Berita pertunangan Khalijah dan Zakuan akhirnya di
ketahui juga oleh rakan sekerja mereka. Ada yang gembira dengan berita itu dan
ada yang rasa cemburu dengan Khalijah kerana baru beberapa bulan dia berkhidmat
di hospital itu tetapi telah berjaya menawan hati Zakuan.
“Ija! Karang kita lunch sama ya.” Zakuan datang merapati
Khalijah yang sedang berjalan untuk masuk ke farmasi.
“Ehh… Lunch? Di sini ke?” Khalijh bertanya.
“Ya lah… Saya ajak lunch dekat sini lah.” Zakuan
mengangukkan kepalanya.
“Tak nak lah… Kalau kat luar ok lah sikit… Nanti dekat
sini banyak gossip.” Khalijah cepat-cepat menolak pelawaan Zakuan itu.
“Aik… Gossip apanya… Saya nak lunch dengan tunang sendiri
pun takkan tak boleh… Sampai bila kita nak risau apa orang kata… mulut orang ni
memang tak boleh nak di tutup dari mengata… Biarkan mereka, dah penat nanti
diamlah mereka… Yang penting kita tahu apa yang kita buat.” Zakuan mula menegur
Khalijah.
“Awak tak apalah… Sebab dia orang ada rasa hormat dengan
awak… Saya nie yang jadi mangsa kena perli... Kadang-kadang rasa macam segan pula
dengan mereka dah macam saya ni merampas awak dari mereka.” Khalijah berkata
perlahan dan menundukkan kepalanya.
“Ija! Apa saya katakan tadi… Pedulikan mereka yang hendak
mengata… Dan saya ada sebab mengapa saya sukakan awak dan sanggup mengambil
awak untuk menjadi suri hidup saya… Semuanya kerana sesuatu yang istimewa yang
ada pada awak dan tiada pada mereka… So lunch karang tunggu saya… kita lunch
sama-sama.” Zakuan memujuk Khalijah dan dia tetap dengan keputusannya untuk
makan tengah hari bersama di kantin nanti, merah juga muka Khalijah selepas
mendengar pengakuan dari mulut Zakuan.
“Okay lah… Saya yang menurut perintah tuan Doktor.”
Khalijah mengangkat tangan dan memberi tabik kepada Zakuan.
“Ha…Ha… Ha… ada-ada saja awak ni. Saya nak pergi wad
kanak-kanak dah ni… kerja elok-elok dan jangan berangankan saya sangat… nanti
tak pasal-pasal ada patient salah dapat ubat.” Zakuan mengusik Khalijah.
“Ishhh… Tak kuasa nak berangankan awak… kalau saya
berangan date dengan Lee Min Ho lagi best.” Khalijah pula melawak.
“Sibuk dengan korean dia tu.” Zakuan terus mencebik
kemudian dia tersenyum kerana dia suka mengusik Khalijah.
“Jealous lah tu.”Khalijah berkata.
“Ishhh… Tak kuasa saya nak jealous sebab nanti yang dapat
awak tu saya juga…Ha…Ha... Ha…” Zakuan ketawa sedikit kuat kerana sekali lagi
dia dapat mengenakan Khalijah.
“Shhh… Amboi gelak tak boleh cover… Dah saya nak masuk
dalam, lama-lama di sini ada pula yang perli saya.” Khalijah terus mengenggam
tombol pintu untuk di buka.
“Haa.. Iyalah… See you later.” Zakuan pun meneruskan
perjalanannya untuk ke wad kanak-kanak.
####################
“Amboi! Makan berdua nampak.” Tiba-tiba Zainab menegur
Zakuan dan Khalijah, Zainab adalah senior doktor di hospital.
“Ehh… Jemput makan doktor.” Khalijah tersenyum dan
mempelawa doktor Zainab untuk makan bersama mereka berdua.
“Tak apalah… Saya tak nak ganggu kamu berdua, tapi darah
tengah manis ni jangan dating selalu.” Doktor zainab mengusik mereka.
“He he he… Baru hari ni saya dapat dating dengan dia
dekat kantin ni doktor… Kalau tak tu payah juga nak ajak dia makan sama… Dia
takut orang mengata.” Zakuan berkata kepada doktor Zainab.
“Khalijah! Kamu perdulikan orang yang mengatakan… Asalkan
kamu tahu apa yang kamu buat dan tidak melanggar perintah agama… InsyAllah
semuanya akan terpelihara.” Sempat doktor Zainab menasihati Khalijah.
