Monday, 2 September 2013

Adakah ini takdirku 16

"Eeeaaarrrhhhh.." Syuhada mengeliat sesudah keluar dari kereta.

"Mak aii.. kau Hada.. buruknya perangai." Khalijah menegur Syuhada sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

"Hehehehe.. penat pinggang aku nie woi!.. kau tu duduk sebelah aku pun siap buat taik mata lagi." Syuhada membalas semula kata-katanya.

"Ehh aku tidur-tidur ayam je lah tadi." Balas Khalijah.

"Banyak lah kau punya tidur ayam.. aku tengok siap ada air liur meleleh lagi.. hihihihi" Syuhada sengaja mengusik Khalijah sambil membuka boot kereta dan mengeluarkan beg pakaian mereka.

"Eeee... Suka-suka je kata air liur aku meleleh.. kurang asam punya minah." Khalijah berkata sambil bercekak pinggang. Syuhada pun cepat-cepat mencucuk pinggangnya tetapi sempat di elak oleh Khalijah.

"Ija kau kena cepat-cepatlah ambil lesen.. Aku penat lah drive sorang-sorang.. Atleast kalau kita jalan jauh boleh gak tukar-tukar driver nanti." Syuhada sebelum ke UK lagi sudah mempunyai lesen. Khalijah pula tidak sempat hendak belajar.

"Ialah nenek ku sayang.. Insyallah nanti-nanti aku pergi register." Cepat-cepat dia mengeluarkan ibu jarinya hendak buat set dengan syuhada. Itulah cara Syuhada dengan Khalijah setiap kali hendak mengotakan janji konon-kononnya.

"Assalamualaikum mummy" Khalijah memulakan salam.

Assalamualaikum Mak Ngah" Syuhada turut memberi salam kepada Datin Roziah yang sudah sedia ada menunggu di depan pintu.

"Walaikumusalam.." Jawab Datin Roziah sambil menyambut huluran salam Syuhada dan Khalijah.

"Abang Que dah balik ke mummy? Tu kereta dia dah tersadai bawah garage tu." Tanya Khalijah sambil kepala meninjau ke dalam rumah.

"Dah.. ada kat atas tu.. Hari nie dia balik awal.. katanya nak luangkan masa dengan Izara.. dah berapa hari dia balik lambat sebab banyak sangat kerja kat office tu." Terang Datin Roziah.

"Ohhhh.." Serentak Syuhada dan Khalijah berkata ‘oh’.

"Mak Ngah mak dan abah kirim salam.. Opah dan Atuk Hada pun kirim salam sama." Sambil Syuhada melangkah masuk ke ruang tamu.

"Walaikumusalam.. Opah dengan Atuk kamu sihat ke Hada?" Tanya Datin Roziah, lama juga dia tak mengetahui perkhabaran kedua mertua adiknya itu.

"Alhamdulillah Mak ngah.. tapi sihat-sihat orang tua je lah.." Balas Syuhada tersenyum.

"Mummy! jap Jja nak tinjau budak kenit tu." Khalijah sudah berlari menaiki tangga.

"Bertuah punya anak.. dia ingat dia baya-baya Syana Syafie ke nak berlari-lari tu." Datin Roziah sedikit menjerit.

“Ala mummy! Tak runtuh pun..” Laung Khalijah. Syuhada dan Datin Roziah sama-sama tersenyum.

“Kamu dah dapat ke kerja yang kamu apply?” Tanya Datin Roziah.

“Belum lagi lah Mak Long.. tunggu dan menunggu je lah lagi..” Syuhada membalas pertanyaan Datin Roziah. Sambil menyandarkan kepala.. terasa lenguh drive sorang-sorang.

“Sabar lah.. pasti akan ada rezeki kamu nanti tu.” Katanya lagi.

“InsyAllah Mak Long… lagi cepat lagi senang.. letih gak duduk tak ada buat apa-apa kan.” Tutur Syuhada lagi. Dalam seronok Syuhada dan Datin roziah berbual, Khalijah turun sambil mengendong Izara.

 “Mak Su…Izara dah bangun.” Khalijah membawa Izara turun sambil melambai-lambaikan tangan Izara ke arah Syuhada.

“Dah bangun cucu nenek.. mesti mak chu dia kacau kan.” Datin Roziah tersenyum memandang Izara, Syuhada bangun dan terus mendapatkan Izara.

“Meh sini Mak Su dukung dia pula.” Syuhada menghulurkan tangan untuk mengambil Izara dari dukungan Khalijah.

“Ehh.. sabar lah Mak Su.. Mak Chu baru dapat peluk dia.” Khalijah menapak ke belakang setapak dan memusingkan badannya sedikit sebab kononnya untuk mengelak dari Syuhada mengambil Izara.

