Wednesday, 11 January 2012

Jual Mahal Lagi 8


Lagi seminggu lagi raya bakal menjelma dan Datin Nurshamsiah juga kesibukan untuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan Shamsul dan Wafa nanti. Walaupun majlis berlangsung di hotel dan mereka menggunakan wedding planner tapi Datin Nurshamsiah tetap akan memasti semuanya berjalan lancar.
" Ibu, Ika nak gi butik Haifa nie.. nak cari baju dalam dua tiga pasang. Ibu nak ikut ke?" Atikah mempelawa ibunya..
" Tak lah, arifin dah ambilkan semalam."
" kalau macam tu Ika pergi dululah, mana Saiful dan Safwan nie kata nak ikut." Atikah memanjangkan lehernya mencari si kembar.
" Kak Ika! wan kat sinilah, dia leka cakap dengan ibu pun boleh tak nampak kita lalu depan dia, dah tua lah kak Ika nie." Safwan mengusik kakaknya.
" Betul lah ibu, lebih baik ibu carikan pasangan untuk kakak nie sebelum terlambat." Saiful pula menyampuk dan berderai ketawa mereka berdua.
" Amboi! sedapnya mengutuk.. ada yang jalan kaki nie karang." Atikah berkata sambil bercekak pinggang.
" Ala adik kamu tu memang kuat mengusik nak buat macam mana." Ibu memujuk Atikah.
" Hmm.. memang pun Ika kenal sangat dengan budak sengal berdua nie bu." kemudian Atikah tersenyum. selepas itu mereka bersalam dengan Datin Nurshamsiah dan hari ini Atikah membawa kembar berbuka puasa di luar bersama dengan Wafa, Rozida dan Adlina.
Selepas berbuka mereka sempat lagi shopping untuk raya. Atikah membeli beberapa helai baju untuk dia dan kembar serta untuk kedua orang tuanya.
##################
"Ibu jadi ke nak suruh pak Arifin ambil wan ngan atuk di kampung..Ika ingat biar ika je lah yang pergi."
" Jadi..dah pergi pun Arifin tu..wan nak berbuka di rumah dia dulu lepas solat terawih nanti baru mereka balik ke sini..lambat lah kot sampai tu." Datin Nurshamsiah berkata.
" Ehh tak sabar nak jumpa wan.. nak nak lagi bebel dia tu..seronok.."Atikah berkata sambil memeluk bahu Ibunya.
" Iya lah jangan sampai tak terlayan bebel wan kamu tu sudah." Datin Nurshamsiah berkata sambil tersenyum.
Disebab kan majlis perkahwinan berlangsung seminggu selepas raya, jadi mereka sekeluarga tidak dapat meraikan di kampung jadi Dato Hanifah membawa kedua ibu bapa beraya di Kuala Lumpur dan adik beradik mereka turut berkumpul di rumah Dato Hanifah pada raya pertama nanti..
" Ika petang nanti boleh temankan wafa tak, abang tak boleh janji nak sampai awal ke butik tu.lepas tu kita boleh buka puasa bersama." Shamsul bertanya kepada Atikah, kerana dia dan wafa nak mencuba baju beberapa helai baju lagi.
" Aaa..Ika tak sempat lah abang..Ika ada kerja penting yang nak kena settlekan. Abang suruh lah wafa pergi dulu." Atikah cuba membuat alasan kerana dia dah janji untuk berbuka puasa bersama Irfan pada hari ini.
"Hmm..tak pa lah..nanti abang bagi tau Wafa.."
Dari jauh Irfan sudah melambai dan menunjukkan arah kepada Atikah supaya memakir di sebelah keretanya. Dan kemudian mereka beriringan masuk ke dalam. Hari ini mereka berbuka puasa di hotel sri malaysia, kononnya tak nak ada sesiapa ternampak.
" Abang tu.. cuba lihat sapa" Wafa menunjukkan jari kearah seseorang dan Shamsul cepat berpaling untuk melihat.
" Ehh.. sejak bila lak budak berdua nie baik macam belangkas nie..kalau tak macam anjing dgn kucing." Shamsul sedikit kehairanan melihat Atikah boleh berduaan dengan Irfan.
" Abang..apa kata kita lihat je mereka dari jauh dan jangan kacau mereka." Wafa memberi cadangan selepas menahan Shamsul dari bangun untuk mendapatkan mereka.
" Betul gak tu..jap abang nak ambil gambar dia org berdua sebagai bukti.." Wafa dan Shamsul ketawa dan mereka menahan dari tergelak besar takut nanti Atikah dan Irfan perasan.