“Terima kasih doktor… InsyAllah saya akan ingat pesanan
itu.”jawab Khalijah.
“Marilah doktor join kami sama.” Sekali lagi doktor
Zainab di pelawa tetapi kali ini Zakuan pula yang mengajaknya.
“Tak apa… Saya nak beli kuih saja... Sebab saya nak balik
awal hari ini… Ada hal sikit.” Doktor Zainab menolak pelawa mereka.
“Ohhh… Ya ke?” Khalijah menjawab pendek.
“Saya minta diri dulu ya… Maaflah mengacau kamu berdua
saja.” Doktor Zainab berkata lagi.
“Ehh.. Tak ada apa-apalah Doktor.” Kata Zakuan.
“Saya pergi dulu… Assalamualaikum.” Doktor Zainab memberi
salam dan meninggalkan mereka.
“Walaikumusalam..” Zakuan dan khalijah menjawab serentak.
Mereka meneruskan perbualan.
“Abang Que call saya semalam… Katanya next week awak nak
pergi kedah… Dia ada ajak saya pergi sama.”
“Habis awak nak ikut ke?” Khalijah terus memotong cakap
zakuan.
“Lajunya memotong…” Zakuan menegur Khalijah.
“He…He…He…” Khalijah tersengeh dengan menampakkan gigi
yang putih dan cantik tersusun.
“Saya dah check jadual… saya habis kerja Friday morning
tu dan Saturday Sunday pun kebetulan saya cuti.” Terang Zakuan.
“Habis tu awak ikut ke?” Khalijah terus bertanya lagi
kepada Zakuan.
“Kenapa? Awak tak bagi saya ikut ke?” Zakuan pula
bertanya kepada Khalijah.
“Bukan macam tu… Takut nanti awak penat dah tu Monday
awak kerjakan.” Khalijah berkata lagi.
“Saya dah apply cutilah… Sayang juga awak dekat saya ye…
dulu pandang saya pun tak nak.” Zakuan mengusik Khalijah.
“Mengada-ngada… Sapa yang sayang dia tu... Tak malu.”
Khalijah buat-buat seperti meluat dengan kata-kata Zakuan tetapi dia menahan
malu apabila di usik oleh Zakuan begitu.
“Yelah… Sapalah saya ni… Rupa ada… Handsome pula tu.”
Zakuan berkata sambil mecebikkan bibirnya.
“Ekk eleh.. itu bukan merendahkan diri… Itu membanggakan
diri sendiri namanya… Gedik lah pula doktor Zakuan ni.” Khalijah tersengih
sambil mengutuk Zakuan.
“Ha…Ha…Ha… Dah tunang saya tak mahu puji… saya pujilah
diri sendiri.”Katanya.
“Senak perut dengar ayat perasan awak ni… Dah lah saya
nak naik dulu… Awak dah habis ke?” Khalijah bertanya kerana dia sudah selesai
makan dan ada lagi lima belas minit sebelum masa rehatnya berakhir.
“Jomlah saya pun dah habis.” Zakuan berkata sambil
melihat ke dalam cawan untuk memastikan air minumannya habis.
Mereka berjalan beiringan untuk naik ke tingkat satu. Ada
juga yang memandang mereka berdua dengan perasaan cemburu kerana selama ini
Zakuan tidak pernah makan bersama nurse dan pekerja wanita lain melainkan
dengan rakan lelaki ataupun senior doktor yang perempuan sahaja.
#################
“Ohhh! Diam-diam Abang Que cakap dengan Zakuan pasal kita
pergi Kedah tu ya.” Khalijah terus menerjah Khairil Qushairy.
“Kan Abang dah cakap yang Abang akan ajak dia…Tapi dia
belum beri kata putus lagi.” Jawab Khairil Qushairy.
“Dia dah siap booking cuti lagi sebab nak pergi sama.”
Khalijah berkata.
“Dia dah beritahu Ija ke?” Khairil Qushairy bertanya.
“Haa ahh… Tadi masa kami lunch sama, dia beritahu Ija…
Itu pun sebab Ija yang tanya dia, kalau tak mesti dia buat plan dengan Abang
Que saja.” Khalijah berkata lagi.
“Elehhh… apa itu pun nak jeles ke?” Khairil Qushairy
mengusik Khalijah.
