Pada majlis Annual dinner di Skyliner hotel yang bakal berlangsung pada
minggu hadapan Khairil Qushairy dan Datuk Sahak merancang akan membuat majlis
sambutan hari lahir untuk Izara. Izara genap setahun sehari sebelum majlis itu
berlangsung dan Datuk sahak juga turut menjemput keluarga besarnya untuk hadir
sama pada kali ini.
"Sayang ok ke?" Khairil Qushairy bertanya kepada Syuhada yang
kelihatan sedikit pucat dan seperti kurang berdaya.
"Entahlah bang... Badan Hada rasa macam tak sedap dua tiga hari
ni." Syuhada berkata dengan suara yang sedikit lemah.
"Jom kita pergi klinik... Sayang nak demam kut." Khairil Qushairy
kerisauan melihat keadaan Syuhada.
"Uwekkk... Uwekkk..." Syuhada rasa hendak muntah dan cepat-cepat
dia masuk ke bilik air dan cuba untuk muntah ke dalam sinki, Khairil Qushairy
mengikut sama dan cuba mengosok belakang Syuhada.
"Ishhh... Risau pula Abang tengok sayang macam ni... Dah sayang tukar
baju, kita pergi klinik sekarang." Khairil Qushairy membuka pili air dan
Syuhada berkumur-kumur membersihkan mulutnya.
"Abang ni... Janganlah panik sangat, Hada bukannya teruk sangat
pun." Syuhada menenangkan Khairil Qushairy.
"Tak teruk sayang kata, dah muntah-muntah macam ni, badan pun lemah
muka pucat... Macam ni yang sayang kata tak teruk sangat." Khairil
Qushairy membebelkan Syuhada.
“Abang…”Syuhada memanggil Khairil Qushairy lembut.
“Ok… Ok… Abang sorry… Abang risaukan sayang saja.” Khairil Qushairy memohon
maaf di atas keterlanjuran dia berkata.
“Bagi Hada siap dulu… Kalau Hada rasa badan ni betul-betul tak berdaya
karang, baru Hada pergi klinik.” Syuhada masih juga mahu menidakkan keadaannya.
“Siaplah… Kita sarapan… Lepas tu tahulah Abang apa nak buat.” Balas Khairil
Qushairy, dia tahu sangat perangai isterinya ini, selalu rasa dia boleh sahaja.
“Abang bawa Izara turun dululah… Lepas Hada siap Hada turun.” Katanya.
“Nope! Abang tunggu sayang… Dah siap cepat, Abang nak gosokkan gigi dan
cuci muka Izara dulu.” Tutur Khairil Qushairy.
“Iyalah.” Syuhada terus membuka almari dan memilih baju serta tudung yang
hendak di pakainya.
##############
“Kenapa kamu nampak pucat ni Hada?” Datin Roziah terus menegur Syuhada
apabila dia menghampiri meja untuk bersarapan.
“Entahlah Mummy badan rasa kurang sihat sikit dua tiga hari ni… Mungkin
sebab banyak benda nak kena settlekan sebelum majlis tukan.” Syuhada menjawab
pertanyaan Datin Roziah.
“Ishhh… Kamu serahkan semua kepada Hada ke Que?” Datin Roziah terus
menghalakan soalan kepada Khairil Qushairy pula.
“Tak lah semua… Tetapi ke hulu ke hilir jugalah Que heret Hada ni… seminggu
jer tinggal untuk majlis tu Mummy… Tu yang sibuk sikit.” Khairil Qushairy
menerangkan kepada Datin Roziah.
“Hada! Papa rasa kamu berehat saja hari ini… Muka kamu tu pucat sangat,
karang tumbang pula kamu.” Datuk Sahak pula menasihati Syuhada.
“InsyAllah Pa… Hada ok… Kejap lagi Hada makan panadol ok lah tu.” Jawab
Syuhada.
“Que bawa Hada pergi klinik dulu.” Datin Roziah mengeluarkan arahan.
“Ya Mummy.” Khairil Qushairy membalas pendek.
“Makan tu Hada, jangan biarkan perut kamu tu kosong.” Datin Roziah
menghulurkan mangkuk nasi goreng kepada Syuhada tetapi cepat-cepat di sambut
oleh Khairil Qushairy.
“Cukup sesenduk Abang, Hada tak lalu nak makan banyak.” Syuhada menahan
tangan Khairil Qushairy dari menyenduk untuk kedua kali kedalam pinggannya.
“Sikit sangat ni Sayang… Mana nak ada tenaga macam ni.” Khairil Qushairy
berkata perlahan, risau dia melihat keadaan Syuhada kali ini.
“Tak apa Hada makan sikit sahaja kalau Hada lapar nanti ada makan apa yang
ada di pantry nanti.” Katanya untuk menyedapkan hati Khairil Qushairy.
