Sunday, 21 November 2010

di tinggal...dan terkenang...

aku nie mcm chipsmore cookies...hilang timbul,rasanya tak terlewat lagi nak ucapkan selamat hari raya aidiladha...keriangan balik menyambut syawal di malaysia,bertemu kedua ibu bapa,adik beradik dan sanak saudara masih segar di ingatan...segala gambar di simpan sebagai kenangan..
balik ketika puasa jadi tak banyak tempat boleh di lawati..sebab nak kejar kan masa utk berbuka puasa bersama keluarga...tapi aku tak kisah tak pergi berjln sangat...yg penting aku dpt berbuka puasa setiap hari bersama keluarga...dan adik2 aku yg bekerja di selangor dan kl pun balik every weekend to spend time with us and family...
pada hari mantai yg aku seronok keriuhan bersama adik beradik sibuk di dapur menyedia bahan utk rendang,lemang dan ketupat...aku tak sia sia kan masa yg ada...tapi mantai pada syawal yg lepas bukan sahaja kenangan beriuh rendah ketika di dapur..tapi panik satu family bila anak buah ku yg tgh nakal dan lasak minum minyak tanah..tapi kami tak pasti sama ada dia minum banyak atau tidak..tapi dari apa yg doc kata mungkin dia tak sempat telan banyak..cuma tercurah di atas bibir nya..nak kata kami cuai tidak...kerana dia baru sangat di bawa masuk oleh bapa saudara dan apa bila pakciknya berpaling dia pun terus lari keluar...dan nasib baik anak2 ku terdengar suara dia menangis di luar..dan kakak2 nie tau mesti ada sesuatu terjadi dan kakak2 nie terus menjerit2 panggil kami...dan oleh tragedi itu..lemang yg patut kami boleh angkat,tapi kami terlupa kerana kelam kabut dgn apa yg si kecik nie buat...akhirnya lemang keras sebelah...kami dah tak kisah kan itu semua yg lagi penting adalah anak buah ku...tapi nasib baik lah hospital kuala pilah tu cuma 3 min je dari rumah kami...yg kelakarnya doctor kata yg thn lepas pun perkara yg sama berlaku pada seorg kanak2 juga pada hari mantai tapi budak tu terminum banyak..dan stay lama gak kat hospital,anak buah ku keluar pada tgh hari 1 syawal tu...lepas tu baru lah kami berasa seronok nak beraya...
seminggu berhari raya kami terpaksa meninggalkan kedua ibu bapa dan keluarga untuk pulang ke UK sampai di UK dan pada ke esokan harinya aku pack brg2 untuk pindah ke rumah baru...dlm kepenatan long journey tak habis aku terpaksa pula pack brg...dan selepas 2 bln di rumah baru..baru beberapa hari ini line internet aku active semula...bkn salah kami tapi service mereka nie...dah tahap hampeh...selepas kita mengamuk baru lah akhirnya dpt...

No comments:

Post a Comment