Monday, 30 September 2013

Adakah ini takdirku 20

Zalina keresahan menunggu panggilan dari botak.. Dari semalam dia tidak senang duduk, Selagi dia tidak mendapat khabar berita dari botak dia rasa ibarat makan tak kenyang tidur tak lena, hendak melepak di kelab pun dia tidak senang, telefon tidak lekang dari sisinya. Dalam masa dia sedang duduk termenung di beranda tiba-tiba telefonnya berdering.

"Hello!" Terdengar suara botak di sebelah sana.

"Haa.. Botak!! apa ke lama sangat aku nak kena tunggu panggilan kau nie.. " Zalina bertanya kasar, hati sudah sakit dan keresahan dan apabila terdengar sahaja suara Botak terus di hamburnya lelaki itu.

"Ehh.. sabarlah.. Kan aku dah kata bila kerja aku dah selesai aku call kau kan.. Yang kau nak jerkah aku macam nie kenapa?." Botak juga turut meninggikan suaranya. Botak bukan orang suruhan Zalina seperti Daus dan joe yang sentiasa akur atas arahan yang di berikan oleh Zalina.. Botak adalah orang kanan bos kepada Zalina dan Zalina pula boleh dikatakan kesayangan bos kerana sentiasa membawa keuntungan kepada bosnya.

"Yelah.. Yelah.. So apa cerita nie." Zalina bertanya lagi tapi dengan nada suara sedikit rendah.

"Settle.. Tunggu je lah mesti keluar berita dalam dua tiga hari nie.. Dah aku nak rehat dulu.. Esok pagi aku gerak balik." Botak telah melaksanakan kerjanya dengan jaya dan membuatkan Zalina tersenyum senang, Zalina rasa dia sudah selamat kini.

"Ooohhh god.. Thanks Botak.. I love you so much.. Nanti kau balik sini aku bagi baik punya service untuk kau." Zalina terlalu gembira mendapat perkhabaran dari Botak dalam keseronokannya dia sehingga terlupa dan berjanji untuk melayan Botak.

"Hahahaha.. Ok.. Aku tunggu service kau tu.. Esok aku call kau bila aku sampai KL... Ok bye." Botak tergelak-gelak bila mendengar tawaran Zalina... Tidak pernah Zalina offer diri dia kepadanya sebelum ini.. Dan ini adalah peluang untuk dia meratah tubuh Zalina yang memang dia pernah idamkan dari dulu.

"Ok.. bye." Zalina menyanyi riang sambil membuka baju untuk membersihkan dirinya dan kini dia bersemangat untuk melepak di kelab dan berhibur sepuas-puasnya.

############

"Wah.. Happy nampak?.." Tiba-tiba ada suara yang menegur Zalina dari belakang. Cepat-cepat Zalina berpaling kerana suara itu terlalu dekat dengan telinganya.

"Ohhh.. You Zack.. Biasa saja.. I hari-hari happy kan." Zalina berlagak biasa di hadapan Zack aka Bos kepadanya. Zack duduk di sebelah Zalina sambil menjeling dan tertawa sinis, dia tahu sangat apa yang membuatkan Zalina gembira sangat pada hari ini.

"I dengar Botak dah lenyapkan budak berdua tu." Zack berbisik di telinga Zalina kerana suasana di dalam kelab terlalu bising dengan bunyi bunyian.

"Hmmmm.. Yup.. Siapa suruh buat kerja tak hati-hati...So itu makannya" Zalina berkata dan tersenyum sambil meneguk Vodka. Zack juga turut tersenyum... Mereka nie memang jenis hati kering... Nyawa orang lain di tangan mereka macam mainan dan ikut suka mereka sahaja hendak di pukul, di bunuh, boleh di katakan mereka ini adalah kumpulan gangster melayu di Kuala Lumpur ini.

"Aik!! bos.. Takkan minum coke saja.. Orderlah yang lain." Zalina menegur Zack setelah melihat Zack minta coke daripada bar man.

"I malas nak mabuk.. Hari nie I nak kena balik Rumah my parent... Nanti Papa kalau tahu I mabuk.. Teruk I nanti kena dengan dia, mulalah mengungut nak tarik itu nak tarik ini.. kalau Mummy I tu masih lagi boleh I kautim dengan dia... I balik nie pun sebab mummy dah bising-bising, dekat sebulan I tak balik ke rumahkan." Zack adalah anak tunggal lelaki bongsu Datuk Kamarul dan Datin Sofia, Zack mempunyai dua orang kakak. Kedua-dua mereka telah pun berkahwin, Zack tidak tinggal di rumah orang tuanya, dia duduk di kondo yang telah di beli oleh Datuk Kamarul untuknya lima tahun yang lalu.