Dalam masa mereka bersarapan tiba-tiba Syuhada terasa seperti hendak muntah
lagi dan cepat-cepat dia bangun dan meninggalkan meja untuk berlari ke sinki,
Khairil Qushairy turut bangun sama setelah melihat Syuhada kelam kabut begitu.
Dia membantu mengosokkan belakang badan Syuhada.
“Aihhh Bang lain macam saja Hada tu… Ada isi ke?” Datin Roziah terus
berkata kepada Datuk Sahak apabila melihat keadaan Syuhada.
“Entah… Mungkin kut… Tapi biar Que bawa dia pergi klinik dulu…Karang main
agak-agak sekali tak ada.” Datuk Sahak berkata sambil dia meneruskan
bersarapan.
“Mummy rasa kamu ni ada isi ni Hada.” Datin Roziah terus berkata setelah
Syuhada duduk semula.
“Ada isi? Isi apa pula tu mummy.” Syuhada bertanya kerana dia tidak
mengerti dengan apa yang cuba di katakan oleh Datin Roziah.
“Maksud mummy mungkin kamu ni mengandung… Tapi apa-apa pun pergi klinik
dulu dan pastikan.” Terang Datin Roziah. Syuhada terus memandang Khairil
Qushairy apabila Datin Roziah berkata begitu dan Khairil Qushairy hanya
tersenyum dan dia mengharapkan apa yang di katakan oleh Datin Roziah harapnya
betul lah.
“Tak kut mummy.” Syuhada cuba menafikan tetapi dia tidak kisah jika di
kurniakan zuriat di dalam masa terdekat ini kerana itu adalah rezeki dari
Allah.
“Tak apa… Que bawa Hada pergi klinik dulu, kamu mengandung atau tidak itu
Mummy tak kisah tetapi tengok keadaan kamu yang pucat dan kurang bermaya nie,
kamu tetap kena pergi jumpa doktor.” Nasihat Datin Roziah.
“Biar Que call Norehan.” Khairil Qushairy terus menelefon Norehan untuk
memaklumkan yang dia akan bertemunya di klinik.
################
“What a surprise Que… You dah kawin baru tak nak beritahu I kan… Sampai
hati.” Norehan berkata kerana dia terkejut juga apabila Khairil Qushairy
memperkenalkan Syuhada sebagai isterinya yang baru di nikahi sebulan setengah
yang lalu.
“Sorry lah Han… I pun memang tak plan semua ini… mula kami nak bertunang
sahaja dahulu tetapi nenek I suruh kami nikah terus kerana Hada memang duduk
dan bekerja dengan I, lagi satu dia ni pun bukan orang lain, cousin I juga.”
Terang Khairil Qushairy sambil menggengam tangan Syuhada.
“Habis you all tak ada buat majlis resepsi ke?” Norehan bertanya lagi.
Mereka berbual sebentar kerana menunggu keputusan kencing untuk Syuhada.
“InsyAllah kami akan buat beginning February.” Jawab Khairil Qushairy.
“Haaa… Nanti jangan lupa jemput I pula ya.” Norehan mengusik mereka.
Syuhada hanya tersenyum dengan usikan Norehan.
“InsyAllah kami tak lupakan you… Kalau you nak tahu my close friend sendiri
tak tahu lagi ni… I saja nak buat big surprise dekat mereka semua.” Terang
Khairil Qushairy lagi.
“Ya Allah you teruknya… Apa lah perasaan mereka nanti tu kan.” Norehan
terkejut juga dan kemudian dia ketawa.
“Doktor ini result urine test tadi.” Pembantu Norehan masuk dan membawa
bukti ujian yang telah di lakukan.
“Terima kasih.” Norehan mengambilnya.
Norehan memelihat hasil ujian dan kemudian dia memandang ke arah Syuhada
dan khairil Qushairy.
“Hmmm… Berat untuk saya terangkan ini… Masalah nie… Tetapi saya terpaksa
juga beritahu nampaknya.” Norehan sebenarnya sengaja untuk mengusik mereka
berdua dan dia membuat muka sedikit serius.
“You ni berilah tahu cepat… Risau pula kami ni.” Khairil Qushairy sudah
tidak sabar dan dia mengosok lembut tangan Syuhada kerana dia dapat rasakan
Syuhada sedikit mengeletar mungkin dia berdebar untuk mengetahui keputusannya.
“ I harap you dapat bersedia ya Hada.” Norehan berkata kepada syuhada.
“ Ya… Saya bersedia.” Jawab Syuhada cuak.
“Hada! Tahniah kerana you pregnant sekarang ini… dan dari pada calculate
yang I buat kandungan you baru dua minggu.” Norehan tersenyum setelah
memberitahu Syuhada.
