Dah hampir sebulan Atikah bekerja di mutiara holding dan selama itu jugalah
dia mengadap muka Irfan dan kadang kadang mereka ada juga bermasam muka apabila
tidak bersependapat, selalunya Irfan lah yang banyak beralah.
" Murni minta Nuratikah dan Khairul Irfan datang ke bilik saya."
Murni mematikan interkom dan terus menemui Irfan dan Atikah dan menyampaikan
pesana Datuk Hanafiah.
" Ya ayah ada apa nak jumpa kami." Atikah memulakan pertanyaan
manakala Irfan hanya mengangguk kerana dia hampir hendak bertanyakan soalan
yang sama.
" Lagi 3 minggu kita dah nak puasa jadi Ayah nak kamu berdua pergi ke
butterworth dan settlekan masalah pemasaran barangan kita di sana." Datuk
Hanafiah berkata sambil memandang ke arah Atikah dan Irfan.
" Haa.. kenapa lak Ika yang kena pergi." Atikah sedikit
terperanjat dengan Arahan Dato Hanifah dan dia rasa macam tidak puas hati.
" Dah kamu dan Irfan yang menguruskan hal niekan.. jadi ayah nak kamu
berdua ke sana dan tak ada tapi atau tidak." Aduh.. ayah dah bagi arahan
lagi nie yang aku paling tak suka , rungut Atikah di dalam hati, lain pula
dengan Irfan dia setuju saja dengan arahan Datuk Hanifah dan lagi tersenyum
ada, Atikah hanya menjeling saja bila melihat Irfan senyum kepada dia.
" So bila kami kena pergi nie uncle." Irfan bertanya untuk
kepastian.
" Khamis nie. Hotel nanti uncle suruh Murni booking." Jawab Dato
Hanifah lagi.
" Kalau tak ada apa apa Ika keluar dulu lah ayah." Atikah malas nak berlamaan di bilik ayahnya,
hatinya dah mula panas.
" Haa..ok, tapi Irfan tunggu sekejap uncle ada perkara nak bincang
nie." Atikah terus keluar dari bilik tapi dia cara berjalannya sedikit
berentak macam nak tunjuk protes kepada Datuk hanafiah. Datuk Hanafiah hanya
memandang dan tersenyum dengan gelagat puteri tunggalnya itu..
" Uncle harap kamu bersabarlah dengan kerenah Atikah tu, dia sebenarnya
anak yang baik dan kamu cubalah cari peluang berbaik-baik dengannya di sana
nanti." Sebenarnya datuk Hanifah ada agenda lain, dia saja memberi peluang
untuk mereka menyelesaikan masalah di sana.
" Insyallah uncle. Kalau tak ada apa apa saya minta diri dulu."
Irfan meminta izin keluar.
" Ok silakan."
di rumah sekali lagi Atikah mendapat berita yang mengejutkan dia, tapi ini
berita gembira. Apabila ibunya memberitahu yang Shamsul suruh Datin Nurshamsiah
untuk meminang Wafa kalau boleh dia nak bertunang sebelum puasa.
" Tapi ibu lusa Ika dah nak kena pergi butterworth."
" Bertuah punya anak, mestilah ibu tunggu Atikah balik dulu dan
insyallah minggu depan baru kita pergi merisik."
" Kalau macam tu ok lah. Habis berapa lama tempoh abang nak bertunang
nie." Atikah bertanya.
“katanya 2 minggu lepas raya dia nak kahwin." Terang Datin Nurshamsiah
lagi.
" Aik tak menyempat nak langsung.. kenapa tak terus kawin je minggu
depan." Atikah ketawa terasa geli hatinya mendengar cadangan Abangnya itu.
" Tak palah kira sebulan setengah betunang. Jadi lepas nie kita kena
bersiaplah untuk kenduri Shamsul." Datin Nurshamsiah pun sebenarnya
seronok dengan keputusan yang di buat oleh Shamsul dan dia telah pun
memberitahu Datuk Hanafiah mengenai hajat Shamsul melalui telefon tadi.
" Begitulah nampaknya ibu, pukul berapa abang balik hari ini
ibu." Atikah melihat ke arah jam dan tak sabar nak menunggu kepulangan
abangnya.
