Saturday, 11 January 2014

Adakah ini takdirku 34


"Abang! Bangun mandilah... setengah jam lagi nak masuk subuh dah." Syuhada mengejutkan Khairil Qushairy, dia awal-awal lagi sudah bangun dan terus mandi untuk membersihkan dirinya.

"Hmm... Sayang dah mandi ke?" Khairil Qushairy berpusing dan terus bertanya kerana melihat kepala Syuhada sudah di baluti tuala.

"Baru sudah ni... Hada siap ambil wudhu sekali ni... Abang nak solat di masjid atau di rumah." Syuhada bertanya kerana Khairil Qushairy kalau tidak kerana terlewat bangun dia kerap juga solat subuh di masjid berhampiran rumah mereka ini.

"Tak sempat kut Abang nak ke masjid ni... Kita solat sama je lah... Abang mandi kejap." Khairil Qushairy tersenyum memandang Syuhada, nasib baik isterinya itu sudah ada wudhu, kalau tidak pasti satu ciuman sudah melekat di dahi Syuhada.

"Dah cepat Abang... Tak payah nak sengeh-sengeh." Syuhada cepat-cepat menegur kerana dia takut Khairil Qushairy membuat sesuatu kepadanya.

"Nasib baik sayang dah ada wudhu... kalau tak.. Aumm!" Khairil Qushairy membuat gaya seperti mahu menerkam, dia ketawa dan terus masuk ke dalam bilik air.

"Ya Allah... Betul lah laki aku ni." Syuhada berkata sendiri. Dia terus mengeringkan rambutnya dan kemudian dia memakai telekung. Dia mengaji dahulu sementara menunggu Khairil Qushairy selesai mandi. Sekarang putaran kehidupannya telah bertukar, kalau dulu dia boleh melakukan sesuatu ikut sukanya tetapi tidak lagi sekarang ini... Semua yang hendak di lakukan harus dengan izin suaminya.

Bergenang airmata Syuhada, sayu hatinya mendengar bacaan doa Khairil Qushairy, kalau dulu dia hanya membaca doa untuk dirinya dan kini dia mengaminkan doa yang di baca oleh suaminya. Selesai berdoa Khairil Qushairy berpusing mengadap Syuhada dan dia menghulurkan tangannya untuk di salami oleh Syuhada.

"Lah kenapa meleleh pula airmata ni." Khairil Qushairy menegur.

"Hada tersentuh dengar doa Abang tu."

"Ialah... Abang harap kita sama-sama dapat menghadapi susah senang di dalam perkahwinan kita ini, dan satu lagi Abang tak mahu Hada sembunyikan apa-apa masalah dari Abang tau.” Pinta Khairil Qushairy.
"InsyAllah Abang."

"Dah… Ni Abang nak tinjau Izara kejap."

"kalau dia sudah bangun... Abang bawalah masuk sini."

"Kalau dia masih tidur pun Abang akan bawa ke sini." Khairil Qushairy berkata dan tersenyum kemudian dia keluar untuk ke bilik Datin Roziah, Syuhada pula mengemas sejadahnya dan membuka telekung, kemudian dia mengemaskan katil serta menukar kain cadar.

"Mama!" Syuhada berpaling.

"Ala-ala bucuk mama dah bangun... mesti Papa dia kejut ya." Syuhada sekadar meneka.

"Abang masuk bilik Mummy tadi dia baru habis menyusu... Masa mummy nak solat dia sudah terjaga, tu Mummy buatkan susu dia dulu."

"Papa mana?" Syuhada bertanya.

"Papa dah ke masjid rupanya... Abang tanya Mummy kenapa Papa tak ajak Abang... Mummy kata Papa tak nak kacau pengantin baru." Terang Khairil Qushairy.

"Lah... Pengantin baru ke tidak... Solat di masjid tu kan ke besar pahalanya." Jawab Syuhada.

"Tu Abang cakap dengan mummy macam yang Hada cakap ni lah."

"Tak apalah... Mari sini bucuk Mama kita tidur balik ya."

"Lah Sayang nak tidur balik ke?" Khairil Qushairy sedikit terkejut apabila Syuhada berkata begitu.

"Bukan Hada lah Abang... Izara lah." Syuhada menafikan sangkaan Khairil Qushairy itu.

"Ohhh... Ingatkan Hada tadi... Jomlah... Mama peluk Izara... Papa pula peluk Mama... Barulah fair kan."

"Ehh... Dia pun nak sibuk sama tu." Syuhada berkata dan tersenyum, tapi hatinya berdebar juga melihat gaya romantik Khairil Qushairy.

"Ahhh... Abang tak kira... Abang nak join juga." Khairil Qushairy telah naik ke katil terlebih dahulu kemudian dia menempuk-nepuk tilan dan menyuruh Syuhada berbaring di tengah dan Izara di sebelah Syuhada.