Saiful dan Wafa hanya memerhatikan dari jauh gelagat dua merpati sejoli tu bergurau senda dan Saiful juga sempat menangkap gambar ketika Irfan menyuapkan sesuatu ke mulut Atikah. Dan dari apa yg Shamsul tengok dan dia juga percaya yang mereka berdua ini sudah jatuh cinta dan cuba melindungi dari pengetahuan semua keluarga dan sungguh licik mereka berdua kerana sampai ke hari ini bila di depan keluarga mereka seperti saling membenci..tetapi di belakang keluarga mereka rupanya saling menyayangi.
Shamsul sudah mula bercuti dan lagi 2 hari raya bakal menjelma..Atikah sudah ke pejabat begitu juga Dato Hanifah. Dan pada masa ini lah Saiful memberitahu ibu dan Datin Kalsom. Mulanya Saiful meminta Datin Nurshamsiah memanggil Datin Kalsom dan katanya ada perkara yang perlu mereka bincangkan. Selepas Shamsul menunjukkan gambar Atikah dan Irfan kedua wanita itu terus ketawa dan rancangan mereka nak berbesan mungkin akan terlaksana.. Tapi mereka dah merancang kononnya mereka tidak tahu tentang hubungan mereka berdua dan merahsiakan hal ini dari Atikah dan Irfan..mereka telah menyusun strategi.
Keseronokan keluarga berkumpul pada hari raya 4 hari lepas masih terasa..kini mereka tgh sibuk untuk persiapan terakhir perkahwinan Shamsul dan wafa. Atikah juga tidak ke office kerana Dato Hanifah meminta dia membantu Datin Nurshamsiah untuk persiapan terakhir sebelum berlangsung majlis perkahwinan nanti.
Dalam masa Datin Nurshamsiah dan Atikah melihat persiapan di dalam dewan Datin Nurshamsiah mencari jalan untuk menyakat anak daranya.
" Bila lah pula Ibu dapat lihat Atikah naik pelamin pula kan.."sambil menjeling Datin Nurshamsiah berkata..
" Ibu nie..Abang belum lagi sah menjadi suami sekarang nie Ika pula yang ibu rancangkan."
" Ika tak ada ke sapa2 yg Ika suka? "Tanya Datin Nurshamsiah lagi untuk menduga Atikah.
" Belum lagi lah Ibu, Ika nak tumpu pada kerjaya dulu lagi pun ika muda lagikan."
" Yelah masa muda nie lah elok kawin dan mengandung, kalau dah berumur nanti nak mengandung pun susah." Datin Nurshamsiah senyum sambil mata melihat kearah orang mengubah pelamin.
" Ishh..Ibu nie ke situ pula.. nanti lah Ika fikirkan. " Sambil memuncungkan bibirnya
" Nanti kalau ada orang masuk meminang Ibu akan setuju je..kalau nak tunggu Ika mungkin Ibu tak ada menantu lelaki nanti." Datin Nurshamsiah berkata tanpa memandang ke araha Atikah.
" Ehh..jangan lah Ibu,Ika tak bersedia lagi.." Atikah tak sangka yang Ibunya berkata begitu, dia masih tak mahu mengaku tentang hubungannya dengna Irfan.
" Hmm.. Just wait and see. "Kata Datin Nurshamsiah dan terus berjalan ke arah pelami
Ika rasa kedudukan dia mesti tak selamat apabila Ibu dah berkata begitu dan dia mesti berbincang dengan Irfan mengenai masalah ini.
########################
Hari yang di tunggu telah tiba dan dengan sekali lafaz Shamsul sah menjadi suami kepada Wafa, mereka bernikah di masjid Negara dan malam majlis berlangsung di hotel pula. Keluarga kedua belah pihak telah bersetuju untuk melangsungkan terus di satu tempat sahaja, kerana mereka pun tinggal tidak jauh.
Tetamu telah ramai di dalam dewan. keseluruhan keluarga Shamsul dan wafa telah hadir. Irfan dan  Atikah menjadi pengapit kepada kedua pengantin. Ramai juga yang memuji kecantikan pasangan pengantin dan ada juga usikan nakal terkena kepada Atikah dan Irfan. Banyak yang mengatakan pengapit pun macam pinang di belah dua. Mereka hanya tersenyum sahaja.
Shamsul dan Wafa telah terbang ke madrid. Mereka berbulan madu selama 2 minggu di sana. Manakala Atikah telah mula bertugas seperti biasa dan kerja di pejabat juga banyak yang hendak di uruskan.

No comments:

Post a Comment