Jual Mahal Lagi 5
Apa kenalah si Wafa sejak kebelakangan nie.Dah 2 minggu tak boleh renggang
dengan telefon dia, dah tu ada je message masuk ke phone dia. Dah ada boyfriend
ke dia. Tapi kenapa aku tak tau pun, takkan dengan kawan sendiri dia nak
sorokkan. Atikah mengomel sendiri di dalam hati…
" Woi! Wafa.. kau nie dah tak nampak ke yang kita orang bertiga nie
wujud." Rozida menyergah.
" Nampaklah, kau ingat aku nie buta ke?" Wafa membalas kata
sambil membalas sms yang masuk.
" Memang kau tengah buta pun.. bak sini phone kau tu, sapalah yang kau
sibuk bersms sekarang nie." Rozida cuba menarik telefon ditangan Wafa,
tapi Wafa sempat mengelak.
" Adalah..nanti bila ada masa yang sesuai aku bagi tau kau."
Sambil tersenyum senyum dan dalam masa yg sama ketiga tiga kawannya kehairanan
perangai pelik tiba tiba Wafa.
“Ohh..sekarang kau dah mula berahsia dengan kita orang ye.” Atikah bersuara
sedikit sayu..dia terasa kerana Wafa sebelum nie tak pernah nak berahsia dengan
mereka bertiga.
“Ehh..janganlah macam nie sayang.. nanti aku bagi tau kau orang semua…Cuma
bagi aku sedikit je masa..please..please..” Wafa membuat muka simpati.
“Ok tapi kau kena janji kat bagi tau kami bertiga..kalau tak kau duduklah
sorang..” Rozida saja mengungut.
Wafa menganguk dan menunjukkan isyarat peace kepada mereka bertiga.
" Esok saturday kau buat apa ha..jom gie tengok wayang." Atikah
memulakan rancangan.
" Wah.. nak enjoy je..kita dah semester akhir tau.. lagi berapa bulan
dah nak final exam. Lepak rumah je lah." Ketiga tiga mereka memandang ke
arah Wafa macam tak percaya je bila dia menolak mentah mentah macam tu.
" Woi! minah sejak bila pula kau jadi alim duduk kat rumah.. selalu
kau gak seronok nak buat study grouplah,asal weekend nak ajak pegi shoppinglah,
tengok wayanglah." Adrina bersuara.
" Hehehehe..Tak da aku rasa macam malas nak keluar esok. Tapi kalau
nak kau orang pergi bertiga je lah..ye." Wafa berkata sambil mengelip
ngelipkan matanya..konon nak buat muka innocent lah
" Suka hati kaulah minah." Rozida membalas.
Di rumah Atikah hairan juga melihat perangai abangnya yang sentiasa busy
dengan phone dan message masuk mengalahkan teenager bercinta. Dia terfikir
balik perangai abang tak ubah macam Wafa. Ahh lantaklah..Dia plan esok nak ajak
abangnya tengok wayang.
" Abang..!! abang.!!" Atikah mengetuk pintu abangnya, dan di
jengahnya kepala ke dalam apabila tiada sahutan abangnya. Rupanya Shamsul
tengah mandi. Baru je dia berpaling hendak ke luar bunyi isyarat message masuk
dari phone Abangnya. Dan dia bertekat untuk menyiasat siapakah yang abangnya
selalu berbalas message.
" Abang esok jadikan pukul 2 kita pergi KLCC tengok movie. Wafa tunggu
abang datang ambil."message tertera di telefon.
What!! Abang dengan Wafa, ohh pandai dia orang surukkan hubungan ye. Sekali
Atikah terdengar bunyi air paip di tutup, dia cepat-cepat berlari keluar dari
bilik Shamsul. 5 minit selepas tu dia mengetuk semula pintu shamsul dan
memulakan plan nya.
" Abang..!! Abang..!!" Atikah mengetuk pintu.
" Apa..!! masuklah." Shamsul tengah duduk atas katil sambil
mengadap laptopnya dia telah siap berpakaian.
" Abang.." Atikah memanggil shamsul dengan suara ala ala manja.
Sambil melabuhkan punggungnya di katil Shamsul.
" Apa.. nak apa? " shamsul memandang ke arah Atikah dan beralih
ke laptopnya semula.