" Kejap lagi sampailah dia." Datin Nurshamsiah masih sibuk
mengait. Itulah salah satu kesukaan Datin Nurshamsiah bila dia ada masa
terluang.
Tak lama selepas itu Shamsul sampai.. Dan Atikah cepat-cepat menyuruk, dia
nak terperanjatkan Shamsul.
" Hah!!" Atikah menyergah Shamsul.
" Woi! " Shamsul terperanjat dan hampir tercampak beg di
tangannya.
" Atikah!! " Shamsul menjerit apabila Atikah melarikan dirinya
dari shamsul.
" Hei! apa nie.. ya allah budak-budak nie.. sorang dah nak jadi laki
orang dan sorang lagi dah boleh jadi bini orang tapi perangai macam Saiful dan
Safwan." Datin Nurshamsiah membebel kan anak bujang dan anak daranya.
"Atikah lah ibu di sergahnya Abang nasib baik tak gugur jantung nie.
Nanti dia mesti kena dengan abang." Shamsul bukan marah tapi dia geram
sebab terperanjat dan dia tak dapat nak menangkap Atikah, Kalau tak mesti dah
di kepitnya Atikah.
"Saiful dan Safwan mana ibu." Baru Shamsul perasan kelibat adik
kembarnya tak kelihatan.
" Dalam bilik dia oranglah tu, baru sampai tadi ada aktiviti kat
sekolah." Shamsul terus naik ke atas dan terus membuka pintu bilik
adiknya.
" Wei.. buat apa nie." apabila di lihat si kembar terlentang di
atas katil masing masing. Saiful dengan majalah manakala Safwan dengan psp nya.
" Ehh.. abang baru balik ke?" tanya safwan.
" Ye.." Dan Shamsul terus merebahkan dirinya di sebelah
Safwan." mereka adik beradik memang macam tu, kadang tu dia orang lepak
dalam bilik Shamsul dan Atikah pun akan join sama kadang tu, tapi bilik Atikah
dia orang jarang lepak kerana pening tengok colour bilik tu, biasalah perempuan
mesti tak boleh lari dengan colour pink dia.
" Abang malam nie kita gie Mcd nak." Saiful mengajak Shamsul.
" Hmm.. lepas maghrib kang kita pergi." Shamsul dan Atikah suka
melayan kerenah si kembar nie kalau mereka ada masa terluang, kembar walaupun
di manjakan oleh abang dan kakaknya tapi mereka tidak nakal seperti separuh
rakan sebayanya..kerana dalam masa yang sama Shamsul dan Atikah bertegas juga
dengan mereka.
" Tak ajak kak Ika ke?" Shamsul bertanya.
" Belum lagi Wan nak tanya abang dulu dah tu baru bagi tau
kakak." Safwan nak kan kepastian dari Shamsul dulu baru dia mengajak
kakaknya sekali.
" pergi bagitau kakak." Shamsul mengarahkan salah seorang untuk
memberitahu Atikah. Tapi belum sempat Safwan bangun dari katilnya Atikah sudah
tersembul di depan pintu, Dia masuk kebilik dan terus duduk sebelah saiful.
"Apa cerita?" Atikah bertanya Shamsul.
" Dia orang ajak gi Mcd." Shamsul menjawab.
"Ohh..ok no problem, tapi Apa cerita abang, Ika dengar ada good
news." Atikah memandang ke arah Shamsul dan menunggu riaksi Shamsul.
" Good news? " serentak kembar bertanya.
"Ohh.. yang itu..ibu dah cerita ke?" Shamsul bertanya lagi
" Apa nie cakaplah Abang." Saiful sudah tak sabar nak tahu apakah
good news tu..
" Kita bakal dapat kakak iparlah." Atikah memberitahu kembar.
"Wow.. so Abang jadi lah nak kawin ngan kak Wafa tu." Safwan pula
bertanya dan Shamsul cuma tersenyum dan menganggukkan kepalanya.
" Kak Ika lepas nie akak kena panggil Kak Wafa lah tak boleh panggil
macam biasa lagi." Saiful berkata sambil tertawa.
" Nampaknya macam tulah dan akak kena mula panggil dari
sekaranglah." Atikah ketawa dan membaling bantal Saiful ke arah Shamsul.
