Saturday, 4 May 2013

Adakah ini takdirku 11


Sunyi sahaja suasana di bahagian ICU nie. Khairil Qushairy meminta Syuhada dan Khalijah duduk di dalam bilik  yang di sediakan khas untuk keluarga pesakit. Dia masuk ke dalam ward ICU untuk melihat Kartini dahulu, Syuhada dan Khalijah akan masuk melawat setelah Khairil Qushairy keluar. Di wad ICU pelawat di benarkan hanya dua orang sekali melawat. Syuhada melihat keliling bilik menunggu jika ada tanda-tanda larangan penggunaan telefon, tetapi tidak keliahatan sebarang amaran dan rasanya dalam bilik ini boleh gunakan telefon kut..  Syuhada terus mengeluarkan Ipad dan apa lagi terjah fb dululah.. Apabila di buka kelihatan berderet notification kerana kawan-kawan yang di UK sibuk bertanya tentang Kartini.. Syuhada berbalas chat dan yang kelakarnya kalau Syuhada seorang tidak mengapa juga, tetapi Khalijah yang duduk sebelahnya pun boleh turut sama-sama jawab menjawab di fb Syuhada,  kemudian boleh lagi terkekek tu.. nasib baik di dalam bilik, kalau di buatnya mereka berada dekat di luar semesti orang lain akan marah dengan mereka berdua.. Syuhada dan Khalijah leka melayan kawan-kawan di sana. Nasib baik lah juga Syuhada dan Khalijah membawa Ipad kalau tidak memang bosan gilalah jawabnya.

“Ishh.. Apa kerja nie.. Terkekek-kekek gelak” Khairil Qushairy menegur mereka berdua, bolehkan mereka tidak perasan Khairul Qushairy masuk ke dalam bilik.

“Tak da.. Tengah ber ‘fb’ dengan kawan-kawan rumah di UK haa..” jawab Khalijah sambil mata tetap kepada Ipad.

“Kalau nak tengok kak Tini pergilah.. Abang tunggu di sini.” Khairil Qushairy memberi peluang untuk Syuhada dan Khalijah melawat pula.

“Ok.. kita orang tinggalkan beg dekat sini jer lah..” Syuhada pula berkata sambil memasukkan Ipad ke dalam beg.

“Letak lah.. Abang ada sini.. lagi pun tak ada siapa masuk bilik nie pun... Tapi kasut tu memang kena tanggal kan tau.” Pesan Khairil Qushairy sambil tangannya menunjuk kearah kasut Syuhada dan Khalijah.

Syuhada dan Khalijah menolak perlahan pintu bilik ICU itu.. Setelah Syuhada dan Khalijah menyarungkan jubah khas untuk pelawat dan selipar yang di sediakan.. Mereka terus bergerak kearah katil Kartini. Sayu sungguh hati Syuhada melihat keadaan Kartini, matanya rapat seolah-olah sedang tidur... Syuhada mengusap-usap perlahan tangannya, badannya penuh berselirit dengan wayar.. Syuhada duduk dan mengeluarkan Yasin. Syuhada melihat Khalijah mengalirkan airmata. Dia juga turut duduk dan mengeluarkan Yasin.. Mereka membaca Yasin dengan suara yang perlahan dan tersedu sedan sambil membacanya, Syuhada terasa sedih sangat ketika membacanya. Selesai membaca mereka keluar dari wad dan masuk ke bilik menunggu semula.

######################
Satu jam jugalah mereka duduk di dalam bilik menunggu siap dan melunjurkan kaki di sofa lagi, Khalijah pun turut sama melunjurkan kakinya, dia di sofa satu lagi.. Khairil Qushairy pergi membeli minuman, ini semua gara-gara si adik manja punya pasal.. Merayu dengan si abang tolong belikan air kerana dia sudah kehausan.. Rayu punya rayu sudahnya dia ikutkan juga permintaan Khalijah. Dalam masa berehat Ibu saudara Khalijah iaitu Kamariah adiik kepada Datuk Sahak. 

“Hello! Haa Mak Teh..” 

“Mummy Ija dah ada situ ke?” .

“Belum lagi Mak Teh… rasanya tengah hari sikit kut dia orang sampai.. sebab mummy nak bawa Izara lagikan.” 

“Mak Teh tau tu dia ada kata nak ke sana tadi.. Mummy Ija kata Ija ada kat hospital tu Mak Teh call, Mak Teh pun nak ke sana nie.. rasanya lagi satu jam kut baru sampai.” 

“Ok.. Ija ada kat sini je..nanti kita jumpa ye..”

“Mak Teh nak datang, katanya dalam satu jam macam tu dia sampailah.” Khalijah memberitahu Khairil Qushairy. Dia hanya mengangguk sambil menyedut minumannya, Syuhada turut mencapai air kotak kesukaannya iaitu chrysanthemum teh dan menyedutnya dengan nikmat yang tak terkata hi..hi..hi..

“Abang nak tengok kak Tini kejap ya.” Khairil Qushairy sudah meminta diri dan dia terus menarik pintu untuk keluar.

