Thursday, 19 September 2013

Adakah ini takdirku 18

"kau ni mak! suka menyusahkan aku je lah.. dah aku bagi duit bulan-bulan takkan tak cukup-cukup." Zalina menengking emaknya Zabedah.

"Lina.. mak bukannya nakkan duit kamu nak!.. mak nak kamu balik tengok mak nie.. mak dah tak larat, nak harapkan adik kamu Dini sorang pun tak boleh.. dia nak ulangkaji tu.." Zabedah berkata sayu..

 Zabedah seorang ibu tunggal yang di tinggalkan suami kerana perempuan GRO.. kehidupan mereka tiga beranak banyak bergantung pada Zalina sebelum ini, mereka tinggal menyewa di kampung baru Kuala Lumpur. Anak keduanya Dini kina sedang melanjutkan pelajaran di tahun akhir dalam bidang perguruan. Dini tidak seperti Zalina, Dini seorang anak yang taat dan bercita-cita tinggi untuk mengubah dan membawa emaknya keluar dari kehidupan di rumah setinggan ini, Dini juga tahu apakah pekerjaan sebenar kakaknya Zalina, tapi Zalina juga menipu Zabedah dengan mengatakan dia bekerja di sebuah syarikat besar dan dia juga memegang jawatan di dalam syarikat itu.

 Zalina kerjanya adalah menipu lelaki-lelaki kaya dan juga dia sanggup mengadaikan maruah dirinya kalau itu yang di mahukan oleh lelaki-lelaki tersebut dan dalam masa yang sama dia menjual barang terlarang yang kalau dia di tangkap boleh di hukum gantung sampai mati. Setiap bulan dia akan memberi Zabedah sebanyak dua ribu lima ratus untuk belanja Zabedah dan Dini. Dini tidak sanggup untuk membelanjakan duit yang di beri Zalina kepadanya. Tetapi dia tiada cara untuk mengelak kerana dia harus melindungi perkara ini dari Zabedah dan kerana inilah Dini ingin berjaya dan dia dapat menyara Zabedah dengan duit halal dari titik peluhnya yang halal juga.

"Ala mak nie.. Lina sibuk tau mak.. kalau nak balik selalu dan hadap muka mak saja.. Apa hasil yang Lina dapat." Kata Zalina dengan kasar dan menjeling kepada Zabedah.. Salah satu sikap Zalina juga, dia suka bercakap kasar dan tidak menghormati Zabedah.

"Astghafirullahalazim.. Zalina!!.. kenapa cakap macam tu nak.. berapa lama dah kamu tak balik tengok mak nie.. dah tiga bulan tau.. pada hal kamu kerja di dalam Kuala Lumpur juga." Zabedah berkata sambil memicit-micit kakinya. Dia sedikit uzur sejak kebelakangan ini, semuanya kerana penyakit semputnya dan juga faktor usianya, semasa anak-anaknya masih kecil dan bersekolah dia melakukan apa sahaja mencuci pakaian orang, mencuci pinggan mangkuk di kedai makan, mengemas rumah orang semuanya demi mendapatkan duit untuk menyara dirinya, Zalina dan Dini.

"Lina pergi buat kerja luar lah.. Dua bulan yang sudah Lina pergi Australia seminggu dan bulan lepas Lina pergi ke London.. Nak call mak masa kat sana susah.. Sekali call dah berapa? bukan sikit harga sekali panggilan, mahal tau mak." Zalina tergamak menipu Zabedah demi untuk melepaskan dirinya supaya Zabedah tidak banyak bersoalan.

"Kalau ya pun cuba lah kamu bagi tau mak nie sebelum kamu pergi.. Hati mak nie sentiasa risaukan keadaan kamu tu Lina, Entah kamu sakit ke, accident ke... Sekarang nie jenayah macam-macam… Risau mak nie tau." Sedih sungguh hati Zabedah dengan sikap kasar anak sulungnya ini, Zalina tidak pernah terfikir kerunsingan hati seorang ibu, perangainya berubah setelah Zabedah bercerai dengan bapanya Sabir, pada masa itu umur Zalina tiga belas tahun.

"Yelah.. Yelah.. Nanti-nanti kalau Lina out station Lina bagi tau mak… Susah betul lah mak nie… Hishhh…" Zalina mengeluh dan rimas dengan Zabedah, tiada langsung rasa hormat dia kepada ibu yang bersusah payah dan melahirkan dia.

"Oklah mak.. Lina nak balik dulu.. Lina ada banyak kerja nie.. kalau mak ada hal call jelah Lina." Zalina menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Zabedah.

