Pukul empat pagi mereka di kejutkan dengan berita
yang amat mengejut. Pihak hospital menelefon Khairil Qushairy dan memaklumkan
keadaan Kartini yang tengah nazak. Tuan Roslan telah memandu ke
hospital, mereka risau juga jikalau Khairil Qushairy yang memandu sendiri mungkin boleh
membahayakan dirinya pula kerana perasaannya sekarang ini tidak tentu arah selepas mendengar keterangan dari pihak hospital sebentar tadi, sudah pasti fikirannya tidak tenang. Datin Roziah, Datuk Sahak dan puan Rokiah juga turut bergegas pergi ke hospital selepas di maklumkan oleh Khairil Qushairy.
"Ija kau tolong buat kan susu Izara
nie.." Syuhada memujuk Izara yang sedang merengek saja.. pada pendapat Syuhada mungkin dia lapar.. Lampinnya tidak pula kelihatan basah.
" Ye.. ye.. " Khalijah terus
menyediakan susu untuk Izara.. Mereka berdua dari tadi duduk mengadap Izara dan cuba memujuknya.
"Hada! aku rasalah dia dapat rasakan keadaan
mama dia sekarang nie tak?" Khalijah bertanya dan mungkin dia terfikir apa
yang Syuhada fikirkan.
"Aku pun rasa macam tulah Ija.. dah bagi sini
susu tu.." Syuhada terus menyuakan ke mulut Izara. Dia minum juga susu itu tetapi tidak lama Izara menolak.
"Aik! kenapa sayang Mak Su nie.. minum sikit
saja." Syuhada meletakkan botol susu di tepi katil.
"Izara sayang.. Mak Chu sayang dia."
Khalijah pula mengambilnya dari Syuhada dan cuba memujuk Izara yang sudah mula
menangis.
Tiba-tiba pintu bilik di ketuk dan di buka dari luar..
Rohana masuk dan terus mengadap Izara dan mengusap-usap kepala Izara. Tiada siapa
yang tidak simpati dengan anak kecil ini.
"Kak Ana terdengar dia menangis tu Kak Ana
nak tengok kenapa?" Rohana rupanya tidak dapat tidur juga selepas Datin
Roziah memberitahu tentang panggilan dari Hospital tadi.
"Tu lah Kak Ana.. susu dah bagi, lampin dia
pun ok.. rasanya dia rindukan mama dia tak kak?" Khalijah berkata sambil
mendodoi Izara.
"Mungkin juga kut." Rohana memandang
sayu ke arah Izara. Hampir satu jam juga mereka duduk berbual.. mata memang tidak boleh hendak lelap dan rasanya tidak sanggup hendak lelapkan selagi tidak mendapat berita mengenai kartini.
"Ana! Ana!.." bunyi ketukkan di pintu
dan terdengar suara Khairul Azam memanggil Rohana, Syuhada terus menyarungkan
tudung sebelum Khairul menerjah masuk. Selepas incident Khairil Qushairy main masuk sahaja ke bilik Khalijah mula-mula dulu dan kini Syuhada sentiasa meletakkan tudung standby dekat katil..
kalau dekat rumah dia memang tidak ada hal. Ini dekat rumah Datin Roziah. Abang-abang si
Khalijah nie pun dah biasa main terjah-terjah bilik adik dia nie kalau time tidak
berkunci.
"Ya Bang?" Rohana terus bangun dan membuka
pintu bilik.
“Kak tini dah tak ada lagi. Mama baru sahaja bagi tau
ni." Khairul Azam berkata sambil memegang bahu Rohana.
"Innalilahiwailaihirojiun.." Mereka bertiga mengucapkan serentak. Syuhada terus memeluk Izara dan Khalijah serentak
begitu juga Rohana. Mungkin kerana itu izara tidak henti meragam, mungkin dia sudah dapat merasakan yang dia akan kehilangan mamanya.
"Baru lagi ke Bang?" Rohana bertanya
lagi.
"Mama kata baru lagi nie ada dalam lima
minit." Khairul Azam masuk ke dalam bilik dan duduk di birai katil
kemudian dia mengusap kepala Izara. Sekarang ini semua berasa sedih dan
bersimpati dengan keadaan Izara yang masih kecil dan kehilangan seorang Ibu
tempat untuk dia bermanja.