Zalina seronok berhibur bersama-sama rakannya.. Nak-nak lagi di malam minggu lagilah ramai pengunjung yang datang ke kelab, Hari ini Zalina tidak mahu melayan sesiapa dan membuat apa-apa urusan menjual beli, yang dia mahu sekarang adalah enjoy sampai puas.

##############

Pagi ini Khalidah akan terbang ke Dubai, dia di hantar oleh Syuhada dan Khalijah, Penerbangannya pada pukul 10.30 pagi dan di jangka akan tiba dalam pukul 1.30 waktu dubai, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Dubai memakan masa selama tujuh jam.

“Ija! Kita singgah Bangi kejaplah.. Aku nak tinjau mak dengan abah lah. Kau bagi tau Mak Long lah.. Nanti risau pula dia kita lambat balik.” Syuhada memang rindukan Tuan Roslan dan Puan Rokiah yang sebenarnya, anak bongsulah katakan dulu semasa duduk di UK pun dia pasti akan telefon kedua orang tuanya setiap hari. Jumaat lepas dia ada memberitahu emaknya Puan Rokiah yang dia tidak balik hujung minggu ini, tetapi di sebabkan dia sudah keluar jauh kerana menghantar Khalidah ke airport jadi dia lajakkan juga ke rumah kedua orang tuanya.

“Baik bos.. Roger in out..” hik hik hik Khalijah ketawa dan sempat dia mengusik Syuhada. Khalijah terus menelefon Datin Roziah.

Hello! Assalamualaikum Mummy..”

“Walaikumusalam… Kak Idah dah selamat ke?”

“Alhamdulillah… tadi check in semuanya ok.. barang-barang pun tak ada masalah.. dalam setengah jam lagi terbang lah dia tu.”

“Alhamdulillah.. nie kamu dah sampai mana nie?”

“Ija call nie nak bagi tau Mummy… Hada nak singgah rumah Mak Ngah kejap… Petang nanti kita orang balik lah.”

“Ye lah.. tapi jangan malam sangat balik tu.. awak berdua jer dalam kereta.. dah tu perempuan pula tu..”

“Iya Mummy… Tau tu… Nanti sebelum balik Ija call mummy.”

“Nanti sampaikan salam mummy dekat Mak Ngah dan Pak Ngah kamu.”

“Insyallah Mummy… Ok Mummy Assalamualaikum..”

“Walaikumusalam..”

Setelah Khalijah selesai menelefon Datin Roziah, Khalijah menelefon Puan Rokiah pula di atas permintaan Syuhada… Syuhada takut Tuan Roslan dan Puan Rokiah tiada di rumah pula apabila mereka sampai nanti. Syukur hari nie kedua Ibu Bapa Syuhada tiada apa-apa program.

“Ping.. Ping..” Syuhada menekan hon kereta beberapa kali kemudian kelihatan Tuan Roslan meninjau dari depan pintu dan cepat-cepat dia menekan remote untuk membuka gate.

“Assalamualaikum Pak Ngah..” Khalijah keluar dahulu dari kereta dan memberi salam dan dia terus mendapatkan Tuan Roslan untuk bersalam, kemudian kelihatan Puan Rokiah datang untuk menyambut Syuhada dan Khalijah.

“Walaikumusalam.” Tuan Roslan menjawab salam Khalijah dan menyambut huluran salam dari Khalijah. Kemudian Khalijah mendapatkan Puan Rokiah yang tersenyum di muka pintu.

“Assalamualaikum Abah!” Syuhada menyalami Tuan Roslan dan mencium kedua-dua pipi Abahnya. 

Kemudian dia pergi mendapatkan Puan Rokiah dan dia menyalami dan mencium Ibunda tercintanya.

“Ishh.. macam tak jumpa bertahun anak mak nie lah..” Puan Rokiah menegur Syuhada kerana Syuhada menciumnya berkali-kali untuk melepaskan rindu.

