Monday, 9 January 2012

Jual Mahal Lagi 7


Semasa mereka singgah di perhentian Atikah meminta untuk menggantikan Irfan memandu tapi Irfan tetap tak bagi dan Atikah tetap memujuk.
" Tak palah Irfan biarlah saya pula yang drive, awak mesti penatkan." Rayu Atikah.
" Atikah kan ke saya dah kata saya ok, dan kalau saya betul-betul penat saya bagitahu awak ye, nampaknya awak sayang juga kat saya kan." Irfan sempat mengusik Atikah.
" Saya nie kesian je sebab awak drive sorang dah tu saya boleh terlelap, awak nie sempat lagi nak perasankan."Atikah menjeling geram.
" Saya lagi suka tengok awak tidur, so cute kalau awak yang drive saya tak dapatlah nak tengok muka awak tidur lagi." Sekali lagi Irfan berseloroh.
" Ya allah ke situ pulak dia nie, dah fokus ke depan, saya nak hidup lama lagi, kawin pun tidak nie." Atikah mengarahkan Irfan.
" kalau macam tu kawinlah dengan saya, balik nie kita bagi tau parent kita nak." Usik Irfan lagi.
" Ehh.. jangan nak mengada-ngada baru cakap sikit dia dah perasan." Atikah menyumpah sendiri kerana keterlanjuran mulutnya menyentuh bab kahwin.
" Hihihihi..saja je saya usik awak tu...awak tu kalau marah cute saya suka sangat tengok muncung dan jelingan awak tu tau tak?" Irfan tidak berselindung lagi.
" Iya lah tu.. masa nak semuanya cute nanti bila dah dapat mulalah kata tak sporting lah, pening kuat membebel lah, kuat merajuk lah." Atikah memerli Irfan.
" Insyallah dear semua tu tak akan berlaku." Irfan berkata sambil tersenyum
Akhirnya sampai juga mereka dengan selamat dan Datuk Hanifah sudah menunggu kerana dia awal-awal lagi sudah telefon Atikah dan ingin memastikan mereka sudah sampai di mana.
" Ibu, ayah" Atikah seronok bila melihat kedua orang tuanya menunggu kepulangannya.
" Assalamualaikum uncle." Irfan memberi salam selepas keluar dari kereta.
" Walaikumusalam. how the journey? " Dato Hanifah bertanya
" Alhamdullilah dan saya pulangkan semula your princess sama seperti saya ambil dulu." Irfan melawak dengan Dato Hanifah.
" Thanks Irfan, so macam mana dengan dia easy to handle." Dato Hanifah saja mengusik tapi Atikah berkata didalam hati apa ayah ingat dia barang apa untuk di handle.
" She ok uncle, very easy to handle, she’s super." Irfan memuji Atikah dan Datuk Hanifah tau yang Irfan berkata dengan jujur.
" Haa..nak mengampu lah tu.. anyway thanks for everythings." Atikah berkata sebelum nak melangkah masuk ke dalam rumah.
" You are welcome dear." Dan Atikah telah menjegilkan matanya apabila Irfan menyebut 'dear' di depan orang tuanya. Datuk Hanifah dan Datin Nurshasiah hanya tersenyum. Atikah terus mengambil begnya dari tangan Irfan dan berlalu masuk.
" OK uncle saya minta diri dulu ya." Sambil menyalam Datuk Hanafiah
" Iyalah, terima kasih sekali lagi Irfan."
" ok uncle, Assalamualaikum."
" Walaikumusalam."Balas datuk Hanafiah, Datin Nurshamsiah awal lagi dah masuk ke dalam.
Minggu nie mereka sibuk juga nak buat persiapan hantaran kerana nanti pihak Shamsul akan merisik dan terus bertunang. Atikah awal-awal lagi dah menyakat Wafa begitu juga Rozida dan Adlina. Adlina dan Rozida yang banyak membantu di pihak Wafa.
perhubungan Atikah dan Irfan pun berjalan lancar cuma mereka pandai merahsiakan dari pandangan semua. Dan mereka banyak mengunakan phone untuk berbicara.. Satu yang Irfan lagi tertarik dengan Atikah kerana perangainya tak seperti separuh gadis yang terliuk sana terluik sini dan dia juga profesional dalam segala hal, malah Atikah tau menjaga batas pergaulan bila bersama bukan muhrimnya.
Hari yang di janji pun tiba keluarga Atikah ramai yang datang termasuklah Atuk dan wan yang memang tak boleh di tinggalkan. Dato Hanifah dan Datin kalsom juga ada dan Atikah juga datang satu kereta dengan Irfan apa yang menjadi kehairanan pada keluarga mereka apabila Atikah tidak bersungut atau berentak apabila di suruh naik satu kereta dengan Irfan. Mereka membawa hantaran juga. Syukur alhamdullilah majlis berjalan lancar dan kini wafa telah menjadi tunangan Shamsul. Dan sebulan dari sekarang mereka akan mula membuat persiapan perkahwinan pula tapi Shamsul suruh ibunya mencari mana-mana wedding planner supaya boleh meringan kerja ibunya. Dan minggu depan juga umat islam akan mula berpuasa.
