Thursday, 12 September 2013

Adakah ini takdirku 17

Setelah Puan Rokiah dan Tuan Roslan mengizinkan Syuhada bekerja dengan Datuk Sahak dan di pagi ini, hari ini dan saat ini Syuhada berada di dalam bangunan Kasturi Holding. Terasa bangga juga di hatinya kerana salah seorang keluarganya mempunyai syarikat yang gah dan membanggakan.

 Sambil berjalan masuk menuju ke tempat untuk pertanyaan Syuhada sempat memandang ke kiri dan kanan ruang bawah bangunan itu, cantik dan seronok bila memasuki ke dalam bangunan ini membuatkan dia tersenyum sendiri.

"Assalamualaikum.. Nama saya Syuhada dan saya nak bertemu dengan Encik Khairil Qushairy." Syuhada memperkenalkan diri kepada seorang gadis di kaunter pertanyaan sambil menghulurkan tangannya.

"Oh ya.. Sara Ayu ada memberitahu kepada saya tadi. Sekarang nie Cik Syuhada ambil lift di tepi sebelah kanan dan naik ke tingkat 5." Gadis itu menerangkan kepada Syuhada.

“Ok terima kasih.” Syuhada mengucapkan terima kasih sambil tersenyum, muka nak kena manis lah kan baru orang pun nak senyum dengan kita.

“Sama-sama.” Balasnya pula dan dia turut tersenyum. Syuhada melangkah pergi dan mengikut arah yang telah di tunjukkan kepadanya sebentar tadi.

#############

"Encik Khairil.. Cik Syuhada sudah ada di sini." Sara memberitahu kepada Khairil Qusyairy melalui interkom. Sebelum tu Syuhada sempat juga bertanya nama PA Khairil Qushairy, dan Syuhada pasti dia yang akan menjadi penunjuk ajar kepada Syuhada nanti.

"Ok suruh dia masuk dan kamu juga tolong masuk sama ke dalam." Syuhada terdengar suara Khairil Qushairy membalasnya semula.

Syuhada mengekori Sara Ayu ke arah pintu yang bersebelahan dengan mejanya.

"Assalamualaikum." Syuhada memberi salam, punyalah sopan dan rasa bedebar pula pada hal sepupu sendiri tu. Yelah walaupun sepupu sendiri tapi kan Syuhada pernah katakan dulu yang Syuhada memang jauh rapat dengan Khairil Qushairy cuma sejak kebelakangkan ini apabila bersama-sama di dalam kelompok keluarga Syuhada berbual-bual pendek dengan Khairil Qushairy.

"Walaikumusalam.. haa Hada jemput duduk di sana dulu.. Sara! dia ni sepupu saya.. Maaf saya tak beritahu kamu awal-awal." Khairil Qushairy bangun dari kerusinya dan memperkenalkan Syuhada kepada Sara. Syuhada tersenyum lagi.

"Ohhh.." jawab Sara sambil tersenyum ke arah Syuhada,dalam hati Sara Ayu berkata patutlah cantik, dah sepupunya pun handsome Syuhada memang cantik, kulit putih licin, orangnya sederhana rendah dan rupanya ada iras-iras pelakon Diana Amir. Boleh di katakan Syuhada dan Khalijah sama-sama cantik.

Syuhada hanya menggangukkan kepala dan tersenyum juga dan bergerak ke sofa yang telah di arahkan oleh Khairil Qushairy tadi. Khairil Qushairy bangun dan datang duduk di Sofa. Syuhada melihat keadaan di dalam bilik Khairil Qushairy nampak cantik susun atur di dalam biliknya dan rasa selesa mata memandang.

“Ehh.. kamu nak ke mana... kenapa tak duduk sekali nie?" Khairil Qushairy bertanya kepada Sara, Syuhada hanya memandang sahaja apabila Khairil Qushairy menegur Sara Ayu.