“Mak nie.. Hada rindu dengan mak tau.. Walaupun seminggu tak jumpa.. Mak tak rindu dengan Hada ke?” Syuhada buat-buat merajuk. Perangai Syuhada dengan Khalijah memang sama, Manja tidak sudah.

“Apa pula tak rindu… tapi mak tak risau sangat sebab Hada dekat rumah Mak long.. tapi kalau tempat lain mungkin mak risaulah.” Jawab Puan Rokiah sambil memeluk bahu Syuhada.

“Abis.. Abah nie Hada tak rindu ke? Yelah mak dia saja yang dia rindu.. Sapalah abah nie.” Tuan Roslan pula sengaja buat merajuk.

“Hahaha.. Abah nie… Hada rindu juga lah…” Syuhada terus memeluk Tuan Roslan kemudian mereka sama-sama ketawa. Khalijah turut sama tergelak melihat gelagat mereka tiga beranak.

“Haa.. Mak Ngah! Mummy kirim salam dekat Mak Ngah dan Pak Ngah.” Khalijah hampir-hampir terlupa pesanan Datin Roziah tadi.

“Walaikumusalam…” Tuan Roslan dan Puan Roziah menjawab serentak. Mereka semua terus duduk di ruang keluarga dan berbual-bual, tengah hari tu Puan Rokiah telah memasak gulai lemak cili api telor itik dengan belimbing buluh, ayam goreng berempah, sambal belacan tomato dan pucuk ubi celur. Sungguh berselera Syuhada dan khalijah menikmati masakan Puan Rokiah, Gulai telor itik memang kesukaan Syuhada. Setelah kekenyangan dan mendapat rehat yang cukup, dan setelah selesai solat Asar, Syuhada dan Khalijah memulakan perjalanan untuk balik ke Kuala Lumpur...

########################

“Abang Que… Di sini ada dua anggota polis datang untuk bertemu dengan Abang.” Syuhada menekan interkom untuk memaklumkan kepada Khairil Qushairy mengenai kehadiran anggota polis di pejabat mereka.

“Bawakan mereka masuk ke dalam Hada.” Arah Khairil Qushairy.

“Silakan ikut saya Tuan.” Syuhada menunjukkan arah ke bilik Khairil Qushairy. Syuhada membuka pintu dan Khairil Qushairy mempelawa kedua Anggota polis itu masuk dan mengajak mereka duduk.

“Hada buatkan coffee ya..” Pinta Khairil Qushairy.

“Baiklah.” Balas Syuhada dan bergerak keluar.

“Apa khabar Tuan Tamar?... Encik Kumar?…” Khairil Qushairy berjabat tangan dengan mereka, Khairil Qushairy sudah mengenali kedua-dua pegawai polis ini kerana mereka yang menjalankan siasatan mengenai kes Kartini sekarang ini.

“Alhamdulillah..” Jawab Insp Tamar tersenyum membalas pertanyaan dari khairil Qushairy.

“Baik...”Balas Sarjan Kumar pula dan turut tersenyum kepada Khairil Qushairy.

“So any good news Tuan?” Khairil Qushairy bertanya kerana dia pasti yang mereka mesti membawa khabar untuknya.. kalau tidak mereka tidak akan datang ke pejabatnya.

“Memang ada, kedua-duanya ada good ada bad…” kata Tuan Tamar sambil menyandarkan badannya ke belakang.

“Wow! Surprise nie… Berdebar pula saya.” Khairil Qushairy tidak sabar untuk mendengar berita yang akan di sampaikan, dan sebelum sempat mereka meneruskan tiba-tiba pintu di tolak dari luar… Syuhada membawa coffee rupanya. Setelah menghidangkan minuman kepada kedua-dua tetamu Syuhada membawa diri keluar dan perbincangan di teruskan.

“Ok saya rasa biarlah saya mulakan dengan good news dulu… kita sudah dapat kedua-dua orang yang melanggar arwah isteri Encik Khairil tu dan bad news nya pula.. Kedua-duanya telah mati di tembak di Pulau Pinang…melihat dari keadaan mayat, mereka telah di bunuh dalam tempoh tiga hari… Mayat mereka telah di kenal pasti dan memang mereka yang kita kehendaki… Kita juga tidak tahu siapa yang telah menembak mereka ini dan kertas siasatan yang baru telah di buka.” Itulah berita yang di sampaikan oleh Insp Tamar dan telah membuatkan Khairil Qushairy terkejut dengan berita yang tidak di sangka ini.