“Ishhh… Tak kuasa saya.” Khalijah menjawab sambil terus
memeluk tubuh dan mengangkat kakinya bersila di atas sofa.
“Sayang nanti kita naik kereta kita dan biarkan Ija naik
kereta dengan Zakuan ya.” Khairil Qushairy berkata sambil merebahkan kepalanya
ke bahu Syuhada.
“Buat apa nak konvoi… Kita naik satu kereta sajalah
bang.” Syuhada tidak setuju dengan cadangan Khairil Qushairy.
“Tah nya… kedekut orang naik kereta dia lah tu.” Khalijah
mencebik bibir.
“Alamak sayang ni… Abang ingatkan sayang back up Abang…
Abang just nak usik Ija lah.” Khairil Qushairy terus tegakkan kepalanya dan
memandang Syuhada dan mengerutkan dahinya.
“Laa… Kenapa tak beritahu awal-awal… Atleast bagilah
signal.” Syuhada ketawa kerana plan khairil Qushairy hendak mengenakan Khalijah
tidak menjadi.
“Kah… Kah… Kah… itulah niat tak baik nak mengenakan
orang… kan dah kena diri sendiri, Amboi kau Hada sama jer sepakat dengan laki
kau yang sengal ni kan.” Khalijah mentertawakan khairil Qushairy dan dia sempat
juga mengutuk Syuhada.
“Ehh… Dah isteri Abang mestilah dia sepakat dengan Abang…
Jeles lah tu.” Khairil Qushairy mengusik Khalijah lagi.
“Tak kuasa nak jeles dengan Abang Que… Perangai macam
budak-budak… Wekkk…” Khalijah menjelirkan lidah kepada khairil Qushairy.
“Apa sajalah kamu berdua nie… macam bebudak.” Datin
Roziah menegur mereka, Khairil Qushairy ketawa apabila Khalijah menjelirkan
lidah kepadanya. Syuhada turun ketawa dan mengelengkan kepala kerana gelihati
melihat kedua beradik ini.
“Abang Que lah mummy kalau tak usik Ija tak sah.”
Khalijah mengadu kepada Datin Roziah.
“Macam mana perancangan kamu nak ke sana ni nanti.” Datin
Roziah bertanya.
“Ija! Zakuan ada cakap ke bila dia start cuti.” Khairil
Qushairy bertanya kepada Khalijah.
“Ada… Dia kata hari jumaat tu dia habis sebelah pagi dan
kalau abang Que nak gerak sebelah malam pun boleh kut, sebab Ija kerja hari
jumaat tu.
“Kalau macam tu hari sabtu pagi tulah kita gerak.”
Syuhada berkata.
“Ok juga tu… Jumaat pun Abang kerja… Tapi Hada nak off ke
hari jumaat tu.” Khairil Qushairy bertanya kepada Syuhada.
“Ehhh… Tak payahlah… Nanti tertangguh kerja pula.”
Syuhada berkata.
“Amboi! Mentang-mentang dia bos… Siap offer cuti dekat
bini dia lagi tu.” Khalijah mengusik.
“Haa… Tu untungnya kerja dengan suami.” Syuhada mengusik
Khalijah semula.
“Menyampah dengan ayat kau…” Khalijah mengerling Syuhada
kemudian dia tersengih.
“Jangan jeles haaa…” Khairil Qushairy pula berkata dan
terus mengambil tangan Syuhada dan di genggamnya.
“Tapi kalau macam tu nanti Abang Que bagi tahu Zakuan lah
pasal plan Abang Que ni.” Khalijah menyerahkan kepada Khairil Qushairy.
“Ehh… Ija sampaikan jer lah.” Khairil Qushairy memandang
Khalijah.
“Ehhhh tak ada… tak ada… Abang Que yang ajak dia dah tu
Abang Que gak yang plan itu ini… So Abang Que bagi tahu dia… Muktamad.”
Khalijah berkata sambil mengeratkan peluk tubuhnya lagi.
“Aik… Pasal nak bagi tahu tu pun boleh jadi hal… apalah
kamu berdua ni.” Tiba-tiba Datuk Sahak menyampuk setelah dia lama berdiam
kerana bermain dengan Izara.
“Yelah Pa… Abang Que yang nak itu ini… So dia kenalah
bagi tahu Zakuan.” Khalijah cuba untuk memenangkan dirinya.