“Emmm.. saya nak buat air dulu Encik Khairil.” Terang Sara lagi.

“Ohh Ya.. nie.. Hada nak air apa?” Khairil Qushairy berpaling dan bertanya kepada Syuhada, ewah dah macam di restoran pula nak main order-order minuman nie.

“Ehh tak pa lah Abang Que.. Hada dah Breakfast sebelum keluar nie tadi.. Kak Sara tak payah lah susah-susah kan diri.. saya ok.. bukan tetamu khas pun.” Syuhada menolak, kesian pula syuhada Melihat  Sara Ayu dengan perut yang bulat dan hendak kena pula bancuhkan air untuk dia… Mengada-ngada pula Syuhada rasakan.

“Encik Khairil nak kopi ke?” Sara bertanya kepada Khairil Qushairy pula.

“Tak payah lah Sara.. nanti-nantilah kalau saya nak saya minta.. dah mari duduk sini..” Khairil Qushairy mengarahkan Sara Ayu untuk duduk bersama mereka.

“Ok.. macam nie Sara.. Syuhada akan mengantikan tempat kamu selepas kamu berhenti nanti, jadi saya nak kamu ajar dia segala kerja-kerja yang kamu buat sebagai seorang PA.” Terang Khairil Qushairy, Syuhada hanya diam dan terpegun dengan cara Khairil Qushairy bercakap. Gaya seorang bos yang sungguh berkarisma, pasti ramai perempuan terpegun dengan Khairil Qushairy, pada pendapat Syuhada. 

Bangga rasanya jadi sepupu Khairil Qushairy, dia pun apa kurangnya hensome bergaya, tegap susuk tubuhnya dan ketinggiannya sedang elok tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah dan anggaran ketinggiannya dalam enam kaki lebih, Khairil Qushairy juga berkulit putih dan ada sedikit jambang halus di mukanya, kemas dan bersih dia menjaga raut mukannya juga. Syuhada tersengeh-sengeh sendiri lagi, tiba-tiba dia ke alam lain sebentar.

Are you ok Hada?” Khairil Qushairy menegur sambil melambaikan tangan di hadapan muka Syuhada. Syuhada sedikit tersentak bila terdengar namanya di panggil.

“Ok? Ehh Hada ok…” Alamak kantoi lah pula... masa nie lah pula nak berangan ya Syuhada, merah mukanya kerana berasa malu di tangkap oleh Khairil Qushairy yang dia tengah berangan.

“Abang tengok Hada tersengeh-sengeh.. rasanya abang tak ada buat lawakkan.” Katanya lagi sambil berkerut dan mengosok dagunya gaya seperti berfikir.

“Ehh.. hihihihi tak da.. tak ada.. Hada minta maaf.” Syuhada tersenyum kepadanya dan Sara sambil merapatkan kedua-dua tangan gaya meminta ampun. Mereka hanya tersenyum.

Setelah Khairil Qushairy menerangkan kepada Sara dan Syuhada apa yang dia mahukan, kemudian Syuhada keluar dari bilik dan memulakan projek kerjasamanya dengan Sara, syuhada kena belajar betul-betul sebelum Sara berhenti. 

Dalam masa Sara sibuk menunjukkan file-file kepada Syuhada, tiba-tiba ada sekujur tubuh berdiri dan memeluk tubuh di depan meja Sara.. Syuhada dan Sara serentak mengangkat kepala, dan apa yang Syuhada lihat adalah minah pinggang patah rupanya.Tidak  di sangka yang Syuhada akan bertemu dengan dia di pejabat Khairil Qushairy.

“Emm… Hello Que ada?” Tanyanya dengan gaya sombong sambil mengetuk meja.

“Ada.” Jawab Sara, Syuhada memandangnya tapi di balasnya dengan jelingan, di dalam hati Syuhada berkata ‘memang kerek sungguh minah nie’. Syuhada fokuskan mata ke file di hadapanya semula dia tidak pedulikan Zalina yang memandang ke arahnya.