" Ibu petang jumaat nanti jadi tak nak balik rumah wan." Atikah bertanya kerana ini adalah minggu pertama puasa dan seluruh keluarga ayahnya akan berkumpul di rumah Maimon.
" Jadilah, ibu ingat nak ajak wafa sekali nanti kamu ikut Shamsul." Kata Datin Nurshamsiah.
" Tak palah ibu, Ika ingat biar Ika drive kereta sendiri nanti Saiful dan Safwan boleh ikut Ika, saja nak bagi privacy kepada bakal pengantin tu."
" Suka hati kamulah, Kamu tak ajak Irfan ke? " Datin Nurshamsiah cuba membuat serkap jarang.
" Tak, lagi pun katanya yang dia orang balik sri menanti petang jumaat juga." Selamba je Atikah memberitahu ibunya.
" Ehh macam mana Ika tau, tapi ibu tak tahu pun." Datin Nurshamsiah bertanya sambil tersenyum dan Atikah dah hampir terperangkap dengan kesilapannya sendiri.
" Ohh.. Ahh.. Ika dengar dia cakap dengan abang dalam Phone masa tu kat office." 'fiuhhh' Atikah melepaskan nafasnya kerana dapat gak dia cover pada hal irfan sendiri yang bercakap dengannya di dalam phone semalam.
" Tak palah nanti ibu tanya aunty Kalsom kamu, kalau macam tu hari sabtu nanti boleh ajak mereka berbuka di rumah wan."
" Suka hati ibulah. Ika naik solat dulu." bulan puasa Atikah dan Dato hanifah balik awal dan dia lebih suka berbuka puasa bersama keluarganya.
Selepas itu atikah terus sms Irfan tentang plan ibunya.
Seronok bila sesekali berkumpul ramai ramai, riuh teratak wannya dengan suara cucu dari yang remaja hingga kanak-kanak. Atikah mengajak shamsul,Saiful dan Safwan ke pasar ramadhan dan sepupunya juga ikut sama, jadi mereka pergi dua kereta. Dalam seronok melihat bermacam juadah mereka terserempak dengan Irfan, Nafisa dan Azman suami Nafisa.
“Hei!” Tegur Irfan
“ Ehh.. Kak Fisa pun ada, mana Aiman” Atikah bertanya
“Akak malas nak bawa, taulah tempat nie crowded semacamkan. Tinggal dengan nenek dia lah.”
“ Bro..esok jangan lupa datang tau, nanti ada orang tertunggu tunggu.” Atikah terus menyiku perut Shamsul kerana dia tahu sangat maksud orang yang menunggu tu memang di tujukan kepada Atikah. Dan Irfan hanya tersenyum begitu juga Nafisa dan Azman.
“ Ok lah bro, kami gerak dulu, dah tak ada benda lagi nak di beli..kalau ikutkan mata semua nak di beli.” Azman pula berkata.
“ Itulah abang man, nie pun Ika ajak keluar jangan di borong setiap yang ada di gerai nie sudah.” Mereka ketawa setelah rasa seronok dapat mengutuk Atikah.
“ Akak balik dulu ye Atikah. Esok kita jumpa ye nanti kirim salam uncle dan aunty.” Aku bersalam dengan kak Nafisa dan Irfan hanya tersenyum memandang ke arah ku, aku hanya membalas senyuman itupun setela aku perasan tiada yg memandang ke arahku. Dan mereka pun pergi mendapatkan kereta.
" Ehemm..sudah sudah lah tu senyum.” Shamsul bersuara dan aku buat tak tahu je.
“Bila lak masa Ika senyum.” Atikah Cuma menyembunyikan keterlanjuran perbuatannya tadi.
" Kak Ika, Abang Irfan tu hensome kan, dia dah ada special girlfriend ke? “ Suria bertanya.
" Amboi.. bukan main..Entah.. dengar-dengar dia dah ada makwe.”Atikah saja je berkata begitu.
"Alamak melepaslah nak tackle dia, tapi tengok dia macam suka lebih dengan akak.” Nora pula mencelah, habis aku hampir kena jerangkap samar.
" Ehh mana ada, kami kan dah lama kenal biasa je, awek dia tu mana dia nak letak.” Aku cuba menambahkan cerita yang sememangnya tak wujud.
Atikah dan sepupunya membantu para ibu di dapur yang bergotong royong untuk menyediakan juadah untuk berbuka puasa petang nie, Dan keluarga Datuk Khairul pun akan datang, jadi mereka melebihkan kuantiti masakan dari semalam. Hari ini mereka memasak ayam kampung masak lemak kuning cili api, sambal belacan, ikan keli sambal, sambal daun kayu yang di masak dengan tempoyak dan ulam ulaman serta kuih kasui sebagai desert dan juga buah tembikai. Meriah sungguh mereka dengan bermacam juadah.
Semua sudah duduk bersila dan menunggu masa untuk berbuka, tinggal lagi dua tiga minit masa untuk berbuka.. dah macam kenduri bila seluruh keluarga berkumpul.