“Iyalah… Abang call dia esok… puas hati…” Khairil
Qushairy berkata sambil sengaja menbuntangkan matanya kepada Khalijah.
“Ishhh… Abang ni.” Syuhada melepuk perlahan lengan
Khairil Qushairy kerana berperangai seperti budak-budak.
“Hahaha… Kalah…” Khalijah sengaja mengejek Khairil
Qushairy.
“Pening Mummy tengok dua beradik ni lah…” Datin Roziah
membebel.
“Mummy kak Idah balik bila?” Khalijah bertanya tentang
Khalidah kepada Datin Roziah. Khalidah ada urusan di Sabah.
“Lusa dia balik kut.” Datin Roziah berkata.
“Ija nak call kak Idah suruh tolong belikan brooch pearl…
Kau nak ke Hada.” Khalijah bertanya kepada Syuhada pula.
“Ehhh boleh gak… Kau suruh kak Idah beli lebih nanti aku
bayarlah dekat dia balik.” Syuhada terus teruja apabila terkenangkan tentang
mutiara.
Ok… Esok aku call dia, sekarang ni takut dia tengah berehat
ke… Malas nak ganggu dia.” Khalijah berkata lagi.
Dalam mereka berbual semua terhenti sekejap kerana
melihat keletah Izara, sekarang ini semakin lasak dia sudah pandai menapak
tetapi masih bergantung, dia masih takut-takut untuk melepaskan tangannya
sambil buat kerja sambil mulut membebel, bising saja mulutnya.
“Abang! Rasa awak kita ni boleh dapat menantu lelaki lagi
tak… Idah tu sibuk dengan kerja dia saja tak pernah pun dengar dia cerita pasal
teman lelaki.” Datin Roziah mula menunjukkan kegusarannya apabila terkenangkan
anak daranya yang seorang itu.
“Awak ni… Ada jodoh dia nanti tu kawin lah dia… Kalau
susah sangat awak carikan saja untuk dia.” Datuk Sahak menjawab selamba tanpa
menunjukkan riak kerisauan.
“Awak tu tak adalah risau tentang anak tukan… Dia
perempuan dan saya kalau boleh nak tengok anak-anak bahagia sebelum saya
menutup mata.” Datin Roziah berkata sayu… Khairil Qushairy, Syuhada dan
Khalijah hanya saling berpandangan apabila Datin Roziah berkata begitu.
“Mummy! Janganlah cakap macam tu, Pasti ada jodoh untuk
kak idah tu… Tak pun mummy buat macam yang papa katakan tu… Tak gitu Pa?”
Khalijah cuba memujuk Datin Roziah.
“Betul tu mummy… Mummy kan ramai kenalan dan pasti mereka
ada anak-anak bujang so cuba try test lah.” Khairil Qushairy pula menyampuk.
“Cehhh… Cuba try test… Ingat nie uji kaji ke?” Syuhada
menegur Khairil Qushairy.
“Hahaha…” Khairil Qushairy ketawa.
“Laki kau tu sengal sikit… Nak-nak dapat pula bini macam
kau… Bertambah menjadi sengal dia sekarang ni.” Khalijah berkata dan terus dia
ketawa.
“Kurang asam punya Ija dengan aku sekali kau kenakan.”
Syuhada turut tergelak kerana dia turut di kenakan oleh Khalijah.
####################
Selamat sudah mereka sampai di kedah, mereka menetap di
homestay yang telah di tempahkan oleh Azizah untuk mereka. Syuhada telah
meminta Azizah mencari homestay yang tiga bilik untuk mereka menginap satu
malam dua hari. Apabila Azizah bertanya kenapa sampai tiga bilik mengapa tidak
tidur saja di rumahnya, tetapi Syuhada memberi alasan kerana ada saudara yang
lain mahu datang sama tetapi mereka ada urusan lain, pandai Syuhada dan
Khalijah mereka cerita kerana mereka ingin membuat surprise semasa bertemu
dengan Azizah dan rakan-rakannya yang lain nanti.
“Arghhhhh… “ Khalijah mengeliat untuk merenggangkan badan
yang terasa penat duduk lama di dalam kereta.
“Amboi! Agak-agaklah mengeliat tu anak dara oii… Kalau di
tengok orang lain, buruk bebenor.” Syuhada menegur perlakuan Khalijah.