“Bagi tau dia saya nak jumpa dia sekejap.” Arahnya lagi, matanya melirik kepada Syuhada lagi tetapi di dalam hati Zalina berkata-kata di manakah dia pernah bertemu dengan perempuan yang sorang lagi ini.

“Ok.. jemput duduk dulu lah cik Zalina.” Sara berkata dengan sopan.

“Heehhh..” Dia mendengus dan terus bergerak ke tempat duduk tetamu dengan gaya yang sengaja di lenggok lenggokkan. Sara terus menekan interkom ke bilik Khairil Qushairy, Khairil mengarahkan supaya Zalina menunggu sahaja di luar, katanya dia sedikit sibuk dan ada kerja yang harus di selesaikan dahulu. Sebenarnya Khairil Qushairy naik lemas apabila Zalina terlalu kerap datang ke pejabatnya semenjak selepas kematian Kartini, tetapi setiap kali dia Zalina datang dan setiap kali itulah Khairil Qushairy tidak pernah memenuhi permintaannya.

Selepas 30 minit menunggu….

“Ehhh.. lama lagi ke saya nak kena tunggu nie.” Zalina bertanya kepada Sara. Syuhada nampak dari tadi dia macam cacing kepanasan, tidak senang duduk kerana sudah setengah jam dia menunggu Khairil Qushairy.

Tiba-tiba pintu bilik Khairil Qushairy terbuka dari dalam.

“Ohh.. Zalina! Sorry lah I betul-betul busy hari nie. Apa hal You datang cari I hari nie.”Khairil Qushairy bertanya kepada Zalina. Perempuan tu bila nampak Khairil Qushairy keluar je dari bilik dia terus melompat bangun dan tersenyum girang macam kanak-kanak dapat lollypop.

“Alaa.. you nie… I saja je datang melawat you dekat office.. I ingat nak ajak you lunch hari nie.. Jom kita pergi lunch sama-sama.. nie pun dah hampir pukul satu kan.” Katanya sambil cuba menarik tangan Khairil Qushairy tapi khairil sempat mengelak.. Syuhada yang tengok perempuan itu naik rimas pula.. memang gayanya macam ini ke? Dari first time Syuhada jumpa di Mid Valley dulu sampai dekat sini pun sama.. Terliuk-liuk.. Macam minta kena sekeh juga minah ini.

“Ohhh.. lunch.. Tapi hari nie I dah janji nak lunch dengan my cousin dan Sara.” Khairil Qushairy memandang ke arah Syuhada dan Sara, dia membuat isyarat mata kepada Syuhada dan Sara Ayu.

 Ehh bila masa pula Khairil Qushairy mengajak Syuhada dan Sara Ayu pergi lunch. Nie mesti Hendak mengelak keluar dengan minah plastik nie kut. Syuhada menebak di dalam hati.

“Tapi kalau You nak join sama.. jom lah.” Khairil Qushairy mempelawa Zalina.

Cousin?” Zalina bertanya kepada Khairil Qushairy.

Ohh.. Yeh.. This is my cousin Syuhada.. She’s will be my PA soon.” Khairil Qushairy memperkenalkan Syuhada kepada Zalina. Syuhada hanya mengangkat tangan dan cakap ‘hai’ sahaja.

“Hada! Nie kawan satu sekolah abang Que.. Zalina nama dia..” Dia pun hanya membalas hai! Dengan gaya tidak ikhlasnya.

“Hada sekarang nie sedang belajar dengan Sara tanggujawab seorang PA, sebab Sara akan berhenti minggu depan.” Terang Khairil Qushairy lagi sambil tersenyum ke arah Syuhada.

“Ohhh..” bulat mulutnya menyebut Oh!.. tetapi dalam hati Zalina berkata "ada aku kisah.. Khairil nie cubalah senyum dengan aku macam tu tak boleh ke? Menyampah pula aku tengoknya." Sambil dia membetul-betulkan rambutnya untuk cover malu yang sebenarnya.

