Sunday, 22 December 2013

Adakah ini takdirku 32


"Mamat nie nak kena pancung nie..." Khalijah resah dan matanya sesekejap memandang ke arah jam di pergelangan tangannya.

"Ayo...yo...yo... minachi... boleh sabar kejap tak, kita janji dengan dia pukul sepuluh kan, nie baru pukul sembilan lima puluh... Kau tak sabar nak tengok muka dia ke?" Syuhada menegur Khalijah yang sedang mengomel sendirian.

"Memanglah janji pukul sepuluh... lagi sstu minit ke pukul sepuluh dia tak sampai juga, kita gerak tak payah nak tunggu dia."

"Macam-macam betul lah Ija ni... cuba bawa bersabar kejap, kata tak suka dengan dia... ni orangnya tidak muncul dia sudah keresahan." Khairil Qushairy pula menegur.

"Mana ada resah, Ija tak suka nak menunggu ni... Elok boleh gerak awal dia gatal-gatal nak pergi sama.”Khalijah membebel.

"Hada jom kita gerak dulu, biar Hada tunggu Zakuan." Khairil Qushairy sengaja mengusik Khalijah.

"Ehhhh... Ni sorang lagi, semalam tak cakap pun nak ikut... last minit baru terhegeh-hegeh, tak payah nak mengada-ngada, kita gerak sama."

"Lah! kita pula yang di bebelnya... sepuk juga minah katik ni." Khairil Qushairy menyakat Khalijah.

"Ala... Yang sebenarnya Abang Que takut wife to be dia ni kena usha dengan orang kat luar tukan... Katalah nak cari barang Izara." Khalijah berkata sambil menjuih bibirnya kepada Khairil Qushairy dan menjeling.

"Abih tu kenapa pula... Ehhh memang betul Abang nak beli barang Izara lah." Khairil Qushairy mempertahankan dirinya.

"Aihhh... Sudahlah... Tu haa Ija!... Dah siap parking baik kereta tu haa... Dah cepat kita gerak." Syuhada menahan kedua-duanya dari meneruskan telagah setelah dia ternampak kereta Zakuan sudah memasuki perkarangan rumah Datuk Sahak.

Mereka akan pergi menggunakan kereta Khairil Qushairy sahaja kerana Datin Roziah menjemput zakuan untuk makan malam di rumah mereka pada hari ini, Kalau mengikut perancangan Khalijah dan Syuhada… Mereka hanya mahu keluar berdua sahaja dan pagi ini Khairil Qushairy menyatakan yang dia hendak mengikut sama dan alasannya telah lama tidak keluar tetapi Khalijah tetap menyakat Khairil Qushairy dengan mengatakan yang Khairil Qushairy tidak senang hati dan takut Syuhada kena ngorat orang lain.

Tujuan utama Syuhada dan Khalijah hendak keluar berdua kerana mereka hendak memborong novel-novel latest di MPH Mid Valley tetapi apabila tiba-tiba adanya dua bodyguard yang volunteer hendak mengikut, jadi mereka kena bawa-bawa diri tu bersabar nanti ya.

“Abang Que! Nanti kita orang hendak pergi MPH dulu tau.” Khalijah mengingatkan Khairil Qushairy sekali lagi.

“Iya… Berapa kali Ija nak ingatkan Abang nie… Abang belum lupa lagi tau.”

“Saja jer… Takut terlupa lah pula… Maklumlah kan ke dah tu-aa.” Khalijah terkekek ketawa dan Syuhada hanya tersenyum.

“Bertuah betul budak ni… Zakuan macam manalah kamu boleh hendak berkawan dengan budak sengal sorang ni.” Khairil Qushairy bertanya, dia berbual sambil memandu.

“Saya pun tak tahu Abang Que… Saya pun tak sangka yang dia ni kuat menyakat rupanya… Tak apa tetap nampak cute.” Zakuan sedikit demi sedikit mula mengenali karakter Khalijah dan dia sudah nampak yang Khalijah ini adalah seorang yang happy dan suka menyakat.

“Iya! Cute lah sangat.” Khalijah berkata sambil mencebikkan bibirnya.

“Hahaha… Kau ni… Dia cakap elok-elok kau pergi ejek pula.” Syuhada menegur Khalijah semula.

“What ever.” Khalijah berkata sambil sengaja membuat gaya dengan meletakkan kedua-dua tangan di bahunya.

“Ija tu kadang-kadang ada sengalnya Zakuan… Abang tak taulah tang mana cute dia tu yang Zakuan nampak.” Khairil Qushairy berkata sambil tersengih-sengih.

“Ishhh! Abang Que ni.” Khalijah menolak sedikit bahu Khairil Qushairy dari belakang.

“Hehehe… Saya sorang je yang nampak cute dia tu kut Abang Que.” Zakuan menjawab malu.

“Doktor Zakuan buat apa nak tunggu lama-lama… Masuk je meminang… Nanti lambat-lambat takut ada yang merembat budak sorang ni.” Syuhada tersenyum berkata sambil melirikkan matanya kepada Khalijah.

“Woi! Ini sudah lebih… Kau nie Hada mulut… suka-suka je kan.” Khalijah spontan melepuk bahu Syuhada.

“Auch… sakitlah.” Syuhada mengadoi perit tetapi dia tetap ketawakan Khalijah, Khairil Qushairy dan Zakuan hanya tersenyum dengan gelagat mereka berdua di tempat duduk belakang.

Sampai di Mid Valley Khairil Qushairy dan Zakuan hanya mengikut rentak Khalijah dan Syuhada, mereka kena akur kerana mereka berdua juga yang beriya hendak mengikut walaupun di kata jangan dan tidak boleh tetapi mereka tetap merayu hendak mengikut.

“Bukan ke novel Sebenarnya saya isteri dia dan kampung girl tu sudah keluar tv… Yang kau beli buat apa?” Khalijah menegur Syuhada.

“Saja… aku nak buat stock… Nanti bila aku rindu aku bacalah balik… bukan kau tak tahu aku nie suka mengulang baca novel-novel ni kan.” Jawab Syuhada.

“Hmmm… Ada saja jawab ehh.. pokok dek kau lah.” Khalijah malas untuk bertanya lagi dan dia pun sibuk mencari novel-novel terbaru. Sekarang ini memang melambak novel-novel dari penulis-penulis muda dan berbakat, hasil dari novel mereka ini juga yang membuatkan ramai pengarah-pengarah drama membuat cerita dari novel menjadi drama.

“Amboi! Banyaknya Hada… biar betul ni.” Khairil Qushairy tiba-tiba datang menegur Syuhada.

“Opocot mak kau!” Syuhada terperanjat dan terus terjatuh beberapa buah novel yang sudah ada di tangannya itu.

“Ya Allah melatah pula dia… Sorry Abang tak sengaja.” Khairil Qushairy terlupa yang Syuhada ni kalau tidak kena gaya dia boleh melatah juga.

“Abang Que… Kalau nak tegur pun tegurlah dari depan… Ni tak tiba-tiba jer bersuara sebelah telinga Hada.” Syuhada sedikit geram dan dia malu pun ya juga, kerana dia rasa mesti terkuat suara dia melatah.
“Apa kerjalah laki bini ni.” Tiba-tiba Khalijah datang menegur.

“Wehh! Laki bini apanya… Aku cungkil mata kau tu karang.” Syuhada berkata perlahan kepada Khalijah.

“Hahaha… Yelah dah buat aksi dalam kedai ni.” Khalijah ketawa dan Zakuan turut ketawa sama.

“Abang Que ni lah… Ada ke nak tegur aku tiba-tiba suara dia dekat telinga aku… mana tak tercampaknya buku tu.” Syuhada berkata dan kesudahannya dia pun turut tergelak, mungkin terasa geli hatinya bila teringatkan cara dia melatah dan tercampaknya novel-novel tu.

“Hihihi… sorry abang memang terlupa yang Hada ni tidak boleh di sergah.” Khairil Qushairy ketawa dan meminta maaf sekali lagi.

“Ni dah dapat ke buku-buku yang di cari ni.” Zakuan bertanya kepada Khalijah pula.

“Aikk dah surrender ke? Ada few lagi saya hendak cari ni… Jom Hada.” Khalijah mengajak Syuhada mencari novel-novel lagi.

“Ehhh… mana ada surrender… Tapi Saya ingat nak ajak Abang Que pergi butik lelaki di depan sana… Apa macam Abang Que… Boleh ke?” Zakuan cepat-cepat menafikan dakwaan Khalijah itu dan dia terus bertanya kepada Khairil Qushairy.

“Ehhh… boleh juga… Ok Hada… Ija… kalau dah sudah call Abang tau.” Khairil Qusyairy berpesan kepada mereka berdua.

“Ok..” Jawab Syuhada dan Khalijah serentak.

Hampir dua jam juga Khalijah dan Syuhada mengabiskan masa mereka di dalam MPH, Khairil Qushairy dan Zakuan tidak betah untuk duduk berlamaan di dalam dan mereka sempat merayau berdua melawat-lawat kedai lain.