“Macamlah dia yang drive.” Khairil Qushairy pula
menyampuk setelah keluar dari kereta, Zakuan hanya tersenyum memandang
Khalijah.
“Abang Que! Duduk pun penatlah.” Khalijah membalas
kata-kata khairil Qushairy dan terus menyangkutkan handbag di bahunya.
“Oii! Dah sampai dah.” Tiba-tiba seseorang menjerit
setelah ternampak Syuhada dan Khalijah.
“Wei Tina… Balqis!! Syuhada dan Khalijah sama-sama
terjerit dan berpelukan sesama mereka melepaskan kerinduan.
“Ya Allah rindunya aku dengan kau orang berdua.” Balqis
berkata sambil memeluk bahu Syuhada dan khalijah serentak.
“Aku pun rindu dengan kau orang juga.”Khalijah pula
berkata kepada Balqis dan Qistina.
“Ija!! Hada!!” Shazana pula berlari keluar dan menjerit
keriangan bertemu Syuhada dan Khalijah, sekali lagi mereka berpelukkan. Khairil
Qushairy dan Zakuan hanya mengelengkan kepala dan turut tersenyum melihat
gelagat mereka.
“Wei Ija! Abang kau ikut sama… Tu yang handsome sorang
lagi tu sapa.” Shazana bertanya.
“Haa ahh… Sabarlah dulu bertanya tak boleh satu-satu ke?.”
Khalijah berkata.
Shazana, Balqis dan Qistina turut duduk di homestay yang
menempatkan Syuhada dan Khalijah, Azizah telah memaklumkan kepada mereka bertiga
bahawa Syuhada dan Khalijah ingin duduk di homestay dan kerana itu mereka
bertiga juga meminta Azizah menempah untuk mereka.Khairil Qushairy telah pun
berjumpa dengan tuan rumah untuk mengambil kunci rumah dan juga membuat
pembayaran siap.
“Alaaa… Izara sayang pun ada.” Balqis berkata setelah
melihat khairil Qushairy mengangkat Izara keluar.
“Ma.” Izara memanggil Syuhada. Izara sudah pandai
bercakap sikit-sikit tetapi sepatah-sepatah sahaja.
“Dah pandai bercakap ke dia.”Qistina pula bertanya setelah Syuhada mengambil Izara dari dukungan
Khairil Qushairy.
“Boleh lah… Sepatah-sepatah.” Jawab Syuhada.
“Tapi dia panggil kau Ma?” Syazana pula bertanya.
Syuhada tersenyum dan memandang Khalijah.
“Dah memang Mama dia… So dia panggil Mama lah.” Khalijah
pula tolong menjawabkan bagi pihak Syuhada.
“Kira kau ni memang sah menjadi mak angkat dialah ya.”
Qistina pula bertanya.
“Bukan mak angkatlah… Mak betul Cuma bukan Mama nie saja
yang lahirkan dia.” Khalijah berkata lagi, Syuhada hanya ketawa kerana dia
ingin membiarkan kawan-kawannya itu berteka teki.
“Wei! Cakap lah betul… Tak faham akulah.” Qistina sudah
kepeningan.
“Oklah… Aku bagi tahu perkara sebenar… Aku sudah bernikah
dengan Abang Que.” Syuhada berterus terang, mereka bertiga terus terkejut
dengan apa yang di beritahu oleh Syuhada.
“Apa?” Mereka bertiga bertanya serentak kemudian terus
memandang Khairil Qushairy yang sedang mengangkat beg untuk di bawa masuk ke
dalam rumah.
“Ya… Itulah jawapan aku… Aku adalah isteri kepada Khairil
Qushairy merangkap kakak ipar kepada Khalijah.” Syuhada berkata lagi dan
kemudian dia tersenyum.
“Sampai hati kau tak bagi tahu kami pun kau dah
berkahwin… Buat majlis pun tak nak jemput kami… Yelah kami sedarlah kami ni
siapa.” Tiba-tiba Balqis rasa seperti merajuk kerana terasa mereka seperti di
pinggirkan.
“Janganlah cakap macam tu… Majlis belum buat lagilah,
kami nikah dulu… buat yang wajib dahulu itu pun ini semua atas arahan nenek
aku, kalau tak kami hanya hendak bertunang dulu.” Terang Syuhada sambil memujuk
Balqis.
