Wednesday, 21 December 2011

Jual Mahal Lagi 4

Atikah hari ini menghantar Atuk dan wan nya balik ke kuala pilah. Sebab Atikah cuti 1 minggu jadi dia offer dirinya untuk menghantar Atuk dan wan dan dia juga nak bercuti 2 atau 3 hari di sana. Wan dia bukan boleh duduk lama di rumah anak anak, sibuk risaukan ayam dan itiknya.
Di kampung
"Banyak lagi ke ayam wan bela."Atikah bertanya kepada Maimon.
" Ado yo.. apo kau nak makan ayam kampung ko ? wan suruh dak ucop semolih an." Wan Maimon bertanya dan memberi cadangan.
" Boleh gak wan, kita buat rendang nak ? " Atikah terus bersetuju.
"Buleh dah tu kau nak campur maman tak?" Tanya Maimon lagi.
" Wow! sodap tu wan, buek podeh podeh sikitkan..hihihihi" Atikah mencadangkan sambil tersenyum dan menunjukkan baris giginya yang putih. dah macam iklan colgate je. Atikah nie kalau dia senyum lebar lesung pipit sebelahnya akan terkeluar di tepi bibirnya nampak memang cantik.
" Kau porah santan tu biar wan idupkan api." Wan Maimon walaupun rumahnya mewah tapi dia tetap hendakkan dapur kayu. katanya Masak mengunakan dapur kayu lagi sedap, bangsal untuk dia memasak sentiasa kemas dan teratur tidak kotor dan berdebu. Kerana pembantu rumahnya akan mengemas dan membuang sisa abu tersebut apabila selesai memasak di situ. Tapi jarang juga Wan Maimon menggunakan dapur kayu tu..selalunya bila nak masak rendang atau dodol, kenduri saja dia gunakan.
" Iyo wan... Wan tak yah banyak na buek kojo biar Ika buek yo. Wan arah an jo." sambil tersenyum Atikah bercakap ngan wan Maimon
" Apo laie yang di buek kek kau orang berduo nie." Atuk pula datang menjengah.
" Ika tak bagi wan banyak na buek kojo, biar dio tolong sikit sikit tak po lah."Atikah menerangkan kepada atuk nya.
" Wan kau tu nak duduk diam. Tak payah do, dio bukan ghoti duduk diam tu paneh yo buntut ehh kalau duduk lamo, ado yo bondo nak di buek ehh." Atuk memerli Wan Maimon sambil menarik kerusi untuk duduk sama di meja.
" Dah tak payah lah awak membebel kek ese ni, Poie duduk ontok-ontok kek dalam tu, kang dah siap masak orang panggil lah awak." Wan mengarahkan atuk untuk masuk ke dalam.
" kau tengok lah wan kau tu Ika, tak buleh atok nie bercakap sikit, koba ehh kito nie membebel an dio. Lobih baik den tengok wrestling." Razak terus berdiri dan melangkah masuk ke ruang keluarga.Atikah tergelak gelak melihat kerenah atuk dan wannya bila bertekak. itu namanya gaduh gaduh sayang. Atikah sudah membawa barang untuk memulakan masak dengan wannya di bangsal.
Atikah tidak kekok untuk membantu buat kerja ini dan dia rasa nyaman sambil memasak terasa angin meniup sepoi-sepoi, seperti semua tahu Dato Hanifah suka anak anaknya belajar cara kehidupan di kampung. Walaupun Maimon berasal dari keluarga senang tapi dia suka cara dan tetap mengamalkan cara kehidupan kampung. Dia akan bising kalau cucu perempuannya tidak turun ke dapur kalau setiap kali balik ke kampung.
Selepas tiga hari di kampung Atikah balik ke kuala lumpur. Dia rasa malas untuk meninggalkan Atuk dan Wan nya, tetapi dia masih banyak benda nak di buat.
“Assalamualaikum.” Atikah memulakan salam.
“Walaikumusalam warrahmatulahiwabarakatu.” Wafa membalas jawab.
" Wafa kau buat apa esok.. datang rumah aku ye." Atikah bertanya Wafa.
" Aku free memang tak ada buat apa apa." Jawab Wafa sambil baring di atas katil.
"Kalau macam tu esok datang sini ya. " Pelawa Atikah.
" Ok no problem." Wafa Setuju kerana dia pun kebosanan.
Selepas habis berbual dengan Wafa di telefon Atikah terus turun untuk mendapatkan Datin Nurshamsiah
" Ibu! oh ibu!.. " Atikah mencari Ibunya.
" Hai.. apa nie terjerit jerit nie." Datin Nurshamsiah keluar dari dapur.
" Hihihihihi.. Ibu esok Wafa datang sini tau.. Ika ajak dia datang rumah, Ika boring lah." dengan nada manja nya.
