Zalina keresahan menunggu panggilan dari botak.. Dari semalam dia tidak
senang duduk, Selagi dia tidak mendapat khabar berita dari botak dia rasa
ibarat makan tak kenyang tidur tak lena, hendak melepak di kelab pun dia tidak senang,
telefon tidak lekang dari sisinya. Dalam masa dia sedang duduk termenung di
beranda tiba-tiba telefonnya berdering.
"Hello!" Terdengar suara botak di sebelah sana.
"Haa.. Botak!! apa ke lama sangat aku nak kena tunggu panggilan kau
nie.. " Zalina bertanya kasar, hati sudah sakit dan keresahan dan apabila
terdengar sahaja suara Botak terus di hamburnya lelaki itu.
"Ehh.. sabarlah.. Kan aku dah kata bila kerja aku dah selesai aku call
kau kan.. Yang kau nak jerkah aku macam nie kenapa?." Botak juga turut
meninggikan suaranya. Botak bukan orang suruhan Zalina seperti Daus dan joe
yang sentiasa akur atas arahan yang di berikan oleh Zalina.. Botak adalah orang
kanan bos kepada Zalina dan Zalina pula boleh dikatakan kesayangan bos kerana
sentiasa membawa keuntungan kepada bosnya.
"Yelah.. Yelah.. So apa cerita nie." Zalina bertanya lagi tapi
dengan nada suara sedikit rendah.
"Settle.. Tunggu je lah mesti keluar berita dalam dua tiga hari nie..
Dah aku nak rehat dulu.. Esok pagi aku gerak balik." Botak telah
melaksanakan kerjanya dengan jaya dan membuatkan Zalina tersenyum senang,
Zalina rasa dia sudah selamat kini.
"Ooohhh god.. Thanks Botak.. I love you so much.. Nanti kau balik sini
aku bagi baik punya service untuk kau." Zalina terlalu gembira mendapat
perkhabaran dari Botak dalam keseronokannya dia sehingga terlupa dan berjanji
untuk melayan Botak.
"Hahahaha.. Ok.. Aku tunggu service kau tu.. Esok aku call kau bila aku
sampai KL... Ok bye." Botak tergelak-gelak bila mendengar tawaran Zalina... Tidak
pernah Zalina offer diri dia kepadanya sebelum ini.. Dan ini adalah peluang
untuk dia meratah tubuh Zalina yang memang dia pernah idamkan dari dulu.
"Ok.. bye." Zalina menyanyi riang sambil membuka baju untuk
membersihkan dirinya dan kini dia bersemangat untuk melepak di kelab dan
berhibur sepuas-puasnya.
############
"Wah.. Happy nampak?.." Tiba-tiba ada suara yang menegur Zalina
dari belakang. Cepat-cepat Zalina berpaling kerana suara itu terlalu dekat
dengan telinganya.
"Ohhh.. You Zack.. Biasa saja.. I hari-hari happy kan." Zalina
berlagak biasa di hadapan Zack aka Bos kepadanya. Zack duduk di sebelah Zalina
sambil menjeling dan tertawa sinis, dia tahu sangat apa yang membuatkan Zalina
gembira sangat pada hari ini.
"I dengar Botak dah lenyapkan budak berdua tu." Zack berbisik di
telinga Zalina kerana suasana di dalam kelab terlalu bising dengan bunyi
bunyian.
"Hmmmm.. Yup.. Siapa suruh buat kerja tak hati-hati...So itu makannya"
Zalina berkata dan tersenyum sambil meneguk Vodka. Zack juga turut tersenyum...
Mereka nie memang jenis hati kering... Nyawa orang lain di tangan mereka macam
mainan dan ikut suka mereka sahaja hendak di pukul, di bunuh, boleh di katakan
mereka ini adalah kumpulan gangster melayu di Kuala Lumpur ini.