Khairil Qushairy memang susah hendak melemparkan senyum ikhlas kepada Zalina tetapi Zalina tidak kisah dengan semua itu, janji dia dapat menawan hati Khairil Qushairy, dalam ramai-ramai lelaki yang dia kenal hanya Khairil Qushairy lah seorang yang paling susah untuk dia dekati… lagi di cuba lagi dia menjauh, tetapi Zalina memang tidak pernah berputus asa. 

Zalina masih lagi contact rakan-rakan sekolahnya dahulu termasuklah rakan-rakan yang rapat dengan Khairil Qushairy dan sesekali ada juga Zalina berjumpa dan makan-makan bersama mereka dan dari situ juga kadang-kadang dia mengorek serba sedikit cerita mengenai Khairil Qushairy.

“Laa.. kenapa You tak bagi tau I saja.. I pun boleh jadi PA you apa?” Zalina berkata dengan lagaknya dan cuba untuk memegang Lengan Khairil Qushairy tetapi sekali lagi di tepis oleh Khairil Qushairy.

“Sorrylah Zalina Papa I yang suggestkan nie... Lagi satu you ada degree or master?… Papa I Cuma nak staff dia yang ada ijazah saja.” Khairil Qushairy sengaja berkata begitu sebab dia tidak mahu Zalina bertanya macam-macam lagi dan dia pasti Zalina tak akan menang dengan pertanyaan ini.

“Huhhh… Papa you tu memacamlah… I tahulah I belajar sampai SPM je. Tapi I berjaya dalam hidup apa?” Katanya lagi dengan lagak di depan syuhada dan Sara Ayu. Syuhada dan Sara Ayu menunduk dan tersenyum apabila mendengar penjelasan Zalina itu, Khairil Qushairy hanya berlagak bersahaja apabila Zalina berkata begitu.

So you nak follow kita orang lunch sama tak?” Tanya Khairil Qushairy untuk mendapatkan kepastian dari Zalina, Khairil Qushairy malas untuk memanjangkan lagi perbualannya, lagi di layan lagi banyak kerenah Zalina dan lagi dia mengada-ngada gaya mengoda.

“Tak pa lah.. maybe next time I lunch dengan you.. You keluar je lah dengan dia orang.” Katanya dengan sambil menjeling ke arah Syuhada dan Sara Ayu tetapi mereka berdua tidak mengendahkan jelingannya.

“Ok.. kalau you tak nak I nak keluar dah nie.. Sara! Hada! Jom kita lunch sama.. Saya belanja hari nie.” Syuhada dengan Sara cepat saja menutup file dan menyusun file-file yang berselerak tadi dan Syuhada jalan beriringan dengan Sara Ayu. Zalina cepat-cepat berjalan untuk beriringan dengan Khairil Qushairy.

 Khairil Qushairy dengan gaya selambanya tangan sebelah ke dalam poket dan satu lagi tangan menekan butang lift, Syuhada dan Sara Ayu juga berjalan pantas apabila terlihat pintu lift sudah terbuka di dalam lift hanya Syuhada dan Sara Ayu sahaja yang berbual manakala Zalina terjeling-jeling ke arah mereka berdua dan khairil Qushairy lagilah seperti Zalina tu invisible sahaja di sebelahnya dia buat dek saja.

Sebelum masuk ke lift Sara sempat berbisik kepada Syuhada tentang Zalina yang kerap datang ke pejabat menganggu Khairil Qushairy semenjak selepas permergian Kartini, dan banyak kali juga Khairil Qushairy menolak pelawaan Zalina. Tetapi Zalina seperti tidak pernah berpututs asa, dia sentiasa datang ke pejabat untuk mencari peluang rapat dengan Khairil Qushairy. Syuhada mendengar pun naik geram je. Nantilah Syuhada dah jadi PA Khairil Qushairy kau jangan nak lebih-lebih ganggu hidup sepupunya.. Hendak kena ganyang oppa gangnam style nanti.