"Mama kata bagi tau lah keluarga kita
semua.. Mama sudah bagi tau mak lang dan pak su." Jelasnya lagi.
"Kalau macam tu biar Ana bagi tahu nenek dulu
lah.." Rohana cepat-cepat menuju ke tingkat bawah. Rahimah tahu yang anak menantunya pergi ke Hospital, Puan Rokiah memaklumkan kepadanya tadi.
Seusai solat subuh mereka semua berkumpul dan
membaca Yasin manakala Khairil Qushairy masih berada di Hospital menunggu Jenazah untuk
di uruskan oleh pihak Hospital manakala Puan Rokiah, Tuan Roslan, Datin Roziah dan Datuk Sahak sudah
berada di rumah. Beberapa sepupu Syuhada yang lelaki dan dua tiga orang pakciknya ada
bersama dengan Khairil Qushairy di Hospital, mereka sedang menunggu proses
untuk menuntut mayat.
“Kesian ehh cicit Anyang nie… Anyang harap cicit
Anyang nie membesar dengan tabah dan kuat.” Rahimah mengusap kepala Izara
yang sedang lena di atas pangkuan Datin Roziah. Sepanjang mereka membaca Yasin
Datin Roziah memangku cucunya itu.
“Tulah kan mak.. kesian dia.. Kecik-kecik sudah
kehilangan mama dia.” Datin Roziah memandang sayu ke arah cucunya itu.
“Nak buat macam mana Rozi dah Allah lebih
menyayangi dia, harap orang yang langgar Arwah nie dapat cepat di berkas.”
Seluruh Keluarga Syuhada pun naik geram dengan si pelaku, sudah buat salah terus
lari, nanti bila di tangkap lagi berdouble lah hukuman yang dia dapat. Apa-apa
pun mereka semua redha dengan ketentuan Ilahi.
Jenazah Arwah Kartini telah selamat sampai di
rumah pada pukul 10 pagi. Di rumah semua saudara mara sahabat taulan sudah
berkumpul untuk melihat Arwah buat kali terakhir. Setelah Dua jam Jenazah di
rumah dan tiba lah masa untuk di kebumikan. Rahimah tidak mahu membiarkan jenazah di
biarkan berlama di rumah, katanya lagi nanti tersiksa mayat, tambahan pula
Arwah telah siap di kapan dari Hospital lagi, Cuma apabila di rumah balutan di
bahagian wajahnya di buka sedikit untuk tatapan terakhir keluarga, hanya
keluarga mereka yang lelaki sahaja yang akan pergi ke kubur mengiringi jenazah dan yang
perempuan hanya tinggal di rumah.
Ramai kawan-kawan dan pekerja-pekerja Khairil
Qushairy yang datang menziarahi arwah tadi, mereka semua mengucapkan Takziah
dan tumpang simpati dengan nasib Izara yang kehilangan mamanya di saat dia
belum mengenali dan merasai belaian seorang ibu tapi syukur kerana dia masih
ada Khairil Qushairy. kaum perempuan sama-sama mengemas rumah kerana malam
nie akan di adakan kenduri Arwah, Datin Roziah kata tidak payah susah-susah hendak masak, dia order katering saja dan dia baru sahaja menempah makanan, nasib baik lah
yang katering tu rakan baik Datin Roziah jadi tidak lah kalut sangat hendak mencari
orang, fikirannya buntu dan tidak telintas langsung apa menu hendak di hidangkan dan
dia hanya memberitahu temannya supaya masak menu yang ada ayam, daging, sayuran
dan juga pencuci mulut dan terpulanglah kepada temannya nak masak macam mana.
Sempat juga Pagi tadi dalam pukul enam pagi dan
waktu UK pukul sepuluh malam Syuhada menghantar message kepada Qistina untuk memaklumkan
berita pemergian Kartini. Tidak lama selepas menghantar pesanan ringkas itu Qistina terus menelefon Syuhada dan sempat juga Syuhada berbual dengannya dalam sepuluh minit, teman-teman di sana turut terkejut dan
terharu dengan berita sedih yang menimpa keluarga Khalijah terutama khairil Qushairy dan Izara.