"Aik!! bos.. Takkan minum coke saja.. Orderlah yang lain." Zalina
menegur Zack setelah melihat Zack minta coke daripada bar man.
"I malas nak mabuk.. Hari nie I nak kena balik Rumah my parent... Nanti Papa kalau tahu I mabuk.. Teruk I nanti kena dengan dia, mulalah mengungut nak tarik itu nak tarik ini.. kalau Mummy I tu masih lagi boleh I kautim dengan dia... I balik nie pun sebab mummy dah bising-bising, dekat sebulan I tak balik ke rumahkan." Zack adalah anak tunggal lelaki bongsu Datuk Kamarul dan Datin Sofia, Zack mempunyai dua orang kakak. Kedua-dua mereka telah pun berkahwin, Zack tidak tinggal di rumah orang tuanya, dia duduk di kondo yang telah di beli oleh Datuk Kamarul untuknya lima tahun yang lalu.
Zalina seronok berhibur bersama-sama rakannya.. Nak-nak lagi di malam
minggu lagilah ramai pengunjung yang datang ke kelab, Hari ini Zalina tidak mahu
melayan sesiapa dan membuat apa-apa urusan menjual beli, yang dia mahu sekarang
adalah enjoy sampai puas.
##############
Pagi ini Khalidah akan terbang ke Dubai, dia di hantar oleh Syuhada dan
Khalijah, Penerbangannya pada pukul 10.30 pagi dan di jangka akan tiba dalam
pukul 1.30 waktu dubai, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Dubai memakan masa
selama tujuh jam.
“Ija! Kita singgah Bangi kejaplah.. Aku nak tinjau mak dengan abah lah. Kau
bagi tau Mak Long lah.. Nanti risau pula dia kita lambat balik.” Syuhada memang
rindukan Tuan Roslan dan Puan Rokiah yang sebenarnya, anak bongsulah katakan
dulu semasa duduk di UK pun dia pasti akan telefon kedua orang tuanya setiap
hari. Jumaat lepas dia ada memberitahu emaknya Puan Rokiah yang dia tidak balik hujung minggu ini, tetapi di sebabkan dia sudah keluar jauh kerana menghantar Khalidah
ke airport jadi dia lajakkan juga ke rumah kedua orang tuanya.
“Baik bos.. Roger in out..” hik hik hik Khalijah ketawa dan sempat dia
mengusik Syuhada. Khalijah terus menelefon Datin Roziah.
“Hello! Assalamualaikum Mummy..”
“Walaikumusalam… Kak Idah dah selamat ke?”
“Alhamdulillah… tadi check in semuanya ok..
barang-barang pun tak ada masalah.. dalam setengah jam lagi terbang lah dia tu.”
“Alhamdulillah.. nie kamu dah sampai mana nie?”
“Ija call nie nak bagi tau Mummy… Hada nak
singgah rumah Mak Ngah kejap… Petang nanti kita orang balik lah.”
“Ye lah.. tapi jangan malam sangat balik tu..
awak berdua jer dalam kereta.. dah tu perempuan pula tu..”
“Iya Mummy… Tau tu… Nanti sebelum balik Ija call
mummy.”
“Nanti sampaikan salam mummy dekat Mak Ngah dan
Pak Ngah kamu.”
“Insyallah Mummy… Ok Mummy Assalamualaikum..”
“Walaikumusalam..”
Setelah Khalijah selesai menelefon Datin Roziah, Khalijah menelefon Puan
Rokiah pula di atas permintaan Syuhada… Syuhada takut Tuan Roslan dan Puan
Rokiah tiada di rumah pula apabila mereka sampai nanti. Syukur hari nie kedua Ibu
Bapa Syuhada tiada apa-apa program.
“Ping.. Ping..” Syuhada menekan hon kereta beberapa kali kemudian kelihatan
Tuan Roslan meninjau dari depan pintu dan cepat-cepat dia menekan remote untuk
membuka gate.