“Dah puas hati.” Khairil Qushairy bertanya kepada Khalijah dan Syuhada. Setelah dia bertemu semula dengan mereka berdua.

“Dah kan Ija.” Syuhada membalas pertanyaan Khairil Qushairy.

“Yup… Puas.” Khalijah tersenyum dan mengenyitkan sebelah matanya kepada Syuhada. Mereka terus berpusing dan ingin memulakan langkah.

“Ehhh… Ni nak kemana pula.” Zakuan bertanya.

“Nak ke surau… ni tengok… baru tiga minit masuk zuhur dah.” Kalijah berkata dan menunjukkan jam di pergelangan tangannya.

“Ohh… Ye… Ok macam ni biar Abang simpan barang-barang ni dalam kereta dulu, Hada dan Ija pergi solat dulu… lepas Abang simpan barang-barang ni Abang pergi solat pula.” Khairil Qushairy terfikir juga bagaimana mereka hendak solat dan di mana pula nanti mereka hendak simpan buku-buku tu.

“Tak payah Abang Que… buat leceh dan membazir waktu saja. Kami solat bergilir, dah Abang Que dengan Zakuan pergilah cari bilik solat lelaki.

“Kalau macam tu oklah… Abang pergi dulu.” Khairil Qushairy terus bergerak untuk mencari surau dan Zakuan hanya mengikut langkah Khairil Qushairy.

Selesai Syuhada dan Khalijah bersolat dan apabila mereka keluar sudah terlihat kelibat Khairil Qushairy dan Zakuan yang sedang bersandar di dinding sambil leka dengan telefon masing-masing.

“Dah… So kita nak pergi mana sekarang ni.” Zakuan bertanya pula.

“Abang Que kata nak cari barang Izarakan.”

“Haa… Ahh betul tu Ija… Tadi Abang Que ada kata.”

“Jomlah kita cari butik kanak-kanak… Abang nak cari baju dia untuk annual dinner nanti.”

“Kalau macam tu nanti Ija nak cari baju untuk Ija jugalah.”

“Annual dinner?” Zakuan mecelah bertanya.

“Ohh… Untuk company Abang dalam sebulan setengah lagi… Nanti Abang bagi invitation card… Don’t worry you also part of our family.” Khairil Qushairy tersenyum dan menepuk bahu Zakuan.

“What!” Khalijah berkata antara dengar tak dengar sahaja suaranya apabila Khairil Qushairy berkata begitu dan dia terus menjeling memandang kepada Zakuan yang hanya tersengeh memandang Khalijah.

“Ohhh… Thanks Abang Que… Tapi orang tu pasti tak bagi kut.”Zakuan sengaja berkata begitu untuk menyakat Khalijah.

“Menyampah!.” Khalijah berentak kaki dan terus berjalan meninggalkan mereka bertiga di belakang yang masih mentertawakan dia.

“Ija! Hai minah ni… Wrong timing lah nak merajuk.” Syuhada memanggil dan mengejar Khalijah.

“Jangan ambil hati sangat dengan perangai Ija tu Zakuan.” Khairil Qushairy berkata kepada Zakuan.

“Ehhh Tidak lah Abang Que… Selalu gak saya kena marah dengan dia… Sebab saya yang suka juga menyakat dia.” Zakuan berkata dan tersenyum lagi. Mereka mengikut langkah Syuhada dan Khalijah yang telah masuk ke butik kanak-kanak.

“Hada tolong pilihkan baju untuk Izara ya… Abang tak tahu yang mana satu yang sesuai.” Khairil Qushairy meminta tolong kepada Syuhada.

“Ok… Beres bos.” Syuhada membuat gaya ‘OK’ kepada Khairil Qushairy dan dia pula memlilih beberapa helai pyjamas untuk Izara.

“Ija! Yang ni cantik tak?” Syuhada telah memegang baju gaun kembang paras lutut berwarna kuning di tambah pula dengan beberapa kuntuk bunga berwarna pink di bahagian pinggangnya.

“Ehh… Cantik lah Hada.”

“Abang Que! Yang ini ok tak” Syuhada bertanya kepada Khairil Qushairy yang berada tidak jauh darinya.”

“Hmmm… Cantik… Abang tak kisah, kalau cantik di mata Mama dia cantik lah di mata Papa dia.” Khairil Qushairy berkata tetapi sedikit berbisik ke telinga Syuhada.

“Weh! Apa main bisik-bisik ni.” Khalijah mencolek pinggang khairil Qushairy dan terlonjak sedikit dia apabila di cucuk begitu.

“Ehh.. Adalah… Sibuk je dia.” Khairil Qushairy menjawab pertanyaan Khalijah tadi.

“Poyo ehh lak mamat ni.” Khalijah membebel… Syuhada mengeleng kepala dan tersenyum melihat dua beradik ini.

“Hada kau tak nak pilih kasut sekali ke?” Khalijah bertanya.

“Entah Abang Que?” Syuhada terus memandang Khairil Qushairy.

“Belilah sekali… kan Abang dah kata nak pakai untuk annual dinner nantikan, nie Abang dah beli pyjamas dia.”

“Berapa bulan punya Abang Que beli tu.”

“Sembilan bulan punyalah.”

“Abang Que! Izara tu dah nak masuk sepuluh bulan… Carikan yang umur sepuluh sebelas bulan punyalah.”

“Laaa… Tak apa Hada pilih kasut dia dulu… Nie carikan few sandal untuk dia sekali… Lepas tu kita cari pyjamas dia pula.”

“Amboi… Seronok Papa dengan Mama Izara berbincang pasal barang-barang Izarakan.” Khalijah memerli Khairil Qushairy dan Syuhada.

“Nanti rasanya kita boleh jadi macam ni tak” tiba-tiba Zakuan bersuara dan di tujukan kepada Khalijah.

“Haa!” Khalijah terus mencemikkan mukanya dan terus pergi ke bahagian lain untuk mengelakkan Zakuan cakap merapu dengannya lagi.

“Hahaha… Takkan terus lari kut… Tadi bukan main mengusik Abangkan.” Khairil Qushairy berkata sambil tersenyum melihat Khalijah melarikan dirinya. Zakuan turut ketawa.

Setelah selesai membeli barangan untuk Izara, mereka pergi ke butik muslimah pula untuk mencari pakaian Khalijah, setelah di desak oleh Khalijah Syuhada turut membeli sepasang jubah untuk annual dinner itu nanti dan yang bestnya Khalijah telah memaksa Syuhada membeli warna yang sama seperti baju gaun Izara yang berwarna kuning dan ada sedikit sulaman kuning dan di tambah dengan labuci hitam. Cantik sesangat jubah itu.

Selepas ini mereka merancang untuk minum di cafe pula tetapi Khalijah mencadangkan mereka pergi solat Asar dahulu.

“Aduh! Allah…” Tiba-tiba ada suara di belakang pintu mengaduh sakit.

“Ya Allah… Makcik… Maafkan saya makcik… Saya betul-betul tidak sengaja.” Syuhada cepat-cepat duduk berlutut di depan seorang wanita separuh umur dan kalau di lihat umurnya lebih dari Puan Rokiah.

“Tak pa nak… Tak sengaja… silap makcik juga duduk belakang pintu ni.” Perempuan separuh umur itu berkata sambil mengosok kakinya yang kesakitan.

“Tidak makcik silap saya kerana tergopoh-gapah membuka pintu ini… Makcik boleh berdiri ke…Mari saya bawakan ke klinik.” Syuhada berkata lagi, Khalijah yang keluar dari bilik solat juga dan terkejut apabila melihat Syuhada sedang mengadap seorang wanita yang berumur terduduk di atas lantai.

“Ehhh… Kenapa ni Hada?”Khalijah bertanya dan terus berlutut sama mengadap wanita itu.

“Silap aku Ija… Aku buka pintu laju sangat dan tak tahu pun ada makcik ni di belakang pintu.” Syuhada menerangkan kepada Khalijah sambil dia memegang bahu wanita itu.

“Jangan risau nak… sama-sama tidak sengaja.” Kata wanita itu lagi.

“Makcik datang dengan siapa?” Khalijah bertanya sambil melihat sekeliling dia.

“Makcik datang dengan anak… Dia ke tandas sekejap.” Terang wanita itu lagi.

“Kejap aku call Zakuan.” Khalijah berkata dan terus menelefon Zakuan. Khalijah bercerita sesuatu kepada Zakuan dan katanya mereka akan sampai dalam lima minit lagi.

“Sekejap ya makcik… Kawan saya datang tolong tengokkan makcik, dia tu doktor.” Terang Khalijah kepada wanita itu.

“Maaf makcik… Nama makcik apa ya… Nama saya Syuhada dan ini sepupu saya Khalijah.” Syuhada hampir terlupa bertanya nama wanita itu.

“Ehh… Hahaha nama makcik Zabedah… Haa itu pun anak makcik… Nama dia Dini.” Zabedah berkata setelah ternampak kelibat Dini keluar dari tandas.