" Apa? Wafa datang.. kalau macam tu abang MC lah." Shamsul yang baru turun ke tingkat bawah menyampuk.
" Ehh.. Wafa nak datang tapi yang abang nak amik MC kenapa pulak." Atikah kehairanan dan dia tau yang Shamsul suka sangat nak menyibuk dan menyakat dia.
" Saja.. so bolehlah abang lepak sama-sama." Shamsul bercakap sambil mengangkat keningnya.
" Banyaklah abang punya lepak-lepak.. agaknya abang suka kat Wafa tak." Atikah saja menduga.
" Mana ada.. dia cute je." Shamsul membuat muka ala ala gedik.
" Ya allah.. menyampah lah pulak cara dia.. dah suka cakaplah suka nie tak nak mengaku" Ika mencebekkan bibirnya.
" Betul lah tu Shamsul kalau suka ibu boleh pergi meminang." Datin Nurshamsiah pula mencelah.
" Ehh.. ibu jangan buat keje, buatnya si Wafa tu dah ada steady boyfriend buat malu Abang je nanti. " Shamsul takut Ibunya ambil serius dengan kata-katanya tadi, tapi kalau betul pun best gak. Shamsul berkata dalam hati.
" Dia single lah abang.. Ika nie kan ke bests friend dia.." Atikah mencucuk jarum pula saja nak menduga Shamsul.
" Dah sudah abang main main je lah.. sapalah yang nak kan abang yang dah sememangnya macho nie." shamsul tergelak dan Atikah melepuk bahu abangnya.
" Perasan macho lah pulak..nak muntah Ika dengar." Atikah menjelirkan lidahnya seperti mahu muntah.
" Ala Ika jelouskan. Nie Irfan ajak main tennis petang nie. So nak join tak?" Shamsul mengubah topik, takut kalau cerita lebih dia juga yang terperangkap.
" Tak nak lah.. lagi hilang mood kalau dia ada sekali." Atikah terus terhenti tersenyum bila Shamsul mula membuka topik Irfan pula.
" Esok abang memang cutilah.”sambil berlari naik ke biliknya. “Ibu kawinkan je dia orang berdua nie. Nanti baik lah dia orang." Shamsul sudah menjarakkan dirinya dari Atikah dan mula hendak mengatakan sesuatu lagi.
" wah.. ini sudah lebih, main kotor nampak.. suka suki hati dia nak jodoh kan orang." Atikah cuba untuk mendapatkan Shamsul.
" Ehh ok apa Irfan tu.. Ibu..!! nanti Abang suruh Irfan masuk meminang." Laung Shamsul sambil berlari kerana dia tau Atikah pasti akan memukulnya apabila dia berkata begitu.
" Tak guna punya abang.. badigol ketambol. Nanti dia.. esok Wafa datang Ika kenakan dia balik." Ika membebel depan ibunya. Manakala Datin Nurshamsiah tak boleh nak kata apalagi kerana itu lah ragam anak anaknya walaupun dah besar panjang.Tapi dia tau anak-anaknya sekadar bergurau tak pernah ambil serius pun.
" Kalau macam tu esok ibu buat laksa nak?" Datin Nurshamsiah membuat cadangan.
" Ok gak itu, lama tak masak laksa kan ibu." Atikah setuju dan tersenyum sambil mengangkat ibu jarinya,dalam masa yang sama terus terlupa yang dia baru je panas hati dengan abangnya.
Atikah pergi juga ke rumah Datin Kalsom untuk berjumpa Nafisa. Dan semasa dia sampai di lihatnya Irfan leka melayan Aiman di buaian. Dan dia memberi salam juga kerana dah datang ke rumah orang, Salamnya di sambut oleh Irfan. Atikah sebenarnya teragak-agak sama ada nak terus ke dalam atau mendapatkan Aiman dulu..Atikah tidak terus masuk ke dalam dia pergi kebuaian untuk mendapatkan Aiman. Dia cuba mengambil Aiman dari pangkuan Irfan, tapi Irfan telah menahan tangannya. Dan cepat cepat Atikah melarikan tangannya.
" Apa nie pegang tangan orang." Atikah menegur perbuatan Irfan.
“Ye ke? ingat tangan aiman tadi."Irfan menyengeh. Saja je dia berkata begitu,dia memang nampak pun yang dia memegang tangan Atikah.
“Mengatal pulak dia. Bagi Aiman kat orang."Atikah menghulurkan tangan kepada Aiman.
“Aiman... Aunty Atikah nie kan sombong sangat dengan pak su." Irfan mengusik Atikah dengan cara bercakap dengan Aiman, manakala Aiman yang tak tahu apa apa hanya memandang muka Irfan.
" Aiman.. Mari sini kat aunty... Aiman jangan rapat sangat dengan pak su ni, nanti penyakit kucing miang terkena kat aiman." Dan dia cuba sekali lagi mengambil Aiman Tapi Irfan cepat-cepat memeluk Aiman.