“Assalamualaikum Pak Ngah..” Khalijah keluar dahulu dari kereta dan memberi
salam dan dia terus mendapatkan Tuan Roslan untuk bersalam, kemudian kelihatan
Puan Rokiah datang untuk menyambut Syuhada dan Khalijah.
“Walaikumusalam.” Tuan Roslan menjawab salam Khalijah dan menyambut huluran
salam dari Khalijah. Kemudian Khalijah mendapatkan Puan Rokiah yang tersenyum
di muka pintu.
“Assalamualaikum Abah!” Syuhada menyalami Tuan Roslan dan mencium kedua-dua
pipi Abahnya.
Kemudian dia pergi mendapatkan Puan Rokiah dan dia menyalami dan
mencium Ibunda tercintanya.
“Ishh.. macam tak jumpa bertahun anak mak nie lah..” Puan Rokiah menegur
Syuhada kerana Syuhada menciumnya berkali-kali untuk melepaskan rindu.
“Mak nie.. Hada rindu dengan mak tau.. Walaupun seminggu tak jumpa.. Mak
tak rindu dengan Hada ke?” Syuhada buat-buat merajuk. Perangai Syuhada dengan
Khalijah memang sama, Manja tidak sudah.
“Apa pula tak rindu… tapi mak tak risau sangat sebab Hada dekat rumah Mak
long.. tapi kalau tempat lain mungkin mak risaulah.” Jawab Puan Rokiah sambil
memeluk bahu Syuhada.
“Abis.. Abah nie Hada tak rindu ke? Yelah mak dia saja yang dia rindu..
Sapalah abah nie.” Tuan Roslan pula sengaja buat merajuk.
“Hahaha.. Abah nie… Hada rindu juga lah…” Syuhada terus memeluk Tuan Roslan
kemudian mereka sama-sama ketawa. Khalijah turut sama tergelak melihat gelagat
mereka tiga beranak.
“Haa.. Mak Ngah! Mummy kirim salam dekat Mak Ngah dan Pak Ngah.” Khalijah
hampir-hampir terlupa pesanan Datin Roziah tadi.
“Walaikumusalam…” Tuan Roslan dan Puan Roziah menjawab serentak. Mereka
semua terus duduk di ruang keluarga dan berbual-bual, tengah hari tu Puan
Rokiah telah memasak gulai lemak cili api telor itik dengan belimbing buluh,
ayam goreng berempah, sambal belacan tomato dan pucuk ubi celur. Sungguh
berselera Syuhada dan khalijah menikmati masakan Puan Rokiah, Gulai telor itik
memang kesukaan Syuhada. Setelah kekenyangan dan mendapat rehat yang cukup, dan
setelah selesai solat Asar, Syuhada dan Khalijah memulakan perjalanan untuk
balik ke Kuala Lumpur...
########################
“Abang Que… Di sini ada dua anggota polis datang untuk bertemu dengan
Abang.” Syuhada menekan interkom untuk memaklumkan kepada Khairil Qushairy
mengenai kehadiran anggota polis di pejabat mereka.
“Bawakan mereka masuk ke dalam Hada.” Arah Khairil Qushairy.
“Silakan ikut saya Tuan.” Syuhada menunjukkan arah ke bilik Khairil
Qushairy. Syuhada membuka pintu dan Khairil Qushairy mempelawa kedua Anggota
polis itu masuk dan mengajak mereka duduk.
“Hada buatkan coffee ya..” Pinta Khairil Qushairy.
“Baiklah.” Balas Syuhada dan bergerak keluar.
“Apa khabar Tuan Tamar?... Encik Kumar?…” Khairil Qushairy berjabat tangan
dengan mereka, Khairil Qushairy sudah mengenali kedua-dua pegawai polis ini
kerana mereka yang menjalankan siasatan mengenai kes Kartini sekarang ini.
“Alhamdulillah..” Jawab Insp Tamar tersenyum membalas pertanyaan dari
khairil Qushairy.