" Woi! nie hutang tadi tak bayar lagi dah dia buat hutang lagi."
Shamsul terus bangun dan menangkap Atikah yang sudah hendak melarikan diri tapi
tak sempat apabila Shamsul dan menyambar tangannya dan mengepit kepala Atikah
di celah lengan Shamsul, Safwan dan Saiful hanya ketawa melihat kerenah kakak
dan abangnya. Tak ubah macam budak-budak rebina.
" Sorry lah Abang..!!, sakitlah." Atikah cuba merayu untuk
melepaskan kepalanya.
" Sapa suruh kacau abang. So are you surrender." Shamsul tak
melepaskan Atikah selagi dia tak mengaku mengalah.
" Yes..yes.. Ika surrender, Ika promise." Atikah
telah mengangkat tangannya tanda mengalah.
" Ok kalau macam tu pergi buatkan abang nestlo." Arah Shamsul.
" Kak kami pun nak nestlo." Saiful berkata sambil dan memaksudkan
Safwan sekali.
" Wah banyak punya orderkan. Ok lepaskan Ika." Atikah mencebikkan
bibirnya dan terus turun kebawah untuk membuat air abang dan adik kembarnya.
" Irfan nanti dah sampai call uncle tau and please look after my
princess."Pesan Datuk Hanafiah sambil menepuk nepuk bahu Ifran. Mereka
keluar awal pagi kerana kalau boleh nak sampai awal dan mereka ada banyak masa
untuk merehatkan badan.
" Insyallah, uncle." Irfan cuba
menyakinkan Datuk Hanifah, mereka menanti Atikah keluar dan Irfan akan memandu
keretanya. Dia tak nak naik kapal terbang kerana dia nak menikmati keindahan
sepanjang jalan katanya. Mulanya mereka bertekak juga pasal Atikah nak naik
kapal terbang tetapi apabila ayah nya juga menyokong cadangan Irfan dan
akhirnya dia terpaksa akur dengan segalanya.
" Kamu dah Confirmkan dengan Mr Yap yang kamu akan berjumpa dengannya
esok."
" Sudah uncle dan dia menanti kedatangan kami." Jawab Irfan.
Atikah keluar di ikuti ibunya, dan dia memaut tangan ibunya seperti dia tak
pernah berjauhan dengan keluarganya. Dia bersalam dengan Ibu dan ayahnya.
" Ayah ibu Ika pergi dulu ye.. Take care your self ok." Atikah
berkata sayu. Macam nak pergi berbulan bertahun.
" Yes.. Don’t worry about us. Just worry about yourself ok." Ibunya pula berkata.
Dato Hanifah hanya tersenyum.
" Ok lah uncle aunty kami gerak dulu ye. Assalamualaikum" Irfan
bersalam dengan Dato Hanifah dan Datin Nurshamsiah.
" Walaikumusalam." Serentak Dato Hanifah dan Datin Nurshamsiah
menjawab.
" Drive carefully Irfan." Dato Hanifah berpesan lagi.
" Insyallah uncle." Atikah dah bermuram di dalam kereta, dia
memikirkan nasibnya bila berduaan dengan Irfan selama 3 hari.
Mereka cuma melihat kereta Irfan pergi hingga hilang dari pandangan. Dan
kemudian mereka berpandangan dan tersenyum. Bang saya nak jumpa kalsom kejap
nak tengok Aiman dah lama tak tinjau dia. Nafisa duduk dengan Datin kalsom
manakala Najiha duduk di singapura kerana suaminya bekerja dan berasal dari
sana. Dia ada business keluarganya di sana. Manakala suami Nafisa pula adalah
doktor pergigian dan dia ada klinik sendiri.
Atikah tidak banyak berbual cuma Irfan yang banyak bercerita manakala
Atikah cuma kata 'ya' atau 'tidak' je dia memang tak ada mood nak layan berbual
dengan Irfan.,dan dia juga dah dua kali terlelap.
" Irfan tolong berhenti next R&R, saya nak pergi toilet."
Atikah mengarahkan Irfan.
" Ika boleh tahan ke? lagi 20 minit next R&R tu." Irfan
sedikit risau.