Semasa nak keluar dari lift di Lobi Syuhada terserempak dengan Datuk Sahak. Dia pun hendak keluar Lunch, tetapi tengah tunggu abang leman driver Datuk Sahak membawa kereta. Dia ada lunch date dengan client katanya, dia gembira kerana Syuhada sudi juga membantu Khairil Qushairy.

Khairil Qushairy telah membawa Syuhada dan Sara Ayu makan di restoran yang tidak jauh dari bangunan Kasturi Holding Cuma lima minit berjalan kaki, Syuhada suka suasana di restoran itu dan makanannya pun sedap-sedap serta bermacam-macam jenis lauk pauk yang di sediakan termasuk ulam ulaman, macam makan buffet di hotel pula. Dalam hatinya sudah berkira-kira yang restoran ini akan menjadi restoran pilihan utamanya time rehat setiap hari bila dia bekerja.

###################

Sampai di rumah Syuhada terus terlentang di atas katil untuk melepaskan lelah.. macamlah penat sangat, bukan kerja kontrak pun.. Hihihihi… Kepenatan Syuhada ini bukan sebab kerja tetapi sebab jam di Kuala Lumpur teruk sangat. Warga kota tidak pernah lepas dari kesesakan setiap hari, tidak kira pagi atau petang.

“Alamak dah pukul 7.30 kalau aku baring lagi nie sah-sah aku terlepas maghrib.” Syuhada membebel sendiri dan menaggalkan tudungnya.

Dengan lengang lengok mak limah Syuhada masuk ke bilik air untuk membersihkan dirinya dan kemudian cepat-cepat mengerjakan solat maghrib, elok selesai Syuhada mengaminkan doa tiba-tiba pintu bilik di tolak dari luar, Syuhada berpaling dan melihat Khalijah yang masuk.

“Kau dari mana nie?” Syuhada menanya Khalijah sambil membuka telekung dan menyangkutkan di ampai.

“Aku teman kak Idah tadi.” Khalijah terus terlentang baring di atas katil.

“Ehh.. dah maghrib lum nie.. dah nak abis waktu nie..” Syuhada menegur Khalijah.

“Aku cuti.. petang tadi kenanya..” Jawab Khalijah sambil melelapkan matanya untuk melepaskan lelah.

“ Haa..Hada! Ehh minggu depan aku start ujian memandu tu.. tadi selepas aku teman kak Idah, aku ajak kak Idah teman aku pergi register kelas memandu sekali.” Khalijah berkata dengan tersengih-sengih sekali.. seronok sangat dia henak mendapatkan lesen.

“Wah! Bagus-bagus.. senang kita nak cuti-cuti malaysia nanti.. hahahaha” Syuhada dan Khalijah tertawa sama.

“Tok..tok..tok..” Bunyi ketukan di pintu bilik. Mereka terhenti ketawa dan Khalijah mengangkat sedikit kepalanya

“Ye!!” Khalijah menyahut dari dalam. Pintu bilik di tolak, kelihatan Rania masuk dia mengajak mereka untuk turun makan malam.

###############

“Hada mari sini duduk makan.” Datin Roziah megamit Syuhada setelah dia ternampak kelibat Syuhada datang untuk ke ruang makan. Syuhada membawa dirinya dan duduk di depan Datin Roziah bersebelahan Khairil Qushairy.

“Amboi mummy!! Dah tak nampak lagi ke Ija kat dalam rumah nie..” Khalijah memuncungkan bibirnya sambil menarik kerusi di sebelah Datin Roziah, dia memang suka saja nak protes.. tapi bukan betul-betul pun.