"Abang ni... Macam budak kecik lah pula."

"Abang tak peduli... Hada manjakan Izara saja... Abang pun nak gak manja dengan sayang sekarang ni sayang kena manjakan dua-dua sekali."

"Ya Allah... Ini ke Papa Izara... manja mengada-ngada." Syuhada menepuk dahinya kerana dia gelihati juga melihat gaya manja Khairil Qushairy itu.

"Abang manja dengan orang tertentu sahaja."

Syuhada terdiam sebentar dan tiba-tiba ada perasaan cemburunya datang, dia terbayangkan beginikah manjanya Khairil Qushairy dengan arwah Kartini dahulu.

"Ehh... kenapa ni sayang... Termenung jauh pula."Khairil Qushairy menegur Syuhada kerana tiba-tiba dia menjadi diam

"Hmmm... Tak ada apa-apa." Syuhada terus membetulkan bantal untuk dia berbaring, Izara di baringkan dan dia mula menepuk perlahan Izara.

"Hada! Abang baru saja cakap dengan Hada tadi jangan sembunyikan apa-apa dengan Abang." Khairil Qushairy tahu yang Syuhada pasti ada sesuatu.

"Abang! Hada cuma terfikir... Adakah Abang dengan kak Tini dulu macam ni juga." Dia luahkan juga apa yang di rasakan.

"Ohh.. Itu yang sayang fikirkan... Hada tahukan... Abang kahwin dengan arwah pun sebab arrange married dan abang tak ada perasaan sebelum itu dengan dia sebagaimana kita walaupun arrange married tetapi Abang terlebih dulu dah jatuh hati dengan sayang tapi Abang pendamkan." Khairil Qushairy berkata perlahan sambil tangannya memaut erat Syuhada.

"Mula-mula kami berkahwin Abang ada juga rasa kekok dengan dia, tetapi kami belajar juga melayari bahtera sebagai suami isteri dan hari-hari Abang dan dia berusaha mengenali diri masing-masing dan timbul juga perasaan sayang Abang dengan Arwah dan kami bercinta selepas tiga bulan berkahwin masa tu Arwah sudah pun mengandungkan Izara sebulan, Alhamdulillah Abang menikmati kebahagian itu dengan arwah dalam masa yang sama kami tidak sabar menunggu kelahiran Izara."Khairil Qushairy menarik nafas dalam dan dia meneruskan lagi ceritanya.

"Tetapi baru cinta kami terbina, Arwah pergi meninggalkan kami berdua di dunia ini, Kalau tak kuat iman Abang mungkin Abang akan merana, tetapi Abang bangun dan kuatkan semangat kerana Izara. Abang berjanji untuk diri Abang sendiri yang Abang akan membesarkan Izara sendirian. Tetapi kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Kehadiran Hada di rumah ini dan keakraban Hada dan keikhlasan Hada bersama Izara telah menjentik pintu hati Abang, mulanya Abang lawan perasaan ini untuk tidak mengisi ruang yang kosong di hati ini... tetapi lagi kuat Abang cuba menepis semakin kuat perasaan suka Abang terhadap Hada, Abang simpan dan pendamkan sendiri, Abang hanya mencuri-curi pandang sayang tetapi Abang kantoi dengan Papa dah tu minah kepoh tu pun kantoikan Abang." Syuhada tersenyum apabila Khairil Qushairy mengatakan dia kantoi dengan Datuk Sahak dan Khalijah.

"Abang buat solat Tahajud serta istikharah dan minta supaya Allah bagi petunjuk kepada Abang, dan dengan izinnya jugalah yang membuatkan Abang berani meluahkan perasaan Abang semasa kita di restoran, Tetapi dari gaya sayang masa itu seperti tidak dapat menerima Abang, hati Abang rasa seperti di tikam sembilu. Tapi kalau Allah dah tentukan jodoh ini milik kita... Dan kini Abang adalah suami kepada Syuhada binti Roslan yang sah dan seperti yang Abang katakan malam tadi yang di hati Abang sekarang ini hanya ada sayang." Khairil Qushairy menupang kepala dengan lengannya sebelah dan memandang Syuhada yang tekun mendengar sambil menelentang memandang siling. Izara sudah pun lena semula.

"So sekarang adakah Hada masih ragu dengan Abang!" Khairil Qushairy merenung Syuhada.

"Terima kasih kerana Abang bercerita semua ini dengan Hada... InsyAllah harap kita sama-sama melayari bahtera perkahwinan kita ini bersama walau apa pun masalah yang datang ya." Syuhada tersenyum memandang Khairil Qushairy.

"I love you Sayang." Terus di ciumnya bibir Syuhada tanpa dapat di elak oleh Syuhada.