" Esok jom temankan Ika tengok wayang." dia saja untuk menduga
abangnya.
" Abang busy esok ada keje sikit. Ika ajaklah Irfan syok sikit tengok
wayang ngan boyfriend nie."
" Ehh.. orang ajak abanglah, yang abang suruh ajak Irfan buat
apa?"Atikah meninggikan suara sedikit kerana nama Irfan pula di sabitkan.
" Nuratikah cuba terima Irfan tu, dia suka ngan Atikah tau."
Shamsul mengubah topik pula.
" Dahlah orang nak ajak dia banyak lak cerita yang keluar. Kalau tak
nak pergi sudah lah." Atikah sudah tegak berdiri henadak melangkah ke arah
pintu.
" Janganlah merajuk dah besar panjang pun nak berentak merajuk. Abang
memang ada hal, lain kali ye." Shamsul cuba memujuk Atikah.
" Yelah." Dan Atikah keluar dari bilik Shamsul dengan muka
muncungnya tapi selepas pintu di tutup dia dapat idea baru. Dia call Rozida dan
Adlina dan menceritakan segalanya selepas tu mereka pun plan untuk memerangkap
Wafa dan Shamsul.
" Atikah apalah kau nie, dah macam orang nak mencuri kita mengendap
macam nie." Adlina berkata mereka masih menunggu kehadiran 2 merpati
sejoli tu.
" Relax lah Lina, kau nie gabra lebihlah, kang kita nampak dia orang
keluar dari panggung barulah kita buat-buat terserempak dengan dia orang. Tapi
sebelum tu aku nak snap gambar mereka sebagai evidence kalau dia orang tak nak
mengaku yang dia orang dah jadi couple." Atikah berkata dengan penuh
semangat.
" Bagus juga ida kau tu Ika, nasib Shamsul lah dapat adik macam
nie." Rozida terkekek ketawa.
" wow.. tu dia dah keluar, adakah kau nampak apa yang aku
nampak." Atikah bertanya dan dia terus snap gambar Shamsul dan Wafa dengan
Iphone4 nya, mereka nampak sungguh mesra.
" Atikah apa kata kita follow je dia orang dulu dari jauh lepas
tu baru kita sergah dia orang."Rozida memberi cadangan.
" Haa.. cantik gak macam tu, taulah kau orang berdua lepas nie, mesti
kantoi punyalah dengan your super sister." mereka bertiga pun mengekek
ketawa. Setelah agak lama mereka mengekor merpati dua sejoli itu mereka pun apa
lagi. Taraaaa….
" Ha!!.. apa buat nie?" Atikah menyergah dari tepi, terperanjat
Shamsul dan Wafa.
" Ehh..ahh.. Atikah..hihihihi.. buat apa kat sini? " Wafa berkata
dengan tergagap-gagap.
" Ohh kita orang tengah skodeng orang curi curi dating." Atikah
buat gaya seperti mencari seseorang.
" Hahahahahahahaha..." Rozida dan Adlina ketawa.
" Dah lama buat keje nie." Atikah menyoal mereka lagi setelah
kedua duanya tersipu sipu malu.
" Apa nie Ika soalan tak boleh bla betul lah. Macam soalan kena
tangkap basah je." Shamsul bertanya Atikah seperti tidak selesa dengan
soalan adiknya itu.
" Tak ini soalan untuk tangkap kering punya..hihihihihihi."
Sekali lagi mereka bertiga ketawa.
" Aa...abang memang nak bagi tau Ika tapi ingat later on lah, jangan salahkan Wafa lak, abang yang tak bagi dia bagi tau Ika dan
yang lain lain." shamsul cuba mempertahankan Wafa supaya mereka bertiga
tidak salah anggap kepada Wafa.
" Ahh.. tak peduli sebab Abang dan Wafa telah belakangkan kita orang
so kita tak nak kawan dengan Wafa lagi." Ternganga mulut Wafa bila
mendengar Atikah berkata begitu manakala Shamsul menggaru kepala yang tak gatal,
Dan dia mula berdiri.
" Relaxlah Ika janganlah buat Wafa macam tu, kau orang dah kawan dari
sekolah lagi, takkan sebab abang dating dengan Wafa, Ika terus nak putuskan
persahabatan kau orang, kalau macam tu biar abang saja yang undurkan diri dari
pada kau orang terputus sahabat.” Shamsul cuba memujuk..tapi dalam hati tuhan
je yang tahu.