“Astghafirullahalazim… Innalillah…” Khairil Qushairy meraub mukanya dan dia juga tidak sangka orang yang bertanggung jawab di atas kematian isterinya juga turut mati… tetapi di bunuh pula tu.

“Jadi di sini kami ingin bertanya dengan Encik Khairil sama ada Encik rasa yang Encik ada musuh ke tidak selama ini?” Sarjan Kumar pula bertanya sambil menulis di dalam buku catatannya.

“Setahu saya… Saya memang tidak ada musuh dan saya memang tidak ada bergaduh dengan sesiapa pun sebelum nie.” Khairil Qushairy menjadi binggung dengan berita ini dan memang di akuinya selama ini dia memang tidak pernah ada bermusuh atau mencari musuh.

“Ini sudah menjadi kes jenayah… kami akan menyiasat dengan lebih lanjut lagi… Apa-apa perkembangan kami akan beritahu Encik Khairil.” Insp Tamar meneruskan bertanya dengan beberapa lagi soalan kepada Khairil Qushairy untuk penambahan siasatan mereka.

Selepas kepulangan Tuan Tamar dan En Kumar khairil Qushairy terus memberitahu Datuk Sahak dan kemudian menelefon Datin Roziah mengenai berita yang di terimanya, kedua-dua orang tuanya terkejut juga apabila mendapat perkhabaran tentang itu.

Jam menunjukkan pukul 11.45am Khairil Qushairy seperti kehilangan semangat untuk meneruskan kerjanya pada hari ini. Lama juga di termenung dan sedih kehilangan isteri masih lagi di rasainya. Nasib baiklah dia tidak mengikutkan perasaan sedihnya dengan meratap pemergian isterinya, keluarga juga yang banyak memberi semangat kepadanya dan setiap kali di dalam solatnya tidak pernah tinggal berdoa untuk arwah isterinya itu dan khairil Qushairy menguatkan semangatnya kerana anaknya Izara juga.

“Hada… Ada apa-apa urusan untuk Abang hari ini tak?” Khairil Qushairy keluar daripada biliknya dan terus bertanya kepada Syuhada.

“Tak ada Abang Que.” Syuhada berkata selepas dia membelek planner di hadapannya.

“Ok… So Abang nak balik awal sikit hari nie… badan abang rasa tak sedap pula… nie kunci kereta… Hada bawa balik kereta abang.” Khairil Qushairy menyerahkan kunci keretanya kepada Syuhada. Terpinga-pinga juga Syuhada kerana tiba-tiba di beri kunci kereta dan terpaksa memandu kereta BMW X5 milik Khairil Qushairy.

“Ehh.. Habis Abang nak balik nie naik apa pula…” Soal Syuhada memandang kepada Khairil Qushairy dengan muka yang penuh yang kehairanan.

“Abang dah call Abang Leman… Pak Long pun Abang dah bagi tau… Pak Long tak ada kerja luar hari ini… Dia ada di dalam bilik tu…” Terang Khairil Qushairy, moodnya melayang sudah selepas berita yang di terima tadi.

“Tapi Abang Que… Hada takut lah nak drive kereta Abang… Kereta dah lah mahal.. kang kok apa-apa… Botak duit gaji Hada nak mengantinya.” Syuhada serba salah kerana dia selalu bawa kereta Myvi saja tiba-tiba nak kena bawa kereta Khairil Qushairy. Dia rasa kalau dia bawa pun dah macam kepala kura-kura sahaja kerana kereta besar dan drivernya kecik.

“Ala.. Abang tahu Hada boleh jaga kereta Abang tu…Just imagine that you drive your own car… Please Hada…” Khairil Qushairy merayu… kalau tak di sebabkan dia tidak berapa sihat dan Datuk Sahak tidak pergi main Golf petang nie… Dia pasti akan menyuruh Syuhada balik dengan Datuk Sahak.

“Okay… okay… InsyAllah… Doakan Hada bawa balik kereta Abang dengan selamat ye..Hihihihi.” Syuhada sempat lagi bergurau walau dalam keterpaksaan, hati dup dap dup dap risau, hendak mengelak tidak boleh, hendak di beri alasan tidak ada idea yang bernas pula.