“Ehhh… Mak! Kenapa ni mak?” Dini berlari mendapatkan Zabedah yang terduduk… Risau betul dia melihat keadaan Zabedah.

“Ermm… Dini ya… Saya Syuhada… Maaf semua ini silap saya… Semasa saya menolak pintu untuk keluar dari bilik solat ni tadi, saya tak tahu yang makcik ada di belakang dan semasa membuka pintu terus terlanggar makcik ini.” Syuhada berkata dalam keadaan bersalah yang teramat.

“Ehhh… Jangan nak… Dini salah mak juga sebab ada di belakang pintu itu… Kamu jangan marah dia pula, semua ini secara tidak sengaja.” Terang Zabedah dan dia takut juga Dini memarahi Syuhada.

“Makcik janganlah macam tu… Dini maafkan saya… Tak apa kita bawa makcik pergi klinik ya… Tapi kena tunggu kawan dan abang saya sampai dulu.” Syuhada memohon maaf sekali lagi kepada Dini.

“Tak apalah… Benda pun sudah nak terjadi dan Syuhada pun sudah berkali minta maaf.” Dini hilang rasa hendak marah kerana melihat kesopanan dan kesungguhan Syuhada dalam meminta maaf kepada dia dan Zabedah dan lembut bahasanya itu membuatkan Dini pun lembut hati juga.

“ Haa… Tu kawan saya.” Khalijah melambai kepada Zakuan dan Khairil Qushairy yang sedang berjalan pantas kepada mereka.

“Abang Que! Hada tidak sengaja…” Syuhada hendak menerangkan kepada Khairil Qushairy tetapi Khairil Qushairy menahannya dari terus berkata.

“Tak apa… Abang Faham… Zakuan pun sudah ceritakan dengan Abang ni.” Dia berkata dan tersenyum kepada Syuhada, dia tahu Syuhada mesti panik juga kerana boleh nampak muka pucat terkejut dan rasa bersalahnya.

“Makcik! Ada rasa sakit di mana-mana?” Zakuan terus bertanya kepada Zabedah.

“Kaki makcik ni… Dekat pergelangannya itu sakit sangat.” Zabedah membalas pertanyaan Zakuan.

“Ok… Rasanya kaki makcik ni mungkin terseliuh, Tadi makcik datang naik apa?” Zakuan menerangkan dan dia bertanya cara Zabedah datang ke Mid Valley.

“Kami naik LRT tadi.” Dini membalas pertanyaan Zakuan itu.

“Makcik nak kena bawa ke klinik ni.” Zakuan memandang muka mereka yang di situ seorang seorang.

“Ok macam ni… Abang Que dengan Hada bawa makcik ni pergi klinik… Ija dengan Zakuan boleh balik naik teksi… Nanti Ija explains to mummy what happen.” Khalijah memberi cadangan.

“Cantik… Good idea Ija… So boleh ke tidak Abang Que?” Zakuan bertanya kepada Khairil Qushairy pula.

“Ok… Abang pun tidak kisah.” Balas Khairil Qushairy.

“Ehh… Tak apalah nak… makcik boleh naik teksi sahaja.” Zabedah membantah cadangan mereka itu.

“Makcik… Sekarang ni saya cuba cari sekuriti untuk tanya ada wheel chair ke tidak… Makcik tunggu di sini… Saya akan bawa makcik ke klinik… Makcik jangan risau semua itu ya.” Khairil Qushairy pula berkata.

“Ehh… Tak apalah… menyusahkan saja pula.” Dini pula menahan.

“Tak ada menyusahkan nya pun… Kecuaian ini datang dari saya dan biar saya uruskan makcik sehingga selesai ya… Please makcik.” Syuhada merayu kepada Zabedah dan kemudian dia memandang Dini pula.

“Tak apalah mak… Dia orang hendak tolong tu… Mak pun sudah macam ni… Susah nak gerak tu.” Dini pula berkata kepada Zabedah.

“Iyalah… Makcik tunggu.” Akhirnya dia mengalah juga, mereka semua saling tersenyum. Khairil Qushairy cepat-cepat mencari sekuriti untuk meminta bantuan dari mereka pula.

#############

“Ohh… Kaki makcik ni cuma terseliuh sahaja. Saya bagi ubat untuk tahan sakit dan ubat gosok sekali.” Doktor yang merawat Zabedah berkata.

“So tak ada retak atau patah lah doktor.” Khairil Qushairy bertanya.

“Tak ada… Jangan risau Cuma terseliuh sahaja.” Jawab doktor itu lagi.

“Syukur Alhamdulillah.” Khairil Qushairy dan Syuhada mengucapkan syukur.

Setelah berjumpa Doktor… Khairil Qushairy menyuruh Zabedah duduk dahulu dan menunggu dia untuk mengambil ubat. Pada mulanya Zabedah melarang khairil Qushairy dari membayar untuk pendaftaran dan ubat tetapi Khairil Qushairy tetap berkeras mahu membayarnya.

Semasa keluar dari klinik Khairil Qushair bertanya kepada Zabedah di manakah dia tinggal.

“Makcik tinggal di mana… boleh saya hantarkan.” Khairil Qushairy bertanya.

“Ehh… Tak apa nak… biar makcik ambil teksi sahaja dari sini.”Zabedah berat hati untuk Khairil Qushairy menghantarnya sampai ke rumah pula.

“Makcik… biar saya hantar makcik sehingga ke rumah.” Khairil Qushairy masih mahu memujuk Zabedah.

“Ya Allah… Ini dah betul-betul menyusahkan kamu sahaja.” Zabedah serba salah.

“Tak adalah makcik… Janganlah cakap macam tu lagi, mana tahu nanti kita boleh jadi semakin rapat pula lepas ini.” Tiba-tiba Syuhada berkata apabila menghampiri mereka.

“Ehhh… Hada beli apa tu?”Khairil Qushairy bertanya kerana dia melihat Syuhada menjinjing sesuatu.

“Tengok dekat luar restoran tu ada orang jual keropok lekor ni… Tu hada beli sebab nak ajak makcik minum dengan kita.” Syuhada berkata sambil tersenyum kepada Khairil Qushairy.

“Ya ke?” Kata Khairil Qushairy.

“Nak minum di mana pula.” Tanya Zabedah.

“Tu dekat restoran tu… Ni Hada datang nak ajak ke sanalah ni.”Syuhada menunjukkan ke arah restoran tempat dia membeli keropok lekor tadi.

“Dah… Tak payah… Kata tadi kamu hendak hantar makcikkan… Mari minum dekat rumah makcik saja… Tak payah nak membazir duit kamu lagi.” Zabedah terus mengarahkan Dini membuka pintu kereta dan dia hendak masuk ke dalam. Zabedah terasa seronok dan mesra pula dengan Khairil Qushairy rasa seperti dia sudah lama mengenali mereka berdua.

“Tuan rumah dah ajak tu… apa lagi jomlah Abang Que.” Syuhada terus bergerak ke arah pintu bahagian hadapan.

“Dini duduk di mana? “Syuhada bertanya kepada Dini.

“Kami tinggal di kampung baru kak.”Syuhada menyuruh Dini memanggilnya kakak setelah mereka berbual dan bercerita barulah mereka tahu yang Syuhada lebih tua dari dia dan rasanya lebih manis dia memanggil seorang yang berumur darinya dengan panggilan kakak, itu lebih hormat.

“Ohhh… Ok… Dah tak jauh dah tu… Kita gerak sekarang, nanti dah dekat sana baru bagi tau Abang Que direction ke rumah ya.” Khairil Qushairy pula berkata.

“Ok.” Dini menjawab dan tersenyum. Dia pun sama perasaan dengan maknya Zabedah, berasa sungguh selesa dengan Syuhada dan khairil Qushairy.

Hampir satu jam juga mereka berdua duduk dan minum serta berbual dengan Dini dan Zabedah. Syuhada ada juga meninggalkan nombor telefonnya dan khairil Qushairy pula memberi business cardnya jika ada apa-apa bantuan yang di perlukan oleh Zabedah. Mereka sampai ke rumah pun sudah hampir ke maghrib.
Sampai di rumah Syuhada terus naik untuk membersihkan dirinya, Khairil Qushairy turut sama kerana mereka akan solat berjemaah. Zakuan telah pun siap menukar pakaiannya kepada kain pelikat dan baju melayu. Itu pun setelah Datin Roziah menyuruh Khalijah pergi meminta kepada Khairil Qushairy. Syuhada turun ke bilik solat dengan siap bertelekung dan kelihatan semuanya sudah menunggu. Datuk Sahak telah meminta Zakuan untuk melaungkan Azan dan Alhamdulillah kerana Zakuan telah berjaya membuat Datuk Sahak dan Datin Roziah tersenyum bangga.