“Baik...”Balas Sarjan Kumar pula dan turut tersenyum kepada Khairil
Qushairy.
“So any good news Tuan?” Khairil Qushairy bertanya kerana dia pasti yang
mereka mesti membawa khabar untuknya.. kalau tidak mereka tidak akan datang ke
pejabatnya.
“Memang ada, kedua-duanya ada good ada bad…” kata Tuan Tamar sambil
menyandarkan badannya ke belakang.
“Wow! Surprise nie… Berdebar pula saya.” Khairil Qushairy tidak sabar untuk
mendengar berita yang akan di sampaikan, dan sebelum sempat mereka meneruskan
tiba-tiba pintu di tolak dari luar… Syuhada membawa coffee rupanya. Setelah
menghidangkan minuman kepada kedua-dua tetamu Syuhada membawa diri keluar dan
perbincangan di teruskan.
“Ok saya rasa biarlah saya mulakan dengan good news dulu… kita sudah dapat
kedua-dua orang yang melanggar arwah isteri Encik Khairil tu dan bad news nya
pula.. Kedua-duanya telah mati di tembak di Pulau Pinang…melihat dari keadaan
mayat, mereka telah di bunuh dalam tempoh tiga hari… Mayat mereka telah di
kenal pasti dan memang mereka yang kita kehendaki… Kita juga tidak tahu siapa
yang telah menembak mereka ini dan kertas siasatan yang baru telah di buka.”
Itulah berita yang di sampaikan oleh Insp Tamar dan telah membuatkan Khairil
Qushairy terkejut dengan berita yang tidak di sangka ini.
“Astghafirullahalazim… Innalillah…” Khairil Qushairy meraub mukanya dan dia
juga tidak sangka orang yang bertanggung jawab di atas kematian isterinya juga
turut mati… tetapi di bunuh pula tu.
“Jadi di sini kami ingin bertanya dengan Encik Khairil sama ada Encik rasa
yang Encik ada musuh ke tidak selama ini?” Sarjan Kumar pula bertanya sambil
menulis di dalam buku catatannya.
“Setahu saya… Saya memang tidak ada musuh dan saya memang tidak ada
bergaduh dengan sesiapa pun sebelum nie.” Khairil Qushairy menjadi binggung
dengan berita ini dan memang di akuinya selama ini dia memang tidak pernah ada
bermusuh atau mencari musuh.
“Ini sudah menjadi kes jenayah… kami akan menyiasat dengan lebih lanjut
lagi… Apa-apa perkembangan kami akan beritahu Encik Khairil.” Insp Tamar
meneruskan bertanya dengan beberapa lagi soalan kepada Khairil Qushairy untuk
penambahan siasatan mereka.
Selepas kepulangan Tuan Tamar dan En Kumar khairil Qushairy terus
memberitahu Datuk Sahak dan kemudian menelefon Datin Roziah mengenai berita
yang di terimanya, kedua-dua orang tuanya terkejut juga apabila mendapat
perkhabaran tentang itu.
Jam menunjukkan pukul 11.45am Khairil Qushairy seperti kehilangan semangat
untuk meneruskan kerjanya pada hari ini. Lama juga di termenung dan sedih
kehilangan isteri masih lagi di rasainya. Nasib baiklah dia tidak mengikutkan
perasaan sedihnya dengan meratap pemergian isterinya, keluarga juga yang banyak
memberi semangat kepadanya dan setiap kali di dalam solatnya tidak pernah
tinggal berdoa untuk arwah isterinya itu dan khairil Qushairy menguatkan semangatnya
kerana anaknya Izara juga.
“Hada… Ada apa-apa urusan untuk Abang hari ini tak?” Khairil Qushairy
keluar daripada biliknya dan terus bertanya kepada Syuhada.
“Tak ada Abang Que.” Syuhada berkata selepas dia membelek planner di
hadapannya.