" Hahahahahahaha..." Mereka bertiga ketawa dan terus buat high
five. kerana rancangan mereka menjadi, Atikah sebenarnya suka Wafa berkawan
dengan abangnya tapi mereka bertiga buat begitu untuk menyakat Shamsul dan
Wafa.
Shamsul hairan kenapa pulak dia
orang ketawa ada ke aku salah cakap, rasanya aku cuma kata nak mengundurkan
diri dari teruskan perhubungan dengan Wafa saja.
" Kenapa kau orang ketawa?" Shamsul bertanya lagi
" Tak sangka Abang sanggup korbankan cinta abang kerana takut kami
putus kawan, Ika tabiklah ngan abang nie Tabik spring toinggg..." terus di
peluknya Shamsul kerana suka dan dia sendiri lupa yang dia berada di shopping
complex bukan di rumah.
" Ika kok ye pun janganlah peluk abang kat sini.Tadi buat kecoh macam
orang rebut boyfriend dah tu peluk abang lak nanti orang kata Ika tak
betul." Shamsul cuba meleraikan pelukkan Atikah.
" Maaflah nie abang kesayangan saya.. jangan salah anggap ye."
Atikah memberitahu kepada orang yang lalu lalang yang melihat perlakuannya.
" Dah abang jom belanja kita orang makan, Ika tau abang tak makan
lagikan."Gaya Atikah sambil mengusap usap perutnya konon dia terlalu
laparlah.
"Aik macam mana Ika tau?"Shamsul sedikit teruja macam mana adik
dia boleh tau yang dia belum makan lagi.
" Kita orang ikut dari abang masuk panggung lagi..hihihihi."
Atikah menyeringai sambil menunjukkan giginya yang putih dan tersusun itu.
" Tak senonoh tul lah Ika nie." kemudian Wafa datang dan memeluk
lengan Atikah.
" Wowowo..kau salah tanganlah Wafa, Abang aku punya tangan kat
situ." Sambil menunjukkan abangnya di sebelah kanan.
" Atikah sorrylah, aku rahsiakan semua nie, abang yang minta aku buat
begitu, aku pun serba salah sebenarnya kerana membelakangkan kau orang
bertiga." Wafa memegang tangan kawan-kawannya lepas satu.. satu.
" Mula tu aku memang nak marah pun, tapi tengok kau orang punya mesra
macam nie langsung aku cool sikit." Atikah berkata sambil mengangkat
kening kepada Adlina dan Rozida.
" Wah Atikah tak lama lagi wafa jadi kakak ipar kau lah." Rozida
pula berkata sambil tersenyum dan menaikkan keningnya pula.
" Macam tu lah nampak gayanya.. Wah dari sekarang kita kena panggil
dia kak Wafalah...hahhaahhaha." Mereka semua ketawa dan terus ke KFC.
Selepas makan mereka berpisah, Atikah menghantar Rozida dan Adlina balik ke
rumah manakala Shamsul menghantar Wafa. Atikah tidak sabar untuk terus
memberitahu ibunya dia memang tak simpan pun apa apa rahsia dengan ibunya.
" Betul ke?" Datin Nurshamsinar seperti tidak percaya.
" Betul lah ibu, Takkan Ika nak tipu ibu pulak." Atikah
meyakinkan ibunya.
" Kalau betul alhamdullilah." Sekali mereka terdengar bunyi enjin
kereta dan di lihatnya Shamsul yang baru sampai dari menghantar Wafa.
" Ibu just pretend lah macam tak tau apa-apa ye.." Atikah berpesan
kepada ibunya.
" Ok set." Dan mereka pun buat menyibukkan diri, ibu menonton tv
manakala Atikah buat-buat baca majalah.Selepas Shamsul menyalam Ibu dan Ayahnya
dia pun naik ke atas tapi sempat juga dia mencampakkan kusyen kecil ke arah
Atikah.
" Woi!!.." Atikah menjerit geram dan Shamsul cepat-cepat lari
naik ke tingkat atas. Selepas itu Atikah memandang Ibunya dan membuat isyarat
mengunci mulut kononnya itu rahsia mereka berdua.