"Aik.. tak sampai dua jam kamu duduk.. Dah nak balik.. Nie satu lagi.. kenapa pakaian kamu nie nampak sempit dan singkat nie." Zabedah cukup tidak berkenan cara pemakaian Zalina dan dia berasa malu dengan jiran-jiran yang melihat cara Zalina berpakaian, dia malu dan nanti orang ingat dia seperti tidak tahu mengajar anak.

"Alaaa.. mak nie banyak cakaplah.. Lina dari office tadi.. Mana ada sempit atau singkat.. ok je nie.." Zalina membelek pakaian di tubuhnya, pakaiannya sememang sendat dan skirt yang di pakai pun pendek.

"Ini yang kamu kata ok.. tutuplah aurat kamu tu Zalina.. Sebelum terlambat, kita nie tak tahu bila ajal tu datang." Zabedah sudah mula hendak membebelkan Zalina, Itu salah satu punca yang menyebabkan Zalina malas untuk balik ke rumah emaknya, kerana baginya Zabedah terlalu suka membebel… Apa dia buat, dia pakai semuanya tak betul, sentiasa ada sahaja salahnya dan itu semua yang dia bertambah-tambah rimas.

"Mak nie tak payah lah nak membebel pula.. Tau lah Lina.. Dah Lina nak pergi nie.." Zalina terus bersalam dengan Zabedah. Dia keluar dan terus menyarungkan kasutnya.

"Nie semua yang buat aku malas nak balik.. membebel je.. Semua tak kena.. Bingit telinga aku nielah.." Zalina membebel sambil keluar dari rumah. 

Zabedah hanya mengeleng dan menitis jua airmatanya kerana sedih dengan perlakuan Zalina, Dia rindukan Zalina dan kalau hendak harapkan Zalina untuk menelefon dia memang tak adalah, selalunya Zabedah yang menelefon dan itu pun susah hendak di jawab oleh Zalina, Zabedah berdoa yang suatu hari Allah makbulkan doanya untuk melihat Zalina kembali jalan Allah dan menjadi anak yang solehah.

#######################

Kini Syuhada sudah menjadi PA sepenuhnya kepada Khairil Qushairy, baru dua hari dia memulakan tugas penuhnya itu. Dia pergi ke pejabat pun bersama Khairil Qushairy, tetapi Khairil Qushairy ada juga berkata padanya yang bila ada masa-masa tertentu Syuhada kena juga memandu sendiri ke pejabat apabila Khairil Qushairy ada kerja luar. Datin Roziah juga yang menyuruh Khairil Qushairy membawa Syuhada pergi pejabat bersama dengannya kerana mereka duduk satu rumah dan buat apa hendak keluar guna kereta asing-asing, lainlah Datuk Sahak kerana dia memang memerlukan kereta sendiri untuk dia.

“Hada! Abang nak keluar dulu.. Abang nak pergi Balai polis.. Dia orang baru call abang nie.” Khairil Qushairy keluar kelam kabut dari bilik dan memberitahu kepada Syuhada.

“Ohh.. Nie pasal arwah Kak Tini ke?” Syuhada bertanya untuk kepastian.

“Iya.. katanya mereka sudah dapat gambar suspek dari CCTV… Nanti bagi tau Pak Long ya.. Abang pergi dulu.” Khairil Qushairy terus keluar, pasti dia tidak sabar untuk melihat wajah orang melanggar arwah Kartini dulu.

Assalamualaikum.. Pak Long.. Hada nie.” Syuhada menelefon Datuk Sahak.

Haa.. yaa Hada.. ada apa Hada.” Datuk Sahak bertanya.

Abang Que suruh Hada bagi tahu Pak Long yang dia dalam perjalanan ke Balai Polis.” Terang Syuhada.
Balai Polis.. Kenapa?” Soal Datuk Sahak.

“Katanya pihak polis sudah dapat kenal pasti wajah suspek yang melanggar lari arwah Kak Tini tu.. mereka dapat dari salah satu CCTV di premis di situ.” Syuhada menerangkan apa yang Khairil Qushairy telah sampaikan kepadanya.

“Ok… Nanti Que balik suruh dia datang jumpa pak Long ya.” Pesan Datuk Sahak kepada Syuhada.

Oklah.. kalau macam tu nanti Hada beritahu abang Que.” Janji Syuhada.

Syuhada keluar makan tengah hari bersama-sama dengan rakan-rakan pejabatnya, sepulang daripada makan tengah hari dia melihat Zalina sudah duduk di ruang menunggu. Syuhada terus berjalan ke meja dan menyimpan dompetnya di dalam laci. Dia tidak perdulikan Zalina yang sedang memandang ke arahnya. Zalina bangun dan terus berjalan mendekati meja Syuhada.

“Amboi!! Berlagaknya kau.. kau ingat kau kerja dengan sepupu kau dan kau boleh nak tunjuk lagak dengan aku ya.” Zalina berkata dengan gaya sakit hati kerana Syuhada tidak memperdulikan dia.

