Monday, 19 December 2011

Jual Mahal Lagi 1

JUAL MAHAL LAGI 1
Assalamualaikum... Ibu! oh ibu!... mana pulak ibu nie. " Atikah mencari ibunya di dapur.
" Aik.. tak ada. Mak som pun tak ada nie" Atikah berjalan naik ke tingkat atas rumah, Dia terus kebilik ibu dan di bukanya pintu, rupanya ibu tengah solat.
" La.. ibu solat aku nie terjerit jerit. "perlahan lahan Atikah menutup pintu bilik ibunya.
Selang 10 minit apabila Datin Nurshamsiah usai solat.
"Apa punya anak daralah nie terjerit jerit, dah macam bini tarzan. " Ibunya turun dan menegur perlakuan Atikah
" Ehh.. ika belum kawin dengan tarzan lagi lah ibu." Atikah mengusik ibunya. Ika adalah panggilan manja Nuratikah di dalam keluarganya.
" Nak sangat ke kawin dengan tarzan? "
" Mana tau ada jodoh, dapat ibu menantu tarzan." Atikah mengekek ketawa. Dan ibunya mengelengkan kepala, kerana dia mati akal kalau bercakap dengan Atikah nie, ada saja lawak yang nak di buatnya.
" Dah pergi mandi dah tu solat sekali, lepas tu turun makan. "Arah Datin Nurshamsiah.
" A.B.C lah ibu… Ika makan je lah terus, Mana 'jagon' berdua nie bu. " Atikah kadang2 suka memanggil adik kembarnya jagon kerana mereka berdua suka mengacau Atikah dan kadang kadang mereka suka bertekak, tapi mesra semula.
" Ada kelas tambahan untuk SPM. dia orang stay back."
Datin Nushamsiah lebih suka menguruskan anak anak di rumah, dia juga ada masuk persatuan tapi tak berapa aktif sangat. Dato Hanifah juga lebih suka anak anaknya berdikari sendiri. Baginya pangkat dan harta boleh di cari tapi kalau maruah dan keluarga tiada makna kalau tidak di hargai.
******************************
" Abang!! berapa bulan lagi abang nak abis practikal" Atikah tengah ber YM dengan Shamsul. Selalunya dua hari sekali dia akan chatting dengan abangnya.
" 2 bulan lagi abang habislah."
" Nanti abang belikan something special for me yeh. "Atikah sudah buat suara ala ala manja
" What a thing!" shamsul saja menyoal, dia memang ada plan nak beli present untuk adik adiknya tapi masih tak tahu apa yang harus di belikan.
" Ala anything good and last long." Kata Atikah lagi.
" Macam tu abang bawak balik prince william lah." Seloroh Shamsul.
" Boleh gak, ika ikat dan simpan dalam bilik." Shamsul ketawa apabila Atikah berkata begitu.
" Mana Saiful dan Safwan nie." Shamsul bertanya kerana perasan si kembar tak ada di sisi Atikah.
" Dia orang ikut ibu dan ayah pergi dinner party apa tah, Aaa... apa kata abang belikan Ika iphone4 atau Ipod touch..yeee... boleh kan.”Atikah cuba merayu.
“ Nanti abang usha dulu berapa harganya.. tapi abang tak janji tau.” Janji Shamsul.
“ Ala bolehlah.. Saiful dengan Safwan kata abang nak belikan dia orang ipod, so mana aci.”
“ Nak aci gi cari kat jalan masjid india tu.” Shamsul menyakat Atikah
“ Abang nie orang cakap betul betul lah, ya..ya..ya.. abang belikan ok.” Atikah merayu lagi.
“ Oklah... insyallah.” Shamsul kalah juga dengan permintaan adiknya memang begitu sikapnya memanjakan adik adik.
"Ok Ika abang nak keluar nie, nak cari something to eat, its lunch time dear."
" Take care tau. Assalamualaikum." Atikah memberi salam untuk mengakhiri perbualan mereka
" Walaikumusalam.. sampaikan salam abang to ibu, ayah, Saiful, Safwan dan mak Som sekali ye."
" Insyallah."Jawab Atikah sambil melayangkan flying kiss kepada abangnya sebelum dia sign out.
selepas berchating dengan abangnya dia terus ke dapur.
" Oh mak som." Atikah menyergah mak Som pembantu rumah.
" Iya.. mak som sapa mak som mana mak som." mak Som melatah. Dan itu adalah salah satu kesukaan Atikah mengusik mak Som, ibunya selalu menegur Atikah kerana dia suka sangat menyakat mak som.
"Mak som mari menari." sekali lagi Atikah mencuit pinggang mak Som
" Iya kita menari.. cak pong cak pong lempang lempung." Atikah terkekek kekek apabila melihat mak som memulakan langkah tarinya. kemudian di peluknya mak som.