Dah 3 bulan setengah perhubungan Shamsul dan Wafa, kedua keluarga juga
mengetahui dan merestuinya.
" Untung kau bro dah ada yang menerima kau, aku nie je lah yang masih
single, ada yang perkenan dia lak tak sudi." Irfan berkata selepas mereka
bermain tennis.
" Aku suruh tackle Atikah tu betul betul tapi kau tak berani."
Shamsul memberi green light.
" Aku dah cuba dulu, jadi aku takut nak cuba lagi..kau bukan tak tau
adik kau tu bro." Irfan berkata sambil menyimpan raket tennis.
" Ika nie pun satu keras sangat hati dia dengan kaukan. Tak pa aku
akan plan something dengan parent aku dan parent kau, dia mesti tak boleh nak
tolak punya. Aku dengar ayah pun nak suruh dia start kerja di office, dari dia
duduk rumah menghabiskan boregh yo." Shamsul tersenyum dan mengangkat2
kening seperti ada agenda baik dalam otaknya.
"hihihi.." Irfan ketawa.
" Bila ayah kau nak suruh dia mulakan tu." Irfan bertanya lagi.
" Tak silap aku ayah kata next monday."
" Maknanya 4 hari lagi lah."
" Yup.. nanti dah dekat dengan kau tu pandai pandai lah kau jalankan jarum
kau tu." Shamsul berkata sambil menepuk bahu Irfan.
" Thanks bro tapi jangan risaulah aku akan buat cara gentleman
punya." mereka ketawa lagi dan sambil tu mereka berkemas untuk balik, hari
nie Irfan tak memandu dia naik satu kereta dengan Shamsul.
Selesai mereka sekeluarga makan, Datuk Hanifah memanggil Atikah duduk di
depannya kerana ada perkara yang dia nak bincangkan.
" Ayah nak Atikah masuk office hari isnin nie." Datuk Hanifah
memandang ke arah Atikah.
" Ala ayah bagi lah Ika cuba di tempat lain dulu." Atikah mula
merapatkan diri kepada ayahnya.
" No.. Ayah tak mahu dengar rayuan Atikah lagi.. yang ayah tau Ika
ikut ayah ke pejabat hari isnin nanti." Dan Ika hanya mendiamkan diri,
sebenarnya dia malas nak berselisih dengan Irfan. Dalam masa yang sama dia
ingin berdikari sendiri kononnya.
Akhirnya Atikah akur dengan permintaan ayahnya. dia bangun pagi dan bersiap
untuk mengikut ayahnya ke office, dan Datuk Hanifah menyuruh Atikah naik satu
kereta dengannya. Dia nak Atikah masuk ke pejabat bersama dengannnya dan diatak
nak Nuratikah terlambat sampai.
" Assalamualaikum Datuk." Pekerja-pekerja memberi salam setiap
kali Datuk Hanafiah melalui meja mereka. Atikah hanya melemparkan senyuman
kepada setiap pekerja dan mereka membalas senyuman Nuratikah.
" Walaikumusalam warrahmatulahiwabarakatu.” Datuk Hanafiah menjawab
setiap salam yang di beri sambil mengangguk anggukkan kepalanya,dan apabila dia
sampai di hadapan meja setiausahanya dia menyuruh atikah masuk kebiliknya dulu.
“Murni suruh mereka berkumpul di bilik mesyuarat, saya ada perkara nak bagi
tahu." Arahan Datuk Hanafiah kepada setiausahanya.
" Baik Datuk." Balas murni sambil berdiri dan menghulurkan fail
kepada datuk Hanafiah.
" Nie Datuk Khairill dan Khairul Irfan sudah sampai ke? " Datuk
Hanifah bertanya lagi.
" Sudah Datuk, mereka pun baru beberapa minit sampai." Balas
Murni.
" Bagi tahu mereka jumpa di bilik mesyuarat. Atikah jom masuk bilik
dulu." Murni hanya melihat Atikah mengikut Datuk dan dia mengagak mesti
ini Anak perempuan tunggal Datuk Hanifah, Cantik dan manis orangnya dan nampak
seperti tidak berlagak.
" Assalamualaikum semua." Datuk Hanifah memulakan dengan salam
kepada semua staffnya.