“Hada.. aku gie toilet jap.. kau jangan lantak keropok tu sorang-sorang ye.” Eee minah nie sempat lagi tu berpesan, toilet pun bukannya jauh pun Cuma sebelah bilik nie jer.. Syuhada makan keropok sambil layan movie di youtube.. Ini sahaja cara untuk dia mengilangkan kebosanannya.

“Aik.. Cepatnya kau gie toilet tak sampai seminit pun.” Syuhada berkata tanpa memandang kearah pintu.

“Abang Que lah!” Khairil Qushairy menjawab. Syuhada tegakkan kepala dan memandang ke arahnya, terkejut juga Syuhada kerana tadi kata hendak melihat isterinya.

“Ehh.. tadi kata nak tengok Kak Tini.” Syuhada menyoal Khairil Qushairy.

“Abang dah masuk.. baru nak sarung jubah tu sekali nurse datang dan minta abang tunggu di luar dulu.. dia kata darah Tini tiba-tiba menurun.. Abang nampak doktor tengah mengerumun dekat katil dia.” Khairil berkata sambil melabuhkan duduk di sofa, Syuhada memandang mukanya yang sayu, sedih dan kerisauan jelas sekali terpancar di mukanya.

“Sabar abang Que.. kita doakan kak Tini selamat ye..” Syuhada cuba memberi kata-kata semangat kepadanya tetapi dalam masa yang sama dada Syuhada turut berdebar-debar dan mengharapkan tidak berlaku perkara yang tak di ingini.

“Ehh Abang Que!.. cepatnya keluar.” Khalijah pula menegur... Dia pun terkejut juga, masuk sahaja ke dalam bilik sekali di lihatnya ada Khairil Qushairy.

“Nurse suruh tunggu sekejap.. ada masalah dengan kak Tini.. tiba-tiba darah dia menurun, tu doktor tengah buat sesuatu.” Khairil Qushairy berkata sambil kedua tangannya menggengam rambut. Khalijah terus duduk di sebelah Khairil Qushairy dan memeluk bahu abangnya, dia juga turut memberi kata-kata semangat kepada Abangnya.

“Abang Que! Marilah kita baca yasin kat sini.” Syuhada mencadangkan kepada Khairil Qushairy.

“Betul juga tu.. Kita hanya boleh membantu macam nie saja.” Khalijah pula berkata. Kemudian kami sama-sama membacakan yasin. Selesai kami membaca yasin, sekali lagi Khairil Qushairy cuba untuk melihat isterinya tapi nurse kata.. bagi pesakit berehat dan mungkin dalam satu jam lagi mereka boleh melawatnya. Syuhada dan Khalijah mengajak Khairil Qushairy makan dulu untuk mengisi perut dan memberi tenaga.

###################

   Tok..tok..tok..bunyi ketukan di pintu bilik keluarga pesakit, mereka bertiga serentak memandang kearah pintu, kelihatan ibu saudara Khalijah iaitu Kamariah. Dia masuk bersama suaminya Borhan. Mereka bangun serentak dan menghulurkan tangan bersalam dengan Kamariah dan Borhan ataupun lebih di kenali oleh anak-anak buahnya sebagai Mak Teh dan pak Teh

“Macam mana keadaan Tini sekarang nie Que?” Kamariah bertanya dan terus melabuhkan duduk di atas sofa.

“Doktor kata kena tunggu dia tenang dan berehat sekejap.. dalam satu jam lagi baru boleh melawat dia tapi nie dah hampir satu jam.. rasanya kejap lagi boleh lah kut.” Khairil Qushairy memberitahu sambil memandang jam yang tersedia ada melekat di bilik menunggu itu.

“Darah dia tiba-tiba menurun Mak Teh.” Khalijah pula menambah.

“Allahu akhbar!.. banyakkan berdoa untuk dia Que..” Borhan suami Kamariah pula berkata. Tidak lama mereka berbual-bual Datin Roziah, Datuk Sahak, Puan Rokiah dan Tuan Roslan masuk.. Izara elok jer tidur di dalam strollernya.

 Bilik untuk keluarga pelawat mula di penuhi keluarga mereka dan ada yang sampai berdiri berbual di luar bilik menunggu itu, mereka semua juga sudah boleh melawat Kartini setengah jam yang tadi tapi kena bergilir-gilir. Tetapi doktor tak membenarkan pelawat berada lama di sisinya kerana keadaan dia tidak stabil dan mereka semua risau juga mendengar penjelasan doktor tadi, mereka semua hanya mam pu berdoa supaya Kartini dapat sedar semula.

#########################

Syuhada dan Khalijah balik ke rumah terlebih dahulu.. Syuhada menaiki kereta Khalidah kakak kepada Khalijah.. penat punya pasal Syuhada terlelap di dalam kereta dan tahu-tahu sudah sampai di rumah dan jangan tidak tahu si comel itu pun Syuhada bawa balik bersama. Syafiqa dan Syakina masih berada di hospital, mereka pun baru sampai.. sedang Syuhada bersiap hendak balik kakak-kakaknya sampai.. Sempat juga Syuhada melepaskan kerinduan kepada kedua kakaknya, nanti di rumah mereka masih boleh sambung berbual untuk melepaskan kerinduan masing-masing.