“InsyAllah.. Mesti selamat punya… kereta tu Cuma besar sikit saja… bukan jenis Hummer punya yang lebar dan besar… ha ha ha.” Khairil Qushairy mengusik Syuhada, dia memang mengharap kepada Syuhada. Dalam masa mereka ketawa tiba-tiba telefon di meja Syuhada berbunyi.

“Hello.. Ya.. Ok.. Walaikumusalam.”Syuhada meletakkan telefon. Panggilan itu adalah dari reception.

“Abang Que.. Nie Abang leman sudah ada menunggu di lobi…” Jelas Syuhada.

“Ok… Abang balik dulu… Take care.. Apa-apa hal jumpa Pak long tau.” Pesan Khairil Qushairy lagi sebelum melangkah pergi, terasa longlai sahaja langkahnya.

“Ya..Ya.. Abang balik lah.” Syuhada menyuruh Khairil Qushairy pulang… Kalau tidak pasti ada macam-macam pesanannya lagi. Syuhada meneruskan kerja-kerja yang harus di selesaikan kalau boleh dia hendak siapkan sebelum waktu makan tengah hari, seperti biasa tengah hari dia akan makan dengan rakan-rakan di pejabatnya kadang-kadang sahaja yang dia makan tengah hari dengan Khairil Qushairy dan Datuk Sahak, itu pun jika ada kerja luar ataupun bila Datuk Sahak dan Khairil Qushairy mengajak dia makan bersama.

“Hari ini awal bos kecik balik.” Nina si mulut murai bertanya, Itu adalah gelaran yang di beri oleh pekerja-pekerja Kasturi Holding. Mula-mula Syuhada mendengarnya pun Syuhada tertawa ada bos kecik dan ada bos besar.

“Ya.. Dia kurang sihat sikit hari nie.” Terang Syuhada sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

“Ehh! Hada.. Tadi tu yang dua orang polis datang tu sebab hal bini dia ke?” Umi si gadis penyambut tetamu di Kasturi Holding pula bertanya, mestilah dia tahu siapa yang datang kerana semua akan tertumpu kepadanya dahulu sebelum di benarkan naik untuk temujanji.

“Yup… Tapi tu lah… Orang tu mati kena tembak pula katanya… Polis jumpa mayatnya di Pulau Pinang kena campak di tepi semak… So sekarang kes nie agak complicated sikit… Kau orang tunggu je lah mesti ada keluar news malam nie punya lah… Tapi satu saja aku minta tolong nie… Tolong jangan panjang-panjangkan cerita nie. Kalau kau orang dah tau.. Cukup tahu di sini saja… ok! Please yeah...” Syuhada tidak mahu perkara ini merebak tanpa mereka tahu dengan teliti perkara yang sebenar. Banyak sangat mulut berantai, itu yang cerita pendek tapi bila di tokok tambah menjadi berjela panjangnya.

“InsyAllah.. kau jangan risaulah.. kau percayalah kami takkan buka cerita nie.” Karmila mengangkat tangan seraya berjanji di ikuti oleh Nina dan Umi, cepat-cepat mereka mengangguk-anggukkan kepalanya. Syuhada tertawa melihat rakan-rakannya. Dalam seronok mereka makan dan tertawa telefon Syuhada berdering.

Hello.. Assalamualaikum…”Syuhada memberi salam terlebih dahulu.

Walaikumusalam… Hada! Abang Que nie.” Khairil Qushairy yang menelefon.

Haa.. Ya Abang Que… Hada tau pun.” Itu pasal awal-awal menjawab Syuhada sudah memberi slaam kerana nama Khairil Qushairy yang naik di skrin telefon tadi.

Nie Hada… kalau ada sesiapa call hendak jumpa Abang esok and any appointment untuk besok pun.. Hada tolong cancelkan dan tunda ke hari lain… Esok pun abang rasa abang tak masuk office lah… Badan abang tak sihat betul nie…” Khairil Qushairy mungkin terkejut dengan berita yang tidak di sangka-sangka dan itu yang menyebabkan fikirannya terganggu.

Baiklah Abang Que… nanti dekat office Hada check semula…” Kata Syuhada sambil matanya memandang ke arah rakan-rakan yang cuba mengusik dia, terbuntang-buntang matanya geram dengan kenakalan rakan-rakannya mengusik dia.

Ohh.. Hada tengah lunch break kan… Sorry abang menggangu… Please Hada jangan lupa pesan abang tau.” Pinta Khairil Qushairy lagi, terdengar sayu sahaja suaranya.