“Abang!” Syuhada terjerit sedikit selepas menolak bahu Khairil Qushairy dan berkerut dahinya kerana kenakalan suaminya itu.

“Hahaha… Sapa suruh buat muka blur macam tu… kan dah kena.” Khairil Qushairy masih mentertawakan Syuhada yang merah mukanya menahan malu.

“Tak senonoh betul lah Abang ni.”

“Alah… Bukan ada orang nampak pun… Abang buat dalam bilik jer.. Apa sayang nak Abang buat depan orang lain.”

“Ish… Mengarut aja… Dahlah… Abang jaga Izara ya… Hada turun nak tengok apa yang boleh di tolong di dapur tu.” Syuhada bangun perlahan-lahan takut Izara terjaga.

“Ok… Karang panggil Abang ya… Abang nak buat kerja sikit ni.” Khairil Qushairy turut bangun dan menuju ke meja kerjanya.

“Baik bos.”

“Hihihi… Notty.” Khairil Qushairy ketawa kerana sudah di kenakan oleh Syuhada. Syuhada terus keluar dari bilik dan menuju ke tingkat bawah untuk ke dapur.

“Assalamualaikum kak Imah, Rania.” Syuhada memberi salam kepada pembantu rumah Datin Roziah.

“Walaikumusalam.” Mereka menjawab serentak dan melemparkan senyuman kepada Syuhada.

“Ehhh… Nenek pun ada dah.” Syuhada Menegur Rahimah yang masuk dari luar. Dia sebenarnya meletakkan baju kotornya di dalam bakul untuk di basuh.

“Awal kamu turun… Mana Que?” Rahimah bertanya.

“Awal apanya nek… Ni pun dah tujuh lebih… Que ada buat kerja office dia sikit sambil menunggu Izara bangun, Hada suruh dia tengokkan Izara takut jatuh katil pula karang.” Terang Syuhada setelah di tanya begitu oleh Rahimah tadi.

“Bukan Izara tidur dengan Mummy kamu ke malam tadi?” Rahimah bertanya lagi.

“Memang pun… Tapi lepas subuh tadi Abang Que pergi ambil dia dalam bilik Mummy… Tu Hada tidurkan dia semula dalam bilik pula.” Terang Syuhada lagi.

“Ohhh… Haa yelah… Nie tolong set kan nenek mesin basuh ni… Nenek nak cuci baju sikit haa.” Rahimah mengamit Syuhada untuk datang mengikutnya keluar.

“Ok…” Syuhada terus setting dan on kan mesin basuh.

“Kak Imah! Apa breakfast hari ini.” Syuhada bertanya setelah dia masuk ke ruang dapur semula.

“Akak buat mee goreng, mee hoon goreng dengan sukun goreng.” Salimah memberitahu resepi untuk mereka semua bersarapan sekejap lagi. Sekarang pun dia sedang mengoreng mee hoon.

“Rania… Biar saya goreng sukun ni.” Syuhada meminta daripada Rania.

“Ok juga… Saya nak tolong siapkan untuk bahan mee yang kak Imah nak goreng pula.”

“Eloklah kalau dah jadi isteri ni… Bangun awal pagi dan siapkan sarapan untuk suami tu… Seronok nenek tengoknya.” Rahimah berkata sambil duduk mengadap mereka bekerja di dapur, dia pun tak ada benda hendak di buat kerana mereka telah menyiapkan segalanya.

“Nenek kalau nak tahu selama Hada di sini… Dia memang suka ke dapur pagi-pagi begini kalau hari cuti.” Salimah memberitahu mengenai Syuhada.

“Baguslah kalau macam tu, tak kira awak tu anak dara atau isteri… Seeloknya turun awal ke dapur.” Nasihat Rahimah lagi.

“InsyAllah nek.” Syuhada berkata sambil tersenyum.

“Assalamualaikum… Good morning.” Khalijah pula menerjah ke dapur.

“Walaikumusalam.” Mereka menjawab serentak lagi.

“Ehhh.. Hakak perantin dah ada di dapur dulu lah… Macam ni baru isteri solehah.” Khalijah mengusik Syuhada.

“Kamu tu pun kena belajar dari sekarang kalau nak jadi isteri solehah gak.” Rahimah terus menujukan kata-kata kepada Khalijah.

“Iya nek… Ija lambat sikit sebab kemas bilik dan kumpulkan barang-barang mak andam tu, dah tu konon masuk bilikMummy nak tinjau budak kecik tu, rupanya dah kena kidnap awal-awal dekat Papa dia.” Khalijah bercerita mengenai kelewatan dia turun.

“Haa aah… Aku tak kumpulkan lagi barang-barang mak andam tu, Tak apalah lepas breakfast pun boleh buat.” Syuhada berkata.