“Haa… Yang tu jangan pula kata suami kau Ija.” Syazana
memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah Zakuan yang sedang duduk di tembok rumah
dan berbual dengan Khairil Qushairy.
“Ehh… Gila kau… Aku belum kawin lagi… Tapi dia tu tunang
aku.” Khalijah tersengeh-sengeh semasa berkata.
“Tunang? Melepas aku nak usha.” Syazana berkata.
“Amboi! Amboi! Jangan mau lebih haa..” Khalijah
membulatkan matanya kepada Syazana.
“Aku ingat dulu nak usha Abang kau… Sekali Hada dah
kebaslah.” Syazana berkata seperti kehampaan tetapi dia sekadar bergurau
sahaja.
“Pembetulan… Abang aku yang kebas Hada… Dia yang merayu
hendakkan Hada tau.” Khalijah berkata perlahan kepada mereka bertiga kerana
takut Khairil Qushairy terdengar.
“Amboi! Sedap kutuk laki chek no.” Syuhada berkata di
dalam loghat kedah.
“Chek tak kutuk na… chek habak ja.” Khalijah membalasnya
kemudian terkekek-kekek mereka berlima.
“Mari dekat aunty Balqis sayang.” Balqis menghulur tangan
untuk mengambil Izara tetapi Izara menolak huluran tangan Balqis.
“Amboi sombong dengan aunty ya.” Balqis mencuit pipi
Izara.
“Dia baru jumpa kau tu Balqis… tungu enjin dia dah panas
karang hendak lah dia tu.” Syuhada berkata sambil tersenyum menmandang Izara.
“Hada! Masuk dululah… Ajaklah kawan-kawan tu berbual di
sini.” Tiba-tiba Khairil Qushairy memanggilnya, kerana keseronokan berjumpa
sehingga lupa yang mereka berbual sambil berdiri.
“Alamak… Ada suara sudah memanggil tu… Macam ni… Kau
orang rehat dulu karang bila nak pergi rumah Azizah aku panggil kau orang.”
Shazana berkata. Mereka akan pergi untuk majlis berinai pada sebelah malam,
Azizah juga sudah di maklumkan yang mereka telah pun selamat sampai di homestay
yang di tempah.
“Ok… Aku pun penat juga… Nie nak mandikan budak kenit
sekali, dia pun rimas badan berlengas.” Syuhada pula berkata.
Mereka berpisah sekejap, Syazana, Balqis dan Qistina
berasa segan untuk masuk ke dalam rumah yang Syuhada dan Khalijah duduk kerana
mereka segan dengan Khairil Qushairy dan Zakuan.
Setelah puas berehat dan selesai mereka semua solat
maghrib, mereka bergerak sama ke rumah Azizah, rumah Azizah tidak terlalu jauh
dari homestay yang mereka menginap, dalam lima belas minit sahaja perjalanan.
Sampai di rumah Azizah mereka di sambut oleh kedua ibu
bapa Azizah, dan mereka berlima terus mendapatkan Azizah di dalam bilik,
manakala Zakuan dan Khairil Qushairy hanya duduk di bawah khemah sambil Khairil
Qushairy menjaga dan bermain bersama Izara, pada mulanya Syuhada hendak membawa
Izara masuk sama tetapi Khairil Qushairy berkata biarkan sahaja Izara
bersamanya.
Sedikit riuh bilik pengantin dengan gelak tawa mereka
berenam, setelah sekian lama mereka tidak berjumpa Azizah dan bermacam-macam
cerita yang sempat mereka bualkan sehingga berita pernikahan Syuhada dan
pertunangan Khalijah, sekarang ini mereka hanya menunggu ketibaan pengantin
lelaki untuk majlis berinai, Azizah telah selesai di siapkan.
Mereka berlima tidak melepaskan peluang untuk menginaikan
kedua mempelai, Syuhada berkata juga di dalam hatinya yang dia tidak sabar
untuk majlisnya pula. Semua orang idamkan majlis perkahwinan yang indah dan
boleh menjadi kenangan mereka hingga ke akhir hayat.
“Sabar ya sayang nanti majlis kita pun akan tiba.” Khairil
Qushairy berbisik kepada Syuhada. Syuhada tersenyum berpaling memandang Khairil
Qushairy.
“Dah kawin dah kawan kitakan… Kita bertiga nie bilalah
nak naik pelamin macam tukan.” Balqis berkata lebih menujukkan kepada dirinya,
Qistina dan Shazana.
