Sayu hati Khairul Qushairy melihat anaknya
lena tidur dalam pelukan Syuhada. Dia masuk ke dalam bilik khalijah bersama
dengan Datin Roziah. Datin Roziah hendak mengejutkan Khalijah dan Syuhada
bangun untuk solat subuh.
“Ija!.. Ija.. bangun subuh nak.” Datin Roziah mengejutkan
Khalijah kemudian dia beralih kepada Syuhada pula.
“Hada!.. Hada!.. bangun dah subuh nie..” Datin Roziah
memanggil Syuhada dengan nada perlahan, dia tak mahu tidur Izara terganggu, Syuhada terjaga dan mengosok-gosok mata dan tiba-tiba terasa tangannya kebas bila Syuhada berpaling dan di lihat Izara di atas lengannya. Nasib baikSyuhada tidak tertarik kuat tangannya..kalau tak sah-sah Izara terjaga, perlahan-lahan Syuhada kalihkan
kepalanya dan elok sahaja Syuhada hendak berpusing dia melihat Khairul Qushairy tersenyum
memandang kearahnya. "Ya Allah bila kala pula adanya mamat nie ehhh.." Syuhada berkata di dalam hatinya. Tiba-tiba Syuhada teringatkan sesuatu... Dia meraba kepalanya.. Adoi tidak bertudung, cepat-cepat Syuhada mencapai tudungnya. Datin Roziah ternganga melihat Syuhada kalut memakai tudung. Dia pun terlupa sebenarnya.
“Sorry Hada.. mak long pun terlupa.. Que nie kan biasa jer
masuk bilik Ija tu yang terlupa tu.” Datin Roziah meminta maaf sebab secara tak
sengaja aurat Syuhada sudah di lihat oleh anaknya sendiri.
“Hada nak ambil wuduk dululah..mak long dan abang Que dah
solat ke?” Syuhada masih sempat bertanya sambil bangun dari katil. Khalijah sudah pun memasuki ke dalam bilik air terlebih dahulu.
“Dah.. Abang masuk nie ingat nak ambil Izara masuk bilik Abang.” Khairul Qushairy menyatakan niatnya masuk ke bilik Khalijah.
“Tak pa ke.. elok jer dia tidur tu.. kang abang Que alih-alihkan
dia, terbangun pula.” Syuhada takut meragam lagi si comel itu nanti.
“Insyallah ok kut.. lagi pun dah enam setengah pun..”
Khairul Qushairy berkata lagi.
“Hmm.. Ikut suka abanglah.. “ Syuhada mengalihkan sedikit badannya untuk memberi laluan kepada Khairul Qushairy mengangkat Izara.
“Sedapnya tidur..” Datin Roziah mencuit sedikit pipi cucunya
itu.
“Biar mummy bawa barang dia masuk bilik kamu.” Datin Roziah mengangkat bakul susu Izara. Di sebabkan Khalijah masih dalam bilik air, Syuhada pun turut membantu mengangkat bakul nappy Izara dan membawanya ke bilik Khairul
Qushairy, setelah itu Syuhada terus keluar kerana dia hendak bersolat, takut nanti terlepas
waktu pula.
Seusai bersolat Syuhada merebahkan dirinya ke katil.. bukan nak
tidur pun saja untuk merehatkan badannya.. Khalijah sibuk mengemas dan mengeluarkan
barang-barang dari dalam beg pakaiannya.
“Ija.. aku turun dululah.. nak tengok kak imah buat
breakfast apa hari ini.” Syuhada bangun dari katil..Penat pula terguling-guling kesudahannya perut mula terasa lapar.
#########################
“Ehh dah ada penunggu meja rupanya.” Syuhada mengusik Tuan Roslan, Puan Rokiah, Rahimah, Datin Roziah dan Datuk Sahak.
“Bertuah punya cucu.. penunggu meja.. dah duduk minum nie.” Rahimah menarik lengan Syuhada untuk duduk di sebelahnya.
“Mana Ija?” Puan Rokiah bertanya kepada Syuhada.
“Jap lagi turun lah tu.. dia tengah gantung baju-baju dia..
tinggal dua tiga helai jer lagi tadi..” Syuhada membalas pertanyaan Puan Rokiah.
“Mak long kata Izara tidur dengan kamu ye Hada..” Tuan Roslan pula bertanya kepada Syuhada.
“Haa aah.. dah semua orang ambil dia tak mahu diam..Bila Hada
peluk elok jer dia diam.. Lebih baik Hada bawa jer dia tidur sama ngan Hada.” Berkata dan kemudian dia menyuap nasi lemak ke dalam mulut, semasa sampai di meja tadi dia terus terasa bertambah lapar apabila melihat nasi lemak yang terhidang
“Sapa masak nasi lemak nie?” Syuhada bertanya sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya lagi.
“Salimah lah yang
masak.. sapa lagi nak masak.” Rahimah pula yang tolong menjawabkan.
“Woi! Makan tu laung-laung lah aku nie.. kenyangkan perut
dia sorang jer kan.” Khalijah menepuk bahu Syuhada dan menarik kerusi di sebelahnya.
“He..he..he.. ye kau tu busy mengemaskan..tapi tadi aku
tengok dah tinggal dua tiga helai je sebelum aku turunkan..” Syuhada perasan tadi memang sudah tinggal hendak digantung sahaja baju-baju itu pun.
“Doktor Tan panggil aku.. Tu lambat sikit.” Khalijah berkata dan tersenyum memandang Syuhada.
“Chehhh.. dia yang terhegeh-hegeh mengadap doktor tan..Lepas
tu salahkan orang.” Syuhada juihkan bibirnya kepada Khalijah.