“Say sorry first... if not..." Irfan membuat muka serius.
“Why..what.?." Atikah seganja bertanya sambil menjeling Irfan.
“You call me kucing miang tu."Irfan memuncungkan bibir seperti orang merajuk.. Sekali Nafisa keluar apabila terdengar seperti orang bercakap dan dia memang pasti yang Atikah datang. Dan Atikah berterima kasih di dalam hati apabila Nafisa datang ketika dia didalam kekalutan.
" Ehh.. kenapa tak masuk? " Nafisa bertanya kepada Atikah
" Memang nak masuk pun, tapi nak ambil Aiman nie." Sekali lagi Atikah menghulurkan tangan kepada Aiman.
" Tak lah long dia tipu, saya dah suruh dia masuk jumpa Along kat dalam tapi dia kata dia nak lepaskan rindu kat Irfan dulu." Nafisa tergelak bila Irfan berkata begitu manakala Atikah tergangga mulutnya kerana tak sangka yang Irfan buat cerita.
" Ehh dia tipulah kak Fisa.. dah lah kak jom kita masuk.. Si meow meow nie kata akak nak bagi barang." Atikah menjeling Irfan.
" Ha ah.. jom bawa Aiman tu sekali." Atikah terus menarik Aiman dari pangkuan Irfan dan Irfan sempat lagi mengenyitkan matanya kepada Atikah. Tapi Atikah membalas dengan menjelirkan lidahnya kepada Irfan. Irfan ketawa kerana dia rasa seronok dapat mengusik Atikah.
" Cantiknya beg nie kak fisa. Ika suka sangat." Nafisa baru balik dari Paris dan dia telah membeli handbag untuk Atikah. Salah satu kegemaran Atikah adalah mengumpul beg tak kira apa jenama. Dalam Atikah seronok berbual dengan Nafisa Datin Kalsom balik muncul di muka pintu bersama Dato Khairil.
" Ohh..Anak dara nie ada kat sini. Atikah jumpa Irfan ke? " Datin Kalsom pula mengusik Atikah.
" Haa.. Ehh tak lah aunty Ika datang pun sebab kak fisa nak jumpa, Nie dia bagi Ika Beg cantik tak ? " ika berasa malu dengan usikan Datin Kalsom tadi.
" Mestilah cantik, Kak Nafisa dengan Atikah tu sama selera, berapa banyaklah beg yang kau orang nak kumpul. Dah penuh almari tu aunty tengok. " Datin Kalsom berkata sambil tersenyum.
" Hihihi..kalau dah suka tu aunty mana boleh tahan tahan. " mereka bertiga ketawa
" Kak fisa.. Ika balik dululah, terima kasih banyak sebab sudi belikan present untuk Ika. Nanti kita jumpa lagi ye. " Atikah terus mencium Aiman dan Aiman juga mencium pipi Atikah apabila diminta oleh Atikah. Irfan hanya memandang perlakuan itu, dia tersenyum sendiri dan dia tau Atikah sukakan kanak-kanak.
" Kalau macam tu.. Irfan hantarkan Atikah nie balik. " Datin Kalsom mengarahkan Irfan.
" Ehh tak pa aunty bukan jauh pun..sebelah je tu haa... " Atikah sudah menghulurkan tangan kepada Nafisa dan Datin kalsom.
" Memang tak jauh tapi kalau nak berlaku apa-apa, depan rumah pun boleh berlaku.. dah biar Irfan hantar kamu tu.” Kata Datin Kalsom lagi dan Atikah tak boleh menolak lagi, dia pun tak nak lah Datin Kalsom berkecil hati pula.
" Awak..!! suka budak-budak ke? " Irfan memulakan perbualan.
" kenapa lak? " Atikah menjawab dengan gaya malas,dia cuba nak melajukan langkahnya sebab dia tak nak berlamaan dengan Irfan.
" Tak dalah, rasanya kalau ada anak sendiri mesti awak layan lebih dari Aiman kan." Irfan saja mengusik.
" Mestilah dah anak sendiri." Atikah menjawab dengan selamba.
" Untunglah siapa yang dapat awak nantikan." Kata Irfan lagi sambil tersenyum.
Atikah tidak menjawab tapi memandang dan terus menjeling. Irfan hanya menghantar Atikah hingga ke pintu pagar sahaja, itu pun atas permintaan Atikah kerana dia tak mahu Abang dan adik-adiknya nampak.
Baru Atikah memberi salam dan hendak masuk ke dalam Shamsul terus menerpa ke arahnya.
" Ika pinjam phone jap." Shamsul terus memegang tangan Atikah.
