Selepas subuh Syuhada berbaring semula di sisi Izara sehingga dia pun turut terlena semula,
lena sungguh si comel ini tidur dan Alhamdulillah malam tadi dia tidak merenget
pun cuma terjaga untuk menyusu sahaja. Mulanya Syuhada tidak terniat langsung untuk
tidur semula, sedap sangat dia peluk si comel tu dan tidak pasal-pasal terlelap semula dan itu pun Syuhada terjaga apabila Khalijah mengejutkannya.
"Weyyy!! bangunlah.." Khalijah menguakkan langsir supaya cahaya matahari menerangi bilik, Syuhada menoleh ke arah Izara dan
dia juga turut mengeliat dan membuka matanya.. Khalija duduk di sisi
katil tersenyum melihatnya.
"Ala sian sayang mak chu ya.. Kena kejut
dengan mak chu." Khalijah mencium pipi Izara, Syuhada dan Khalijah seronok
melihat Izara mengeliat.
" Aku nak mandi dulu, kau buatkan dia susu
dan check lampin dia." Syuhada mengarahkan Khalijah dan terus masuk ke bilik
air untuk membersihkan dirinya.
"Yesss.. mama!" Khalijah menjawab
sambil melaung, Syuhada hanya tersenyum mendengarnya sambil menutup pintu.
Selesai Syuhada bersiap, dia turun kebawah dan
sebahagian keluarganya sedang bersarapan.
"Izara! tu mama Hada dan turun dah.. suruh
dia mandikan Zara ye?" Khalijah memegang tangan Izara dan melambai-lambai
ke arah Syuhada.
" Eee.. mama! apa kena kau Ija.. tak nak
lah.. aku muda lagi.. panggil mak su je ya sayang." Syuhada mencuit pipi
Izara.
" Nenek baya-baya kamu dulu kan dah ada mak lang
kamu tu." Rahimah pula menyampuk.
" Ala nenek.. itu dulu-dulu sekarang dah
lain lah nenek..mana ada orang kawin belasan tahun lagi dah." Syuhada cuba
mempertahankan diri lah kononnya.. hihihihihi.
"Tapi kamu tu umur tengoklah dah berapa
tahun." Puan Rokiah pula menyampuk sama. Adoi!! nie mesti panjang menjela
kalau dah usik topik kahwin nie, manalah nak lari.. ini semua Khalijah punya
pasal lah, pie buat topik panas pepagi.
"Ehhh mak!! mana boleh Hada langkah
bendul..tu kak Fiqa dengan kak Kina tak kawin lagi." Fuhh ayat selamat.. Nasib
baik ada alasan lain..ngeh..ngeh..ngeh.
"Apa nie sebut-sebut nama akak nie?"
Syafiqa bertanya sambil menuruni tangga.
"Apa lagi kak Fiqa topik kawinlah.. mak kata Hada umur dah berapa tapi tak kawin gak lagi.. so apa-apa hal Hada tak boleh
langkah bendulkan." Syuhada berkata dan ketawa memandang ke arah Syafiqa.
"Hihihihi.. Ooooo... " panjang ‘O’ dia,
Syafiqa tersengeh-sengeh dan terus masuk ke dapur, dia malas nak melayan dan
memanjangkan cerita. Syuhada apa lagi cepat-cepat mengikut Syafiqa ke dapur.. itu saja jalan hendak melarikan diri.
"Bertuah betul budak-budak nie kalau pasal
kahwin macam-macam alasan di buatnya." Puan Rokiah membebel, semua yang ada di meja ada yang tersenyum dan ada yang tergeleng-geleng dengan kerenah mereka.
Hari ini Syuhada dan Khalijah duduk di rumah saja
melayan Izara, sepupu-sepupu Syuhada Hazrie, Hazrina dan
Haliza pun ada sama, mungkin sebelah petang baru mereka ke hospital dan kemudian
plan hendak makan malam di luar saja selepas itu.. biasalah hendak lepas kan tekak yang
memang rindu nak makan makanan Malaysia.
“Kak Hada! Iza ingat nanti dah habis study kat
Open University nie.. Iza nak sambung belajar kat UK.. so Iza ingat nak apply
kat UNI yang akak belajar tu lah.” Haliza sekarang nie sedang belajar dalam jurusan
business di Open University.
“ Tak da hal.. yang penting kena focus apa Iza
tengah buat sekarang nie.. result tu nak kena cantik..” Syuhada berkata, tersenyum dan seronok rasanya kerana ada juga adik sepupunya yang memasang niat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
“Habis.. Ija nanti hospital mana kau nak apply.”
Hazrie pula bertanya, Hazrie sekarang ini sedang buat praktikal dengan petronas, dia mengambil jurusan juruteknik.
“Aku tak pasti lagi.” Jawab Khalijah. Mereka berbual bermacam-macam cerita dan sempat lagi usik mengusik.
Tengah hari mereka makan bersama-sama di rumah. Datuk
Sahak, Datin Roziah, Tuan Roslan dan Puan Rokiah ke Hospital bersama dengan Khairil
Qushairy manakala Izara menjadi tugasan mereka untuk menjaganya.. biasalah baby
yang baru dua bulan ini bukan banyak masalah sangat cuma tidur saja yang banyak.