" Amin." Semuanya mengaminkan doa berbuka puasa yang di baca oleh Mokthar sepupu sulung Atikah yang berumur 39 tahun, Dia pensyarah di ukm bangi.
" Dah makan jangan nak sogan sogan." Maimon mempelawa Dato Khairul sekeluarga makan.
" Iya mak mon, bukan tak biaso pun." Balas Dato Khairul dan mereka semua menjamu dengan berselera sekali. Sesekali dapat makan berebut macam nie memang berselera. Atikah duduk bersama dengan Nafisa dan Najiha, sambil makan Atikah sama sama dengan Nafisa melayan kerenah Aiman yang hendak makan sendiri, habis berselerak nasi keluar dari pinggan.
" Kak Jiha tak payah basuh pinggan tu ,biar kita orang tuan rumah yang buat akak tu duduk jelah kat meja tu.. banyak sangat berdiri nanti bengkak pula kaki tu." Atikah menegur Najiha dari meneruskan mencuci pinggan yang mereka tengah kumpulkan. Dan Najiha sekarang nie tengah mengandung dan kandungannya mencecah lima bulan.
" Tak pa, akak buat sikit je tak banyak pun."Najiha membalas.
" La.. Ika kenapa suruh Jiha basuh pinggan nie." Datin Nurshamsiah pula menegur apabila dia sampai ke dapur.
" Dah ika tegur tadi ibu, kak Jiha nie nak buat gak." Atikah membela dirinya takut dia yang kena bebel lebih-lebih nanti.
" Dah Jiha basuh tangan tu, banyak anak dara kat rumah nie yang boleh buat kerja nie. Jom ke depan kita boleh buat solat berjemaah sekali nie." Semalam pun begitu juga selepas selesai makan mereka solat maghrib berjemaah dan begitu juga isyak dan terawih mereka buat di rumah. Datuk Hanif Abang kepada Datuk Hanifah yang menjadi imam. Datuk dan wan Atikah amat menitik berat soal agama kepada anak-anaknya dari kecil lagi dan cucu-cucunya juga mesti tidak ketinggalan dari didikan agama juga.
" Suria tolong akak bawa kuih kasui tu sekali ke depan ye." Atikah dan suria tak solat kerana mereka cuti jadi mereka dapat tanggungjawab membantu Rokiah pembantu Maimun untuk menyediakan juadah selepas solat terawih.
Setelah selesai mereka menjamu teh dan kuih kasui. Atikah tak ada peluang langsung untuk bertegur sapa dengan Irfan dan mereka hanya dapat curi pandang dan curi-curi senyum..takut kantoi gak nanti. Tapi pada pendapat Atikah lagi elok macam ni jadi tiada gossip hangat.
Telefon Atikah berbunyi tanda message masuk dan dia terus membuka dan dia pasti yang messange datangnya dari Irfan.
=Assalamualaikum.. Sedap lauk hari ini kenyang abang makan. Sombongnya Ika tak nak datang berbual dengan abangkan, main senyum je. Abang nak merajuklah macam nie.=Sekarang nie apabila mereka berdua, Atikah tidak lagi memanggil dengan panggilan Irfan lagi tapi dia akan memanggil Abang.
=Walaikumusalam warahhmatulahiwabarahkatu.. Terima kasih. Mana ada Ika sombong dengan abang tapi cuma tak ada peluang je, lagi satu kan elok macam tadi tak adalah gossip hangat dari pembuat gossipkan. Ala abang jangan lah merajuk.. Kalau abang merajuk Ika pun nak merajuklah.=Atikah membalas message semula.
=Tak lah abang main main je.. mana boleh merajuk dengan Ika ku sayang nanti rugi besar abang tau. kalau macam nie abang kena masuk meminang cepat cepat.=
=Kalau berani datanglah.. tapi biar dululah abang.. Ika belum berapa bersedia lagi nie.. abang sabar ye.. Ika pun sayang abang gak.=
=Ye lah kenalah abang tunggu puteri setuju.. Ok abang nak tido dah nie esok nak bangun sahur. Kalau ada Ika sebelah abang best gak dapat peluk...hihihihihi... Assalamualaikum.= Irfan masih lagi mengusik kekasih hatinya.
=Eee.. gatalnya ok selamat malam and sweet dream and walaikumusalam.= Atikah mengakhirkan messagenya.
" Woi! Kak Ika apa kena senyum sorang sorang nie, dari tadi sms.. mesti dengan pakwe kan." Nora menegur dan dari tadi dia curi pandang dengan kelakuan Atikah yang serba sedikit mencuit hati Nora, dia yang leka membaca majalah keluarga turut tersenyum bila tengok Atikah tersenyum.
" Mana ada, nie kawan akak si Rozida lah." Atikah saja menipu untuk menutup kebenaran kalau tak gamatlah banglo Puan maimon dengan berita dari mulut Nora nanti.
" Dah nora akak nak tido, tutup lampulah." Nora terus bangun dan menutup lampu, Suria dan Shira adiknya dah lama lelap mungkin mereka terlalu mengantuk.

No comments:

Post a Comment