“Ok… So Abang nak balik awal sikit hari nie… badan abang rasa tak sedap
pula… nie kunci kereta… Hada bawa balik kereta abang.” Khairil Qushairy
menyerahkan kunci keretanya kepada Syuhada. Terpinga-pinga juga Syuhada kerana
tiba-tiba di beri kunci kereta dan terpaksa memandu kereta BMW X5 milik Khairil
Qushairy.
“Ehh.. Habis Abang nak balik nie naik apa pula…” Soal Syuhada memandang
kepada Khairil Qushairy dengan muka yang penuh yang kehairanan.
“Abang dah call Abang Leman… Pak Long pun Abang dah bagi tau… Pak Long tak
ada kerja luar hari ini… Dia ada di dalam bilik tu…” Terang Khairil Qushairy,
moodnya melayang sudah selepas berita yang di terima tadi.
“Tapi Abang Que… Hada takut lah nak drive kereta Abang… Kereta dah lah mahal..
kang kok apa-apa… Botak duit gaji Hada nak mengantinya.” Syuhada serba salah
kerana dia selalu bawa kereta Myvi saja tiba-tiba nak kena bawa kereta Khairil
Qushairy. Dia rasa kalau dia bawa pun dah macam kepala kura-kura sahaja kerana
kereta besar dan drivernya kecik.
“Ala.. Abang tahu Hada boleh jaga kereta Abang tu…Just imagine that you drive your own car… Please Hada…” Khairil Qushairy merayu… kalau tak di
sebabkan dia tidak berapa sihat dan Datuk Sahak tidak pergi main Golf petang
nie… Dia pasti akan menyuruh Syuhada balik dengan Datuk Sahak.
“Okay… okay… InsyAllah… Doakan Hada bawa balik kereta Abang dengan selamat
ye..Hihihihi.” Syuhada sempat lagi bergurau walau dalam keterpaksaan, hati dup
dap dup dap risau, hendak mengelak tidak boleh, hendak di beri alasan tidak ada idea yang
bernas pula.
“InsyAllah.. Mesti selamat punya… kereta tu Cuma besar sikit saja… bukan
jenis Hummer punya yang lebar dan besar… ha ha ha.” Khairil Qushairy mengusik
Syuhada, dia memang mengharap kepada Syuhada. Dalam masa mereka ketawa tiba-tiba
telefon di meja Syuhada berbunyi.
“Hello.. Ya.. Ok.. Walaikumusalam.”Syuhada meletakkan telefon. Panggilan itu
adalah dari reception.
“Abang Que.. Nie Abang leman sudah ada menunggu di lobi…” Jelas Syuhada.
“Ok… Abang balik dulu… Take care.. Apa-apa hal jumpa Pak long tau.” Pesan
Khairil Qushairy lagi sebelum melangkah pergi, terasa longlai sahaja langkahnya.
“Ya..Ya.. Abang balik lah.” Syuhada menyuruh Khairil Qushairy pulang… Kalau
tidak pasti ada macam-macam pesanannya lagi. Syuhada meneruskan kerja-kerja
yang harus di selesaikan kalau boleh dia hendak siapkan sebelum waktu makan tengah
hari, seperti biasa tengah hari dia akan makan dengan rakan-rakan di pejabatnya
kadang-kadang sahaja yang dia makan tengah hari dengan Khairil Qushairy dan
Datuk Sahak, itu pun jika ada kerja luar ataupun bila Datuk Sahak dan Khairil
Qushairy mengajak dia makan bersama.
“Hari ini awal bos kecik balik.” Nina si mulut murai bertanya, Itu adalah
gelaran yang di beri oleh pekerja-pekerja Kasturi Holding. Mula-mula Syuhada
mendengarnya pun Syuhada tertawa ada bos kecik dan ada bos besar.