" Walaikumusalam." Mereka menjawab serentak.
" Ok.. hari ini saya perkenalkan anak perempuan saya Nuratikah,
Rasanya semua mengenali diakan dan dia akan mula bekerja hari ini." Datuk
hanifah memperkenalkan Atikah kepada pekerjanya.
" Boleh kami tahu cik Nuratikah akan di tempatkan bahagian mana Datuk."
Salah seorang staff bertanya.
" Bahagian pemasaran dan dia akan bekerjasama dengan Encik Khairul
Irfan. So dia adalah penolong pengurus. " Atikah agak tersentak apabila
dapat tahu yang dia kena bekerjasama dengan Irfan dan maknanya dia selalu akan
bersama Irfan tapi dia cover gak takut pekerja-pekerja yang memandang ke
arahnya perasan ketidak selesaannya.
Irfan menghulur tangan kepada Atikah dan dia terpaksa menyambutnya kerana
dia tak nak memalukan Irfan di depan staffnya. Atikah teragak agak untuk
menyambutnya. Dalam hati dia menyumpah seranah kerana Irfan sengaja hendak
mengenakan dia.
" Tahniah dan selamat datang ke Mutiara Holding semoga kita dapat
bekerjasama. " Datuk Hanifah dan Datuk Khairil hanya tersenyum di sebelah.
Irfan sempat mengenyitkan matanya kepada Nuratikah.
" Harap harap macam tu lah." Di paksa juga untuk bermanis muka di
depan semua.
" Irfan tunjukkan bilik Atikah ya.. Uncle got something to do with your papa." Datuk Hanifah dan Datuk Khairil berlalu pergi.
" Jom Ika.. saya tunjukkan bilik." Irfan mempelawa Atikah.
" Ok " Itu sahaja yang mampu di jawab oleh Atikah.
Bilik Atikah dan Irfan bersebelahan dan pemisahnya hanya dinding separuh
cermin.
" So what do you thinks about your room, if you need anything just
call me okay." Irfan tidak mahu lama di dalam bilik itu, kerana Atikah
sentiasa dingin dengannya dan baru sahaja dia hendak melangkah keluar.
" Mmm.. Irfan thanks." Atikah senyum kepada Irfan dan dia pun tak
tahu kenapa dia boleh termurah senyuman pula dengan Irfan hari ini.
" Sama sama, tapi kalau Ika senyum selalu macam nie kat saya lagi saya
suka." Dia dah mula mengusik Atikah semula.
" Blueeeek." Atikah menjelirkan lidah dan Irfan apa lagi ketawa
besarlah dia. Sampaikan Murni di luar pun terjegah-jegah kepalanya untuk
melihat apa yang sungguh melucukan hati Irfan, mereka semua tahu Irfan jenis
serius bila bekerja dan tak pernah ketawa begitu besar, setakat senyum sikit-sikit
dan mencairkan hati staff yang dara adalah.
" Ok saya keluar dulu dan lunch nanti kita pergi dengan papa and uncle
tau." Irfan mengingatkan Atikah dan sempat juga dia mengenyitkan matanya.
" Ok..Ok.." Atikah sudah mula rasa malas nak banyak cakap dengan
Irfan.
Atikah duduk di kerusi dan melihat sekeliling biliknya dan tengah
memikirkan mungkin akan mengubah sedikit susun atur bilik nie dan dia juga nak
buat tempat solat di salah satu sudut di biliknya dan dalam masa yang sama
Irfan mencuri pandang ke arah Atika, dia tersenyum melihat gelagat atikah
seperti tengah merancang sesuatu, dan pantas dia tunduk memandang kerja di atas
meja apabila tiba-tiba Atikah berpusing dan memandang ke arah biliknya.
Kemudian diangkat mukanya semula dan memandang kearah Atikah dengan senyuman
tapi Atikah membalas dengan menjelirkan lidahnya kepada Irfan seperti mengejek
tapi Irfan hanya tersenyum dan mengeleng-gelengkan kepalanya kerana terasa
gelihati pula dengan telatah Nuratikah tadi.
" Atikah bagi tau Irfan ayah dan uncle Khairil ada di lobi nie."
Datuk Hanifah menelefon Atikah.
" Baik ayah." Dan Atikah bangun menuju ke bilik Irfan.