“Ija… Panggilkan Mummy dengan Papa kamu turun makan… ajak nenek kalsom dengan Atuk Zaki kamu sekali.” Rahimah sudah bersedia untuk bersarapan apabila melihat Salimah sudah selesai mengoreng mee hoon dan mee goreng.

“Hada panggil Abang Que kejap ya nek.”

“Haa… panggillah laki kamu tu.”

Sedang elok Syuhada mengeringkan tangannya kerana hendak naik ke atas, sekali khairil Qushairy sudah tersembul meninjau di dapur sambil mendukung Izara.

“Ehhh… Baru Hada ingat nak panggil Abang.” Khairil Qushairy hanya tersenyum apabila Syuhada berkata begitu, Izara terus melonjak-lonjak hendak turun apabila nampak Syuhada.

“Ala cicit anyang… Awal bangun dia ya.” Rahimah menegur Izara.

“Abang dah gosokkan gigi dia dah, bawakan biskut dia tu sekali ke meja ya.” Khairil Qushairy terus membawa Izara ke meja makan dan meletakkan dia di dalam kerusi makannya.

“Mummy… Papa… Mari sarapan.” Syuhada memanggil Datuk Sahak dan Datin Roziah apabila kelibat mereka sampai ke meja makan.

“Mak dah ada dulu ya… Ingatkan mak dalam bilik lagi.” Datin Roziah bertanya kepada Rahimah.

“Mak bawa baju nak basuh, dah tengok Hada ada turun tu yang mak terus duduk berbual dengan dia.” Terang Rahimah.

“Mak dengan Abah kamu mana Sahak… Ija ni panggil ke tidak nenek dengan atuk dia ni.” Rahimah bertanya lagi, dia terus duduk dan bersedia untuk sarapan.

“Nenek nak mee goreng atau mee hoon goreng.” Syuhada bertanya kepada Rahimah kerana dia sudah bersedia untuk menyendukkan untuk neneknya.

“Bagi nenek mee hoon tu… Letak seseduk sudah.” Dia sudah berumur dan hendak makan lebih macam masa muda-muda dulu sudah tidak boleh, perut pun sudah susah hendak menerimanya.

“Mummy!” Syuhada bertanya Datin Roziah pula setelah dia siap menyendukkan mee goreng untuk Khairil Qushairy.

“Tak apa… Biar Mummy buat sendiri… depan Mummy pun ada ni haa.” Datin Roziah mengambil pinggan Datuk Sahak untuk di sendukkan mee goreng.

“Haa… Som… Zaki… marilah makan… Akak dah makan dulu haa…” Rahimah mempelawa Kalsom dan Zaki yang baru sampai untuk bersarapan juga.

“Leka mengemaskan beg… Karang nak balik tak payah nak terhegeh-hegeh menyimpan barang.” Kalsom berkata.

“Hada! Tuangkan nenek teh susu saja.” Kalsom berkata apabila Syuhada mengambil cawan di hadapan kalsom untuk di tuangkan air.

“Atuk?”

“Sama.”

“Mummy! Que nak bawa hada balik Bangi karang.” Khairil Qushairy tiba-tiba bersuara.

“Ehh…” Syuhada sedikit terkejut kerana tiba-tiba khairil Qushairy berkata begitu.

“Kenapa Hada?” Datin Roziah bertanya kepadanya.

“Tak ada… Abang tak bincang pun… Tiba-tiba nak balik sana.” Jawab Syuhada.

“Oh… Abang teringat masa buat kerja tadi… ala kita balik hari jer.” Katanya.

“Bawalah Que… Dah bini kamu… Kamu nak kendong pun boleh.” Datuk Sahak pula menyampuk.

“Papa! Takkan sampai nak berkendong bagai.” Khalijah pula menyampuk.

“Perumpamaan saja… kamu tu pun nanti Zakuan nak bawa kemana-mana pun kami tak kisah sebab kamu di bawah tanggungan dia dah.” Datuk Sahak berkata lagi.

“Laa… Papa macam dah tak sayang dengan Ija aja.” khalijah berkata sayu.

“Bukan macam tu… Anak perempuan semasa dia belum berkahwin doasanya mak ayah yang tanggung tetapi apabila berkahwin dosanya suami yang tanggung, syurga kamu pun terletak kepada ketaatan kamu kepada suami, Jangan sesekali kamu melangkah keluar dari rumah tanpa izin atau memberitahu suami, jadi kamu jagalah juga maruah suami kamu, jaga makan minum dan pakainya juga… Dengar tu Hada… Ija…” Rahimah menerangkan supaya mereka berdua faham tanggungjawab terhadap suami.

“Faham nek.” Syuhada dan Khalijah menjawab serentak.

“Pagi-pagi nenek dah bagi tazkirah… So Hada kena dengar cakap Abang tau.” Khairil Qushairy berkata sambil meletakkan tangannya di bahu Syuhada.