“SubhanAllah… Syukur Alhamdulillah.” Khairil Qushairy terus memaut bahu
Syuhada kerana gembira.
Syuhada turut mengucapkan syukur tetapi agak perlahan,
dia tidak sangka dan perasaannya kini sedih campur gembira.
“Kandungan you masih baru jadi I harap you berhati-hati.” Pesan Norehan.
“InsyAllah doktor.” Jawab Syuhada.
“Kan saya kata jangan panggil doktor… Panggil saya kak Han saja.” Norehan
menegur Syuhada.
“Maaf kak.” Syuhada tersenyum.
“Ni Que… You jangan bagi dia buat kerja banyak sangat, sebab I tengok dia
ni kurang iron. Hada you kena banyakkan minum susu segar dan I akan bagi you
iron tablet.” Pesan Norehan lagi.
“ InsyAllah I akan jaga dia.” Khairil Qushairy berjanji.
“ Tina!” Norehan memanggil pembanunya semula.
“Ya doktor.” Tina masuk ke dalam bilik.
“Ni awak sediakan ubat untuk Hada ni.” Norehan menyerahkan slip yang
tertulis ubat yang harus di ambil untuk Syuhada.
“Hada! Ini serba sedikit keterangan mengenai early pregnancy, balik nanti
you baca tau, lagi dua bulan jumpa I balik… Ni kad untuk appointment ni you
simpan elok-elok tau.” Norehan menyerangkan kad untuk rawatan susulannya nanti.
“Terima kasih kak.” Syuhada mengambil kad yang di serahkan dan mengucapkan
terima kasihnya.
“ Thanks Han… next check up nanti I bawa Hada.” Khairil Qushairy juga
mengucapkan terima kasih dan dia terus memulas tombol pintu untuk keluar.
############
“Assalamualaikum.” Syuhada memberi salam setelah sampai di hadapan pintu
rumah.
“Walaikumusalam… Oh Hada.” Rania membuka kunci grill.
“Mummy mana?” Khairil Qushairy pula bertanya kepada Rania.
“Ada di atas, Dia sedang menyiapkan Izara. Saya baru saja selesai
memandikan Izara tadi.” Jawab Rania.
“Tak pa… Terima kasih ya Rania.” Syuhada tersenyum kepada Rania.
“Jom sayang… Sayang rehat saja dekat atas.” Khairil Qushairy memaut bahu
Syuhada dan jalan beriringan menaiki tangga.
“Assalamualaikum.” Khairil Qushairy memberi salam kepada Datin Roziah yang
kebetulan sedang duduk di ruang keluarga sambil memberi susu kepada Izara.
“Walaikumusalam… Dah balik dah.” Datin Roziah menegur, Izara terus bangun
dari pangkuan neneknya dan cuba untuk turun dari pangkuan.
“Amboi lajunya dia… Tak sabar nampak mama dia kan.” Datin Roziah ketawa dan
menegur Izara.
“Apa kata Norehan.” Datin Roziah terus bertanya lagi.
“Nak kata apa… Mummy nak jadi nenek lagi lah.” Jawab khairil Qushairy
selamba.
“Alhamdulillah… Betul tak sangkaan mummy tadi… Nie dah beritahu mak kamu
belum.” Datin Roziah bertanya kepada Syuhada.
“Sudah… On the way balik tadi Hada call mak, itu pun dia baru sahaja habis
kelas.” Terang Syuhada.
“Berapa minggu dah?” Tanyanya lagi.
“Baru dua minggu mummy.” Jawab Syuhada lagi.
“Baru lagi tu… Nie kamu rehat dua tiga hari ni.” Datin Roziah berkata dia
berasa risau terhadap Syuhada.
“Tak boleh cuti dulu mummy… kerja Hada banyak dekat office tu dah tu minggu
depan dah majlis annual dinner tu.”
“Pasal tu sayang tak payah risau… Abang boleh uruskan dan Jasmin boleh
tolong Abang.” Khairil Qushairy berkata, dia juga tidak mahu Syuhada terlalu
membuat kerja dalam beberapa hari ini dan dia takut sesuatu akan berlaku kepada
Syuhada nanti.
“Tak apa ke Abang.” Syuhada bertanya untuk mendapatkan kepastian Khairil
Qushairy.
“Betul… Sayang tu yang lagi penting kalau nak ikutkan dengan kerja-kerja di
pejabat tu.” Jawab Khairil Qushairy sambil memandang Syuhada.
“Dah Hada… kamu pergi rehat dulu… Izara ni kamu tak payah nak risaukan…
Mummy boleh jaga dia dengan Rania… Kamu tu nak kena jaga kesihatan dan kamu pun
nak kena dapatkan rehat yang cukup.” Datin Roziah risau jika sesuatu berlaku
kepada Syuhada kerana usia kandungannya masih baru dan belum kuat lagi.