" Ya.. masuk." Irfan memberi arahan.
" Irfan." Atikah tidak masuk tapi hanya memanggil Irfan dari
depan pintu sahaja.
" Haa.. ya." Irfan mendongak dan melihat Atikah yang tegak
berdiri di depan pintu.
" Our dads is waiting downstair.. So are you ready now." Atikah
memberitahu dan bertanya kepada Irfan.
" Yup dear..I'm ready." Irfan bangun dan bersiap untuk keluar.
" Apa dear..dear.. Perasan." Atikah menegur Irfan tapi dia buat
muka seposen je dan berjalan keluar dari biliknya. Mereka berjalan beriringan
dan terus mendapatkan Datuk Hanifah dan Datuk Khairil.
" Irfan bawa kereta kamu. After lunch uncle and your papa ada meeting
outside, so Ika naik dengan Irfan. Datuk Hanifah memberi arahan yang memang
Atikah tak boleh nak tolak lagi.
" Hmm.. Iyalah ayah." Dia mengeluh dan tak boleh nak ingkar
arahan Datuk Hanafiah.
" Hai.. macam tak sudi naik kereta dengan saya." Irfan menegur
atikah sambil memandu, dia hanya mengikut kereta Datuk Hanifah dari belakang
dan mereka akan makan di restoran melati.
" Nak buat macam mana dah terpaksa, sudi atau tidak tetap gak kena
naik." Atikah menjawab acuh tak acuh.
" Nuratikah.. kalau macam nie sikap awak macam mana kita nak settlekan
hal berkaitan kerja, awak asyik dingin je dengan saya, Saya pun tak tahu apakah
salah besar yang telah saya lakukan kepada awak." Irfan mengeluh dan masih
fokus kepada pemanduannya.
Atikah tersentak dengan kata-kata Irfan dan bila di fikirkan semula memang
dia pun tak tahu kenapa yang dia mesti nak marah dengan Irfan walaupun perkara
tu kecil. Mudah sangat dia nak melenting dengan Irfan.
" Saya minta maaflah kalau awak terasa dengan perbuatan saya terhadap
awak selama ini." Atikah cuba berlembut dan ada sedikit rasa bersalah.
" Memang terasa pun, sangat terasa." Dan atikah mengalihkan
pandangannya keluar dan tersenyum sedikit.
" Tak palah bagilah saya masa untuk menyesuaikan dengan awak dan
keadaan di pejabat." Atikah berkata tapi muka tetap memandang ke arah luar
tingkap.
" Betul nie.. so awak sudilah terima saya."
" Laa..dia niekan. Perasan orang cakap pasal kerja" Atikah
mengeleng gelengkan kepalanya.
" Ok..ok.. take your time.." Irfan tersenyum.
Hari ini Atikah balik ke rumah pun dengan Irfan, dia tak ada pilihan kerana
pagi tadi dia datang dengan Datuk Hanifah.
" Ayah nie macam nak kenakan Ika jelah." Atikah merungut dengan
ibunya.
" Kenakan apa pula nie? " Ibu bertanya sambil menuangkan air dan
duduk di meja dengan Atikah.
" Yelah, pagi tadi ayah suruh Ika ikut ayah pergi office dah tu balik
Ika kena tumpang Irfan, dahlah lunch tadi kena naik dengan Irfan balik pun
sama, menyampah betul lah." sambil memuncungkan bibirnya.
" Apalah salahnya. Irfan tu ok apa.. Ibu pun perkenan dengan dia,
cubalah Ika cakap elok-elok dengan dia, Ibu tengok dia tu elok
segala-galanya,budi bahasa tinggi, hormat orang tua tak berfoya foya dah tu
bukannya kaki perempuan pun, apa lagi silapnya." Sambil menuangkan air ke
dalam cawan.
" Ibu tu kalau dah perkenan ada je, semuanya elok." Atikah
mengerutkan mukanya.
" suka hati kamulah Ika, Malas ibu nak cakap dengan kamu nie. Dah
minum air tu dah naik sejuk." Datin Nurshamsiah terus minum dan buat macam
tak kisah dengan rungutan Atikah.
Tapi memang benar apa yang ibu aku katakan, memang tak di nafikan
kebenarannya, Tapi entahlah.
No comments:
Post a Comment