“Kamu tu pun Que… jadi suami kena fikir perasaan isteri juga… Jangan sentiasa ingat kamu je yang betul semua, kalau silap isteri tu di ajar dan tegur bukan di tengking di pukul.” Rahimah tujukan kepada Khairil Qushairy pula.

“Alamak sudah terkena da… InsyAllah nek Que tak akan sia-siakan cucu nenek sorang ni.” Khairil Qushairy berjanji tetapi sempat mengusik Rahimah.

“Bertuah.” Kalsom pula berkata sambil tersenyum.

########################

“Kalau kamu tak bagi tahu mak nak balik sini, memang tak merasalah lauk ni.” Puan Rokiah berkata kepada Syuhada dan Khairil Qushairy. Syafika dan Syakina sudah pun bergerak pulang pagi tadi lagi.

“Sedap… yummy… Rindu gulai tempoyak mak ni.” Syuhada seronok dan mengosok-gosok tangan tidak sabar hendak menjamah masakan tempoyak ikan patin Puan Rokiah itu.

“Mana boleh tak bagi tahu mak… Kalau kami tak bagi tahu pasti ada reporter dari Damansara akan telefon mak jugakan.” Khairil Qushairy pula berkata.

“Hada kok iya pun berselera tengok lauk tu… Izara tu dekat bawah tu tengokkan.” Tuan Roslan menegur.
“Ehhh… Lupa pula ada anak.” Syuhada tersengeh memandang semua.

“Teruk betul Mama kamu ni Izarakan.” Tuan Roslan mencuit pipi Izara yang telah berada di atas pangkuan Syuhada.

“Macam manalah kamu boleh suka dengan budak tak cukup umur ni Que.” Soalan yang tidak di sangka oleh Syuhada keluar dari mulut Puan Rokiah.

“Mak ni… Ada ke kata Hada tak cukup umur.” Syuhada terus memuncungkan mulutnya.

“Hahahaha… Mak sebab perangai cute dia tulah yang Que lagi suka dekat dia.” Khairil Qushairy berkata sambil tersenyum memandang Syuhada.

“Ekkk eleh… Poyo je Abang ni.” Syuhada geram dan menjeling Khairil Qushairy.

“Hada! Nie satu lagi abah nak pesan… Jangan sekali-kali kamu menjeling suami kamu macam tu lagi.. tak baik dan tak elok kalau di lihat orang lain… Faham tak?” Tuan Roslan menegur syuhada kerana dia ternampak Syuhada menjeling Khairil Qushairy dan kelihatan tidak elok sekali perbuatan anak bongsunya itu.

“Faham Abah… Maafkan Hada ya bang.” Syuhada memohon maaf kepada khairil Qushairy dan khairil Qushairy tersenyum kemudian mengusap kepalanya.

“Tak apa ke kalau bagi Izara kuah ikan ni sekali mak.” Syuhada bertanya kepada Puan Rokiah kerana dia hendak menyuapkan Izara makan sama.

“Boleh… bukan pedas pun gulai tu… Ikan tu ambil lebih bagi anak tu.” Nasib baik Izara jenis menerima apa yang di beri tetapi bukan yang pedaslah.

“Ok… Sayang Mama… kita kongsi nasi ya…” Syuhada bercakap dengan Izara yang di pangkuannya.

“Laa… kamu nie kok ya pun suapkan lah anak tu dulu.” Puan Rokiah sudah mula hendak membebel.

“Tak apa mak… Hada makan sama-sama dengan dia.”

“Suka hati kamulah.. jaga tulang ikan tu.” Puan Rokiah berpesan.

“Tengok nenek tu… Dah bisingkan Mama… So Izara jangan jadi notty girl…nanti nenek marah dia pulakan.” Syuhada sedia untuk menyuap Izara. Khairil Qushairy dan Tuan roslan makan tanpa memandang kiri dan kanan lagi kerana keasyikkan dengan gulai patin tempoyak.

############

“Hello! Assalamualaikum makcik… Ni Hada.”

“Walaikumusalam… Oh Hada.”

“Makcik sihat?”

“Alhamdulillah… sihat orang tua ni… Biasalah Hada.”

“Macam mana dengan kaki makcik dah pulih sepenuhnya ke?”

“Alhamdulillah… kalau makcik ni muda kira orang kata dah boleh berlarilah hihihi…”

“Hahaha… Makcik ni… Sempat lagi melawak tu.”

“Sepupu kamu apa khabarnya dia?”

“Dia sihat Alhamdulillah… Sibuk melayan anaknya.”

“La… Dah kahwin rupanya dia… Ingatkan bujang lagi.”

“Kenapa makcik.. nampak ganteng bak kata orang Indonesia ya.”