 Malam ini mereka solat maghrib berimamkan Khairil Qushairy. Selesai solat Datin Roziah meminta Salimah dan Rania menyediakan makan malam. Syuhada,Khalijah dan Rohana turut sama ke dapur dan membantu menghidangkan makan malam. Zakuan hanya memerhatikan segala pergerakkan di dalam rumah ini dan di dalam hatinya berasa bangga kerana dia tidak salah memilih untuk menyukai Khalijah kerana keluarga ini tidak sombong dan saling menghormati, Dan dia juga nekad pada malam ini dia akan menyuarakan hasrat hatinya kepada Datuk sahak dan Datin Roziah nanti.

“Jemput makan Zakuan… Jangan malu-malu di rumah uncle ni.” Datuk Sahak berkata kepada Zakuan.

“Iya… Terima kasih uncle.” Balas Zakuan.

“Hmmm… Macam mana dengan perempuan yang kamu terlanggar tu Hada.” Datuk Sahak bertanya kepada Syuhada.

“Alhamdulillah Papa… Cuma terseliuh sedikit sahaja.” Jawab Syuhada perlahan.

“Tak apalah… Benda dah nak berlaku… nak buat macam mana.” Datin Roziah pula berkata sambil meneruskan menyenduk lauk ke dalam pinggannya.

“Que hantar dia balik ke rumah dia sekali… Dah tu dia ajak kami minum di rumahnya sekali… tu yang lambat sikit balik tu.” Khairil Qushairy pula bercerita.

“Ya Allah tengok anak kau ni Hada… Apa yang dia hendakkan tu.” Rohana tiba-tiba menegur apabila geli pula hatinya melihat kerenah Izara yang asyik menarik-narik lengan baju Syuhada.

“Tu… Nampak ayam tu haa… Iya… Sabarlah kejap.” Syuhada berkata dan terus duduk. Dia menghulurkan seketul peha ayam kepada Syuhada.

“Anak Papa ni tak kena bagi makan dekat mak ngah Ana dia ya.” Khairil Qushairy pula berseloroh sambil mengosok kepala Izara kemudian dia menarik kerusi di sebelah Syuhada dan duduk untuk makan.

“Haa aah… Mak Ngah dera dia tadi… budak banyak songeh ni.” Rohana membalas usikan Khairil Qushairy dan dia ketawa.

“Que! Hada! Ni tadi nenek ada telefon Mummy… dia kata untuk majlis tunang kamu tu dia suruh terus buat majlis nikah saja dan selepas annual dinner nanti baru buat majlis persandingan kamu.” Datin Roziah berkata sambil menyendukkan lauk pula ke dalam pinggan Datuk sahak.

“Aik?” Syuhada seperti terkejut.

“Mak kamu pun nenek sudah bagi tahu dan kami mengikut apa yang di suruh olehnya… Ini semua untuk kebaikan kamu berdua juga, nenek kata tidak manis kalau di lihat orang apabila kamu berdua ke hulu ke hilir berdua tanpa ikatan. Walaupun kami tahu yang kamu berdua tahu menjaga diri dan maruah tetapi mulut manusia di luar sana tidak boleh di tutup. Lebih baik kita jangan buat orang memfitnah kita kerana cara kita itu sendiri yang mengundang fitnah.” Panjang lebar yang di terangkan oleh Datin Roziah.

“Betul apa yang nenek kamu katakan itu… Jadi Papa harap Hada dan Que setuju dengan perancangan ini.” Sampuk Datuk Sahak pula.

“Que tidak kisah Pa… Tapi tak tahulah macam mana dengan Hada.” Khairil Qushair berkata sambil memandang kepada Syuhada yang sedang menunduk sambil tangannya seperti bermain-main dengan nasi.

“Aaa… Hada… Hada… Ikut sajalah apa saja perancangan yang telah di atur.” Syuhada menjawab gugup.

“Alhamdulillah… Beres kerja Mummy… So lepas ni kami aturkan semua, kamu tau siap saja.” Datin Roziah mengucap syukur dan tersenyum.

“So selepas dua minggu majlis kak kina dan dua minggu lagi ada majlis Hada pula.” Khalijah berkata sambil tersenyum.

“Begitulah nampaknya… Tapi majlis nikah ni kita tak buat besar-besaran sebab nak buat majlis sanding dua bulan lepas itukan.” Jawab Datin Roziah.

Mereka makan dan berbual dan biasalah kalau tiadanya adegan sakat menyakat antara mereka. Selesai makan Datuk Sahak masih menahan Zakuan untuk pulang dahulu, dia mengajak Zakuan untuk minum dan berbual dahulu.

Semasa mereka duduk berbual-bual dan Zakuan rasa ini adalah masa yang sesuai untuk dia menyampaikan hasratnya.

“Aunty! Uncle! Saya sebenarnya ada hajat.” Zakuan menarik nafas dalam-dalam dan semua di depannya termasuk Khalijah terdiam menanti apa hajat yang ingin di sampaikan oleh Zakuan itu.

“Saya nak minta izin Uncle dan Aunty untuk menyunting Khalijah sebagai suri hidup saya. Boleh tak?” Zakuan terus menghembus nafas lega selepas dia berterus terang.

“Haaa!” Khalijah terkejut.

“Kamu dah fikir betul-betul ke ni Zakuan.”Datin Roziah berkata tetapi Datuk Sahak hanya tersenyum setelah mendengar permintaan Zakuan tadi dan dia tahu Zakuan memang seorang yang betul-betul gentleman kerana dia berani untuk berterus terang.

“Sudah Aunty… Memang saya sudah nekad… Mama dan Papa saya pun telah saya suarakan hajat saya ini. Mereka setuju dan tidak kisah tapi mungkin mereka akan terperanjatlah kerana saya dulu yang datang bertanya sebelum mereka.” Zakuan berkata lagi.

“Kamu ni memang berani dan gentleman. Uncle terima permintaan kamu itu, nanti suruh Mama dengan Papa kamu datang berbincang dengan Uncle dan Aunty tau.” Datuk Sahak menerima permintaan Zakuan.

“Papa! You can’t do this… You should discuss with me first.” Khalijah terkejut mendengar jawapan spontan yang di berikan oleh Datuk Sahak tanpa bertanya persetujuan darinya.

“Papa tahu… Kamu sukakan Zakuan juga sebenarnya tetapi kamu malu dan jual mahal. Papa akan terima Zakuan sebagai jodoh kamu dan kamu bersedia sahaja.” Datuk Sahak berkata sedikit tegas. Dia tahu perangai Khalijah dan kadang-kadang dia kena tegas di dalam membuat keputusan.

“Mummy!” Khalijah terus duduk merenget di sebelah Datin Roziah.

“Mummy pun setuju dengan Papa… Nampaknya penutup tahun ini kita dapat dua menantu sekali.”Datin Roziah lagi menambahkan bengang Khalijah.

“Hahaha… Tulah tadi gelakkan aku… Sekarang kena dengan kau pula kak ton.” Syuhada mengusik Khalijah.

“Apa kak ton… Kak ton… Karate karang.”Khalijah menjawab usikan Syuhada.

“Ehhh… My future wife tu yang Ija nak karate ni.” Khairil Qushairy pula mengusik Khalijah.

“Eeee… Bencilah kau orang nie.” Khalijah berkata sambil meletakkan kepalanya di peha Datin Roziah.

“Kamu jangan risaukan Pasal Ija tu… Dia ok… percayalah nanti dia akan detuju punya.” Datuk Sahak berkata dengan yakinnya.

“Hopefully uncle.” Zakuan berkata sambil tersenyum memandang kepada Khalijah tetapi Khalijah membalas dengan jelingan.

“Alah jeling konon… Nanti esok-esok sampai juling mencari.” Khairul Azam pula berkata kerana dia ternampak semasa Khalijah menjeling Zakuan.

“Eee… Jahatlah Abang Azam ni.” Khalijah geram dengan Khairul Azam pula.

“Oklah Uncle… Aunty… Saya nak minta diri dulu… dah lewat sangat ni” Zakuan meminta diri untuk pulang.

“Iyalah… Jangan lupa beritahu kedua orang tua kamu untuk datang berbincang dengan Uncle dan Aunty tau.” Pesan Datuk Sahak lagi.

“InsyAllah Uncle… Itu pasti.” Jawabnya sambil tersenyum. Kemudian Zakuan bersalam dengan Datuk Sahak, Khairil Qushairy dan Khairul Azam. Mereka menghantarnya hingga ke pintu.

####################

Setelah Zakuan pulang inilah masanya Syuhada dan Khalijah untuk melihat barang-barang yang sempat di beli oleh mereka tadi. Khalijah dan Zakuan tadi tidak terus pulang dahulu, mereka pun meluangkan masa untuk berjalan-jalan di dalam mid valley dan kemudian mereka sempat juga minum di cafe.

“Kak Ana! Jomlah tengok baju yang kita orang beli tadi.” Khalijah berbisik kepada Rohana.

“Yelah… Jap akak bagi si kembar susu dia ni.” Rohana telah siap membancuh susu untuk Syana dan Syafie.

