3 bulan kemudian.
"Wafa.. ibu tengok Wafa mcam tak sihat je.. " Sambil menuangkan
air milo ke dalam cawannya.
" Ehh..Wafa ok ibu..cuma sehari dua nie Wafa rasa macam penat
sikit." Wafa duduk di sebelah mertuanya,
" Dah bagi tau Shamsul pasal nie." Datin Nurshamsiah memandang ke
arah menantunya.
" Belum lagi Bu, Wafa ingat bila abang balik karang baru Wafa bagi tahu
dia." Wafa cuba menghabiskan sisa kuih donat yang di buat oleh mak som
untuk minum petang.
" Mana lah tau mungkin kamu nie dah berisi ke..sapa tau." Datin
Nurshamsiah tersenyum ke arah menantu nya dan dia memang mengharapkan kehadiran
cucu sulung di rumahnya ini.
" Hmmm.. Tak tau lah Ibu..tapi kalau dah ada pun alhamdullilah juga.
Nanti Wafa beritahu abang."Wafa tersenyum, mereka suami isteri memang
mengharapkan kehadiran cahaya mata kerana itu juga pengerat kasih sayang dalam
hubungan mereka.
Shamsul telah memeriksa Wafa dan untuk memastikan sangkaan nya betul atau
tidak shamsul telah keluar semula ke farmasi berhampiran untuk membeli 'home
pregnant test' dan hasilnya Wafa positive mengandung, dan mengikut pada
perkiraan kandungannya sudah berusia 5 minggu. Suatu berita yang sangat seronok
kepada kedua-dua keluarga.
" Wahh.. Ika nak jadi aunty lah tak lama lagi ye.." Ika terus
memeluk Wafa.
" Yelah Wafa dah nak dapat baby tapi bila lah pula nak merasa nasi
minyak dari Ika pula." Wafa mengusik Atikah dan seluruh keluarga tertawa.
" Tah nya Ika nie..bila tah nak ada pak we..Ibu jodohkan je dia nie
dengan anak kawan ibu, Kawan Ibu kan banyak anak lelaki. Orang bujang sebelah
pun ada. " Atikah terus membaling kusyen kemuka Shamsul.
" Betul lah kak Ika..apa kurangnya abang Irfan tu..complete package
apa." Saiful pula mencelah.
" Macam barang pula yek.. complete package, ada-ada je adik nie."
Atikah ketawa.
" Ehh.. kenapa kak Ika tak membantah pula bila kita orang suggest kan
abang Irfan..Akak dah suka dengan dia ke? " Safwan cuba mengusik Atikah.
" Banyak lah suka." Atikah menjeling dan terus berjalan naik ke
atas dan meninggalkan keluarganya yang masih mentertawakan dia. Bagi dia kalau
di layan nanti lagi terus dia di usik oleh shamsul dan adik kembarnya. Esok Shamsul
akan membawa Wafa ke hospital untuk pengesahan dan boleh terus buat check up
susulan.
Datuk Hanifah dan Datin Nurshamsiah sudah bersedia hendak bertolak ke
airport, begitu juga dengan Datuk Khairul
dan Datin kalsom mereka bersama2 akan mengerjakan umrah mereka pergi selama 2 minggu,
Datuk Hanifah membawa kedua orang tua dan mertuanya, begitu juga dengan Datuk
Khairil membawa kedua-dua mertua dan ibu bapanya.
Segala urusan pejabat telah di serahkan kepada Irfan dan di bantu Atikah.
Dan tanggungjawab di rumah di serahkan kepada Shamsul untuk menjaga adik
adiknya sepeninggalan kedua orang tua mereka nanti.
Keakraban Atikah dan Irfan kini menjadi bualan staff di office. Kini mereka
banyak menghabiskan masa bersama. Tapi mereka masih menjaga batas-batas pergaulan
bila mereka keluar . Dua hari lagi ibu bapa mereka akan pulang dari mengerjakan
umrah.
###################
Selang beberapa hari selepas kepulangan Datuk Hanifah dan Datin
Nurshamsiah.