“Hahahaha… Ganteng tak apa Hada jangan gantang.”

“Hahahaha…”

“Kamu ni Hada buat makcik ketawa sorang-sorang sajalah.”

“Dini dah balik uni ke makcik?”

“Dah lama dah… lepas makcik jatuh tu dia ada lagi bercuti dalam empat hari gitu… masa dia balik pun kaki makcik dah pulih… Alhamdulillah."

“Syukur Alhamdulillah… Tak apalah makcik… Hada saja nak tanya khabar makcik… Hada minta diri dulu ya… makcik jaga diri elok-elok tau… Assalamualaikum.”

“Walaikumusalam… Kamu tu sampaikan salam makcik kepada sepupu kamu tu ya.”

“InsyAllah… Makcik…”

Syuhada masih tersenyum selepas dia meletakkan telefonnya di atas meja.

“Abang! Makcik Zabedah kirim salam.”

“Waalaikumusalam… Bagaimana dengan dia?” Khairil Qushairy bertanya.

“Katanya dah ok… kalau dia muda dah boleh berlari dah.” Syuhada katakan balik apa yang di katakan oleh Zabedah kepadanya.

“Hahaha… Ada-ada saja makcik tu.” Khairil Qushairy ketawa juga mendengarnya.

Tok tok

Syuhada bangun untuk membuka pintu biliknya.

“Woi! Takkan nak berkepit manjang… aku kau dah tak perdulikan lagi.” Khalijah terus masuk menerjah.

“Bertuah betul minah sorang nilah… Nasib baik tak gugur jantung aku… kau main terjah.” Syuhada mengurut dada kerana terkejut.

“Ija! Kau jangan buat kerja ja… Baru dua hari Abang kawin dengan Hada… Abang tak sanggup kehilangan lagi.” Khairil Qushairy berseloroh tetapi seloroh dia itu lebih kepada mengingatkan juga kisah lama.

“Ish Abang ni… Apa cakap macam tu.” Syuhada menegur khairil Qushairy.

“Sorry… Abang tak sengaja… Hey! Ni apa main masuk tak bagi salam… Nasib baik tak ada aksi romantik Abang dengan Hada tadi.” Selepas meminta maaf dia menegur Khalijah pula.

“Amboi Abang aku ni… Dah dapat bini berlagak pula diakan… Abang Que! Mummy suruh ambil katil Izara dalam bilik dia tu, katanya Izara tidur dengan you all.”

“Ya Abang tahu tu… Memang kejap lagi nak turun ambil.” Khairil Qushairy terus bangun dan meletakkan buku yang di bacanya itu di atas meja kerjanya.

Izara biasalah dengan kesibukannya tawaf satu bilik, tempat kesukaannya sekarang ini adalah sliding door untuk keluar ke beranda di bilik Khairil Qushairy tempat dia berdiri. Bila sudah dapat berdiri di situ, bising mulut dia menceceh.

“manja mak Chu buat apa ni sayang… Kesian diakan… Mama dengan Papa dia hendak berasmaradana, Izara bucuk pun dia orang kurung dalam bilikkan.” Khalijah sengaja memerli Syuhada dan Khairil Qushairy.
“Kurang asam betul kau kan.”

“Hahaha…” Khalijah gelakkan Syuhada.

“Tak pa sayang… Nanti kita tengok time dia nanti… Bertapa ke tidak di dalam bilik dia.” Khairil Qushairy berkata kepada Syuhada pula.

“Wey! Apa ni Abang Que sensored lah… Saya budak suci mana boleh dengar cakap-cakap tak elok ni.” Khalijah menjerit sedikit apabila Khairil Qushairy mula mengusiknya begitu.

“Hahaha… kena dekat dia pandai jeritkan orang.” Syuhada turut mentertawakannya.

“Benggong betul laki bini ni… Dahlah main dengan manja Mak chu ni lagi bestkan.” Khalijah terus mengangkat Izara dan di letakkan di atas katil kemudian dia menyarap pula di atas katil sambil mengusik Izara.

“Ehhh… Nak baring pergi masuk bilik awak… Itu tempat Abang.” Khairl Qushairy mengusik Khalijah lagi.

“Ehh… Taulah.. kecoh aja.. pergilah ambil katil tu.” Khalijah membuat tangan seperti menghalau.

“Kau tengokkan Izara… Aku tolong Abang Que kejap.” Syuhada ingin membantu Khairil Qushairy mengangkat katil Izara.

“Haa… Sedang eloklah tu… Laki bini memang kena kerjasamakan.”