“Ala.. kejap lah Ija.” Syuhada merayu kepada Khalijah.

“Bagi Aku gomol dia kejap.. lepas tu aku bagi kat kau lah pula.” Khalijah berkata sambil mencium-cium pipi Izara.

“Ya Allah.. budak berdua nie.. boleh pula di rebutkan Izara tu.” Datin Roziah menegur.

“Hehehehehe..” Syuhada dan Khalijah sama-sama ketawa.

“Mana Abang Que kamu nie Ija.” Datin Roziah menyoal Khalijah.

“ Dia nak mandi dulu… Nah ambil budak bulat nie… kang merajuk Mak su dia.. Mak Chu juga yang susah nak kena pujuk.. hihihihhi” Khalijah berkata sambil menyerahkan Izara kepada Syuhada, sempat lagi mengusik Syuhada tu, Seronok betul Syuhada dapat mengomol si Izara. 

Sebulan sudah syuhada dan Khalijah balik ke Malaysia dan kerap juga Syuhada turun Damansara nie, semuanya kerana budak comel nie lah.

#####################

Selesai sahaja makan malam dan solat Isyak bersama dan sekarang adalah masa untuk berehat dan berbual-bual sambil menonton tv. Ruangan keluarga di rumah Datuk Sahak terletak di tingkat dua. Jika tiada saudara mara atau tetamu lain yang bertandang ke rumahnya, tingkat dua ini lah tempat mereka berkumpul anak beranak.

“Macam mana Syuhada dah dapat ke kerja yang di cari?” kini giliran Datuk Sahak pula bertanya Syuhada.

“Masih belum ada any respond lagi Pak Long.. tunggu je lah.” Syuhada membalas pertanyaan Datuk Sahak.

“Berapa tempat kamu apply dah?” Tanya dia lagi.

“Hada dah apply tiga tempat.” Balas Syuhada lagi. Datuk Sahak mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Tak pa.. ada rezeki nanti tu.” Katanya lagi.

“InsyAllah.. Hopefully adalah salah satu tu terima Hada.. boring duduk rumah lelama.” Tutur Syuhada lagi.

“Habis kamu Ija.. macam mana.. dah ada respond ke dengan Hospital putrajaya tu.” Datuk Sahak menyoal Khalijah pula.

“Sama gak dengan Hada.. Ija kena tunggu je lah Papa.. katanya dalam dua minggu dia org akan reply.. so just wait and see.. wish me luck..” Khalijah menunjukkan jari peace dan tersengeh.

“InsyAllah.. Mummy harap kamu berdua akan dapat kerja tu nanti.” Sampuk Datin Roziah.

“Aminnn..” Syuhada dan Khalijah mengaminkan serentak.

“Wah” apa cerita nie..” Khairil Qushairy bertanya sambil melabuhkan duduk di sofa.

“Pasal kerja budak berdua nie lah.. dia orang dah apply tapi masih belum ada jawabnya lagi.” Datin Roziah jawabkan bagi pihak Syuhada dan Khalijah lah kiranya.

“Ohhh.. Ehh! Hada ambil businesskan.. tapi boleh ke buat kerja-kerja PA?.” Khairil Qushairy bertanya kepadak Syuhada.

“InsyAllah kot.. kenapa pula Abang Que?” Syuhada tertanya juga kenapa Khairil Qushairy bertanya begitu.

“Nie Papa!.. PA saya Sara Ayu.. Dia tu kan dah mengandung lima bulan dan katanya dia nak berhenti bulan depan.” Terang Khairil Qushairy kepada Datuk Sahak.

“Ehh! Kenapa pula nak berhenti?” Datuk Sahak seperti sedikit terkejut, mungkin dia pun hairan kerana Sara tu baru lima bulan mengandung dan kenapa nak kena berhenti kerja pula.

“Begini.. Suami Sara di naikkan pangkat dan akan di tukarkan ke Melaka. Nak tak nak di terpaksa berhenti juga untuk mengikut suami dia” Terangnya lagi sambil mata sesekali mencuri pandang ke tv.

“Ohhhh.. habis tu.. sempat ke kamu nak cari PA baru nie… bulan depan pun bukannya lama sangat ada dua minggu setengah je.” Datin Roziah pula bertanya.

“Tulah.. Sebab kebetulan Hada belum dapat kerja nie.. boleh ke kalau saya ambil dia sebagai PA sementara saya Papa?” Khairil Qushairy meminta permohonan dari Datuk Sahak dahulu.