“Ya.. Dia kurang sihat sikit hari nie.” Terang Syuhada sambil menyuapkan
makanan ke dalam mulutnya.
“Ehh! Hada.. Tadi tu yang dua orang polis datang tu sebab hal bini dia ke?”
Umi si gadis penyambut tetamu di Kasturi Holding pula bertanya, mestilah dia
tahu siapa yang datang kerana semua akan tertumpu kepadanya dahulu sebelum di
benarkan naik untuk temujanji.
“Yup… Tapi tu lah… Orang tu mati kena tembak pula katanya… Polis jumpa mayatnya
di Pulau Pinang kena campak di tepi semak… So sekarang kes nie agak complicated
sikit… Kau orang tunggu je lah mesti ada keluar news malam nie punya lah… Tapi satu
saja aku minta tolong nie… Tolong jangan panjang-panjangkan cerita nie. Kalau
kau orang dah tau.. Cukup tahu di sini saja… ok! Please yeah...” Syuhada tidak
mahu perkara ini merebak tanpa mereka tahu dengan teliti perkara yang sebenar.
Banyak sangat mulut berantai, itu yang cerita pendek tapi bila di tokok tambah
menjadi berjela panjangnya.
“InsyAllah.. kau jangan risaulah.. kau percayalah kami takkan buka cerita
nie.” Karmila mengangkat tangan seraya berjanji di ikuti oleh Nina dan Umi,
cepat-cepat mereka mengangguk-anggukkan kepalanya. Syuhada tertawa melihat
rakan-rakannya. Dalam seronok mereka makan dan tertawa telefon Syuhada
berdering.
“Hello.. Assalamualaikum…”Syuhada memberi salam terlebih dahulu.
“Walaikumusalam… Hada! Abang Que nie.” Khairil Qushairy yang menelefon.
“Haa.. Ya Abang Que… Hada tau pun.” Itu pasal awal-awal menjawab Syuhada sudah memberi slaam kerana nama
Khairil Qushairy yang naik di skrin telefon tadi.
“Nie Hada… kalau ada sesiapa call hendak jumpa Abang esok and any appointment
untuk besok pun.. Hada tolong cancelkan dan tunda ke hari lain… Esok pun abang
rasa abang tak masuk office lah… Badan abang tak sihat betul nie…” Khairil Qushairy mungkin
terkejut dengan berita yang tidak di sangka-sangka dan itu yang menyebabkan fikirannya terganggu.
“Baiklah Abang Que… nanti dekat office Hada check semula…” Kata Syuhada sambil
matanya memandang ke arah rakan-rakan yang cuba mengusik dia,
terbuntang-buntang matanya geram dengan kenakalan rakan-rakannya mengusik dia.
“Ohh.. Hada tengah lunch break kan… Sorry abang menggangu… Please Hada
jangan lupa pesan abang tau.” Pinta Khairil Qushairy lagi, terdengar sayu sahaja suaranya.
“Ya.. InsyAllah.. Abang jangan risau nanti Hada settlekan.. abang take
care… Abang dah makan ubat ke belum nie.” Syuhada bertanya... Dia jatuh kasihan juga bila
mendengar suara Khairil Qushairy begitu.
“Dah.. Mummy paksa abang makan sikit dan dia bagi abang ubat.. Nie Abang
nak baring kejap.. Ingat tau apa-apa hal call Pak Long… Haa lagi satu… Balik
karang bawa kereta elok-elok…Ok Assalamualaikum.” Katanya lagi.
“Yaa.. Yaa.. InsyAllah.. Walaikumusalam.” Syuhada menekan butang off sambil
mengeleng-geleng kepalanya dan tersenyum.
Umi, Nina dan Karmila memandang ke
arahnya menunggu apa cerita yang buatkan dia tersenyum begitu, mereka bertiga hendak mengusik lebih tidak boleh kerana Bosnya yang di dalam talian jadi mereka
hanya mengusik Syuhada sambil bercakap perlahan dan terkekek kekek.
