalina.
Zalina menjeling memandang Syuhada, tetapi syuhada tidak memperdulikan
pandangan Zalina itu dia sengaja melekakan dirinya dengan berbual dengan isteri
Nizam dan sambil itu dia juga ingin menyudahkan makanannya dengan cepat, malas
dia nak makan sambil memandang muka Zalina. Sedang elok Syuhada selesai makan
tiba-tiba Izara terjaga, Puas juga khairil Qushairy kerana dia masih lagi makan
dan tiba2 Izara berpusing dan sedikit merenget serta menarik bajunya.
Cepat-cepat Syuhada mengambil Izara dari pangkuan Khairil Qushairy. Hati Zalina
sakit apabila memandang cara Syuhada dengan khairil Qushairy tak ubah seperti
suami isteri pula. Zalina mudah sakit hati apabila adanya perempuan lain yang
rapat dengan Khairil Qushairy kerana dia tidak berpeluang begitu dengan Khairil
Qushairy.
“Zalina makanlah… kenapa you diam saja.” Zakrul menegur dan mempelawa
Zalina makan. Isteri Nizam pun tidak rasa selesa untuk berbual dengan Zalina
kerana lagak bergaya Zalina tu terlebih sangat dah tu bila di tanya jawabnya
seperti hendak tidak hendak sahaja.
“Fadli! Aku tengok kau nie rapat dengan Zalina dan selalu juga kau keluar
dengan dia… Apa kata kau dua orang nie couple dan kawin saja kan senang.”
Tiba-tiba Khairil Qushairy berkata. Zalina terkejut juga apabila Khairil
Qushairy sendiri yang berkata begitu.
“Gila kau… Aku dengan Zalina? Kau biar betul Khairil… Tu bakal tunang aku
tu nak letak mana… mahu kena cincang aku dengan mama aku nanti.” Fadli berkata
sambil ketawa, Fadli bakal bertunang dalam masa-masa terdekat ini, itu pun
Mamanya yang mencarikan jodoh untuknya. Kalau tidak dia sibuk dengan klinik
veterina sahaja.
“Hahahaha… Dah kena jodohkan rupanya kawan kita nie… kalau tak kau diam
sajakan.” Zakrul berkata sambil ketawakan Fadli.
“Aku ingat nak buat surprise dan nanti masa aku nak bertunang tu nanti aku
nak bagi tahu… Nie dah Khairil gatal-gatal mulut suruh aku dengan Zalina… sudah
tak ada dah surprise aku.” Fadli berkata dan rakan-rakannya tertawakan dia.
“I pun dah ada orang yang I hendakkan lah… Pandai-pandai saja you nak
satukan I dengan Fadli.” Zalina sengaja berkata begitu, sebenarnya kata-kata
itu lebih di tujukan kepada Khairil Qushairy, Syuhada yang mendengar pun naik
geli. Khairil Qushairy buat tak layan sahaja dengan kata-kata Zalina itu.
Sungguh seronok mereka sekali sekala dapat berkumpul beramai-ramai
bermacam-macam perkara yang mereka ceritakan, mereka seperti terlupa yang
mereka menghadiri majlis pertunangan adik Zakrul, Semasa mereka Khairil
Qushairy sampai, perbincangan acara menyarung cincin pertunangan baru sahaja
selesai dan kerana itu mereka seronok sangat berbual, sehinggakan Khairil
Qushairy terlupa yang dia berjanji dengan Syuhada untuk pergi sekejap sahaja
manakala Syuhada pun tidak kisah kerana dia pun ada kawan untuk berbual iaitu
isteri Nizam dan isteri Zakrul, Zalina tidak banyak berbual dengan
Isteri-isteri rakannya, apabila di di tanya pun dia hanya menjawab pendek dan
seperti tidak mahu di ajak berbual lebih kurang macam bodoh sombong.
Setelah tiga jam Khairil Qushairy dan Syuhada di rumah Zakrul, kemudian
mereka meminta diri untuk pulang itu pun setelah Izara mula mengamuk tidak
selesa. Syuhada terpaksa memberi isyarat kepada Khairil Qushairy untuk mengajak
pulang, Rakan-rakannya yang lain pun turut sama meminta diri untuk pulang dan
mereka beriringan keluar dari perkarangan banglo untuk ke kereta masing-masing,
Rupanya Zalina memarkir keretanya tidak jauh dari kereta Syuhada.
Terbakar hatinya
apabila melihat Syuhada bersama dengan Khairil Qushairy dan membawa anak kecil
sekali dan pada pandangannya tidak ubah seperti pasangan suami isteri, kalau
orang yang tidak tahu mereka ini sepupu pun mesti menyangkakan yang mereka ini
pasangan suami isteri juga, Khairil Qushairy tidak menegur atau bercakap dengan
Zalina semasa mereka sudah menghampiri ke kereta.
salam perkenalan dari ida
ReplyDeletejemput singgah blog ida ye
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni no18
ok... ;)
Deletephewwwww... dah siap marathon.....hehehe
ReplyDeletebest2.... kita tunggu entry seterusnya di cik penulis :)
~K~