“Ala bucuk-bucuk mummy.. mari duduk atas pangku mummy sayang..” Datin Roziah membuat lawak pula. Habis semua yang ada di meja makan tertawa dengan usikan Datin Roziah itu.

“Aik Ija jeles dengan Hada ke?” Khairil Qushairy pula menegur sambil menyudukan lauk ke dalam pinggannya.

“Tak kuasa Ija nak jeles dengan Hada aihh.. Ala Ija saja nak manja ngan mummy lah..” Khalijah sengaja memasamkan mukanya, tapi tidak di layan pun oleh Khairil Qushairy, Datin Roziah lagilah buat muka seperti tiada perasaan sahaja.

“Ehh.. sudah lah.. macam budak kecik, Awak nie dah boleh kawin dah tau.. buruk rupa orang tua nak merajuk macam tu.” Datuk Sahak pula mengusik sambil menambah nasi ke dalam pinggannya.

“Papa.. ops! Terlebih sudah ayat papa tu.. sila tolak keluar sedikit topik kawin tu.. nanti tak lalu Ija nak makan.” Semua tertawa mendengar Khalijah berkata begitu, sebenarnya dia dan Syuhada memang susah sikit kalau part kahwin nie, katanya mereka belum tahap untuk memikirkan hal berumah tangga dan banyak lagi benda yang mereka tidak habis enjoy.

“Macam mana hari pertama kerja Hada.” Datin Roziah bertanya, Dia takut anak buahnya berasa tidak selesa pula bekerja di syarikat suaminya itu.

“Hari pertama mak Long memang tak ada masalah lagi.. nie pun kak Sara tolong Hada.. So belum ada kena marah lagi dengan Abang Que.. hihihihi.” Syuhada tergelak dan dia pun memang tidak mengharap kena marah dan dia akan cuba bekerja bersungguh-sungguh.

“Ish.. Hada nie ke situ pula dia.” Datin Roziah berkata sambil tersenyum.

“Abang Que ok jer kalau buat kerja dengan betul. Tapi kalau kerja main-main tak fokus dan banyak silap yang memang tak boleh di maafkan so kena jaga-jagalah jangan sampai merajuk dengan Abang Que sudah lah.” Sampuk Khairil Qushairy pula, Syuhada tersenyum tapi dalam hati Syuhada ada seramnya juga bila Khairil Qushairy berkata begitu.

“Pak Long harap Hada jangan nak malu-malu kalau ada apa-apa masalah.. Pak long ada sama kalau Hada nak minta tolong.. Faham tak?” Datuk Sahak pula berkata, Datuk Sahak memang prihatin dan tegas juga dengan setiap pekerjanya dan tidak kiralah kalau pekerjanya itu adalah dari keluarganya sendiri.

“Faham pak long.” Syuhada mengangguk faham.

“Nanti boleh lah ija lagi kerap naik office Papa..” Khalijah memang jarang pergi ke Kasturi Holding kalau tiada apa-apa yang mustahak kerana dia tidak suka hendak menonjolkan dirinya di depan pekerja Datuk Sahak walaupun dia ada share di dalam company itu, Khalijah dan Khalidah akan menonjolkan diri mereka apabila company Datuk Sahak ada membuat annual dinner. Tetapi di sebabkan Syuhada ada di sana dan dia sekadar hendak membuang masa dengan Syuhada sahaja itupun jika dia masih belum mendapat tawaran pekerjaannya lagi.

“Ehh.. Tak malu.. orang tak ajak pun.. dia offer diri pula.” Khairil Qushairy mengusik Khalijah, faham sangat dia keakraban adiknya dan Syuhada, memang sudah macam kembar.

“Abang Que nie.. Ija kata pergi office Papa bukan nak pergi office Abang Que.. wek..wek..” Khalijah mengenakan Khairil Qushairy sambil menjelirkan lidahnya. Syuhada hanya tertawa dengan gelagat dua beradik nie, si abang suka mengusik dan si adik suka melawan memang gamat jadinya.