“Wehh! Kau nie kenapa..? macam orang pening pula aku tengok… Dia dah call
pun kau masih nak mengerut-ngerut muka tu” Nina menegur Syuhada tapi lebih
kepada mengusik.
“Cehhh… Kau orang nie kalau tak gossip buat lawak bodoh tak sahkan.”
Syuhada menjeling geram dan menyedut minumannya yang masih tinggal separuh
“Ala… janganlah mara sayang… Nanti balik jumpa abang dekat rumah ya.” Umi
pula mengusik dan Syuhada terus membaling tisu di tangannya kepada Umi tapi
sempat di elak oleh umi kemudian mereka ketawa kerana dapat mengusik Syuhada.
“Ha ha ha benggong lah pula kau nie Umi.. Tak ada lah.. Bos kecik kau orang
nie lah.. Kepala dah ting tong pun masih nak cerita pasal kerja dia.. Dah tu
siap pesan bawa balik kereta dia elok-elok.” Syuhada menceritakan apa yang
menyebabkan dia tersengih macam kerang busuk.
“Laa… dia tak bawa balik kereta dia ke?” Karmila pula bertanya.
“Tak… Dia suruh Abang Leman yang ambil dia tadilah…” Terang Umi pula dengan
masih bersisa tertawanya.
“Aik.. kau pun dah jadi PA Encik Khairil ke?” Nina bertanya kepada Umi
kerana Umi pula yang menjawab bagi pihak Syuhada.
“Ayo yo.. kau nie Nina.. Sah-sah aku nie bahagian reception… So aku tahulah
siapa yang keluar siapa yang datang.” Jelas Umi lagi.
“Haaa…Ha ah kan.. Betul juga.. Lupa pula aku.. Hi hi hi.” Nina tersengeh
malu dia memang terlupa yang kawan dia seorang ni kerja di front desk.
“Kau nie kan Hada.. kalau orang yang tak kenal kau dengan En Khairil tu… Bila pula dengar kau berdua berabang-abang… Mesti dia orang ingat kau nie laki
bini tau tak pun couple.” Karmila pula berkata.
“Woi!... Amboi mulut… Abang sepupu aku tu wei!!” Syuhada berkata sambil
melepuk lengan Karmila.
“Aku tau lah… Aku cakap kalau orang tak kenal kau berdua nie sepupu.” Jawab
Karmila sambil mengosok lengan nya yang sedikit perit di lepuk oleh Syuhada.
“Elehhhh.. Sepupu pun boleh kawin apa?” Nina si mulut tak ada insurans pula
berkata.
“Ehhh.. betul lah Hada… Aku tengok kau dengan Encik Khairil tu memang
nampak secocok.” Umi pula mengiyakan kata-kata Nina tadi.
“Apa secocok secocok.. kau nampak fork nie aku cocok kau pula.. nak!”
Syuhada berkata sambil mengangkat garfu di pinggannya sambil menjeling.
“Aku anggap dia tu dah macam abang aku sendiri tau… Tidak lebih dari itu…”
Syuhada menjelaskan, dia tidak sangka yang kawan-kawannya akan berkata begitu
sekali, idea yang memang tak masuk dek akal baginya.
“Tapikan… kau tahu tak si Farida kerani bahagian akaun tu… Sebelum dia dapat
tau kau nie sepupu rapat dengan Encik Khairil, dia dah hampir frust tertonggeng
tau… Sebab dia tengok kau baru masuk kerja dah tu datang balik office sama-sama
dengan Encik Khairil… Itu dia ingat kau nie girlfriend Encik Khairil… Tapi selepas
dia tahu status kau… Menyeriangai lah dia balik… Dan memerasan kan mukanya
macam layak sangat dia tu untuk Encik Khairil.” Sekali lagi Nina buka cerita
dan ini sudah boleh di kira mengumpat lah juga, yang kelakar semasa dia bercerita
siap dengan nada suara di perlahankan takut ada rakan-rakan pejabat yang lain
terdengar perbualan mereka. Maklumlah ramai juga pekerja-pekerja Kasturi
holding yang suka makan tengah hari di restoran ini.