“Cehhh…” Syuhada menampar kaki Khalijah dan kemudian dia terus keluar untuk turun ke tingkat dua.
Syuhada membantu Khairil Qushairy mengangkat tilam dan batal Izara sahaja, nasib baiklah katil Izara jenis yang senang di lipat dan di buka, Kemudian khairil Qushair membuka semula katil dan Syuhada meletakkan tilam serta sarung di betulkan. Semasa Syuhada masuk ke biliknya Izara bermain-main di atas katil dengan permainannya manakala Khalijah mengadap handphone.

“Aih… Aku suruh jaga Izara… kau leka main phone.”

“Tak adalah… aku tengok dua-dua sekali… jangan risaulah mak chu dia pro.”

“Banyaklah kau punya pro… Tergolek dok anak aku tu… Aku karate kau.” Syuhada telah berjanji dengan dirinya apabila dia sah menjadi isteri Khairil Qushairy, dia akan menganggap Izara adalah anaknya sendiri.

“Kecoh betul lah Mama Izara ni… Haa Hada!kau dah tengok fb kau.” Khalijah bertanya.

“Belum lagi… kenapa?” Syuhada berjalan ke arah handbag yang terletak di atas meja.

“Azizah menjemput untuk wedding dia bulan depan… Macam mana ni?” Khalijah bertanya.

“Azizah mana pula?” Khairil Qushairy bertanya.

“Kawan kita orang satu rumah masa di Uk dulu… Dia kawin hujung bulan sebelas ni.” Terang khalijah kepada khairil Qushairy.

“Alahai… Dulu kita janji nak attand wedding dia kan… Kesian dia kalau kita tak pergi.” Syuhada berkata dan terus duduk di katil mengadap Khalijah.

“Berapa haribulan?” Khairil Qushairy bertanya lagi.

“Dua puluh lima.” Jawab Khalijah.

“Tak apalah… Kita pergi…” Khairil Qushairy berkata sambil tersenyum memandang mereka berdua.

“Ehh… Tapi Abang… Bukan ke kita nak uruskan pasal annual dinner tu lagi.” Syuhada pula bertanya.

“Alah kita pergi dua hari sajakan… Bukan sampai seminggu… Kita bawa Izara sekali.”

“Yahoo! Betul-betul ni kan Abang Que.” Khalijah melonjak suka.

“Abang kata betul lah… Nak ajak Zakuan sekali ke?” Syuhada pula bertanya.

“Eeehhh… Tak payah… Tak payah… Kita-kita saja yang pergi dah cukup.” Khalijah cepat-cepat melarang.

“Hahahaha… Gabra tak pasal ni kenapa… Abang baru cadangkan.. Tapi kalau Abang ajak juga macam mana.” Khairil Qushairy sengaja mengugut Khalijah.

“Tak apa Abang ajaklah… Ija tak nak ikut.”

“Apalah Ija ni… Tukan tunang kau.” Syuhada pula menyampuk.

“Huhh… Tunang baru… Bukan suami pun kalau aku nak ingkar.”

“Kau ni… Kalau Zakuan dengar mesti dia kecik hati tau.. Sebab kau macam tak hargai dia sebagai tunang kau.”

“Ala… Macam mana aku nak cakap ya… Aku bukan tak suka dengan dia… Tapi ni kita pergi jauh plus nak bermalam lagi… Takut menyusahkan dia je.” Jawab khalijah.

“Tak apa… Abang just pelawa dia untuk ikut… kalau dia boleh dapat cuti… Biarlah dia ikut sama.” Khairil Qushairy pula berkata.

“Hmmm… Suka hati Abanglah.” Khalijah terpaksa juga menerima kata-kata Khairil Qushairy.

“Sayang! Abang laparlah.”

“Ok… Biar Hada siapkan makanan dulu… Ija jom.” Syuhada mengajak Khalijah turun sama.

“Ehh… Kau yang kena layan suami… Kenapa nak ajak aku pula… Abang Que! Mentang-mentanglah dah ada bini ni... Demand lebihkan.”

“Alah jeles lah tu.” Khairil Qushairy mengusik Khalijah.

“Eee… Tak ada maknanya. Ija nak masuk bilik.”

“Tak apa Sayang jom kita turun sama-sama… Hada masakkan Abang maggi saja.” Khairil Qushairy berkata dan terus mengangkat Izara.

“Lah… Abang Que nak maggi… kalau macam tu… Sekarang juga Ija ikut… Hada kau masak lebih ya.” Khalijah terus memaut lengan Syuhada.

“Eehhh… Suka-suka aja nak order bini Abang masak untuk dia kan.” Khairil Qushairy mencucuk pinggang Khalijah.

“Alah… Inilah sepupu merangkap kakak ipar kesayangan Ija tau… Apa salah Ija nak manja macam dulu juga.”

“Porah! Nak manja konon… Dah… kalau nak masak sendiri… Hada masak untuk Abang saja.” Mereka berdua bercakap kecoh satu rumah sambil menuruni tangga.