“Yelah Mummy… Sayang mama main dengan nenek ya… Mama nak rehat sekejap ya.”
Syuhada berkata sambil membelai rambut Izara yang sedang leka menyusu semula.
“Dah pergi naik… Karang dia nampak kamu mesti dia ikut… Dia tengah leka nie
lebih baik kamu naik sekarang.” Arah Datin Roziah.
“Yelah Mummy.” Syuhada berkata dan dia terus membawa diri untuk naik ke
biliknya, khairil Qushairy mengekori dari belakang.
“Abang pergilah office… Tak payah risaukan Hada… Mummy ada kan.” Syuhada
berkata kepada Khairil Qushairy.
“Ya… Sayang jangan risau… Abang masuk lepas lunch nanti… Abang dah text
Papa… lagi pun hari nie Abang tak ada important meetingkan.” Jawab Khairil
Qushairy sambil turut duduk di sebelah Syuhada.
“Abis Abang nak lunch dulu baru pergilah ni.” Syuhada bertanya kepadanya.
“Iya… Sayang rehatlah dulu… Bagi Abang tudung ni… Biar Abang sangkutkan.”
Syuhada terus membuka tudungnya dan di berikan kepada Khairil Qushairy.
“Mak kata apa tadi Sayang, masa sayang bagi tahu pasal good news dekat
dia.” Khairil Qushairy duduk semula di sebelah Syuhada.
“Dia mengucap syukurlah… dah tu dia kata dia akan turun esok lepas Abah
habis solat jumaat.” Terang Syuhada. Khairil Qushairy tersenyum.
“Mestilah dia seronok kerana nak dapat cucu sulong lah katakan.” Khairil
Qushairy berkata sambil mencium tangan Syuhada yang di genggamnya.
“Cucu sulung pada mereka tapi anak kedua pada kita.” Jawab Syuhada dan
terus memeluk Khairil Qushairy.
“Ya sayang Abang tahu tu… Yang penting sekarang sayang jaga diri tu
elok-elok, makan benda yang berkhasiat… Ianya untuk mama dengan baby juga tu.”
Nasihat Khairil Qushairy.
“Iya papanya… Dah macam doktor dah.” Syuhada mencuit hidung Khairil
Qushairy.
“Tapikan bang macam mana dengan majlis kita nanti… Kalau perut hada dah
nampak… Seganlah nak bersanding.” Syuhada teringat pasal majlis persandingan
mereka lagi sebulan dua minggu.
“Rasa Abang ok lagi tu… Dah tu baru masuk dua bulan dan perut sayang belum
terbentuk lagi… Apa nak segan bukan kita terlanjur pun.” Khairil Qushairy
berkata yang benar.
“Iya tak iya juga… Hada nak baring sekejap lah Abang… Rasa penat sikit ni.”
Syuhada meminta izin untuk berehat, badannya terasa lemah sedikit.
“Sayang tidurlah… Abang nak tanya mummy apa makanan yang sesuai untuk
sayang ni yang jenis low iron… Nanti apa-apa hal panggil Abang tau.” Khairil
Qushairy berpesan dan dia harus melakukan sesuatu demi kesihatan isteri dan
baby yang di kandung.
####################
Syuhada tidak bekerja hari ini, Khairil Qushairy menyuruh dia untuk berehat
sahaja di rumah. Hari ini Izara agak baik, tidak banyak perangai dengan Syuhada
dan dia tidak merenget pun apabila melihat Syuhada dan seperti dia tahu yang
mamanya sedang mengandung dan bakal memberikan dia adik. Dia kerap kali bermain
di hadapan Syuhada dan kerap datang mencium Syuhada sehingga Datin Roziah
tertawa melihat keletahnya. Datin Roziah menjaga dan memberi perhatian yang
lebih kepada Izara, dia tidak mahu Izara menganggu Syuhada sangat kerana dia
nampak kurang sihat sedikit.
“Assalamualaikum…” Khairil Qushairy memberi salam dan menolak pintu
biliknya.
“Walaikumusalam… Aahhh Abang.” Syuhada terus menyalami tangan khairil
Qushairy. Izara laju merangkak untuk mendapatkan papanya.
“Ala sayang anak papa ni… Hari ni nakal kacau mama tak?” Khairil Qushairy
menggangkat Izara dan bercakap dengannya.
“Mana ada nakal lah papa… Saya baik hari nie… kan sayang mama ni.” Syuhada berkata
sambil memegang dan memicit perlahan tangan Izara, Izara tergelak-gelak dia dan
mulutnya cuba seperti menjawab apabila di tanya.