“come sayang kita tidur.” Syuhada pula datang membawa susu untuk Izara yang sudah siap di bancuh dan hendak mengambil Izara dari pangkuan Khairil Qushairy.

“Dah nak naik ke?” Khairil Qushairy bertanya kepada Syuhada.

“Haa… Ahh… Dah mengatuk dah Izara ni… Hada nak tidurkan dia tapi sebelum tu nak cubakan baju yang kita beli tadi tu.” Syuhada berkata kepada Khairil Qushairy.

“Kalau macam tu jomlah… Abang pun nak tengok Izara pakai baju tu.” Khairil Qushairy terus mengangkat Izara dan membawanya naik, Syuhada mengikut dari belakang.

“Mummy… kenapa nenek tak bagi tunang sahaja dulu.” Khairul Azam tiba-tiba bertanya.

“Nenek kamu kata, mereka berdua sudah duduk satu bumbung, kerja satu pejabat dah tu pergi balik kerja sama dan di rumah pun sentiasa bertembung. Tu nenek kata buat apa nak tunangkan saja bukannya mereka jauh pun. Nenek kata elok juga nikahkan sahaja dan mereka pun bebas untuk bergerak dan tiada batas-batas halangan lagi.” Terang Datin Roziah kepada Khairul Azam lagi.

“Betul juga tu kata nenek… Macam berdosa pula kita walaupun mereka pandai menjaga aurat tanpa bersentuhan tetapi dah sentiasa ada bersama pun tidak elok juga di tengok.” Khairul Azam mengiyakan kata-kata Datin Roziah.

“Rozi! Kalau buatnya Datuk Kahar dan Datin Suzie tu datang dalam masa terdekat nie… boleh je kita buat majlis tunang Ija tu serentak dengan Majlis nikah Hada dan Que nanti. Kita ajak Rokiah dan Roslan untuk buat di rumah kita saja.” Datuk Sahak memberi cadangan.

“Betul juga tu… Elok sesangat dah tu.” Datin Roziah bersetuju dengan cadangan Datuk Sahak tu.

“Amboi! Seronok bincang nak dapat menantukan… Tapi tulah sedih sebab Azam tak dapat nak ikut serta.” Khairul Azam berkata sedikit sedih kerana dia tidak dapat bersama nanti kerana minggu hadapan dia sudah hendak balik ke Dubai.

“Kamu balik terus ke sini nanti bila?” Datuk Sahak bertanya.

“Antara penghujung January atau Awal February.” Terang Khairul Azam.

“Tak lama juga tu… Ok kalau macam tu kamu confirmkan dulu date yang kamu betul-betul balik ke sini dan kita buat majlis Que dan Hada nanti seminggu selepas kamu pulang ke sini.” Datin Roziah pula memberi cadangan.

“Cantik juga tu Mummy… Ok balik ni nanti Azam cuba check dan confirmkan semula… InsyAllah kalau boleh Azam akan bagi tau sebulan sebelum majlis dia orang… Yelah Mummy dengan Papa pun nak menjemput tetamu ke majlis mereka nantikan.

“Yelah… Kamu berbincanglah dua beranak… Papa dah mengantuk ni… Papa naik tidur dulu.” Datuk Sahak sudah bangun dan dia hendak naik ke tingkat dua untuk masuk tidur.

“Jomlah Mummy… Azam pun nak naik tidur ni… Syana! Syafie! Tutup tv tu mari kita naik tidur.” Khairul Azam memanggil kedua anak kembarnya yang sedang terbaring sambil menghisap botol susu dan mata leka menonton kartun.

“Ala… kartun ni tak habis lagi lah Papa.” Syafie menjawab.


“Naik tengok dalam biliklah… Papa tak kira siapa lambat dia tinggal.” Khairul Azam mengugut anak-anaknya. Kelam kabut mereka berdua bangun dan Syana menekan butang off di remote dan Khairul Azam menutup suis tempat plug tv dan astro.

Wednesday, 18 December 2013

Adakah ini takdirku 31


Semua berkumpul semula di rumah Tuan Roslan dan mereka baru selesai makan malam dan bersolat, Datuk Sahak meminta semua berkumpul dan katanya ada sesuatu yang hendak di bincangkan. Tetapi awal-awal lagi Rahimah, Baba dan Halijah telah di beritahu mengenai hal yang hendak mereka bincangkan.

"Abang Sahak... Nak tambah calon atau nak tambah menantu ni... serius je nak berbincang ni." Kadir adik ipar kepada Datin Roziah dan Puan Rokiah berkata.

"Kau biar betul-betul Kadir... Tambah menantu tu betul tapi nak tambah calon jangan kau buat main-main, maun abang tidur kat luar karang." Datuk Sahak berseloroh dan semua turut ketawa dengan kata-kata Datuk Sahak itu.

"Apa ke beritanya nie Abang Sahak... Tak sabar nak dengarnya ni." Rosnah adik ketiga Datin Roziah dan Puan Rokiah pula tidak sabar-sabar hendak mendengar berita yang hendak di sampaikan oleh Datuk Sahak.
"Yelah... Apa yang Abang nak katakan ini... Abang harap semuanya tidak ada yang salah anggap.. Lagi pun sebelum kata putus dan perstujuan di buat.. Kami semua telah pun membuat solat dan minta petunjuk Allah dan mungkin memang sudah jodoh mereka jadi kami sepakat dengan keputusan ini." Datuk sahak memulakan bunga-bunga katanya dahulu.

"Amboi bang... Tak sabar ni... Apa ke ceritanya ni."Rosli pula menyampuk.

"Abang nak satukan Que dengan Hada... perkara ini terlebih awal telah di bincangkan antara mereka berdua juga... Itu pun makan masa juga nak melamar anak dara sorang tu... Nasib baiklah dia akhirnya setuju." Datuk Sahak berkata tenang dan kemudian tersenyum memandang kepada syuhada dan kemudian Khairil Qushairy.

"Wow! biar betul." Samsudin Abang kepada Tuan Roslan pula berkata, terkejut juga dengan berita yang tak di sangka-sangka.

"Betul yeop... Ini pun setelah Que dan Hada setuju, tu yang kami berani nak beritahu kepada keluarga." Tuan Roslan pula mengiyakan pertanyaan Abangnya itu.

"Tak apalah... Dah ini mungkin sudah jodoh mereka... Mak bapak dia orang pun dah buat solat istikharah dan Allah dah bagi petunjuk yang baik... Rasanya tak ada salah untuk menyatukan mereka berdua ini." Tiba-tiba Baba pula bersuara, Dia sebagai seorang yang lebih tua dan rasa berhak untuk menyetujuinya kerana sekarang ini adalah tujuan untuk membina masjid, pada mulanya dia tidak berapa setuju kerana perkahwinan antara sepupu ini kalau boleh orang nak elakkan tetapi setelah anak dan menantunya berkata yang mereka telah membuat solat istikharah dan Allah telah memberikan petunjuk yang baik dan kerana itulah mereka menerima lamaran kakaknya itu.

“Betul juga kata Baba tu… Sedangkan Rasulullah berkahwin dengan sepupunya Zainab.” Kata Rahimah.
“Yelah… kalau dah itu yang abah katakan kami semua setujulah.” Yusuf Abang kedua Tuan Roslan pula berkata. Kesudahannya mereka yang lain turut mengangguk dan bersetuju.

Di ruang tempat mereka mengisi telur rebus ke dalam tangkai bunga untuk di susun menjadi bunga pahar.
“Entah-entah yang malam tu kau orang keluar tu… Kau orang pergi dating ya.” Syakina tiba-tiba bertanya kepada syuhada dan suaranya sedikit kuat ketika dia bertanya dan sebahagian yang mendengar terus berpaling memandang kepada Syuhada yang seperti terkejut apabila di tanya begitu.

“Ehh… Tak lah kak Kina.. Masa tu memang Ija pun yang ajak Hada.” Cepat-cepat Khalijah menjawab, dia tidak mahu Syuhada kena kata bukan-bukan.

“Iyalah tu?”Halija pula bertanya sambil tersenyum.

“Betul lah kak lija… Ija yang minta Hada temankan dia masa tu.” Syuhada mempertahankan dirinya. Khairil Qushairy hanya memandang apabila Syuhada di asak dengan pertanyaan begitu. Dia berasa kasihan pula apabila Syuhada di usik begitu oleh sepupu-sepupunya.

“Pandai betul Izara pilih Mama diakan, Patutlah dia tak nak dengan orang lain… Rupanya dia nak bagitahu yang ini Mama dia.”Syakina berkata lagi.

“Tulahkan kak Kina… macam pandai je dia.” Hazrina pula menyokong kata-kata Syakina.

“Ada-ada ja kau orang ni lah.” Syuhada menjawab malu.

“Dah… Dah… Sambung kemudian kok nak interview atau usik si Hada ni… Nie bunga telur siapkan, masukkan telur rebus tu cepat… Yang lain tu siapkan apa yang patut, tak adalah kelam kabut esok.” Puan Rokiah sudah bersuara kepada anak dan anak buahnya. Bila sudah berkumpul ni biasalah kerja yang patut di siapkan pasti tertangguh kerana seronok berbual dan bergurau.