****************
Selepas Syuhada dan sepupu-sepupunya melawat Kartini
di hospital mereka pun memulakan operasi menjelajah Kuala Lumpur tapi di sebabkan semasa keluar dari Hospital lagi satu jam hendak masuknya waktu Maghrib dan mereka pergi ke Masjid yang berhampiran dan selepas itu target utama mereka ke Mid Valley. Yang bestnya dalam kelompok mereka berlapan hanya seorang saja teruna dan
tak lain tak bukan adalah Hazrie. Tetapi dia tidak kisah kerana dia hanya menghabiskan
masa dengan adik-adik dan kakak-kakak sepupunya. Kira dia adalah hero pada
hari ini.. hihihihi
“Jom gie makan dululah.” Syafiqa memberi
cadangan, perut sudah mula terasa lapar lah tu.
“Elok gak tu.. nak tunggu movie tu ada satu jam
setengah lagi nie.” Khalidah pula berkata.
“Kalau macam tu you all pergi dulu.. Ija nak gie
toilet jap.. Jom Hada temankan aku.” Khalijah nie kalau tak ajak Syuhada memang tidak
sah.
“ Jom” Syuhada mengikut saja, dia pun terfikir lebih baik pergi ke tandas sekarang... nanti senang hendak menonton wayang.
“Rina nak ikut sekali lah.” Hazrina pula datang
mendapatkan Syuhada dan Khalijah. Setibanya di hadapan pintu tandas, tiba-tiba syuhada di rempuh oleh seorang gadis.
“Ouchhh!!.” Syuhada mengaduh sakit apabila bahunya di langgar.
“You nie tak ada mata ke?” Perempuan itu tiba-tiba
memarahi Syuhada, padahal dia yang melanggar Syuhada kerana dia yang tergopoh gapah
keluar dari tandas.
“Ehh! Awak yang langgar sayalah.” Syuhada cuba perbetulkan tuduhan perempuan itu dan semuanya adalah kesilapan dia.
“Dah nampak orang nak keluar yang menghalang
kenapa?” Perempuan tu masih hendak pertahankan diri kononnya dia tidak bersalah.
“Ehh! Kak Zalina kan.” Tiba-tiba Khalijah menegur
perempuan tu. Dan perempuan tu seperti sedikit terkejut apabila ada yang
mengenalinya.
“Err.. Iya.. Nie Khalijah adik Khairil Qushairy
kan?” dia bertanya pula. Syuhada hanya membuat muka tension sahaja pandang perempuan tu
dan dia pun sempat menjeling memandang ke arah Syuhada.. Syuhada rasa geram dengan gelagat perempuan yang tidak ada budi bahasa ini
“Ya.. Saya Ija..” Khalijah mengiyakan dan
tersenyum tapi matanya sempat mengerling ke arah Syuhada yang dia pasti menahan geram.
“Maaflah dik.. Akak nak cepat tadi.. tak sengaja
terlanggar adik.. “ Tiba-tiba dia bercakap lembut dengan Syuhada.. kalau tadi
awal-awal lagi cakap macam ini bukan ke elok, hati pun tidak sakit.
“Tak pa.. tak patah pun.. kalau patah saya saman
akak nie.” Syuhada memerli Zalina.. tetapi Khalijah sempat memegang lengan Syuhada dan
mengosok belakangnya.. Apa lagi.. dia hendak suruh Syuhada bertenang lah tu.. Perempuan itu cuma tersengeh sumbing dan cepat-cepat mengalihkan cerita ke arah
Khalijah.
“So how’s your sister in law.. Akak tumpang sedih
dengan apa yang berlaku.”Amboi… dan- dan je dah berubah muka sedih pula, memang pelakon handalan betul.
“Ehh! Macam mana akak tau?” Khalijah sedikit
hairan.. kerana dia tahu yang Abangnya Khairil Qushairy tak ada berhubung dengan
Zalina itu pun sebab Khairil Qushairy pernah memberitahu Khalijah dulu.
“Ohh! Akak tau pun dari Fadli.. dia yang bagi tahu
dan akak pun ada call Que hari tu.” Katanya lagi.. tapi gaya bercakap tidak boleh
berdiri tegak ke.. terliuk-liuk.. tergedik-gedik.. Syuhada yang rasa macam hendak
patah pinggang menengok perempuan ini.
“Ohh.. Abang Fadli bagi tau.. Hmmmm… Ok lah kak
saya nak masuk ke tandas dulu.. ohh nie sepupu-sepupu Ija.. kami pun dari lepas
tengok kak Tini gak.” Khalijah memperkenalkan Syuhada dan Hazrina kepada Zalina. Syuhada tidak tunggu lama dan terus menolak pintu tandas Hazrina pun ikut sama dan
beberapa saat kemudian pula Khalijah masuk kedalam tandas.
Keluar dari tandas Khalijah menceritakan kepada Syuhada dan Hazrina siapakah Zalina tu.. Rupa-rupanya kawan Khairil Qushairy. Macam mana
lah Khairil Qushairy nie boleh ada kawan perempuan yang macam tu.. Nasib baik tidak
jadi kakak ipar sepupu.. ish.. ish..
Mereka bertiga terus berjalan ke arah food court
dan dari jauh sudah kelihatan mereka sedang menanti.. Syakina siap
melambai-lambaikan tangannya takut mereka bertiga tidak perasan di meja manakah mereka semua sudah duduk.
No comments:
Post a Comment