" Boleh bukan emergency pun, Saya nak beli coffee sekali." Atikah
menjawab perlahan.
" Ok." selepas tu mereka senyap semula. Selepas sampai di R&R
Atikah terus ke toilet dan Irfan hanya menunggu di luar kereta. Setelah Atikah
keluar dari tandas Irfan terus berjalan ke arahnya dan mengajak Atikah minum
dulu dan itu memang niat Atikah pun. Irfan minum coffee dengan meehoon goreng
manakala Atikah minum coffee dengan laksa. Setelah selesai makan mereka
memulakan perjalanan semula kerana dah tak berapa jauh lagi hanya dalam 2 jam.
Atikah ada juga minta izin Irfan untuk memandu pula tapi Irfan tidak
membenarkan, dan katanya dia dah biasa memandu jauh. Atikah cuma rasa kesian
dan takut dia penat atau mengantuk kerana Atikah sendiri terlelap dua kali.
" Atikah bangun, kita dah sampai nie." Irfan mengejutkan Atikah.
" Aaa.. mmm.."Atikah tersentak dan semasa dia membuka mata tak di
sangka irfan tengah memandang ke arahnya sambil tersenyum dan dia tiada pilihan
terpaksa juga senyum kerana dia terasa malu kerana sampai kereta dah berhenti
pun dia boleh tak sedar.
" Dah jom kita check in dulu." Ajak Irfan.
" Ok." Hanya itu saja yang boleh di jawab oleh atikah. Irfan
melangkah ke bonet kereta dan mengeluarkan beg mereka.
Atikah mengambil begnya dan terus
mengikut langkah Irfan. Selepas check in mereka pun masuk ke bilik masing-masing
dan terus berehat. Irfan membersihkan diri dan solat zuhur dulu dan kemudian
dia baring untuk merehatkan badannya. Atikah tak solat kerana dia cuti. Mungkin
Irfan terlalu penat dia tidur hingga hampir terlajak waktu asarnya lagi 45
minit nak masuk maghrib dan kelam kabut dia bangun untuk mengambil wuduk dan
bersolat. Dalam masa dia nak menunggu waktu Maghrib dia menelefon Atikah dan
mengajak Atikah dinner di restoran hotel, Atikah hanya mengikut saja cadangan
Irfan kerana dia pun terasa penat untuk makan di luar hotel.
Irfan menekan loceng bilik Atikah, bilik mereka pun bersebelahan je. "
Atikah dah siap ke? jom kita turun
makan." Laung Irfan dari luar bilik.
" Dah..haa jomlah." Mereka pun beriringan turun dan terus ke
restoran. Mereka memesan menu yang sama jus tembikai dan nasi goreng kampung.
Atikah malas nak order makanan lain kerana cepat habis makan cepatlah dia naik
dan tak payah nak mengadap muka Irfan lelama. Dan ini adalah kali pertama yang
mereka duduk semeja berdua, dalam masa yang sama Atikah berasa gugup juga
apabila Irfan kerap menenung dia dan dia hanya mengalihkan pandangan seperti
tiada apa yang berlaku.
" Kenapa awak asyik pandang saya je? " Akhirnya Atikah bersuara.
" Ehh.. bila pula saya pandang awak. Saya pandang pelayan kat belakang
awak tu." Irfan mengusiknya.
" Ye lah tu.. agaknya mata awak tu juling pandang pelayan di belakang
tapi biji mata ke arah saya." Atikah berkata sambil menjeling Irfan dan
memandang ke dalam pinggannya semula.
" Hahahahahaha.." Irfan ketawa agak kuat sedikit. Mujur cuma ada
empat lima orang pelanggan saja.
" Awak nie perlahan lah sedikit ketawa tu." Atikah menegur Irfan.
" Yelah mana saya tak geli hati bila awak kata saya macam tu."
Atikah pun turut tersenyum bila kenangkan apa yang dia katakan kepada Irfan
tadi.
" Memang saya pandang awak pun, awak semakin cantik sekarang nie dan
sebelum nie saya tak ada peluang untuk menilik muka awak dari dekat."