Syuhada membawa diri ke dapur manakala Khalijah membawa Izara ke atas untuk di bersihkan. Malam ni lepas maghrib ada kenduri sedikit, Datin Roziah mengadakan bacaan yasin untuk menantunya.

“Assalamualaikum..” Syuhada memberi salam apabila menjejakkan kaki ke dapur, dan serentak Salimah, Rania dan Sutini menjawab salamnya. Sutini adalah pembantu rumah keluarga Syuhada, di sebabkan tiada sesiapa di rumah jadi Puan Rokiah membawanya sekali ke rumah Datin Roziah dan dalam masa yang sama dia dapat membantu memasak untuk kenduri kecil ini sekali.

“Ehh.. Hada!! Udah pulang semuanya ka?” Sutini bertanya.

“Belum semua masih di hospital, kejap lagi sampailah mereka semua.” Syuhada menarik kerusi dan duduk di sebelah Salimah.

“Kamu nak makan atau minum ke? Kak Imah siapkan.” Salimah bertanya kepada Syuhada.

“ Ehh.. tak payah.. tadi saya dah makan tengah hari di luar, kalau saya lapar saya ambil sendiri Kak Imah tak payah risau.” Syuhada berkata sambil tersenyum kearah mereka semua.

“Ada apa-apa yang hendak di tolong ke Kak Imah, Rania?” Khalijah pula muncul dan terus bertanya.

“tidak apa-apa... Cuma mahu masak saja, semua bumbu untuk di masak udah siap di potong dan di bersihkan, kuih juga udah siap di masak.” Rania pula menerangkan.

“Si kenit tu tidur ke?” Syuhada bertanya kepada Khalijah.

“Dah hampir nak tidur kut, aku dah mandikan dia, tu mak lang dia siapkan dan tengah bagi dia susu.” Khalijah duduk di sebelah Syuhada dan sempat lagi dia menciluk jus oren Syuhada yang di sediakan oleh Sutini tadi.

“Deyyy!!” syuhada menegur Khalijah dan dia sekadar menyengeh.

###########################

 Alhamdulillah selamat sudah majlis bacaan Yasin untuk Kartini, keluarga dapat dapat berkumpul semuanya, rumah riuh rendah sambil menjamu selera sambil berbual, Datuk Sahak memasang satu khemah di luar untuk keselesaan keluarga besar mereka makan bersama.

“Berapa lama cuti nie Ija, Hada.” Halija kakak sepupu mereka bertanya.

“kami ambil dua minggu je kak ija.” Khalijah menjawab.

“ Exam memang dah habis tapi kelas masih kena attend gak.. kami ada lagi sebulan lebih je lagi nak settle semua dan balik terus ke Malaysia.” Syuhada pula menambah.

“Ehh.. kau orang tak ada ke tersangkut ngan mat saleh ke pak itam ke.. yelah tiga tahun kat sanakan.”Shamsul sepupu Khalijah pula bertanya, dia ini kalau bertanya soalan tak munsabah selalunya, ayat main langgar saja.

“Cehhh.. ada ke pak itam pun dia nak masukkan dalam senarai mencari boyfriend.. apa da abang Sham nie.” Khalijah mencemik bibir sambil berkata dan yang lain hanya tertawa sahaja mendengar usikan dari shamsul.

“Tah nya abang Sham kok mat saleh tu ok gak lah lagi.." Syuhada pun sama nak memenangkan dirinya.

“Abih dah ada calon boyfriend ke belum nie?”Hazrina pula bertanya.

“Tak kuasa nak couple nie, dahlah kita orang nie merantau menuntut ilmu, kang sibuk ngan pak we, belajar ke mana apa pun ke mana.” Syuhada berkata lagi, memang tiada masa untuk mereka hendak mencari jodoh di UK kepala yang sudah serabut dengan pelajaran nanti lagi berserabut dengan masalah lain pula.

“ Tahnya.. tak payah nak cari-cari deh.. jodoh tu ketentuan Allah, dah tu kita orang nak focus sampai graduate lepas tu baru boleh nak fikirkan.. itu pun kok nak ada terfikir nak ada pak we.” Hihihihihihi Khalijah ketawa,  sepupu mereka ada yang turut ketawa sama dan ada yang tersenyum sambil mengiyakan kata-kata  Syuhada dan Khalijah.

Sedar tak sedar jarum jam sudah menginjak ke pukul 12.30 malam, keluarga besar beransur beransur-ansur pulang ke rumah mereka. Malam nie sekali lagi Izara tidur bersama Syuhada dan Khalijah, Awal-awal lagi Khalijah sudah memberitahu Khairil Qushairy dan nak tak nak dia terpaksa mengizinkannya juga.


# SELAMAT MEMBACA#




2 comments:

  1. waaaaaaaa... next next next

    ReplyDelete
  2. hahahahha.. sabaq.. chek tgh perah otak nie.. kahkahkahkah

    ReplyDelete