" Abang nak buat apa dengan phone ika? Ika bagi salam pun mesti abang tak jawabkan " Atikah menyoal Shamsul
" Abang nak transfer gambar abg yang ada dalam phone awak tu ke phone abang." Shamsul memberi alasan.
" Kalau macam tu biarlah Ika yang buatkan." Atikah mengeluarkan Telefon dari poketnya.
" Ehh..bagi sini lah phone tu kejap." Shamsul cuba mengambil Telefon dari tangan Atikah.
" Mana boleh.. telefon orang suka2 je dia nak main paksa." Cepat-cepat Atikah melarikan telefonnya.
" Nie mesti ada gambar boyfriend kan..kalau tak kenapa tak bagi kat abang."Shamsul menmanjangkan lehernya apabila Atikah cuba berpusing.
" Banyaklah..nah tak bagi menuduh orang pulak." Atikah menyerahkan telefon kepada Shamsul dengan dahi yang berkerut kerana geramdengan mulut Shamsul. Tadi dengan Irfan sekarang dengan Abangnya pula.
Sebenarnya Shamsul bukan nakkan gambar tu sangat. Dia ada niat di sebaliknya.
" Nah amik balik.. Thanks a lot dear and I luv you so much." Sambil mencubit pipi Atikah dan bangun meninggalkan Atikah.
" Woi ! Hampeh punya doctor.. sakit pipi Ika lah." dia menjerit sambil mengosokkan pipinya.
" Apa nie ika dah malam pun terjerit macam nie." Shamsul berpusing dan menekup mulut Atikah..kerana dia tak nak mak membebel kerana mengusik Atikah. Kemudian cepat-cepat Shamsul berlari masuk bilik dan memulakan agendanya. Atikah pula terus masuk ke biliknya.
" Hello..Assalamualaikum."Shamsul memulakan salam.
" Walaikumusalam.. sapa nie." Wafa pula menjawab.
" Cubalah teka? "Shamsul cuba menahan tawanya..
" Manalah saya tahu dah keluar pun 'unknown'..saya rasa awak salah call nie." Wafa Malas nak melayan kalau orang yang tak di kenali menelefon nya.
" Tak saya tak salah call pun sebab saya pasti sangat yang ini adalah nombor Wafa Ariella binti Datuk Roslan." Shamsul masih menahan tawa dan dalam masa yang sama dia gugup juga.
" Awak nie sapa sampaikan tahu nama penuh saya. " Wafa kehairanan. Dan dia ada berasa cuak sedikit, kerana tak semua orang ada nombor telefonnya, Cuma saudara rapat dan rakan karib yang bertiga tu je yang tahu nombor dia.
" Wafa! nie abang Shamsul lah." Sambil ketawa dia menjawab.
" Laa.. Abang Shamsul, buat takut Wafa je, yelah mana ada orang lelaki tau no Wafa nie.” Wafa berkata.
" Iyalah tu, atau nak cover line." Shamsul saja menduga Wafa sambil terkekek ketawa.
" Betul lah, kalau abang tak percaya tanyalah Atikah, sebab Wafa mana ada rahsia dengan dia." Wafa mempertahankan dirinya.
" Ya.. Abang percaya, tapi pasal abang call nie Wafa jangan cerita dengan dia, abang curi ambil dari phone dia nombor Wafa nie, Rahsia kita tau." Shamsul merayu.
"Lah.. kenapa pula macam tu." Sekali lagi Wafa kehairanan
" Kalau Wafa tak kisah, abang nak kenal Wafa dengan lebih dekat. Will you be my friend?" Shamsul dengan gaya seorang gentleman meminta kebenaran daripada Wafa.
" Ermmm..kita memang kawankan abang Shamsul .." Wafa berkata dengan jujur dan dia tak tau apa maksud Shamsul yang sebenar.
“Tapi Wafa.. abang nak kawan rapat sikit ngan Wafa dan nak kenal Wafa lebih dekat..boleh tak?” Shamsul menanti jawapan dari Wafa.
“Boleh..tapi kenapa nak rahsiakan dari Atikah pula.” Wafa bertanya lagi.
" Hmmm…Buat masa nie jadikan ianya rahsia antara kita dulu, dan bila dah ada masa yang sesuai kita baru ceritakan." Shamsul memberi kepastian.
" Ok" Wafa setuju dengan cadangan Shamsul.
" So good night and assalamualaikum." Shamsul berasa seronok dan berbunga bunga kerana Wafa setuju dengannya walaupun dapat bermula dengan kawan biasa tapi Shamsul tau yang dia pasti akan dapat menawan hati Wafa.
" Walaikumusalam." Wafa tak sangka yang Shamsul begitu gentleman dan sanggup ambil no dia dari Atikah dan sebenarnya Wafa pun suka Melihat Shamsul tapi dia masih malu nak mengaku terus..biarkan masa yang menentukan.

No comments:

Post a Comment