Irfan meluahkan kata apa yang tersurat. Dalam masa yang sama Irfan pun macam
tak sangka yang dia boleh dek je cakap dekat Atikah macam tu..
" Iyalah tu." Atikah berkata sambil menyuapkan nasi goreng ke
dalam mulutnya.
" Atikah saya ikhlas katakan nie dan saya teringin sangat hendak
berkawan lebih rapat dengan awak tapi saya tak tahu di mana silapnya yang awak
selalu bersikap dingin dengan saya." Atikah hanya menguis makanannya
selepas mendengar apa yang di katakan Irfan. Sebenarnya selama dia bekerja
dengan irfan sedikit sebanyak dia dah ada rasa suka dengan Irfan tapi cuma
egonya saja yang tak mahu mengakuinya.
" Kita kan memang berkawan? " Atikah cuba memastikan perkara yang
tak pasti.
" Memang kita berkawan tapi tak mesra, awak lebih pada kawan yang
seperti terpaksa dan awak memaksa untuk berkawan dengan saya, lebih kurang
macam tak ikhlas." Luahan Irfan lagi.
'Gulp' Atikah menelan liurnya dan tak sangka dengan pengakuan ikhlas irfan
itu dan ada benar apa yang di katakan oleh Irfan.
" I'm sorry with my bad atitude."Atikah berkata perlahan, Irfan perasan
yang Atikah sekarang nie mudah mengucapkan kata maaf, dan dia pun bercakap
dengan Irfan dah tak macam dulu lagi, lebih banyak berlembut tapi masih ada
tegasnya.
" ok, so after this can we be more than normal friend." Irfan mencuba
nasibnya sekali lagi dan dia berharap yang Atikah akan menerimanya pada kali
ini.
" Hmmm...let me thinking about it." Sambil memandang ke dalam pinggan dan dia
terasa sayu pula bila mendengar luahan Irfan tadi dan terasa macam kejam pula
dirinya.
“Hmmm…Again.. Same liked before.. still no answer. Can you please accept
me for this time." Irfan merayu seperti orang yang benar benar terdesak. Atikah
tersenyum dengan cara Irfan.
" Irfan, saya tak boleh nak bagi kata putus sekarang dan tolonglah
bagi saya masa." Atikah berkata lembut.
" But how long dear? " Alamak dah ber dear dengan aku pulak Atikah berkata di dalam hati.
" Ok Insyallah tomorrow I'll tell you." Atikah cuba untuk menukar topik, tapi dia
seperti hilang idea.
" Hmmm.. ok saya akan
tunggu." Irfan
sedikit mengeluh dan dia tahu Atikah jenis bukan senang lembut dengan hal jodoh
nie. Bukan dia tak tahu dengan cerita Tengku Mazlan yang cuba mengurat Atikah
dan bermacam cara tapi Atikah tetap tidak melayan, dan Tengku Mazlan juga ada
cuba nak buat kotor kepada Atikah tapi tidak sempat apabila dia dan Shamsul
telah memberi amaran kepadanya, itu pun Irfan dapat tahu niat Tengku Mazalan tu
dari kawan Irfan sendiri.
“Oklah Irfan saya naik dulu..Rasa mengantuk pula so esok pukul berapa kita
nak jumpa Mr Yap." Atikah cuba menukar topik hangat mereka tadi.
“Ohh.. Pukul 11.30 kita jumpa dia... Dah jom lah saya pun nak naik
nie." Irfan pun turut bangun dan sama sama berjalan ke arah lift.
setelah sampai di bilik Irfan sempat berpesan kepada Atikah jangan buka
pintu kalau tak pasti siapa yang mengetuk pintu. Irfan risau juga kerana dia
berseorangan dan hotel nie bukannya 100% selamat, manusia nie bermacam ragam.
Atikah berasa sayu apabila Irfan terlalu mengambil berat hal dia sampaikan nak
masuk ke bilik dia masih pesan macam-macam kepada Atikah.
Di dalam bilik Atikah masih memikirkan permintaan dan rayuan Irfan tadi,
dan dia sendiri tau yang Irfan benar-benar ikhlas dan Atikah rasa yang mungkin
dia akan memberi peluang kepada Irfan dan dia akan berterus terang esok.