“Macam mana sayang hari nie… Ok ke?” Khairil Qushairy bertanya kepada
Syuhada pula.
“Alhamdulillah… mungkin sebab dapat rehat semalam dengan hari ini, badan Hada
pun tak rasa penat sangat pun.” Syuhada membalas pertanyaan Khairil Qushairy
itu.
“Alhamdulillah… Anak papa yang ni pun mesti baik macam kakak dia kan.”
Khairil Qushairy berkata sambil memegang perut Syuhada.
“Abang ni… Baru dua minggu belum cukup sifat lagi… Nanti dah masuk empat
bulan barulah boleh berbual selalu dengan dia.” Syuhada ketawa juga apabila
khairil Qushairy cuba bercakap dengan kandungannya.
“Tak apa… Biar dia kenal suara papa dia awal sikit.” Katanya.
“Abang nak coffee… Hada buatkan.” Syuhada bertanya hampir terlupa dia hendak
bertanya kerana leka berbual bersama.
“kejap lagilah… Abang nak mandi dan solat asar kejap… Sayang dah solat ke?”
Khairil Qushairy bertanya.
“Sudah lah Abang… dah pukul lima setengah dah ni… Hada solat awal-awal
lepas Azan tadi.” Jawabnya.
“Kalau macam tu biar Abang mandi dan solat dulu… Sayang nak turun sekarang
ke?” Khairil Qushairy bertanya.
“Hada tunggu Abang sajalah... Abang pergilah… Biar Hada layan anak dara ni
kejap.” Syuhada.
“Haaa… Iyalah… Bye-bye Izara.” Khairil Qushairy sempat mengusik Izara.
“Abang!... Saja jer dia ni kan.” Syuhada memarahi Khairil Qushairy kerana
menyakat anaknya yang baru hendak bermain, Izara pula apabila Khairil Qushairy
berkata begitu laju sahaja dia hendak merangkak mendapatkan khairil Qushairy.
“Hahahaha… Papa nak mandilah sayang… main dengan Mama ya.” Khairil Qushairy
berkata kepada Izara.
Izara seperti mengerti dan berpaling semula memandang Syuhada apabila dia
di panggil, dia merangkak semula mendapatkan Syuhada. Syuhada mendirikan Izara
dan mengajar dia berjalan dan sesekali Syuhada melepaskan pegangannya, Izara
masih di tahap berani-berani takut.
#############
“Ehhh… Ada mak ngah dengan pak ngah.” Khalijah berkata selepas memberi
salam dan salamnya di jawab dari dalam rumah.
“Kenapa… kamu rindu mak ngah ke?” Puan Rokiah mengusik khalijah.
“Ehhh rindulah juga… lama tak jumpa mak ngah kan.” Jawab khalijah ikhlas.
“Kamu tu yang sombong tak datang meninjau mak ngah dengan pak ngah.”
Seloroh puan Rokiah.
“Mana ada sombong mak ngah… Ni mak ngah dengan pak ngah tidur sinikan.”
Khalijah bertanya.
“Iya… kenapa?” puan Rokiah bertanya semula.
“Biar ija naik bersihkan diri dulu lepas tu kita borak panjang.” Jawab
khalijah.
“Iyalah bertuah oii.” Jawab Puan Rokiah lagi dan mereka ketawa.
Khalijah melangkah naik untuk membersihkan dirinya. Mereka yang di bawah
seronok berbual.
“Dah siap ke kak Imah.” Khalijah datang ke dapur dan bertanya kepada
Salimah.
“Hampir siap ni.” Jawab Salimah.
“Dah ke?” Syuhada pula datang dan terus bertanya kepada Khalijah.
“Dah hampir siap dah katanya… Aku nak susun pinggan.” Jawab Khalijah.
“Jomlah… Aku tolong kau siapkan meja sama.” Balas Syuhada.
“Ehhh… Kau tak sihat tu… Bawalah berehat dulu.” Khalijah melarang.
“Aku bukannya sakit teruk, Cuma badan ni kurang sedap saja… Tapi ni dah
berehat dua hari ni rasa segar sikit… Tak ada apa-apalah… aku tak nak manjakan
sangat diri ni.” Jawab Syuhada.
“Cik Hada sayang… Kau early pregnancy kena juga jaga keadaan badan kau tu…
kau jangan angkat benda berat-berat dulu tau.” Khalijah berpesan kepada
Syuhada.
“Iya adik ipar ku sayang.” Syuhada memeluk Khalijah.
“Adik ipar! Yelah nak buat macam mana… terimalah kenyataan… yang kau tu
adalah kakak iparku sayang.” Khalijah pula memeluk Syuhada. Mereka memang
terlalu rapat dan ibarat cubit peha kiri peha kanan turut terasa.