“Baik bos.” Masing-masing membalasnya.

Selepas Puan Rokiah menegur anak-anak dan anak buahnya… mak, mak mertua dan bapa mertua serta adik beradik Puan Rokiah dan Tuan Roslan duduk berbincang pula.

“Habis tu macam mana perancangan kamu untuk Hada dengan Que ni Sahak, Roslan.” Rahimah bertanya.

“Kami akan berbincang selepas selesai kenduri Syafika ni mak.” Jawab Tuan Roslan.

“Haa.. Baguslah… kalau boleh di percepatkan lagi bagus.” Sampuk Halijah pula.

“Insyallah mak… Kami akan buat secepat yang boleh.”Jawab Tuan Roslan lagi.

“Tu saya ingat nak tunangkan mereka ni dulu, sebab company Abang Sahak pun nak buat Annual dinner lagi dua bulan… Jadi nanti mereka dah sibuk untuk proram tu pula.” Terang Datin Roziah.

“Ohhh… Annual Dinner… Alhamdulillah… maju sungguh business kamu ya Sahak.” Baba memuji Datuk Sahak.

“Alhamdulillah pakcik… Berkat usaha semua dan Que juga yang banyak membantu saya.” Datuk Sahak berkata sambil merendahkan dirinya.

“Yelah… Bila berniaga ni kita sentiasa ikhlas, jujur dan menghormati pekerja… Insyallah pasti berjaya… Dan yang penting Zakat harta tu kamu jangan lupakan.” Nasihat Baba kepada Datuk Sahak.

“InsyAllah pakcik… Memang saya tak lupakan Zakat tu… Tak sanggup henda menjawab di sana nanti.” Datuk sahak berkata sambil berseloroh. semua turut ketawa dengan seloroh Datuk Sahak itu.

“Kali ni kamu buat di mana pula Sahak.” Rahimah bertanya. Setiap tahun Datuk Sahak pasti akan membawa Rahimah dan kedua orang tuanya Kalsum dan Zaki datang ke majlis itu. Baginya Kedua orang tua dan mertuanya amat penting dan dia akan memastikan mereka bersama dengannya dalam untuk meraikan Syarikatnya itu.

“Tak pasti lagi mak… Dalam proses perbincangan.” Terang Datuk Sahak.

“Kiah! Esok pukul berapa kita gerak semuanya.”Latifah biras Puan Rokiah pula bertanya.

“Kata Sufian dalam pukul sepuluh macam tulah. Kalau lambat sangat nanti takut kok jammed ke… Kita tak tahu perjalanan ni kan.” Terang Puan Rokiah.

“Rasanya pukul sepuluh tu sedang elok tu.” Sampuk Bakri pula.


“Ishhh… Budak sorang nikan geramlah… Sombong..” Syakina melepuk punggung Izara geram kerana Izara tidak mahu apabila dia cuba untuk mengambilnya.

“Memang pun... Time Hada tak ada tu baik pula dia hendak dengan kita. Nampak saja muka Mama dia balik… Terus menyombong.” Rohana turut memicit-micit geram peha dan lengan Izara.

“Mama!” Syuhada bertanya.

“Elehhh… Dah tentu-tentu kau nak jadi Mama to be kan… So kita orang tetap nak panggil kau M.A.M.A..” Khalijah berkata sambil mengeja.

“Macam-macam kau orang ni lah.” Syuhada mengeleng, dia memang tidak boleh nak kata apa dah… Sah-sah manjang kena usik sahaja kalau dia tersilap cakap.

“Abang Que! Bila Izara boleh mula panggil Hada ‘Mama’ haa..”Hazrina berteriak memanggil dan bertanya Khairil Qushairy yang sedang duduk menonton tv tidak jauh dari mereka yang sedang membungkus telur.

“Ehhh… Kenapa tanya Abang Que pula.. Itu kena tanya Kakak Hada lah…” Khairil Qushairy membalas pertanyaan Hazrina.

“Ala kita orang nak tahu dari Abang Que.” Hazrina berkata lagi.Syuhada hanya mengelengkan kepalanya gaya memberi isyarat kepada Khairil Qushairy supaya jangan berkata apa-apa.

“Sekarang pun boleh.” Khairil Qushairy tersenyum kerana dia dapat mengenakan Syuhada. Syuhada sedikit ternganga kerana Khairil Qushairy tidak mengindahkan isyarat yang dia berikan.

“Wow!!... Cayalah Abang Que.” Hazrina bersorak, Khalijah, Syakina Dan Halija serta Rohana tergelak-gelak melihat lagak Hazrina.

“Ok… Start pada hari ini, saat ini status Kak Hada sudah bertukar kepada Mama Hada. Tak gitu.. “ Hazrina telah memandai-mandai memberi cadangan.

“Betul…Betul… Harus tu.” Khalijah pula menyokong Hazrina.

“Kau orang ni kalau tak buat kecoh tak bolehkan.” Syuhada menegur Hazrina dan Khalijah.

“Sorrylah Hada… Memang tak bolehlah tak kacau kau ni.” Khalijah pula menjawab pertanyaan Syuhada.

“Haa.. Betul tu kak Hada… Best apa dapat sakat akak ni.” Hazrina berkata lagi.

“Tak apa Hada… Kita tunggu turn orang tu pula nanti bila dia kena pinang.. Boleh tak dia menceceh macama ni.” Tiba-tiba Rohana bersuara dan mengusik Khalijah pula.

“Haa.. Betul tu kak Ana… Kita tengok muka dia pucat ke tidak..Hahahaha.” Syuhada dan Rohana ketawa.

“Amboi… Dah ada colannya juga ke?” Syakina pula bertanya setelah dari tadi tidak bersuara dan hanya mentertawakan adiknya sahaja.

“Ehhh… Ada dah colannya tu… Mummy kata biar mummy yang aturkan.” Rohana berkata lagi.

“Dah sudah… Ija pula yang kena… Eehh… Mana ada, jangan dengar cakap kak Ana dengan Hada ni Kak Kina… Pereka cerita saja ni.” Khalijah cuba melindungi dirinya dengan mengatakan tidak.

“Ehhh… Tak apa kak Ana kita tunggu dan lihat bila masa dan waktu itu tiba nanti.” Syuhada berkata lagi sambil tersengih-sengih.

“Chehh… Sudahnya aku pula yang kau kenakan yek… Kurang asam punya Hada.” Khalijah membaling tisu di tangannya kepada Syuhada.

“Hahaha.. Janganlah marah sayang.”Terkekek-kekek mereka semua ketawa bila asik usik mengusik.

Selesai semua kerja-kerja membungkus telur untuk di bawa bertandang esok hari, masing-masing mula membawa diri untuk tidur. Macam biasa di bilik Syuhada… Khalijah dan Izara tidur di atas katil, manakala Hazrina dan Haliza tidur di bawah dengan di alaskan karpet dan comforter. Bilik anak daralah katakan.


Pagi-pagi dah berlumba-lumba masing-masing hendak masuk ke bilik air dan nasib baiklah ada lima bilik air di rumah itu. Semasa Tuan Sahak membina rumah banglo dua tingkatnya itu setiap bilik anak-anak gadis dan biliknya di sediakan bilik air dan tandas dan satu lagi di bahagian dapur. Kira berbaloi juga apabila sudah ramai-ramai begini tidak terlalu lama dan berebut-rebut masing-masing untuk menggunakan bilik air.
Setelah semuanya selesai bersarapan dan tepat pukul sembilan lima puluh, mereka semua memulakan perjalanan, mereka berkonvoi dengan sepuluh buah kereta, salah satunya kereta Sufian tetapi untuk ke Melaka keretanya di pandu oleh Razman sepupu Syuhada.

Syuhada pula menaiki kereta Khairil Qushairy, turut sama ada Khalijah dan Syakina. Khairul Azam pula membawa keluarganya. Datuk Sahak membawa mertuanya manakala Tuan Roslan membawa kedua ibu bapanya.

“Kak Kina! Nantikan Hada dengan Abang Que… kita tak payah lah nak konvoi bagai macam ni kan.” Khalijah berkata kepada Syakina.

“Ehh… Haa ahh kan… Abang Que buat kat rumah Mak sajalah tak payah nak buat majlis dekat rumah Mak Long pula.” Syakina pula yang memberi cadangan.

“Apalah yang kau orang merepek ni… Itu semua urusan orang tua,biar mereka yang aturkan.” Syuhada membalasnya dahulu.

“Amboi! Minah sorang ni… Semenjak dua menjak ni kan… Suka sangat jadi tukang back up Abang Que.” Khalijah berkata seraya mengusik Syuhada.

“Dey minachi… Aku tolong jawab sebab kau orang tu banyak songeh.” Syuhada membalasnya semula, sambil berkata sambil melayan .