" Atikah.. Ayah ada benda nak bincang nie." Sambil menarik kerusi
untuk bersarapan
" Ehh kat office kita boleh bincangkan Ayah. " Atikah mencedok
nasi goreng untuk Datuk Hanifah manakala Datin Nurshamsiah menuang coffee ke
dalam cawan suaminya.
" Ini bukan masalah office, Tapi berkaitan dengan kamu Ika.” Kata
Datuk Hanifah sambil menyuakan nasi goreng ke dalam mulutnya.
" Haa.. dengan Ika, apa salah yang Ika dah buat." Atikah sedikit
terperanjat apabila ada masalah berkaitan dengannya kerana dia selalu
memastikan kerja2 di office terurus dengan baik.
"Nie semua bukan ada kena mengena dengan office lah sayang."
Datin Nurshamsiah pula mencelah.
" Habis tu? " Atikah kehairanan apa pula masalahnya pula kalau
bukan masalah office.
" Kawan ayah ada anak teruna dan dia berkenan dengan kamu dan dia
berhajat nak memanjangkan silaturahim, jadi dia ingat nak buat kamu nie menantu
nya, macam mana kamu setuju ke? "Datuk Hanifah memandang Atikah.
" Ehh kejap kejap, nak buat saya jadi menantu, sapa pula kawan Ayah
nie, Saya kenal ke?" Soal Atikah.
" pasal kamu kenal ke tidak itu nanti ayah bagi tau siapa orang nya,
tapi ayah nak tau, kamu nie dah ada yang special ke belum? " Sambil
menjeling dan berbalas senyum dengan Datin Nurshamsiah manakala Atikah sudah
terhenti menyuapkan nasi ke dalam mulutnya, hanya di kuis sahaja nasi goreng di
dalam pinggan nya.
" Aaa..emm.. nanti lah Ika bagi tau Ayah dan Ibu macam mana, biar Ika
pergi office dulu lah." Atikah Sudah hendak berdiri.
" Ehh..habiskan lah nasi tu dulu tak baik tau membuang rezeki.."
Dato Hanifah sudah menegur apabila Atikah mula untuk menolak pinggannya.. dia
membetulkan duduk dan hendak tak hendak dia terpaksa juga menghabiskan sisa
nasi gorengnya itu. Usai makan kemudian dia terus bersalam dengan ke dua orang
tuanya.
######################
Di rumah Irfan
" Jadi ke kawan Abang nak satukan Atikah dengan anaknya tu."
Datin Kalsom membuat muka selamba bertanya dengan Datuk Khairul.
" Ehh..jadi kut, Mereka beria sangat nak jadikan Atikah tu
menantunya." Datuk Khairul membalas sambil menjeling kearah Irfan yang
buat buat tak dengar perbualan kedua orang tua di depannya.
" Tulah saya berhajat juga nak jadikan Atikah tu menantu kita, Tapi
anak teruna kita nie sombong sangat."
" OUhukk.." Irfan tersedak.
"Ehh..kamu nie Irfan cuba minum betul-betul, macam budak kecik, kalau
kawin dah boleh jadi ayah dah, cuba tengok Shamsul tu lagi 4 bulan dapat baby
dah, kamu nie nak jadi bujang terlajak ke?" Datin Kalsom sahaja mengusik
Irfan.
" Ehh mama nie belum jodoh Irfan nak datang, Nanti ada jodoh Irfan
kawin lah." dia cuba memaniskan muka di depan ke dua orang tua nya tapi di
hati dup dap kerana kekasih hati bakal di sambar orang.
"Tulah ada bunga di sebelah jual mahal, Kalau tak mama main teriak2 je
dengan besan sebelah rumah." Datin Kalsom membuat muka sedih
" Ala mama nie kalau tak jadi menantu pun mama masih boleh berteriak2
dengan aunty kan." Irfan tersenyum.
" Kamu nak pergi sendiri atau dengan papa ke office nie?" Tanya
Datuk Khairul sambil berdiri.
" Saya pergi sendirilah pa. pasal lepas kerja saya dah janji dengan
Shamsul nak pergi gym." Mereka beriringan jalan ke pintu, Datin Kalsom
menjinjing briefcase suami dan anak terunanya.
" Bawa kereta elok-elok Irfan, jangan berangan tau." Datin kalsom
berpesan dan Irfan juga terfikir macam mana pula mama boleh fikir yang aku akan
berangan pula. memang aku memikirkan pasal Atikah sekarang nie.