" Atikah! kamu nie ada saja lah, kan dah melatah mak som." Atikah rapat juga dengan mak som kerana mak som menjaganya dari dia berumur 10 thn, mak som juga baru beberapa tahun kehilangan suami dan mempunyai seorang anak lelaki, tetapi anak nya meninggal semasa berumur 7 tahun di langgar kereta, dan kini mak Som sebatang kara. Walaupun dia seorang pembantu rumah tapi mereka adik beradik tetap hormat kepadanya, dan ibu serta ayah melarang mereka adik beradik daripada mengarah arah mak som untuk membuat sesuatu benda yang sepatutnya mereka perlu buat sendiri.
"Mak Som.. Atikah nak makan, Mak Som dah makan ke?" Atikah bertanya sambil tangan mengangkat tutup periuk untuk meninjau apa lauk hari ini.
" Belum lagi, kalau Atikah nak makan mak Som siapkan." Kata mak Som sambil mencuci tangan
"Jom mak Som kita makan." Atikah membantu mak Som, Atikah memang selalu membantu mak Som didapur, ibu memang mengalakkan Atikah ke dapur, itu untuk masa depannya juga, dan suatu hari dia pasti akan bekeluarga jua. Seperti nasihat ibunya setinggi mana pun perempuan belajar atau sebesar mana pangkat pun, perempuan mesti akan ke dapur juga, dari air tangan isteri juga adalah penambat hati dan selera suami serta anak anak.
******************************
" Atikah! ibu nak pergi dah nie, cepatlah." laung Datin Nurshamsiah dari pintu rumah.
" Ibu jalan dululah, bukannya jauh pun rumah aunty kal." Atikah masih lagi menyikat rambutnya.
" Kalau macam tu ibu jalan dulu, jangan lambat sangat. " Laung ibunya lagi.
" Ok. " Sahut Atikah.
Hari ini Datin kalsom membuat sambutan ulang tahun pertama untuk cucu sulungnya anak Nafisa. Datin kalsom dan ibu Nuratikah berkawan baik dan suami mereka juga rakan kongsi perniagaan Mutiara Holding. Dan Nuratikah juga rapat dengan kedua dua anak perempuan Dato Khairil dan Datin Kalsom tapi dia tak suka dengan Khairul Irfan anak lelaki Dato Khairil ada saja yang mereka tak puas hati. Yang sebenarnya Irfan suka mengusik Atikah dari dulu lagi.
" Assalamualaikum." Atikah memberi salam.
" Walaikumusalam." dan dia berpelukan dengan datin kalsom kemudian dia bersalam dan berpelukan pula dengan Nafisa dan Najiha.
" Orang yang kat sana tak nak peluk ke? Nafisa mengusik Atikah.
" Ehh.. tak boleh haram, kalau boleh pun tak ingin." Sambil mememekkan muka dia berkata, Nafisa dan Najiha tergelak sambil mengelengkan kepala, mereka tahu sangat sikap Irfan dan Atikah. sehinggakan ibunya dan Datin Kalsom pernah berkata sambil berseloroh nak kawinkan mereka berdua lepas tu nanti baiklah mereka. Tapi Atikah tak tahu pun mengenai hal itu. Kalau tidak mesti dia tak akan ke rumah itu lagi.
" Happy birthday dear." Atikah mencium pipi Aiman. Dan Aiman hanya membalas dengan senyuman.
Dari jauh Irfan memandang Nuratikah. Dia berjalan ke arah mereka dan dia mula ada niat nak mengusik Atikah.
" Tak nak wish kat aku juga ke?" Irfan sudah datang dekat dengan Atikah dan Aiman.
" Ehh sibuk je.. pergi main jauh jauh lah."Atikah menghalau Irfan.
" Ingat orang nie budak kecik ke, suka hati je nak halau suruh orang main jauh jauh nie "
" Yelah.. nak sibuk sibuk kat sini buat apa."
" Ehh rumah aku, aku punya sukalah mana nak pergi." sambil membelai kepala Aiman.
" Dah lah, kalau aku layan lagi sakit kepala nie." Atikah pun berlalu ke dapur dan Irfan hanya tersenyum kerana dia puas dapat mengusik Atikah. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia suka cari gaduh dengan Atikah.
******************************
" Wafa..aku nak gi library dulu lepas tu baru balik."
" ok gak tu.. lepas tu kau tolong antar aku ye.. kete aku hari nie demam lah."
" Tak da.. tak da jalan kaki." Nuratikah mengusik Wafa.
" Kau nak duit minyak ke? aku boleh bagilah."Wafa pula mengusik Atikah.
" Hihihihi.. aku main mainlah, takkan lah dengan kau pun aku nak berkira." di pautnya tangan Wafa dan mereka berjalan ke library. Rozida dan adlina telah menunggu mereka.
" Atikah lepas nie kita gi cafe nak." Rozida mengajak mereka ke cafe kerana lepas nie mereka tiada kelas lagi.
" Aku tak dapatlah hari ini , aku nak balik teruslah. Badan aku macam tak sedap je."Kata Atikah.
" Kau kenapa, tak sihat ke?"Soal Rozida.
" Entah agaknya nak demam kut. Hidung aku nie sakit je dari semalam.” Kata Atikah lagi.