“Maafkan saya Cik Zalina.. Tak perasan pula saya yang Cik Zalina ada di sini.” Syuhada sengaja berkata begitu, tetapi tidak ikhlas pun, dia sengaja malas hendak melayan Zalina dan dia buat-buat tidak nampak kehadiran Zalina tadi.

“Aku nak jumpa Khairil.. Dia masuk pejabat ke tidak nie?” Zalina bertanya lagi.

“Ohh.. Dia masuk tapi dia pergi balai polis tadi.. tak tau lah pula pukul berapa dia masuk nanti.. Saya tak pasti.. Tapi kalau Cik Zalina hendak jumpa dia saya boleh book kan appointment.” Syuhada berkata dengan lembut. Yelah dia pun hendak kena jaga maruah dia di office nie, tidak elok pula kalau dia hendak tunjuk biadap dengan tetamu, walaupun dia tidak suka dengan Zalina.

“Balai polis.. Kenapa pula?” Zalina bertanya dengan gaya sedikit terperanjat.

Ehh ehh minah nie sepuk sekali karang baru tahu.. Yang kau banyak tanya kenapa? Syuhada berkata di dalam hatinya.

“Ohh.. berkaitan kes arwah Kak Tini… Polis dah dapat kenal pasti suspek yang melanggar Kak Tini…” Syuhada menerangkan kepada Zalina.

“Macam mana dia orang dapat traces haa..?” Tanya Zalina lagi.. Syuhada hairan yang dia gelabah kenapa? Dah tu dia yang pula yang pucat. "kelam kabut  betul lah minah nie." kata Syuhada di dalam hatinya.

“Katanya dari salah satu CCTV yang terdapat di premis yang berdekatan di tempat kejadian, itu jelah yang saya tau.. Tapi kalau Cik Zalina nak tahu lebih lanjut saya rasa lebih baik Cik Zalina tanya sendiri dengan En Khairil lah.” Kata Syuhada lagi, Syuhada sudah malas hendak menjawab segala soalan yang di tanya Zalina kepadanya, bukan penting pun untuk Zalina tahu.

“Emmm.. tak pa lah nanti saya call Khairil..” Zalina terus keluar dari situ. Syuhada memerhatikan sahaja langkah Zalina, datang tak di undang dan pergi pun tanpa di suruh, suka hati dia sahaja.

“Apa-apa saja lah minah gedik nie.. kau yang kelam kabut lebih apa pasal.. Aku bagi pelempang jepun baru tau..” Syuhada membebel sendiri kemudian tertawa dan tergeleng-geleng mengenangkan perangai Zalina.

################

Di dalam kereta Zalina kelam kabut menelefon Khairil Qushairy.. tapi dia kena berlagak biasa.. Dia sebenarnya takut rahsianya terbongkar, dan dia kena lakukan sesuatu sebelum terlambat.

“Hello! Khairil.. I Zalina nie..” Zalina memulakan percakapannya.

“Ohh!!.. Zalina.. You dekat mana nie?” Khairil Qushairy sekadar bertanya, dari suara tadi pun dia sudah tahu yang Zalina menelefon dia.

“I pergi office you tadi dan PA you kata you pergi police station… So any good news you can shared with me?” Zalina cuba memancing cerita dari Khairil Qushairy.

“Yup.. polis kata ada dua lelaki di dalam kereta tu dan dari rakaman video wajah mereka itu.. Mereka ini memang sedang di cari polis pun sebab ada kes lain.. dan polis kata berkemungkinan besar mereka sedang bersembunyi sekarang nie.” Terang Khairil Qushairy lagi, tanpa sedar khairil Qushairy telah bercerita kepada Zalina.

Ohh.. I see.. Ok lah Khairil I nak start drive nie.. Nanti apa-apa hal I call you lagi.” Zalina memberi alasan dan dia kerisauan, dia kena lakukan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya. Zalina terus mendail nombor seseorang.

“Hello botak! Aku nak kau buat kerja untuk aku.” Zalina terpaksa meminta bantuan dengan orang kanan bos dia.

“Kau nak suruh aku buat apa nie?” Tanya lelaki yang di panggil botak tadi.

“Aku nak kau lenyapkan terus Daus dan joe… polis dah dapat bukti siapa yang langgar perempuan tu. Aku nak kalau boleh esok mereka berdua dah habis.” Arah Zalina lagi. Botak adalah bouncer di sebuah kelab malam yang Zalina selalu kunjungi dan sedikit sebanyak Zalina termasuk juga dalam kumpulan gangster di kelab itu. Zalina juga adalah salah seorang pengedar dadah, tapi dia licik.. Belum sekali pun dia tertangkap kerana dia ada ramai infomer untuk melindungi diri dia.