Sebenarnya Datuk Khairul dan isteri telah berbincang dengan keluarga Datuk
Hanifah yang mereka ingin menjodohkan mereka berdua. Tapi di sebabkan sikap
Atikah dan Irfan yang masih mahu merahsiakan perhubungan mereka jadi mereka
juga merancang untuk mengenakan kedua-duanya.Dan mereka merancang akan
menyatukan anak-anak mereka dalam 3 bulan lagi.
Atikah dan Irfan tidak banyak bersuara di dalam office dan muka mereka
sama-sama murung, mereka hanya membalas message dan waktu makan tengah hari
baru mereka ada peluang berbincang dengan masalah yang bakal mereka tempuhi.
#####################
Malam
Di rumah Datok Hanifah
" Atikah, ini cincin merisik dari pihak lelaki semalam yang mereka
bawa, Ayah harap kamu setuju dan kami juga telah sepakat yang kamu akan di
satukan dalam 3 bulan lagi." Sambil menhulurkan cincin kepada Atikah.
Atikah sedikit terperanjat.. dia cuba membantah tapi dengan cara yang
lembut supaya kedua orang tuaya tidak berkecil hati.
" Tapi Ika tak bersedia lagi Ayah Ibu, bagi lah Ika masa untuk
memikirkan." Atikah Hanya memandang cincin yang masih di tangan Datuk
Hanifah.
" Ayah minta maaf Ika, keputusan muktamad dan kamu harus terima
keputusan yang kami buat ini." Atikah terdiam dan dia menahan tangisnya,
dia meminta diri untuk masuk ke bilik dia perlahan2 naik ke atas dan terus
masuk ke dalam bilik, di dalam bilik dia menelefon Irfan dan menangis dan tak
sangka yang kedua orang tua nya telah membuat keputusan lebih awal. Kononnya
Irfan dan Atikah akan memberitahu hal perhubungan mereka pada hari sabtu nanti
maknanya 2 hari lagi. Tapi mereka terlambat dan mereka hanya akur dengan
kehendak kedua orang tua Atikah.
"Atikah!! Boleh wafa masuk." Wafa cuba untuk memujuk Atikah dan
dia tahu bahawa adik iparnya itu tengah bersedih. Tapi atas permintaan mertua
dan suaminya jadi dia terpaksa juga ikut plan mereka ini.
" Masuklah" Atikah membuka pintu, kerana dia telah mengunci pintu
dari dalam tadi.
"Ika menangis?"Tanya Wafa sambil melangkah masuk.
Wafa bertanya setelah di lihat muka sahabat ataupun adik iparnya itu sembam
dengan airmata.
"Hmmm..." Hanya itu saja yang terkeluar dari mulut atikah.Sebenarnya
ada sesuatu yg ingin di korek oleh Wafa kepada Atikah.
" Kenapa nak nangis pula, Ika kan masih single, lagi pun keputusan
yang di buat oleh ibu dan ayah tu terbaik untuk Ika juga tau." Wafa
mengosok bahu Atikah.
" Ika tau.. tapi.." Sekali lagi airmatanya jatuh bercucuran.
"Tapi apa, Ika dah ada yang special ke? " Wafa membetulkan
duduknya di atas katil Ika sambil mengusap perutnya yang sudah mencecah 5 bulan
lebih.
Atikah menganggukkan kepalanya dan sambil menyapu airmata..
" Sapa? " Wafa membuat riak muka terperanjat.
" Irfan" Ika berkata sayu.
" What! kenapa tak bagi tau kami." Wafa saja membuat muka
terperanjat sekali lagi dan dalam hati dia berkata nampaknya dia boleh jadi
pelakon juga.
"Since when you been couple" Wafa tanya bertalu-talu.
" Since Ayah send us for business trip to Penang.” Atikah menjawab
sayu sambil memeluk lutut di atas katil.
" Masyallah, kenapa tak bagi tahu kami, see..what should we do..?
" Wafa cuba memberi idea.
“Nothing to do. It’s too late, my parents already accept the
proposal." Sambil menyapu airmatanya yang tiada henti turun bagaikan
hujan.