“Ishhh… Kau ni Balqis, janganlah cakap macam tu… Jodoh ni
ketentuan Allah kadang-kadang kita tidak
payah untuk mencarinya dan ianya akan datang dengan sendiri.” Khalijah berkata.
“Macam kau dengan Hadakan.” Qistina pula berkata.
“Ha… Ha… Ha… Lebih kurang lah.” Khalijah ketawa.
“Jodoh datang dalam berbagai cara… Mana tahu kau datang
majlis ni lepas tu di sini juga kau bertemu jodoh kau… Sapa tahukan.” Syuhada
pula berkata.
“Dah jom kita usha sesapa yang ada memerhatikan kita…
maknanya jodoh kita dah dekat lah tu.” Shazana pula melawak.
Kau nie sewel tak sudahlah Sha.” Balqis menegur Shazana
dan mereka serentak ketawa. Kharil Qushairy dan Zakuan banyak berbual berdua
kerana mereka pun berasa segan untuk berbual dengan kawan-kawan Syuhada dan
Khalijah.
Izara pun tidak banyak kerenah, elok sahaja dia duduk di
pangkuan Syuhada sambil bermain dengan mainannya. Balqis ada mengangkat dia
dari Syuhada mengeliat dan hampir menangis dia kerana tidak mahu dengan orang
yang tidak di kenalinya.
Sambil bermain sambil tu mulutnya bising, orang berbual
dia pun turut berbual. Sampaikan Shazana, Balqis dan Qistina tertawakan Izara
kerana bising mulutnya itu seperti dia berbual bersama.
“Ehh… Jemputlah makan… makanan ada tersedia di sana tu.”
Ibu Azizah datang menegur mereka. Makanan di majlis Azizah di sediakan secara
buffet.
“Iya makcik… Terima kasih… Kami ambil sekejap lagi.”
Balqis membalas pelawaan Puan Sumayyah.
“Abang dengan Zakuan makan dululah… Biar Hada pegang
Izara dulu.” Syuhada mengarahkan Khairil Qushairy.
“Nak Abang ambilkan nasi Izara dulu tak.” Khairil
Qushairy bertanya.
“Haa boleh lah… Kalau ada lauk yang tak pedas atau sayur
tu bolehlah abang letakkan sedikit.” Syuhada berpesan.
“Untungnya kau dapat Abang Que tu... handsome, baik pula
tu.” Qistina memuji sambil tersenyum.
“Amboi gatalnya kau… laki orang yang kau puji tu.”Balqis
menegur Qistina.
“Ehhh… Aku tahulah… Aku cakap pun depan Hada.” Qistina
menjawab.
“Terima kasih kerana puji suami saya tu… Tapi jangan
sampai dia dengar… nanti kembang setaman meleret senyum dia.” Syuhada berkata
pula, ketawa juga mereka mendengar apa yang di katakan oleh Syuhada.
“Kau orang makan lah dulu...” Syuhada menyuruh mereka
bertiga untuk makan dahulu.
“Tak apa kami tunggu kau dan Ija sama.” Shazana pula
berkata.
“Tara!! Nie untuk anak Papa.” Khairil Qushairy membawa
makanan dan di berikan kepada Syuhada.
“Ehhh… Mana makanan Abang?” Syuhada bertanya kerana
kelihatan hanya makanan untuk Izara yang di bawa oleh Khairil Qushairy.
“Ni nak pergi ambil untuk Abang pula lah… Abang ambilkan
untuk Izara dulu.” Jawab Khairil Qushairy.
“Ohhh… Haa ya lah.” Syuhada mengangguk.
“Ok sayang mari kita makan.” Syuhada mencuci tangannya
menggunakan air cucian tangan yang memang ada tersedia di atas meja.
“Lauk apa tu Hada?” Khalijah bertanya.
“Sayur campur dengan ayam goreng.” Syuhada menjawab
pertanyaan Khalijah.
Syuhada terus menyuap Izara makan, Qistina. Balqis dan
Shazana seronok melihat Izara yang pemakan, lagi satu mereka seronok apabila
melihat Izara makan sayur kerana tidak semua kanak-kanak suka makan sayur.
“Hendak juga dia makan sayur kan… Anak buah aku jangan
harap nak menjamah sayur ni.” Kata Balqis.