“Hey! Apa sayang-sayang… peluk-peluk nie haa…” Khairil Qushairy datang
sambil memegang Izara berjalan.
“Alah orang peluk bini dia kejap saja pun tak boleh.” Khalijah berkata.
“Ija dah selalu sangat peluk Hada tu, jadi tak payah peluk-peluk dia
sangat… sekarang ni turn Abang pula nak peluk Hada ketak-ketak.” Khairil
Qushairy berkata sambil tersenyum dan memainkan keningnya.
“Ya Allah teruk betul lah laki kau ni Hada… Tak kuasa aku nak melayan dia…
Mari sayang Acu kita kawan berduakan.” Khalijah bercangkung dan menhulurkan
tangannya kepada Izara supaya Izara bertaktih mendapatkannya. Tetapi Izara
terus duduk dan merangkak.
“Ishhh… Pemalasnya anak dara En Khairil ni… bila nak pandai berjalan kalau
macam ni sayang.” Khalijah bercakap dengan Izara.
“Anak dara Encik Khairil dan makciknya Puan Khalijah kan.” Khairil Qushairy
pula berkata.
“Euwww… Excuse me I’m still ‘Cik’… bukan puan… kena ada pembetulan di
situ.” Khalijah mencebikkan bibirnya apabila berkata begitu.
“Mrs to be… Tak lama pun sebulan setengah saja lagi.” Balas khairil
Qushairy.
“Apa sajalah Abang ni… kalau tak sakat ija mesti tak sahkan.” Tegur
Syuhada.
“Suami kau tu memang sengal sikit… Ni anak nak masuk dua dah… Kesengalan
dia tak juga berubah… Suami siapalah tu…hikhikhik.” Khalijah mengenakan Khairil
Qushairy dan serentak terkena kepada Syuhada.
“Kurang asam… Suami saya lah cik ija oii…” Syuhada menjawab dan ketawa.
“Haaa… Nie ketawa tak sudah… Makanan dah siap ke belum.” Tiba-tiba Datin
Roziah datang menjegah di ikuti oleh Puan Rokiah.
“Tunggu Rania bawakan nasi dan sayur jer… lepas tu baru ingat nak panggil
semua.” Jawab Khalijah.
“Dah pergi panggil Papa dan Pak ngah.” Arah Datin Roziah kepada Khalijah.
“Baik Mummy.” Khalijah terus melangkah ke ruang tamu untuk memanggil Datuk
Sahak dan Tuan Roslan.
“Assalamualaikum…” Ada suara memberi salam.
“Walaikumusalam.” Jawab Khalijah, Datuk Sahak dan Tuan Roslan serentak.
“Ehhh Kak Idah… Wah akak langkah kaki kanan tau… Kita orang baru hendak
makan.” Khalijah menegur apabila melihat kelibat Khalidah yang masuk ke dalam
rumah.
“Ehh Ada Pak Ngah… Bila sampai.” Khalidah menegur Tuan Roslan dan
menghulurkan tangan untuk menyalam Tuan Roslan.
“Petang tadi dalam pukul enam Pak ngah sampai.” Jawab Tuan Roslan.
“Papa, Pak ngah jom makan… Kak Idah letak lah beg tu dulu jom makan sama…
Semua sudah terhidang tu.” Khalijah menjemput semua untuk menjamu selera.
“Jomlah.” Jawab Khalidah, dia terus meletakkan barang-barangnya di kerusi.
“Mak uda dia dah balik.” Khairil Qushairy menegur Khalidah apabila
ternampak khalidah datang ke arah meja dan mencium Izara yang sudah duduk di
dalam kerusinya.
“Mak ngah.” Khalidah menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Puan Rokiah.
“Baru balik… Kenapa nampak kurus sikit nie Idah.” Puan Rokiah menegur
Khalidah sambil memegang lengannya.
“Idah sibuk sekarang ni Mak Ngah jadi masa makan tu tak menentu.” Jawab
Khalidah sambil menarik kerusi di sebelah Puan Rokiah.
“Sibuk manjang dia ni… Entah bila nak bawa calon suami pun tak tahulah.”
Datin Roziah sudah bersuara.
“Mummy dah mula lah tu… Kalau Idah cakap pasal kerja mesti mummy tukar bab
menantu.” Khalidah menegur Datin Roziah.
“Kamu tu bukannya muda lagi Idah.” Tutur Datin Roziah.
“Mummy kalau risaukan Idah… Mummy carikan sajalah yang sesuai untuk Idah…
Tapi pastikan orang itu boleh terima kehidupan Idah.” Khalidah sudah malas
untuk mendengar bebelan Datin Roziah dan akhirnya dia memberi green light
kepada Datin Roziah.
“Kamu jangan main-main Idah… Nanti Mummy dah kenalkan kamu pula menolak.”