“Suka hati kamulah.. tapi jangan di ganggu selalu Syuhada sudah lah.. nanti ikut suka kamu nak kidnap Syuhada pergi shopping atau merayap.. memang papa tak izinkan kamu datang ke office lagi.” Pesan Datuk sahak, bagi Datuk sahak masa bekerja adalah untuk kerja dan masa berehat dan itulah masa yang boleh nak buat apa-apa.

“Don’t worry lah Papa.. Ija datang bila Ija free saja.. Ala Ija pun kalau dah mula kerja mana boleh suka-suka nak buat hospital tu macam hospital ‘PAPA’ yang punya kan.. hihihihi.” Khalijah ada saja jawapannya dan sengaja dia menekankan perkataan PAPA tu kerana dia mengusik Datuk Sahak .

“Mummy!... Papa!... Ija ada dua good news tau.” Khalijah bangun dan terus membawa pinggan makannya ke dapur, dia sengaja melakukan begitu kerana dia hendak buat suspend kononnya.

“Aihh.. bertuah punya anak.. kata ada good news dah tu boleh pula dia tinggalkan kita tertunggu-tunggu dengan news dia.” Bebel Datin Roziah sambil memandang Khalijah berjalan pergi.

“Mummy... nie dah tau adik tu ada senteng sikit perangai dia kan..” Khalidah pula berkata, faham sangat mereka dengan adik bongsunya itu dari kecik lagi memang cheeky dan suka mengenakan Khairil Qushairy, Khairul Azam dan dia.

“Ala.. kejap lah mummy.. tak best nak bercerita dengan tangan dah kering.” Khalijah berkata dan masuk ke ruang makan semula.

“Apa yang good news kamu tu.” Datuk Sahak pula bertanya sambil mengelap tangannya dengan tisu, dia sudah pun membersihkan tangannya menggunakan air basuh tangan yang telah di sediakan oleh pembantu rumahnya.

“Ok! Pertama Ija dah dapat reply email dari hospital Putrajaya tu, Ija dapat bertugas di sana dan surat tawaran akan menyusul kemudian.. dan kedua Ija dah daftar kelas memandu.” Terang Khalijah.

“Alhamdulillah..” Kesemua mereka mengucapkan syukur dengan berita yang baru di beritahu oleh Khalijah.

“Tak sempatlah ija nak tunggu jagung tumbuh yek.” Khairil Qushairy mengusik Khalijah lagi.

“Jagung tu biar mummy je lah yang jaga..hahahaha.” Balas Khalijah dan Datin Roziah ketawa mendengar kata-kata Khalijah.

“Habis tu nanti Papa carikan rumah di sana ya.” Datuk Sahak mula merancang untuk mencari Rumah untuk keselesaan anak bongsunya itu dan memudahkan Khalijah dari jauh berulang alik.

“Tak payah Papa… Ija boleh ulang alik jer hari-hari… lagi pun Cuma lima hari seminggu je kan.” Khalijah berkata dengan konfidennya.

“Jauh tu Ja… boleh ke Ija buat terkejar-kejar dan masa banyak di habiskan atas jalan saja.” Khairil Qusyairy menegur kerana dari Damansar hendak ke Putrajaya bukannya dekat plus traffic jam lagi.

“Ala Abang Que nie… Ija naik komuterlah dan nanti dari komuter station Ija balik ke rumah naik lah teksi.” Itulah perancangan Khalijah dari awal jika permohonannya itu di luluskan, dia tidak rasa hendak duduk sendiri lagi. Nanti kalau duduk di Putrajaya dia akan tinggal seorangan juga, Datin Roziah dan Datuk Sahak mengikut sahaja kemahuan anak bongsunya itu, tetapi Datuk sahak berkata jika Khalijah sudah penat berulang alik dan rasa hendak duduk di Putrajaya, dia akan carikan rumah untuk anaknya itu.


No comments:

Post a Comment