“Papa tak kisah pun.. kamu tanya lah Hada tu.. Dia pun lulusan University.. jadi mesti dia tak ada masalah nak membuat kerja-kerja pejabat nie kan Hada?” Dalam masa sama Datuk Sahak bertanya kepada Syuhada pula.

“Arrr..Mmmm.. Hehehehe..” Syuhada termati kata dan tersengeh sambil memandang ke arah Khairil Qushairy dan kemudian Syuhada memandang Datin Roziah.

“Terima je lah Hada.. Kamu tu pun belum tahu dapat ke tidak kerja yang kamu minta tu.” Datin Roziah menyuruh Syuhada untuk menerima tawaran dari Khairil Qushairy.

“Kau nie Hada.. dah ada kerja cari kau tu.. tak payah lagi kau cari kerja..” Khalijah pula memujuk Syuhada sambil dia menjingkit kan keningnya, kesukaan minah nie menjingkitkan kening dah macam penyanyi Ziana Zain tahun 90-an tu.

“Ok juga kan.. Atleast kurang sikit bosan Hada.. nanti Hada bagi tau Mak dengan Abah.” Tutur Syuhada akhirnya.

“Tanyalah mereka.. Tapi rasa Pak Long Mak dengan Abah kamu tu tak kisah kut.” Datuk Sahak macam tau-tau saja apa jawapan yang dia akan dapat dari kedua orang tua Syuhada, tahu juga lah mereka nie ipar dan biras yang rapat.

“So Hada kalau Pak Ngah dan Mak ngah izinkan.. Isnin sekali lagi Hada datang.. Macam mana?” Soal Khairil Qushairy.

Alamak kata bulan depan, macam mana pula minggu depan aku kena datang. Syuhada berkata sendiri di dalam hatinya.

“Aik.. bukan bulan depan ke nak kena start.” Soal Syuhada kepadanya.

“Memang bulan depan.. Tapi Abang nak Sara ajar Hada serba sedikit kerja-kerja yang PA harus buat.. nanti tak ada lah kelam kabut.” Tuturnya lagi.

“Ohh… InsyAllah.. Nanti Hada datang.. So Hada nak kena bawa resume sekali ke?” Apa-apa hal Syuhada nak kena pastikan juga.. sebab mana-mana tempat semua hendak kan resume. Manalah tahu walaupun pejabat pakcik sendiri hendak kena juga bawa resume.

“Ish.. tak payah deh.. Kerja dengan Abang je kan.. Bukannya dengan orang lain.. Tapi tak tau lah Big Boss tu nak suruh Hada bawa resume sekali” Khairil Qushairy berkata sambil mengerling ke arah Datuk Sahak dan kemudian dia tersenyum.

“Haaa.. ehh.. Tak Payah lah.. Dah Que suruh datang minggu depan.. kamu datang je lah.. bos kamu nanti dia.. bukan Pak Long.” Datuk Sahak berkata sambil ketawa, semuanya turut ketawa.

Macam-macam cerita yang mereka semua bualkan, dari hal pejabat ke kisah Syuhada dan Khalijah di perak dan kemudian sentuh pula ke Izara. Izara sudah lama beradu di dalam katilnya… mungkin kepenatan di kerjakan oleh Syuhada dan Khalijah, sampai kena bebel oleh Datin Roziah kerana takut cucu yang sorang nie lunyai dikerjakan oleh mereka berdua, Siapa yang tidak geram dengan bayi yang sudah pandai ketawa bila di tegur dan bila mereka cuba bercakap dengannya Izara seperti memahami dan mulutnya pun berbunyi-bunyi seolah-olah ingin berlawan cakap.

 Tetapi apabila di fikirkan dengan gejala masyarakat sekarang seperti di zaman jahiliah pula, bayi-bayi di buang merata tempat dan ada di temui masih hidup tetapi ada kesan di gigit serangga dan dan ada tu di temui telah meninggal dunia. Di manakah perasaan kasih dan sayang itu pergi, tidak sakitkah ketika melahirkan bayi itu… semasa melahirkan bayi, si ibu juga sebenarnya bertarung dengan nyawa… gejala sosial yang terlampau yang menyebabkan perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku… tetapi hendak di ikutkan tidak seratus peratus di lakukan oleh remaja di malaysia sahaja, kemungkinan besar pendatang asing yang datang bekerja di malaysia juga ada membuang bayi-bayi yang tidak berdosa ini.

Firman Allah:
"Jangan kamu membunuh anak-anakmu lantaran takut kelaparan, Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka maupun kepadamu; sesungguhnya membunuh mereka suatu dosa besar." (al-Isra': 31)


1 comment:

  1. waaaaaaaa...... x saba nak taw cite dia dekat opis pulak.. hehehehehe

    ReplyDelete