Datin Roziah berkata tetapi dia ada sedikit teruja apabila Khalidah berkata
begitu kepadanya.
“Mana ada Idah main-main… Letih dengar mummy membebel pasal menantu… So
mummy carikan lah.” Jawab Khalijah selamba.
“Mummy! Dah dapat green light tu… Apa lagi mulakan lah operasi mencari
menantu pilihan.” Khalijah pula mengusik.
“Papa ok saja.” Jawab Datuk Sahak pula.
“Mak ngah pun menunggu saja ni.” Puan Rokiah menyampuk sama.
“Dah makan dulu… Lepas ni kita berbual lagi.” Tuan Roslan pula menegur.
Mereka semua fokus pada makan selepas di tegur oleh Tuan Roslan.
####################
Semalam genap umur Izara satu tahun dan hari ini adalah majlis besar untuk
kasturi Holding dan kali ini bukan majlis annual dinner untuk staff kasturi
holding sahaja tetapi termasuk sambutan hari lahir untuk Izara. Datuk Sahak
menjemput keluarganya ke majlis kali ini, Khairil Qushairy juga tidak lupa
menjemput sahabat-sahabatnya Nizam, Fakhrul dan Fadli.
“Wah cantiknya kau anak beranak Hada.” Umi berbisik kepada Syuhada yang
sedang mendukung Izara.
“Alhamdulillah… Terima kasih.” Syuhada tersenyum dan mengucapkan syukur di
atas pujian dari rakan sekerjanya itu.
“Sedondon kau dengan Encik Khairil.” Karmila pula menegur sambil mencuit
sedikit bahu Syuhada.
“Dah tentu itu suami dia… Apalah kau ni.” Jawab Umi perlahan.
“Ya aku tahu… Aku sengaja mengusik dialah.” Balas karmila.
“Mana nina ni… Tak sampai lagi.” Rungut Karmila.
“Kejap lagi sampailah dia tu.” Syuhada pula berkata.
“Hada! Bagi sini aku dukung Izara pula.” Khalijah datang mendapatkan
Syuhada setelah datang dari tandas.
“Ambillah.” Syuhada menyerahkan Izara kepadanya.
“Ehh Cik Khalijah.” Tegur Karmila dengan Umi.
“Ehh… Tak payah nak ber cik-cik dengan saya… Panggil Ija dah cukup.” Tutur
Khalijah dan kemudian dia tersenyum kepada mereka berdua.
“Mummy mana? Syuhada bertanya kepada Khalijah.” Dia melihat sekeliling
mencari kelibat Datin Roziah.
“Sekajap lagi dia turun dengan nenek.” Balas Khalijah.
“Dekat dalam tu dah ramai ke?” Khalijah bertanya lagi.
“Ramai juga yang sudah sampai.” Umi menjawab pertanyaan Khalijah.
Setelah semua jemputan hadir termasuk rakan-rakan Khairil Qushairy.
Pengacara majlis memulakan upacara dengan
menjemput Datuk Sahak untuk naik ke atas pentas untuk memberikan sedikit
ucapan. Setelah dia berucap dan sebelum penutup Datuk Sahak mula untuk membuat
kejutan.
“Ok… Sebelum saya turun dan memulakan acara yang seterusnya. Saya hendak
menjemput anak-anak saya naik ke atas.” Datuk Sahak berkata dan tersenyum.
“Persilakan Khairil Qushairy, Khalijah, Syuhada dan Zakuan untuk naik ke atas.”
Datuk Sahak memanggil mereka berempat.
Mereka berempat berjalan menaiki pentas. Khairil Qushairy dan Syuhada
berdiri di sebelah kanan Datuk Sahak manakala Khalijah dan Zakuan berdiri di
sebelah kirinya.
Sambil microphone masih di tangan Datuk Sahak berpaling ke kiri dan ke
kanannya dahulu dan tersenyum kepada mereka.
“Saya berasa sungguh seronok pada hari ini bukan sahaja kerana saya dapat
meraikan majlis tahunan Syarikat saya tetapi pada hari ini saya ingin
memberitahu sesuatu dan menjemput semua yang hadir ini untuk ke majlis
persandingan anak-anak saya ini pada lima hari bulan dua nanti, tak lama pun
ada dalam enam minggu sahaja lagi. Lupa pula saya hendak memberitahu majlis itu
nanti untuk anak bongsu saya Khalijah dan bakal pasangannya Zakuan serta anak
sulung saya Khairil Qushairy dan menantu saya Syuhada. Untuk pengetahuan semua
Khairil Qushairy dan Syuhada sudah pun bernikah hampir dua bulan yang lalu
tetapi majlisnya kami tangguhkan dan akan di langsungkan sekali dengan anak
bongsu saya.” Bersorak sebahagian mereka yang berada di dalam dewan kerana
kejutan yang di berikan oleh Datuk Sahak.