“Hahaha… Apalah kau orang ni… Nanti bila dah settle mereka berbincang kita tahulah di mana mereka nak buat majlis tu… Abang dengan Hada sekarang ni nak focus untuk majlis annual dinner tu dulu… Karang semua Abang nak fikir… Tak pasal-pasal pitam Abang dah tu sapa yang susah… Abang juga.” Khairil Quhairy berkata sambil matanya fokus dengan pemanduannya dia tergelak-gelak juga semasa mendengar perbualan Syuhada, Syakina dan Khalijah tadi.

“Abang Que… Sekarang jangan risau sebab Abang Que punya PA tu tak akan biarkan Abang Que pitam atau susah ya… Dia pasti pantas membantu… Tak gitu Ija.” Syafika pula mengusik.

“Betul… Betul… Betul…” Khalijah menjawab dengan gaya upin ipin.

“Kau orang ni kalau tak mengenakan orang tak sah kan.” Syuhada berkata dan berpaling ke belakang sekejap.

“Ehh… Kita orang mana ada kenakan orang lain… Cuma kau saja Hada kita orang usik… Betul tak Kak Kina.” Khalijah membalas pertanyaan Syuhada.

“Ehh.. Betul lah Hada… Kalau orang lain Kak Kina pun tak usik…Hikhikhik.” Mengelekek Syakina dan Khalijah ketawa, Khairil Qushairy turut tersenyum dengan gelagat mereka bertiga.

“Izara! Bucuk-bucuk Mak Chu.” Khalijah mencuit Izara yang duduk diam di dalam baby seat yang di sediakan untuknya, Khalijah duduk di bahagian tengah dan di sebelah kanannya pula Syakina

“Rumah Sufian dekat mana Hada?” Khairil Qushairy bertanya kepada Syuhada.

“Dekat Merbok kan kak Kina.” Syuhada tidak pasti dan dia bertanya kepada Syakina untuk kepastian.
“Yup… Dekat Merbok.” Balas Syakina.

“Abang Que! Apa kata lepas majlis di rumah Abang Sufian kita singgah taman buaya dengan mini malaysia nak… Ija teringin nak singggah ke sana… Yelah pergi dulu pun masa rombongan sekolah rendah… Berapa tahun pula dah tu.” Khalijah memberi cadangan kerana rindu pula dia nak melawat tempat yang dia pernah pergi semasa bersekolah dahulu.

“Ehh… Betul juga tu Abang Que… Hada pun sama.” Syuhada juga turut mengiyakan cadangan Khalijah itu.

“Ok… Nanti Abang cakap dengan Azam… Dia mesti hendak singgah kut.” Khairil Qushairy seperti tiada masalah dengan cadangan Khalijah itu dan dia rasa patut mengajak Khairul Azam sama kerana anak-anaknya pun pasti teruja sama nanti.  

“Cantik… I love you Abang Que… Ehhh tak sabarnya.” Khalijah seronok kerana Khairil Qushairy setuju dengan cadangannya itu, Syuhada dan Syakina ketawa dengan gelagat Khalijah.

“Perangai macam Syana dengan Syafie juga kau ni Ija… bilalah Mak Chu ni nak mature.” Syakina pula ketawa dan menegur Khalijah.

“Kak Kina nak tengok dia mature tunggu dia kena pinang nanti.” Syuhada pula berkata dan tertawakan dia.

“Amboi… Amboi… Seronok.” Khalijah menolak bahu Syuhada dari belakang, terasa geram pula dia apabila di kaitkan dengan bab pinang meninang ini.

“Hahaha… Marah pula… Abang Que nanti kita suruh Dr love dia tu masuk meminang cepat ya.” Syuhada semakin rancak mengusik Khalijah, Khairil Qushairy hanya ketawa sahaja.

“Aik… Ada Dr love lah pula… Macam best jer.. ce cita… ce cita…”Syakina pula teruja hendak mengetahui.

“Aik sejak bila pula kak Kina kena sampuk usop wilcha ni.” Khalijah ketawa dan bertanya kepada Syakina.
“Hihihihi… Cepatlah bagi tahu… Sapa Dr love tu.” Syakina bertanya lagi.

“Kak Kina kalau nak tahu… Ada Doktor satu hospital dengan Ija ni sukakan dia… Tapikan minah ni punya lah sombong… Dia kata dia sukakan Doktor tu.. Bila orang tu nak berkawan rapat dengan dia, boleh pula dia jual mahal.” Syuhada bercerita panjang kepada Syakina.

“Cehhh… seronok bercerita yek.” Syuhada mencuit Bahu Syuhada lagi.

“Oklah tu Ija… Dah orang suka terima sajalah… Macam ada minah tu… dengar cerita satu mamat tu dah sukakan dia… Boleh pula dia nak jual mahal… sudahnya terima juga.” Hahahaha Syakina gelak besar. 

Syuhada dan Khairil Qushairy berpandangan dan sedikit menganga seperti rasanya terkena batang hidungnya sendiri sahaja.

“Hahahaha… Kak Kina Ija rasa Ija kenal kut sapa minah dengan mamat tu.” Khalijah turut ketawa sama. Sungguh seronok mereka berdua mengenakan Syuhada dan Khairil Qushairy.

“Kurang asam punya adik-adik.” Kesudahannya Khairil Qushairy berkata dan mereka sama-sama ketawa.
Riuh rendah juga kerana mulut mereka bertiga tidak henti-henti berbual dengan berbagai-bagai topik dan gelak tawa di dalam kereta, kira pemanduan Khairil Qushairy tidak membosankan kerana adanya tukang karut.

Majlis di rumah Sufian tidak kurang juga meriahnya, Di melaka kalau kenduri mereka pasti akan menyajikan kuih muih sebagai pencuci mulut dan ada juga terdapat tapai. Keluarga Syafiqa di layan dengan baik oleh mereka dan mereka makan dengan puas hati. Setelah selesai di rumah Sufian mereka akhirnya pergi juga ke Taman Buaya dan Mini Malaysia, bukan Khairul Azam sahaja yang mengikut sepupu-sepupunya yang lain turut tidak melepaskan peluang yang sudah ada. Datuk Sahak dan Tuan Roslan tidak ikut serta anak-anak mereka dan mereka meneruskan perjalanan balik, seperti kata Datuk Sahak… Rentak anak muda susah hendak di ikut… meletihkan sahaja nanti.

Agak lewat juga mereka semua sampai ke rumah… Syuhada terus mengikut Khairil Qushairy balik ke Damansara. Esok dia merancang untuk keluar dengan Khalijah, terasa lama juga mereka tidak keluar bersama untuk window shopping.

“Hello!”

“Assalamualaikum…”

“Walaikumusalam…”

“Busy ke?”

“Taklah… Baru balik dari Melaka dengan family.”

“Ohhh… Ok…”

“Are you free tomorrow.”

“Nope… I’ve appointment with my cousin.”

“Appointment? On Sunday?”

“Date dengan dia esok.”

“Wah! Date… Can I join too…”

“Tak payah… Sibuk jer.”

“I tought nak ajak you keluar esok.”

“Tak boleh saya dah janji dengan Hada.”

“Tak apalah kita keluar sama-sama… Awak pergi mana esok?”

“Ehhh… mana boleh beri tahu…”

“Ok tak apalah… kalau macam tu saya call uncle… minta izin dengan dia.”

“Ehhh… Dia nie kan… Suka buat orang marahlah… Orang tak nak keluar dengan dia ada ke main paksa-paksa.”

“Saya tak paksa… Saya Cuma nak minta izin dengan uncle dan aunty saja.”

“Samalah tu…tetap paksa…”

“Awak bincang dengan Hada dulu… lepas tu message saya di mana kita boleh jumpa ya… Kalau tidak pagi-pagi esok saya datang rumah awak.”

“Eeeee… Dia ni kan.”

“Hahahaha… Janganlah marah nanti cepat tua… Ok saya off dulu… jangan lupa text me ok… Assalamualaikum.”

“Walaikumusalam.”

Khalijah terus mencampakkan telefonnya ke atas katil dengan geramnya.

“Aihhh… Apa kena ni?” Syuhada menegur setelah terkejut melihat cara Khalijah.

“Sapa lagi… Zakuan tu lah… Suka-suka dia je nak paksa orang.” Terang Khalijah geram.

“Orang mana pula dia paksa.” Syuhada bertanya dengan sedikit blur nya.

“Ya Allah… Aku lah…” Terang Khalijah lagi tetapi geram dengan Syuhada pula kerana seperti tidak memahaminya.

“Cuba kau terangkan dekat aku betu-betull… Bagi aku faham sikit apa yang kau marahkan ni.”

“Dia nak ajak aku keluar esok… So aku cakaplah yang kita ada date besok… Dah tu dia nak join sama dan nak tahu kita pergi mana… Bila aku kata tak payah… Dia nak call Papa pula… Mana aku tak geram.” Khalijah bercerita dengan Syuhada apakah yang telah membuatkan dia sedikit bengang tadi.

“Ha…Ha… Ha…” Syuhada mentertawakan Khalijah siap tepuk tilam lagi.