“Ok.. Aku gerak malam nie.. Dah settle aku call kau.” kata Botak.

“Aku tau kerja selesai.. Aku tak nak polis dapat mereka dulu.. Ok aku off dulu.” Zalina menekan butang off dan dia terus memecut kereta ke tengah bandar.. dia kena cari sesuatu untuk release tension.. Apa lagi kelab lah tempat yang di tujunya dan dia akan meneguk air kencing syaitan sehingga mabuk.

################

Setibanya Khairil Qushairy ke pejabat dia terus pergi ke bilik Datuk Sahak, Dia ingin memaklumkan berita ini kepada Datuk Sahak.

Jasmin tell Datuk.. I want to see him” Khairil Qushairy bercakap dengan PA Datuk Sahak.

“Ok..” Jasmin terus menekan butang interkom untuk memaklumkan kepada Datuk Sahak, setelah di izinkan Khairil Qushairy terus menolak pintu bilik Datuk Sahak untuk masuk ke dalam.

“Haa.. Apa cerita..” Datuk Sahak terus berjalan untuk duduk di sofa. Khairil Qushairy mengikut sama.

“Pa.. Polis kata lelaki yang drive kereta tu.. Dan lagi satu Pa.. Polis kata dia orang tu memang sedang di kehendaki sebab ada beberapa kes yang telah mereka lakukan. Que harap sangat polis dapat berkas mereka nie..” Khairil Qushairy mengharap sangat orang yang melanggar arwah ini di berkas, dia juga hendak tahu adakah mereka melanggar dengan niat atau dengan tidak sengaja.

“Syukur.. Tapi tu lah kalau dapat di berkas dengan cepat lagi senang.. Papa pun tak tahu apa motif mereka nie.” Datuk Sahak agak terkejut kerana orang yang melanggar Kartini adalah orang yang di kehendaki oleh polis.

“Hopefully pa... Hopefully…” Khairil Qushairy berkata sambil meraut rambutnya ke belakang, banyak yang di fikir dan diandai olehnya dan sedikit sebanyak merunsingkan kepalanya juga.

“Ok Pa… Que keluar dulu.. Lagi satu jam Que ada meeting nie.” Khairil Qushairy meminta diri untuk keluar dari bilik Datuk Sahak.

“Hmm ok… Nanti Papa bagi tahu mummy pasal nie.” Pesan Datuk Sahak lagi.

Sesampai Khairil Qushairy di depan biliknya Syuhada menyampaikan pesanan yang Datuk Sahak beritahu kepadanya tadi.

“Abang Que!! Pak Long suruh abang call dia.” Kata Syuhada.

“Call!! Kenapa pula tu.” Khairil Qushairy terfikir mungkin Datuk Sahak ada sesuatu yang dia terlupa untuk beritahu tadi.

“Ohh pasal yang abang pergi balai polis tu.” Terang Syuhada lagi.

“Dah abang dah jumpa Pak Long.. Abang dari bilik dia lah nie.. Nie Hada siapkan file untuk abang meeting sekejap lagi.”

“Dah.. Hada dah sediakan.. ada atas meja abang dah..” Syuhada awal-awal lagi telah menyediakan dokumen yang di perlukan untuk Khairil Qushairy bentangkan di dalam mesyuaratnya nanti, dia sediakan terlebih awal kerana dia pasti yang mensyuarat itu tetap akan di teruskan kerana Khairil Qushairy tidak ada menyuruh dia membatalkannya.

“Ok nanti abang dah siap kerja Hada ikut abang meeting.” Pesan Khairil Qushairy sambil menolak pintu biliknya tetapi terhenti apabila Syuhada bertanya kepadanya.

“Haa.. Kena ikut ke?” Syuhada bertanya kerana dia tidak sangka yang dia akan terjebak sama dalam mesyuarat itu nanti.

“Mestilah… Hadakan Assistant Abang, So certain time Hada kena follow abang pergi meeting tau.” Jelas Khairil Qushairy kepada Syuhada dan Syuhada menganggukkan kepala tanda faham.

Okey.” Syuhada sempat membuat isyarat ‘good’ dengan ibu jarinya. Khairil Qushairy tertawa melihat gelagat Syuhada, saling tak tumpah seperti Khalijah adiknya.

Buat pertama kalinya Syuhada mengikuti mesyuarat bersama client... pengalaman yang menarik baginya tapi dalam masa yang sama Syuhada gemuruh juga kerana takut ada melakukan kesilapan dalam tempoh mesyuarat berjalan. Agak lewat juga mesyuarat selesai dan seperti biasa dia balik dengan Khairil Qushairy. Rakan-rakan sepejabat juga tahu yang Syuhada dengan Khairil Qushairy sepupu rapat dan mereka memang tidak boleh nak create gossip antara pekerja dan staff.



No comments:

Post a Comment