“Ya.. InsyAllah.. Abang jangan risau nanti Hada settlekan.. abang take care… Abang dah makan ubat ke belum nie. Syuhada bertanya... Dia jatuh kasihan juga bila mendengar suara Khairil Qushairy begitu.

“Dah.. Mummy paksa abang makan sikit dan dia bagi abang ubat.. Nie Abang nak baring kejap.. Ingat tau apa-apa hal call Pak Long… Haa lagi satu… Balik karang bawa kereta elok-elok…Ok Assalamualaikum.” Katanya lagi.

Yaa.. Yaa.. InsyAllah.. Walaikumusalam.” Syuhada menekan butang off sambil mengeleng-geleng kepalanya dan tersenyum.

 Umi, Nina dan Karmila memandang ke arahnya menunggu apa cerita yang buatkan dia tersenyum begitu, mereka bertiga hendak mengusik lebih tidak boleh kerana Bosnya yang di dalam talian jadi mereka hanya mengusik Syuhada sambil bercakap perlahan dan terkekek kekek.

“Wehh! Kau nie kenapa..? macam orang pening pula aku tengok… Dia dah call pun kau masih nak mengerut-ngerut muka tu” Nina menegur Syuhada tapi lebih kepada mengusik.

“Cehhh… Kau orang nie kalau tak gossip buat lawak bodoh tak sahkan.” Syuhada menjeling geram dan menyedut minumannya yang masih tinggal separuh

“Ala… janganlah mara sayang… Nanti balik jumpa abang dekat rumah ya.” Umi pula mengusik dan Syuhada terus membaling tisu di tangannya kepada Umi tapi sempat di elak oleh umi kemudian mereka ketawa kerana dapat mengusik Syuhada.

“Ha ha ha benggong lah pula kau nie Umi.. Tak ada lah.. Bos kecik kau orang nie lah.. Kepala dah ting tong pun masih nak cerita pasal kerja dia.. Dah tu siap pesan bawa balik kereta dia elok-elok.” Syuhada menceritakan apa yang menyebabkan dia tersengih macam kerang busuk.

“Laa… dia tak bawa balik kereta dia ke?” Karmila pula bertanya.

“Tak… Dia suruh Abang Leman yang ambil dia tadilah…” Terang Umi pula dengan masih bersisa tertawanya.

“Aik.. kau pun dah jadi PA Encik Khairil ke?” Nina bertanya kepada Umi kerana Umi pula yang menjawab bagi pihak Syuhada.

“Ayo yo.. kau nie Nina.. Sah-sah aku nie bahagian reception… So aku tahulah siapa yang keluar siapa yang datang.” Jelas Umi lagi.

“Haaa…Ha ah kan.. Betul juga.. Lupa pula aku.. Hi hi hi.” Nina tersengeh malu dia memang terlupa yang kawan dia seorang ni kerja di front desk.

“Kau nie kan Hada.. kalau orang yang tak kenal kau dengan En Khairil tu… Bila pula dengar kau berdua berabang-abang… Mesti dia orang ingat kau nie laki bini tau tak pun couple.” Karmila pula berkata.

“Woi!... Amboi mulut… Abang sepupu aku tu wei!!” Syuhada berkata sambil melepuk lengan Karmila.

“Aku tau lah… Aku cakap kalau orang tak kenal kau berdua nie sepupu.” Jawab Karmila sambil mengosok lengan nya yang sedikit perit di lepuk oleh Syuhada.

“Elehhhh.. Sepupu pun boleh kawin apa?” Nina si mulut tak ada insurans pula berkata.

“Ehhh.. betul lah Hada… Aku tengok kau dengan Encik Khairil tu memang nampak secocok.” Umi pula mengiyakan kata-kata Nina tadi.

“Apa secocok secocok.. kau nampak fork nie aku cocok kau pula.. nak!” Syuhada berkata sambil mengangkat garfu di pinggannya sambil menjeling.

“Aku anggap dia tu dah macam abang aku sendiri tau… Tidak lebih dari itu…” Syuhada menjelaskan, dia tidak sangka yang kawan-kawannya akan berkata begitu sekali, idea yang memang tak masuk dek akal baginya.