Setelah urusan mereka selesai dengan Mr Yap Irfan mengajak Atikah berjalan
jalan sekitar Butterworth dan mereka menghabiskan masa bersama, Atikah rasa
seronok pula bila bersama Irfan kerana Irfan nie seorang yang prihatin rupanya,
mana dia nak tahu kerana sebelum nie tak pernahnya baik manjang ada je telagah
mereka tapi semuanya berpunca dari ke egoan Atikah juga dan Irfan pula suka
mengusiknya.
" Atikah macam mana dengan keputusan awak semalam? " Irfan
bertanya apabila mereka minum petang di cafe berdekatan hotel penginapan
mereka.
" Saya rasa..mmm.. saya terima permintaan awak tu, tapi bagi saya masa
untuk menyesuaikan diri saya." Atikah berkata sambil memandang ke arah
cawannya kerana dia malu untuk bertentang mata dengan Irfan.
" Ohh.. syukur and thanks Atikah."Meleret-leret senyuman Irfan.
Atikah tak sangka yang Irfan begitu teruja dengan jawapannya dan pada pendapat
Atikah yang Irfan memang mengharapkan perhubungan ini.
" Tapi boleh tak rahsiakan dulu perkara ini dari our parents.. Saya tak sanggup nak dengar gossip dia orang tu lah.. Sebelum nie pun
dah macam macam dia orang kata kat saya." Atikah mengharap sangat kepada
Irfan supaya merahsiakan perkara ini dulu.
" Boleh, no problem dan bila agaknya yang awak boleh panggil saya nie
abang ye.. bukannya Irfan." Irfan tersenyum memandang ke arah Atikah.
“Baru accept dah demand lelebih pulak." Atikah berkata
sambil tersenyum kepada Irfan. Dan Irfan suka dengan senyuman itu. Dan dia tak
sangka peluang mereka bersama ke butterworth tidak sia sia. Thanks to Datuk
Hanafiah dan papanya.
" Dah jom saya nak solat asar nie." Tadi Irfan solat zuhur dekat
masjid berhampiran. Mereka naik ke bilik manakala Irfan naik dengan hati yang
berbunga. Tapi sempat juga dia berpesan dengan Atikah jangan lupa pasal dinner
bersama Mr Yap malam nanti.
Mr Yap membawa Atikah dan Irfan ke seafood restaurant, Mr Yap juga telah
mengambil mereka di hotel tadi. Mereka menjamu selera sambil berbual dan
bertukar pendapat. Selepas itu Mr Yap menghantar mereka ke hotel semula.
“Send my regards to Datuk Hanifah and Datuk Khairil, and thank you to both
of you for coming down here and together settled the matters and I Appreciated
it ." Sempat juga
Mr Yap mengusik.
“it’s ok Mr Yap ini business mana boleh main- main nanti kita sama-sam rugi." Irfan pula membalas dan
mereka sama-sama ketawa.
" So thank again and have a save journey and good night
guys." Mr Yap berkata sekali lagi sebelum berlalu pergi. Kemudian mereka melambai
dan melihat kereta Mr Yap berlalu pergi.
" Ika nak minum dulu ke?" Irfan cuba bertanya mana tahu sebelum
naik ke bilik atikah teringin minum secawan coffee.
" Tak palah.. saya pun dah kenyang nie, Saya nak kemas barang esok
kita dah nak balik pagikan." Atikah memang sudah kepenatan.
" Ya dalam pukul sembilan, esok Ika bawa beg turun kita sarapan dulu
dan lepas tu kita gerak balik.” Memang itu rancangan Irfan untuk sarapan dulu
baru bergerak pulang ke Kuala Lumpur, Irfan lagi suka bergerak awal.
" Ok lah kalau macam tu." Dalam tak sedar rupanya mereka dah
sampai di hadapan bilik dan selepas berbalas salam mereka masuk ke bilik.
Atikah membersihkan mukanya kemudian dia mengemaskan barang barang yang tak
seberapa pun, nak ikutkan bukan banyak sangat pun cuma dia tak suka siap last
minit. Manakala Irfan membersihkan dirinya untuk solat isyak selepas itu dia
pun nak mengemaskan barang dan terus merehatkan badan kerana dia nak drive jauh
esok.