Rakan-rakan Khairil Qushairy terkejut juga dengan apa yang di dengar oleh
mereka dan saling berpandangan.
“Ok… Satu lagi sebelum itu saya hendak menyambut ulang tahun cucu saya
Izara yang pertama, semalam genap usianya satu tahun.” Datuk Sahak mengamit
Khalidah untuk membawa Izara naik ke pentas, kemudian pelayan hotel menolak troley
yang terletak kek dan di letakkan di hadapan pentas.
“Mari sini anak Papa.” Khairil Qushairy berkata kepada Izara dan terus
membawanya berdiri di hadapan cake yangsudah tersedia. Pihak hotel telah
membuat cake berbentuk princess khas untuk Izara.
“Di minta semua bersama-sama menyanyikan lagu ‘happy birthday’ ya.”
Pengacara majlis meminta semua tetamu menyanyi sama. Gamat dewan apabila
semuanya bersama-sama menyanyikan lagu ‘Happy birthday’ itu. Selesai menyanyi
Datuk Zaki iaitu Bapa kepada Datuk Sahak membacakan doa dahulu dan selesai
berdoa barulah Syuhada memegang tangan Izara dan memotong kek, Khairil Qushairy
tidak mahu kek Izara di letakkan lilin, jadi tiada tiupan lilin selepas lagu di
nyanyikan.
“Wah bro…Kau diam-diam tak nak bagi tahu kamikan.” Fadli menegur Khairil
Qushairy apabila Khairil Qushairy menghampiri meja mereka. Syuhada bersalaman
dengan isteri Zakrul dan Nizam.
“Maaflah… Aku pun tak merancang semua ini… Benda berlaku terlalu pantas,
nanti ada masa aku cerita dengan kau oranglah.” Jawab Khairil Qushairy.
“Kau janji tau, jangan tak cerita… Patut susah sangat nak ajak kau main
tennis, alasan terlalu sibuk dengan annual dinner preparation… Rupa-rupanya
berkepit dengan isteri baru.” Hahahaha mereka berempat ketawa.
“Maknanya masa kau datang rumah aku tu kau orang memang dah bercinta lah
ya.” Nizam bertanya dan nampak gayanya tak sempatlah Khairil Qushairy untuk
menangguhkan ceritanya.
“Ehh… Tak… Belum lagi… Perkara nie berlaku terlalu pantas, mula aku ingat
nak bertunang dulu dengan Hada, tapi nenek aku suruh nikah… Katanya tak elok
aku dengan Hada duduk serumah dah tu macam menyiksa kami berdua… kata nenek
aku.” Khairil Qushairy bercerita juga.
“So kau tak ada tersiksa lah lagi sekarang ni kan.” Zakrul mengusik.
“Kurang ajaq tu bro…Hahaha.” Khairil Qushairy ketawa dan sekali lagi
rakan-rakannya ketawa.
Ramai yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagian Khairil Qushairy
dan Syuhada. Karmila sempat berbisik dengan Syuhada, Umi dan Nina.
“Meranalah peminat bos kecik kita… puas melaram masing-masing nak mengorat,
alih-alih sepupu dia ni juga yang kebas.” Ketawa juga mereka bertiga dengan
seloroh Karmila.
“Mahu tak merana… Penat make up dress up bagai… Tetapi bos kecik tak nampak
orang lain… Dia nampak budak kecik nie juga.” Umi pula mengusik.
“Ada-ada saja kau orang ni… Dah makan sajalah.”Syuhada mempelawa
rakan-rakannya untuk meneruskan menjamu selera. Izara ada di pegang oleh Rania
dan ada juga adik-adik sepupu Syuhada dan khairil Qushairy bersama dengannya.
Datin Roziah melayan tetamu-tetamu khas Datuk Sahak, kedua orang tua Zakuan
juga turut hadir, datuk dan nenek-nenek mereka juga turut hadir. Tuan Rokiah
dan Tuan Roslan agak terlewat sampai. Mereka sampai semasa Datuk Sahak baru
hendak memulakan ucapan. Mereka duduk semeja dengan Datuk Sahak, Datin Roziah,
kedua ibu bapa Zakuan, Rahimah, Kalsum dan Zaki. Khairil Qushairy dan Syuhada
juga duduk semeja dengan mereka.
Majlis berjalan dengan lancar, mereka menjamu selera sambil mata melayan
persembahan artis-artis jemputan serta celoteh pengacara yang mencuitkan hati. Majlis
berjalan dengan lancar dan selesai hampir lewat malam. Syuhada menarik nafas
lega kerana penat lelah dia dan Khairil Qushairy untuk majlis ini selesai
dengan jayanya.