" Ooo..kalau macam tu cepat makan ubat, dah melarat nanti lagi susah.” Nasihat Adlina pula.
semasa Wafa dan Atikah hendak ke tempat letak kerta mereka telah di sapa oleh Mazlan dan Amar.
" You nak balik ke, lepak lah dulu kita minum minum." Tegur Mazlan.
" Sorrylah aku ada hal, tak dapatlah nak layan kau orang berdua nie." Atikah berkata, dia memang menyampah dengan budak berdua nie, buaya darat dah banyak gadis mengejar mereka, tapi still nak mengacau Atikah dan Wafa. Mazlan suka pada Atikah manakala Amar sukakan Wafa.
" You nie kan suka sangat jual mahal dengan I. " Mazlan berkata dengan suara cuba memujuk Atikah.
" Maaf lah Encik berdua, tu awek kau dah datang, pergilah layan diaorang ye." Wafa berkata sambil menarik lengan Atikah. Manakala di depan sana Murni dan Shila datang dengan lenggang lenggok mereka sebijik macam kucing gatal nak mengesel.
" You nie penat I tunggu kat cafe, rupanya you jumpa minah kerek 2 orang tu." Murni berkata sambil menampar bahu Mazlan.
" Ehh mana ada sayang, dia orang yang tegur I and Amar, Jangan risaulah I tak layan budak macam tu." dan dia buat isyarat mata ke arah Amar dan Amar mengiyakan apa yang di katakan Mazlan si buaya darat tu.
Nama sebenar Mazlan adalah Tengku Mazlan bin Tengku Mansor, dia cukup terkenal di kolej mereka, dan dia juga buaya tembaga kerana semua gadis di usha nya, tapi dia hairan kenapa Nuratikah boleh tak jatuh hati kepadanya.Manakala murni adalah girlfriend dia, dia masih juga nak mencuba Nuratikah.
" Aku heranlah si Mazlan tu, dah ada Murni tapi still nak kacau kau. Apa masalah dia haa.." Wafa membebel.
" Biarlah dia nanti dah penat berhentilah dia." Jawab Atikah kerana malas nak fikirkan pasal Mazlan.
" Aku hantar kau terus ye wafa."
" Iyalah, tak kan aku nak pergi rumah kau pulak." Wafa dan Nuratikah nie berkawan dari sekolah lagi dan mereka juga masuk private kolej yang sama.
**********************************
" Hai.. baru balik ke? " Irfan menegur, banglo mereka pun tak jauh cuma sebelah menyebelah saja. Irfan ternampak Atikah dan terus menegurnya.
" Walaikumusalam.. tak.. nak keluar " sambil menjeling Atikah menjawab semula. Tapi masih sempat memerli dengan sengaja menjawab salam dahulu.
" Hihihi.. Assalamualaikum, Ohh.. macam tu pulak ye. Abang Shamsul bila balik?"Irfan sudah malu dengan kesilapannya kerana tidak memberi salam terlebih dahulu.
" Bulan depan dia balik lah.. kenapa tak chat je dengan dia sendiri." Jawab Atikah yang dah mula nak melangkah pergi dari garage.
"Aik.. tanya tu pun marah ke?" Irfan saja mengusik.
" Dah lah orang penat nie." dia terus melangkah masuk tanpa menghiraukan Irfan yang masih berdiri di situ.
" Hai.. Kak Ika kenapa lah muka macam orang tertelan cuka je nie, cubalah senyum sikit abang Irfan tu tanya je, bukan buat apa apa pun." Safwan menegur kakaknya, kerana dia ternampak Irfan bercakap dengan Atikah tadi.
"Dah kau diam lah, akak penat nie, kang akak kunyah kau pulak."Atikah terus melangkah masuk.
" Ehh.. Safwan cakap sikit pun kena marah gak.”dia terus keluar dan mendapatkan Saiful Dan Irfan yang tengah berbual. Mereka nak pergi main tennis
kalau ada Abang Shamsul lagi lah sakit hati Nuratikah kalau dia orang dah bersama dengan Irfan.
" Dah balik sayang ibu nie.. kenapa muka macam nie.. kalau ada orang nak datang meminang mesti tak jadi punya."
" Ika tak sedap perut lah bu...ehh. datang nak meminang mak som ke?" Ika tersenyum
" Kenapa pula mak som. Ika lah.. mak som nie dah tua mana ada orang nak lagi." mak som pula mencelah
" Ika tak berminatlah buat masa nie."Atikah menjawab sambil kaki mengarah ke tangga.
" Macam tu pula dia jawab. Anak bertuah." bebel Datin Nushamsiah.
" Ika naik dulu lah ibu,mak som Ika nak baring jap."Atikah meminta izin dari Datin nurshamsiah kerana dia rasa macam nak demam jadi dai nak makan ubat dulu dan baring sekejap.
" solat dulu dah asar nie." ibunya berpesan
" Ye..baik Ibu..."laung Atikah yang dah sampai ke tingkat atas.

No comments:

Post a Comment