“Ehh… dua-dua ni karang tak dapat makan maggi… kalau bergaduh… masak sendiri.”

“Ehhh… Janganlah sayang… Maggi sayang masak sedap tau… Kesian Abang kempunan nanti.” Khairil Qushairy membuat lawak pula dia.

“Ya Allah… apa kenalah Abang aku ni… Bertambah sengal semenjak dah berbini ni.” Khalijah pula berkata sambil mengelengkan kepalanya.

“Apa saja yang kamu semuaa kecohkan ni.” Datuk Sahak menegur semasa mereka menuruni tangga di tingkat dua, Datuk Sahak sedang menonton tv sekarang ini.

“Anak Papa berdua nilah… pasal nak makan maggi pun boleh jadi kanak-kanak rebina berebut.” Syuhada tersenyum dan memberitahu Datuk Sahak.

“Apa sajalah kamu berdua ni… Yang sorang bapak budak… sorang lagi dah nak jadi bini orang… perangai macam Syana dengan Syafie.” Datin Roziah pula berkata, Dia turut mengeleng melihat cara anak-anaknya bergurau… Dah macam orang bergaduh.

“Ala Mummy… kita orang main-main sajalah… Macam tak kenal anak sendiri.” Khalijah berkata pula.
“Bertuah budak sorang ni.” Datin Roziah berkata lagi.

“Papa… Mummy… Hada nak masak maggi ni… Mummy dengan Papa nak tak?” Syuhada bertanya semasa dia sudah menghampiri tangga untuk ke dapur, khairil Qushairy membawa Izara duduk bersama dengan neneknya manakala Khalijah telah pun menuruni tangga dahulu.

“Tak apalah… Mummy kenyang lagi… Tak taulah Papa.” Datin Roziah berkata.

“Terima kasih lah Hada… Papa pun tak nak.” Balas Datuk Sahak pula.

“Tapi anak Papa dengan mummy ni nak tau.” Khairil Qushairy pula berkata.

“Ishh mengada-ngada Abang ni.” Syuhada tersenyum dan terus turun ke dapur. Khairil Qushairy turut mengekori Syuhada manakala Izara di tinggalkan bermain sebentar bersama Datin Roziah.

“Abang perasan tak… Que tu lain betul semasa dia menjadi suami kepada arwah kartini kan.” Datin Roziah berkata perlahan kepada Datuk Sahak.

“Lain? Lain macam mana pula.” Datuk Sahak kehairanan dengan pertanyaan Datin Roziah itu.

“Yelah… Masa dia baru-baru kawin dengan kartini dulu… Dia tak adalah manja dengan bini sangat… Tapi dengan Hada ni… tak boleh berenggang dah tu manja terlebih pula dia.” Terang Datin Roziah kepada Datuk Sahak.

“Abang pun nampak tu.”

“Mungkin sebab masa kita kawinkan dengan arwah dulu dia tak kenal sebelum kawin dah tu dia belum ada rasa suka dengan arwah… Tapi dengan Hada ni dia rapat sebab selalu ke pejabat sama dah tu dia juga yang jatuh sayang dengan Hada dahulu… Saya rasa sebab tu kut bang.”

“Mungkinlah juga kut… Tapi bukan makna dia tak sayang arwah tukan… Tinggal lagi masa baru-baru tu dia baru nak mengenali.” Kata Datuk Sahak pula.

“Tapi saya sayang juga dengan arwah tu bang… baik sungguh budaknya, elok tutur kata dan budi bahasanya.” Bergenang airmata Datin Roziah apabila terkenangkan semula arwah Kartini.

“Dah sudah lah tu… Allah lebih sayangkan dia, dia bagi Que kongsi kasih sayang pun sekejap sahaja tetapi dia tinggalkan sesuatu berharga di dunia untuk kita kenangkan dia.”

“Tulah Bang… Besarnya perancangan Allah nikan.” Datin Roziah mengelap airmata yang menitik juga akhirnya.

“Ehh… Janganlah menangis… Nampak dekat budak-budak ni karang… macam-macam di tanyanya nanti.. Tak pun dia ingat Abang gaduh dengan awak.” Datuk Sahak menegur Datin Roziah kerana dia tidak mahu anak-anak salah sangka nanti.

“Emosilah pula… Tapi kita doakan kebahagian Que dengan Hada hingga ke jannah ya bang.”


“InsyAllah begitulah hendaknya.”Datuk Sahak menganguk memandang Datin Roziah dan tersenyum.

2 comments:

  1. Akak,tq 4 n3,mmg sweet sngt dorng ni,smbg lg yer

    ReplyDelete
  2. best citer ni..kalo ad dugaan dlm hubungan diorg pn..moga2 x teruk sgt...bila la nk trbongkar yg ank makcik zabedah yg rancang bunuh arwah kartini

    ReplyDelete