“Tapikan… kau tahu tak si Farida kerani bahagian akaun tu… Sebelum dia dapat tau kau nie sepupu rapat dengan Encik Khairil, dia dah hampir frust tertonggeng tau… Sebab dia tengok kau baru masuk kerja dah tu datang balik office sama-sama dengan Encik Khairil… Itu dia ingat kau nie girlfriend Encik Khairil… Tapi selepas dia tahu status kau… Menyeriangai lah dia balik… Dan memerasan kan mukanya macam layak sangat dia tu untuk Encik Khairil.” Sekali lagi Nina buka cerita dan ini sudah boleh di kira mengumpat lah juga, yang kelakar semasa dia bercerita siap dengan nada suara di perlahankan takut ada rakan-rakan pejabat yang lain terdengar perbualan mereka. Maklumlah ramai juga pekerja-pekerja Kasturi holding yang suka makan tengah hari di restoran ini.

“Ha ha ha…” Umi, Syuhada dan Karmila ketawa kerana rasa kelakar pula apa yang di ceritakan oleh Nina kerana salah sangka pekerja lain di atas keakraban Syuhada dan Khairil Qushairy.

Terlalu leka mereka berbual sehingga tidak sedar yang masa rehat mereka telah menghampiri waktu tamatnya. Cepat-cepat mereka semua keluar dari restoran dan menuju ke Kasturi Holding.

Sekembali Syuhada ke pejabat dia meneruskan kerja-kerja yang sedikit tertangguh dan membuat apa yang telah di pesan oleh khairil Qushairy sebentar tadi. Ada setengah jam lagi masa untuk tamat waktu kerja,dia terasa bosan dan apa lagi dia buka fb dan update status serta menyelinap melihat ke dalam chat box siapa yang ada online, kelihatan rakannya Balqis sedang online.

“As Salam Qis buat apa tu?”

“Walaikumusalam… Tengah menyiapkan report sambil mengadap fb.”

“Kau tak kerja ke hari nie?”

“Tak demam sikit”.

“Laaa… Nie dah ok ke? Boleh lagi kau hadap fb.”

“Alhamdulillah… Aku dah makan ubat… Semalam lagi aku dah demam. Kau dekat mana nie?”

“Pejabat… tengah bosan… kerja dah siap… abang Que dah balik dia tak sihat sikit.”

“Laaa… ya ke? Ehh Izara mesti dah bertambah comelkan… kau postlah gambar latest ehh..”

“InsyAllah… Aku pun sibuk… nak adap selalu fb nie pun kadang2 tak ada masa…”

“Bilalah kita boleh lepak sama2 kan… rindulah dengan engkau orang.”

“Tulah aku pun rindu dengan kau orang… apa kata nanti kita plan cuti sama2 nak.”

“Ok gak tu… tapi kena tunggu 2-3 bulan lagilah… nak kena apply cuti aku nie bukan senang…”

“No hal… kita just plan je… nanti bila dah betul2 nak pergi baru sama2 apply cuti…”

“Cantik…”

“Ok Qis… Aku nak off dah…nanti2 kita chat lagi”

“Ok…No hal..”

Assalamualaikum…Take care and get well soon Qis”

“Walaikumusalam… InsyAllah”
  

Dalam masa Syuhada mengemaskan barangan di atas mejanya tiba-tiba Datuk Sahak datang ke tempatnya.

“Nie Pak Long nak keluar dulu… Hada balik macam mana?” Datuk Sahak bertanya, dia keluar awal sedikit hari ini sebab dia sudah berjanji dengan beberapa rakan niaganya untuk bermain golf, biasalah orang business niekan salah satu cara mengeratkan pertalian dengan rakan-rakan seperjuangan mereka.

“Hada bawa kereta Abang Que balik… Dia ada tinggalkan kunci nie haa..” Syuhada berkata sambil menunjukkan kunci kereta Khairil Qushairy kepada Datuk Sahak, Datuk Sahak mengangguk-anggukkan kepalanya dan tersenyum.

“Ok kalau macam tu bawa kereta elok-elok tau… Dah Pak Long pergi dulu…Jumpa dekat rumah nanti.” Datuk Sahak berkata dan sempat juga dia berpesan kepada anak buahnya itu.

“Yalah… InsyAllah Pak Long.” Balas Syuhada. Datuk Sahak terus bergerak untuk ke lift manakala Syuhada menyelesaikan kerjanya dan dia pun plan nak terus balik sehabisnya waktu bekerja.

No comments:

Post a Comment