“Tengok… Tu yang malas aku nak cerita dengan kau… Kau gelakkan aku lagi ada.” Khalijah merungut dengan Syuhada.

“Ala… Cayang mak su merajuk ya…” Syuhada memujuk gaya seperti memujuk Syafie dan Syana sambil memeluk bahu Khalijah.

“Ceh… Banyaklah kau punya mak su.” Khalijah menepis tangan syuhada yang terletak di bahunya.

“Kau nie Ija… Merajuk! Buruk lah sesangat rupa tu.” Syuhada mentertawakan Khalijah lagi.

“Nah! Amik kau.” Khalijah membaling bantal peluknya kepada Syuhada.

“Hahahaha… Dah lah… Kalah si kembar kau ni… So what’s your plan.” Syuhada bertanya secara lembut, dia tahu Khalijah sedikit bengang dengannya kerana mentertawakan dia tadi.

“Entah… Aku tak tahu.. Kau rasa?” Khalijah menjawab juga pertanyaan Syuhada.

“Aku rasa… Biarkan sajalah dia ikut kita… Apa kata kita buli dia esok nak?” Syuhada mula merancang.

“Kau ni… Tak naklah… Kau nak malukan aku ke?” Khalijah tidak setuju dengan rancangan Syuhada.

“Walawei… Kau malu ya… Biarlah dia tahu perangai gila-gila kita macam mana… So lepas tu mesti dia tak nak ajak kau keluar lagi.” Syuhada berkata sambil mengangkat-angkat keningnya dan membuat gaya senyum jahat.

“Ishhh… Tak naklah… Kita buat biasa jer nanti.” Khalijah berkata.

“Cewah… Kau kalau suka dengan dia bagi tahu sajalah… Ni lagi nak cover.” Syuhada mengusik Khalijah.
“He…He…He…” Khalijah tersengeh memandang Syuhada.

“Gatal… Mulut kata tak mahu, bentak-bentak konon… Tapi dalam hati tu mengeletek kegatalan kau kan.” Syuhada melepuk peha Khalijah.

“Adoi! Sakitlah… Kau suka-suka kata hati aku gatalkan… Kau tu apa kurangnya… Mula ya… ya… kata tak nak dengan Abang Que… Alih-alih setuju… Hati kau pun gatal gak.” Khalijah mengatakan Syuhada pula. Kesudahan mereka sama-sama ketawa.


Tok! Tok!

 “Masuklah… Tak kunci pun.” Khalijah hanya melaung menyuruh gerangan yang di luar untuk masuk.

“Ni anak sapa ni… Merenget dah… Mengantuk dah ni.” Rohana masuk dan terus menunjukkan Izara di dalam dukungannya.

“Woi! Anak kau lah… Sedap je baring… Tapi anak tinggal dekat bawah.” Khalijah menolak kaki Syuhada.

“Aishhh… Perempuan ni punya mulut… Kok ya pun sedap lidah dia saja nak menuturkan ayatkan.” Syuhada tetap bangun dan mengambil Izara dari dukungan Rohana. Rohana tersenyum melihat perangai mereka berdua.

“Papa dia mana?” Syuhada bertanya kerana dia hairan juga kerana Rohana yang membawa Izara naik.

“Wah… Anak dia kau lupa… Papa dia kau cari yek.” Khalijah mengusik Syuhada.

“Dey! Ini sudah lebih.” Syuhada pantas melepuk Khalijah yang memang duduk pun tidak jauh dari Syuhada berdiri.

“Hahahaha… Adoi! Sakitlah… Garang betul kakak ipar to be aku ni lah.” Khalijah terjerit juga apabila di tampar kuat oleh Syuhada. Tergelak-gelak Rohana gelihati.

“Apa kerja nie?” Tiba-tiba Datin Roziah datang menegur.

“Hahaha… Tak ada apalah Mummy… Dia orang berdua ni bukan Mummy tak tahu… Perangai dia orangkan macam Syana dan Syafie.” Rohana berkata kepada mertuanya.

“Memang pun… Mummy ingatkan kamu berdua sudah tidur tadi… Tu Mummy suruh Rohana bawakan Izara naik… Que seganlah nak masuk sebab dia sangka kamu dah tidur.” Terang Datin Roziah, Datin Roziah pun memang setiap malam sebelum dia masuk tidur akan meninjau bilik anak-anak daranya ini.

“Awal lagi… nak tidur apanya.” Khalijah berkata.

“Yelah dah kata esok kamu hendak keluar.” Tutur Datin Roziah.

“Baru pukul berapa? Awal lagi.” Syuhada menyampuk.

“Dia dah mengatuk tu… Merenget saja dekat Papa dia… Tu mummy suruh bawa naik dia dah mengantuk… Hendakkan kamu pun ya juga tu.” Datin Roziah berkata kepada Syuhada.

“Papa dia dah bagi susu ke mummy.” Syuhada bertanya lagi.

“Dah… Kak Ana kamu yang buatkan tadi.” Jawab Datin Roziah.

“Laaa… Ya ke?” Syuhada tersenyum kepada Rohana.

“Alah… terlanjur kak Ana buatkan air milo budak berdua tu… Tu kak Ana buatkan susu Izara sekali.” Terang Rohana.

“Haa… Mana budak bertuah berdua tu kak Ana.” Khalijah pula bertanya.

“Tengah minum lagi… Papa dia ada tengah melayan mereka… Oklah kak Ana turun dulu.” Pinta Rohana.

“Ok kak Ana… Thanks sebab bawakan budak bulat ni naik ke atas.” Tutur Syuhada.

“Sama-sama.” Rohana membalasnya dan terus keluar dari bilik.

“Besok kamu keluar berdua saja ke? Que tak ikut sama.” Datin Roziah bertanya.

“Entah… Ija pun tak ada pula tanya Abang Que dia nak ikut sama ke tidak… Tapi mummy…” Khalijah terhenti di penghujung katanya.

“Apa?” Datin Roziah bertanya hairan.

“Zakuan tu telefon Ija dan dia kata hendak ajak Ija keluar esok… Tapi… Ija kata dekat dia yang Ija ada date dengan Hada… Dah tu dia hendak ikut.” Khalijah berkata dan kemudian terhenti lagi.

“Habis tu kenapa lah pula.” Datin Roziah menyoalnya.

“Ija kata yang Ija tak nak keluar dengan dia… Dah tu dia kata kalau Ija tak nak ajak dia… Pagi-pagi esok dia hendak datang sini.” Khalijah bercerita dengan dahi berkerutnya.

“Hahaha… Ada-ada saja si Zakuan tu… Dah kamu keluar berdua biarkan sajalah dia ikut… Bukan kamu dukung pun dia tu.” Datin Roziah ketawa dan dari gayanya dia mengizinkan Khalijah keluar dengan Zakuan.

“Mummy ni… Ija cakap betul-betul… Mummy main-main pula… Sapa yang hendak dukung dia.” Khalijah merungut.

“Iyalah… Dah dia nak join kamu sama biarkan sajalah… tak betul mummy kata… dia ada kaki dan dia boleh berjalan sendiri… apa yang kamu hendak risaukan… Kalau kamu kena dukung dia bawa ke hulu ke hilir… Barulah kamu boleh membebel.” Balas Datin Roziah, Syuhada hanya mentertawakan Khalijah sambil menidurkan Izara nanti senang dia hendak meletakkan izara ke dalam katilnya.

“Yelah… Yelah… Mummy tu kalau si Zakuan… semuanya ok.. macamlah anak dia.” Khalijah berkata dan merungut lagi.

“Memang bakal anak menantukan… So what!” Datin Roziah berkata.

“Ishhh… Mummy ni…” Khalijah membentak dan sempat menjeling memandang Syuhada yang mentertawakannya lagi.

“Mummy rasa nanti boleh kamu bersanding saing Que dengan Hada nanti.” Datin Roziah berkata dan tersenyum.

“Lahhh… Sampai ke situ angan-angan Mummy… Oklah Mummy good night… Assalamualaikum.” Khalijah terus berselubung dengan selimut setelah memberi salam kepada Datin Roziah. Datin Roziah terus ketawa apabila khalijah berbuat begitu.

“Waalaikumusalam… Oklah Hada… Mummy keluar dulu… Ada budak sudah merajuk.” Datin Roziah sempat lagi mengusik anak bongsunya itu.

“Assalamualaikum Mummy.” Syuhada turut memberi salam sebelum Datin Roziah keluar.

“Walaikumusalam.” Balas Datin Roziah sambil menutup lampu dan menutup pintu.


Lampu tidur di sudut bilik memang ada terpasang siap… Tapi cahayanya di malapkan… Izara telah pun lena di dalam katilnya. Syuhada tidak menunggu lama dan dia turut membawa dirinya untuk tidur, tetapi seelok sahaja dia merebahkan dirinya di sebelah Khalijah, Khalijah membuka selimut yang membungkus seluruh tubuhnya dan mereka sambung berbual sehingga kedua-duanya terlena.