“Ish budak berdua nie macam Yana dan Syafie pulak.. Nasib
baik cucu mummy tu tak bangun lagi, kalau tak riuh dengan kau orang saja.” Datin
Roziah menegur perlakuan Syuhada dan Khalijah.
“Memang ehh kak... Dah boleh nikah dah dia orang nie
tapi perangai macam budak empat tahun.” Puan Rokiah pula menyampuk dan siap masuk bab
kawin lagi tu..lagilah yang membuatkan Syuhada dan Khalijah terus mendiamkan diri, kalau di sampuk karang lagi bertambah jadinya.
“Ala..la..la cicit anyang dah bangun ya.” Syuhada berpaling apabila Rahimah berkata begitu dan Syuhada lihat Khairil Qushairy mendukung Izara kemudian di
hulurkan kepada Rahimah. Dalam masa yang sama Khairul azam dan Rohana turut masuk ke
ruang makan.
“Mana si kembar nie.” Datuk Sahak pula menegur. Dari tadi
Tuan Roslan dan Datuk Sahak berbual berdua dan mereka hanya tertawa dengan
usikkan dari Datin Roziah, Puan Rokiah dan Rahimah terhadap Syuhada dan Khalijah.
“Tidur lagi papa..” Rohana menjawab pertanyaan Datuk Sahak.
“Penat tak hilang lagi lah tu.” Datin Roziah pula berkata
sambil menghulurkan cawan kepada Rohana dan Khairul Azam, Khairil Qushairy hanya
mendengar perbualan di meja ini dia tidak banyak bercakap mungkin fikiran hanya
memikirkan isteri yang terlantar di hospital, selepas ini dia akan ke hospital melihat
keadaan isterinya.
“Ija! Abang nak pergi hospital nie. Kalau nak ikut
siaplah.”Khairil Qushairy memberitahu Khalijah, mungkin dia tahu yang Syuhada dan Khalijah pasti mahu mengikut dia ke hospital.
“Hada nak ikut sama boleh Abang Que.” Syuhada bertanya kerana tidak
sabar juga hendak melihat keadaan Kartini.
“Boleh..makan cepatlah.. sebab lagi satu jam abang nak pergi
hospital dah.” Khairil Qushairy tidak sabar hendak melihat keadaan isterinya, malam tadi
pun dia tidak mendapat apa-apa panggilan dari hospital, kerana pihak
hospital ada memaklumkan jika berlaku apa-apa mereka akan memberitahu dengan
segera, pasti semuanya ok.
“Kita orang memang nak ikutlah Abang Que.. Semalam pun memang dah
janji dengan Hada yang kita orang nak ikut Abang Que pergi.” Sebelum tidur malam tadi lagi Khalijah ada bercadang pasal hendak melawat Kartini.
“Izara nie biar mummy yang bawa, tak mandi lagi nie.. Insyallah
tengah hari sikit kami semua datang.” Datin Roziah tahu kalau dia pergi
awal-awal pun tak ada benda yang dia boleh buat pun, hanya duduk di ruang
menunggu yang di sediakan khas untuk keluarga pesakit di ward ICU tu dan masuk
pun hanya dua orang sekali melawat.
###########################
Tritt..tritt..tritt.. Telefon Khairil Qushairy berbunyi. Dia
melihat ‘un-known’ yang tertera dan dia terus menjawab. Rupa-rupanya Zalina
yang menelefon, mulanya dia berasa hairan apa ke punca awal pagi Zalina menelefonnya
dan dia terperanjat juga bagaimana Zalina boleh mengetahui mengenai kemalangan yang menimpa
Kartini, rupa-rupanya dia mendapat tahu dari Fadli kawan baik Khairil Qushairy.
Dia terharu juga bila Zalina berkata dia sedih di atas apa yang menimpa Kartini,
Khairil Qushairy sudah jarang berjumpa dengan Zalina selepas berkahwin pada tahun lepas. Dia pun malas hendak melayan kerenah Zalina yang memang sentiasa terhegeh-hegeh kepadanya dan siap berkata kepada teman-teman yang lain bahawa dia dan Khairil Qushairy adalah pasangan kekasih, naik penat Khairil Qushairy menafikan sehinggalah teman-temannya menerima kad undangan majlis pernikahannya bersama Kartini dan selepas itulah yang Zalina menjarakkan diri dengannya dan sesekali bila bertemu dalam majlis-majlis khas itu pun ada hati Zalina hendak mendekatinya.
Khairil Qushairy sudah jarang berjumpa dengan Zalina selepas berkahwin pada tahun lepas. Dia pun malas hendak melayan kerenah Zalina yang memang sentiasa terhegeh-hegeh kepadanya dan siap berkata kepada teman-teman yang lain bahawa dia dan Khairil Qushairy adalah pasangan kekasih, naik penat Khairil Qushairy menafikan sehinggalah teman-temannya menerima kad undangan majlis pernikahannya bersama Kartini dan selepas itulah yang Zalina menjarakkan diri dengannya dan sesekali bila bertemu dalam majlis-majlis khas itu pun ada hati Zalina hendak mendekatinya.
sambungan dia mana mana mana.... :D
ReplyDeletesabar".. bakal menyusul.. hihihihi
ReplyDeleteOk..kalu boleh kurangkan guna bahasa cara kita berckp...mcm nak-nak tu...seusai better usai saja...sbb dr situ boleh faham dah...bg ady(ceh)...ok..tak tahu lain2 org...
ReplyDeleteok.. thanks.. kadang2 tak perasan.. hahahahaha
ReplyDelete