“Ha ha ha…” Umi, Syuhada dan Karmila ketawa kerana rasa kelakar pula apa
yang di ceritakan oleh Nina kerana salah sangka pekerja lain di atas keakraban
Syuhada dan Khairil Qushairy.
Terlalu leka mereka berbual sehingga tidak sedar yang masa rehat mereka
telah menghampiri waktu tamatnya. Cepat-cepat mereka semua keluar dari restoran
dan menuju ke Kasturi Holding.
Sekembali Syuhada ke pejabat dia meneruskan kerja-kerja yang sedikit
tertangguh dan membuat apa yang telah di pesan oleh khairil Qushairy sebentar
tadi. Ada setengah jam lagi masa untuk tamat waktu kerja,dia terasa bosan dan
apa lagi dia buka fb dan update status serta menyelinap melihat ke dalam chat
box siapa yang ada online, kelihatan rakannya Balqis sedang online.
“As Salam Qis buat apa tu?”
“Walaikumusalam… Tengah menyiapkan report sambil
mengadap fb.”
“Kau tak kerja ke hari nie?”
“Tak demam sikit”.
“Laaa… Nie dah ok ke? Boleh lagi kau hadap fb.”
“Alhamdulillah… Aku dah makan ubat… Semalam lagi
aku dah demam. Kau dekat mana nie?”
“Pejabat… tengah bosan… kerja dah siap… abang Que
dah balik dia tak sihat sikit.”
“Laaa… ya ke? Ehh Izara mesti dah bertambah
comelkan… kau postlah gambar latest ehh..”
“InsyAllah… Aku pun sibuk… nak adap selalu fb nie pun
kadang2 tak ada masa…”
“Bilalah kita boleh lepak sama2 kan… rindulah
dengan engkau orang.”
“Tulah aku pun rindu dengan kau orang… apa kata
nanti kita plan cuti sama2 nak.”
“Ok gak tu… tapi kena tunggu 2-3 bulan lagilah…
nak kena apply cuti aku nie bukan senang…”
“No hal… kita just plan je… nanti bila dah betul2
nak pergi baru sama2 apply cuti…”
“Cantik…”
“Ok Qis… Aku nak off dah…nanti2 kita chat lagi”
“Ok…No hal..”
Assalamualaikum…Take care and get well soon Qis”
“Walaikumusalam… InsyAllah”
Dalam masa Syuhada mengemaskan barangan di atas mejanya tiba-tiba Datuk
Sahak datang ke tempatnya.
“Nie Pak Long nak keluar dulu… Hada balik macam mana?” Datuk Sahak
bertanya, dia keluar awal sedikit hari ini sebab dia sudah berjanji dengan
beberapa rakan niaganya untuk bermain golf, biasalah orang business niekan
salah satu cara mengeratkan pertalian dengan rakan-rakan seperjuangan mereka.
“Hada bawa kereta Abang Que balik… Dia ada tinggalkan kunci nie haa..”
Syuhada berkata sambil menunjukkan kunci kereta Khairil Qushairy kepada Datuk
Sahak, Datuk Sahak mengangguk-anggukkan kepalanya dan tersenyum.
“Ok kalau macam tu bawa kereta elok-elok tau… Dah Pak Long pergi dulu…Jumpa
dekat rumah nanti.” Datuk Sahak berkata dan sempat juga dia berpesan kepada
anak buahnya itu.
“Yalah… InsyAllah Pak Long.” Balas Syuhada. Datuk Sahak terus bergerak
untuk ke lift manakala Syuhada menyelesaikan kerjanya dan dia pun plan nak
terus balik sehabisnya waktu bekerja.