“So far Alhamdulillah… Dia dari mula makan bubur blender
tu memang kami masakkan campur sayur-sayuran dan bila dah mula belajar makan
nasi lembik-lembik sikit pun kami bagi dia makan dengan sayur juga jadi dia
sudah terbiasa.” Syuhada berkata.
“Itu pasal badan dia pun sedap saja di dukung.” Kata
Shazana pula.
“Aku pun suka makan sayur dan buah-buahan, kau tak nak
cuba dukung ke?” Khalijah pula bertanya kepada Shazana.
“Haa… yang tu kau kena suruh husband to be kau yang
dukung.”Jawab Shazana.
“Hampeh kau Sha.” Khalijah melepuk bahu Shazana yang
kebetulan mereka duduk sebelah menyebelah.
“Hahaha… Yang itu aku sokong.” Qistina pula menyampuk dan
menyokong usikan Shazana tadi.
“Amboi! Kalau part macam tu laju saja kau menyokongkan.”
Kata Khalijah lagi. Zakuan hanya makan sambil tersenyum apabila mendengar
usikan kawan-kawan Khalijah tetapi khalijah perasan senyumannya itu.
“ Ni kenapa pula senyum-senyum ni.” Khalijah terus
bertanya kepada Zakuan. Tetapi Zakuan tidak menjawab sekadar mengangkat bahunya
sahaja.
“Dia nak senyum biarkan lah.” Syuhada pula menyampuk.
“Selalu orang gila yang suka senyum sorang-sorang tapi
takkan doktor ni pun dah gila senyum sorang-sorang.” Khalijah mengusik Zakuan.
“Ya Allah budak Ija ni… Tak berubah betul perangai
diakan… Ehh tunang kau doktor ke?” Qistina bertanya, petang tadi semasa berbual
mereka pun tidak bertanya apakah pekerjaan zakuan.
“Hmmm… Pakar kanak-kanak.” Khalijah menjawab perlahan.
“Ohhh… kira doktor love lah ni.” Balqis pula berkata
sambil ketawa.
“Memang itu pun yang aku dan adik beradik lain panggil.”
Syuhada menjawab pantas dan mereka ketawa lagi.
Khairil Qushairy sudah pun selesai makan, Izara awal lagi
sudah selesai makan kemudian khairil Qushairy
mengambil Izara dari Syuhada, kerana sekarang adalah masa untuk mereka
pula makan. Dalam masa mereka menjamu selera Azizah datang mendapatkan mereka
setelah keluarga pengantin lelaki pulang, Azizah awal-awal lagi sebelum
bersanding tadi dia makan. Jadi dia hanya berbual sambil kawan-kawannya yang
lain makan.
Hampir pukul sebelas juga mereka pulang ke rumah yang di
sewa. Tiada lagi masa untuk mereka semua berbual. Masing-masing balik
membersihkan diri kemudian solat isyak dan tidur kerana kepenatan seharian.
Majlis bersanding akan di adakan pada pukul dua, mereka
melepaskan waktu zuhur dahulu, Syuhada, Khalijah dan kawan-kawannya juga sempat
menunaikan solat Zuhur. Pada pukul satu empat puluh lima mereka semua bergerak
keluar ke rumah Azizah untuk melihat acara persandingan pula tetapi sebelum itu
Khairil Qushairy telah pun menyerahkan kunci rumah yang mereka duduki kepada
tuan rumah kerana selepas selesai di rumah Azizah mereka akan terus bergerak ke
Kuala Lumpur.
Majlis pada hari ini lebih meriah di bandingkan dengan
malam tadi, ramai juga tetamu jemputan dari keluarga Azizah. Mereka berlima
tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama pengantin di pelamin.
Mereka memeluk Azizah dan mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagian rumah
tangganya.
Setelah selesai menjamu selera dan berehat sebentar
mereka semua merancang untuk memulakan perjalanan pulang. Syuhada sungguh
berpuas hati dengan menu makanan yang di sediakan pada sebelah siang. Pihak
pengantin perempuan menyajikan menu special iaitu daging salai cecah air asam.
Tidak pernah sebelum ini di mana-mana majlis kenduri kahwin keluarga pengantin
menyajikan daging salai cecah pula dengan air asam. Sungguh berselera mereka
menikmati daging salai cecah air asam selain itu ada juga gulai kurma ayam,
gulai labu masak lemak, kari daging kambing dan pencuci mulut.