" So how about Irfan,betul ke yang dia memang sayang dan cintakan Ika."
Atikah hanya menggangukkan kepalanya. Wafa berasa kasihan pula kepada Atikah.
“Let’s me discuss this matter with Ibu dan Ayah." Atikah cepat2
memegang tangan Wafa
“Nope.. keputusan telah di buat, Ika tak nak malukan parent Ika, setelah
mereka setuju lepas tu mereka mungkiri."
"Habis tu Ika setuju dengan semua ini." Wafa bertanya sambil
mengosok tangan Atikah.
" Wafa cinta pertama tak semestinya bersatukan..jadi biarlah cinta Ika
kepada Irfan jadi kenangan kepada kami, Dan Irfan juga kata dia rela
mengundurkan diri dan dia merancang untuk menyambung pelajaran ke UK."
Atikah tersenguk senguk menahan tangisnya.
" Begitu mudah sekali Irfan menyerah." Wafa sedikit mengeluh.
" Ika yang meminta padanya dan dia juga sanggup beralah kerana hormat
kepada Ibu dan Ayah yang di anggap seperti parentnya sendiri."
" Tak pa lah Ika, bawa bersabar dan rehatkan minda tu, kalau dah itu
keputusan Ika apa yang dapat Wafa tolong lagi." Wafa melangkah hendak ke
pintu.
" Wafa tolong Ika.. jangan bagi tau sesiapa pun pasal Ika dan Irfan.
Janji" Atikah terlalu mengharap yang Wafa dapat merahsiakan hal mereka.
"Hmm…Insyallah” tapi dalam hati Wafa berkata… maafkan aku Ika mereka
harus tahu.
Wafa turun ke bawah dan berbual bersama dengan mertua dan suaminya, Wafa
menceritakan segalanya kepada mertuanya kerana mereka memang hendak mengorek
rahsia hubungan Irfan dan Atikah..Jadi Datuk Hanifah dan Datin Nurshamsiah
tersenyum lega kerana keputusan menjodohkan mereka berdua adalah tepat.
################
Malam di rumah Datuk Khairul.
Datin Kalsom dan Datuk Khairul telah masuk ke bilik Irfan selepas dia
mendengar cerita pengakuan Atikah kepada Wafa dari Datin Nurshamsiah, dan Irfan
tahu mesti ada sesuatu yang ingin di bincangkan ini.
"Ir..mama dah masuk merisik anak kawan mama untuk kamu." Datin
Kalsom memulakan perbualan.
" Merisik.. Irfan tak sedia lagi lah mama, lagi pun irfan dah apply
untuk sambung study ke Uk dalam 2 bulan lagi nie."
" Sambung belajar, bila kamu apply? " Datuk Khairul agak terkejut
" Tadi siang Pa, Dan feedback dalam 1 minggu."
" Kalau macam tu kita segerakan majlis dan bolehlah isteri kamu ikut
ke UK." Datin Kalsom memberi cadangan.
" Tapi ma..Irfan tak boleh nak terima macam tu je..sedangkan kami tak
pernah berjumpa dan bercinta." Irfan cuba mengelak
" Tak pa lah..bercintalah lepas kawin lagi seronok..sebab halal untuk
di pegang dan di peluk." Datin kalsom mengusik Irfan.
" Kamu pun bukannya ada special kan, papa nak kamu setuju dengan
pilihan kami ini dan kamu hanya tunggu masa je..papa nak minggu depan pergi
daftar kursus nikah." Arahan dari Datuk Khairul yang memang muktamad.
" Tapi Pa..Ma.." Irfan cuba minta simpati.
" Tiada tapi, kamu tak payah bertunang nikah je terus, majlis kita
buat sebelum kamu ke Uk dan papa nak tau keputusan sama ada kamu dapat
melanjutkan pelajaran atau tidak minggu depan." Datuk khairul terus
melangkah keluar di ikuti Datin Kalsom.. mereka menahan senyum bila melihat
muka Irfan kecewa.. Irfan pula hanya terduduk dengan keputusan papa nya. Dia
memikirkan bagai mana dia nak mencintai bakal isterinya sedangkan seluruh cinta
telah di serahkan kepada Ika.